You are on page 1of 10

Sekolah Vernakular 1.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. 3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional

ii.

Petang

. Bahasa Arab a. dan al-Qur'an

6. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu i. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.

7. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. 8. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. 9. Contoh sekolah vernalular Cina ialah

i. ii.

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

10. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan. 11. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. 12. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf. 13. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 14. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
Pada zaman ini wujud empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Vernakular Melayu, Vernakular Tamil, Vernakular Cina dan Vernakular Inggeris. Kehadiran sistem pendidikan seumpama ini menyebabkan semangat perpaduan di Tanah Melayu sukar dipupuk.

Di Malaysia, kalangan sarjana dan pakar pendidikan sering kali membahagikan pelajaran di Malaysia dengan pelajaran formal dan tidak formal. Tidak formal lebih menjurus kepada pelajaran yang berasaskan Agama Islam, manakala pelajaran formal lebih menjurus kepada pelajaran yang diperkenalkan oleh kolonial British. Hal ini bertujuan untuk melihat dasar pelajaran kolonial British dan juga Belanda dalam konteks implikasi dasar tersebut terhadap sosio- budaya masyarakat di Tanah Melayu.

Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktikan perkembangan untuk orang Melayu disekat dan dibantutkan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan pembentukan kesedaran kebangsaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat enlightened tetapi bagi mengesahkan alasan alasan kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya

pendidikan inilah terbentuknya polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terus menerus menyalurkan British dengan sumber manusia tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing masing. Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan sstem pendidikan moden di negara kita sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan.

SEKOLAH- SEKOLAH YANG DITUBUHKAN PADA ZAMAN KOLONIAL 1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan yang lebih teratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan penekanan terhadap ajaran agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama yang bakal memberikan khidmat kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok memakan masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun. Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudlir adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terdapat satu lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini. Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain.

Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan faktor kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri, dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan. Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau perkampungan Melayu juga antara faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampu untuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir meninggalkan rumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat orang Melayu tradisi yang menghalang anak-anak perempuan untuk melangkah jauh meninggalkan rumah. Keadaan ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitu golongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu. Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dalam pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. Menurut Tan Din Eing, perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan. Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular

Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendidikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satatus quo masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuasaan Britisah di tanah air mereka. Ini bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka. 2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial. Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka. Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China. Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk

menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya. British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolahsekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolahsekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis. Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan ekonomi. Menurut Andaya,..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolahsekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British. 3.PENDIDIKAN VERNAKULAR TAMIL Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untunk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor. Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu, hanya sekolah sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar , dan juga bilangan guru yang betul-betul berkelayakan . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai , Penyelia ladang , ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah India pada masa itu. Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah yang berunsur keindahan. Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya .Keadaan ini secara langsung telah

menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur. Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerintah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin mewujudkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti dalam bidang pertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada masa itu melihat kewujudan sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidak penting kepada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India pada masa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan. Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri dengan kerjaya yang bagus berbanding dengan orang India yang miskin dan terpaksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja. 4. SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Sekolahsekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah Inggeris yang pertama di dirikan di Negeri-Negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka untuk semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah itu adalah untuk melahirkan golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur. Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama. Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines

sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung sekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929 . Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British. Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perenpuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-kanak perempuan. Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik. Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Bukit Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan berdasarkan sukatan

pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia. Pengenalan
Pengenalan. Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada kitab suci Al Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membaca Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip prinsip agama Islam. Pada masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah kurang kompleks. Kebanyakkan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani atau nelayan. Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami perubahan yang besar selepas kedatangan pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak Kolonial Inggeris telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada peringkat ini (1824-1957) Pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Sistem Pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4 sistem persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.

Penutup Melihat pada latar belakang pendidikan zaman penjajahan British, dapat kita membuat kesimpulannya di sini, bahawa pemerintah British atau pun kolonial tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan. Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. Justeru itu pihak British mengabaikan soal penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam serta pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak anak daripada semua keturunan. Sekolah sekolah terpisah di antara satu dengan yang lain menurut kedudukan geografi dan taburan penduduk. Kebanyakan sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa selaras dengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampung kampung. Sekolah Cina terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di kawasan kawasan tersebut dan sekolah Tamil pula terdapat di ladang ladang getah. Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Dalam pada itu juga boleh dikatakan bahawa tujuan tujuan utama di sebalik pendidikan semasa penjajahan ialah untuk memastikan penjajahan Inggeris berterusan, mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Dengan corak pendidikan penjajah yang sebegitu rupa, maka terdapat dua kesan utama, iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif, matlamat, kurikulum dan perkaedahan dan kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri cirinya yang tersendiri.

Bibliografi

Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
ruaikenyalang.blogspot.com/.../sistem-pendidikan

You might also like