You are on page 1of 18

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

PEMARKAHAN
1. TUGASAN 2

JUMLAH

RIS
KOD & NAMA KURSUS

KRM3063- ASAS BENTUK DAN RUANG


TAJUK

PENULISAN REFLEKSI PEMBELAJARAN BAGI 5 UNIT YANG DINYATAKAN


KUMPULAN: Group UPSI03(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN NO. ID D20102046027 NO. TELEFON

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

REFLEKSI UNIT PELAJARAN i) Pengenalan

3-5

REFLEKSI UNIT PELAJARAN ii) Pengajaran Bentuk dan Ruang

6-7

REFLEKSI UNIT PELAJARAN iii) 2-Dimensi dan 3-Dimensi

8 - 11

REFLEKSI UNIT PELAJARAN iv) Simetri dan Pola

12 - 14

REFLEKSI UNIT PELAJARAN v) Perimeter, luas dan Isipadu

15 - 18

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK

UNIT 1: PENGENALAN

1. Isi Kandungan Utama

Isi Kandungan utama unit ini ialah mendefinisikan apa itu geometri, apakah yang dikatakan bentuk dan ruang dan perkaitannya dengan geometri, sejarah perkembangan geometri dan tokoh-tokoh geometri terulung serta sumbangan mereka, keperluan bentuk dan ruang dimasukkan dalam sukatan pelajaran dan kepentingan mempelajari geometri. Perkataan geometri berasal daripada perkataan Greek iaitu geo dan metria di mana geo bermaksud bumi dan metria bermaksud ukur. Ini adalah kerana pada asasnya, geometri adalah berkaitan dengan pengukuran bumi. Geometri merangkumi pengajian tentang bentuk, saiz, kedudukan dan ruang dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Sejarah perkembangan geometri bermula di tamadun-tamadun awal iaitu Mesir Kuno, Lembah Sungai Indus dan Babylon. Tokoh-tokoh ulung dalam bidang geometri pula ialah Euclid dan Pythagoras selain Descartes, Al Jabar dan Gauss yang telah memperkenalkan pelbagai konsep dan kefahaman berkaitan bidang geometri. Atas keperluan yang jelas, bidang bentuk dan ruang diterapkan dalam kurikulum sekolah di negara kita bermula seawal di tahun 1 lagi hinggalah ke tahun 6 dan peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ini adalah berdasarkan kepentingan mempelajari geometri di mana ia diaplikasikan secara meluas dalam kehidupan harian manusia, sebagai asas untuk memilih kerjaya masa hadapan dan berupaya untuk menikmati keindahan dan nilai estetika geometri, meningkatkan kepekaan individu terhadap bentuk dan ruang serta menjadi asas dalam menggambar dan memanipulasi bentuk. Geometri diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, seni bina, sains dan teknologi. Aplikasi geometri yang paling ketara boleh dilihat pada bentuk binaan dan susunan bangunan.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

2. Cadangan Perlaksanaan Di Sekolah

Adalah

amat

penting

menentukan

pendekatan

yang

paling

sesuai

dalam

memperkenalkan geometri di kalangan murid-murid di sekolah rendah supaya tidak wujud tanggapan negatif atau fobia terhadap perkataan geometri. Geometri harus diperkenalkan kepada murid-murid berdasarkan aplikasinya dalam kehidupan agar murid dapat merasakan bahawa geometri amat dekat dengan mereka. Suatu sudut geometri perlu diadakan sama pada di dalam kelas, makmal Matematik, laluan Matematik atau Pondok Matematik bergantung kepada kemampuan pihak sekolah untuk mewujudkan lokasi khas tersebut. Pada sudut geometri tersebut, bolehlah dimuatkan dengan pelbagai contoh aplikasi geometri yang diambil daripada konteks kehidupan harian. Contoh-contoh seperti di bawah juga boleh digunakan sebagai bahan pameran untuk memperkenalkan geometri.

Motif geometri digunakan dalam mencantikkan lagi kubah masjid ini.

Aplikasi geometri (taselasi) dalam penyusunan jubin pada lantai bangunan ini.

Pengetahuan tentang geometri digunakan dalam mereka bentuk stadium yang sangat menarik ini.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Pelbagai bahan atau info berkaitan dengan sejarah dan tokoh-tokoh terulung geometri juga perlu dimuatkan pada sudut geometri. Penceritaan tentang sejarah dan tokoh-tokoh ini adalah sesuatu yang menarik terutamanya bagi murid-murid cerdas yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sedia menerima pelbagai maklumat yang baharu bagi mereka.

Sejarah geometri Tamadun Mesir Purba dan pembinaan pyramid.

Gauss, tokoh geometri dari Jerman yang membincangan geometri dari aspek lengkungan dan permukaan.

Pythagoras, tokoh geometri terulung dari Greek yang memperkenalkan

Euclid, tokoh geometri terulung dari Mesir yang menghasilkan buku The Element berkaitan geometri.

Teorem Pythagoras.

Descartes, memperkenalkan

geometri analitik atau Cartesian

Al- Khwarizmi, ahli geometri Islam yang mempelopori bidang algebra.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK PENGAJARAN BENTUK DAN RUANG

1.

Isi Kandungan Utama

Unit ini membincangkan dengan jelas tentang tiga aspek berkaitan pengajaran bentuk dan ruang iaitu pertama, perkembangan pembelajaran bentuk ruang, kedua, tiga perspektif teori yang mendasari pembelajaran tentang bentuk dan ruang dan ketiga, empat fasa pengajaran bentuk dan ruang. Dalam perkembangan pembelajaran bentuk dan ruang, tumpuan terhadap pemahaman konsep secara bermakna di kalangan murid perlu diberikan perhatian dengan menekankan dua aspek visual geometri dan formal geometri. Visual geometri adalah pengajaran dan pembelajaran tidak formal yang berlaku secara tidak langsung dan membantu pembinaan kefahaman konsep secara intuitif, tidak berstruktur dan personal manakala formal geometri pula menitikberatkan kepada ketepatan dalam menjalankan aktiviti, berbahasa dan perwakilan serta penghujahan berasaskan logik. Tiga teori yang mendasari pembelajaran bentuk dan ruang ialah Jean Piaget dan Inhelder, Alan Hoffer dan Van Hiele. Jean Piaget dan Inhelder telah menulis buku bertajuk The Childs Conception of Space berkaitan perkembangan pemikiran kanak-kanak mengenai ruang. Alan Hoffer pula telah mengenalpasti lima kemahiran geometri yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran visual, kamahiran komunikasi lisan dan bertulis, kemahiran melukis dan membina model, kemahiran logik dan kelima, kemahiran aplikasi konsep dan pengetahuan geometri. Van Hiele memperkenalkan lima tahap pembelajaran geomeri iaitu tahap visual, analisis, deduksi informal, deduksi formal dan rigor. Ketiga-tiga teori mempunyai implikasi yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran geometri. Empat fasa pengajaran yang dinyatakan ini adalah berdasarkan model inkuiri (Booker, Bond, Sparrow dan Swan, 2004) di mana ia terdiri daripada fasa penerokaan, penjelasan, refleksi dan mencatat.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

2. Cadangan Perlaksanaan Di Sekolah

Guru-guru Matematik di sekolah perlu mengadakan bengkel di mana guru-guru akan membuat modul pengajaran dan pembelajaran tajuk geometri berserta dengan bahan bantu mengajarnya sekali. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirangka mestilah berdasarkan mana-mana satu teori yang dinyatakan dalam unit ini iaitu sama ada teori yang dikemukan oleh Jean Piaget dan Inhelder, Alan Hoffer atau Van Hiele dan merangkumi empat fasa pengajaran yang dikemukakan. Pembahagian tugas secara bijak boleh dilakukan dalam penghasilan modul ini iaitu setiap guru atau pasangan guru

bertanggungjawab menyediakan satu rancangan pengajaran harian bagi kemahiran yang telah ditetapkan. Ketua Panitia atau Guru Cemerlang Matematik boleh dilantik sebagai editor modul untuk memastikan modul yang dihasilkan benar-benar menepati teori-teori dan empat fasa pengajaran tersebut. Modul yang telah dibukukan perlulah diperbanyakkan

untuk diedarkan kepada semua guru matematik bagi memudahkan guru-guru ini membuat rujukan. Bahan-bahan bantu mengajar/belajar yang dihasilkan dikumpulkan di satu tempat khas misalnya di Bilik Matematik ataupun Bilik Sumber bagi memudahkan mana-mana guru matematik mendapatkannya apabila diperlukan. Rekod penggunaan bahan bantu ini perlu disediakan dan mana-mana guru yang membuat pinjaman bahan perlu mencatatnya dalam buku rekod tersebut. Selepas selesai satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disarankan membuat refleksi untuk melihat sejauh mana keberkesanan teori-teori dan empat fasa pengajaran ini dapat diaplikasikan terhadap pembelajaran murid dan pencapaian hasil pembelajaran yang disasarkan. Perbincangan antara guru-guru perlu dibuat bagi mendapatkan input berkaitan kejayaan pengaplikasian teori-teori dan empat fasa pengajaran tersebut dalam pembelajaran bentuk dan ruang. Guru juga membuat penilaian adakah dengan menggunakan teori-teori ini, segala miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam pembelajaran tajuk ini dapat dielakkan dan diatasi atau tidak.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK

2-DIMENSI DAN 3-DIMENSI

1. Isi Kandungan Utama

Unit ini menerangkan tentang maksud bentuk 2-dimensi dan bentuk 3-dimensi, ciri-ciri bagi kedua-dua bentuk yang berada di sekitar kehidupan sebenar serta menyelesaikan masalah mencari luas permukaan dan isipadu bongkah. Bentuk 2-dimensi ialah bentuk yang mempunyai panjang dan lebar sahaja. Ia diklasifikasikan kepada tiga kumpulan utama iaitu bentuk yang dipagari beberapa garis lurus, bentuk yang dipagari lengkok dan bentuk yang dipagari oleh gabungan garis lurus dan lengkok. Contoh bentuk 2-dimensi ialah segitiga, segiempat, bulatan, elips dan separuh bulatan. Poligon merupakan bentuk yang terbina oleh lebih daripada tiga segmen garis lurus pada satu satah yang sama di mana tidak ada sisi bersebelahan yang berada pada satu garis, setiap sisi memotong hanya pada dua garis lurus dan setiap sisi hanya bertemu dengan sisi-sisi disebelahnya. Contoh poligon ialah segitiga, quadrilateral, pentagon, heksagon, heptagon, oktagon, nonagon dan dekagon. Terdapat juga poligon cembung dan poligon cengkung. Poligon boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu equilateral, equiangular dan regular. Poligon adalah equilateral jika semua sisinya sama panjang, equiangular sekiranya semua sudut adalah sama luas dan regular jika semua sisi adalah sama dan semua sudut juga adalah sama. Objek 3-dimensi merupakan objek yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi serta bersifat memenuhi ruang. Polihedron merupakan suatu objek pejal yang dibentuk oleh rangkuman beberapa muka berbentuk poligon. Polihedron sekata ditakrifkan sebagai bentuk 3-dimensi yang mempunyai bilangan sisi tepi yang bertemu dan serupa. Prisma ialah polihedron yang dibina daripada dua muka poligon yang kongruen dan selari antara satu dengan lain serta dilingkungi oleh parallelogram. Piramid pula merupakan polihedron yang

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

dibina dengan tapak terdiri daripada sebuah poligon dengan mempunyai satu titik puncaknya dan dilingkungi oleh segi tiga yang terbentuk daripada sisinya adalah terdiri daripada garis yang menyambung antara puncak dengan bucu-bucu bagi poligon yang menjadi tapak piramid. Silinder, kon dan sfera pula merupakan bentuk 3-dimensi bukan polihedron kerana ketiga-tiganya mempunyai permukaan bentuk lengkungan. Net merupakan lukisan rajah dalam bentuk hamparan yang boleh dibentuk menjadi bentuk 3-dimensi apabila dilipat.

2. Cadangan Perlaksanaan Di Sekolah

Saya mencadangkan adanya sudut khas bentuk 2-dimensi dan 3-dimensi di Bilik Matematik/ Pondok Matematik atau mana-mana lokasi yang dijadikan ruangan khas untuk mata pelajaran ini. Di sudut khas ini, pelbagai bahan bantu belajar berkaitan bentuk 2dimnesi dan 3-dimensi boleh dikumpulkan, misalnya bongkah-bongkah bentuk yang dibeli oleh panitia, barang-barang harian yang berbentuk 3-dimensi, kad-kad bentuk 2-dimensi dan gambar-gambar yang menunjukkan aplikasi bentuk 2-dimensi dan 3-dimensi dalam kehidupan terutamanya dalam seni bina. Pembelajaran bagi tajuk 2-dimensi dan 3-dimensi boleh dijalankan di sini.

Contoh Gambar Makmal Matematik Sebuah Sekolah Luar Negara

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Dengan adanya pelbagai bahan belajar berbentuk objek konkrit ini, murid dapat mengekplorasi ciri-ciri (permukaan, sisi dan bucu) bentuk tersebut dengan lebih tepat berbanding dengan hanya melihat gambarnya di dalam buku teks atau aktiviti. Kad-kad bentuk 2-dimensi akan membantu murid mengenali setiap bentuk dengan lebih tepat malah ia juga mampu mengatasi miskonsepsi murid yang menganggap bentuk-bentuk dari jenis yang sama sebagai sama. Misalnya, murid menganggap semua bentuk sisi empat adalah sama. Dengan melihat dan menyentuh sendiri setiap bentuk sisi empat yang ada, murid pasti akan dapat membezakan bentuk-bentu tersebut dengan lebih berkesan. Berikut merupakan contoh bahan yang boleh ditempatkan di sudut khas bentuk 2dimensi dan bentuk 3-dimensi: BONGKAH 3-DIMENSI

BARANG-BARANG HARIAN BERBENTUK 3-DIMENSI YANG BOLEH DIPAMER

10

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

APLIKASI PELBAGAI BENTUK 3-DIMENSI DALAM SENIBINA

KAD BENTUK-BENTUK SEGIEMPAT

11

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK

SIMETRI DAN POLA

1. Isi Kandungan Utama

Unit ini menjelaskan tentang jenis simetri berdasarkan ciri-ciri suatu bentuk geometri, bagaimana menentukan simetri bilateral dan simetri putaran berdasarkan bentuk geometri yang terdapat pada objek sebenar dalam kehidupan harian serta membina corak atau pola geometri berdasarkan prinsip simetri. Simetri bilateral merupakan transformasi yang berlaku dalam situasi refleksi refleksi berbentuk cermin di mana jarak setiap titik pada objek adalah sama dengan jarak setiap titik imejnya daripada paksi simetri berkenaan. Simetri putaran pula merupakan transformasi yang berlaku dalam bentuk refleksi kepada suatu titik tetap iaitu setiap titik pada objek mengalami refleksi kepada suatu titik tetap bagi membentuk imej. Simetri bilateral boleh diuji dengan menggunakan teknik melipat manakala simetri putaran ditentukan dengan memutarkan suatu titik pada bentuk (yang dibina menggunakan plastik lutsinar) kepada suatu kedudukan di mana bentuk tersebut bertindan semula. Konsep simetri diaplikasikan secara meluas dalam kehidupan harian terutamanya dalam seni bina bangunan. Ini adalah kerana pelbagai corak yeng menarik dapat dijana berdasarkan simetri dan ia termasuklah corak geometri yang berpola.

12

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

2. Cadangan Perlaksanaan Di Sekolah

Guru-guru perlu bekerjasama menyediakan pelbagai kad bentuk untuk aktiviti melipat dan meletakkannya di ruang khas pembelajaran matematik seperti bilik matematik. Begitu juga dengan kad-kad bentuk menggunakan plastik lutsinar untuk menentukan simetri putaran. Kad-kad untuk aktiviti lipatan mungkin tidak boleh digunakan semula tetapi kad-kad plastik untuk putaran boleh digunakan berulang-ulang. Panitia Matematik boleh bekerjasama dengan Panitia Sains dan mengumpulkan pelbagai objek hidup yang mempunyai bentuk simetri di Taman Sains atau Taman Herba Sekolah. Ini akan dapat membantu murid mengenal konsep simetri pada peringkat awal menggunakan objek-objek sebenar. Contoh tumbuhan dan haiwan yang boleh diletakkan di Taman Sains untuk tujuan ini adalah seperti dalam gambar di bawah: HIDUPAN SEMULAJADI YANG MEMPUNYAI SIMETRI BILATERAL

13

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Panitia Matematik juga boleh menganjurkan Kembara Simetri iaitu lawatan sambil belajar ke bangunan-bangunan di sekitar bandar berdekatan untuk melihat aplikasi simetri dalam senibina. Murid-murid akan diminta mengambil seberapa banyak gambar dan menyediakan laporan bagi lawatan berkenaan dalam bentuk buku skrap.

KEMBARA SIMETRI DI MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR, PERAK

14

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK

PERIMETER, LUAS DAN ISIPADU

1.

Isi Kandungan Utama

Unit ini menerangkan bagaimana mengira perimeter bagi suatu bentuk 2-dimensi, luas bagi suatu bentuk 2-dimensi sama ada melalui kaedah membilang petak unit atau dengan menggunakan rumus, isipadu bagi suatu bongkah iaitu dengan menggunakan isipadu unit atau rumus. Perimeter ialah ukur keliling yang melibatkan pengukuran bagi suatu bentuk 2-dimensi yang tertutup. Perimeter juga membawa definis jumlah panjang semua sisi atau jumlah jarak unit yang melingkungi suatu bentuk 2-dimensi. Luas ialah ruang yang boleh diisi oleh suatu bentuk 2-dimensi dan luas bagi suatu satah 2-dimensi adalah jumlah bilangan segiempat sama yang bernilai 1 unit persegi. Luas permukaan objek 3-dimensi ialah jumah luas semua permukaan yang membina objek itu luas muka tapak dan luas muka sisi. Isipadu ialah jumlah ruang yang memenuhi suatu bongkah tersebut. Unit ukuran bagi isipadu ialah dalam unit kuasa tiga, misalnya sentimeter padu (sm3) dan meter padu (m3). Berikut adalah rumus bagi pengiraan luas dan isipadu:

15

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

16

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

2. Cadangan Perlaksanaan Di Sekolah

Guru perlu mengenalpasti dan menyenarai seberapa banyak bentuk 2-dimensi dan objek 3-dimensi yang terdapat di kawasan sekitar sekolah. Satu pertandingan geometry hunt boleh diadakan di mana murid-murid dikehendaki mencari bentuk yang ditentukan dan mendapat nilai perimeter atau luas bagi bentuk tersebut. Murid yang paling cepat dan tepat menyelesaikan tugasan akan dikira sebagai pemenang. Antara bentuk 2- dimensi yang boleh disenaraikan adalah seperti dalam gambar di bawah: Perimeter dan luas bagi bulatan dan segiempat blok refleksologi yang terdapat di taman sekolah.

Perimeter dan luas permukaan perabot di bilik-bilik khas seperti di pusat sumber sekolah

Perimeter dan luas bingkai gambar yang pelbagai saiz yang menghiasi suatu sudut di Bilik Seni Visual.

17

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Guru-guru matematik perlu bersama-sama mengumpulkan bentuk-bentuk dan bongkah-bongkah 2-dimensi dan 3-dimensi di Bilik Matematik atau Ruang Khas Matematik bagi membolehkan murid-murid dari mana-mana kelas sekalipun menjalankan penyiasatan menentukan perimeter dan luas bentuk-bentuk dua dimensi atau isipadu objek 3-dimensi secara konkrit dan kontekstual. Penyediaan geoboard di makmal matematik juga adalah perlu kerana ia memudahkan pembelajaran pengiraan perimeter dan luas secara konkrit. Panitia matematik boleh bekerjasama dengan Panitia Kemahiran Hidup dalam menyediakan geoboard

menggunakan papan dan kayu. Berikut adalah gambar geoboard yang boleh dibeli atau dibina sendiri:

Gambar geoboard yang boleh dibeli oleh Panitia Matematik.

Gambar geoboard yang boleh dibina sendiri menggunakan papan dan paku.

18

You might also like