You are on page 1of 8

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Kaedah Natural Kaedah Oral-Aural Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah Linguistik

Kaedahkaedah pengajaran Bahasa Melayu

Kaedah Terus

Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah KodKognitif

Kaedah Ajuk Hafaz

3.0 Kaedah pengajaran Bahasa Melayu

3.1 Definisi kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi membantu pendekatan dipilih.

3.2 Jenis-jenis kaedah 3.2.1 Kaedah natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Menurut Krashen dan Terrell (1983:9), kaedah ini juga dikenali sebagai psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik dan tiruan (imitative). Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat. Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning). Pertama ialah Penguasaan, yakni cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

Kedua ialah Pembelajaran, yakni proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian. Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi pembayang non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut. Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

3.2.2 Kaedah Nahu tradisional Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna bukubuku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan. Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberikan contoh-contoh. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

3.2.3 Kaedah terus Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sesekali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran berbahasa secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan

yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanakkanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

3.2.4 Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, murid tersebut terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, murid tersebut berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan dan latihan cara menyebut sesuatu perkataan dengan betul bagi tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran.

3.2.5 Kaedah linguistik Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam keduadua bahasa. Dalam aspek pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baharu dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

3.2.6 Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalag berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak, iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus- rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat. Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

3.2.7 Kaedah Bahasa Komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakanrakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai Bahasa Sebagai Proses Sosial Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran Whole Person. Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan. Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar. Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain. Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

3.2.8 Kaedah Oral-Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempatempat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk

pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

You might also like