You are on page 1of 16

STAIL LATIHAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina pengalaman bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa akan datang. Di samping itu, melalui pendidikan juga, seseorang individu akan dapat memperkembangkan lagi potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk memajukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang dijalankan

oleh seseorang guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang dirancangkan Bagi mencapai matlamat dan objektif dalam pengajaran dan

pembelajaran terdapat pelbagai teori, kaedah, strategi dan stail pembelajaran direkacipta untuk diamalkan oleh guru. Seseorang guru dikatakan berkesan dalam sesuatu pengajaran itu apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Hasil dari pengajaran yang berlaku akan menyebabkan perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan pelajar. .Perubahan tingkah laku ini boleh terjadi semasa dan

selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala perubahan yang berlaku boleh dinilai berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain psikomotor , kognitif dan efektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi sering digunakan. Ciri-ciri yang terdapat diantara keempat-empat konsep ini saling berkait di antara satu sama lain. Merujuk kepada stail atau teknik pengajaran seseorang pendidik. Stail-stail ini melibatkan 11 cara iaitu stail perintah, latihan, semak bergandingan, semak kendiri, peningkatan, penemuan berbimbing, penemuan berpusat, hasilan tercapah, program individu, pembelajaran terdorong dan pengajaran kendiri (Mok Soon Sang, 2002). Contohnya Stail latihan ialah satu kaedah pengajaran di mana guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Guru akan memerhati prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar.

2.0 Objektif

1.

Mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan tugasan dan diantara pelajar sendiri.

2.

Mempraktikkan tugasan seperti yang didemostrasikan atau yang telah diterangkan.

3.

Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi dengan masa.

adalah berkaitan

4.

Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik adalah berkaitan dengan pengulangan tugasan.

5.

Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang cekap adalah berkaitan dengan pengetahuan keputusan.

6.

Menyedari

melalui

pengalaman

bahawa

pengetahuan

keputusan

diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru. 3.0 Struktur Stail Latihan Untuk membolehkan kita mengenal stail latihan ini, perubahan mesti berlaku iaitu dengan memindahkan kuasa membuat keputusan daripada guru kepada pelajar. Perubahan ini berlaku di dalam sembilan kategori berikut dalam satu set impak : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kedudukan Tempat Turutan/susunan tugasan Kadar kemajuan Masa permulaan setiap tugasan Masa tamat setiap tugasan Masa rehat Penonjolan Mengajukan soalan untuk penjelasan.

Keputusan-keputusan dalam set pra impak dan post impak kekal seperti guru-guru membuat keputusan.Dalam set impak , guru memberi peluang kepada pelajar membuat keputusan dalam kesemua sembilan kategori.Peranan pelajar dalam stail ini ialah melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dan membuat kesemua sembilan keputusan dalam set impak.Pemindahan kuasa membuat keputusan ini adalah permulaan proses keindividuan, menimbulkan perlakuan yang berbeza daripada guru dan pelajar. Guru tidak seharusnya memberi komen kepada setiap pergerakan, tugasan atau aktiviti, pelajar pula mempunyai peluang untuk belajar bagaimana membuat sembilan keputusan dalam parameter yang telah ditetapkan oleh guru. Dalam keputusan set post impak , guru memerhati persembahan dan memberi maklumbalas secara individu kepada setiap pelajar.

4.0 PERLAKSANAAN STAIL LATIHAN Bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Stail latihan ia boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu : i. ii. iii. Pra impak Impak Pasca impak

Ketiga-tiga fasa ini menjelaskan bagaimana peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar dalam ketiga-tiga fasa ini.

4.1 Fasa Pra Impak Dalam fasa ini guru hendaklah menyediakan satu ringkasan mengajar sebagai panduan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu merancang dan memikirkan apakah gaya yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Guru berperanan mengenalpasti dan membentuk sesuatu permasalahan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang diberikan hendaklah berkaitan dengan objektif pembelajaran yang akan diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan. Arahan yang diberikan ini boleh diberikan dalam bentuk lisan sahaja ataupun boleh juga diberikan dalam bentuk tulisan. Stail ini melibatkan pelajar dalam membuat keputusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam stail latihan, pelajar bukan sahaja dilatih menyelesaikan tugasan, tetapi proses pertimbangan dalam membuat keputusan. Guru belajar untuk percaya kepada pelajar dalam membuat keputusan yang sesuai semasa menyelesaikan tugasan.Langkah-langkah berikut menerangkan penggunaan rangka stail latihan sebagai garis panduan perlaksanaan. Proses ini melibatkan membuat keputusan di dalam set pra impak, impak dan post impak.

4.2 Set Impak Dalam set ini terdapat beberapa urutan dalam menerangkan episod tersebut :

1.

Guru

menetapkan

satu-satu

keadaan

dengan

memanggil

pelajar

mendampingi guru. 2. 3. 4. Guru menentukan objektif stail ini. Menyediakan masa untuk pelajar melakukan aktiviti dengan sendiri. Menyediakan masa kepada guru untuk menyediakan maklumbalas individu kepada setiap orang. 5. Guru menerangkan peranan pelajar dan giliran dalam membuat keputusan. 6. Guru menerangkan peranan guru. a. b. 7. memerhati prestasi dan maklumbalas individu. bersedia menjawab soalan pelajar.

Guru menyediakan tugasan-tugasan yang mengandungi komponenkomponen komunikasi. a. Kandungan . Setiap tugasan mesti mengandungi kandungan khusus apa yang hendak dilakukan. b. Modul. Guru mengealpasti modul yang sesuai dalam persembahkan tugasan tersebut. ( audio, visual, audiovisual, dan sebagainya) c. Perlakuan.

Setiap modul yang dikenalpasti perlu mempunyai perlakuan yang sesuai ( demonstrasi, menerangkan dan sebagainya) d. Media. Tugasan boleh dipersembahkan melalui berbagai media ( guru, filem, video atau kertas tugasan ) 8. 9. Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan tugasan. Apabila satu keadaan situasi telah ditetapkan guru perlu bertanya kepada pelajar sekiranya mereka sudah faham atau tidak. 10. Pelajar mula melakukan tugasan dan membuat keputusan yang telah dipindahkan pada mereka dalam set impak. 11. Guru memerhati keadaan semasa dan berhubung secara individu dengan pelajar.

4.3 Set Pasca Impak

Dalam

set

post

impak

ini

keperluannya

adalah

dalam

menyediakan

maklumbalas-maklumbalas individu kepada semua pelajar. Semasa dalam proses ini guru perlu mengikuti aspek-aspek berikut ;

1.

Kenalpasti dengan segera kesilapan pelajar dalam prestasi tugasan dan dalam membuat keputusan.

2. 3.

menyediakan maklumbalas individu yang betul kepada pelajar. Berada di sebelah pelajar sehingga melakukan perlakuan yang betul.

4. 5.

Beredar kepada pelajar lain. Melawat , menyelia, memerhati dan menyediakan maklumbalas kepada pelajar yang melakkan tugasan yang betul. Mereka juga perlukan masa daripada guru.

6. 7.

Untuk sesetengah tugasan memerlukan lebih daripada satu pemerhatian. Peka dalam pemilihan maklumbalas.

Pada akhir pelajaran guru memanggil semua murid untuk berkumpul dalam beberapa minit , ini boleh dilakukan dengan cara mengulangkaji secara ringkas kandungan pelajaran pada hari itu, maklumbalas secara umum kepada kelas dan sebagainya.

5.0 IMPLIKASI STAIL LATIHAN

Realiti episod-episod dalam stail latihan ini menghasilkan satu set implikasi yang baru :-

1. 2. 3.

Guru menilai perkembangan dalam membuat keputusan yang meluas. Guru mempercayai pelajar dalam membuat sembilan keputusan tersebut Guru menerima idea di mana kedua-dua guru dan pelajar boleh memperkembangkan nilai-nilai dalam sesuatu stail.

4.

Pelajar boleh membuat kesemua sembilan keputusan semasa sedang melatih dan melakukan tugasan.

5.

Pelajar boleh bertanggungjawab uantuk

hasilan daripada keputusan

mereka apabila mereka melibatkan dalam proses individu. 6. Pelajar boleh mengalami permulaan dalam berdikari.

6.0 CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tingkatan Masa Langkah

: 5 Topik

:Gimnastik artistik :Pola 6 (Hayunan)

: 40 minit Fokus :

1 -Penerangan aktiviti dalam kumpulan kecil disertai Dengan instuktur. .

2 Regangan spesifik 3 Guru akan memberikan penerangan mengenai teknik kisaran dengan sebelah kaki dgn sokongan tangan atas lantai.

4 Ansur Maju dengan kaedah stesen ( Kad tugasan) 5 Permainan Kecil 6- Sesi Warm Down dan soal jawab

Persediaan mengajar merupakan satu dokumen yang digunakan oleh guru sebagai panduan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Melalui

penyediaan rancangan mengajar yang bersistematik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun. Semasa menyediakan rancangan mengajar terdapat beberapa aspek yang perlu difikirkan . Di antaranya ialah ; a. b. c. d. Tajuk dan kemahiran yang hendak diajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran Kaedah dan pengubahsuaian. Penilaian.

Persediaan

mengajar

juga

bertujuan

untuk

menghasilkan

aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang rasional. Ia berdasarkan turutan dan pilihan guru terhadap tajuk dan kemahiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru harus tahu memilih kaedah atau model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ia sering dikaitkan dengan pencapain objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru juga harus memikirkan bagaimana pemindahan

pembelajaran boleh berlaku. Ia meliputi aspek pengurusan alatan, kertas kerja dan sebagainya. Bagi permulaan pengajaran dan pembelajaran , proses pemindahan kemahiran harus bersesuaian dengan objektif . ia mesti berturutan, masa yang sesuai dan bersedia untuk disempurnakan. Pada akhir pengajaran , guru mendapat sama ada kaedah yang diambil bersesuaian atau tidak. Pengukuran dan penilaian di buat dan masa akan diatasi.

10

7.0 Kekuatan Stail Latihan

1. 2. 3.

Isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah Isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid Masa dan peluang pelajar melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan mengikut panduan.

4.

Guru dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas.

5.

Komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid, murid dangan murid.

6. 7. 8.

Guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri Dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

8.0 Kelemahan Stail Latihan

1.

Pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat.

2. 3.

Perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan. Pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang dijalankan

11

4. 5.

Aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklumbalas guru. Murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri.

9.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

1. 2.

Terdapat sembilan struktur kaedah latihan yang perlu diikuti. Jika beberapa orang pelajar melakukan kesilapan guru hendaklah memberhentikan aktiviti kumpulan mereka. Ini akan membantu guru dalam :a. b. Kecekapan mengurus masa. Kedudukan guru yang hampir dengan murid di dalam kelas mewujudkan satu suasana yang selesa c. d. Jika pelajar bertanyakan soalan, guru membantu mereka. Guru akan memerhatikan mereka untuk melakukan kemahiran dengan betul.

3.

Oleh kerana stail latihan ini direka untuk individu sahaja, komunikasi di antara murid-murid harus diminimumkan.

4.

Dua keadaan akan berlaku di mana pelajar individu akan mengikut arahan guru mereka atau menuggu tindakbalas dari guru selepas sesuatu persembahan.

12

5.

Guru akan memberi tugasan mengikut tahap kedudukan pelajar. Di dalam stail latihan ini, guru berbuat demikian untuk mencapai kelainan dalam persembahan.

6.

Kadang-kadang pelajar menyelesaikan masalah sebelum masa yang yang diperuntukkan itu tamat. Ini berlaku di dalam semua stail kecuali stail A ( arahan ). Dalam masa rehat guru harus merancang aktiviti dan pembelajaran yang sesuai yang tidak berkaitan. supaya pelajar tidak terikat dengan aktiviti

7.

Salah satu alat bantu mengajar yang sesuai dalam stail latihan ialah carta dinding. Ia mengingatkan tentang tugasan yang perlu dilakukan di setiap stesen. Ini menyenangkan guru.

8.

Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah.

9.

Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.

10.

Stail Latihan bermula dari proses weaning iaitu satu proses di mana guru dan murid akan mengikut laluan masing-masing. Guru akan menerangkan 9 keputusan tadi terhadap pelajar dan berharap mereka akan melakukannya dengan baik.

13

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan terhadap penggunaan kaedah pengajaran Stail latihan, dapat dinyatakan dan dibuat kesimpulan bahawa kaedah pengajaran jenis ini amat berupaya membentuk dan mencapai objektif setiap domain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan kukuh dalam diri pelajar. Melalui kaedah latihan yang yang dilakukan oleh pelajar akan membentuk keupayaan domain kognitif, psikomotor dan afektif yang tersendiri mengikut keupayaan pelajar bekenaan. Peranan guru yang bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator akan memberikan ruang yang bebas dan selesa kepada pelajar dalam menghasilkan keputusan yang terbaik bagi diri mereka. Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah. Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.

14

Rujukan.

Kementerian Pendidikan Malaysia . (1998 ). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mosston, M, & Ashworth, S. (1994). Teaching Physical Education ( 4th ed.) New york : Macmillan Colledge Publishing Compony.

Mok Soon Sang ( 1991 ). Siri Pendidikan Guru : Pedagogi 2 Strategi Pengajaran -Pembelajaran Mikro : Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

15

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 4.1 4.2 4.3

PERKARA Definisi. Objektif Struktur Stail Latihan Pelaksanaan Stail Latihan.. Set Pra Impak Set impak Set Pasca Impak

MUKA SURAT 1-2 2-3 3.4 4 5 6-7 7-8

5 6

Implikasi Stail latihan.. Contoh Langkah Pengajaran dan pembelajaran. .. 9-10

8-9

7 8 9 10

Kekuatan Kelemahan Rumusan. Rujukan

11 11-12 12-14 15

16

You might also like