You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS, 26640, PEKAN, PAHANG.

TEL : 095461593 Email : cba5022.skpmanis@gmail.com

KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN PENTAS TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS anjuran PIBG SK.PULAU MANIS PENDAHULUAN Tapak perhimpunan merupakan suatu tempat dimana para guru serta pelajar berkumpul bagi menjalankan perhimpunan mingguan mahupun bulanan. Antara peranan penting tapak perhimpunan adalah ianya merupakan tempat di mana para pelajar dan guru-guru dikumpulkan bagi menyalurkan segala informasi berguna yang berkaitan sekolah. Di sini juga merupakan tempat untuk memberitahu guru bertugas bagi minggu tertentu, melatih dan mendidik disiplin diri para pelajar, memberi bimbingan dan nasihat serta menyampaikan ilmu yang mungkin tidak disampaikan di dalam kelas. Selain itu tapak perhimpunan juga merupakan tempat di mana kebolehan para pelajar diasah untuk bercakap atau menyampaikan sesuatu di khalayak ramai bagi membentuk keyakinan dalam diri para pelajar. Tapak perhimpunan lama di sekolah ini sudah tidak sesuai lagi digunakan kerana banyak kerosakan yang perlu diselenggara. Kos yang lebih tinggi diperlukan untuk tujuan itu. Tambahan pula, kedudukan tapak perhimpunan lama yang agak tersorok ke belakang setelah siapnya bangunan baru, menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada murid-murid. Selain itu, jika berlaku masalah hujan yang turun tiba-tiba sewaktu perhimpunan berlangsung, murid-murid terpaksa berlari ke kelas masing-masing yang agak jauh dari situ khususnya murid tahap 2. Hal sedemikan berkemungkinan boleh mengakibatkan kecederaan lain. Berbanding dengan cadangan kedudukan tapak perhimpunan yang baharu, tempat ini lebih dekat dengan dewan terbuka Ibnu Sina. Ini memudahkan murid-murid berlindung sekiranya berlaku hujan atau tiupan angin kencang.

TUJUAN 1. Memohon pembinaan pentas dan tiang bendera di kawasan tapak perhimpunan baharu agar berada di kawasan hadapan bangunan sekolah. 2. Memohon peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada pihak YB Encik Khairuddin b Hj Mahmud selaku ADUN Kawasan Pulau Manis (N.20). 3. Mewujudkan ruang tapak perhimpunan yang lebih mesra pelajar dan guru.

OBJEKTIF

1. Membina satu pentas tapak perhimpunan yang lebih strategik kedudukannya. 2. Mengelakkan kes-kes kecederaan sekiranya berlaku hal-hal luar duga di tapak perhimpunan. 3. Menimbulkan suasana kondusif di tapak perhimpunan. 4. Memberi keselesaan kepada guru dan murid-murid pada waktu perhimpunan. 5. Mewujudkan suatu suasana yang menarik dan cantik di kawasan tapak perhimpunan. 6. Menambahkan keceriaan kawasan sekolah yang menjadi tumpuan utama 7. Memberi identiti yang bersesuaian dengan nama Sekolah Kebangsaan Pulau Manis 8. Memberi keselesaan kepada para pelawat yang datang membuat lawatan 9. Mewujudkan tapak perhimpunan yang mempunyai tiang bendera agar bendera dapat dikibarkan di bahagian hadapan sekolah.

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA PROJEK PEMBINAAN PENTAS TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS 2013.

PENASIHAT PENGERUSI

: EN.ABDUL RAZAK B ABD MALEK (GURU BESAR) : EN.MOHD SHOPIAN B ABDULLAH (YDP PIBG SK.PULAU MANIS)

NAIB PENGERUSI

: PN.SARIMAH HJ MOHAMED (GPK KURIKULUM) : EN.PUJIASTO B KASMONO ( NYDP PIBG)

SETIAUSAHA BENDAHARI AJK KECIL

: EN.MOHD NASIR B SALLEHUDDIN (S/U PIBG) : EN.AHMAD FADZIL B ABDULLAH. : EN.MOHD ANUAR B IBRAHIM : EN. MUSTAFAR B ABD KARIM : EN.MOHD NAJIB B MD YUSOP : PN.KHAIRULSUZANA BT ZULKIFLY : PN.MAZIAH BT ABD KARIM : PN.RAIHAN BT MOHD ARIFFIN : PN.NOOR ARMILA BT MOHD MASROM : PN.SHERALENA BT MD RASID. : CIK ROSHAIZAN BT ROSLAN : PN.WAN KHAIRIYAH BT WAN DAUD

GAMBAR TAPAK PERHIMPUNAN LAMA

Kedudukan yang terlindung ke belakang sekolah dan kerosakan tar yang teruk menyebabkan air bertakung. TAPAK CADANGAN PEMBINAAN PENTAS PERHIMPUNAN BAHARU.

Kedudukan yang terletak di hadapan sekolah dan keadaan tar yang lebih baik. ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL 1

ITEM PENTAS TAPAK PERHIMPUNAN

KOS RM 6000.00

TIANG BENDERA X 3 BATANG

RM 3000.00

KECERIAAN JUMLAH

RM1000.00 RM 10,000.00

PENUTUP
Pihak PIBG SK.Pulau Manis amat mengharapkan semoga permohonan peruntukan projek ini sebanyak RM 10,000.00 dapat diluluskan oleh pihak Yang Berhormat En.Khairuddin b Hj Mahmud . Seterusnya projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, .. (MOHD NASIR B SALLEHUDDIN) SETIAUSAHA KEHORMAT, PIBG SK.PULAU MANIS.

Disemak oleh :

You might also like