You are on page 1of 5

Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah membolehkan kita menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan kemudahan seperti air, elektrik, dan telefon dan sebagainya. Dengan cara ini, wang itu boleh kita simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan. Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian mereka itu berbaloi dengan wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak cermat boleh menyebabkan kita terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan. Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah jadual harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti sentiasa menutup kembali kipas selepas digunakan. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimatcermat sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Faedah Berjimat Cermat Kebanyakan daripada kita telah disarankan agar berjimat cermat sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat sama ada dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan air dan elektrik, dan sebagainya. Berjimat membawa maksud berhemat atau berhati-hati ketika menggunakan sesuatu. Sebenarnya, konsep jimat tidak hanya berkaitan dengan wang. Jimat merangkumi aspek masa dan tenaga. Misalnya, untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita memilih untuk berbasikal ke sekolah. Contoh lain ialah kita menelefon kawan lebih dahulu untuk memastikan dia ada di rumah apabila kita berkunjung ke rumahnya. Tujuan berjimat adalah supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan siasia. Misalnya,kita perlu berjimat menggunakan wang. Caranya, adalah dengan membeli barangan yang perlu saja. Hal ini untuk mengelakkan kita membazirkan wang begitu saja. Berjimat ketika berbelanja membolehkan kita menyimpan wang. Wang tersebut dapat digunakan pada saat-saat kecemasan. Malah, sesebuah keluarga dapat merancang masa depan anak-anak mereka dalam pelajaran dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat dari awal. Selain itu, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada tabiat suka berhutang. Amalan berjimat juga dapat menjadikan kita lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu. Orang yang berjimat dalam menggunakan masa, tidak akan membiarkan diri mereka lalai tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Peribahasa masa itu emas akan menjadi pendorong kepada golongan ini agar menggunakan masa dengan sebaik-baik mungkin. Bagi pelajar, mereka perlu mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajaran. Kesimpulannya, amalan berjimat cermat bukanlah sesuatu yang mustahiluntuk dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu. Dalam hal ini, kita perlu menanamkan dalam minda bahawa amalan berjimat cermat pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah membolehkan kita menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan kemudahan seperti air, elektrik, dan telefon dan sebagainya. Dengan cara ini, wang itu boleh kita simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan. Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian mereka itu berbaloi dengan wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak cermat boleh menyebabkan kita terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan. Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah jadual harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti sentiasa menutup kembali kipas selepas digunakan. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimatcermat sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Rasulullah ingatkan elak pembaziran

RAMADAN mempunyai banyak rahsia tersirat yang perlu dicungkil oleh umat Islam. Dalam melalui bulan penuh keberkatan dan kerahmatan ini, kita perlu insaf pelbagai tujuan Allah mensyariatkan puasa kepada umat Islam. Dalam Ramadan terkandung banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita gunakan bagi melalui hidup ini dengan lebih sempurna. Antara pengajaran itu ialah ingatan supaya kita tidak melakukan pembaziran dan boros dalam kehidupan. Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta. (Hadis riwayat al-Bukhari). Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Pembaziran ialah mengeluarkan wang atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (Surah al-Isra', ayat 27). Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah. Ayat al-Quran dan hadis di atas juga menyatakan bahawa pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan oleh orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam. Dalam keghairahan umat Islam menyambut Ramadan dan kedatangan Syawal nanti, mereka tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan. Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Meskipun berbelanja berlebihan adalah hak golongan berada, pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan

melampau yang membawa kepada pembaziran. Baginda melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu perbelanjaan yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya. (Hadis riwayat al-Bukhari). Sikap Rasulullah seperti dijelaskan dalam hadis ini sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan oleh semua umat Islam. Dalam pada itu, pemborosan juga berlaku dari aspek ingin menceriakan perasaan anak. Ada segelintir ibu bapa yang melaburkan wang ringgit semata-mata untuk membeli mercun dan bunga api demi menggembirakan anak. Justeru, setiap Muslim perlu sedar bahawa Ramadan yang telah dilalui ini banyak mendidik agar sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja. Berbekalkan didikan sepanjang Ramadan, maka gunakanlah untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang akan datang. Oleh itu, alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan, seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan yang dihulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. Mereka juga akan menghargai pemberian itu dan merasakan kita sentiasa mengingati mereka.

You might also like