You are on page 1of 14

Tajuk : Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Tujuan : i.

Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua kawasan yang berbeza. ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Pendahuluan : Ekosistem merupakan suatu pola interaksi antara komponen abiotik dan biotik di dalamnya yang saling terkait satu sama lainnya. Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki rantaian makanan. Ekosistem mempunyai banyak komponen antaranya adalah makrofauna. Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesies-spesies arthropod, cacing tanah, siput, lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang gembur. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jenis dan bilangan makrofauna dalam tanah. Antara faktor-faktornya adalah faktor pH tanah, kelembapan, kemampatan tanah dan tekstur tanah. Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna. Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren. Bahan dan radas : Corong Tullgren, beg plastik, bikar, piring petri, kanta pembesar, forsep, larutan etanol, kertas label termometer, lampu, penyukat pH tanah, neraca elektronik, kaki retot parafilm

Prosedur : 1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan telah diambil. 2. Tanah tersebut telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza. 3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. 4. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1. 5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah tersebut telah dibiarkan selama dua hari. 6. Procedur 5 dan 6 diulangi dengan tanah dari lokasi kedua dicampurkan. 7. Selepas dua hari, kandungan balang pengumpul dituang ke dalam piring petri dan bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna kedua-dua lokasi dikenalpasti. 8. Campuran tanah dari lingkungan O dan lingkungan A diambil daripada begbeg sampel dalam kuantiti yang diketahui. Sampel tanah diperiksa dengan menggunakan mikroskop dtau kanta tangan. Sebarang fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti 9. Semua fauna dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam order atau kumpulan fauna yang berlainan. 10. Bilangan individu dalam setiap kumpulan dikira. Jumlah individu

dianggarkan jika terlalu banyak. 11. Jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur awal hingga ke akhir dikira. Dan direkodkan ke dalam jadual 2 dan 3.
12. Keputusan dari Jadual 2 dan 3 diguna. Bilangan order atau kumpulan bagi seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun dikira. Pemerhatian direkod dalam jadual 5 (Tree Fruit Soil & Nutrition, 2000).

Keputusan : Ciri-ciri lokasi Lokasi 1 (tanah kering Lokasi di (tanah lembap di bawah pokok) Pokok dan daun gugur Tinggi lembap

kawasan lapang ) Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll) Suhu tanah 0C 6.5 Kurang mampat Berwarna Rumput semalu Rendap Kering

7.0 Sangat mampat perang, Berwarna perang gelap dan liat. 28.0

Berbatu dan berpasir 28.5

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah

Order atau Kumpulan Makrofauna Lokasi 1

Bilangan Individu

Lokasi 2 isipadu tanah = 250gm 1 1

isipadu tanah = 250gm Cacing Ulat gonggok 0 0

Jadual 2: Makrofauna Besar

Order atau Kumpulan Makrofauna Lokasi 1

Bilangan Individu

Lokasi 2 isipadu tanah = 250gm 5 4

isipadu tanah = 250gm Semut hitam besar semut merah kecil 3 1

Jadual 3: Makrofauna kecil

Order atau Kumpulan Mikrofauna Lokasi 1

Bilangan Individu

Lokasi 2 isipadu tanah = 250gm 2

isipadu tanah = 250gm Nematod 1 Jadual 4 : Mikrofauna

Kajian tanah yang telah dilakukan menggunakan isipadu tanah sebanyak 250gm iaitu bersamaan 0.25 liter. Oleh itu Jadual 4 ini menunjukkan anggaran bilangan makrofauna yang mungkin didapati dalam isipadu quadran tanah 1 liter. Formula pengiraan : Bilangan makrofauna X 4 = Bilangan individu dari setiap order atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun. lokasi 1 Makrofauna dan mikrofauna Bilangan cacing dalam seliter tanah/litupan 0x4 = 0 Bilangan ulat gonggok dalam seliter tanah/litupan 0x4= 0 Bilangan semut gila dalam seliter tanah/litupan 3x4=12 Bilangan semut merah kecil dalam seliter tanah/litupan 5x4=20 1x4=4 1x4=4 lokasi 2

1x4=4

4x4=16

Bilangan Nematod dalam seliter tanah/litupan

1x4=4

2x4=8

Bilangan Rotifera dalam seliter tanah/litupan

0x4=0

2x4=8

Jadual 5: Bilangan Makrofauna bagi seliter tanah

Perbincangan : Ekosistem tanah mempunyai banyak makrofauna yang saling bergantung antara satu sama lain. Tanah dari lokasi yang berbeza mempunyai makrofauna yang berbeza. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehadiran makrofauna tersebut. Makrofauna dalam tanah boleh diasingkan daripada tanah dengan menggunakan corong tugren. Dalam eksperimen ini, saya telah mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza. Hal ini disebabkan oleh kandungan tanah di kedua-dua kawasan tersebut berbeza. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, saya mendapati bahawa bilangan makrofauna yang dijumpai di lokasi 2 lebih banyak daripada lokasi 1. Hal ini disebabkan kerana pH tanah pada lokasi 2 lebih neutral iaitu pH 7 berbanding lokasi 1, pH 6.5. Justeru, lokasi 2 lebih bersesuaian bagi kebanyakan makrofauna untuk hidup. Secara teorinya, tanah yang neutral paling banyak menyokong kehidupan tumbuhan dan haiwan daripada tanah yang pHnya yang kurang daripada 7. Maka, makrofauna boleh menadaptasi dengan lebih baik pada lokasi 2 berbanding dengan lokasi yang mempunyai pH tanah yang berasid sedikit di lokasi 1. Di samping itu, tekstur tanah di lokasi 1 terdiri daripada tanah yang mempunyai pasir dan berbatu kecil. Maka kemampatan untuk tanah di lokasi ini adalah rendah. Apabila kemampatan lokasi tersebut adalah rendah maka mempunyai pengaliran air yang baik. Walaubagaimana pun, tanah ini tidak dapat menakung air dalam air. Secara teorinya, tanah yang bertekstur halus seperti tanah di lokasi 2 dapat menakung air dengan baik dan dapat menjerap nutrien. Maka lebih banyak tumbuhan dan makrofauna dapat hidup pada tanah yang lebih mampat dan tekstur yang lebih halus seperti di lokasi 2. Justeru, saya juga mendapati tanah yang lembap mempunyai

makrofauna yang lebih banyak. Tanah yang lembap mempunyai kandungan air yang lebih banyak daripada tanah yang kering. Maka, lokasi 2 yang mempunyai tanah yang tinggi kelembapannya mempunyai makrofauna yang lebih banyak

daripada lokasi 1. Air penting untuk kehidupan sehingga 90 peratus jisim tumbuhan dan haiwan terdiri daripada air. Oleh itu, makrofauna seperti cacing yang bergantung kepada mikrohabitat yang udaranya ditepui oleh wap air sehingga 100 peratus ini amat memerlukan kelembapan yang tinggi untuk meneruskan kehidupannya. Apabila dalam keadaan lembap serta mempunyai daun gugur maka menggalakkan kehadiran ulat gonggok untuk mendapatkan makanan dan seterusnya membuat proses penguraian. Semut terdapat di kedua-dua lokasi kerana semut boleh hidup dalam keadaan yang lembap serta kering. Semut lebih banyak di tanah lembap kerana tanah lembap mempunyai banyak bahan reput yang boleh dijadikan makanan kepada semut dan semua organisma boleh hidup dalam keadaan yang lembap. Manakala semut boleh hidup di lokasi 1 yang bertanah kering kerana ia mempunyai kulit yang kalis air maka ia mempunyai faedah untuk menggelak penyejatan air dari badan. Faktor lain yang mempengaruhi jenis dan bilangan makrofauna tanah adalah faktor suhu. Disebabkan tanah di lokasi 2 ditutup oleh daun reput dan bayangan pokok maka suhu di lokasi 2 adalah rendah berbanding lokasi 1. Lokasi 2 yang mempunyai suhu yang rendah dapat mengurangkan kadar penyejatan air daripada tanah maka tanahny adalah lebih lembab seterusnya mendorong kepada kepelbagaian spesies makrofauna di kawasan tersebut. Apabila mempunyai suhu yang tinggi maka segelintir makrofauna tidak dapat menyesuaikan diri dalam tanah tersebut. Contohnya, cacing yang terdiri daripada stuktur badan yang berhidrostatik memerlukan suhu yang lebih rendah untuk memberi suasana yang lembap bagi terus hidup. Antara beberapa faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kesuburan tanah kawasan 2 ini ialah tiadanya aktiviti manusia seperti penggunaan racun serangga dan aktiviti perkebunan. Makrofauna di kawasan ini juga mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak mempunyai ancaman luar yang kuat. Dalam eksperimen ini, saya juga telah mengenalpasti beberapa mikrofauna iaitu Nematoda dan Rotifera. Mikrofauna merupakan jenis fauna tanah yang memiliki ukuran tubuh kurang dari 0,1 mm. Seperti makrofauna,

mikrofauna juga mempunyai bilangan yang banyak pada tanah yang lembap, mempunyai pH tanah yang neutral serta suhu yang sesuai. Maka mikrofauna banyak dijumpai di lokasi 2 berbanding lokasi 1. Terdapat mikrofauna yang

hanya sesuai dan wujud dalam keadaan yang lembap sahaja iaitu Rotifera kerana keadaan yang lembap membolehkan mereka mendapat makanan serta berhidup dengan lebih aktif. Mikrofauna banyak terdapat pada tekstur tanah yang liat kerana mempunyai kandungan air yang lebih tinggi. Makrofauna memainkan peranan penting dalam ekosistem tanah. Antara peranan yang dimainkan oleh haiwan makrofauna ini adalah untuk

mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur atau laluan khas bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti seharian seperti mencari makanan, melindungi diri dan membiak. Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lebih berongga. Cacing tanah misalnya bergerak dan menyebabkan struktur tanah menjadi berongga secara tidak langsung

menyediakan ruang pengudaraan yang baik kepada tanah tersebut selain berfungsi sebagai agen penyubur tanah dimana hasil buangan kotoran cacing tersebut boleh membekalkan nutrient kepada tanah. Justerus, makrofauna seperti semut pula berfungsi untuk

penambahbaikan kapasiti atau kandungan tanah untuk menakung air selain mengubah persekitarab fizikal dan kimia tanah. Semut akan membina liang dalam tanah dimana ianya amat diperlukan untuk pertumbuhan akar. Selain daripada penambahbaikan tanah, makrofauna juga berperanan untuk proses penguraian. Proses penguraian tumbuhan dan haiwan-haiwan yang telah mati dapat dipercepatkan dengan kehadiran makrofauna ini. Makrofauna ini akan menyerap organisma-organisma yang telah mati tersebut dan ditukarkan kepada nutrient-nutrien seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforusm, kalium dan sebagainya yang cukup diperlukan oleh tanah. Makrofauna seperti ulat gonggok mempunyai fungsi penguraian ini. Kebanyakan Mikrofauna juga memainkan peranan penting dalam

pereputan. Contohnya, Nematod mengatur dan menstimuli bakteria untuk

pereputan di tanah. Selain itu, mikrofauna juga penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah. Peredaran ini membantu pH tanah tidak menjadi terlalu asid atau alkali untuk flora dan fauna hidup.

Soalan-soalan : 1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut? Dalam eksperimen ini, saya telah mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza terdapat di lokasi berbeza. Lokasi 1 mempunyai makrofauna yang kurang daripada lokasi 2. Selain itu jenis makrofauna yang wujud dalam lokasi 1 dan lokasi turut berbeza. Makrofauna seperti cacing, ulat gonggok dan semut wujud dalam lokasi 2 yang lembap manakala hanya makrofauna sahaja dijumpai dalam tanah lokasi 1. Perbezaan jenis dan bilangan makrofauna di kedua-dua lokasi ini kerana mempunyai faktor-faktor tertentu. faktor pertama adalah pH tanah. Secara teorinya, tanah yang neutral paling banyak menyokong kehidupan tumbuhan dan haiwan daripada tanah yang pHnya yang kurang daripada 7. Maka, makrofauna boleh menadaptasi dengan lebih baik pada lokasi 2 berbanding dengan lokasi yang mempunyai pH tanah yang berasid sedikit di lokasi 1. Di samping itu, perbezaan tektur dan kemampatan tanah juga menyumbang kepada kehadiran makrofauna di tanah. Secara teorinya, tanah yang bertekstur halus seperti tanah di lokasi 2 dapat menakung air dengan baik dan dapat menjerap nutrien. Maka lebih banyak tumbuhan dan makrofauna dapat hidup pada tanah yang lebih mampat dan tekstur yang lebih halus seperti di lokasi 2. Tekstur tanah dan kemampatan tanah boleh dirasai melalui sentuhan tangan. Justeru, perbezaan kelembapan tanah turut menyebabakan makrofauna lebih banyak. Tanah yang lembap mempunyai kandungan air yang lebih banyak daripada tanah yang kering. Air penting untuk kehidupan sehingga 90 peratus jisim tumbuhan dan haiwan terdiri daripada air. Faktor lain yang mempengaruhi jenis dan bilangan makrofauna tanah adalah faktor suhu. Suhu lokasi 2 adalah rendah kerana tanah berada di tempat yang redup iaitu ditutup oleh daun reput dan juga bayang pokok. Maka tanah menjadi lembab seterusnya mendorong kepada

kepelbagaian spesies makrofauna di kawasan tersebut.

Faktor akhir yang

mungkin menyumbang kepada kesuburan tanah lokasi 2 ini ialah tiadanya aktiviti manusia seperti penggunaan racun serangga dan aktiviti perkebunan. Makrofauna di kawasan ini juga mempunyai sumber makanan yang cukup dan tidak mempunyai ancaman luar yang kuat. . Parameter yang digunakan dalam eksperimen ini adalah alat penyukat pH tanah. Alat penyukat digunakan untuk menyukat pH tanah dan juga suhu tanah. 2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut. Makrofauna memainkan peranan penting dalam ekosistem tanah. Antara peranan yang dimainkan oleh haiwan makrofauna ini adalah untuk

mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur atau laluan khas bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti seharian seperti mencari makanan, melindungi diri dan membiak. Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lebih berongga. Cacing tanah misalnya bergerak dan menyebabkan struktur tanah menjadi berongga secara tidak langsung

menyediakan ruang pengudaraan yang baik kepada tanah tersebut selain berfungsi sebagai agen penyubur tanah dimana hasil buangan kotoran cacing tersebut boleh membekalkan nutrient kepada tanah. Justerus, makrofauna seperti semut pula berfungsi untuk

penambahbaikan kapasiti atau kandungan tanah untuk menakung air selain mengubah persekitarab fizikal dan kimia tanah. Semut akan membina liang dalam tanah dimana ianya amat diperlukan untuk pertumbuhan akar. Selain daripada penambahbaikan tanah, makrofauna juga berperanan untuk proses penguraian. Proses penguraian tumbuhan dan haiwan-haiwan yang telah mati dapat dipercepatkan dengan kehadiran makrofauna ini. Makrofauna ini akan menyerap organisma-organisma yang telah mati tersebut dan ditukarkan kepada nutrient-nutrien seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforusm, kalium dan sebagainya yang cukup diperlukan oleh tanah. Makrofauna seperti ulat gonggok mempunyai fungsi penguraian ini.

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat, nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati?

g 2 e1 g 1 a h

e2 2 f e3

d i c

Penunjuk : a= tumbuhan b = bahan organik c = bakteria d = Protozoa e1 = Nematod (pemakan akar) e2 =Nematod (pemakan kulat dan bakteria) e3 = Nematod (pemangsa) f = kulat g1 = Arthropod (pencincang-shredder) g2 = Arthropod (pemangsa) h = Burung i = Haiwan (tikus)

Dalam ekosistem tanah ini, faktor abiotik dan faktor biotik saling mempengaruhi dan beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang stabil dan seimbang. Berdasarkan rantaian makanan di atas, terdapat 2 subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof merupakan

semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai pengeluar. Heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain ataupun tumbuhan dan ia dikenali sebagai pengguna Berdasarkan rajah siratan makanan ini, rumput hijau (autotrof) akan bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof). Dalam sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan gambar di atas ialah: rumput nematod (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung (h)

Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod (e1) ialah pengguna primer, arthropod (g1) ialah pengguna sekunder, arthropod (g2) ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus), tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yang hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.

Bibliografi
Laman Web
Tree Fruit Soil & Nutrition. (2000). Retrieved 7 8, 2013, from Washington State University: http://soils.tfrec.wsu.edu/mg/fauna.htm TANAH. (2012, 3). Retrieved 7 9, 2013, from Sains Pertanian SPM: http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/ Marrow, J. (2011). Mikrofauna Tanah. Retrieved from Fuzirahma:

http://fuzirahma.blogspot.com/2011/12/tanah.html

Buku
Chen, P. (1992). Biologi STPM Jilid 2 . Selangor : Kursus Sains Fajar Bakti . Legg, G. (2007). Knowledge Masters Animals. London: Alligator Book Limited. Price, P. W. (1993). Ekologi Serangga . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia
McKeever, S. (1996). Ensiklopedia Sains Jilid 4 . Great Britain: Arus Intelek Sdn.Bhd & Arenabuku Sdn.Bhd.

You might also like