You are on page 1of 24

SK.

RANTAU PANJANG

FOLIO PENDIDIKAN ANTI DADAH


NAMA: FARAH IZZATI BT. ROSLI TAHUN: 4 GEMILANG/2012

APA ITU DADAH Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan. Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!


Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalahmasalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya.Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang).

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.

Diperoleh secara haram.

Membawa kepada pergantungan fizikal meningkatkan daya tahan terhadap dadah.

dan

psikologikal

dan

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah
3

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat? Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat
4

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara 2. Morfin

Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Morfin Mentah Bentuk blok / serbuk

3. Heroin
5

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink 4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik
6

Tablet Metahadone Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : Fizzies, Dollies Stimulan Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the dragon) 2. Methamphetamine

Syabu / Ice Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon) Nama Jalanan : Ice 3. Kokain

Serbuk Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake.Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy) Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : Ecstasy, XTC

10

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

11

Daun ganja Jenis-jenis Ganja/Kanabis 1. Kanabis Herba Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.Kandunan THC : 0.25% 8% Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman) Nama Jalanan : Ganja 2. Hashish

Hashish Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
12

3. Minyak Hashish Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC : Sehingga 60% Cara Menggunakan : Menghisap

Bong Alat untuk menghisap ganja

13

Barbiturates Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubatubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5, rohypnol dan valium.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

14

2. Alkohol Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
3. GHB

GHB Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih,

serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

15

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting) Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

16

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna. 1. Steroid

Produk Steroid yg popular dikalangan ahli bina badan Steroid sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

17

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat 3. Daun Ketum

Daun Ketum Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

18

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

19

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah : a) Jenis dadah Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja). b) Jumlah digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. c) Cara penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna. d) Keadaan individu Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut. Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

20

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Masalah dan tekanan rumah tangga Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru. Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :

kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut 2. Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka 3. Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samunPerpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
21

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah
22

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan Undang-undang Dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

23

You might also like