You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN Pemberontakan Taiping ini bermula di kawasan Kwangsi dan Kwantung iaitu tempat kelahiran pengasas kepada kebangkitan ini iaitu Hong Xiu Quan. Sekitar tahun 1850 selepas beliau mengalami kekecewaan kerana gagal kali yang ketiga dalam peperiksaan awam cina menyebabkan beliau menukar haluan dengan menenangkan fikiran. Keadaan ini telah membawa kepada Pemberontakan Taiping secara besar besaran sehingga merekodkan lebih 20 juta orang yang terkorban.1 Selain itu, kebangkitan ini juga tertumpu di kawasan yang mempunyai konflik kaum dan penuh dengan masalahnya. Keadaan ini seperti menyumbang kepada kebangkitan dengan kadar segera golongan petani. Penyebaran oleh Hong Xiu Quan iaitu agama kristian adalah tepat pada masanya sehingga dapat menarik ramai ramai menggunakan agama kristian untuk bangkit menentang. Tai Great, Ping Peace, Tian Heaven, Guo Country atau Kingdom ini adalah perkataan cina yang apabila digabungkan dalam bahasa English ialah The Heavenly Kingdom of Peace.2 Berdasarkan nama sahaja dapat dilihat bahawa pemberontakan ini mempunyai unsur unsur keagamaan. Hong Xiu Quan iaitu pengasas kepada kebangkitan ini menyeru orang ramai dengan menyebarkan bahawa beliau mendapat mandat daripada tuhan untuk memulihkan semula keadaan negara yang berada dalam keadaan huru - hara.3 Walaupun pada dasarnya banyak faktor yang menyumbang kepada pemberontakan ini tetapi dengan ajaran ajaran agama kristian seperti persamaan taraf di antara semua orang dan keadilan yang diamalkan menjadi faktor penarik kepada pemberontakan ini. Mengapakah Pemberontakan Taiping ini lebih berjaya berbanding dengan kebangkitan kebangkitan yang lain dan dapat menarik ramai anggota berbanding dengan pemberontakan sebelumnya ? Pengasasnya iaitu Hong Xiu Quan menggunakan ajaran agama kristian untuk menarik minat dan perhatian orang ramai. Beliau memanipulasikan agama kristian untuk melakukan pemberontakan. Walaupun keadaan pada masa itu juga mempengaruhi orang ramai untuk bangkit menentang, namun mereka diseru melalui ajaran agama kristian yang telah digabungkan dengan kepercayaan tradisional cina. Selain itu, dalam fahamannya juga terselit
1 2

Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242. Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 22. 3 Morton W. Scott & Lewis M. Charlton, 2005, Its History and Culture, United States:The Mc Graw Hill Companies, Hal 157 158.

sikap anti Manchu yang mana Hong Xiu Quan kononnya diperintahkan oleh tuhan untuk menggulingkan pemerintahan dinasti Qing.4 Walaupun agama kristian banyak memainkan peranan dalam pemberontakan ini, namun tidak dapat disangkal bahawa adanya faktor faktor politik yang dapat dikesan dalam pemberontakan ini. 2.0ISI ISI 2.1 PENYEBARAN FAHAMAN KRISTIAN Hong Xiu Quan yang menyebarkan pemberontakan Taiping ini dilakukan telah menggunakan agama kristian sebagai ideologi kebangkitan tersebut. Dia juga menuntut bahawa dia telah diberikan mandat daripada Tuhan untuk menyelamatkan manusia.5 Bai Shang Di Hui ataupun juga dikenali sebagai Worship God Society merupakan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan untuk mengumpulkan pengikut pengikutnya sendiri.6 Melalui persatuan ini, mereka mula mengumpulkan orang ramai dengan tujuan untuk menjayakan pemberontakan mereka itu. Kawasan yang paling jauh daripada pusat pemerintahan Qing juga didiami oleh kumpulan Hakka yang bermigrasi ke Kwangtung dan Kwangsi disebabkan masalah. Kumpulan ini mengamalkan cara hidup yang biasa dengan melakukan kerja kerja pertanian dan perlombongan sebagai mata pencarian. Mereka yang memang mengamalkan ajaran kristian menjadi bonus kepada Pemberontakan Taiping ini apabila teras kebangkitan ini yang berkisarkan kepada kebangkitan agama.7 Apabila Hong Xiu Quan menyebarkan agama kristian di kawasan tersebut, dengan mudahnya beliau dapat mengumpulkan ahli kerana sememangnya kumpulan Hakka ini mengamalkan ajaran agama kristian. Tambahan lagi, beliau sendiri merupakan bangsa Hakka.8 all men under heaven are brothers and all women are sisters.9

4 5

Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242. Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394. 6 Ibid. 7 Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225 226. 8 Ibid., hal 226. 9 Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394.

Dengan menggunakan ajaran yang diambilnya daripada agama Kristian, beliau menguar uarkan ideologi pemberontakannya ini dalam usaha untuk menarik orang. Tambahan lagi, pada masa itu keadaan rakyat adalah dalam keadaan yang sengsara. Ini kerana pelbagai masalah yang wujud pada masa itu. Selain itu, masyarakat China terutamanya di kawasan Kwangsi adalah merupakan masyarakat yang banyak menderita ditambah lagi dengan konflik yang wujud di kawasan tersebut.10 Kawasan ini juga adalah kawasan yang lemah dari segi pemerintahan dan berada jauh daripada pusat pemerintahan iaitu Peking11 lantaran menyebabkan senang untuk masyarakat di sana terpengaruh dengan ideologi kristian yang disebarkan oleh Hong Xiu Quan. Disebabkan masalah yang dialami oleh masyarakat di kawasan tersebut, memudahkan mereka untuk turut serta dalam pemberontakan ini. Hal ini kerana, mereka memerlukan sinar baru selepas kesengsaraan hidup yang dialami oleh mereka. Oleh itu, ajaran agama kristian ini menarik perhatian mereka dan memberikan mereka semangat baru untuk bangkit menentang selain daripada keistimewaan yang diperolehi daripada agama ini. Contohnya seperti hak sama rata dan saling tolong menolong antara satu dengan yang lain. Kumpulan Hakka yang hanya golongan imigran di kawasan tersebut menyokong usaha ini kerana mereka memerlukan pengiktirafan daripada masyarakat awal di daerah tersebut. Oleh itu, ajaran ini membantu mereka untuk menjadi satu bangsa di bawah satu agama. Propaganda beliau yang berkisarkan kepada kebangkitan untuk melawan kejahatan dan sebagai satu keluarga yang aman dan harmoni12 adalah berdasarkan dengan ajaran agama kristian. Namun, beliau telah memanipulasikan ajaran ini sebagai usaha untuk merealisasikan cita citanya iaitu menggulingkan kerajaan Manchu. Kejahatan yang dimaksudkan disini ialah pemerintahan kerajaan Manchu yang dianggap tidak mendapat berkat daripada tuhan. Hal ini dapat dilihat melalui kepercayaan cina yang mempercayai bahawa setiap pemerintah itu mendapat mandat daripada tuhan untuk menjaga sesebuah negara. Tambahan lagi, keadaan negara pada masa itu yang berada dalam peperangan seolah olah mengukuhkan lagi bahawa pemerintahan Qing itu tidak diberkati oleh tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat cina. 13

10 11

Ebrey B. Patricia, 1996, China, Australia: Press Syndicate of the University of Cambridge, Hal 242. Imannuel C.Y. Hsu, 1995, The Rise of Modern China, New York : Oxford University Press Inc, Hal 225. 12 Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 394. 13 Wang C.F James, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.

Pemberontakan ini yang sebenarnya cuba mewujudkan unsur ketuhanan

adalah

menggunakan kepercayaan rakyat cina mengenai usaha untuk memulihkan semula kepercayaan shangdi iaitu kepercayaan tradisional masyarakat cina telah digabungkan dengan unsur unsur Kristian.14 Dinasti Qing yang menggunakan gelaran Huangdi iaitu sama dengan Shangdi menyebabkan rakyat percaya bahawa Hong Xiu Quan diarahkan dan mendapat mandat daripada tuhan untuk melakukan pembaharuan dengan menggulingkan pemerintahan Qing.15 Perkataan Di yang membawa maksud High dalam bahasa inggeris dapat dilihat pada hujung kedua dua nama iaitu huangdi dan shangdi. Hal ini memberikan kaitan di antara pemerintahan Manchu dengan pemerintahan yang ingin dipulihkan oleh Hong Xiu Quan.

what we wear and clothe all come from heaven, even drop a drop of water and food we eat are from Heavenly Shangdi. heaven is Shangdi. there are no others God except the heavenly Shangdi. God is the only true creation god.16

Dapat dilihat bahawa pernyataan ini menunjukkan keagamaan yang mana individu yang mengikuti pemberontakan ini akan diberkati oleh tuhan dengan berkat berkat seperti mengerjakan tanah tanah sebagai sumber pendapatan. Pembaharuan pembaharuan yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan adalah berdasarkan agama Kristian. Antaranya ialah persamaan taraf di antara lelaki dan wanita dan kesamarataan pemegang hak milik tanah17. Janji janji ini menarik perhatian ramai penduduk tempatan untuk turut serta. Namun, bagi menjayakan pemberontakan ini dan dapat melaksanakan pembaharuan yang dikatakan oleh Hong Xiu Quan, orang ramai perlulah bangkit menentang dan menjatuhkan pemerintahan Qing.

14

Reilly Thomas H,2004, the Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and The Blasphemy of Empire, United States: University of Washington Press, Hal 242 15 Ibid, hal 4. 16 Ibid., Hal 242 17 Ibid.

All the land under Heaven should be cultivated by all the people under Heaven. 18 Kegiatan pertanian yang merupakan punca pendapatan rakyat kampung terutamanya menyebabkan mereka dengan senang menerima ajaran agama kristian yang dibawa oleh Hong Xiu Quan. Memusnahkan sistem hak milik tanah dan harta19 yang mengawal rakyat daripada mengerjakan hasil tanah mereka memberikan lagi mereka semangat untuk turut serta dalam pemberontakan ini. Orang Manchu yang bukan orang asal negara tersebut membuat masyarakat China percaya bahawa orang Manchu tidak berhak ke atas hasil tanah negara China. Mereka yang mengikuti pemberontakan ini adalah mereka yang memeluk agama kristian dan seterusnya mereka percaya bahawa mereka mendapat berkat daripada tuhan ke atas hasil hasil tanah. Mereka akan hidup saling bekerjasama dalam kelompok dan mengerjakan pekerjaan mereka secara tolong menolong. 2.2 KELEMAHAN PENTADBIRAN MANCHU Kekalahan kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama pada tahun 1839 hingga 1842 menjadi bukti kelemahan pentadbiran Manchu dalam menangani dasar luar dengan pihak barat. Punca kekalahan Manchu dikenalpasti apabila mereka menolak penggunaan sains dan teknologi. Oleh yang demikian, maka termeterailah Perjanjian Nanking yang ditandatangani oleh China dan Inggeris yang sekaligus menjatuhkan martabat negara China sebagai middle kingdom.20 Middle Kingdom ini penting buat negara China kerana mereka merasakan bahawa mereka merupakan negara yang istimewa. Kehilangan status ini ekoran daripada Perjanjian Nanking telah menyebabkan negara China kehilangan keistimewaan mereka di Asia Timur. Kegagalan Manchu untuk mempertahankan negara dari ancaman asing menyemarakkan semangat nasionalisme yang tinggi dan sentimen anti Manchu yang kuat menjadikan rakyat cina tercari-cari satu cara untuk membangkitkan perasaan mereka ini. Demi menyelamatkan negara China dari terus mundur dan hilang mandat dari syurga, golongan ini akhirnya bertekad untuk menjalankan satu bentuk pemberontakan yang diketuai oleh Hong Xiu Quan yang bercita-cita untuk menggulingkan dinasti Manchu. Faktor ini juga turut menyumbang kepada Pemberontakan

18 19

Yang Zhou et al, 2002, An Outline of China : Bai Shouyi, China: Foreign Languages Press, Hal 395. Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233. 20 James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6.

Taiping yang merekodkan sejarah sebagai satu pemberontakan yang mencatatkan angka kematian yang ramai. Pemberontakan Taiping merupakan satu bentuk pemberontakan dalam negeri yang terbesar dalam sejarah negeri China.21 Faktor anti-Manchu turut merujuk kepada kewujudan permusuhan yang berlaku antara orang Han terhadap Manchu yang merangkumi dasar-dasar diskriminasi dan juga kekejaman pentadbiran Manchu terhadap orang Han. Walaupun pada dasarnya orang - orang Cina cuba untuk mengikut bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh Manchu, namun mereka gagal. Mereka menghadapi masalah dengan keadaan pentadbiran orang Manchu. Korupsi yang berlaku khususnya berkenaan pungutan cukai tanah menyukarkan hidup masyarakat.22 Hal inilah yang telah mencetuskan kebencian yang mendalam terhadap pentadbiran Manchu pada era Dinasti Qing, lantas membangkitkan semangat penentangan terhadapnya. Pentadbiran Manchu telah mencetus kemarahan masyarakat Cina kerana telah menjalankan pemerintahan yang tidak telus dan diskriminasi.23 Antara dasar diskriminasi yang mencabar dan menghina orang Han ialah tanah kepunyaan mereka dirampas, selain daripada orang Han tidak diberi kesempatan untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.24 Namun,sebaliknya pula orang-orang Manchu yang diberi keistimewaan dan pangkat dalam pentadbiran. Situasi ini amat jelas menunjukkan ketidak adilan dalam pemerintahan Manchu. Tindakan ini seolah-olah menidakkan hak orang Cina Han. Dinasti Qing yang bukan merupakan penduduk asal China menambahkan lagi rasa tidak puas rakyat. Ini ditambah lagi apabila kebanyakan penjawat penjawat kerajaan dalam sistem pentadbiran Manchu bukannya terdiri daripada orang Cina, sebaliknya mereka berasal daripada Manchuria. Orang Manchu berasal daripada puak Jurched (Nuzhen) yang mendiami kawasan di Manchuria.25 Pemerintah Manchu yang berasal daripada Manchuria ini tidak disukai oleh orangorang Cina tempatan, terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi.

21 22

Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah China dan Jepun,Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn Bhd, hlm 30 Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 124 125. 23 Suffian Mansor, 2009, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 41 24 Edwin E. Moise, Modern China,A History, Britain : Pearson Education Limited, hlm 31 25 Suffian Mansor, 2003, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 148

Selain itu, pemerintah Manchu juga telah menjalankan pentadbiran kuku besi dengan memperkenalkan dasar memaksa semua golongan lelaki Cina mencukur rambut di hadapan kepala masing-masing dan bertoncang toi chong, selain daripada pengharaman kepada perkahwinan antara orang China dengan orang Manchu.26 Pengharaman perkhawinan campur ini menunjukkan bahawa orang Manchu ingin mengekalkan status suku kaum mereka. Masyarakat China mendapati bahawa orang Manchu ini tidak ingin tinggal bersama mereka sebaliknya ingin menguasai China. Pentadbiran Manchu juga telah bertindak dengan membunuh golongan - golongan intelek yang disyaki menyebarkan ideologi anti Manchu. Situasi ini berlaku semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng (1723-1736) dan Maharaja Chien Long (1736-1796). Penindasan dan diskriminasi ini bukan sahaja menyebabkan mereka tidak mendapat kepercayaan golongan Cina, malahan telah menyemarakkan lagi semangat penentangan untuk menggulingkan kerajaan Manchu. Golongan intelek ini adalah terdiri daripada orang Han dan pembunuhan ini menjadi faktor kebangkitan masyarakat kerana pembunuhan tersebut mengurangkan jumlah golongan intelek Han dalam sistem pentabiran kerajaan dan memberi peluang kepada orang Manchu untuk mengambil alih sepenuhnya pemerintahan kerajaan. Penentangan Taiping ini yang menerima sokongan majoriti masyarakat China dapat dilihat kaitannya dengan penentangan penentangan sebelumnya. Antara persatuan yang melakukan pemberontakan dan menonjol ialah Persatuan Syurga dan Bumi, Persatuan Persaudaraan Ko Lao ( Ko Lao Hui ) dan Persatuan Teratai Putih. Gerakan penentangan yang berlaku di wilayah Hupei, Szechwan dan Shensi yang dipelopori oleh Persatuan Teratai Putih27 merupakan antara contoh kebangkitan orang Cina menentang kezaliman Manchu. Melalui pemberontakan pemberontakan sebelum Pemberontakan Taiping menunjukkan bahawa pemerintahan Qing sememangnya tidak mendapat persetujuan masyarakat China. Permasalahan yang berlaku ini menyebabkan majoriti dari kalangan masyarakat China mencari perkerjaan lain, bermigrasi, dan tidak kurang juga yang terjebak dalam jenayah28. Situasi ini sedikit sebanyak menjadi punca mengapa mereka terpengaruh dengan pegangan Kristian, kerana paderi-paderi Kristian menawarkan bantuan kewangan kepada mereka untuk
26 27

Suffian Mansor,2003, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 41 Ibid., hlm 41 28 Ibid., hlm 43

menyara kehidupan. Lantas, dalam masa yang sama dipujuk untuk menjadi pengikut menentang pentadbiran Manchu oleh gerakan penentangan Hong Xiu Quan. Kesempitan hidup yang dialami menyebabkan orang Han terpaksa melakukan aktiviti jenayah. Aktiviti jenayah yang mereka lakukan ialah perompak, pencuri dan penyamun.29 Pemimpin tempatan hanya memandang sepi jenayah seperti ini. Jika penduduk tempatan melaporkan, pihak kerajaan hanya senyap sahaja terhadap laporan itu seperti tidak ada yang berlaku.30 Menteri kerajaan selalu mengata bahawa tiada laporan yang mereka perolehi daripada rakyat walaupun rakyat sendiri melaporkan kepada pihak mereka. Hal ini kerana pihak menteri mahu menjaga kepentingan Maharaja supaya harta negara tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.31 Pemimpin hanya memegang jawatan untuk mengaut keuntungan sematamata bagi kepuasan mereka sendiri sehingga menindas rakyat dan tempoh mereka memegang sesuatu jawatan itu mengambil tempoh masa yang lama. Ini menunjukkan pemerintah Manchu yang hanya membiarkan sahaja keadaan masyarakat Cina. Keadaan pemerintahan negara pada masa itu terbukti berada dalam keadaan huru hara apabila banyak pemberontakan yang berlaku selain daripada perang candu yang menyebabkan pengaliran keluar wang negara. Kemasukan Barat pada masa itu yang berusaha untuk menembusi pasaran di China menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran dinasti Qing. Banyak kilang kilang perindustrian yang terpaksa ditutup lantaran daripada kemasukan barang barang daripada Barat.32 Persaingan ekonomi menyebabkan masyarakat tempatan tunduk kepada Barat kerana modal Barat yang amat tinggi. 2.3 FAKTOR SOSIOEKONOMI Ketidak adilan pemerintahan Manchu juga melibatkan pelaksanaan pembayaran cukai yang tidak munasabah, khususnya melibatkan golongan petani. Mereka telah dikenakan kadar cukai sebanyak dua kali lebih tinggi daripada biasa dalam erti kata untuk membantu negara menghadapi masalah ekonomi yang dialami. Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati masyarakat China kerana dianggap tidak masuk akal. Pemerintah Qing banyak menggunakan
29 30

Ibid. Ssu-yu Teng, 1999, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Amerika Syarikat: New York/ Russel & Russel, hlm. 40 31 Ibid. 32 Maswari Rosdi , 1983 , Sejarah China dan Jepun 1800 1955, Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, Hal 53.

wang untuk membiayai ketenteraan tambahan lagi semasa pemerintahan Chien Lung yang banyak berlakunya kebangkitan kebangkitan persatuan di China.33 Wang dibelanjakan untuk menyediakan kelengkapan kelengkapan senjata dan makanan kepada golongan tentera. Lantaran itu, apabila golongan petani tidak mampu untuk membayar cukai, mereka menggadaikan tanah mereka kepada tuan tuan tanah. Oleh itu, keadaan ini membebankan rakyat lantas mengambil keputusan untuk terlibat dalam pemberontakan ini. Golongan petani terutamanya yang tinggal di kawasan utara China sentiasa mengalami kebuluran disebabkan kemarau yang berlaku. Tambahan lagi, aktiviti pertanian merupakan kegiatan utama dan masalah kemarau menyebabkan hasil pencarian dan sumber makanan mereka terbantut. Bencana alam yang berlaku seperti di Sungai Yangtze, Shantung dan kemarau panjang di wilayah Honan34 menunjukkan kelemahan kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut. Mereka dihimpit masalah kekurangan sumber makanan, tetapi di pihak pentadbiran Manchu pula tidak mempedulikan permasalahan yang dialami oleh masyarakat China. Ini menunjukkan ketidakcekapan pemerintah Manchu untuk menguruskan masalah ekoran daripada bencana alam ini. Rakyat tidak mendapat perlindungan dan bantuan daripada kerajaan menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dengan pemerintahan Manchu. 2.4 KESAN PERANG CANDU Apabila Kerajaan Qing kalah dalam Perjanjian Nanking, mereka tidak berani untuk menghalang kemasukan Barat ke dalam terutamanya barangan barangan Barat yang dipasarkan di China. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan secara besar besaran candu ke dalam negara China.35 Hal ini menyebabkan negara mengalami defisit kewangan lantaran menaikkan harga barangan sehingga menyusahkan rakyat tempatan. Keadaan ekonomi China yang berubah ekoran daripada perang Candu ini meletakkan China dalam keadaan huru hara dan tidak dapat mempertahankan perdagangan utamanya iaitu kain sehingga China sendiri mengimport kain daripada Barat.36

33 34

Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal 126. Ibid. 35 Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal224. 36 Israel Epstein, 2004, From Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press, Hal18.

Selain itu, ketagihan akibat daripada candu ini memberikan kesan kepada kesihatan masyarakat cina.37 Banyak masyarakat Cina yang meninggal dalam usia yang muda kerana kesan candu kepada kesihatan mereka. Ketagihan terhadap candu ini membuatkan masyarakat membazirkan wang mereka untuk membeli candu dan bersukaria. Mereka banyak menghabiskan masa dengan menghayal kesan daripada pengambilan candu. Masalah yang berleluasa akibat daripada perang ini menyebabkan ramai orang yang tidak berpuas hati. Keadaan hidup mereka semakin susah dan ini menyebabkan mereka mengikuti kebangkitan melawan pemerintahan Qing ini. Tidak hanya kepada masyarakat tempatan tetapi kegiatan menghisap candu juga terjadi di kalangan pegawai pegawai kerajaan menyebabkan pentadbiran semakin tidak teratur kerana sikap tidak telus mereka. 2.5 KEBEBASAN MUBALIGH KRISTIAN Perjanjian Peking yang ditandatangani oleh China telah memberikan peluang kepada Perancis untuk membawa masuk mubaligh mubaligh kristian dengan jumlah yang banyak.38 Pertambahan ini menyebabkan penyebaran agama kristian berlaku dengan cepat. Tambahan lagi, golongan mubaligh ini membeli dan menyewa tanah tanah untuk dijadikan tapak bagi pembinaan gereja. Apabila banyak gereja dibina, ramai orang Cina yang menganut agama kristian dan menambah lagi bilangan ahli kebangkitan Taiping ini. Tambahan lagi, kemasukan mubaligh mubaligh kristian ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman iaitu jauh daripada pemerintahan Manchu.39 Keadaan ini membantu lagi dalam menyebarkan pengaruh Pemberontakan Taiping ini. 2.6 RANCANGAN PEMBAHARUAN HONG XIU QUAN Sistem tanah yang dijanjikan oleh Hong Xiu Quan40 juga menarik orang ramai untuk terlibat dalam kebangkitan penentangan ini. Pada masa itu, pemerintahan Manchu yang tidak telus dari segi hak milik tanah dan mengamalkan sistem feudal tentunya membebankan rakyat terutama golongan petani. Kebanyakan mereka hidup dengan hasil pendapatan daripada bercucuk tanam dan mereka perlu membayat cukai. Keadaan ini membebankan
37 38

James C.F Wang, 1999, Contemporary Chinese Politics: An Introduction, New Jersey: Prentice Hall Inc, Hal 6. Wan Kok Seng, 1979, China: Imperialisme Barat dan Kesannya, Kuala Lumpur: Atlantic Printing, Hal 36. 39 Ibid., hal 36 37. 40 Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal233.

mereka kerana pada akhirnya hasil titik peluh mereka tidak juga memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka kerana terpaksa membayar cukai dan harga yang dikenakan ke atas barangan jualan juga adalah murah. Setiap individu yang melepasi umur 16 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan akan mendapat bahagian tanah.41 Bagi golongan petani, perkara ini amat menguntungkan mereka kerana anak anak mereka akan mendapat tanah dan ini membantu untuk menambah hasil pendapatan keluarga. Walaupun pada dasarnya, tanah tersebut bukan hak milik mereka dan mereka tidak boleh menyimpan harta namun pemberian tanah untuk menghasilkan pendapatan ini memberi semangat kepada golongan petani bahawa adanya kesamarataan semua anggota msyarakat. Tidak ada pihak yang akan mendapat lebih dan hasil bersama akan disimpan di stor awam. Berbanding dengan semasa pemerintahan Manchu yang memiliki sepenuhnya hak terhadap tanah dan dikawal oleh pegawai yang dilantik. Selain itu, men and women were equal in the Taiping kingdom. Women were allowed to serve in the civil and military administration, and there were repotedly 100,000 female soldiers and officers under the command of Hungs sister.42 Melalui penyataan tersebut, pembaharuan yang memberikan peluang kepada semua anggota masyarakat ini menarik minat masyarakat Cina selain daripada mereka dapat bekerja dan mencari pendapatan sendiri. golongan wanita mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam pentadbiran dan mendapat pekerjaan yang sekaligus membantu untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Tambahan lagi, ini membantu golongan balu untuk mencari pendapatan merekas sendiri.43 Peperiksaan awam untuk kemasukan bekerja dalam kerajaan juga telah diubah daripada menggunakan ajaran Konfusius kepada menggunakan ajaran agama Kristian.44 Semua anggota masyarakat mendapat peluang untuk mengambil peperiksaan ini dan mengikut rekod banyak yang lulus dalam peperiksaan yang dilaksanakan oleh Hong Xiu Quan. Keadaan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menceburkan diri dalam pentadbiran kerajaan tambahan lagi soalan yang diberikan adalah berdasarkan daripada
41 42

Ibid. Ibid, hal 235-236. 43 Ibid. 44 Ibid, hal 235.

dokumen kristian. Jika sebelum ini, mereka yang ingin mengambil peperiksaan perlu menghafal banyak fakta fakta Konfusius dan memerlukan wang untuk membeli buku, namun pembaharuan yang dijanjikan Hong Xiu Quan ini adalah lebih mudah. Rakyat boleh mendengar mengenai ajaran Kristian daripada golongan misionari dan ketua ketua yang memeluk agama kristian sahaja. Justeru, hal ini mendorong dalam memotivasikan golongan masyarakat untuk terlibat sama dalam Pemberontakan Taiping ini. 3.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, banyak faktor faktor yang menyumbang kepada pemberontakan Taiping ini. Namun, teras bagi kebangkitan ini dan persatuan yang ditubuhkan oleh Hong Xiu Quan adalah berasaskan ajaran agama Kristian. Beliau memanipulasikan ajaran agama Kristian untuk mengumpulkan pengikut pengikut bagi persatuannya. Mereka yang terlibat dengan pemberontakan ini akan masuk ke syurga kerana sanggup untuk bertarung nyawa. 45 Kebangkitan ini juga meliputi aspek sosial dan ekonomi yang pada masa itu menjadi penyumbang kepada Hong Xiu Quan untuk menggumpulkan anggota anggota bagi persatuannya. Kegagalan beliau dalam peperiksaan awam Cina sebanyak 4 kali menunjukkan bahawa Hong Xiu Quan berasa kecewa dan mencari inisiatif lain untuk membalas dendam kepada pemerintahan Qing. Tambahan lagi, keadaan hidup pada masa itu yang memudahkannya untuk melakukan pemberontakan. Pemberontakan ini merekodkan sejarah yang penting dalam kerajaan China disebabkan kebangkitan secara besar besaran yang dilakukan oleh rakyat Cina terutamanya golongan petani. Sejarah pemberontakan ini yang berlainan dengan pemberontakan lain memperlihatkan betapa besarnya peranan setiap faktor faktor pendorong daripada menggunakan fahaman agama kristian sehingga ketaranya kepincangan dan huru hara yang berlaku dalam kerajaan China pada masa itu. Agama kristian yang ketika itu tersebar di China menjadi batu loncatan kepada Pemberontakan Taiping ini berlaku selama 15 tahun.

45

Immanuel C.Y Hsu, 1995, The Rise of the Modern China, New York: Oxford University Press Inc, Hal249 250.

You might also like