You are on page 1of 12

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.0

SINOPSIS

Tajuk keusahawanan

memberi pendedahan tentang pengajaran dan

pembelajaran bidang Keusahawanan. Antara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah sebab yang mendorong seseorang menjadi usahawan, peranan usahawan dalam memajukan masyarakat dan negara dan punca-punca kegagalan usahawan. .

1.1

HASIL PEMBELAJARAN 1.1.1 1.1.2 Mendefinisikan istilah usahawan dan keusahawanan. Mengenalpasti dorongan-dorongan yang menyebabkan seseorang individu menceburi bidang keusahawanan.

1.1.3 Menjelaskan peranan usahan dalam masyarakat dan ekonomi. 1.1.4 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan. 1.1.5 Mengenalpasti punca-punca kegagalan usahawan.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEUSAHAWANAN

KONSEP KEUSAHAWANAN

PERANAN USAHAWAN

KEGAGALAN USAHAWAN

1.3 PERNIAGAAN (Tajuk ini akan dikuliahkan)


Definisi Perniagaan Perniagaan dan bukan perniagaan Perniagaan dan untung Perniagaan dan ekonomi Perniagaan dan masyarakat Faktor-faktor pengeluaran Perniagaan kini dan masa depan

1.4

KEUSAHAWANAN - PENGENALAN

Perkataan entrepreneur adalah dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Perancis entreprendre yang bermaksuk memikul atau mencuba. Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan berasal dari perkataan usaha. Menurut Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

1.4.1 DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai definisi ke atas usahawan dan keushawanan. Pada tahun 1977, Nicholas Siropolis menyebut usahawan yang sejati adalah seorang 2

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

individu seperi Ford dan Rockerfeller, mencipta atau mewujudkan perniagaan, memajukannya dan menjaganya seperti seorang jururawat supaya perniagaan itu dalam keadaan sihat. Apa yang dimaksudkan di sini ialah usahawan bukan sahaja memulakan sesuatu perniagaan tetapi mengembangkannya supaya sentiasa mendapat pulangan atau keuntungan yang sentiasa meningkat.

Namun begitu bukan semua usahawan melalui proses yang dikatakan pleh Siropolis, iaitu tidak memulakan perniagaan tetapi menjalankan usaha-usaha lain seperti memajukan perniagaan sahaja seperti : i. Individu yang mengambilalih sesuatu perniagaan selepas pemilik asalnya bersara, meninggal dunia atau sebagainya dan seterusnya menghasilkan suatu inovasi daripadanya.

memajukannya atau ii

Individu yang menjalankan perniagaan francais dmereka menjalankan perniagaan secara bebas dan tidak bergantung kepada usahawan asal.

1.4.2 PERBEZAAN ANTARA KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN USAHAWAN PENIAGA i. Merekacipta dan mengeluarkan ii. Melibatkan diri dalam pembelian barang baru dan/ atau pemprosesan barang dan penjualan barang atau perkhidmatan iii. Bermatlamat keuntungan dan iv. Tujuan utama mendapat pertumbuhan keuntungan v. Mementingkan pertumbuhan vi. Pertumbuhan perniagaan adalah yang cepat dan pulangan yang lambat dan perlahan tinggi vii. Menampakan ciri-ciri usahaan viii. Mereka memiliki ciri-ciri yang jelas dan menonjol usahawan tetapi ciri-ciri tersebut kurang terserlah pada mereka ix. Biasanya dominan dalam bidang x. Tidak dominan dalam bidang yang diceburi yang diceburinya xi. Mempraktikan amalan baru dan xii. Tidak inovatif ddan kreatif inovatif

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.4.3 PERANAAN USAHAWAN DALAM MASYARAKAT i. ii. iii. iv. v. vi. Menggalakan inovasi dan penciptaan teknologi Mewujud dan mengekal keharmonian masyarakat Membantu mengekal daya saing syarikat besar Menyediakan pengalaman kepada pekerja Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat Memberi sumbangan kepada ekonomi negara

1.4.4 SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi usahawan. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan atau mendorong usahawan menceburkan diri ke dalam dunia kerjaya yang penuh cabaran ini ialah :

Keselamatan

Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugas yang bebas dari kongkongan orang lain. Bagi mereka kebebasan yang dimiliki membolehkan mereka menggunakan potensi diri tanpa ada ganggu gugat dari pihak lain. Keselamatan merupakan hirarki kedua dalam hirarki keperluan Maslow.

Status

Setiap manusia memerlukan status dan penghormatan diri. Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang akan mempengaruhi kehidupan usahawan. Usahawan akan dikatakan tidak berjaya sekiranya tidak dapat meningkatkan status kehidupan dirinya, keluarga dan masyarakat sekeliling di mana mereka berada.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kepuasan Diri

Penyertaan dalam bidang keusahawanan merupakan kepuasan diri kepada seseorang individu. Usahawan akan berpuas hati apabila mencapai setiap keperluan diri yang diingini.

Ingin Mencuba sesuatu yang baru

Pada kebiasaannya, individu yang bekerja dengan orang lain tidak berpuashati dengan pendapatannya dan terpaksa bekerja di bawah arahan orang lain. Ini membuatkan mereka ingin membuka perniagaan sendiri.

Untuk menyambut Seruan Kerajaan

Semenjak mencapai kemerdekaan kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat untuk bergerak cergas dalam sektor perniagaan. Pelbagai rancangan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat terutamanya bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan dan mewujudkan MARA.

Menyambung usaha yang sedia ada

Usaha yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Perniagaan keluarga berkembang maju yang menjadi perniagaan syarikat dan seterusnya menjadi syarikat awam.

Merebut peluang dalam pasaran

Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dalam bentuk kewangan, latihan, kewangan dan infrastruktur yang diperlukan dalam sesebuah perniagaan. Pihak swasta seperti bank pula menyediakan skim pinjaman dan khidmat nasihat yang relevan. Galakan juga diberikan oleh kerajaan dalam bentuk insentif cukai seperti taraf perintis dan lain-lain lagi. 5

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kelulusan Akademik yang berkaitan

Sesetengah

individu

terdorong

menceburi

bidang

keusahawan

kerana

kelulusan akademik yang dimiliki dan mahu mempraktikkan ilmu yang diperolehi.

Pembangunan Pesat ICT

Kemajuan teknologi yang canggih dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) membuka peluang yang lebih luas kepada seorang untuk membina laman web sendiri dan menjalankan perniagaan elektronik. Ini telah mendorong lebih ramai orang membuka perniagaan yang beroperasi dari rumah sahaja.

1.5

CIRI-CIRI USAHAWAN

Terdapat pelbagai sebab yang mendorong usahawan Mengikut Kirby (1992) terdapat empat ciri asas yang perlu dimiliki oleh setiap usahawan. Ciri-ciri tersebut ialah :

i.

Mengenalpasti Peranan

Mengenalpasti peranan merujuk kepada keberkesanan ini termasuk individu mengakui hakikat keusahawanan merupakan jaringan proses dan bukan tindakan secara bersendirian. Proses ini termasuk mencetus, menilai, membangun dan melaksanakan idea yang telah terbentuk.

ii.

Berkemampuan

Usahawan hendaklah mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. Berfikir secara intuitif atau melalui gerak hati merupakan suatu kemampuan menyedari tentang keperluan persekitaran dan melihat sesuatu

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

sama ada masalah atau peluang dari pelbagai dimensi. Manakala berfikir secara rasional melibatkan logik, urutan, analisa dan penumpuan.

iii.

Bermotivasi

Motivasi adalah merupakan daya penggerak yang akan membezakan di antara usahawan melepas batok di tangga. Penjelasan tentang motivasi banyak berhubung dengan hirarki keperluan Maslow, Teori Keperluan kepada kejayaan McClelland dan teori jangkaan pencapaian matlamat Vroom.Kesemua teori ini menjelaskan bahawa keperluan dan matlamat individu adalah berbeza tetapi desakan ke atas pencapaiannya akan bertambah kuat apabila seseorang melihat hasil tindakannya mampu untuk memenuhi keperluan dan

kehendaknya.

iv.

Kesediaan Melakukan Perubahan

Usahawan hari ini hendaklah mampu dan bersedia untuk menangani perubahan kerana ia akan memberi kesan yang signifikan kepada

perniagaannya. Perkara ini merupakan faktor yang penting dalam membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Sebagai seorang usahawan mereka hendaklah perubahan peka sosio terhadap perubahan-perubahan kedudukan dalam yang berlaku seperti

ekonomi,

kitaran

perniagaan,

perkembangan teknologi, dasar kerajaan dan lain-lain lagi. Usahan juga perlu mendapatkan maklumat terkini tentang inovasi dan pemasaran melalui pembacaan, pendengaran dan lain-lain lagi. Perlakuan berbentuk perekaan dan pembaharuan terhadap produk yang sedia ada adalah dua elemem penting dalam melakukan perubahan.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Selain dari itu, usahawan juga memiliki ciri-ciri personaliti yang dikenalpasti. Antaranya ialah :

i.

Keyakinan kepada diri sendiri

Usahawan yakin dengan kapasiti dan potensi diri sendiri dengan melaksanakan kegiatan keushawanan dengan memiliki kekuatan-kekuatan berikut :

a) Pengalaman langsung dalam aktiviti perniagaan yang ingin diceburi dijadikan sebagai panduan untuk bertindak b) Pemerhatian ke atas pengalaman orang lain dan mengambil iktibar daripadanya c) Kesediaan membangunkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan dengan penuh keyakinan serta menganggap kesilapan sebagai satu proses pembelajaran

ii

Kesediaan Mengambil Risiko

Usahawan yang bersedia mengambil risiko yang tinggi akan lebih cepat membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang sedikit dan masa yang diambil dalam membuat keputusan yang singkat. Ciri ini sesuai bagi usahawan yang terlibat dalam perniagaan saham. Bagi usahawan yang tidak bersedia mengambil risiko yang tinggi sesuai melibatkan diri dalam perniagaan runcit, membuka syarikat perakauan dan lain-lain lagi. Personaliti Jenis A dan B

iii.

Terdapat dua jenis personaliti usahawan yang telah dikenalpasti iaitu personaliti jenis A dan B.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a) Jenis A Usahawan yang dalam kategori personaliti jenis ini mempunyai perwatakan seperti suka bersaing, panas baran, gelojoh, kuat bekerja dan suka bertindak cepat tetapi tidak semestinya menghasilkan kejayaan. Mereka juga ingin melaksanakan dua atau lebih kerja serentak dan tidak mahu meluangkan masa dengan sia-sia. Biasanya mereka tidak sabar-sabar melakukan sesuatu pekerjaan kerana terlalu ghairah untuk memperolehi kejayaan. b) Jenis B Usahawan jenis ini mempunyai perwatakan santai, dan tidak suka bersaing. Mereka menganggap perniagaan sebagai sesuatu keseronokan. Individu jenis ini lebih suka menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak berbanding dengan individu jenis A kerana mereka lebih bersedia untuk bertolak ansur, sabar dan cuba mengelak daripada berlakunya konflik.

iv.

Personaliti proaktif

Usahawan yang memiliki personaliti ini akan lebih responsif dan cuba membentuk atau mempengaruhi persekitaran. Mereka sentiasa mencari peluang perniagaan. Mereka akan :

a) Lebih bersedia mengemukakan cadangan tanpa risau diperlekehkan oleh orang lain. b) Berusaha mengenalpasti dan mencari peluang. Mereka yakin akan terdapat peluang disebalik ancaman yang dihadapi. c) Bersedia mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi risiko d) Bersedia membuat perubahan kerana yakin perubahan akan menentukan kelangsungan perniagaan yang diceburi.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

v.

Lokus Kawalan

Lokus kawalan usahawan merupakan tahap di mana usahawan berkeyakinan yang gelagat mereka dikawal oleh kuasa dalaman atau luaran. Terdapat dua jenis kawalan iaitu : a) Kawalan Dalaman keyakinan bahawa mereka sendiri mengawal masa depan. Mereka yakin komitmen yang diberikan kepada perniagaan akan mendatangkan keuntungan. b) Kawalan Luaran Usahawan melihat kejayaan perniagaan yang dijalankan bergantung kepada sokongan yang diperoleh daripada pihak lain. Oleh itu kejayaan yang yang diperoleh tidak boleh dijangka, bergantung kepada nasib dan destinasi mereka dikawal oleh mereka yang lebih berkuasa.

iv

Machiavellianisme

Ciri personaliti ini diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli yang berpendapat individu yang memiliki High-Mach akan bersikap pragmatik, mengekalkan jarak emosi dan yakin dengan tujuan boleh menghalalkan cara.Mereka bersedia mempergunakan orang lain atau mempergunakan pelbagai cara demi untuk mencapai matlamat peribadi. Ini akan mengakibatkan :

a) Membelakangkan akhlak, moral dan etika b) Lebih bersedia untuk memanipulasikan keadaan bagi mencapai kejayaan dalam mencapai perniagaan c) Lebih bersedia menakutkan seseorang daripada menyukainya d) Bersedia untuk bersikap kasar dan kurang ajar

10

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.6

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN

Tidak semua orang boleh mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Begitu jugalah dalam bidang keusahawanan, ada yang berjaya dan ada juga yang menempuh kegagalan.

Antara sebab-sebab kegagalan seseorang usahawan adalah :

Sikap Berbagai-bagai perkara boleh dikelaskan sebagai sikap seseorang. Disebabkan usahawan bekerja sendiri, terdapat sesetengah orang yang tidak dapat mendisiplinkan diri mereka. Mereka bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa untuk temu janji, tidak memenuhi permintaan pelanggan, lewat dalam penghantaran barang atau perkhidmatan merupakan contoh sikap negatif usahawan. Etika yang rendah dan ketiadaan disiplin ini meliputi sikap malas dan tidak jujur samada terhadap pembekal, pemodal, pekerja, pelanggan dan dengan diri sendiri inilah yang akan menyebabkan usahawan gagal dan tewas dengan pesaing-pesaingnya.

Kekurangan Persediaan

Persediaan merujuk kepada persediaan mental untuk menghadapi berbagaibagai cabaran, ketahanan fizikal, pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan dengan keusahawanan dan sebagainya. Sesetengah individu yang mahu menjadi usahawan hanya mahir dalam bidang tertentu tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang lain yang asing baginya. Masalah ini akan menyumbang kepada kegagalan keseluruhan perniagaannya.

11

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Faktor-faktor Ekonomi

Masalah dalam ekonomi boleh juga menyebabkan kegagalan usahawan. Kegawatan ekonomi yang melanda sesebuah negara akan membawa kegagalan kepada usahawan terutamanya yang tidak mempunyai persediaan dalam pengurusan am dan kewangan.

Pengurusan yang Lemah

Pengurusan merangkumi pengurusan perniagaan secara am dan pengurusan kewangan. Modal yang tidak cukup, pulangan yang rendah atau kerugian yang berlarutan, pengurusan kredit yang lemah, penyeliaan kakitangan yang lemah dan macam-macam lagi masalah yang menyumbang kepada kegagalan seseorang usahawan. Kebergantungan kepada pekerja, penyelewengan pekerja, kejahilan pengurusan kewangan dan perakaunan adalah antara faktor yang boleh dikategorikan sebagai kelemahan pengurusan.

FIKIRKAN

Bagaimanakah perkara-perkara berikut boleh mencetuskan idea yang berguna kepada usahawan? a) Masalah yang dihadapi masyarakat b) Dasar kerajaan c) Produk dan perkhidmatan yang sedia ada

12

You might also like