You are on page 1of 3

Refleksi Harian Hari : Isnin

Tarikh : 1 Julai 2013

Hari ini merupakan hari pertama bagi program internship yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chabau. Saya dan rakan telah melaporkan diri pada jam 7 pagi di pejabat sekolah dan berjumpa dengan guru besar. Seperti biasa taklimat ringkas diberikan kepada kami tentang perjalanan rancangan sekolah serta bidang tugas yang perlu kami lakukan disepanjang program ini dilakasanakan.

Setelah menerima taklimat ringkas daripada guru besar kami telah mengikuti perhimpunan pagi yang telah diadakan di kantin sekolah kerana cuaca pada hari ini tidak begitu baik. Kehadiran kami di sekolah ini amat di alu alukan oleh semua warga sekolah kerana kami telah menjalani praktikum selama 3 bulan di sekolah ini pada bulan Januari hingga April yang lepas. Oleh itu, ukhwah yang telah terjalin di antara kami sudah terjalin dan kami tidak mempunyai masalah komunikasi dengan seluruh warga sekolah.

Oleh itu, perkara tersebut merupakan kekuatan pada hari pertama saya di sekolah ini. Ukhwah yang terjalin pada awalnya berkekalan dan saya serta rakan tidak mempunyai masalah yang besar untuk berhadapan dengan guru-guru senior. Pihak pengurusan sekolah juga amat berbesar hati untuk menerima kami dan projek yang telah kami rancangkan. Pada hari ini juga kami telah berbincang dengan guru besar tentang projek yang akan kami laksanakan pada 2 Julai 2013 iaitu program motivasi jati diri yang melibatkan murid tahun 6 dan tahun 5.

Program ini telah dirancang dengan lebih awal kerana kami berasakan bahawa masa sebulan atau 4 minggi waktu persekolahan yang diberikan tidak mencukupi untuk kami jalankan 3 projek. Waktu yang diberikan seakan terhad dan memerlukan lebih banyak masa untuk merancang sesuatu program yang dianggap program besar seperti program motivasi yang melibatkan pelajar tahun 6 dan tahun 5. Hal ini kerana program tersebuat akan memerlukan waktu pengajaran dan pembelajaran guru dari jam 7.40 pagi hingga 1.40 tengah hari.

Disetiap kekuatan itu pastinya akan terselit kelemahan yang tidak dapat kita elakkan. Namun kelemahan yang wujud tidaklah mendatangkan kesulitan pada saya dan rakan. Kelemahan tersebut adalah kertas kerja yang kami sediakan tidak begitu lengkap yang mendatangkan keraguan pada guru besar untuk menerima cadangan program kami. Namun setelah dimurnikan, kertas kerja tersebut diterima oleh guru besar dan program boleh dilaksanakan.

Oleh itu, sebagai cadangan penambahbaikan pada masa akan datang. Saya akan memastikan kerja yang dilakukan perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum mendapatkan persetujuan daripada pihak atasan. Hal ini kerana ianya amat penting bagi memastikan kelancaran program yang telah dirancang. Tuntasnya, hasil kerja yang memuaskan pasti akan mendapat persetujuan daripada pihak atasan.

Refleksi Hari : Selasa

Tarikh : 2 Julai 2013

Pada hari ini telah dilaksanakan program motivasi jati diri bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Program ini telah dirancang awal

You might also like