You are on page 1of 44

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com Tel: +600-03-79675000. Fax: +600-03-7956 5506.

Mohammed Sani Ibrahim Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, E-mail: mohammedsani@um.edu.my. Tel: +600-03-79673894. Fax: +600-03-7967 5010.

1.

PENGENALAN

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah kita bergerak ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai pendidikan bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai kakitangan guru yang kompeten dan komited terhadap profesionnya.

42

Pendidikan bertaraf dunia

Pembentukan insan seimbang

Perpaduan negara

Pemupukan budaya ilmu

Merealisasikan wawasan 2020

Pendemokrasian pendidikan

Pembelajaran sepanjang hayat Tenaga kerja Kekonomi

Penekanan kepada sains dan teknologi

Rajah 1 : Hala tuju sistem pendidikan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) juga telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia berpengetahuan (k-workers) dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020. Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah penawaran sumber pengetahuan ini bergantung kepada bilangan sumber manusia yang terlatih dan bermotivasi. Untuk merelisasikan matlamat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkemaskan perancangan dan pembangunan sumber manusia dengan memberikan fokus ke arah melahirkan guna tenaga yang kompeten dan kompetitif (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004). Namun demikian disebabkan tidak wujud satu standard kompetensi dalam bidang perguruan dan program pendidikan guru sebagai panduan di negara kita, maka telah timbul masalah perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan satu sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja. Kesan daripada masalah tersebut telah menyebabkan ramai guru telah meletak jawatan atau bersara dengan awal, dan burnout dalam kalangan guru. Keadaan ini telah menjejaskan kualiti pendidikan negara kita. Kewujudan satu piawai membolehkan guru-guru bertugas dengan mempunyai bimbingan terperinci, dapat melihat syarat-syarat yang harus dipenuhi dan dicapai dan boleh digunakan untuk menggerakkan peningkatan kualiti pengajaran.

42

2.

SENARIO PENDIDIKAN DI MALAYSIA MASA KINI.

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut telah dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu (a) meningkatkan akses dalam pendidikan (b) meningkatkan ekuiti dalam pendidikan (c) meningkatkan kualiti pendidikan (d) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995) , pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005)

Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini ? Adakah beberapa perubahan dalam skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan mahupun kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan petunjuk kepada tahap kompetensi guru Malaysia ?
Guru-guru di Malaysia amat bertuah kerana kerajaan Malaysia begitu prihatin dan sentiasa memberikan fokus terhadap kemajuan dan kebajikan perkhidmatan mereka. Ini jelas dilihat dari usaha pengemaskinian Skim Perkhidmatan Pendidikan sebanyak sembilan kali di bawah empat laporan semakan gaji seperti berikut. (i) Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Suruhanjaya Gaji Aziz 1971). (ii) Laporan Jawatankuasa Khas Gaji Kabinet (JKK) 1976. (iii) Laporan Sistem Saraan Baru (SSB) 1991 (iv) Laporan Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2002. (Bahagian Sumber Manusia KPM 2004) Sistem Saraan Malaysia(SSM) berkuat kuasa mulai 1 November 2002. SSM diperkenalkan dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam secara menyeluruh dan merupakan reformasi dalam pengurusan manusia untuk mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan cemerlang. Antara yang diperkenalkan dalam SSM ialah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ia adalah satu proses untuk menilai dan memastikan bahawa setiap pegawai memenuhi kriteria dan standard prestasi yang ditetapkan serta mencapai tahap kompetensi bagi jawatannya. Peperiksaan yang terdiri daripada dua komponen iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi

42

Khusus bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri anggota perkhidmatan awam melalui (a) pembelajaran berterusan (b) meningkatkan budaya organisasi pembelajaran (c) melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi PTK secara tidak langsung membuka satu lagi ruang kepada para guru untuk meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki prestasi diri khususnya berkaitan dengan tugas mereka. Ini adalah sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kompetensi para guru. Pada tarikh 18 Disember 2003 guru-guru telah menduduki peperiksaan pertama PTK selaras dengan pelaksanaan SSM. Apabila keputusan diumumkan didapati dari sejumlah 130 000 guru yang menduduki PTK pada tahun 2003 hanya 1170 (0.9 % ) yang lulus.Ini juga bermakna hanya 0.9 % guru yang mendapat markah 80 ke atas dan dikategorikan sebagai kompeten. Manakala 99.1% kandas dan tidak mencapai tahap kompetensi yang baik. Keputusan PTK ini telah menjadi perbincangan hangat di seluruh negara. Adakah ini memberi isyarat bahawa majoriti guru Malaysia belum cukup kompeten ? Guru-guru yang gagal rata-rata tidak berpuas hati dengan peperiksaan itu. Ada yang mendakwa sukatan mata pelajaran terlalu luas, soalan tidak berkenaan dengan profesion keguruan dan banyak lagi. Guru-guru boleh memberi 1001 alasan tetapi imej guru di mata masyarakat sudah tentulah terjejas lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Malah isu ini telah membawa kepada campur tangan Perdana Menteri , Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah JPA untuk mengadakan rundingan dengan wakil pekerja sektor awam bagi menyelesaikannya. Berikutan itu, keputusan peperiksaan telah disemak semula dan peratus kelulusan ditingkatkan namun masih ramai yang tidak berpuas hati. Sungguhpun begitu , Peperiksaan PTK kedua telah diteruskan dan diadakan pada 30 Disember 2004 dan keputusan dikeluarkan pada Jun 2005 tetapi dengan format pemarkahan yang baru. Kali ini tiada lagi kelompok lulus dan gagal. Pencapaian dibahagikan kepada 4 aras . Aras 4 adalah aras yang tertinggi di mana calon dikategorikan sebagai lulus atau melepasi tahap kompetensi pada aras yang cemerlang dengan markah di atas 80%. Lulus atau melepasi tahap kompetensi diberikan aras 3 dengan markah di antara 60 hingga 79. Lulus bersyarat diberikan aras 2 dengan markah di antara 50 hingga 59 . Tidak melepasi tahap kompetensi diberikan aras 1 dengan markah 49% dan ke bawah. Isunya, adakah dengan berdasarkan aras-aras ini sudah memadai untuk dijadikan petunjuk tahap kompetensi guru-guru? Dapatkah peperiksaan ini memberikan imej sebenar guru-guru yang kompeten ? Adakah kompetensi guru dapat dinilai bersandarkan kepada satu peperiksaan objektif dengan 80 soalan sahaja ? Sedangkan kompetensi sebenarnya lebih luas dari itu. Persoalan yang cukup relevan di sini ialah selain dari markah yang di peroleh adakah mekanisme lain untuk membezakan guru-guru yang memperoleh aras 4 dengan aras 3 mahupun dengan aras-aras yang lain ? Bagaimana hendak memastikan kompetensi guru yang memperoleh aras 4 kekal di sepanjang perkhidmatan mereka? Bagaimana pula hendak menangani guru yang komited dengan tugas tetapi tidak memperoleh aras 4 dalam PTK atau bagaimana pula untuk menangani guru yang kurang komited tetapi menunjukkan prestasi cemerlang dalam PTK ? Ini adalah kerana hampir keseluruhan guru yang mencapai aras 4 akan diberikan anjakan gaji. Ini bukanlah bermakna bahawa PTK tidak sesuai sama sekali tetapi kerana sehingga kini masih terdapat rungutan atau ketidakpuasan hati maka amatlah perlu untuk dibuat penambahbaikan ke arah satu standard kompetensi yang lebih objektif dan

42

terpandu. Mujurlah akhirnya, PTK ini telah dimansuhkan berikutan penyemakan semula skim gaji yang sedia ada. Apabila menyentuh tentang tahap kompetensi guru-guru kita tidak dapat lari daripada merenung kembali beberapa isu atau peristiwa yang agak kontroversi dan juga pencapaian guru sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Baru-baru ini, tersiar di dada akhbar, ibu bapa di Malaysia membelanjakan kira-kira 4 bilion ringgit setahun untuk menampung kos kelas tuisyen anak-anak(New Straits Times,2005). Pelaburan ini bukannya sedikit. Jika ditinjau dari sudut positif , ini menunjukkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya pendidikan anak-anak. Namun dari sudut yang berbeza pula, kita dapati ini memberikan gambaran bahawa pengajaran guru di sekolah belum memadai bagi tujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan. Adakah ibu bapa sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan pengajaran guru ? Justeru, adakah guru-guru tidak cukup kompeten dalam menangani perkara asas dalam pendidikan iaitu menyampaikan ilmu ? Seterusnya, isu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Apabila keputusan PMR 2005 diumumkan pada 22 Disember 2005, warga pendidik menarik nafas lega bila keputusannya amat memberangsangkan. Dengan peratus kelulusan matematik 84.1% dan sains 90.1% masyarakat percaya guru-guru telah menjalankan tugas dengan berkesan. Malangnya, dengan kenyataan susulan Ketua Pengarah Pelajaran Dato` Dr. Ahamad Sipon, yang menyatakan bahawa hanya 27% sahaja pelajar yang menjawab kertas matematik menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya manakala hanya 33% sahaja pelajar yang menjawab kertas sains menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya membuatkan kita berfikir sekali lagi tentang kemampuan guru. Apakah kedudukan guru Malaysia ? Adakah mereka kompeten dalam erti kata yang sebenarnya? Dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris juga telah dimansuhkan setelah didapati ianya tidak berkesan. Prestasi murid dan pelajar dalam tiga peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan hasil yang hampir malar tetapi tetap menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun, laporal awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menegaskan, di sebalik keberhasilan itu adalah penting Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda aras global bagi memastikannya bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan antarabangsa. Ini kerana jelas laporan itu, prestasi negara dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menurun antara 1999 dan 2007 manakala keputusan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) 2009 pula menunjukkan Malaysia berada di kelompok sepertiga di bawah berbanding 74 negara peserta. Dalam pentaksiran terkini (2012), prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea dan Hong Kong dalam ketiga-tiga dimensi iaitu Bacaan (kedudukan ke-55), Matematik (kedudukan ke-57) dan Sains (kedudukan ke-52). Ia juga lebih rendah daripada purata antarabangsa dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Dalam Kajian Trend Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) 2003 , pelajar Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dalam pembelajaran Matematik mengatasi negara maju iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealand. Menurut Kajian itu juga, Malaysia menduduki tangga ke- 20 bagi mata pelajaran sains mengatasi Norway dan Itali. Kajian ini telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Seramai 5 314 pelajar dari 150 sekolah telah dipilih secara rawak untuk diuji oleh panel pakar dari seluruh dunia melalui 12 buku ujian. Pelajar kita memperoleh skor purata 508 berbanding skor antarabangsa 467 bagi mata pelajaran matematik. Bagi sains pula, purata skor pelajar kita ialah 510 berbanding skor purata antarabangsa 474. Malah terdapat

42

juga peningkatan dalam ranking berbanding tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual 1: Kedudukan Malaysia mengikut ranking dalam TIMSS.

Tahun 1999 2003

Kedudukan dalam ranking Matematik Sains 16 22 10 20

Menurut kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kejayaan ini membuktikan bahawa guru-guru mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua subjek berkenaan (Utusan Malaysia 14 Disember 2004). Kenyataan Menteri Pelajaran ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kualiti guru-guru Malaysia. Adakah ianya memadai untuk mengatakan bahawa guru-guru Sains dan Matematik Malaysia sudah mencapai tahap kompetensi yang baik ? Mampukah kita mendabik dada mengatakan guru-guru sains dan matematik di Malaysia mempunyai tahap kompetensi yang membolehkan mereka bersaing di persada pendidikan antarabangsa ? Apakah kedudukan sebenar guru Malaysia ? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir ke arah itu. Apakah pengajaran guru di sekolah kurang berkesan sehingga memaksa ibu bapa menghantar anak ke pusat tuisyen ? Adakah trend ini memberikan gambaran tentang tahap kompetensi guru Malaysia khususnya dari aspek pedagogi ? Persoalan- persoalan ini sekali lagi sukar dijawab kerana di Malaysia masih belum wujud lagi satu standard kompetensi ke atas guru. Menurut Dr. Mohammad Sani Ibrahim (dalam Utusan Malaysia 20 Mac 2002), tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam P&P bagi sekolah Bestari masih pada tahap yang rendah. Oleh itu, bagaimanakah guru-guru yang ada sekarang ini mampu menyediakan pelajar yang mempunyai sikap yang terbuka untuk menerima pendidikan dan berani menghadapi cabaran masa hadapan sekiranya sumber untuk mengayakan pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru kabur dan tidak mencukupi untuk melaksanakan P&P dengan efisien dan berkesan. Maka, guru tidak berupaya mencapai TQM yang dihasratkan. Adakah ini petunjuk bahawa guru -guru Malaysia belum mencapai standard kompetensi yang diperlukan? Pastinya pandangan ini ada meritnya. Namun untuk mengukuhkannya lagi, guru di sekolah Bestari ini perlu ada satu standard kompetensi untuk dijadikan kayu pengukur kemajuan mereka. Kejayaan beberapa buah sekolah dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat pengiktirafan ISO 9000 membuktikan guru Malaysia berpotensi untuk mencapai standard yang setanding dengan rakan sejawat mereka di negara-negara maju yang lain. Sekolah pertama yang mendapat pengiktirafan piawaian ISO 9000 ialah Sekolah Menengah Derma, Kangar. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak , lebih banyak sekolah rendah dan menengah akan dicalonkan untuk menerima sijil MS ISO 9000 iaitu pengiktirafan bertaraf dunia ( Berita Harian 13 Ogos 1997). Tambahan kepada usaha ini, pihak nazir telah melawat dan memeriksa 2971 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1999 dalam usaha meningkatkan standard dan kualiti pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasilnya sebahagian besar sekolah telah menunjukkan peningkatan ( Berita Harian 6 Mac 2000). Persoalannya, adakah dengan mendapat

42

pengiktirafan ISO 9000 kita sudah selesa untuk mengatakan bahawa guru Malaysia sudah cukup kompeten ? Satu daripada inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ialah dengan menyediakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai piawai bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah serta institusi pendidikan (Dasar Pendidikan Kebangsaan 2004). Jemaah Nazir Sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan strategi ini. Namun maklum balas yang diterima juga menunjukkan guru serta tenaga pengajar menghadapi masalah dalam melaksanakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) sepenuhnya kerana menghadapi kesukaran memahami dokumen-dokumen yang diedarkan dan tatacara melaksanakan sistem tersebut yang terlalu kompleks dan memerlukan masa serta tenaga yang banyak sehingga ada kalanya menjejaskan pelaksanaan program-program lain. Malah para guru dan tenaga pengajar di institusi pendidikan, kurang memahami objektif dan perancangan yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS 2003) bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Adakah reaksi negatif ini petanda guru kurang kompeten atau masih belum wujud sistem pengukuran standard yang jelas ? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru. Kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, Belanda sudah membina standard kompetensi untuk guru-guru mereka. Justeru, sistem pendidikan di Malaysia memerlukan elemen standard kompetensi untuk para guru agar proses penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan perguruan akan menjadi lebih sistematik. Lantaran itu, adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir dan menyumbang kepada pembentukan satu standard kompetensi untuk guru di Malaysia. STANDARD KOMPETENSI GURU Konsep Kompetensi Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) Menurut Daud Ibrahim(2003) bahawa, kompetensi bermakna competence, proficiency, skillful and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan cemerlang. Agus Darma (2003), mentakrifkan kompetensi sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu. Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai; Definisi Umum Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada

42

unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah didefinisikan sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya. Definisi khusus Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat. Definisi Guru Guru dalam konteks tajuk tugasan ini bermaksud ialah tenaga pengajar yang telah mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal guru, guru permulaan, guru dan pentadbir sekolah (termasuk pengetua dan guru penolong kanan). Bakal guru pula ialah seseorang individu yang sedang mengikuti latihan perguruan di peringkat diploma dan ijazah pertama. Guru permulaan ialah guru yang telah mengikuti latihan perguruan dalam mana-mana peringkat pengajian dan telah berkhidmat dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun. Konsep Kompetensi Guru Standard profesional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru. Kompetensi guru termasuklah perkara yang berkaitan personal, profesional dan sosial seperti pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion. 1. Kurikulum. Guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini. 2. Pedagogi. Guru mestilah tahu mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang sesuai. 3. Penilaian. Guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar, bagaimana menilai kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana menetapkan tahap kemajuan. 4. Sumbangan kepada sekolah. Sebagai staf institusi pelajaran, setiap guru seharusnya memberi sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal mengambil berat terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi dan pendirian komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti. 5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion pergurun dengan menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti

42

profesional, menyumbangkan pembangunan dalam profesion perguruan dan asas kemahiran dan bersedia untuk membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya berfikir dan berkelakuan sebagai profesional. Perkara asas bagi menggariskan standard guru profesional ialah apa yang perlu diketahui dan boleh dilakukan. Formula asas kebolehan guru perlu ditunjukkan dalam bidang berikut: penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru dan teknologi.

Model Kompetensi Guru Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Contohnya, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang. Komponen Kompetensi Tiga komponen kompetensi yang utama adalah: (a) Pengetahuan: Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan. (b) Kemahiran Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi. (c) Ciri-ciri Peribadi Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam. Komponen-komponen di atas adalah digambarkan secara ilustrasi oleh Hay McBer di dalam Model Aisbeg. Di mana, kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan ciri-ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberi penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan pembangunan. Bagi model ini, kompetensi merupakan aisbeg di mana kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisbeg dan berada di atas paras air. Manakala, ciri-ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walau bagaimanapun,kemahiran dan pengetahuan walaupun perlu untuk menjalankan sesuatu kerja, ia tidak membezakan prestasi yang dihasilkan . Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi (yang tersembunyi) merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa. (Gambar rajah 2). Dengan kata-kata lain, pengetahuan dan kemahiran adalah merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti manakala ciri-ciri peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti tetapi adalah merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan.

42

Paras Air - Sukar diperhati, ukur dan ubah -Mengawal perilaku yang ditunjukkan

Kemahiran Pengetahuan Peranan Sosial Self-image Traits (Personality) Motif

Diperlukan untuk menjalankan tugas

Menetukan kecemerlang an

Rajah 2: Model Kompetensi Iceberg Jenis Kompetensi Terdapat dua jenis kompetensi iaitu; (a) Kompetensi umum(Generic Competencies) Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi serta tata kelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan berkenaan. Kompetensi Khusus(Functional Competencies) Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang spesifik bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan.

(b) -

Standard Kompetensi Luar Negara Standard kompetensi guru di luar negara telah banyak di perkatakan. Berikut adalah standard Kompetensi guru yang diguna pakai di beberapa buah negara. Standard ini mungkin boleh dijadikan panduan ke arah pembentukan satu standard kompetensi guru di Malaysia. A. Standard Kompetensi Guru di Australia

Rajah 3 menunjukkan Rangka Kerja Kebangsaan Untuk Standard Profesional Perguruan Australia yang mengandungi dimensi kerjaya dan elemen profesional.

10

42

Rajah 3 : Rangka Kerja Kebangsaan Profesional Perguruan Australia. Dimensi Kerjaya Guru-guru membina pengetahuan, kemahiran dan latihan melalui kehidupan profesional mereka, tetapi pembinaan ini bukanlah satu proses yang linear. Mereka memasuki profesion ini dengan pelbagai aras keutamaan pembelajaran, pengalaman kerjaya dalam konteks yang berbeza. Terdapat empat dimensi kerjaya: Kelulusan (Graduation) Guru yang berkesan adalah guru yang: Telah diberikan latihan yang mencukupi dan terlibat di dalam proses pembelajaran yang berterusan. Boleh mengenal pasti keperluan pembangunan mereka dan mendapatkan nasihat dan sokongan daripada rakan sejawat. Mempunyai matlamat yang tinggi sebagai pelajar yang profesional untuk pembelajaran pelajar mereka. Komitmen mereka terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar mereka boleh dilihat dari pencapaian pelajar yang tinggi. Mereka mempunyai komitmen, semangat dan kemahiran interpersonel yang dianggap sebagai peranan profesional di sekolah dan komuniti yang lebih luas yang menyumbang kepada perjalanan sekolah sebagai keseluruhan. Kompetensi (Competence) Guru profesional yang kompeten: Dapat menunjukkan pengalaman pengajaran yang berjaya. Boleh memantau, menilai dan merancang pembelajaran dan menyesuaikan program pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu dan kumpulan di dalam kelas. Mempunyai rekod tentang keberkesanan dan pembelajaran yang berterusan.

11

42

Bekerja dengan rakan sejawat dan pasukan untuk meningkatkan tahap profesional mereka dan mengambil tanggungjawab yang besar dalam kolaborasi dengan yang lain untuk memenuhi kehendak pembelajaran mereka. Merupakan seorang ahli yang berkesan di sekolah dan komuniti.

Pencapaian (Accomplishment) Guru-guru pada aras ini adalah guru-guru yang: Mempunyai kemahiran yang tinggi dan berjaya dalam kerjayanya. Dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di dalam mata pelajaran dan pedagogi. Memberikan sumbangan terhadap profesion dan sekolah. Boleh berkomunikasi secara berkesan dan bergaul secara dengan profesional dengan masyarakat. Kepimpinan (Leadership) Guru-guru ini: Berpengetahuan dalam perkembangan terkini di dalam pedagogi dan boleh menggunakannya kepada konteks pelajar yang unik. Mempunyai ciri-ciri interpersonal dan kepimpinan, jujur, berintegriti dan saksama. Boleh mengenal pasti potensi yang ada pada orang lain, mempromosikan dan menggalakkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing. Menggunakan analisis kritikal dan penyelesaian masalah kepada masalah pendidikan dan terlibat di dalam pembelajaran berterusan yang profesional. Berkomunikasi secara efektif dengan komuniti untuk menyokong pembangunan sekolah dan mempromosikan pembelajaran pelajar. Elemen Profesional Profesional Knowledge Guru-guru tahu dan faham tentang: idea asas, prinsip dan struktur bidang yang mereka ajar. perkaitan antara bidang mereka dengan bidang yang lain dan boleh mengintegrasikan pembelajaran merentasi bidang. cara mengajar kandungan pelajaran dengan berkesan, dan faham halangan-halangan pembelajaran yang akan timbul dari pelajar. secara bagaimana kanak-kanak belajar dan bagaimana tugas mereka sebagai fasilitator pembelajaran. menggunakan falsafah pembelajaran. Menilai secara kritikal teori-teori pembelajaran dan tahu menggunakannya secara berkesan. Mengambil kira perbezaan sosial, budaya dan keperluan khusus latar belakang pembelajaran pelajar mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan Profesional (Professional Practice) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka dan jelas dengan matlamat pembelajaran. Menggunakan teknik inkuiri dan menggunakan pelbagai peralatan, aktiviti dan sumber untuk melibatkan pelajar di dalam pembelajaran. Memilih dan menyusun kandungan pelajaran dengan logik dan berstruktur untuk mencapai matlamat pembelajaran. Boleh mengurus tingkah laku dan situasi yang timbul di dalam ke arah pembelajaran yang bermakna. Membina situasi pembelajaran yang selamat dan menjaga kebajikan pelajar mereka.

12

42

Merancang pembelajaran dengan menggunakan penilaian formatif yang sesuai. Faham keperluan menilai pengajaran mereka dan kepentingan menyediakan tindak balas formal dan informal kepada pelajar sebagai stimulus kepada pembelajaran.

Nilai Profesional (Professional Values) Komited kepada pembangunan kendiri dan sentiasa membuat analisis, penilaian berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme. Faham bahawa tugas mereka sentiasa berubah dan mereka perlu menyerap dan bertindak balas dengan situasi ini. Bekerjasama dengan penjaga dan semua yang terlibat dengan pendidikan sebagai satu syarikat. Mereka meningkatkan tahap profesional ke tahap yang tinggi dan menghormati pelajar mereka. Bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan dengan pelajar, rakan sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti. Hubungan Profesional (Professional relationship) Terlibat dengan komuniti dengan membentuk hubungan profesional dengan semua peringkat di dalam komuniti (guru membentuk dan mengurus pengalaman pembelajaran untuk individu dan kumpulan pelajar yang menyediakan peluang untuk terlibat dengan ahli lain di dalam profesion dan seluruh komuniti sekolah) Bekerja secara produktif dengan rakan sejawat dan lain-lain profesional untuk meningkatkan pembelajaran dan faham betapa pentingnya hubungan akrab antara sekolah, rumah, dan komuniti di dalam pembangunan sosial dan intelektual pelajar mereka. Hubungan ini adalah berasaskan kepercayaan, hormat, dan keyakinan.

B.

Standard Kompetensi Guru di British Columbia, Kanada.

Standard kompetensinya terbahagi kepada dua seksyen: 1. Pendidikan dan Kompetensi. 2. Pengurusan Profesional. Pendidikan dan kompetensi. 1. Pendidik yang profesional mengambil berat dan berminat dengan semua kanakkanak sepanjang masa. Memastikan keselamatan fizikal,intelektual, dan emosi semua pelajar. Melayan pelajar dengan cara hormat, mesra dan tidak membezakan sesama pelajar. Bertindak mengikut etika dan undang-undang untuk kebaikan dan perlindungan pelajarnya. Menunjukkan komitmen ke arah melayan pelajar dengan sama rata. Intervensi di mana perlu jika orang lain gagal menunjukkan nilai dan mengambil berat kepada semua pelajar. Pendidik yang profesional menunjukkan kefahaman tentang peranan ibu bapa dan rumah di dalam kehidupan pelajar. Mengenal pasti (di dalam perancangan dan interaksi dengan pelajar dan ibu bapa) kepentingan persekitaran rumah dan perbezaan nilai keluarga.

2.

13

42

3.

Menghormati peranan ibu bapa sebagai co-educators terhadap pelajar dan kerja untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat menyokong peranan itu. Berkomunikasi secara terbuka, berkesan, sensitif, dan sopan dengan ibu bapa pelajar. Mendapatkan penyertaan dan input daripada ibu bapa untuk menyokong pelajar.

Pendidik yang profesional mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang di ajar. Boleh berkomunikasi dengan fasih sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis. Memahami konsep asas dan struktur mata pelajaran yang diajar Memahami bagaimana pengetahuan tentang mata pelajaran dibina, disusun dan berkaitan dengan bidang yang lain. Memahami secara mendalam tentang mata pelajaran dan kurikulum. Akses dan mempunyai komunikasi kepada pengetahuan mata pelajaran dan menghubungkannya dengan kurikulum dan dunia luar. Pendidik yang profesional adalah berpengetahuan tentang Kanada dan dunia. Mempunyai pengetahuan tentang sejarah Kanada, geografi dan kebudayaannya. Faham, menggalakkan dan mematuhi undang-undang. Berpengetahuan tentang teori dan pelaksanaan demokrasi. Faham tentang penglibatan di dalam kebudayaan masyarakat Kanada. Mempunyai pengetahuan umum tentang sejarah dunia, geografi dan kebudayaan. Pendidik yang profesional berpengetahuan tentang sistem pendidikan British Columbia. Faham tentang prinsip sistem pendidikan di British Columbia. Mempunyai pengetahuan kerja yang relevan. Faham tentang perbezaan pandangan berdasarkan matlamat pendidikan. Faham tentang sejarah dan kandungan pendidikan di British Columbia dan Kanada. Sedar tentang isu-isu terkini di dalam pendidikan. Faham tentang peranan pendidikan di dalam pembinaan warganegara yang berinformasi di dalam konstitusi demokrasi. Pendidik yang profesional faham tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Faham dan menggunakan teori yang relevan tentang perkembangan manusia termasuk menggunakan dan memahami perbezaan pembelajaran individu dan keperluan khas. Faham dan menggunakan teori yang relevan yang boleh menerangkan tentang tingkah laku kanak-kanak. Memfokuskan kepada perkembangan potensi dan memupuk rasa cinta kepada pelajaran di kalangan kanak-kanak Memberi respons kepada situasi yang spesifik yang menghormati digniti pelajar. Pendidik yang profesional mengimplementasikan kaedah pengajaran yang afektif. Membina persekitaran yang menyokong pembelajaran semua pelajar. Mereka bentuk, mengimplementasikan dan memantau pengalaman pembelajaran ke arah kebaikan pencapaian pelajar.

4.

5.

6.

7.

14

42

Menyediakan pengalaman pembelajaran di mana pelajar faham dan membina peranan mereka sendiri dan bertanggungjawab di dalam proses pembelajaran dan sebagai pelajar sepanjang hayat. Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik yang lain, staf sokongan, ibu bapa dan yang lain-lain untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Mengenal pasti bila bantuan sokongan dan kepakaran diperlukan untuk memenuhi keperluan spesifik pelajar dan bekerja secara kolaboratif untuk menangani situasi ini ke arah kebaikan pelajar.

8.

Pendidik yang profesional menggunakan prinsip tugasan, penilaian dan laporan. Faham tentang kekuatan dan kelemahan di dalam tugasan yang spesifik, penilaian dan alat laporan. Sentiasa mentaksir dan menilai pencapaian intelektual dan perkembangan sosial pelajar. Menggunakan penaksiran dan penilaian untuk merancang pengalaman pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Bekerja dengan rakan sejawat untuk memastikan interpretasi umum tentang hasil pembelajaran dan hasil penilaian. Memastikan ketepatan dan rekod yang komprehensif tentang pencapaian pelajar. Sentiasa membuat laporan yang tepat dan berinformasi, untuk pentadbir dan ibu bapa tentang pencapaian intelektual dan perkembangan sosial pelajar. Pendidik yang profesional bertindak mengikut etika pemimpin pendidikan Bertindak mengikut ruang lingkup yang sah untuk kebaikan pelajar, sistem pendidikan, dan masyarakat Mengekalkan secara konstruktif, hubungan profesional dengan pelajar, rakan sejawat, majikan, ibu bapa, profesion dan lain-lain. Menerima, dan menyampaikan kepada yang lain-lain ..... Akauntabiliti kepada pelajar, ibu bapa, majikan, profesion, dan masyarakat. Membina dan mengenal pasti falsafah kendiri tentang pendidikan, pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan oleh teori dan menyumbang kepada praktis. Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik, staf sokongan, staf sokongan profesional, ibu bapa, dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi sekolah dan daerah. Menyediakan perkongsian kolaboratif dengan ibu bapa, komuniti, universiti, kerajaan, agensi swasta dan perniagaan untuk kebaikan pelajar. Pendidikan yang profesional terlibat dengan pendidikan sepanjang hayat. Membentuk minat, komitmen, dan semangat ke arah pendidikan. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi. Berkongsi pengetahuan profesional dan kepakaran dengan yang lain-lain di dalam komuniti. Menggunakan amalan refleksi yang boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran.

9.

10.

Pengendalian Profesional 11. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada pelajar. Menghormati autoriti, kepercayaan, dan pengaruh yang diberi. Menunjukkan minat kepada pelajar sepanjang masa. Faham bahawa mereka adalah role model kepada pelajar.

15

42

12.

Mewujudkan dan menjaga sempadan di dalam hubungan profesional. Tidak terlibat di dalam tingkah laku seksual dengan kanak-kanak atau pelajar secara sedar atau tidak. Menyediakan pelajar dengan persekitaran yang beremosi, intelektual, dan selamat dari segi fizikal. Melayan pelajar dengan tenang dan penuh hormat.

Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan orang ramai. Bertindak secara beretika dan jujur sepanjang masa. Faham bahawa mereka dilihat sebagai role model oleh ibu bapa dan masyarakat. Sentiasa berkelakuan yang memberi tindak balas positif kepada kepercayaan orang ramai dan sistem pendidikan. Faham bahawa autonomi profesional diseimbangkan oleh tanggungjawab profesional dan akauntabiliti kepada orang ramai. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada profesion. Menunjukkan tingkah laku yang mengekalkan digniti, kredibiliti dan integriti terhadap profesion. Menyokong profesion dengan menjadi menyediakan sistem mentoran untuk menggalakkan pendidik lain dan sesiapa yang baru menceburi profesion ini. Faham tentang perbezaan antara akta-akta profesion dan advocacy. Memastikan semua komunikasi mengekalkan standard profesional yang tinggi. Bekerjasama di dalam penyiasatan atau inkuiri yang dikendalikan berdasarkan Teaching Profesion Act.

13.

C.

Standard Kompetensi Pendidik Guru (Teacher Educators) di Netherland

Asas Kompetensi Pengajaran. Pendidik guru menyediakan perkhidmatan untuk institusi pendidikan guru. Tugas utama pendidik guru ialah : Untuk menjadikan pelajar berkembang menjadi guru-guru yang kompeten. Pendidik guru juga boleh menyumbang kepada pendidikan guru yang berterusan atau terhadap penyelidikan terhadap proses pembelajaran. Pendidik yang baik: mempunyai pemahaman terhadap perkembangan muridnya. Memudahkan dan menyelia perkembangan muridnya. Mengambil berat tentang perkembangan profesional diri sendiri. Pendidik guru membentuk visi pembelajaran sendiri, yang mana berkaitan dengan dunia sebenar. Mereka berkebolehan menyerap visi ini kepada institusi mereka, dan boleh berkomunikasi dengan jelas tentang perkara ini kepada rakan sejawat dan pelajar. Seorang pendidik yang baik: bersikap terbuka dan adalah seorang pendengar yang baik. sanggup mengambil risiko dan mengambil inisiatif. boleh menawarkan tindak balas dan terbuka dedikasi, komited, dan terlibat

16

42

menyelesaikan masalah dengan kebijaksanaan dan diplomasi.

Sebagai kumpulan yang profesional, pendidik guru bekerja berpandukan kriteria berikut: mengambil berat (sebagai permulaan) masalah praktik yang spesifik dan pengalaman guru-guru dan pelajar termasuk mata pelajaran yang di ajar. Berorientasikan stimulasi refleksi yang sistematik. Membuat pertimbangan tentang interaksi antara pendidik dan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Bekerja di dalam integrasi di antara teori dan praktik dan integrasi di dalam disiplin yang berbeza. Mendapatkan dan mengekalkan pengetahuan daripada pelbagai sumber. Kompetensi Umum Terdapat lima bidang kompetensi: 1. Kompetensi kandungan 2. Kompetensi pedagogi 3. Kompetensi organisasi 4. Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi 5. Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel. Kompetensi Kandungan Pendidik guru boleh: (a) Mendapat dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang masing-masing. (eg. kandungan mata pelajaran yang diajar, pedagogi kandungan, teori pendidikan) (b) Mengintegrasikan amalan pengajaran yang kompleks yang meliputi isi kandungan, pedagogi, teori pendidikan, pembelajaran dan perkembangan psikologi kepada satu disiplin. Kompetensi pedagogi (a) boleh berkolaborasi dengan rakan sejawat untuk membuat persediaan, mengimplementasikan, menilai, membuat pengubah suaian, dan memperbaharui kurikulum kursus. (b) Boleh membina persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan untuk pelajar dan peserta kursus. (c) Boleh membezakan antara pelajar guru dan peserta kursus dan memantau mereka ke arah kompetensi pengajaran. (d) Menggunakan kaedah pedagogi yang berlainan kepada situasi pengajaran yang berbeza. (e) Menjadikan pendekatan pedagogi telus kepada pelajar. (f) Membina dan menggunakan ujian penaksiran di dalam kemahiran vokasional, dapatkan tindak balas pelajar dan taksir keupayaan pelajar terhadap profesion perguruan. (g) Menggalakkan pelajar membuat refleksi terhadap pengalaman mereka dan mentaksirkan keupayaan mereka di dalam profesion perguruan. Kompetensi organisasi (a) mengekalkan network secara profesional sama ada di luar atau di dalam bidang pendidikan. (b) Menyumbang secara aktif terhadap pembangunan dan pengimplementasian outlook organisasi dan polisi. (c) Bekerjasama dengan yang lain di dalam pelbagai disiplin, kumpulan terarah kendiri.

17

42

Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi (a) boleh menangani orang dewasa yang muda dan guru-guru yang cekap. (b) Mengendalikan dengan jayanya proses di dalam kumpulan pelajar, guru-guru dan rakan sejawat. (c) Boleh menunjukkan rasa empati kepada sesiapa sahaja yang mereka bekerja sama. Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel. (a) boleh menilai bersama rakan sejawat pembangunan terbaru di dalam bidang pendidikan dan menggunakannya di dalam tingkah laku. (b) Boleh membuat refleksi secara sistematik pendekatan pedagogi dan tingkah lakunya terhadap pelajar, rakan sejawat, dan lain-lain. (c) Menjadi proses pembelajarannya boleh dilihat (visible) kepada rakan sejawat dan pelajar.

D.

Standard Kompetensi Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di Scotland.

Standard ini mempunyai empat komponen utama: Nilai profesional dan komitmen personel Pengetahuan dan kefahaman profesional Ciri-ciri profesional dan personel Tingkah laku profesional.

Rajah 4 : Komponen Standard Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di Scotland Nilai profesional dan komitmen personel Mempromosikan pembelajaran di dalam kelas secara efektif. Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan Kolaborasi dan mempengaruhi Pendidikan dan nilai sosial

18

42

Pengetahuan dan kefahaman profesional Guru-guru bertauliah sepatutnya menunjukkan kefahaman kritikal melalui kerjanya: Menggunakan pendekatan terkini di dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian terkini tentang pengajaran dan pembelajaran. Konteks perubahan sosial dan budaya terhadap pendidikan Kurikulum sekolah, pengetahuan asas dan bagaimana kurikulum itu berkait dengan kehidupan di dalam komuniti, termasuk kewarganegaraan dan the world of work Penaksiran pendidikan dan interpretasinya Tindak balas terhadap perbezaan pelajar dan terhadap halangan pengalaman untuk pembelajaran. Prinsip dan amalan keadilan sosial, inclusion, kesaksamaan, dan demokrasi, dan strategi untuk mengelakkan diskriminasi. Pendidikan dan promotion of personel well-being dan perkembangan persekitaran. Guru sebagai co-educators dengan ibu bapa dan profesional yang lain. The nature of profesionalisme Perdebatan isu-isu semasa ICT dan kepentingannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri profesional dan personel Guru-guru bertauliah, sepatutnya boleh menunjukkan satu julat kemahiran dan attribut yang boleh dikategorikan di dalam bentuk kerja yang profesional: Mempunyai semangat dan keupayaan untuk memotivasikan Berkomunikasi secara efektif Boleh menjadi sumber dan positif, dan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah Menjadi kreatif dan imaginatif, dan mempunyai tingkah laku yang terbuka kepada perubahan Sistematik dan terurus, berfokus, mengenal pasti dan bekerja keras Menunjukkan rasa empati dan adil, mengambil berat dan boleh didekati (approachable) Menunjukkan prestasi (performance) yang konsisten di dalam bidang profesional Tingkah laku profesional Boleh dikategorikan kepada empat bidang: Keberkesanan mempromosikan pembelajaran di dalam kelas: Guru-guru bertauliah sepatutnya boleh menunjukkan keupayaan untuk: o meninggalkan kesan berterusan di dalam proses pembelajaran dan perkembangan pelajar o membina dan mengekalkan kesudahan yang positif di dalam pembelajaran o menggunakan strategi yang meningkatkan pembelajaran pelajar Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan: Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk: o Menilai amalan dan membuat refleksi kritikal terhadapnya o Memperbaiki pencapaian profesional o Memastikan pengajaran diketahui melalui pembacaan dan penyelidikan Kolaborasi dengan, mempengaruhi rakan sejawat: Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk: o Menyumbang ke arah peningkatan kualiti pengalaman pendidikan yang disediakan oleh sekolah, dan ke arah konteks profesional yang lebih luas di dalam pengajaran dan pembelajaran

19

42

Pendidikan dan nilai sosial Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk membuat justifikasi amalannya dengan: o Menghubungkaitkan pengajaran ke arah matlamat sekolah dan nilai sosial yang lebih luas. o Dapat menyatakan idea dengan terang dan jelas (articulating), berdikari dan mempunyai pendirian yang kritikal untuk menangani perspektif isu-isu pendidikan, polisi dan perkembangan

STANDARD PROFESIONAL GURU MALAYSIA Untuk memastikan profesion perguruan mempunyai status yang tinggi di kacamata masyarakat, selain daripada nilai dan etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan mengamalkan standard professional guru(Teacher Professional Standards) di Malaysia.

ASPEK STANDARD PROFESIONAL DALAM PROGRAM PENDIDIKAN GURU

Keperluan Diadakan Standard Profesional Guru Sumbangan signifikan pendidikan berkualiti dalam proses pembangunan insan adalah diiktiraf oleh semua negara di dunia. Pengiktirafan ini meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh guru yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Ada dua dimensi keprofesionalan guru iaitu yang berkaitan dengan kelayakan dan kompetensi professional mereka. Kualiti guru terserlah melalui kualiti pengajaran mereka. Untuk memastikan kualiti dalam pengajaran, standard untuk apa yang perlu diketahui oleh guru dan boleh dibuat perlu dibina. Standard yang dibina boleh digunakan sebagai kriteria untuk pensijilan, pengambilan dan perancangan dan pembangunan kerjaya guru. Secara terperinci, standard profesional guru diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut: 1. Berkaitan dengan jaminan kualiti. Untuk memastikan jaminan kualiti, guru-guru sekolah mestilah berkelayakan daripada institusi yang diktiraf. Oleh itu ianya memerlukan standard profesional guru. Berkaitan dengan pembaikan kualiti. Adalah diperakui bahawa usaha ke arah pembaikan kualiti dalam bidang pendidikan, ada beberapa tindakan yang perlu diambil seperti mengukuhkan kepimpinan dan pengurusan, dan komitmen semua staf ke arah pembaikan berterusan; mengukur keberkesanan pengajaran, dan perkembangan profesional yang berterusan. Untuk hubungan menegak. Dengan menetapkan standard profesional guru, ianya boleh menyokong kepimpinan strategik supaya dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran pelajar. Untuk hubungan mendatar. Dalam komuniti guru berkualiti, bermakna hanya guruguru yang mempunyai kelayakan kompetensi yang minimum adalah ahli-ahlinya, komunikasi dan kolobrasi yang efektif diperlukan untuk menyokong pembelajaran

2.

3.

4.

20

42

pelajar yang efektif. Ini boleh berlaku apabila komuniti guru mencapai standard dari segi kelayakan dan kompetensi. Sebagai tambahan kepada semua ini, standard diperlukan kerana sekolah adalah satu komuniti yang mempunyai tujuan yang penting untuk memperlengkap pelajar dengan ilmu dan ketrampilan untuk hidup(Senge 2000). Oleh itu, standard perlu dibina sebagai usaha yang berterusan untuk memperbaiki kualiti pendidikan. Standard akan memberi kriteria dalam pembuatan keputusan dalam pengambilan guru dan sebagai panduan ke arah keputusan penggubalan kurikulum dengan memberi jangkaan prestasi tentang ilmu, proses, dan sikap dalam pembangunan pelajar.

Pembinaan Standard Profesional Guru Standard profesional guru ialah satu pernyataan tahap kualiti yang perlu dicapai dan perlu dibuat oleh guru-guru semasa mereka menjalan tugas masing-masing yang dipersetujui oleh ahli-ahli profesional dalam bidang keguruan dan masyarakat. Menurut Tucker dan Codding (1998), ada tujuh ciri standard: 1) yang boleh diaplikasikan oleh guru, 2) yang diperhatikan oleh pelajar, 3) menggunakan pernyataan yang boleh memberi motivasi ke arah pencapaian, 4) setiap guru perlu mengetahui dan memahaminya, 5) disokong oleh ahli-ahli profesional pendidikan dan masyarakat, 6) setanding dengan negara lain, dan 7) sarwajagat. Standard profesional guru boleh digunakan sebagai satu set kriteria kompetensi minimum yang setiap guru wajib melakukannya semasa menjalankan tugas harian. Kompetensi guru termasuklah yang berkaitan dengan aspek peribadi, profesional dan sosial seperti prestasi dalam pengajaran, menguasai kandungan mata pelajaran, menguasai teori-teori yang berhubung dengan pendidikan dan pengajaran, mengurus proses pengajaran pembelajaran, menyesuaikan diri dalam komuniti, dan personaliti. Beare (2001) telah mengenal pasti kompetensi minima guru yang selari dengan lima bidang yang sama atau komponen yang dijangka sebagai kompetensi. Kelima-lima dimensi tersebut ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada kehidupan di sekolah, dan sumbangan kepada profesion. 1. Kurikulum. Seseorang guru itu perlu menguasai ilmu kandungan matapelajaran atau kursus yang diajar dan ianya diharapkan sentiasa mengemaskinikan ilmu tersebut. Ia sepatutnya sudah mempunyai ilmu untuk menggubal program pembelajaran, bagaimana kurikulum dibahagi-bahagikan dan bagaimana ianya perlu diajar, teori pembelajaran yang memberi kerangka kepada sesebuah kurikulum, dan apa jua polisi yang rasmi yang berkuatkuasa tentang kurikulum yang sedang digunakan. Pedagogi. Seseorang guru perlu tahu bagaimana hendak mengajar, perlu tahu tentang pengurusan bilik darjah, mod pembelajaran pelajar dan methodologi pengajaran yang sesuai dengan mod yang digunakan, dan tentang teknologi pengajaran yang sesuai. Guru berkenaan diharapkan telah memahami dan menguasai pelbagai strategi pengajaran. Penilaian. Seseorang guru itu sepatutnya tahu bagaimana hendak menilai kerja pelajar, bagaimana hendak menilai kemajuan pelajar, bagaimana hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar secara konstruktif kepada pelajar dan ibubapa, bagaimana hendak menyimpan rekod kemajuan pelajar dalam pembelajaran, dan bagaimana untuk mencari penandaaras kemajuan tersebut. Setiap orang guru sepatutnya mempunyai program penilaian berterusan untuk setiap orang pelajar.

2.

3.

21

42

5.

Sumbangan kepada profesion. Setiap orang guru sepatutnya terlibat secara aktif dengan professional keguruan dengan melibatkan diri dalam program perkembangan profesional yang berterusan, aktif dalam aktiviti-aktiviti profesional, memberi sumbangan kepada pembinaan ilmu keguruan , dan sentiasa bersedia untuk membantu perkembangan rakan sejawatan. Guru wajib berfikir dan bertingkah laku sebagai seorang yang profesional,

Dalam usaha ke arah menggubal standard profesional guru, semua kelima-lima dimensi perlu dipecahkan kepada komponen-komponen penting dan seterusnya komponen-komponen tersebut perlu dipecahkan kepada terma-terma operasi yang spesifik yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Ini akan membuatkan standard yang digubal itu bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi perlu dinilai dalam penilaian prestasi tahunan. Teras standard profesional guru menetapkan apa guru perlu tahu dan mampu melaksanakannya. Ianya digubal berdasarkan kepada beberapa kebolehan yang perlu dilaksanakan oleh guru seperti berikut: 1. Penilaian. Guru-guru yang profesional sentiasa menyemak dan menilai data yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber. Sumber-sumber ini termasuklah ujian pra, ujian setara, portfolio, kajian kes, inventori bidang mata pelajaran, rekod kumulatif, dan maklumat perkhidmatan pelajar, menggubal pelan pengajaran pelajar yang memenuhi keperluan kognitif, sosial, linguistik, budaya, emosi dan fizikal. Komunikasi. Guru yang profesional secara tekal akan mewujudkan bilik darjah yang diterima, di samping memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas, dan menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Ia akan berkomunikasi dengan semua pelajar and menetapkan ekspektasi yang tinggi, dan memberi sokongan, menggalakkan dan memberi maklumbalas yang positif dan adil tentang usaha pembelajaran mereka. Guru akan menunjukkan ketrampilan berkomunikasi yang baik dan mewujudkan suasana di dalam bilik darjah yang menggalakkan perasaan hormat antara satu sama lain dan menghargai budaya, latarbelakang linguistik, stail membelajaran dan kebolehan yang pelbagai. Pembaikan yang berterusan. Guru yang profesional bersetuju terhadap keperluan untuk mengukuhkan lagi pengajarannya melalui strategi refleksi kendiri dan mempunyai komitmen kepada pembelajaran seumur hidup. Guru ini akan sedar dan biasa dengan perancangan pembaikan sekolah. Pembaikan profesional yang berterusan bagi guru ini dicirikan melalui penglibatannya dalam program pendidikan guru dalam perkhidmatan, penglibatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa sekolahkomuniti, dan dalam merekabentuk dan mencapai matlamat-matlamat pelan perkembangan profesional. Pemikiran kritikal. Guru yang profesional menggunakan pelbagai teknik dan strategi penilaian prestasi yang mengukur kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar dan memberikan projek dan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang realistik, yang akhirnya akan membolehkan pelajar-pelajar mendemonstrasikan kebolehan mereka untuk berfikir secara kreatif. Kepelbagaian. Guru yang profesional akan membentuk persekitaran yang penuh dengan risiko yang boleh menerima dan menggerakkan kepelbagaian. Guru seharusnya mempunyai ilmu tentang pelbagai budaya melalui amalan seperti penyelesaian konflik, menjadi orang perantaraan, dan mewujudkan iklim keterbukaan, inkuiri dan sokongan.

2.

3.

4.

5.

22

42

6.

Etika. Guru yang profesional mematuhi kod etika dan prinsip-prinsip tatasusila profesional di dalam profesion keguruan. Pembangunan manusia dan pembelajaran. Dengan berpandukan kepada teori-teori dan konsep-konsep pembangunan dan pembelajaran manusia serta pelbagai maklumat tentang pelajar, guru yang profesional akan memberi peluang-peluang pembelajaran yang sesuai dengan stail pembelajaran, linguistik dan warisan budaya, latarbelakang pengalaman dan tahap perkembangan di kalangan pelajar. Ilmu tentang mata pelajaran yang diajar. Guru yang profesional mempunyai pemahaman yang asas tentang mata pelajaran yang diajar dan mula memahami bahawa mata pelajarannya mempunyai hubungan dengan disiplin-disiplin lain dan boleh diaplikasikan secara integrasi dengan keadaan dunia luar. Guru akan berusaha untuk memperkembangan ilmunya. Komitmen ke arah pembelajaran tentang ilmu baru termasuklah mengikut perkembangan terkini sumber-sumber yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran. Kebolehan guru dalam ketrampilan mengajar termasuklah pelbagai cara untuk membantu pelajar menguasai ilmu-ilmu baru. Persekitaran pembelajaran. Guru yang profesional memahami tentang pentingnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan mula membuat percubaan dengan pelbagai persekitaran, untuk mengenal pasti yang mana satu merupakan situasi yang terbaik. Guru akan membuka peluang untuk mendapatkan input pelajar ke dalam ekspektasi tingkah laku dengan cara membantu pelajar membina satu set nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama, dengan cara menggalakkan mereka untuk membayangkan persekitaran di mana mereka suka belajar, dengan cara memberi peristiwa untuk tujuan refleksi terhadap peraturan-peraturan dan kesankesannya yang mewujudkan persekitaran berkenaan. Perancangan. Guru yang profesional menetapkan ekspektasi yang tinggi untuk semua pelajar dan menggunakan konsep-konsep daripada pelbagai bidang. Guru yang profesional merancang secara sendiri dengan pelajar-pelajar dan dengan guru-guru lain untuk merekabentuk pengalaman-pengalaman pembelajaran yang memenuhi keperluan dan minat pelajar. Guru akan terus mendapatkan nasihat/makluman daripada sumber-sumber yang sesuai (termasuk maklumbalas), menginterpretasikan maklumat, dan memodifikasikan pelan. Pengajaran yang komrehensif dilaksanakan dalam satu persekitaran yang kreatif dengan menggunakan strategi motivasi yang pelbagai dan multi sumber. Hasilan dinilai dengan menggunakan pendekatanpendekatan tradisional dan alternatif. Melalui refleksi, guru yang berkenaan akan menghalusi pengalaman-pengalaman pembelajaran. Peranan guru. Guru yang profesional menggunakan saluran komunikasi terbuka dan bekerja secara rapat dengan ahli-ahli keluarga, ahli-ahli profesional pendidikan dan lain-lain ahli sistem sokongan pelajar untuk menggalakkan penambahbaikan yang berterusan terhadap pengalaman pendidikan yang didapati. Teknologi. Guru yang profesional menggunakan teknologi yang sesuai untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran aktif dengan menggunakan teknologiteknologi sedia ada dan yang baru di persekitaran sekolah. Beliau akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan teknologi untuk mengumpul dan berkongsi maklumat dengan pihak lain, dan mempercepatkan akses dalam penggunaan resos-resos elektronik itu.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

23

42

Menetapkan standard profesional adalah usaha awal ke arah pembinaan profesionalisme guru. Standard itu adalah berhubungkait dengan kelayakan dan kompetensi di mana kompetensikompetensi profesional adalah berhubungkait dengan pendidikan dan proses pengajaranpembelajaran, penguasaan dalam bahan pengajaran, perkembangan peribadi. Pendekatanpendekatan dalam mengenal pasti dan membina kompetensi guru adalah termasuk menginterpretasi kandungan kurikulum, menganalisis tugas-tugas guru, menganalisis keperluan-keperluan pelajar, membincangkan tentang kedudukan teori guru, mengenal pasti klasifikasi keperluan-keperluan sebenar, dan mengenal pasti klasifikasi program. Dalam proses membina standard profesional guru ada 10 prinsip yang semua guru wajib tahu dan mampu membuatnya, tidak kira apa jua bidang kandungan yang spesifik. Standardstandard ini adalah berhubungkait dengan: 1. Ilmu tentang kandungan mata pelajaran. Guru perlu memahami konsep-konsep utama, alat-alat inkuiri, dan struktur-struktur bidang kandungan yang diajar, dan guru mewujudkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang membuatkan aspek-aspek kandungan mata pelajaran lebih bermakna kepada pelajar. Ilmu tentang perkembangan manusia dan pembelajaran. Guru memahami bagaimana pelajar belajar dan berkembang, dan memberikan peluang-peluang yang menyokong perkembangan intelek, sosial dan peribadi. Menyesuaikan pengajaran untuk memenuhi keperluan individu. Guru memahami bagaimana pelajar berbeza dalam pendekatan mereka kepada proses pembelajaran dan mewujudkan peluang-peluang pengajaran yang sesuai kepada pelajar yang mempunyai pelbagai keperluan. Strategi pengajaran yang pelbagai. Guru memahami dan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk membina ketrampilan dalam pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan prestasi pelajar. Kemahiran motivasi dan pengurusan bilik darjah. Guru memahami motivasi dan tingkahlaku individu dan kumpulan pelajar dan mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan aktif dalam pembelajaran dan motivasi kendiri. Kemahiran komunikasi. Guru menggunakan pelbagai teknik komunikasi termasuk lisan, bukan lisan, dan media untuk menggerakkan proses inkuiri, koloborasi dan interaksi menyokong di dalam dan luar bilik darjah. Kemahiran perancangan pengajaran. Guru merancang dan menyediakan persediaan mengajar berdasarkan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, pelajar, komuniti dan matlamat kurikulum. Penilaian terhadap pembelajaran pelajar. Guru memahami, mengguna, dan meninterpretasi strategi-strategi penilaian formal dan bukan formal dan prestasi pelajar yang maju dan untuk menentukan keberkesanan program. Komitmen profesional dan tanggungjawab. Guru ialah seorang pelaksana yang reflektif yang boleh mendemonstrasikan komitmen kepada standard-standard profesional dan terlibat secara berterusan dalam proses penguasaan kaedah pengajaran.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

24

42

10.

Permuafakatan. Guru berinteraksi secara profesional, bertingkah laku secara efektif dengan rakan sekerja, ibubapa, dan lain-lain ahli komuniti untuk menyokong pembelajaran pelajar dan kebajikan mereka.

Dari segi isinya, standard profesional guru adalah berhubungkait dengan kompetensikompetensi dalam aspek-aspek berikut: 1. Rekabentuk dan merancang pengajaran yang boleh membina kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik. Mewujud dan mengekalkan iklim pembelajaran yang menyokong pembinaan kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik. Guru melaksana dan menguruskan proses pengajaran yang mampu membina kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik. Menilai pembelajaran dan berkomunikasi keputusan kepada pelajar, ibubapa dan lainlain profesional berkaitan dengan kebolehan pelajar memenuhi standard akademik. Mengadakan koloborasi dengan rakan sekerja, ibubapa, komuniti dan lain-lain agensi untuk merekabentuk, mengimplementasi, dan menyokong program-program pembelajaran yang mampu membina kebolehan pelajar untuk mencapai standard akademik dan transisi dari sekolah ke dunia pekerjaan atau pasca pendidikan menengah. Mengkaji semula dan menilai prestasi keseluruhan diri dan melaksanakan pelan perkembangan profesional. Mempunyai ilmu akademik yang spesifik di dalam bidang yang diajar yang mencukupi untuk membina ilmu pelajar dan prestasi standard akademik. Mempunyai ilmu profesional semasa yang mencukupi untuk membolehkannya merekabentuk dan merancang strategi pengajaran, melaksana dan mengurus pengajaran, mewujud dan mengekalkan satu persekitaran pembelajaran yang sesuai, dan menilai pembelajaran pelajar. Dengan mengadakan koloborasi dengan lain-lain profesional dan ibubapa, guru pendidikan khas menyertai dalam proses merekabentuk, mengimplementasi, dan menilai program pendidikan secara individu.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Standard-standard Permulaan, Lebih Maju, Generik dan Spesifik Standard telah dibina pada pelbagai tahap untuk menggambarkan darjah kepakaran dan pengalaman yang dikuasai oleh guru-guru sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Standard Permulaan (Beginning Standard) adalah tahap profesional asas yang dikuasai sepanjang mengikuti program pendidikan guru praperkhidmatan yang merupakan tahap kesediaan guru-guru permulaan (guru-guru novis) untuk mula berkecimpung dalam arena keguruan. Standard-standard ini kadangkala berkait-rapat dengan kursus-kursus pendidikan guru di peringkat asas. Standard-standard Lebih Maju (Advanced Standards) berfokus kepada tahap-tahap lebolehan di aras tinggi yang ditunjukkan oleh guru-guru yang berpengalaman. Guru-guru ini memiliki

25

42

kepakaran dan lazimnya dianggap sebagai guru-guru yang efektif atau berkesan. Standard di tahap ini mempunyai ilmu dan ketrampilan-ketrampilan pakar yang ditunjukkan untuk menghasilkan amalan-amalan yang profesional. Standardstandard Generik (Generic Standards) berkecenderungan untuk menggambarkan prinsip-prinsip dan amalan-amalan biasa yang wujud dalam pengajaran yang baik dan bergerak ke arah menjadi pendidik pada tahap-tahap persekolahan dan persekitaran pembelajaran yang berbeza. Di sebaliknya, Standard-standard Spesifik (Specific Standards) boleh dibina dalam kalangan pendidik yang mengajar dalam bidang kursus pengkhususan atau yang berfokus kepada pelajar-pelajar pada fasa perkembangan mereka yang spesifik (Cumming & Jasman 2003)
Untuk meningkat kualiti pendidikan melalui usaha meningkat profesionalisme guru-guru, ada beberapa faktor, iaitu pembangunan staf, definisi standard prestasi pelajar, mengukur standard, pembaikan sekolah, penglibatan ibubapa dan komuniti, dan penilaian terhadap iklim sekolah. Dalam perkembangan staf, ianya perlu dirancang, dilaksanakan, dan menilai aktiviti-aktiviti perkembangan staf yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dalam bidang-bidang yang berhubungkait dengan keperluan-keperluan pelajar dan keperluankeperluan perkembangan profesionalisme individu. Pelan perkembangan staf perlu juga berasaskan strategi yang berjaya. Hari-hari perkembangan staf adalah cara yang boleh dibuat oleh pejabat pendidikan daerah untuk memberi peluang-peluang perkembangan staf untuk guru-guru dan ianya merupakan hari-hari bekerja untuk para pendidik apabila pelajar tidak datang ke sekolah. Standard prestasi pelajar perlu didefinisikan secara jelas dan pernyataan-pernyataan pengukuran terhadap apa yang perlu tahu dan mampu melakukannya pada pelbagai tugas di dalam tempoh persekolahan mereka. Standard berkenaan perlu menggambarkan secara cukup tentang kurikulum yang digunakan dan sentiasa tekal dengan bidang ilmu dan ketrampilannya. Namun demikian, ianya perlu dibina dengan menggunakan input daripada ibubapa dan ahli-ahli komuniti dan perlu diluluskan oleh lembaga sekolah atau persatuan ibubapa. Dalam mengenal pasti kemajuan pelajar untuk menguasainya, penilaian standard profesional perlu digubal dan dilaksanakan. Keputusan daripada penilaian pelajar perlu digunakan sebagai asas kepada pelan pembangunan sekolah, dan digunakan untuk menentukan keberkesanan strategi-strategi yang berisiko dan untuk memilih strategi-strategi perkembangan staf. Berhubung dengan penambahbaikan sekolah, ianya memerlukan perancangan yang sistematik dan dilaksanakan secara efektif. Ianya juga perlu mengukur kemajuan dalam mencapai matlamat penambahbaikan sekolah. Pelan tersebut perlu berdasarkan data tentang pelajar dan komuniti dan perlu direkabentuk dengan melibatkan ibubapa dan pelajar, untuk melibatkan ibubapa dan ahli-ahli komuniti dalam perancangan program, penentuan matlamat, dan perlu keperluan menilai pembelajaran pelajar. Keperluan melibatkan ibubapa dan komuniti adalah selaras dengan komponen-komponen lain dalam model akreditasi. Iklim sekolah sebenarnya memberi impak kepada tahap pencapaian sekolah. Ini lazimnya dilakukan melalui tinjauan terhadap pelajar, guru dan ibubapa. Dapatan kajian digunakan untuk membina atau mengubahsuai pelan pembangunan sekolah, supaya ianya dijadikan lebih efektif. Perkembangan dalam pembinaan standard profesional guru adalah merujuk kepada konsep bahawa kualiti pendidikan adalah bergantung kepada kualiti guru dan usaha ke arah meningkatkan kualiti guru memerlukan pembinaan standard. Standard ini adalah berhubungkait dengan kelayakan dan kompetensi dan ianya diperlukan untuk menentukan jaminan kualiti pendidikan dan kualiti penambahbaikan, dan diperlukan untuk mengukuhkan hubungan menegak dan mendatar untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran

26

42

pelajar. Pembinaan standard guru yang berhubungkait dengan kompetensi profesional perlu mengambil mengambilkira dimensi kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada kehidupan di sekolah, dan sumbangan kepada profesion. Pembinaan tersebut berhubungkait dengan kebolehan guru-guru perlu dalam melaksanakan tugas harian mereka. Dalam proses pembinaannya ianya perlu berdasarkan prinsip-prinsip bahawa guru-guru perlu tahu dan mampu membuatnya, tanpa mengambilkira kandungan bidang secara spesifik. Kandungan standard mengandungi kompetensi-kompetensi yang berhubungkait dengan proses merekabentuk dan merancang persediaan mengajar, mewujud dan mengekalkan iklim pembelajaran, melaksana dan menguruskan proses pengajaran, menilai proses penilaian dan mengkomunikasikan keputusannya, menyemak semula kemajuan, menguasai ilmu akademik secara spesifik, menunjukkan tahap penguasaan ilmu profesional, dan mengadakan koloborasi dengan guru-guru lain. Untuk meningkatkan kualiti guru ianya memerlukan perkembangan staf, standard prestasi pelajar, sistem pengukuran standard, penambahbaikan sekolah, penglibatan ibubapa dan komuniti, dan penilaian berterusan terhadap iklim sekolah. Perlunya Standard Kompetensi Guru Malaysia Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menjadikan pendidikan di negara ini pendidikan yang bertaraf dunia. Konsekuensi daripada penetapan matlamat ini adalah ekspektasi terhadap peningkatan kualiti pendidikan, terutamanya dari segi sumber manusia. Guru sebagai pelaksana utama pendidikan, memiliki tugas yang berat bagi mencapai matlamat tersebut. Tugas ini menjadi makin berat sebab adanya beban tugas dan harapan yang berlebihan daripada masyarakat terhadap guru. Satu contoh masalah pada guru adalah perubahan kurikulum yang turut memaksa guru untuk beradaptasi dengan cepat. Misalnya masalah penggunaan bahasa Inggeris untuk pelajaran Matematik dan Sains. Guru yang biasanya mengajar dalam bahasa Melayu harus bertukar dengan bahasa Inggeris. Di sini timbullah mengenai persediaan guru bagi berfikir, bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik dan Sains. Permasalahan dan cabaran yang dihadapi guru sangat kompleks sehingga ini menjadi gangguan bagi guru untuk dapat bekerja secara maksimal. Guru menjadi kurang kompeten. Oleh sebab itu, perlu dibuat suatu standard kompetensi guru Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga kini belum membuat secara khusus standard kompetensi guru. Namun demikian, sudah ada usaha-usaha bagi menetapkan kompetensi tersebut, misalnya dengan kelulusan PTK. Idealnya, guru yang telah lulus PTK adalah guru yang kompeten, tetapi ramai guru yang merasa kecewa sebab kenyataannya tidak semua guru yang tidak lulus adalah guru yang tidak kompeten. Standard PTK dirasai kurang objektif dan kurang mampu menilai kompetensi guru secara sebenar. Sehubungan dengan itu perlu diwujudkannya suatu standard kompetensi guru Malaysia. Standard kompetensi luar negara yang telah lama ada boleh dijadikan panduan tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dengan mengambil kira faktor budaya dan agama. Standard ini perlu sebagai jaminan kualiti guru. Kualifikasi, peperiksaan dan pendaftaran guru hendaklah ditetapkan oleh kerajaan yang berlaku sama bagi guru Malaysia. Standard kompetensi pula diperlukan bagi meningkatkan kualiti guru. Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan seperti peningkatan kepimpinan dan pengurusan, komitmen semua ahli sekolah untuk meningkatkan kualiti diri, pengukuran efektifnya pengajaran, dan pengembangan profesion. Proses pembelajaran memerlukan persekitaran yang sesuai dan ini akan dapat diwujudkan dengan kepimpinan yang efektif. Standard kompetensi guru akan membantu kepimpinan yang efektif ini sehingga hubungan vertikal dapat dikembangkan Standard kompetensi juga diperlukan untuk meningkatkan hubungan horizontal, iaitu antara guru-guru yang berkompetensi dan memenuhi kualifikasi untuk bersama-sama

27

42

mengembangkan diri. Komunikasi yang efektif dan kolaborasi di antara guru diperlukan untuk membantu proses pembelajaran yang efektif. Objektif Standard Kompetensi Guru Malaysia Untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Mengenal pasti keperluan standard kompetensi dalam tugasan sebagai guru. Mengenal pasti visi pengembangan tugasan guru Mengenal pasti kekuatan diri yang dapat membantu dalam tugasan sebagai guru. Mengenal pasti kekurangan diri yang perlu dibaiki. Meningkatkan usaha memotivasikan diri ke arah standard kompetensi. Meningkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. Meningkatkan martabat profesion perguruan

Cadangan Standard Kompetensi Guru Malaysia Pengenalan Dalam proses membangunkan standard kompetensi guru, terdapat 10 prinsip asas di mana guru perlu tahu dan berupaya untuk melakukannya bergantung kepada kandungan mata pelajaran yang spesifik. Standard ini berhubung kait dengan (i) pengetahuan tentang mata pelajaran, (ii) pengetahuan tentang perkembangan dan pembelajaran individu, (iii) menyesuaikan pengajaran untuk keperluan individu, (iv) kepelbagaian strategi pengajaran, (v) kemahiran memotivasikan dan menguruskan kelas, (vi) kemahiran komunikasi, (vii) kemahiran merancang pengajaran, (viii) penaksiran pembelajaran pelajar, (ix) komitmen dan tanggungjawab profesional, dan (x) perkongsian. Inti pati kepada standard kompetensi guru adalah kompetensi yang berkait dengan kompetensi berikut: 1. 2. 3. 4. Reka bentuk dan perancangan pengajaran yang memperkembangkan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik. Membina dan mengekalkan klimaks pembelajaran yang menyokong perkembangan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik. Pelaksanaan dan pengurusan pengajaran guru yang memperkembangkan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik. Akses pembelajaran dan komunikasi terhadap pelajar, ibu bapa, dan lain-lain profesional yang menyumbang kepada keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik. Berkolaborasi dengan rakan sejawat, ibu bapa, komuniti dan lain-lain agensi untuk membentuk, melaksanakan, dan menyokong program pembelajaran yang memperkembangkan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik dan transit dari sekolah ke pekerjaan atau ke pendidikan lanjut. Melihat dan menilai prestasi keseluruhan dan melaksanakan pelan pembangunan profesional. Mempunyai pengetahuan akademik yang spesifik di dalam mata pelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan pengetahuan dan perkembangan standard akademik pelajar. Menunjukkan pengetahuan profesional terkini yang memadai untuk mereka bentuk dan merancang pengajaran yang efektif, melaksana dan mengurus pengajaran, membina dan mengekalkan kesesuaian persekitaran pembelajaran, dan menaksir pembelajaran pelajar.

5.

6. 7.

8.

28

42

9.

Berkolaborasi dengan profesional yang lain dan ibu bapa, menyertai pendidikan khas guru di dalam mereka bentuk, melaksanakan, dan menaksir program pendidikan individu.

Standard Kompetensi Guru dibangunkan mengikut tahap-tahap tertentu sebagai refleks kepada kepakaran dan pengalaman yang perlu ditunjukkan sepanjang karier seorang guru. Sehubungan dengan itu, satu Standard Kompetensi Guru Malaysia dicadangkan. Standard Kompetensi Guru Malaysia ini di bahagikan kepada (i) Bakal Guru, dan (ii) Guru Malaysia (Guru Permulaan, Guru, Pentadbir iaitu Guru Penolong Kanan, Pengetua, Guru Cemerlang dan Pengetua Cemerlang) Standard Kompetensi Bakal Guru: Membuat saringan di peringkat awal pemilihan bakal guru lagi. Iaitu calon-calon yang terpilih mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan guru. Calon-calon ini pula hendaklah telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian sendiri. Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria-kriteria berikut: Tapisan pertama : Peringkat awal permohonan bakal guru mesti mempunyai kelayakan dari segi pelaporan akademik, kemahiran dan sahsiah yang bersesuaian dengan profesion perguruan Tapisan kedua : Ujian kecergasan pelbagai (multiple inteligent test) bakal guru perlu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bidang termasuklah yang di luar bidang keguruan Tapisan ketiga : Temu duga bakal guru mestilah terdiri dari mereka yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, berketerampilan dan berkeupayaan untuk memahami fenomena masyarakat berbilang kaum dan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat. Tapisan keempat : Pemeriksaan perubatan Bakal guru mestilah mempunyai tahap kesihatan tubuh mengikut tahap kesihatan yang dibenarkan oleh kerajaan.

badan yang sihat

Di samping itu menurut Ibrahim (2003), kriteria pemilihan bakal guru perlu dimantapkan dengan mengambil kira antara lain; moral choice rational driven perubahan globalisasi Sememangnya untuk membuat pilihan yang benar-benar tepat bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan satu garis panduan yang jelas dan tepat bagi menjamin pemilihan yang dibuat adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting kerana di bahu mereka terletaknya amanah yang cukup besar iaitu melahirkan para cendekiawan dalam pelbagai

29

42

disiplin ilmu yang bakal menjadi peneraju negara di masa hadapan. Justeru pemilihan di peringkat awal ini perlu dibuat dengan teliti. Hanya guru yang melepasi tahap ini sahaja berpotensi menjadi guru yang kompeten kerana jiwa mereka adalah jiwa pendidik.

Standard Bakal Guru merupakan penghasilan yang perlu dicapai iaitu: Standard 1 : Kelayakan Akademik Standard 2: Kepelbagaian Kemahiran Standard 3: Sahsiah dan Keterampilan Deskripsi Standard 1 :

pernyataan-pernyataan

yang

menjelaskan

Kelayakan akademik di sini merujuk tapisan awal kelayakan dan latar belakang akademik calon yang bersesuaian dengan syarat yang dimestikan mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Deskripsi Standard 2 : Kepelbagaian kecerdasan dan kemahiran bagi tapisan kedua iaitu calon haruslah mempunyai tahap kecerdasan pelbagai (multiple inteligent) yang ditetapkan mengikut aliran yang dipilih oleh calon. Ini termasuklah pengetahuan, kemahiran (kreativiti), kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta kemahiran memimpin dan nilai (spiritual) yang tinggi hasil daripada ujian tersebut. Deskripsi Standard 3 : Bakal guru perlu mempunyai keperibadian yang baik, bersopan santun, penyayang, berperikemanusiaan, sihat dari segi emosi, rohani, jasmani dan bertenaga, bertanggungjawab, bersifat terbuka dan bertoleransi, berbudi pekerti, patriotik, bersikap positif, kecindan, beriltizam, keupayaan penyesuaian (adaptability) dan bersemangat membangun manusia dan masyarakat dan ghairah ilmu. Di samping diperlukan agar bakal guru ini stabil dan kuat emotional quiotent (EQ) dan spritual quiotent (SQ). Standard Kompetensi Guru Malaysia Standard Kompetensi Guru Malaysia disyorkan agar merangkumi 3 standard profesional dalam tugas guru iaitu sikap profesional, pengetahuan profesional dan amalan profesional. Elemen-elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain. Adalah dicadangkan rangka kerja ini dibahagikan kepada 3 fasa utama yang merujuk kepada bidang kerja guru. Tiga fasa utama tugas guru ini dinamik dan tidak berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang guru mungkin boleh berada pada mana-mana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka. Semua Guru-guru di setiap fasa perlu menguasai standard sikap profesional dan standard pengetahuan profesional. Rangka kerja ini dibentuk sedemikian rupa supaya dengan reka bentuk begini guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap kompetensi masing-masing sama ada di tahap asas , sederhana atau cemerlang. Fasa-fasa ini juga bakal memberi ruang kepada para guru untuk terus menyahut cabaran untuk mencapai tahap kompetensi tertinggi iaitu fasa 3. Malah cabaran yang lebih hebat lagi ialah mengekalkan

30

42

pencapaian atau tahap kompetensi yang terbaik. Rangka kerja ini dapat digambarkan seperti Rajah 5.

STANDARD KOM PETENSI GURU

Rajah 5 : Rangka Kerja Standard Kompetensi Guru Malaysia

Sikap Profesional Sikap profesional merujuk kepada karakter yang telah dikenal pasti sangat penting untuk pengajaran yang efektif. Ini adalah untuk memastikan supaya guru bersedia kepada cabaran, kehendak, dan kewajipan pengajaran. Sikap profesional menyediakan nilai yang kukuh, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan dan tindakan di dalam pekerjaan guru seharian. Standard ini juga menerangkan tentang sikap dan tingkah laku guru untuk memudahkan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada FPK, FPG dan Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia. Guru yang kompeten seharusnya memiliki dan mempamerkan ciri-ciri berikut.

31

42

1) Boleh bekerja secara kolaboratif , iaitu mempamerkan kebolehan komunikasi interpersonal yang cemerlang dan berupaya mewujudkan ruang untuk berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman. Guru haruslah bersedia untuk mendapatkan bantuan dari rakan sekerja dan juga bersedia mendengar nasihat. Di samping itu menganggap pelajar, ibu bapa dan penjaga sebagai rakan kongsi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2) Komited di dalam tugas mendidik pelajar dan setiap tindakan dan keputusan adalah berorientasikan kepentingan pelajar. Sentiasa bersemangat untuk menghadapi cabaran mendidik pelajar dan mempunyai inspirasi yang tinggi untuk membuat perubahan. Tumpuan sepenuhnya diberikan dalam aspek pendidikan, personal, sosial dan moral pelajar serta mendidik mereka supaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan menjadi ahli masyarakat yang aktif dan produktif. 3) Guru mestilah beretika dalam menjalankan tanggungjawab iaitu dengan menghormati hak setiap individu dan bertindak secara konsisten dan adil. Guru juga perlu memahami prinsip keadilan sosial dan menterjemahkannya dengan membuat keputusan yang adil. 4) Guru perlu inovatif iaitu menjadi penyelesai masalah yang kreatif . Bersedia mengambil risiko untuk mencari penyelesaian baru kepada isu-su pendidikan dan mampu membuat invensi dalam perkembangan program pendidikan. Di samping itu juga, menyediakan pengajaran yang mengambil kira minat pelajar dan berusaha mengukuhkan pembelajaran pelajar. 5) Guru harus mengendalikan pelajar dengan berhati-hati dan sensitif dalam mengenal pasti dan mengatasi masalah pelajar dalam pendidikan, fizikal, emosi, sosial dan keperluan budaya. 6) Guru bersikap positif dalam membantu dan membina hubungan dengan yang lain. Guru menunjukkan fleksibiliti dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan perubahan. Guru perlulah ada perasaan bangga dengan profesion mereka. 7) Guru berkebolehan untuk membuat refleksi. Guru mampu menganalisis amalan profesionalisme dan boleh menggunakannya dalam membuat keputusan berdasarkan fakta. Guru boleh menggunakan pengetahuan profesionalisme untuk merancang tindakan dan menentukan matlamat untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Pengetahuan profesional Guru-guru yang kompeten perlu mempunyai pengetahuan yang profesional ke arah memaksimumkan kemampuan mereka untuk meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Pengetahuan tentang pelajar, kurikulum, mata pelajaran, pedagogi, ICT, sangat penting untuk membolehkan guru bertidak balas terhadap perubahan keperluan pelajar. Guru yang kompeten perlulah 1) memahami struktur dan fungsi kurikulum dalam pendidikan dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. 2) memahami tujuan, sifat dan penggunaan pelbagai strategi penilaian serta memahami bagaimana maklumat dapat diperoleh menerusi proses penilaian yang memberikan kepada corak pengajaran. 3) memahami bahawa pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh perkembangan, pengalaman, kebolehan, minat, bahasa, keluarga, budaya dan masyarakat. 4) mengetahui konsep utama, isi kandungan dan proses inkuiri yang merupakan inti pati kepada proses-proses pembelajaran. 5) mahir dengan undang-undang dan peraturan sistem pendidikan dan ruang lingkup kerja guru.

32

42

6) peka dengan polisi kerajaan dan Kementerian Pelajaran khususnya yang berkenaan dengan program pendidikan.

Amalan profesional

Amalan profesional disyorkan agar dikategorikan kepada tiga fasa yang dinamik dan tidak berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang guru mungkin boleh berada pada manamana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka. Fasa-fasa ini diolah berdasarkan 5 dimensi dalam pengajaran iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. Penaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar. Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme. Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan kurikulum Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah.

Dengan reka bentuk begini guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap kompetensi masing-masing sama ada di tahap asas , sederhana atau cemerlang. Fasa-fasa ini juga bakal memberi ruang kepada para guru untuk terus menyahut cabaran untuk mencapai tahap kompetensi tertinggi iaitu fasa 3. Malah cabaran yang lebih hebat lagi ialah mengekalkan pencapaian atau tahap kompetensi yang terbaik. Berikut adalah jadual kompetensi bagi elemen kemahiran profesional. Dimensi Fasa 1 Guru yang kompeten pada fasa ini seharusnya Melibatkan pelajar di dalam pengalaman pembelajaran Fasa 2 Guru yang kompeten pada fasa ini seharusnya Menyediakan pelbagai strategi pengajaran untuk memenuhi keperluan stail pembelajaran pelajar Fasa 3 Guru yang kompeten pada fasa ini seharusnya Menggunakan contoh strategi pengajaran dan teknik yang memenuhi keperluan individu pelajar, kumpulan atau kelas secara responsif dan inklusif . Menggunakan secara konsisten sistem penaksiran dan strategi pelaporan yang responsif dan inklusif. Terlibat di dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pembangunan pembelajaran komuniti Menyediakan kepimpinan di sekolah dengan memainkan peranan utama di dalam proses pembangunan termasuk kurikulum dan polisi Memantau kerja kumpulan

Memantau, menaksir, merekodkan, melaporkan hasil pembelajaran pelajar 2 Mereflek secara kritikal pengalaman profesional untuk meningkatkan keberkesanan profesional Terlibat di dalam polisi kurikulum dan program kumpulan

Menggunakan sistem penaksiran yang komprehensif dan melaporkan pencapaian hasil pembelajaran pelajar Menyumbang kepada perkembangan pembelajaran komuniti Menyediakan sokongan kepada polisi kurikulum atau program yang lain

Mengukuhkan kerjasama

Menyokong pembelajaran

33

42

dengan pelajar, rakan sejawat, ibu bapa, dan lainlain

pelajar melalui kerja sama dan kerja kumpulan dengan ahli di dalam komuniti sekolah

di dalam komuniti sekolah

Dimensi 1 : Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran Dimensi ini menerangkan bagaimana guru merancang, membina, mengurus dan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran pelajar. Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 merancang pengajaran mampu mempunyai memiliki banyak strategi dan menyediakan tujuan pegangan dan pengajaran. pembelajaran. pendirian sendiri menggunakan pendekatan dalam pengajaran mencuba pelbagai global dan percaya dan pembelajaran. pendekatan pengajaran. bahawa pembelajaran yakin dengan pelajar bukan sahaja mengendalikan kaedah yang dibantu oleh guru tetapi keperluan pelajar dan digunakan dan keseluruhan masyarakat. memberi keutamaan mampu kepada kepentingan terbuka kepada trend baru menyediakan sekolah. dalam pendidikan. pendekatan secara menentukan apa yang menganggap guru, rakan tersendiri. perlu diakan dipelajari sekerja, pakar dan menekankan oleh pelajar ibubapa perlu pembelajaran bekerjasama bagi berpusatkan menyediakan pendidikan pelajar. terbaik untuk pelajar. bertindak sebagai pemudah cara yang membantu pembelajaran pelajar.

Dimensi 2 : Pentaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar. Fasa 1 menilai pelajar dengan menggunakan pelbagai strategi penilaian. merekodkan semua maklumat dari penilaian dengan tepat dan konsisten. menggunakan maklumat ini untuk melaporkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa. Fasa 2 mempunyai lebih banyak cara penilaian dan perekodan pelajar. melibatkan diri secara aktif dalam pemantauan di peringkat sekolah termasuk aktiviti perekodan dan pelaporan. memastikan kesahan penilaian dan mengesahkan interpretasi mereka dengan guru-guru lain. Fasa 3 menggunakan penilaian berterusan untuk menyediakan maklumat tentang pencapaian pelajar. menjadi contoh yang konstruktif kepada guru lain untuk pelaksanaan strategi penilaian. melaporkan maklumat tentang tahap kefahaman asas pelajar dan perkembangan selepas mengikuti pengajaran serta membuat cadangan

34

42

untuk rancangan seterusnya. berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam penilaian untuk membantu rakan. mengkaji keberkesanan strategi penilaian dan mencadangkan penambahbaikan.

Dimensi 3 : Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme. Fasa 1 berupaya mengenal pasti keperluan peningkatan profesionalisme sendiri mengambil kursus sama ada secara formal atau tidak formal untuk membantu mempertingkatkan pengajaran Fasa 2 terus berusaha meningkatkan profesionalisme diri tetapi fokus lebih terarah kepada pembangunan pembelajaran untuk masyarakat. membantu guru baru bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. mampu mengenal pasti kekuatan dan kelebihan diri dari konteks pengetahuan profesional untuk membantu guru-guru lain. Fasa 3 terlibat dan membantu program peningkatan profesionalisme rakan sekerja. terlibat dalam melahirkan idea-idea untuk menambahbaikkan kualiti pengajaran dan kepimpinan. terlibat dalam penyelidikan peringkat sekolah dalam usaha meningkatkan pengajaran para guru.

Dimensi 4 : Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan kurikulum Dimensi 4 menerangkan bagaimana penyertaan guru di dalam pembangunan dan pengurusan polisi kurikulum di dalam persekitaran sekolah mereka. Fasa 1 Membina dan menggunakan kefahaman tentang kurikulum Menyumbang kepada polisi kurikulum dan program kumpulan Terlibat dengan tugasan untuk menyokong polisi Fasa 2 Menyokong perkembangan polisi kurikulum atau program Menyokong perlaksanaan dan pemantauan polisi kurikulum atau program Menyokong semakan Fasa 3 Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk membangunkan polisi kurikulum atau program yang lain. Memimpin pembangunan dan perlaksanaan polisi kurikulum atau program lain yang berasaskan kurikulum kebangsaan.

35

42

kurikulum dan program kumpulan.

semula polisi kurikulum atau program.

Menilai polisi kurikulum dan program lain.

Dimensi 5 : Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah. Fasa 1 mewujudkan hubungan yang positif di antara pelajar , rakan sekerja dan ibu bapa. mampu bekerja secara koperatif dengan guru-guru lain dan menghormati perbezaan pendapat. mengusahakan hubungan baik dengan ibu bapa dan bersedia dengan maklumat terkini berhubung pelajar dan hal-ehwal sekolah. Fasa 2 mewujudkan hubungan yang positif dalam konteks masyarakat sekolah yang lebih luas. melihat diri sebagai ahli pasukan yang boleh memainkan peranan aktif untuk kebaikan bersama. menyokong kerja berpasukan dengan melibatkan diri dengan aktiviti organisasi. Fasa 3 menjadi pemudah cara dan mampu memotivasikan rakan sekerja mampu menjelaskan dan berkongsi pengetahuan yang diperoleh sama ada dari pengalaman atau kursus demi kebaikan organisasi. mampu menyediakan hala tuju bagi ahli pasukan dan mereka bentuk mekanisme yang memastikan proses membuat keputusan adalah berasaskan kesepakatan, akauntabiliti, tanggungjawab dan peluang yang sama.

Strategi Pelaksanaan Standard Kompetensi Guru Misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara adalah petunjuk jelas bahawa guru sebagai pelaksana misi tersebut perlulah kompeten. Adakah KPM dan guru-guru Malaysia sedang bergerak ke arah itu? Jawapannya YA. Namun, untuk merealisasikan satu standard yang akan dapat mengukur darjah kompetensi seseorang guru adalah sukar dan memakan masa. Kajian yang teliti haruslah dibuat agar standard kompetensi guru Malaysia yang bakal digubal boleh diterima pakai mengikut acuan kita yang tersendiri. Bahagian ini akan cuba mengetengahkan beberapa strategi yang difikirkan sesuai untuk pelaksanaan satu standard kompetensi guru-guru Malaysia. Pemantapan Pemilihan Bakal Guru. Bagi memastikan guru-guru yang dilahirkan berkualiti maka input atau pengambilan guruguru pelatih perlulah cermat dan teliti. Jika berdasarkan statistik semasa, profesion perguruan nampaknya mempunyai ruang dan peluang yang cukup baik untuk mendapatkan calon yang benar-benar berkelayakan. Menurut Razali Ismail, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, bagi pengambilan peserta KPLI bagi tahun 2004 sebanyak 54 000 permohonan diterima tetapi hanya 6000 sahaja diambil ( Berita Harian 7 Januari 2004) .

36

42

Manakala, Kementerian Pelajaran Malaysia menerima kira-kira 85000 permohonan daripada lulusan SPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) berbanding hanya 1500 tempat yang disediakan. Ini merupakan pengambilan kumpulan kedua PISMP yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 bagi menggantikan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang dimansuhkan pada tahun yang sama. Beliau memberi jaminan akan memastikan calon-calon yang terpilih adalah mereka yang betul-betul layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun 2005, kementerian menerima 53 000 permohonan berbanding hanya 1 300 tempat ditawarkan. Daripada jumlah tersebut hanya 17 000 yang menepati kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan.( Pendidikan Bestari,,Utusan Malaysia , 31 Mac 2005). Menurut Abdullah lagi, PISMP berbeza daripada kursus perguruan lain kerana ia bukan sahaja menekan kecemerlangan akademik tetapi keterampilan dan kokurikulum. Tempoh pengajian yang lebih lama iaitu lima tahun enam bulan memberi peluang kepada kementerian untuk melahirkan kumpulan pendidik yang benar-benar mantap dari segi mental dan fizikal. Malah calon yang dipilih bukan sahaja mereka yang berminat untuk menjadi pendidik tetapi sepanjang pengajian mereka terpaksa menjalani pelbagai kursus pembentukan sahsiah untuk melahirkan guru yang benar-benar mantap. Di samping itu, pemantauan terhadap kumpulan pertama pelajar PISMP menampakkan perubahan dari segi keterampilan diri. Mereka dilatih bukan sekadar untuk mengajar tetapi cara mereka berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat. Calon-calon yang terpilih mengikuti PISMP dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama setahun enam bulan di maktab-maktab perguruan yang telah disediakan oleh kementerian. Hanya mereka yang lulus kursus persediaan itu sahaja akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Program ijazah akan diadakan selama 4 tahun yang melalui kerjasama BPG di OUM. Selain OUM, calon yang berjaya ke peringkat ijazah juga akan ditempatkan di mana-mana IPTA selain OUM. Mengenai kelayakan, selain kecemerlangan akademik calon akan dipanggil untuk temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan. Dari segi akademik calon yang memohon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik atau matematik tambahan. Selain itu mereka perlu mendapat kepujian sama bagi mata pelajaran biologi, fizik, kimia, sains, sains tambahan atau mana-mana mata pelajaran teknikal atau vokasional dan dua mata pelajaran lain. Pelaksanaan PISMP adalah sejajar dengan sasaran kerajaan bagi melahirkan 50 % guru berijazah di sekolah rendah menjelang 2010. Justeru itu, dengan pemantapan pemilihan bakal guru dan penambahbaikan dari segi isi kandungan kursus sudah pasti akan menyumbang kepada lahirnya kumpulan guru yang cemerlang, berketerampilan dan tinggi tahap kompetensinya. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) akan mengambil calon guru daripada 30% pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Ini adalah bagi memastikan calon guru yang diambil adalah berkualiti. Program Induksi Untuk Guru Permulaan. Di Malaysia, sehingga kini belum ada satu program khas untuk melatih dan membimbing guru-guru permulaan (Guru yang baru ditauliahkan) sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mereka dibiarkan terkapai-kapai sendiri tanpa ada sebarang pertolongan. Jadi, KPM seharusnya memikirkan program program induksi yang direka khas untuk guruguru permulaan. Kursus ini seharusnya dilakukan dalam masa tiga tahun pertama mereka berkhidmat iaitu sebelum mereka disahkan di dalam perkhidmatan pendidikan. Program ini seharusnya berbentuk modul yang mengandungi pengetahuan dan kemahiran yang perlu diperoleh oleh semua guru permulaan dengan bimbingan berterusan daripada mentor terlatih melalui sistem mentor yang perlu diaplikasikan d i semua sekolah.

37

42

Latihan dalam perkhidmatan perlu bermula di sekolah di mana di sinilah proses P & P sebenar bermula. Kaedah dan teknik akan terbina dan keperluan yang dikehendaki dan ketidakefisienan akan terserlah. Sekolah perlu menerima kenyataan bahawa latihan berterusan kepada guru-guru tersebut adalah asas kepada kejayaan program induksi tersebut di mana semua kakitangan sekolah seharusnya bertanggungjawab bagi memastikan program ini berjaya. Latihan dan Kursus Berterusan. Latihan dalam organisasi dan kursus secara berterusan adalah antara strategi untuk memastikan guru Malaysia sentiasa mendapat pendedahan yang terkini dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dipertingkatkan. Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi. Menurut Pengarah BPG, Datuk Abdullah Abdul Kadir, sebanyak RM 260 juta setahun telah diperuntukkan kepada Kursus Dalam Perkhidmatan. Antara kursus tersebut ialah Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik. Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris, Bimbingan Pengurusan Pendidikan dan Kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Beliau mensasarkan kesemua 301 000 guru akan menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh JPN. Ianya termasuklah kursus jangka pendek (3-5 hari) atau 6/14 minggu dan kursus khas selama setahun. Adalah menjadi harapan beliau agar menjelang Jun 2007, 100 000 guru mampu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK. Pada tahun 2005, seramai 40 000 guru daripada pelbagai bidang telah menjalani kursus tersebut untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. (Pendidikan Bestari. Utusan Malaysia 6 April 2005). Program latihan guru sekolah rendah dan menengah turut dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) / Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), dan Pusat Kegiatan Guru(PKG). Pusat-pusat ini dibekalkan dengan kemudahan ICT di samping kemudahan teknologi pendidikan yang lain. Pegawai di pusat ini memberi khidmat nasihat kepada guru tentang pengintegrasian ICT dalam P & P. Selain itu, pegawai PSPN dan PKG memberi latihan jangka pendek kepada guru sekolah rendah dan menengah berkaitan dengan kemahiran asas komputer, bengkel penyediaan perisian pendidikan dan penilaian keberkesanan pengendalian pusat sumber sekolah. PSPN dan PKG juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan teknologi kepada guru. Oleh itu, PSPN dan PKG merupakan saluran yang berpotensi bagi membantu guru meningkatkan P & P berasaskan ICT di sekolah. Kerjasama daripada pihak pentadbir amat penting dalam merancang, melatih, memberi bantuan teknikal serta mengawasi perkembangan program latihan yang dirancang bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Nyata bahawa latihan, latihan semula dan juga kursus berterusan akan dapat meningkatkan kompetensi Guru Malaysia dan seterusnya secara langsung memberi manfaat yang maksimum kepada pelajar. Pembangunan Diri Dalam Pendidikan. Pembangunan diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada idea dan pengalaman serta melalui latihan dan sistem mentor. Ia juga merupakan satu usaha menyediakan individu supaya dapat bertugas dengan berkesan dan efisien untuk jangka masa yang panjang. Guru-

38

42

guru digalakkan supaya melakukan kajian-kajian tindakan dalam bidang pendidikan terutama dalam P & P di dalam bilik darjah. Keputusan-keputusan penyelidikan seharusnya disebar luas agar innya dapat dikongsi bersama. Dalam masa yang sama, guru-guru digalakkan untuk menulis buku-buku berbentuk ilmiah memandangkan mereka berpengalaman dan pengalaman ini boleh dikongsi bersama. Dengan kata lain, Guru Malaysia digalakkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan tujuan peningkatan akademik mereka Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM dengan Institut Pendidikan Tinggi Awam telah melaksanakan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) bagi meningkatkan peratus tenaga pengajar siswazah terlatih di sekolah menengah. Pada tahun 2000, IPTA telah mengeluarkan sebanyak 1726 orang tenaga pengajar siswazah melalui program ini. Di samping itu, tenaga pengajar juga dibenarkan untuk cuti belajar separuh gaji bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama. Pada tahun 1999, seramai 2206 orang tenaga pengajar telah mengikuti program ini. Bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan P & P, KPM telah menyediakan biasiswa kepada tenaga pengajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah sama ada di dalam atau di luar negara. Ini membolehkan para guru mendapat idea dan teknik terbaru dalam bidang pendidikan. Sejak tahun 1995 hingga tahun 2000, seramai 976 orang telah mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan 234 orang pada peringkat ijazah kedoktoran. Di samping itu, persetujuan kerajaan untuk menaikkan taraf semua maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) akan memberi peluang kepada para guru untuk meningkatkan profesion mereka dengan memiliki ijazah. Ia juga memberi peluang yang lebih baik kepada para pensyarah maktab yang memiliki sarjana dan doktor falsafah. Dengan menaik taraf pendidikan guru maka ilmu pengetahuan mereka juga akan semakin meningkat. ( Utusan Malaysia 19 Julai 2005). Menurut Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein keputusan itu dianggap bersejarah yang akan membolehkan negara memenuhi sasaran 100% guru siswazah di sekolah menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010. Bagi mencapai hasrat tersebut kerajaan perlu menyediakan 7000 guru siswazah di sekolah menengah dan 16000 guru siswazah di sekolah rendah pada setiap tahun. Dalam masa yang sama, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diadakan bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar beropsyen mata pelajaran kritikal di sekolah menengah. Bagi tempoh 1997 hingga 1998, seramai 7 973 orang tenaga pengajar telah diberi kebenaran untuk mengikuti kursus PJJ. Program-program yang telah dilaksanakan oleh KPM ini sejajar dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) yang bertujuan untuk meningkat ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sehingga mencapai peringkat tahap kepakaran yang tinggi dan boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan mereka setelah bertugas kelak. Dengan adanya kemahuan dalam diri sendiri untuk pembangunan diri diharapkan Guru Malaysia lebih berkualiti dan mencapai standard kompetensi pendidikan bertaraf dunia. Bersempena dengan pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan akan terus komited menjalankan transformasi pendidikan negara bagi tempoh 15 tahun akan datang bermatlamat melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru untuk merebut peluang di samping menangani cabaran abad ke-21. Transformasi ini juga bagi mewujudkan persaingan dengan negara termaju dunia, melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan berfikiran kritis serta kreatif di samping pemupukan nilai dan rasa tanggungjawab terhadap negara. Kualiti pengajaran akan ditingkatkan dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan memberikan ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

39

42

Program On-line Dalam Pendidikan Dengan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, maka tidak mustahil program-program latihan pendidikan guru boleh dikendalikan melalui on line dengan menggunakan lama-laman web dan sebagainya. Contoh yang terkini ialah pendidikan secara maya. Sesi perbincangan / Mesyuarat antara Guru KPM, JPN dan PPD seharusnya berganding bahu untuk mengadakan sesi-sesi perbincangan atau mesyuarat kepada guru-guru mata pelajaran untuk bertemu dan berbincang mengenai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Guru-guru akan belajar sesama sendiri melalui perbincangan ini. Ianya boleh dilakukan dalam bentuk seminar, bengkel, kursus dalam perkhidmatan dan juga konferens.

Latihan Kepada Tenaga Pengajar. Untuk memastikan program-program Kursus Dalam Perkhidmatan berkualiti, semua pengetua,tenaga pengajar guru, ketua-ketua mata pelajaran, guru-guru pakar, guru-guru cemerlang, jemaah nazir dan sebagainya seharusnya diberi latihan untuk merancang dan mengimplikasikan program-program termasuk juga program latihan kepada tenaga pengajar. Mereka ini akhirnya akan dilantik sebagai mentor di sekolah dan dikehendaki memberi latihan kepada guru-guru lain. Sistem Mentoran Sistem mentor mempunyai asas profesional dalam dunia perniagaan dan setelah dua dekad ianya menjadi satu ciri penting dalam profesion termasuk dalam profesion perguruan. Sistem ini memainkan peranan penting terutamanya dalam kursus induksi. Melalui program ini, setiap guru akan mempunyai seorang mentor di mana mentor ini akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan supaya guru-guru tersebut dapat menjalankan tugas secara profesional. Dengan kata lain, sistem ini adalah satu proses bimbingan di mana mereka yang lebih berkemahiran atau lebih berpengalaman menjadi contoh, pengajar, peneraju, pemangkin, kaunselor dan kawan kepada guru-guru baru yang kurang kemahiran dan pengalaman. Sistem ini berfungsi dalam konteks hubungan secara langsung di antara mentor dan guru yang dijaganya (protege) Semua sekolah seharusnya segera menjalankan sistem ini untuk memastikan semua guru mendapat bimbingan yang berterusan bagi membolehkan mereka menjadi seorang guru pakar dalam jangka masa yang pendek. Semua guru terlatih, ketua panitia dan guru cemerlang akan dilantik menjadi mentor di sekolah. Sistem ini sudah pastinya akan meningkatkan kualiti profesional semua guru. Program Bersepadu Pentadbiran Pendidikan Guru. Berbagai agensi yang terlibat dalam pendidikan guru. Adalah difikirkan perlu untuk agensiagensi ini bergabung tenaga dalam program bersepadu pentadbiran pendidikan guru. Ianya termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengimplementasikan hanya polisi pendidikan yang penting dan juga menetapkan satu standard pendidikan guru termasuklah pensijilan dan pembelajaran guru; Institut-institut Pendidikan Guru dan universiti-universiti yang terlibat dalam penyediaan guru-guru profesional; lain-lain agensi termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, nazir-nazir sekolah, Politeknik, pusat sumber dan semua fakulti pendidikan.

40

42

Penilaian, Penambahbaikan dan Peningkatan. Proses penilaian adalah komponen penting dalam aspek jaminan kualiti standard kompetensi. Oleh itu, ia perlu dilakukan secara berterusan oleh pihak pemutus dan penggubal dasar bagi menjamin kualiti standard kompetensi yang telah dirangka bersesuaian dengan keadaan semasa dan mengikut hasrat pendidikan negara. Ia perlu dirancang secara teliti dan terperinci. Penilaian adalah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan. Maklumat ini membantu membuat keputusan-keputusan penting supaya ia dapat digunakan untuk memperbaiki, mempertingkat dan menentukan hala tuju sesuatu program yang dilaksanakan tersebut. Tujuan penilaian adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan tindakan susulan yang telah dibuat, adakah ia berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan, namun jika sebaliknya alternatif lain perlu dicari. Strategi yang dirancang juga perlu dinilai dan dikawal supaya tidak berlaku pembaziran dari segi sumber kewangan dan tenaga manusia. Menurut Siti Hawa (1993), penilaian akhir ialah untuk melihat keberkesanan perlaksanaan program dan merumuskan apa yang telah berlaku setelah tamat tempoh program. Maklumat yang perlu diketahui adalah berhubung dengan soalan-soalan seperti berikut; - Adakah standard kompetensi berkesan dalam mencapai matlamatnya? Adakah manfaat yang diterima setimpal dengan kos yang ditanggung? - Apakah alternatif-alternatif lain yang mampu mencapai hasil yang sama tetapi menggunakan kos yang lebih rendah? Pelengkap kepada elemen-elemen di atas ialah perlu adanya komitmen dan kerjasama yang menyeluruh daripada semua peringkat iaitu pihak kementerian, pentadbir sekolah dan guru-guru sendiri bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam melaksanakan strategi-strategi ini perkara yang patut diberi perhatian ialah mengenal pasti masalah dan cabaran yang hendak diatasi seterusnya mengatur strategi, membuat perancangan pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan. Membuat analisis bagi mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman, peluang-peluang yang wujud. Analisis bertujuan untuk memudahkan penggubalan strategi-strategi susulan yang perlu dilaksanakan. Ia akan dituruti dengan pemilihan strategi dan pelan tindakan. RUMUSAN Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat ini sudah banyak usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan bakal guru namun seperkara yang perlu diambilkira ialah mewujudkan satu standard kompetensi untuk para guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi yang digunapakai bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru. Penilaian tahap kecekapan yang diambil oleh para guru nampaknya masih belum dapat diterima secara keseluruhan sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai pencapaian guru. Kebanyakan negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan melaksanakan standard kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi. Banyak manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya bukan sahaja dapat menilai guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan oleh guru sendiri sebagai penanda aras

41

42

untuk melihat kemajuan atau pencapaian peribadi. Standard kompetensi sepertimana yang dicadangkan adalah bersifat dinamik tanpa mengambilkira tempoh perkhidmatan. Guru yang cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dengan iklim pendidikan negara harus diberikan lebih ruang untuk terus maju dalam profesion mereka. Standard kompetensi tersebut juga mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21. Oleh itu, sewajarnya pembentukan dan implementasi satu standard kompetensi guru diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terlibat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya telahpun mengenal pasti aspek sebenar standard kompetensi yang patut ada pada setiap guru dalam apa jua peringkat dan seterusnya menyebarluaskan maklumat tersebut kepada semua peringkat pengurusan pendidikan. Namun demikian, sejauh manakah Standard Guru Malaysia itu sedang dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia masih menjadi tanda tanya. Manakala guru pula perlulah sedar dan tahu aspek kompetensi yang telah dan belum dicapai bagi tujuan memperkembangkan dan meningkatkan aspek yang tidak kompeten. Seterusnya standard kompetensi mampu menjadi pemangkin untuk kembali memartabatkan profesion perguruan dan meletakkannya sebaris dengan profesion-profesion lain. Adalah diharapkan agar dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan yang mengamalkan Standard Guru Malaysia menjadi kenyataan dalam erti kata yang sebenarnya.

42

42

RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur :Utusan Publications. Bahagian Sumber Manusia (2004). Ke arah Pemantapan Skim Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan (2004). Bahagian Perancangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. dan Penyelidikan Dasar

Jemaah Nazir Sekolah (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah (2000). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001 2010, Kuala Lumpur. Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher Professional Standards: How can we help teachers to cope with the changes and challenges in education ? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan Literasi dan Pendidikan dalam Pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Universiti Granada, Sepanyol, 11-14 Julai 2005. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Rahim Abd. Latif (2001). Mengenalpasti Masalah-masalah dalam Melaksanakan Standard ISO 9000. Tesis Sarjana. Bangi : UKM. Robiah Sidin (2001). Isu Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Longman. Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (2001). Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur :Utusan Publication . Shukri Hj Zain dan Syed Ismail Syed Mohamad (2004). Sekolah selamat: Identifikasi professionalisme guru. Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan, Jilid 14, Bil. 02.

TIMSS (2003). Trends in International Mathematics and Science Study 2003. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Utusan Malaysia. 20 Mac 2002. Fe Josefa G. Nava (1999). Effective teaching behaviours. Kertas kerja dibentangkan di dalam International Conference On Teacher Education, Hong Kong Institute Of Education on February 23. Joseph Watnas (1986). Will Teaching Applied Ethics Improve Schools of Education? Journal of Teacher Education. May-June 1986.

43

42

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Mitias, Ragy. G. E. (1990). Essential Values In Teacher Education: Where Do We Stand. Kertas kerja dibentang di dalam International Council On Education For Teaching World Assembly di Singapura pada 27-31 Julai. Mohammed Sani Ibrahim (1993). Institusi Perguruan Dalam Memenuhi Tuntutan Malaysia Sebagai Negara Maju. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur Dan Strategi. Kajang: Percetakan Bintang Jaya Nik Mustapha Hj Nik Hassan (2003). Values-based management: The way forward for the next millennium. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia(IKIM). Razali Ismai (1992). Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan: Satu Tinjauan Konseptual. Seminar Hari Guru Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. 12-13 Julai. Soltis, Jones F. (1986). Teaching Profesional Ethics. Journal of Teacher Education. MayJune 1986. Starratt, Rober, J. (2004). Ethical leadership. San Francisco: Jossey-Bass.

Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Etika dan tataterib akademik. Bangi: Penerbit UKM. Zainal Yang (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam. Jilid 2. Bil.1 Januari 2003. Putrajaya: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Hakcipta Terpelihara 24 September 2012.

44

You might also like