You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK BIL.

1 2009
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH, 34000 TAIPING

Tarikh : 6 Jan 2009

Masa : 1.50 petang

Tempat : Bilik Guru.

Pengerusi : En. Osman bin Hj Ibrahim

Kehadiran (Bilangan) :2

Ahli Yang Hadir : 1. Pn. Toh Bok Lan – Ketua Bidang Kemanusiaan
2. En. Osman bin Ibrahim – Ketua Panitia Pend. Muzik.

Ahli Yang Tidak Hadir : Tiada

Hadir Bersama : Pn. Toh Bok Lan(Ketua Bidang Kemanusiaan)

BIL. AGENDA

1. Ucapan Pengerusi

1.1En. Osman Ibrahim selaku ketua panitia mengucapkan terimakasih


kepada Pn. Toh Bok Lan yang sudi datang ke mesyuarat Panitia
Pendidikan Muzik kali ke 1 tahun 2009. Walaupun Cuma seorang sahaja
ahli Panitia Pendidikan Muzik namun mesyuarat panitia harus dijalankan
seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
1.2Tujuan utama mesyuarat kali pertama ini diadakan adalah untuk
merancang program-program dan aktiviti bagi memantapkan lagi
keberkesanan P&P pendidikan muzik SMKKP.
Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

En. Osman membentang minit mesyuarat Bil. 3/2008. Pn. Toh


mencadangkan pengesahan dan disokong oleh En. Osman.

Makluman

3. Perkara Berbangkit

Tiada
4. Perancangan Program Peningkatan Akedamik 2009.

4.1 En. Osman menerangkan program peningkatan akademik masih lagi


akan diteruskan seperti tahun 2008 iaitu, Program Sampingan-5 hingga
10 minit asas teori sebelum p&p bermula, Program Utama-Bengkel
Muzik (Asas permainan kompang, asas teori muzik dan muzik &
kehidupan), manakala program sokongan seperti yang dirancang dalam
program kokurikulum iaitu menghasilkan sebuah folio.
4.2 Kesemua program yang akan dijalankan akan disediakan plan operasi
dan laporan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

Tindakan : En. Osman

5. Ujian dan penilaian.

5.1 Penilaian prestasi murid akan dilakukan seperti tahun-tahun lalu iaitu
ujian amali dan pemahaman teori/apresiasi muzik.
5.2Bagi ujian amali ianya akan dijalankan sebelum ujian atau peperiksaan
peringkat sekolah. Seperti biasa sejumlah empat kali ujian amali akan
diadakan. Ujian amali akan lebihkepada ujian kemahiran nyanyian dan
permainan alat.

Tindakan: En. Osman

6 Hal-hal lain

6.1 Ketua Panitia perlu mengemaskini bilik muzik, fail panitia, program-
program peningkatan akademik dan pengajaran pembelajaran.
6.2 Bagi tahun 2009 ini semua pelajar muzik dikehendaki menyediakan dua
buah buku tulis iaitu sebuah buku garis lurus saiz biasa dan sebuah
buku baluk saiz A4.

9. Penangguhan mesyuarat.
-Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ...................................
(Osman b. Hj Ibrahim) (Pn. Toh Bok Lan)
Setiausaha, Guru Kanan Kemanusiaan
Panitia Pendidikan Muzik
Tarikh: 6 Jan 2009

You might also like