You are on page 1of 3

PERALATAN KIMPALAN DI BENGKEL KIMPALAN PSMZA

Kerja-kerja kimpalan merupakan prosedur kerja yang melibatkan penggunaan haba dan arus elektrik yang tinggi. Oleh itu, peralatan keselamatan yang digunakan sedikit berbeza dengan bengkel lain. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Pelindung Mata atau Google


Pelindung mata keselamatan ini selalunya digunakan semasa bekerja di kawasan kawasan berhabuk, mempunyai asap yang membahayakan, cahaya yang boleh menyebabkan radiasi dan kecederaan pada penglihatan. Kantanya dapat menahan hentakan dan lebih kuat daripada kanta biasa. Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting di antaranya melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kerja-kerja kimpalan dilakukan.

2. Kasut Keselamatan
kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli dan juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka bagi mengelakkan dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik.

3. Sarung Tangan Keselamatan


Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan. Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan.

4. Baju Keselamatan atau Baju Bengkel


Baju keselamatan atau baju bengkel ini, dapat melindungi kita daripada bahaya percikan api dan sinaran UV yang boleh membahayakan kita. Kebanyakan baju keselamatan ini diperbuat untuk menghalang berlaku kemalangan.

5. Kain Pengesat
Kain pengesan sepatutnya digunakan di tempat yang sesuai seperti membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Ia penting bagi mengelakkan dari risiko kecederaan seperti tergelincir akibat lantai licin dan mengelakkan dari berlakunya arus bocor.

6. Alat Pemadam Kebakaran


Alat pemadam keselamatan adalah alat di mana boleh digunakan untuk mengawal dan memadam api pada peringkat awal. Alat ini digunakan secara manual. Terdapat jenis jenis alat pemadam api mengikut jenis punca kebakaran.

KELAS A Api daripada kayu Api daripada kertas Api daripada plastik Api daripada kain

KELAS B Api daripada minyak Api daripada vanish

KELAS C Butana Gas Oxy acetylene

KELAS D Magnesium Sodium Kalsium

You might also like