You are on page 1of 50

Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Media massa dan serangan pemikiran

Abdul Razak Abd Muthalib


(Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa)
abdulrazak_rk@yahoo.com

&
Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof
(Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains,
Universiti Islam Antarabangsa)
ezryfahmy@yahoo.com

ABSTRAK

Media massa merupakan bukti kemajuan peradaban yang dianggap memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seharian. Selaku medium penting dalam arus pembangunan kini, media
sewajarnya digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran umat Islam. Walaupun
diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program agama,
pendidikan, dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil
berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama. Pola fikir
umat Islam kini diserabutkan dengan percampuran antara kebenaran dan kebatilan dalam
maklumat dan program-program yang dihidangkan oleh media massa, terutamanya perihal
penularan prinsip Machiavelli dan juga lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah dan
syariat Islam dalam media massa dilihat semakin membimbangkan. Kertas kerja ini bercadang
untuk melihat fenomena dan jenis-jenis serangan pemikiran melalui media massa dalam aspek
akidah dan syariat Islam khususnya di Malaysia serta mencadangkan solusinya dari perspektif
Islam yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan fungsi media massa.

Kata Kunci: Media massa, Machiavelli, akidah dan syariat Islam,

1
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Pendahuluan

Era ledakan maklumat atau zaman teknologi maklumat memberi ruang luas kepada

media massa untuk mencorak tradisi intelektual dan pola fikir manusia. Transformasi media

massa yang semakin pesat berkembang dari semasa ke semasa mencipta peluang kepada

penduduk bumi untuk berinteraksi dengan pelbagai medium. Teknologi hasil daripada inovasi

manusia memungkinkan untuk sesuatu informasi itu disebarkan dengan tuntas sehingga million

gigabyte dapat merentasi dunia dalam masa sepantas nano saat.

Islam selaku agama universal mengiktiraf pembangunan duniawi demi kebaikan manusia

seluruhnya ternyata tidak membantah arus revolusi media yang telah dan sedang berlaku. Malah

Islam dipercayai telah menggunakan konsep iqra’ sebagai media 900 tahun sebelum revolusi

intelektual yang diperkenalkan oleh Johannes Gutenberg menerusi mesin pencetak mudah

alihnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui madrasah, majlis, perpustakaan, khanaqah dan lain-lain

sebagai tumpuan dan pusat komunikasi dan perbincangan mendahului idea Eropah (Ahmad,

2005).

Konsep iqra’ ini dianggap media universal penting dalam membentuk budaya dan

tamadun Islam kerana paksinya yang berteraskan ilmu. Yusoff (1993) mengambil rumusan

Profesor Muhammad Siddiqi apabila beliau mengklasifikasikan perkembangan media Islam yang

melalui tiga fasa penting iaitu tahap penerbitan majalah atau risalah, fasa pertumbuhan pesat dan

menuju fasa peningkatan profesionalisme.

Cuma sahaja kesilapan lampau umat Islam akibat penutupan pintu ijtihad pada abad ke-

10 menempah kejatuhan tiga empayar besar Islam yakni Empayar Ottoman,Safavid Syiah dan

Moghul, walhal pada waktu kebekuan Islam itu Eropah berjaya membebaskan diri daripada

Zaman Gelap sehingga membawa kepada Zaman Kesedaran atau Pencahayaan. Justeru, revolusi

2
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

yang berlaku dalam era teknologi maklumat masa kini mendesak umat Islam untuk tidak

ketinggalan kerana zaman yang mencabar ini menuntut kebijaksanaan, kerasionalan, dan

kepekaan umat Islam sejagat (Deraman, 2003).

Kepentingan media tidak dapat dinafikan sebagai medium penting dalam

mempromosikan era maklumat. Cialdini (2001) berhujah bahawa media massa dalam kehidupan

masa kini diiktiraf sebagai pembawa maklumat, ia membawa pelbagai maklumat sehingga

mampu mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia sehinggakan sesuatu tingkah laku

dirasakan bertepatan dengan norma masyarakat apabila majoriti melakukan perkara yang sama.

Pengesahan masyarakat terhadap tingkah laku dan pemikiran itu kadang-kala melibatkan

perilaku yang tidak masuk akal tanpa dasar yang logik. Philips (1989) dan Cialdini (2007)

beranggapan gambaran maklumat yang diberikan media mampu menghasut dan mempengaruhi

tingkah laku manusia. Malah media massa khususnya penyaluran mesej melalui paparan berita

dan program televisyen banyak mempengaruhi kehidupan harian. Pendapat mengenai pengaruh

dan penyaluran mesej oleh media massa telah dicetuskan oleh Walter Lippmann. Menurut

Lippmann (1922) dalam bukunya “Public Opinion” menyatakan bahawa media berita adalah

sumber asas kepada gambaran dalam kepala kita mengenai dunia luar yang tidak dapat kita

capai, lihat dan fikir.

Siti Suraini (2006) pula memetik pernyataan Liebes dan Curan (1998) yang menyatakan

bahawa media bukan sahaja dianggap sebagai satu ruang untuk mengedarkan maklumat agar

individu lebih berinformasi tetapi juga dianggap sebagai satu ruang budaya yang watak dan

peristiwanya digarap sedemikian rupa yang akhirnya akan mencorakkan identiti budaya sesebuah

masyarakat. Siti Suraini (2006) juga menghuraikan pandangan Liabes dan Curan ini dengan

menyatakan bahawa kita akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya luar yang

3
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga mendisintegrasikan budaya yang

sedia ada melalui media. Hakikat ini boleh mengakibatkan budaya yang sedia ada dibayangi oleh

budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar. Kesan inilah yang paling kritikal jika

tidak dikawal dengan sebaiknya.

Di Amerika Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang

dihadapi hari ini. Laporan yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and

Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan kanak-kanak dan belia remaja adalah

disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi

kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil keganasan secara

beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak langkah keganasan yang

dilihat melalui televisyen dan beridentitikan sesetengah watak seperti mangsa atau pemangsa.

Ada juga beberapa para ulamak Islam terdahulu yang mengharamkan sesetengah

penggunaan medium dalam media massa, pengharaman itu bukan berdasarkan teks nas yang

jelas, tetapi atas sebab daya rosaknya terhadap agama, moral, keamanan masyarakat. Selain itu,

wujud juga pandangan lain yang menganggap hukum sesuatu medium itu bergantung kepada

perbuatan, bukan zatnya.

Di Malaysia khususnya, kajian yang dibuat oleh Nielson Media melaporkan bahawa

penggunaan media masih kuat dan menjadi pilihan utama dengan bukti kenaikan perbelanjaan di

dalam pasaran pengiklanan. Penggunaan media utama seperti suratkhabar, television, dan radio

di Malaysia ternyata stabil walaupun dalam era digital masa kini banyak memperlihatkan inovasi

gajet-gajet baru. Media massa di Malaysia dimanfaatkan dengan baik, tetapi adakah manfaat itu

digunakan sebagai pencerahan untuk menggilap pemikiran umat Islam? Atau wujud perancangan

4
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

secara berencana untuk memasung pemikiran umat Islam untuk terus merosot daripada berupaya

untuk menilai dan membuat perhitungan tentang apa yang sedang berlaku disekeliling?

Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara termasuk Malaysia

melalui peratusan frekuansi mengakses permainan dan muat turun hiburan melalui internet

merumuskan bahawa rakyat Malaysia sebagai kecanduan hiburan dan teknologi. Justeru tanpa

adanya acuan yang benar dalam membentuk pola fikir Islamik, umat Islam dikhuatiri senang

terpengaruh dengan media massa sehingga disalah tanggapi sebagai pegangan hidup. Daripada

pihak yang menyampaikan maklumat sehinggalah pihak yang menerima maklumat, rantaian

hubungan dalam dunia media memerlukan disiplin yang jelas untuk mengelak pemikiran umat

Islam menjadi jelek akibat tidak mampu menapis maklumat yang diterima. Y. B. Dato’ Seri. Dr.

Ahmad Zahid Hamidi (2009) juga percaya media di Malaysia adalah wahana yang sangat

berguna tetapi memerlukan pemurnian dan pengukuhan nilai.

Dalam era globalisasi ini, campuran antara kebenaran dan kebatilan dalam media berada

disaat yang membimbangkan. Klasifikasi filem contohnya kepada U, 18SG, 18SX dan

sebagainya hanya releven pada zaman sebelum munculnya internet. Jika parlimen sejak pada

tahun 1973 lagi pernah mengusul supaya diharamkan filem-filem, siaran barangan bercetak,

pertunjukan pementasan dan iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur lucah, zaman kini

dengan slogan ‘dunia tanpa sempadan’ dan era ledakan maklumat mendesak para penguasa

bersikap lebih efektif dan teliti dalam menapis maklumat yang ingin disampaikan.

Hal ini adalah kerana telah menular satu prinsip dalam media massa yang boleh

digelarkan sebagai prinsip Machiavelli yang menjurus kepada lambakan ideologi yang

bercanggah dengan akidah dan syariat Islam di dalam kaedah penyampaian media massa. Karya

Niccolo Machiavelli, 'The Prince', memberikan pemerhatian berkenaan pertalian antara manusia

5
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

dan kuasa yang dimilikinya. Tetapi nilai Machiavellian ini dikosmetikkan bagi menjustifikasi

konsep “matlamat menghalalkan cara” yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Berpaksikan nilai Machiavellian ini yang asalnya berkait rapat dengan dunia politik,

ianya kini menular pula dalam media massa. Produk keluaran media massa cuba mendedahkan

atau melakonkan realiti atas alasan sempadan dalam pendidikan moral, walhal nilai

Machiavellian ini jelas bertentangan dengan kaedah di dalam Islam, atau keadah Fekah yang

digelar "sad al-zari'ah" atau menutup pintu keburukan. Kegagalan mengenal pasti akar umbi dan

benih-benih Machiavellism itu menjurus kepada pendedahan maklumat dan gambaran tanpa

sempadan.

Walaupun Zaharom (2006) berpandangan bahawa kajian-kajian terkini yang melibatkan

bahan-bahan budaya termasuk filem mendatangkan pendapat bahawa penonton mampu untuk

menilai dan membuat interpretasi sendiri berasaskan latar belakang penonton. Tetapi ajaran

Islam menolak prinsip Machiavellism yang ternyata mendatangkan keburukan terlebih dahulu

sebelum sempat mencegah bermacam lambakan ideologi yang terdapat dalam media massa kini

melalui kaedah menutup pintu keburukan. Atas sebab itu kaedah menutup pintu keburukan

dalam Islam memberikan indikasi bukan sahaja pintu-pintu dosa dan haram yang perlu ditutup,

malah semua jalan-jalan yang berpotensi untuk menghala dan mendorong kepadanya juga turut

mengambil hukum haramnya.

Tanpa disiplin yang jelas, media massa akan hanya menyerap segala maklumat dan

menyampaikannya tanpa ada penapisan yang jelas berdasarkan ajaran Islam. Maka tidak

mustahil untuk sesuatu pemikiran itu terlepas masuk dan bersarang dalam hati umat Islam dan

umat Islam membentuk generasi yang bersandar kepada pemikiran yang menular, bukannya atas

6
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

dasar ilmu. Ini jelas bertentangan dengan Islam yang mengajak manusia kepada ilmu kerana

dengan ilmu barulah manusia mampu bersatu kerana kejelasannya (mundhobith).

Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran

dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang

bermaksud:

“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi

kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89).

Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam daripada serangan pemikiran ini apabila

baginda melarang umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan

karekteristik seseorang muslim. Hal ini dalam ilmu fekah dijelaskan dalam hal ehwal menyelisihi

orang kafir merangkumi masalah pakaian, tingkah laku dan sebagainya. Rasulullah SAW

bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya tidaklah ada sesuatu yang mendekatkan kalian ke syurga

melainkan telah aku perintahkan kepada kalian, dan tidaklah ada sesuatu yang

mendekatkan kalian ke neraka melainkan telah aku larang kalian darinya”

(Silsilah al-Sahihah, jld. 6 ms.865).

Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran

hedonism, tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Kesemua

serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada keterikatan dengan para

ulamak. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun

ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya

kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin

7
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan

Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah

kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)” (Surah An-

Nisa’, 4:83).

Perkataan Ulil Amri dalam ayat di atas menurut para ahli tafsir adalah para ulamak. Maka

jelas bahawa keterikatan para ulamak dengan umat manusia telah digambarkan sejak awal lagi

sehinggalah zaman ini apabila para ulamak tidak lagi menjadi tempat rujukan utama. Kesannya,

umat Islam lebih mempercayai pemikiran yang tersebar luas dan menjadikannya sebagai

pegangan hidup sekaligus menjatuhkan institusi ulamak. Justeru serangan pemikiran yang

menerobos media massa dalam bentuk moden ini perlu ditangkis dari semua aspek bermula

dengan kesedaran yang bermatlamatkan penambahbaikan moral masyarakat.

I. Pemikiran budaya hedonisme

Hedonisme yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan

(pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti

hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus

dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

atau kesenangan hidup.

Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula

menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya

dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya

fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang

memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.

8
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Kebarangkalian yang boleh difikirkan kenapa berita artis, rencana hiburan dan skandal

seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan

banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, mungkin kerana ianya jenis yang ”selamat”. Para

menteri tidak menghalang, menyebabkan ianya terdedah kepada ramai orang membaca atau

menontonnya, maka bertambahlah pasaran dan para pengiklan semestinya senang hati dengan

situasi ini.

Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang salah atau dilarang oleh Islam, asalkan ianya

dihidangkan dan dinikmati berlandaskan lunas-lunas syariat. Fitrah manusia secara umumnya

memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan

ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar

yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.

Namun, fenomena yang terzahir pada hari ini adalah sebaliknya. Program-program

hiburan sama ada di televisyen atau radio dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak

mengatasi program-program lain. Berita-berita hiburan juga memonopoli akhbar-akhbar dan

tabloid-tabloid. Kisah kehidupan, dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa.

Tidak cukup dengan program hiburan yang disiarkan di kaca televisyen, terdapat

sesetengah pengamal media dengan bersungguh-sungguh menghidangkan hiburan ini secara

langsung kepada masyarakat. Menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil

mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis-artis yang dibawa. Sebagai contoh, umum

telah mengetahui tentang kewujudan Karnival TV3 Jom Heboh! yang sudah mendapat tempat di

hati masyarakat. Setiap kali karnival ini sampai di mana-mana negeri, konsert hiburan dari artis-

artis tempatan pasti dinanti. Memang tidak adil untuk kita mengkategorikan karnival ini sebagai

budaya hedonisme sepenuhnya, kerana sesetengah aktiviti yang diselitkan memang memberi

9
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

faedah kepada masyarakat seperti pameran yang melibatkan gerai-gerai dan jualan. Namun,

pengaruhnya ke arah penyuburan budaya tersebut tidak boleh dinafikan.

Hal ini tampak jelas melalui tindakan Kerajaan Negeri Terangganu suatu ketika dahulu

melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan

Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hashim Wan Salleh pada 26 Febuari 2005. Sebagai

mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, beliau menafikan sama sekali telah memberi kebenaran

kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karnival

TV3 Sure Heboh – nama yang digunakan ketika itu- di negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya

tidak pernah dan tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya dibuat di

negeri itu kerana ia mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak

menepati ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan negeri telah membuat

kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Islam Hadhari yang

bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu mengenai konsep Islam Hadhari.

Natijahnya, maka lahirlah program ”Perkampungan Hadhari” yang dilihat lebih berunsurkan

Islamik.

Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh ini, ada juga konsert-

konsert lain yang terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema,

dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert

sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3 yang

berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat 6

konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai

2009.

10
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat

akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis

untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan

yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip

sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai

topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa

golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit

kepada golongan mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi.

Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan

dan amalan majoriti para remaja zaman ini. Demi menghasilkan imej dan identiti urban-

kontemporari para remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka

demi kelihatan ’cool’ dan ber’attitude’ (Syuhada, 2009). Tiada lagi jatidiri seorang bangsa

Melayu yang sangat terkenal dengan budaya ketimurannya. Malah yang lebih penting, tidak

nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang telah

diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki.

Terlalu banyak contoh pemikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat

terutamanya generasi muda. Salah satu buktinya yang ketara ialah keghairahan dan kegilaan

generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian apabila pemikiran ini meresap dan

mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek yang

menguntungkan. Hal ini terjadi apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencari dan

mencungkil bakat-bakat penyanyi baru. Program-program realiti ini kebanyakannya dicedok

bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang yang mana buruk yang mana bermanfaat.

11
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran

yang diberikan oleh Mohd Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya:

”Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat-

syarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam.

Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat

sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan.

Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari

barat hampir seratus peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran

atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan nilai-nilai keMalaysiaan atau

keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan

sebagainya, tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya dan

adat sopan agama.”

Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol,

One in a Million dan sebagainya ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di

Malaysia, tujuannya adalah untuk melahirkan penyanyi-penyanyi ”pasang siap”. Persoalan

timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan

produk media acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran

yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk

semata (Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti

televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga

mengagungkan populariti dan kemewahan.

Jelas pemikiran hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang

muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda

12
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada keperibadian para nabi.

Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta

tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua

budaya hedonisme ini dilihat normal atas nama kemodenan dan kecenderungan masa kini.

Hiburan yang melampaui batas dan nilai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga

menjadi rujukan masyarakat. Masyarakat makan, pakai, dan berkelakuan selari dengan kehendak

dan kecenderungan masa kini mengikut maklumat yang disampaikan media. Oleh itu, jika baik

maklumat yang tersebar, baiklah kesannya kepada masyarakat, jika buruk pula maklumat yang

disampaikan, maka buruk pula kesannya kepada masyarakat.

Shahril Anuar (2006) ketika memberikan kritikan terhadap program-program realiti

televisyen ini menyatakan, kebanyakan program realiti yang ada tidak ambil peduli tentang

aspek moral dan budaya masyarakat Malaysia. Tiada satu pun ciri-ciri masyarakat Melayu yang

beragama Islam yang ditampilkan dalam program berkenaan sedangkan hampir semua

penontonya adalah di kalangan orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan,

percakapan keterlaluan dan cara penampilan diri yang bertentangan dengan adat dan budaya

Malaysia sudah banyak menjadi asam garam program realiti ini.

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi yang diberikan

media kepada para artis melebihi para ilmuan dan tokoh sarjana. . Tokoh-tokoh akademik, para

ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang telah mereka lakukan

untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis-artis lebih diberi

pelbagai anugerah dan dijulang nama mereka atas kecemerlangan mereka di dalam industri.

Pencapaian para artis lebih mendapat liputan pihak media, berbanding kecemerlangan para

cerdik pandai negara.

13
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Realiti yang berlaku ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini telah meresap masuk

dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya dan fahaman ini

sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat

banyak kepada program-program dan bahan-bahan berita yang berbentuk hiburan.

II. Pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah

Dari segi etimologi, perkataan khurafat ini berasal dari bahasa Arab: kharafa-yakhrifu-

kharfan-khurafatan—manakala bahasa Inggeris merujuk kepada superstition dan superstitio

dalam bahasa Latin yang bermaksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng, tahyul

dan perkara yang tidak masuk akal tetapi ianya menarik (Ensiklopedia Islam, 1994). Manakala

definisi bidaah pula menurut bahasa ialah diambil daripada perkataan Arab bida' yaitu

mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Manakala dari sudut istilah pula takrifan yang paling

kemas ialah takrifan Imam Syatibi, beliau mengtakrifkan bidaah sebagai sebagai jalan yang

direka di dalam agama, yang menyerupai syariat, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan

dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT (Ismail Omar, 2006:326).

Pemikiran dan kepercayaan tahyul dan khurafat ini telah lama wujud dalam masyarakat

Melayu nusantara. Sebahagiannya adalah dibawa masuk ke dalam adat dan amalan masyarakat

Melayu hasil pengaruh agama-agama atau bangsa-bangsa lain. Namun, hasil kesedaran dan

usaha gigih para ulamak dan pendakwah khususnya di alam nusantara Melayu, sedikit demi

sedikit amalan dan kepercayaan karut, tahyul dan khurafat ini berjaya dihapuskan. Sebagai

contoh, upacara pemujaan laut dan mandi Safar dengan kepercayaan untuk mengelakkan segala

mara bahaya dan sial yang akan berlaku.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna masyarakat Islam di Malaysia ini telah bersih dari

segala amalan dan pemikiran tahyul dan khurafat yang bercanggah dengan akidah Islam. Masih

14
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

terdapat sebahagian masyarakat Melayu Islam yang mana pemikiran dan amalan mereka

dicemari dengan unsur-unsur tahyul dan khurafat. Sebagai contoh, amalan zikir, pemujaan dan

kepercayaan karut yang berlaku di kubur di Pulau Besar, Melaka (Rosli Hassan, 2009).

Dukacitanya media elektronik pula cuba menyuburkan semula pemikiran dan amalan

tahyul, khurafat dan bidaah ini melalui filem dan program-program televisyen. Sejak

kebelakangan ini didapati begitu banyak filem-filem dan drama-drama berunsurkan seram yang

mengisahkan cerita-cerita berkaitan hantu, jin dan syaitan dihasilkan oleh pengarah-pengarah

filem negara kita.

Jika kita singkap kembali sejarah filem Melayu, filem Pontianak, yang diterbitkan pada

1975, merupakan filem Melayu genre seram pertama yang diarahkan oleh BN Rao. Filem yang

menampilkan primadona Datuk Maria Menado ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Namun,

selepas itu industri perfileman Malaysia dilihat seperti ketandusan filem genre seram selepas

terpaksa berdepan dengan peraturan dan penguatkuasaan yang tegas oleh Lembaga Penapisan

Filem Malaysia (LPFM) pada waktu itu. Pengharaman filem Fantasia arahan Aziz M.Osman,

atas alasan filem itu mengandungi unsur-unsur tahyul dan boleh memesongkan akidah, adalah

salah satu bukti ketegasan pihak LPFM ketika itu. Kesannya menyebabkan ramai pengusaha

filem tidak berani untuk menghasilkan filem-filem seram lagi kerana membayangkan risiko

kerugian jika filem mereka itu tidak diluluskan.

Tetapi, senarionya berubah sejak akhir-akhir ini. Ketegasan dalam melaksanakan

peraturan yang diletakkan oleh pihak LPFM atau FINAS dilihat menghadapi era yang baru.

Kelonggaran untuk menghasilkan filem-filem genre seram ini diberikan kepada pengusaha filem

tempatan, malah mendapat dokongan yang padu. Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS,

15
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran Pameran Filem Seram 2009 di Galeri

Perfileman Finas, katanya:

”Selama 35 tahun industri perfileman kita tidak menerbitkan filem seram, inilah

masanya kita kembalikan kegemilangan filem seram seperti yang pernah kita

capai pada 1950-an keluaran Cathay Keris dan Malay Film Production dulu.”

Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali rancak menghasilkan filem-

filem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh Perhentian, Makar, Di Ambang

Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jangan Tegur, Congkak, Jangan Pandang

Belakang Congkak dan pelbagai lagi. Senarai ini belum ditambah dengan siri-siri drama seram

yang disiarkan melalui kaca televisyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik, Keliwon dan lain-lain

lagi. Entah berapa banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu

dan jangan terkejut jika generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu melebihi

takut akan Tuhan ataupun mengenali jenis-jenis hantu dari Tuhan.

Kebanyakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang

memberansangkan daripada masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam

(PHSM) yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta.

Angka kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus menerbitkan filem seram.

Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merupakan filem yang

mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM 5.7 juta. Manakala filem

seram terbaru Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), arahan Ahmad Idham berjaya meraih

kutipan RM5.3 juta dalam tempoh 12 hari ditayangkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan

pula ialah melebihi 400, 000 orang. Dijangkakan filem JPBC ini akan berjaya memecahkan

rekod JPB.

16
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Jika ditonton filem dan drama ini dari kaca mata industri filem dan drama, ianya tidak

mempunyai masalah kerana ada antara tajuk-tajuk filem di atas mendapat kutipan yang

membanggakan. Tetapi dari sudut kaca mata syariat Islam, filem dan drama berunsurkan seram

ini memasukkan unsur-unsur khurafat dan tahyul yang bercanggah dengan akidah Islam seperti

adegan pemujaan yang dilakukan oleh seorang bomoh, bacaan mentera-mentera tertentu dan

kepercayaan karut lain yang berkaitan dengan hantu.

Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri

Zainul Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis harus diambil perhatian. Pandangan beliau yang

disiarkan oleh Utusan Malaysia menyatakan:

”Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-

kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.

Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh

menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti

ada kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara,

boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya. Filem seperti

ini boleh merosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan

mengenai makhluk halus itu adalah tidak benar.”

Gempar seketika dunia perfileman Malaysia rentetan daripada teguran yang diberikan

oleh Mufti Perlis –ketika itu-. Walau bagaimanapun sebahagian para penerbit dan pengarah

seperti Suhaimai Baba dan Ahmad Idham membidas semula dengan alasan ianya hanyalah satu

hiburan dan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) telahpun meluluskan penerbitan filem-

filem tersebut. Malah penerbit filem, David Teo pula menjadikan kutipan box-office sesuatu

filem sebagai kayu ukur penerimaan masyarakat terhadap filem berkenaan. Inilah bahana nilai

17
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Machiavellian yang menjadi pegangan sesetengah penerbit filem di Malaysia apabila para

penerbit filem seram merasakan aqidah umat Islam tidaklah begitu gawat atau goyah. Jadi tiada

salahnya filem-filem sebegitu diperbanyakkan.

Para penerbit perlu memahami bahawa kerosakkan akidah bukan terhad kepada masalah

menyembah berhala atau kuburan sahaja. Banyak skop lain yang lebih luas dan perlu

diperhatikan, perasaan takut yang bukan tabii kepada selain Allah SWT juga merobek akidah.

Takut tabii adalah ketakutan yang lumrah seperti takutkan harimau, ular, takut dilanggar keretapi

dan sebagainya. Manakala takut yang membawa syirik pula adalah seperti takut kepada orang

yang telah meninggal dunia kononnya kembali mengganas. Takut kepada makhluk ghaib seperti

jin dan syaitan dan sebagainya. Ketakutan ini tentunya wujud disebabkan keyakinan bahawa

makhluk-makhluk ini dengan sendiri punya kuasa untuk memudaratkan orang yang masih hidup.

Seorang yang bergelar muslim perlu jelas bahawa tidak ada yang lebih mengetahui

mengenai perihal alam ghaib melainkan Allah SWT. Rasulullah SAW pula mengetahuinya

melalui wahyu daripada Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam al-Quran malalui firman-Nya

yang bermaksud:

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu

perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada

mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di

belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga

perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, 72:

26-27)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak mengajar tentang kefahaman

roh si mati kembali semula selepas mati atau roh yang tidak tenang datang ke dunia menjadi

18
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

hantu. Ini adalah kerana roh orang yang telah mati telah dipisahkan daripada dunia. Jadi jelas

bahawa wajib kita kembali kepada al-Quran dan hadis sahih untuk mengetahui mengenai hal-hal

ghaib. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang

jiwa(roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa

yang lain sampai waktu yang ditentukan.” (Surah az-Zumar, 39:42)

Walaupun firman Allah SWT telah jelas tetapi ramai yang masih mempunyai sangkaan

dan kefahaman bahawa hantu itu adalah dari roh orang yang telah mati.

Maka dari mana lagi pemahaman ini disuntik jika tidak melalui filem atau drama filem yang

melakonkan orang yang telah mati menjadi hantu?

Walaupun mungkin sesetengah pengarah dan penerbit filem-filem seram ini berhujah

bahawa mereka bertujuan untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada para penonton

tentang bahaya syirik dan pemikiran khurafat, tetapi kebanyakkan pengarah atau penerbit filem

menganggap tindakan menyiarkan satu ayat al-Quran atau ayat tazkirah di penghujung atau di

permulaan cerita sudah mencukupi dalam menerangkan kepada penonton hakikat yang benar.

Sedangkan adegan-adegan yang penuh dengan khurafat dan tahyul di dalam filem dan drama

tersebut meliputi hampir keseluruhan cerita. Persoalannya sejauh mana pendedahan lakonan

tahyul ,khurafat dan bidaah ini mampu mengajar masyarakat, apakah ianya mengajak masyarakat

menjauhinya atau lebih terpengaruh ke arahnya?

Unsur-unsur Islamik yang cuba dimasukkan di dalam penceritaan filem atau drama seram

ini dianggap sudah cukup dengan menambah watak seorang ustaz atau orang alim cuba merawat

seseorang yang telah dirasuk oleh jin dan syaitan. Tetapi dukacitanya apabila kaedah dan cara

yang digunakan oleh watak ustaz atau orang alim tersebut adalah sesuatu yang boleh

19
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

mengelirukan dan boleh dipersoalkan kesahihannya dari sudut peraturan syariat dan sebagainya,

malah boleh dikategorikan sebagai metod penuh dosa mengikut klasifikasi Syaikh Wahid

Abdussalam Bali. Hal ini adalah kerana unsur tokok tambah seperti penggunaan kain berwarna

kuning, keris, buah limau dan sebagainya sekaligus merosakkan imej perubatan menurut syaraiat

Islam. Formula yang boleh para penerbit filem aplikasikan dalam melibatkan perkara-perkara

ghaib ini telah Nabi SAW berikan terutama yang melibatkan jampi-jampi, tangkal dan perkara-

perkara yang tidak dapat dikenal pasti ialah melalui sabdanya yang bermaksud:

“Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni

menyakinkan).” (Diriwayatkan Imam Tirmidzi, Sahih Sunan al-Tirmizi no: 2518)

Pemikiran tahyul dan khurafat ini bukan sahaja tersebar melalui media elektronik, malah

media cetak juga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya sama ada secara

langsung atau pun tidak. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat sesetengah akhbar dan tabloid

yang memberikan ruang yang mudah dan selesa untuk para ”tok bomoh” atau dalam istilah

sekarang digunakan ”pengamal perubatan tradisional” atau ”pengamal perubatan moden” untuk

menyiarkan iklan tentang pakej rawatan yang ditawarkan. Sebahagian pakej-pakej yang

ditawarkan ini jelas bertentangan dengan akidah dan diselubungi dengan unsur-unsur khurafat.

Sesetengah golongan ”tok bomoh” ini cuba mengelirukan umat Islam dengan menyembunyikan

unsur-unsur khurafat dan syirik tersebut disebalik songkok, kopiah, serban atau jubah yang

mereka pakai. Ada juga yang menggunakan gelaran ”ustaz”, ”tuan guru”, ”tuan haji” dan

sebagainya, lebih mejengkelkan apabila ada yang memakai gelaran palsu ”Dr”, ”Prof”, ”Sir” dan

sebagainya untuk melariskan produk atau perkhidmatan mereka.

Apa yang dipertikaikan ialah bagaimana golongan sebegini dengan segala amalan dan

kepercayaan khurafat yang mereka bawakan ini diberikan ruang oleh media cetak di negara kita

20
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

untuk mempromosikan ”perniagaan khurafat dan tahyul” mereka? Ruang-ruang iklan itu dijual

dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan aktiviti atau produk mereka

tanpa ada kawalan menyeluruh. Walaupun ruangan iklan tersebut adalah salah satu sumber

kewangan kepada syarikat-syarikat yang menerbitkan akhbar dan tabloid tersebut, adakah demi

memperoleh keuntungan wang ringgit, akidah dan pemikiran murni umat Islam terpaksa

digadaikan?

Sebagai salah satu contoh, akhbar tabloid Perdana, keluaran 5 Julai 2009 yang lalu

menjadikan tajuk utama muka depannya ialah ”Haji pulang ke rumah setelah 10 jam

dikebumikan”. Maka diceritakanlah bahawa terdapat seorang lelaki pulang semula ke rumahnya

dengan berkain kapan selepas 10 jam dikebumikan. Penduduk kampung yang sedang berkumpul

di rumah si mati, terus lari bertempiaran akibat terkejut dan menyangka bahawa itu adalah

syaitan jelmaan si mati. Lelaki tadi meminta supaya isterinya membuka semula kain kapannya

dan menyatakan bahawa dia masih hidup. Diringkaskan cerita, ada pula seorang yang bergelar

ustaz datang untuk menemuramah lelaki tadi untuk mengetahui kisah sebenarnya. Lelaki tadi

yang digelar ”haji” mendakwa bahawa dia telah dibawa menjelajah melihat syurga dan neraka

yang akan didiami oleh manusia di akhirat kelak. Dakwanya lagi, dia turut berpeluang melihat

gambaran sebenar titian sirat al-mustaqim dan dibawahnya terdapat air yang sedang

menggelegak dengan bahang yang panas.

Tepuklah dada, tanyalah iman. Apa akan berlaku kepada kefahaman akidah umat Islam

jika cerita-cerita begini terus disebarkan di kalangan masyarakat dan diberikan ruang pula oleh

pihak media?

Selain daripada akhbar dan tabloid, terdapat juga majalah-majalah yang turut

menyumbang kepada penularan pemikiran dan amalan khurafat dan tahyul ini. Setiap keluaran,

21
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

pasti ada sahaja berita atau rencana pelik tentang mayat, ada sahaja cerita tentang hantu itu dan

ini, sejarah puaka di sana sini dan bermacam-macam lagi. Sesetengah cerita atau rencana itu

dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam apabila cuba menceritakan perkara-perkara

ghaib sedangkan firman Allah jelas yang bermaksud:

”Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui

perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka

akan dibangkitkan.” (Surah An-Naml, 27:65).

Sebagai satu contoh, majalah yang diberi nama ”Hidayah” terkenal dengan cerita-cerita

pelik tentang mayat dan dijadikan pula tajuk utama untuk setiap keluaran. Misalnya seperti tajuk

”Mulut Keluarkan Api Menjelang Ajal”, ”Terbenam Paras Leher Dalam Kubur Ibu”, Jasad Ibu

Tiri Dimakan Tikus” dan keluaran terbaru bulan Julai 2009 dengan isu ”Jenazah Jatuh Dari

Keranda”, ”Mayat Penzina Berbau Busuk”, ”Liang Lahadnya Dipenuhi Botol Arak” dan

pelbagai lagi.

Menjadi persoalan, hampir kesemua cerita-cerita ini dikatakan adalah kes-kes yang

berlaku di negara seberang. Kenapa dimasukkan cerita dari sana sahaja? Mungkin andaian yang

boleh dibuat, jika pihak penerbitnya mengatakan kes-kes tersebut berlaku di sesuatu tempat di

dalam negara kita, ianya membuka ruang untuk para pembaca mencari kepastian dan kesahihan

cerita itu dengan mudah dan cepat. Maka, mungkin akan terpecahlah tembelang mereka.

Peliknya, majalah-majalah seperti ini tidak pula diharamkan atau diberikan amaran

supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan rencana dan berita. Tetapi pihak Kementerian Dalam

Negeri mengharamkan sesetengah buku-buku agama tanpa menjelaskan keadaan sebenar.

Sebagai contoh, buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang diharamkan penjualannya dan pihak

penerbit pula tidak diberikan sebarang notis apatah lagi peluang untuk memberikan penjelasan.

22
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Buku tersebut secara umumnya menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan

oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat berdasarkan hadis-hadis sahih yang pernah

dilakukan oleh baginda Rasulullah SWT diharamkam hanya kerana disangka boleh

menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan

masyarakat. Tindakan yang tidak tepat ini wajar disuarakan supaya pihak berkuasa mampu

berkerja dengan lebih adil dan telus kerana pemikiran tahyul ,khurafat dan bidaah dalam media

massa yang berleluasa ini tidak dibendung dengan tindakan yang sewajarnya. Dalam masa yang

sama, majalah-majalah yang penuh dengan fakta misteri, sangsi dan diragui kesahihanya masih

boleh bernyawa bebas. Tidak pula timbul atau dibincangkan untuk dikaji isi kandungannya.

Cukup banyak masyarakat disajikan dengan pelbagai kefahaman ini seperti pemujaan

kepada keramat; amalan memuja kampung dan semangat padi; roh wali boleh mengabulkan cita-

cita; bintang dua belas penentu nasib; bomoh boleh mengetahui alam ghaib; bulan Safar ialah

bulan bala; suara burung hantu membawa pertanda malang; jika sesuatu benda pecah menjadi

petanda berlakunya kemalangan di tempat lain; cara uri ditanam akan mempengaruhi kehidupan

anak yang baru dilahirkan; kucing hitam yang melintas membawa pertanda buruk; nombor 13

akan membawa sial; dan banyak lagi. Ternyata kepercayaan kepada khurafat, tahyul dan bidaah

ini melambangkan kemunduran akal dan kelemahan jiwa seseorang individu. Jika media massa

mampu mendedahkan masyarakat kepada khurafat, tahyul dan bidaah, maka media massa juga

mempunyai kemampuan untuk melakukan sebaliknya.

III. Pemikiran terorism Islam

Media ialah wahana utama untuk membentuk pandangan, nilai dan tanggapan massa.

Intipati media seperti laporan berita, rencana, informasi, wacana politik, ekonomi, sosial, agama

dan tidak ketinggalan juga hiburan, tidak dapat dielakkan daripada suatau sistem nilai,

23
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

kepercayaan dan kuasa. Menurut Johan Jaafar (2002), media kini adalah sebahagian daripada

industri maklumat. Maklumat itu kuasa. Sesiapa yang menguasai maklumat, ia menguasai kuasa.

Maka, untuk berkuasa atau mengekalkan kuasa, prasyarat utama dalam dunia hari ini ialah

menguasai media. Faktor inilah yang menyebabkan media amat mudah untuk dimanipulasi dan

diputar-belitkan untuk keuntungan dan kepentingan sesuatu pihak yang menguasainya.

Kerancakan dakwah Islam serta kebangkitan semula kesedaran Islam dan perjuangan

politik Islam menyebabkan Barat berusaha untuk menayangkan Islam sebagai musuh yang baru

iaitu suatu kuasa global yang membawa ancaman ideologi dan ancaman fizikal. Dalam hal ini,

kemungkinan apa yang dinyatakan oleh John L. Esposito di dalam bukunya The Islamic Threat:

Myth or Reality? ada benarnya. Esposito melihat konflik masa depan sebagai berantakan Barat –

Islam. Bagi beliau, perlu untuk melihat ”ancaman Islam” dan meletakkannya dalam perspektif

sejarah. Beliau berpendapat Islam akan menjadi antagonis baru Barat dan ia akan mengambil alih

komunisme sebagai musuh utama. Inilah sebabnya kenapa penting bagi Barat mengukuhkan

semula kuasanya ke atas negara-negara yang kaya dari sumber ekonomi semulajadi. Mereka

menyangka dengan cara ini maka imej keagungan barat serta hegemoni mereka dapat

dikekalkan.

Menurut Ahmad Azam Abdul Rahman (2003), media sebagai instrumen hegemonik

digunakan sebagai alat penting untuk memburuk-burukkan Islam, memutar-belitkan fakta dan

mengherot-berotkan suasana hingga Islam ditonjolkan sebagai pengancam. Umat Islam

dilonggokkan dengan gambaran dan paparan yang menunjukkan mereka sebagai mundur, tidak

rasional, misoginis, berbahaya dan manipulatif.

Maka, Islam dan penganutnya ditampilkan dengan imej yang negatif di dalam media-

media Barat. Lebih malang apabila perspektif buruk yang ditayangkan oleh media barat ini

24
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

berjaya mempengaruhi media Islam sendiri. Sebab itu, menurut Azizan Baharudin (2003),

terdapat dua dimensi yang menyebabkan berlakunya salah tanggapan yang negatif terhadap

Islam; 1) sebab-sebab berlakunya bias yang negatif dalam media asing (barat), 2) sebab-sebab

berlaku bias yang negatif dalam media Muslim.

Yusoff (1993) telah lebih awal melihat gambaran sebegini dicanangkan media barat

apabila menggap Islam sebagai separatist terrorist. Maka peristiwa yang berlaku pada 11

September 2001 menyebabkan kekeliruan terhadap Islam diperkukuhkan lagi akibat serangan -

yang dikatakan sebagai perbuatan militan Islam- ke atas sasaran di tanah Amerika Syarikat

sendiri. Kali ini, seakan-akan senario yang dibayangkan oleh Esposito semacam disahkan. Media

massa barat dengan reaksi spontan telah memberi potret baru konflik budaya, agama, malah

ketamadunan itu sendiri. Mereka menamakannya ”the Islamic threat”.

Rentetan daripada peristiwa tersebut yang penuh dengan spekulasi dan kecurigaan, media

barat telah digunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk menyerang Islam dengan cara yang

rasmi, lebih agresif dan melampau. Apa sahaja peristiwa keganasan, pengeboman dan

sebagainya yang berlaku selepas daripada peristiwa ini, Islam tidak terlepas daripada tuduhan

dan sasaran. Tujuan mereka ialah untuk membuktikan dan menzahirkan kepada masyarakat

dunia bahawa Islam adalah agama keganasan.

Kempen-kempen jahat dengan memberi imej negatif terhadap Islam ini dilakukan bagi

memastikan yang Islam tidak mempunyai simpatisan atau untuk menakut-nakutkan mereka yang

tertarik dan berhasrat untuk menganut agama Islam. Mungkin sejarah yang berlaku pada kurun

ke-11 dahulu iaitu Perang Salib antara Islam dan Kristian menjadi rujukan mereka. Islam dilihat

berkembang pesat pada masa itu dan dirasakan sebagai mengancam pihak berkuasa dan pihak

gereja.

25
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Diatas alasan dan ”niat murni” negara Barat untuk memerangi keganasan, maka

kedaulatan negara-negara Islam dicerobohi tanpa hak. Negara Iraq adalah contoh terbaru yang

masih segar diigatan. Sekali lagi media digunakan seoptima mungkin bagi menghalalkan

tindakan ganas mereka itu. Sesetengah pemimpin negara Islam juga ada yang terpengaruh

dengan kempen palsu yang mereka jalankan itu.

Pemikiran ini tidak dianggap menular melalui media di Malaysia tetapi kebanyakannya di

negara Barat, tetapi hakikatnya penularan pemikiran ini banyak menyebabkan orang bukan Islam

dan juga sesetengah umat Islam sendiri merasa sangsi dengan ajaran Islam. Perasaan yang

menyusup ini melahirkan kesalahfahaman golongan bukan Islam dan umat Islam terhadap ajaran

murni agama Islam. Jika ini dianggap sebagai perkara yang remeh, masa depan akan melihatkan

ramai salah faham tentang ajaran Islam dan tidak mustahil ada yang murtad akibat tidak

mendapat maklumat yang sewajarnya tentang isu terrorism ini.

Kemudahan mendapatkan maklumat dan berita hari ini sangat mudah sehingga diibaratkan

dunia hanya dihujung jari. Jika berita dan maklumat yang dibaca itu adalah gambaran negatif,

maka ianya akan mengelirukan umat Islam terhadap agama yang dianutinya. Apatah lagi jika

berita dan maklumat itu ditulis sendiri oleh mana-mana pertubuhan yang kononnya mewakili

Islam atau mana-mana penulis yang beragama Islam tetapi mereka juga telah terpengaruh dengan

propaganda media barat. Apabila tulisan mereka ini dibaca oleh masyarakat, dibimbangi

masyarakat juga akan turut mendapat gambaran yang salah terhadap Islam.

IV. Pemikiran Kristianisasi

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu

mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah

26
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan

mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi

pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah 2:120)

Ayat di atas mengingatkan kita umat Islam, betapa Yahudi dan Nasrani tidak pernah

berputus asa untuk membalik-balikkan hati kita terhadap Islam. Pelbagai usaha telah dilakukan

sejak zaman Nabi Isa sehinggalah sekarang, mereka masih tidak putus-putus mencari jalan untuk

membawa umat Islam kepada agama mereka.

Pada abad ke-20, usaha dan janji-janji mereka untuk membawa umat Islam kepada agama

mereka, dilakukan dengan satu gerakan yang dipanggil “Gerakan Kristianisasi”. Kristianisasi

juga sinonim dengan perkataan Evangelism yang bermaksud menginjilkan manusia, ataupun

memberitahu khabar baik. Antara cara yang mereka lakukan dalam memastikan agenda

Kristianisasi ini dapat disempurnakan ialah melalui penguasan media. Evangelism yang

menggunakan media yakni televisyen untuk menyampaikan dakyah Kristian ini diistilahkan juga

sebagai televangelism(Encyclopedia of Philosophy, 2006;296-298).

Sejak dari dahulu media menjadi alat untuk menyampaikan maklumat kepada kelompok

atau individu yang tertentu. Melalui media juga sesuatu kelompok, pertubuhan atau individu

dapat menyebarkan fahaman serta ideologi mereka atas dasar keterbukaan dan merentasi benua.

Media massa kini yang lebih moden dan beteraskan jalur lebar membuka peluang kepada

gerakan Kristianisasi untuk memperluaskan wilayah pergerakan mereka.

Oleh kerana orde dunia telah dikuasi barat, maka penguasaan barat yang rata-ratanya dari

negara-negara Kristian terhadap media telah memberi peluang besar kepada gerakan kristianisasi

menjalankan dua agenda besar. Pertama: Memberi gambaran buruk tentang Islam kepada orang-

27
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

orang bukan Islam. Kedua: Memberi pemahaman yang salah kepada penganut Islam terhadap

Islam.

Penguasaan mereka terhadap akhbar-akhbar arus perdana di Mesir seperti yang dikatakan

oleh Dr. Sa’aduddin al-Sayyid Saleh telah memberikan banyak kejayaan mereka dalam misi

Kristianisasi. Mereka juga telah mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya memonopoli

media massa Mesir secara khususnya bagi menyebarkan idea-idea Kristian.

Dalam hal ini, mungkin kata-kata seorang orientalis barat, Hanoto yang merupakan

penasihat politik kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis di akhir kurun ke 19 yang dipetik

oleh Ridhuan Tee (2006) boleh dijadikan peringatan kepada kita semua. Katanya:

“Dahulu tujuan peperangan Salib adalah untuk merebut kembali Bait al-Maqdis

dari tangan orang-orang Islam yang tidak bertamadun itu, namun apa yang

mengejutkan Kristian barat ialah kemenangan panji-panji Islam terus kekal di

sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu sudah tibanya untuk berusaha

memindahkan orang-orang Islam kepada tamadun barat dengan tujuan

menghapuskan bahaya yang tersembunyi dalam perpaduan Islam. Sebaik cara

bagi meneguhkan kedudukan wilayah jajahan orang-orang Eropah di dunia Islam

ialah melahirkan keraguan terhadap agama Islam dan meresapkannya ke dalam

jiwa penganutnya dengan menonjolkan isu perbezaan mazhab, pertentangan

bangsa, perkauman dan geografi di samping mensyarahkan prinsip-prinsip Islam

dengan syarahan yang meragukan dan menyimpang dari nilai-nilainya yang asli,

seterusnya memuliakan nilai-nilai barat, sistem politik dan akhlak individu yang

terdapat pada bangsa-bangsa Eropah.”

28
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa penguasaan media massa ini mempunyai

dua agenda besar iaitu memberi gambaran buruk tentang Islam kepada orang-orang bukan Islam

dan juga memberikan fahaman yang salah terhadap orang-orang Islam kepada Islam. Usaha

untuk menguasai media massa bagi memburukkan Islam kepada orang-orang bukan Islam telah

bermula sejak kekalahan tentera-tentera Kristian dalam peperangan Salib. Suara-suara memuji

dan menyebut-nyebut kebaikan dan layanan istimewa yang diberikan oleh orang-orang Islam

dari mulut para tentera yang pulang ke negara-negara masing-masing, telah membuatkan para

pemimpin gereja berasa bimbang dan tidak senang. Bagi menyekat suara-suara ini dari terus

bergema menyebut-nyebut kebaikan Islam, mereka berusaha mencari jalan untuk memburukkan

Islam dari pandangan orang-orang bukan Islam.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh mereka ialah; dengan menggunakan media

massa mereka memindahkan gambaran buruk fenomena dan suasana yang dihadapi umat Islam

ke Eropah di samping mendakwa mereka adalah bangsa yang mundur ke belakang, pelopor-

pelopor aqidah keberhalaan, asyik dengan keseronokan hidup, ketagihan dadah dan kaki betina.

Memberi publisiti besar-besar terhadap peperangan dengan mengaitkan Islam sebagai

pendokong terorisma, dan menyuburkan istilah Islam fundementalisme. Kemudian memberikan

gambaran baik-baik ataupun gambaran simpati kepada negara-negara sekutu seperti Israil dan

Amerika. Kononnya merekalah yang menjadi mangsa bukannya pemangsa.

Manakala langkah memberikan kefahaman yang salah kepada orang Islam terhadap Islam

yang tulen. Dengan menggunakan media, mereka mula menyediakan rangkaian-rangkaian

rancangan yang membahaskan mengenai Islam serta program yang beteraskan kononnya

memberikan ilmu-ilmu Islam. Tetapi sebaliknya berlaku, iaitu dengan memberi kekeliruan serta

mencampur-adukkan antara kefahaman yang sebenar dan batil. Peruntukan dana yang besar juga

29
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

disediakan bagi para oreintalis yang kebanyakannya penganut Kristian untuk menghasilkan

buku-buku ‘ilmiah’ yang membahaskan Islam dari sudut yang lebih ‘moden’ dan kentremprori.

Sedangkan semua tulisan-tulisan tersebut tidak mengikut displin dan kaedah ilmu Islam.

Orang-orang yang berada di balik tabir Kristianisasi ini sedar bahawa mereka memahami

betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap

kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang manusia itu simpan

di dalam minda mereka. Atas kesedaran ini negara-negara Kristian yang besar seperti Amerika

tidak menjajah secara fizikal. Tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti

media cetak, visual, audia, filem dan internet untuk menjajah di dalam minda negara-negara yang

disasarkan.

Lebih-lebih lagi sekarang ini maklumat tidak ada batasannya. Internet menjadi medium

utama dalam penyampaian segala macam maklumat dan ideologi. Semua bahan-bahan dapat

disebarkan secara terus, dan peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan

propaganda Kristianisasi. Di Malaysia, sudah ada beberapa organisasi Kristian yang membina

laman sesawang mereka sendiri. Semua aktiviti dan bahan-bahan ‘dakwah’ mereka boleh dibaca

dan dimuat-turun secara percuma. Misalnya laman sesawang, http://www.bible.org.my/,

http://agapeassembly.cjb.net/, http://www.calvary.org.my/, dan banyak lagi.

Kristian tidak akan pernah lemah dan putus- asa dalam usaha memurtadkan umat Islam.

Walaupun mereka berpecah dan terdiri dari pelbagai mazhab dan ideologi, tetapi di atas tujuan

yang sama iaitu menjatuhkan umat Islam, mereka sanggup untuk bersatu. Satu persoalan yang

kita harus fikirkan ialah apakah kita sedar dan perihatin tentang masalah ini? Kita tidak perlu

mencaci atau mengutuk setiap satu strategi orang-orang Kristian ini, tetapi yang perlu kita

lakukan ialah adakah kita ada usaha untuk menghalang gerakan ini?

30
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Justeru kita perlu menguasai ekonomi dan dengan kekuatan ekonomi kita dapat menguasai

media massa. Para billionaire dengan sokongan kuasa-kuasa besar telah menguasai pusat-pusat

media yang starategik di dunia seperti CNN, Star TV, channel komunikasi Internet seperti

Google dan sebagainya. Tetapi dalam kesibukan Billionaire Barat membeli pusat srategik

menguasai manusia, Billionaire Arab Islam pula menguasai hotel-hotel mewah dan membina

pusat-pusat pelancongan (hiburan) untuk kepentingan saudagar Arab ini seperti di Dubai.

Malahan Al Jazeera, satu-satunya media Islam yang banyak membantu menyampaikan “kata-

kata saranan” yang berkredibiliti juga sudah dibeli dan dikuasai oleh puak-puak barat dengan

kekuatan wang dan pengaruh mereka.

Para pengarah dan penerbit filem mereka juga turut memberi sumbangan dalam

menyebarkan fahaman Kristian yang mereka anuti. Filem-filem yang dibuat ini berjaya

menembusi pawagam-pawagam negara kita dan dihidangkan dengan rasmi kepada masyarakat.

The Davinci Code, Passion of the Christ dan Angle and Demon adalah contoh kepada filem-

filem tersebut. Penerbit dan pengarah filem mereka telah memanfaatkan bakat seni, kemahiran

dan kemampuan mereka untuk berfikir dan berusaha bagaimana untuk menyebarkan fahaman

agama yang mereka anuti. Manakala penerbit muslim majoritinya masih menghasilkan filem dan

drama berbentuk hiburan.

V. Pemikiran Seks

Menyuburkan pemikiran tentang soal seks melalui media massa merupakan satu lagi

fenomena bahaya lagi membimbangkan. Malah, wabak ini telah mencapai tahap yang kronik

atau mungkin boleh dipinjam istilah ”pendamik” bagi menunjukkan yang ia sukar untuk dikawal

dan telah merebak ke seluruh dunia.

31
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Teknologi maklumat (IT) merupakan salah satu medium media massa yang sangat

berkesan. Tidak dapat dinafikan, IT berkembang dengan begitu pesat sekali. Dunia yang besar

seolah-olah semakin mengecil. Jika dahulu, Marshal McLuhan, seorang guru komunikasi

membayangkan senario ”global village”. Hari ini gagasan yang dicetuskan oleh McLuhan itu

mengambil bentuk yang lebih luas seperti apa yang disebut oleh Kenichi Ohmae sebagai

”borderless world”. Kemajuan komputer dan dunia IT pada hari ini telah membuatkan apa yang

dibayangkan oleh McLuhan dan Ohmae itu menjadi kenyataan. Cara manusia berinteraksi dan

berurusan sudah dibentuk oleh teknologi baru yang dimungkinkan oleh komputer dan IT. Secara

sedar atau pun tidak, dunia seakan-akan sudah menjadi sebuah kampung global dan tanpa

sempadan disebabkan oleh IT.

Kita harus akur dan bersyukur diatas kemajuan dunia teknologi maklumat pada hari ini.

Segala urusan yang dianggap sukar dan rumit suatu ketika dahulu, berjaya dirungkaikan menjadi

mudah hasil kecanggihan teknologi maklumat. Ada urusan yang suatu ketika dahulu dianggap

sangat mustahil untuk berlaku, hari ini ia boleh berlaku tanpa ada siapa pun yang ragu. Pendek

kata, dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat ini, ia sangat memberi manfaat dan

banyak membantu memudahkan urusan manusia.

Perbincangan tentang IT ini tidak boleh terhenti begini sahaja. Ini kerana, jika ada

pepatah yang menyebut ibarat pedang bermata dua, maka dirasakan bahawa IT merupakan salah

satu contohnya. Apabila kemajuan dan kecanggihan IT ini dimanfaatkan untuk kebaikan

manusia, maka ia adalah suatu nikmat. Tetapi, jika ada tangan-tangan kotor yang mengambil

kesempatan di atas kemajuan IT ini, lalu digunakan untuk tujuan merosakkan manusia, maka ia

adalah azab. Ketika ini, jadilah ibarat pedang bermata dua yang bila-bila masa saja boleh

mencederakan tuannya sendiri.

32
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Apa yang kita bimbangkan ini, ianya telah benar-benar terjadi. Dunia IT yang merupakan

salah satu saluran media massa yang sangat berkesan telah dicemari fungsinya. Apa yang penulis

maksudkan ialah lambakan bahan-bahan lucah yang seakan-akan sudah sukar untuk dibendung

lagi. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada bencana ini.

Bahan-bahan lucah –tidak perlu rasanya untuk disebutkan contoh-contohnya- sangat

mudah untuk didapati. Cukup dengan hanya menaip beberapa huruf tertentu di mana-mana enjin

carian internet, dan tekan butang ”enter”, seseorang individu itu akan dihidangkan apa sahaja

yang diidamkan. Tiada apa lagi yang dapat menghalang, kecuali kekuatan iman dan takwa yang

mendalam.

Sambutan dan pengaruh laman sesawang lucah dari barat ini mendapat tumpuan yang

amat menggalakkan. Jika dilihat kajian-kajian yang dibuat berkenaan pornografi ianya

melahirkan kebimbangan apabila beberapa pendedahan fakta menerusi kajian yang dilakukan di

Boston, Seattle, Houston, Los Angeles dan New York mengesahkan bahawa pornografi

mempunyai hubung kait dengan kes jenayah yang meningkat. Kajian lain pula diambil daripada

36 orang pembunuh bersiri yang berlaku, 81 peratus dilaporkan bahawa pornografi adalah salah

satu punca kepada kemahuan seksual yang mendadak (Research on pornography, n.d.).

Sesetengah filem yang diluluskan untuk ditayangkan di negara kita juga tidak terlepas

daripada unsur-unsur yang menjuruskan ke arah pengaruh seks. Walau pun mungkin ianya

dimasukkan secara tidak langsung, namun ianya cukup memberi kesan terutamanya kepada

golongan remaja dan belia. Pendedahan gaya hidup bebas yang seolah-olah tiada batasan

pergaulan antara jantina adalah salah satu bukti yang jelas terpampang di depan mata. Maka

tidak hairan juga apabila beberapa buah negeri di Malaysia ini pernah mendapat berita gempar

apabila dinobatkan sebagai dua negeri iaitu Kota Bharu dan Kuantan sebagai dua negeri tertinggi

33
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

para pelayar laman web lucah berdasarkan pendedahan Google Trends. Antara perkataan carian

tertinggi yang menyebabkan negeri-negeri itu dinobatkan ialah kekerapan para pelayar laman

web yang menaip kata kunci seperti bogel, gambar bogel, seks Melayu dan cerita seks.

Apabila bahan-bahan lucah ini begitu banyak dan senang untuk dicari, hasilnya akan

membuatkan pemikiran mereka yang melayarinya akan sentiasa memikirkan soal seks. Tidak

cukup dengan melihat bahan-bahan lucah di internet, mereka akan berusaha pula mencari dan

mendapatkan video-video lucah. Gejala tidak sihat ini sebenarnya sangat meruncing terutamanya

di kalangan sebahagian golongan muda, bahkan di peringkat semaja sekalipun.

Dalam satu kaji selidik yang telah lama dilakukan membabitkan golongan remaja berusia

diantara 13 tahun hingga 21 tahun mendapati seramai 40 peratus remaja tersebut pernah

menonton video lucah. Remaja di luar bandar sahaja, mencatatkan sebanyak 47 peratus pernah

menonton video lucah, manakala 46 peratus pula membaca majalah lucah. (Berita Harian, 1994)

Fakta ini sewajarnya menimbulkan perasaan gusar dalam hati kita dan menjadi kayu pengukur

betapa kesan bahan-bahan lucah semakin membarah dalam kehidupan masyarakat. Itu adalah 13

tahun yang lalu. Jangan ditanya peratusan sekarang kerana jawapannya pasti ianya sangat

membimbangkan. Apa yang berlaku ini mempunyai kesan buruk yang sangat ketara seperti seks

bebas, peningkatan kes-kes rogol, pelacuran, AIDS dan termasuk juga kegilaan seks luar tabii.

Akhirnya larangan syariat tidak lagi dipedulikan. Dosa pahala tidak lagi dihiraukan.

Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) melaporkan daripada seramai 1900 pelajar

sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18 tahun didapati bahawa

4.6 peratus telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian remaja dan AIDS pada tahun

1996 yang membabitkan 4347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula mendapati 6

34
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

peratus daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Peratusan ini pastinya akan

meningkat sekiranya usaha-usaha serius untuk membendung gejala ini tidak dilakukan.

Apa yang kita bincangkan ini ialah pengaruh pemikiran seks secara langsung. Maka, dunia IT

adalah topik perbincangannya. Namun, tidak seharusnya kita lupa bahawa pengaruh pemikiran

seks ini juga tersebar melalui medium-medium media massa lain secara tidak langsung.

Terdapat sesetengah majalah yang khusus memaparkan cerita-cerita artis semata-mata.

Lalu, disiarkanlah gambar-gambar para artis dengan pelbagai jenis ragam dan pakaian. Apa yang

menyedihkan, terdapat gambar-gambar artis yang disiarkan ini sangat melampaui batas. Pakaian

para artis yang mendedahkan sebahagian buah dada, sengaja menyingkap kain sehinga

ternampak bahagian paha, gambar para artis dengan berpakaian mandi di tepi kolam, gambar

para artis yang bukan mahram berpelukan lelaki dan perempuan tanpa batasan dan tidak kurang

juga gambar para artis yang sengaja ber”posing” dengan gaya-gaya yang menghairahkan. Ini

adalah gambaran sebahagian contoh-contoh yang terdapat dalam majalah-majalah yang dijual di

negara kita. Apa yang disebut tadi bukan dilakukan oleh artis-artis barat sahaja, tetapi artis-artis

tempatan juga telah mula berani melakukan aksi-aksi sedemikian. Tidakkah semua bahan-bahan

ini apabila dilihat dan dibaca oleh para remaja akan membuatkan mereka menuruti jejak langkah

artis idola mereka? Atau mungkin juga akan menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin

mencuba.

Penularan pemikiran seks ini juga banyak tersebar melalui iklan-iklan di media massa.

Menurut Mansor Ahmad Saman, katanya selain daripada profesion pelacuran, barangkali

profesion periklananlah yang paling banyak memperdayakan seks. Pelacuran memperdagangkan

seks itu sendiri, manakala periklanan – bukan semua, tetapi kebanyakan daripadanya-

menggunakan seks untuk memperdagangkan barang-barang dan perkhidmatan.

35
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Walaupun mungkin keadaan ini masih lagi terkawal di negara kita, tetapi bibit-bibit ke

arah itu semakin banyak didapati. Ianya terbukti apabila ada para pengiklan yang telah

menghasilkan iklan-iklan yang menggunakan runtutan seks yang tidak cocok dengan budaya

ketimuran masyarakat kita, apatah lagi jika ditimbang berdasarkan neraca syariat. Banyak

gambar-gambar tubuh wanita yang boleh dikatakan separuh bogel digunakan untuk menjual

pelbagai barangan; dari kenderaan hinggalah kepada pakaian.

Oleh itu, keadaan ini mesti diawasi dan diberi perhatian penting. Ini kerana,

menggunakan rayuan kepada kehendak manusia dengan memperalatkan seks adalah sesuatu

perbuatan yang tidak berakhlak.

Peranan Media Massa Menangkis Serangan Pemikiran

Salah seorang ahli teori Barat yang pertama sekali menghuraikan tentang tujuan media

massa ialah Lasswell (1948). Menurut Lasswell (dalam Yusof Hussain, 1988), media massa

mempunyai tiga peranan iaitu mengawasi alam sekeliling (surveillance), membincang dan

mencadangkan perubahan, tindakan dan penyesuaian yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi

menghadapi perubahan –perubahan dan masalah-masalah baru dalam masyarakat (correlation),

dan menyampaikan warisan sosial iaitu ilmu pengetahuan, nilai dan norma masyarakat kepada

generasi baru.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa bersifat serius dalam perlaksanaan Akta Kebudayaan

Kebangsaan yang telah digagaskan pada tahun 1971. Akta ini digagas berteraskan tiga unsur

utama yakni unsur kebudayaan asal rantau ini, unsur kebudayaan lain yang wajar dan unsur

Islam sebagai unsur terpenting (Syuhada, 2009). Berdasarkan garis panduan yang telah

digagaskan, semua pihak yang terlibat dengan media massa secara lansung atau tidak lansung

36
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

perlu peka dan berkerjasama dalam menangkis serangan permikiran yang semakin menular

dalam masyarakat.

I. Mendapat pemahaman Islam yang sebenar

Media massa harus mendapat pemahaman Islam yang sebenar, Islam bukan satu agama

yang terpisah dari dunia realiti atau hanya mengfokuskan kepada ritual ibadat semata. Tetapi

ajaran Islam sebagai agama universal mengcakupi setiap aspek kehidupan. Firman Allah yang

bermaksud:

”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan,

dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu

musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah, 2:208).

Masyarakat berhak mendapat pemahaman sebenar tentang Islam, Syuhada (2009)

menganggap cukuplah selama ini apabila masyarakat yang bergantung kepada media massa

disajikan dengan informasi dan hiburan yang tidak membina peribadi dan peradaban. Jaafar

(2009) menyarankan pemahaman sebenar terhadap media arus perdana dalam mengartikulasi

usaha pemantapan ekonomi umat Islam, selain itu dengan pemahaman sebenar tentang garis

panduan dari perspektif Islam mampu membantu media massa menyaring maklumat dan

menyampaikan maklumat yang mampu membina jati diri muslim yang sebenar. Tanpa ada

pemahaman sebenar tentang garis panduan Islam berhubung dengan tatacara penggunaan media

massa, media massa akan hanya mencedok segala macam pemikiran untuk dijadikan bahan

promosi secara lansung atau tidak.

II. Mengetengahkan peranan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam

Bagi mengiktiraf peranan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam di Malaysia, kewujudan

Majlis Penasihat Shariah boleh membantu atau berkerjasama dengan LPFM dalam proses

37
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

penapisan dan penyampaian maklumat. Ini tidak bermaksud LPFM tidak melakukan kerja

dengan baik, tetapi proses penapisan dan penyampaian dari perspektif Islam sesuai dengan

keilmuan para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam. Dengan cara ini, penghasilan dan pameran

yang melepasi media massa melalui filem dan drama dapat dikawal sesuai dengan landasan

syariat Islam.

Zaharom (2006) dalam tulisan beliau membawa contoh kritikan tiga golongan yang

mengkritik kuat LPFM atas berat sebelah mereka dalam melaksanakan tugas mereka iaitu

golongan liberal, golongan konservatif dan golongan seni. Ternyata kritikan demi kritikan yang

dilontarkan ketiga-tiga golongan ini menghimpit LPFM dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh

itu tanpa mengira asas kritikan tersebut, LPFM disarankan berpegang teguh kepada dasar am

garis panduan LPFM yang ternyata jika dilihat daripada zahirnya selari dengan syariat Islam.

Penapisan filem berdasarkan garis panduan itu bertujuan sebagai:

“Untuk melindungi orang ramai dari kemungkinan pengaruh buruk yang

diakibatkan daripada penontonan filem dan bahan-bahan publisiti sesebuah filem

sehingga mendorong mereka; melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan

perkara-perkara yang tidak bermoral; dan bersimpati dengan ideologi yang

bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara” (1992: 2)

Maka dengan adanya bantuan daripada para ulamak, sarjana dan ilmuan Islam dalam

membantu LPFM melaksanakan tugas mereka sekaligus menepati dasar am garis panduan LPF

yang telah ditetapkan sesuai dengan syariat Islam. Selain daripada itu, media massa seharusnya

memberi ruang seluas-luasnya untuk proses penyebaran ilmu kepada para ulamak, sarjana dan

ilmuan Islam di Malaysia. Program berbentuk keagamaan adalah sungguh sedikit jika

38
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

dibandingkan dengan program hiburan, malah ianya pula selalunya diletakkan pada waktu yang

tidak sesuai.

Dengan mengiktiraf keilmuan golongan agamawan ini, mereka juga mampu untuk

memberikan sumbangan dan idea-idea baru dalam menyediakan bahan-bahan untuk filem. Dan

dengan bantuan daripada mereka yang berilmu, semakan dan kajian semula permit majalah dan

akhbar yang mempunyai unsur khurafat dan seks boleh dikenal pasti.

Tambahan pula, dengan cara ini media massa seharusnya memberi galakkan kepada

golongan agamawan dan ahli akademik untuk turut terlibat secara langsung dalam industri

perfileman. Ini adalah kerana ramai orang yang tidak selesa jika asyik dikritik sepanjang masa.

Oleh itu, kertas kerja ini ingin mencadangkan supaya para karyawan dan penerbit filem untuk

mewujudkan hubungan langsung dengan golongan agamawan dan ahli akademik yang

berkredebiliti. Sentiasa rujuk kepada mereka dalam menghasilkan apa-apa karya.

Mungkin juga pihak tertentu boleh memikirkan untuk diberikan kursus yang khas kepada

lepasan universiti dalam jurusan agama yang berminat untuk terlibat dalam industri perfileman.

Untuk mengharapkan lepasan jurusan agama ini terus mengarahkan atau menerbitkan filem

mungkin ianya suatu yang sangat drastik, tapi sekurang-kurangnya mereka boleh dilatih untuk

menulis skrip dan menyediakan bahan-bahan yang bermutu untuk industri perfileman negara

kita. Begitu juga pentingnya memperbanyakkan program-program dan bahan-bahan ilmiah di

dalam media elektronik dan media cetak.

III. Perbanyakkan filem-filem yang mampu mendidik masyarakat.

Kita terus mengharapkan agar penerbit dan pengarah-pengarah filem tempatan di negara

kita untuk terus berkarya. Cuma, harapan kita semoga bakat seni dan kemampuan yang

dikurniakan kepada mereka itu akan dimanfaatkan dalam usaha bersama membina sebuah

39
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

generasi yang bermaruah, dihormati, dan tahu hala tuju hidup ini. Kita masih memerlukan filem-

filem yang mampu mendidik masyarakat ke arah lebih baik. Memetik Zakaria Sungib (dalam

Zaheril, 2006) yang menyatakan

”...jika karyawan filem seorang yang mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap

tanggungjawab sosial, tentunya dia akan lebih ”selective” lagi kerana memikirkan kesan

(natijah) filem kepada penonton”.

Menyentuh hal ini, pujian layak diberikan kepada seniman tanah air kita, Tan Sri P.

Ramlee diatas sumbangan beliau dalam menghasilkan banyak filem-filem yang bermutu dan

berkualiti. Bermutu dan berkualiti bukan dari sudut cara pembikinannya, tetapi isi kandungan

dan mesejnya yang mampu mendidik masyarakat, meningkatkan semangat patriotik, memupuk

perasaan muhibbah dan sebagainya. Menurut Naim Hj Ahmad (1995) masyarakat kini mula

menyedari akan sumbangan besar P.Ramlee. Antara filem-filem beliau yang masih digemari dan

mempunyai nilai-nilai pendidikan yang tinggi ialah Ibu Mertuaku (1962), Antara Dua Darjat

(1960), Hang Tuah (1965), Anakku Sazali (1956) dan Sarjan Hassan (1958) dan pelbagai lagi.

Begitu juga filem-filem lain seperti filem Bukit Kepong, Embon, Leftenan Adnan dan lain-lain

lagi yang seumpamanya.

Ini tidak bermaksud memburukkan pengarah dan penerbit filem yang lain, tetapi sekadar

ingin mengajak untuk kita berfikir semula. Adakah masyarakat sekarang memerlukan filem-

filem seperti KL Menjerit, Remp-It, Impak Maksima, Bohsia dan banyak lagi yang seaka-

akannnya? Dan yang masih dibahaskan ialah filem Anu Dalam Botol yang ingin memaparkan

”realiti” kehidupan golongan maknyah dan gay. Setelah skrip filem ini dikaji oleh pihak JAKIM,

menurut laporan sebuah akhbar tempatan, judul filem ini dicadangkan supaya ditukar menjadi

40
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

”Anu Dalam Almari” dan yang terkini pihak JAKIM mengarahkan supaya ditukarkan tajuk

menjadi ”... dalam botol” (Dot dot dot dalam botol).

Biar apa pun judulnya, persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah dengan

menerbitkan filem-filem sebegini dapat membantu mengurangkan masalah ”samseng jalanan” –

atau dulu disebut sebagai ”mat rempit”, bohsia, lumba haram, pelacuran dan sebagainya? Atau ia

boleh menjadi pencetus perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam hati para remaja? Adakah

masyarakat tidak tahu bahawa wujudnya gejala ”samseng jalanan”, bohsia, lumba haram dan

masalah yang lain sehingga ia perlu difilemkan?

Jika dengan alasan apa yang dibuat ini adalah untuk menayangkan perkara realiti kepada

masyarakat, siapa pula yang menetapkan peraturan bahawa perkara realiti perlu ditayangkan?

Atau sekiranya dengan alasan yang sama, rasanya dalam realiti sekarang masih banyak nilai-nilai

murni dan positif dalam masyarakat kita yang boleh ditonjolkan.

Zaheril Zainudin (2006) menyebut, filem dan budaya sesebuah masyarakat mempunyai

hubungan yang amat intim antara satu sama lain. Ini kerana, filemlah ”budaya”. Dalam erti kata

yang luas, ia merangkumi penonjolan, perbincangan dan penghargaan aspek-aspek cara hidup

yang berkait rapat dengan sesebuah masyarakat. Malah filem bukan sahaja dapat menghiburkan

hati yang lara, tetapi juga berupaya mendidik, mengejutkan malah turut mengajar sesuatu yang

baru kepada penontonnya. Maka, kita mengharapkan filem-filem yang mampu mendidik

masyarakat ke arah pengamalan budaya baik dan harmoni sejajar dengan ajaran Islam.

IV. Mewujudkan Majlis Media Muslim Malaysia

Sebenarnya, sekiranya pihak yang berwajib menguatkuasakan segala peraturan dan garis

panduan yang telah ada berkaitan dengan industri hiburan, perfilemen dan media cetak, ianya

telah memadai. Peraturan dan garis panduan yang tertulis di atas kertas itu sudah cantik, yang

41
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

tinggal ialah untuk mencantikkan juga perlaksanaan dan penguatkuasaannya. Rujuk lampiran

kertas kerja ini yang mengandungi Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Garis Panduan

Hiburan dalam Islam yang dibuat oleh JAKIM, Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan

Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan

Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh JAKIM dan juga Garis Panduan Penerbitan oleh Kementerian

Dalam Negeri (KDN). Keseriusan dalam mengaplikasi kesemua garis panduan yang telah dibuat

ini akan seharusnya mengakibatkan mana-mana program hiburan dan bahan bercetak yang tidak

memenuhi atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan, hendaklah dilarang.

Ini tidak bermaksud pihak media gagal dalam tugasannya dalam menjaga dan

memelihara imej Islam, tetapi penularan serangan pemikiran yang terkandung dalam media dan

peningkatan filem dan drama berunsurkan pelbagai jenis serangan pemikiran baik di radio

mahupun televisyen sangat membimbangkan. Maka tindakan tegas daripada pihak yang terlibat

dan berkuasa diperlukan bagi menjaga akidah dan syariat Islam.

Walau bagaimanapun, Y. B. Dato’ Seri. Dr’ Ahmad Zahid Hamidi (2009) pernah

mencadangkan supaya diwujudkan Majlis Media Muslim Malaysia dengan mengadakan

pertemuan stratergik antara mereka yang terlibat dalam media dan juga di kalangan pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) Islam untuk berkerjasama mewujudkan jawatankuasa khas bagi

membincangkan imej dan paparan Islam di dalam media. Justeru beliau merasakan pihak media

tidak seharusnya terbeban dengan kisah politik dan hiburan semata, pemurnian yang boleh

dilakukan oleh pihak media dengan mengetengahkan ajaran Islam mampu membantu

mempromosi kehidupan bermoral dalam masyarakat. Hal ini jelas kerana apa yang baik untuk

Islam semestinya baik juga untuk umat dunia sejagat.

42
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Jawatankuasa khas yang wujud boleh bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam

media seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam membendung

penularan serangan pemikiran yang telahpun berlaku lama di Malaysia ini. Selain itu Lembaga

Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Jawatankuasa Rayuan Filem diharap dapat

memperketatkan pemberian Sijil Kelulusan Filem terutamanya kepada penerbit muslim supaya

filem atau drama yang ingin diterbitkan kepada umum tidak mempromosi apa-apa yang

bercanggah dengan syariat Islam. Jika perlu, kesemua Lesen Pengeluaran Filem FINAS, Sijil

Penggambaran Filem (SPP), Sijil Kelulusan Filem dan sebagainya yang diperlukan bagi

menghasilkan dan mempamerkan filem atau drama ditelusuri semula dari semasa ke semasa dan

dilakukan penambahbaikan berlandaskan syariat Islam.

Kesimpulan

Pisau adalah alatan yang tajam, ianya boleh digunakan untuk memotong buah, dan pada

masa yang sama ianya boleh disalah guna untuk dijadikan senjata membunuh. Pisau itu

semestinya satu alat keperluan, tidak bermaksud jika ianya disalahgunakan, maka

penggunaannya perlu diharamkan. Tetapi pengguna mestilah memahami matlamat

penggunaannya terlebih dahulu, begitulah juga halnya dengan media massa.

Segala serangan pemikiran yang didedahkan ini hanyalah antara sekian banyaknya

pemikiran yang sedang berlaku, hanya dengan pendedahan cirri-cirinya sahaja para pembaca dan

penonton boleh mengenalinya dan berhati-hati akan bahayanya serangan pemikiran ini terhadap

akidah mereka. Cuma sahaja umat Islam kadang kala lalai dengan hiburan yang berleluasa

hidangan media massa, walhal pada masa yang sama mereka risau dan mengambil berat akan

keperluan pembinaan peradaban bagi golongan belia. Persoalannya adakah acuan yang

diinginkan itu berasaskan daripada campuran jatidiri (agama) yang diselit sama lambakan

43
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

ideology yang ternyata bercanggahan dengan ajaran Islam atau mengikut acuan yang telah

ditetapkan oleh ajaran al-Quran dan as-Sunnah? Sesungguhnya kebenaran itu tidak boleh

bercampur dengan kebatilan kerana hasilnya pasti tidak mendatangkan kualiti yang sempurna.

Secara rasionalnya, pendedahan serangan pemikiran ini bukan hanya ditujukan kepada

media massa tetapi semua individu bergelar muslim bagi tujuan pembentengan akidah. Umat

Islam sewajarnya kembali menghayati ajaran Islam yang suci demi untuk memartabatkan imej

agama yang maju lagi saintifik. Diharap penjelasan berkenaan serangan pemikiran melalui media

massa ini mampu dijadikan batu loncatan kepada lebih banyak penyelidikan pada masa akan

datang untuk didedahkan kepada para penerbit media cetak, elektronik dan perfileman serta

semua pihak, demi mengekang unsur-unsur yang mampu mengugat akidah umat Islam kepada

dan juga usaha memurnikan kandungan bahan-bahan penerbitan, berdasarkan prinsip dan nilai-

nilai agama yang luhur, mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

44
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

RUJUKAN

Ahmad Azam Abdul Rahman. (2003). Media Massa Barat dan Penghinaan Terhadap Islam-
Satu Penilaian. Kuala Lumpur:IKIM.

Ahmad Murad Merican. (2005). Media History Worldviews and Communication Futures. Kuala
Lumpur:University Malaysa Press. ms.145-157.

Ahmad Zahid Hamidi. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya
keusahawanan ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres
Ekonomi Islam Ketiga yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.

Ariff Fathul Ulum (April 2009). Di Balik Istilah Pemikiran Islami. Majalah Al-Furqon. 09(8).
Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.

A. Aziz Deraman. (2003). Revolusi Teknologi Maklumat dan Umat Islam di Malaysia. Pemikir,
ms. 125-145.

Azizan Baharuddin (2003), Peranan Media Massa dan Sastera Dalam Pembangunan Ummah-
Satu Perspektif Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Brasher B. (October 19, 2001). Evangelicalism. Encylopedia of fundamentalism. London:


Routledge.

Brasher B. (October 19, 2001). Hedonism. Encylopedia of fundamentalism. London: Routledge.

Brasher B. (October 19, 2001). Televangelism. Encylopedia of fundamentalism. London:


Routledge.

45
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Borchert, D.M. (2006). Hedonism. Encylopedia of philosophy. (jld.4 ms. 254-258).


London:Routledge.

Cialdini, R. B. (2001). Influence: Science and practice. (4th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Cialdini (2007). "The Media:Carriers of Contagious Information". Diambil pada 15 Mei, 2009
dari: http://www.in-mind.org/issue-4/the-media-carriers-of-contagious-information.html

Ensiklopedia Islam. (1998). Khurafat. Kuala Lumpur : Malaysia Encyclopedia Research Center
Berhad.

Filem seram tidak merosakkan. (Mei 18, 2008). Utusan Malaysia. Diambil pada dari 15 Mei
2009 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Hiburan&pg=hi_01.htm

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam. (14 Januari 2009). Diambil pada 16 Mei 2009 dari
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=3710

Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur
yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. (21 November
2005). ). Diambil pada 16 Mei 2009 dari http://www.islam.gov.my/e-
rujukan/lihat.php?jakim=773

Garis Panduan Penerbitan KDN. (n.d.). Diambil pada 16 Mei 2009 dari
http://www.moha.gov.my/template01.asp?contentid=67

Ima Syuhada Ismail. (2009). Cabaran Media Dakwah Islami Dalam Era Globalisasi. Diambil
pada 30 Mei 2009 dari http://www.e-zakat.com.my/artikel/artikel-10.asp

46
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Ismail Omar. (2006) Manhaj Aqidah Ahli As-sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur:Access
InfoTech (M) Sdn Bhd.

Johan Jaaffar. (2002), Antara Kebenaran & Wibawa Moral: Cabaran Media Hari Ini, Petaling
Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Johan Jaafar. (2009). Peranan media massa dalam memantapkan budaya keusahawanan
ummah:gagasan dan cabaran merealisasikannya. Sempena Kongres Ekonomi Islam
Ketiga yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 12-15 Januari 2009.

John L. Esposito. (1995). The Islamic Threat: Myth or Reality?. New York : Oxford University
Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka ms.448.

Khalid Al-Juraisy. Al-Fatawa Asy-Syara'iyyah Fi Al-Masail Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama


Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Indonesia: Darul Haq.

Lippmann. (1922). Public Opinion. New York: Macmillan.

Mansor Ahmad Saman (1982), Iklan: Amanah Seks dan Jual Janji, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Media Consumption in Malaysia Remains Strong.(2007, Oktober 1). Nielson Media. Diambil
pada 15 Mei 2009 dari http://my.nielsen.com/site/20071001.shtml

Mohamad Md.Yusoff. (1993). Media dan masyarakat:satu kumpulan esei. Kuala


Lumpur:Percetakan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2006). Gambaran Pengaruh Budaya Barat. Diambil pada 13 Mei
2009 dari http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-barat.html

47
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap Hedonisme (Latihan
Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) ms.
41.

Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. Ash-Shahwah Al-Islamiyah Dhawabith wa Taujihat, (edisi


Indonesia Panduan Kebangkitan Islam, Penerjemah Muhammad Ihsan Zainudin,
Indonesia:Darul Haq.

Muhammad Nashiruddin Al-Albani, (n.d.). Silsilah Shohihah, jld.6.

Muhammad Nashiruddin Al-Albani. (n.d.). Kitab Sifat Kiamat, Shahih Sunan al-Tirmizi.

Nielsen Survey Finds Malaysians To Be Entertainment And Media Junkies. (2009, January 7).
Nielson Media. Diambil pada 15 Mei 2009 dari http://my.nielsen.com/news/20090107.shtml

Nurul Ain. (Januari 19, 2009). Sesi ujibakat AF 7 dapat sambutan hangat. mStar Online. Diambil
pada 13 Mei 2009 dari
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/1/19/mstar_hiburan/20090119102747&
sec=mstar_hiburan

Naim Hj. Ahmad (1995), Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian, Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Penyata Rasmi Dewan Rakyat Penggal Parlimen Ketiga. (18 Julai 1973). Kuala Lumpur:
Percetakan Barat, jld.3 bil.21 ms. 34-35.

Phillips, D. P. (1989). Recent advances in suicidology: The study of imitative suicide. In R. F.


W. Diekstra, R. Maris, S. Platt, A. Schmidtke, & G. Sonneck (Eds.), Suicide and its
prevention: The role of attitude and imitation (pp. 299-312). Leiden: E. J. Brill.

48
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Research on Pornography (N.D). Diambil pada 30 Mei 2009 dari http://ktk.ru/~cm/stat2.htm

Rosli Hassan. (Mei 19,2009).JAIM serbu Pulau Besar. Kosmo. Diambil pada 13 Mei 2009 dari
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0519&pub=Kosmo&sec=N
egara&pg=ne_01.htm

Salhan K. Ahmad. (December 10, 2006). Most porn surfers from Kota Baru and Kuantan. The
Star. Diambil pada 13 Mei 2009 dari
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/12/10/nation/16280253&sec=nation

Shahril Anuar Abdul Ghalim. (2006), Program Realiti Tempatan, Nilai: Penerbit KUIM.

Siti Suriani Othman. (2006). Kesan TelevisyenTerhadap Identiti Remaja: Satu Tinjauan, Nilai:
Penerbit KUIM.

Utsman Abdussalam Nuh. (Februari 2007). Kategori Hizbiyyah Dan Harokah. Majalah Al-
Furqon ,06(4). Indonesia:Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon.

Wahid Abdussalam Bali, Wiqayatul Insan Minal Jinni Wasy-Syaithan, (Judul terjemahan:
Ruqyah Cara Islami Mengatasi Kesurupan). Aqwam. ms. 177-180.

Yahya bin Said Alu Syalwan. (2004). Fatawa Ath-thiflul Muslim, (edisi Indonesia 150 Fatwa
Seputar Anak Muslim). Penerjemah Ashim. Indonesia:Griya Ilmu.

Yusof Hussain (1988), Peranan Media Massa Dalam Menyampaikan Risalah Islam, Pusat
Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, UPM.

Zaharom. (2006). Isu dan cabaran media di Malaysia. Pualu Pinang:Penerbitan Universiti Sains
Malaysia.

49
Seminar Kebangsaan 2009 Media dan Pemikiran Islam USIM 21-22 July 2009

Zaheril Zainudin. (2006). Pengaruh dan Kesan Filem Ke Atas Remaja. Nilai: Penerbit Kolej
Universiti Islam Malaysia (KUIM).

50

You might also like