You are on page 1of 7

Sem 2 2012/13

PANDUAN & PENILAIAN KERJA KURSUS (PPGPJJ)


KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pengajian Pendidikan

PENGENALAN

Kursus ini meneliti kurikulum matematik sekolah dan aplikasi teori pengajaran pembelajaran matematik di dalam pendidikan matematik sekolah rendah. Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran matematik yang berkesan yang melibatkan tajuktajuk terpilih sekolah rendah. Strategi pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik sekolah rendah juga diberi penekanan. Integrasi teknologi dalam pengajaran pembelajaran matematik juga diberi tumpuan untuk melengkapkan pelajar pengetahuan dalam era teknologi.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. menganalisis kurikulum matematik sekolah rendah dan mengaplikasikan aspek teori-teori pembelajaran dalam pengajaran pembelajaran tajuk-tajuk matematik sekolah rendah; 2. memilih kaedah dan strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran matematik mengikut tajuk-tajuk sekolah rendah; 3. memilih dan mengaplikasikan pengajaran konstruktivisme, pembelajaran koperatif dan Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang sesuai untuk setiap tajuk-tajuk terpilih; 4. merancang, memilih dan menyediakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai bagi memudahkan kefahaman berkaitan prinsip, konsep, kemahiran dan fakta matematik; 5. Menerapkan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah; dan 6. merancang pengajaran pembelajaran dan menjalankan pengajaran makro.

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu Jenis Tugasan Esei Ilmiah E-Forum JUMLAH Agihan Markah (Peratus) 40% 20% 60%

4.0

ARAHAN/BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

I. Kursus TRM 3013 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja.
II. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. III. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah ELearning melalui link yang tertentu dalam myguru3 sahaja. IV. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

KATEGORI TUGASAN PECAHAN TUGASAN ARAHAN MARKAH TARIKH AKHIR MENGHA N-TAR TUGASAN

BAHAGIAN A (ESEI ILMIAH) 40 markah

1. Esei ilmiah perlu dibuat secara individu. 2. Siapkan semua tugasan ini dan hantar kepada pensyarah E-Learning anda melalui MyGuru SAHAJA mengikut masa yang telah ditetapkan. 3. Gunakan link assigmnent untuk menghantar tugasan ini. 4. Bahagian ini mengandungi 2 (DUA) tugasan/esei ilmiah. 5. Setiap tugasan diberikan peruntukan markah sebagaimana dinyatakan. 6. Tugasan adalah seperti berikut: TUGASAN 1 (INDIVIDU) Bincangkan bagaimana meningkatkan kualiti pembelajaran matematik di kalangan pelajar melalui pengajaran berasas teori kepelbagaian kecerdasan. Penulisan anda hendaklah bernas dan berbentuk ilmiah (termasuk cara menulis dengan format 10 markah APA) tidak lebih daripada 10 muka surat. Tugasan hanya perlu dihantar melalui link myguru3 sahaja. TUGASAN 2: (Individu) Dengan memilih satu tajuk yang sesuai daripada 30 markah kurikulum pendidikan matematik sekolah rendah, sediakan satu rancangan pengajaran berdasarkan konstruktivisme. Format penulisan Rancagan Pengajaran adalah berdasarkan contoh dalam modul. Berdasarkan Rancangan Pengajaran di atas, sediakan satu rakaman pengajaran. Pengajaran berkenaan mengambil masa satu waktu pengajaran di sekolah (misalnya 35 minit). Rakaman pengajaran berkenaan hendaklah dihantar kepada pensyarah e-learning masingmasing melalui link dalam myguru3. Nota: i. Rakan video boleh dihantar secara link seperti Minggu ke 10 Minggu ke 6

youtube. ii. Sekiranya pengajaran melibatkan integrasi bahan konkrit, media atau teknologi, sila hantar juga bersama dengan rancangan pengajaran anda.. iii. Jika bahan adalah berbentuk objek (seperti bungkah dsb), menghantar gambar adalah mencukupi. iv. Penghantaran semua perkara tentang Tugasan hanya melalui link myguru3 sahaja. BAHAGIAN B (E-FORUM) 20 marks dlm forum Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3. Setiap pelajar perlu menjawab setiap soalan forum. Kepada setiap soalan forum, setiap pelajar perlu juga memberi kementar kepada mana-mana EMPAT (4) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar anda. Markah akan diberi kepada kualiti jawapan anda dan juga komen yang anda beri terhadap jawapan yang diberi kepada rakan pelajar yang lain: Soalan forum 1: Apakah perbezaan matlamat pendidikan matematik antara KBSR dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)? Soalan forum 2: Pada pandangan anda adakah PBS in merupakan sistem pentaksiiran yang baik untuk dilaksanakan dinegara kita? Soalan forum 3: Pada pandangan anda, apakah kepantingan teori-teori pengajaran pembelajaran dalam pengajaran matematik bilik darjah. Soalan forum 4: Adakah kemahiran berfikir kreatif dan kritis itu boleh dilatih, bincangkan. Soalan forum 5: Apakah yang anda faham tentang pengajaran konstruktivisme? JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 60 40 100

5x4 markah

Tarikh akhir menjawab forum akan ditetapkan oleh pensyarah/ tutor elearning

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS (PORTFOLIO) PORTFOLIO A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara. Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

A-

B+

B-

C+

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa. Berhubung dengan tutor E-Learning anda. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

viii. ix.

Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

You might also like