You are on page 1of 17

Konsep dan Kepentingan Pergerakan Dalcroze (1950) pernah mengatakan cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan

cara melakukan (Learning by doing) kerana tubuh adalah alat yang paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara automatis, spontan ataupun terurus di mana ia melibatkan perancangan yang lebih tersusun melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif falam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal. Oleh itu, respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan pergerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak.

3.0 Konsep dan Definisi Pergerakan Muzik Terarah Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian. Menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang semikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Pergerakan pula didefinisikan sebagai sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik. Terarah bermaksud terkawal, di mana pergerakan yang melibatkan perancangan yang lebih tersusun. Potensi pergerakan yang terpendam dalam diri kanak-kanak boleh dimajukan dengan menggunakan muzik dan bentuk-bentuk irama tertentu membangkitkan intensiti dalam diri kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi, penglibatan diri secara aktif dan menyuburkan minat serta mempertingkatkan rasa keriangan. Kanak-kanak memperoleh keseronokan apabila mereka bergerak mengikut rentak irama. Aktiviti-aktiviti berirama paling sesuai terutamnya untuk kanak-kanak kecil. Ia juga dapat dijadikan sebagai jentera kepada pergerakan ekspresif. Penguasaan dan pengawalan pergerakan adalah penting untuk menjamin agar pengalaman-pengalaman pergerakan yang ditempuhi kanak-kanak itu benar-benar memuaskan dan menyeronokkan mereka. Seperti kata Barbara Mettler (1961), untuk membina kebebasan, kesedaran dan pengawalan dalam menggunakan badan sebagai alat penyataan dan pergerakan, dan juga sebagai media pernyataan. Apabila kanak-kanak memahami kenapa penguasaan dan kesedaran terhadap pergerakan itu penting, maka ia menjadi suatu pengalaman pembelajaran kepada mereka apabila mereka sedar bahawa mereka memainkan peranan dalam menentukan pergerakan mereka. Apabila kanak-kanak

bertambah mahir dalam menguasai semua elemen pergerakan, mereka dapat mengadunkan diri mereka ke dalam pergerakan-pergerakan mereka dengan cara yang lebih bersefahaman dan bermakna. Penguasaan ke atas pergerakan tubuh badan sendiri seperti berjalan, berlari, melompat, memusing dan sebagainya boleh meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap kemungkinan-kemungkinan pergerakan, bahan-bahan pergerakan dan pengalaman-pengalaman pergerakan. Mereka menguasai bentuk-bentuk (pergerakan) sendiri dalam ruang adalah satu lagi proses belajar bagi kanak-kanak. Adalah penting untuk menyedari tentang bentuk-bentuk tubuh badan mereka semasa berada dalam keadaan kaku dan dalam keadaan bergerak. Contohnya merespon dengan serta merta terhadap ujaran kata-kata seperti kaku atau berhenti memperlihatkan dengan jelas akan maksud maksud yang spesifik yang dimengerti oleh seseorang kanak-kanak seperti berhenti seperti sediakala, kekalkan bentuk anda, kekalkan imbangan badan, jangan bergerak dan lain-lain lagi. Kesan daripada kemahiran-kemahiran pergerakan tersebut akan memupuk disiplin dalam kalangan kanak-kanak.Jelas sekali bahawa pengalaman-pengalaman pergerakan mengajar kanak-kanak untuk menguasai dan menyedari tentang kemahiran-kemahiran pergerakan yang boleh digunakan bukan sahaja dalam pergerakan, tetapi juga dalam permainanpermainan, sukan, dan aktiviti-aktiviti harian. Persepsi mereka yang bertambah mantap itu juga boleh digunakan untuk bidang-bidang seni yang lain. Mereka mungkin menemui elemen-elemen geraktari dimanifestasikan melalui karya-kerya lukisan, muzik dan sastera, dan kesedaran mereka ini boleh membantu mereka mengapresiasi unsur-unsur jaluran, corak, warna dan bentuk dalam karya lukisan, melodi, harmoni dan lirik dalam seni muzik; dan bayangan-bayangan dalam kesusasteraan. Dalam bidang muzik, apabila kanak-kanak melakukan pergerakan dengan iringan muzik, mereka menyesuaikan diri mereka mengikut pergerakan dan rentak yang dilakukan oleh rakan-rakan atau pasangan-pasangan mereka. Ini akan menimbulkan rasa atau kesedaran terhadap kewujudan diri mereka sendiri

dan juga terhadap rakan-rakan yang lain. Proses ini sebenarnya merupakan wahana untuk mencetuskan idea dan perasan secara spontan dengan lebih yakin dan bebas.

4.0 Definisi dan Konsep Pergerakan Kreatif Secara umumnya, pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas, iaitu tubuh badan, ruang, masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di simpang

meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan, ritma dan kreativiti. Menurut Murray (1980), pergerakan kreatif merujuk kepada daya cipta seseorang untuk mencipta bentuk atau idea baru, menyusun objek, pola atau idea yang sedia ada untuk diintegrasikan ke dalam masyarakat. Lloyd (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan pergerakan-pergerakan

berentak untuk meluahkan perasaan dan pemikiran idea merupakan satu bentuk pernyataan yang unik. Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif Berirama untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ia membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari: untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming, 1976:4). Menurut pandangan Geraldine Dimondstein (1983) pula, pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea-idea, perasaan dan kesan-kesan

pancaindera kanak-kanak yang dilahirkan secara simbolik dalam bentuk-bentuk pergerakan yang menggunakan anggota-anggota fizikal. Persepsi beliau mengenai kepentingan bidang gerak tari dalam pendidikan telah dihuraikan dengan lebih lanjut dalam kenyataan beliau:

Bentuk seni gerak tari adalah berbeza daripada bentuk -bentuk seni yang lain, tidak seperti cat, tanah liat, bunyi atau perkataan-perkataan yang menjadi bahanbahan untuk seni tersebut; seni gerak tari menggunakan ruang, masa dan tenaga sebagai bahan-bahannya. Bahan-bahan ini menjadi perbendaharaan kata yang digunakan oleh setiap individu dalam melakukan pergerakan, yakni anggota tubuh bergerak melalui ruang dan gerak laku tersebut memerlukan masa serta menggunakan tenaga sebagai penggeraknya. Melalui paduan di antara pelbagai bahan tersebut, maka lahirlah bentuk, lapisan dan struktur pergerakan yang mencorakkan imej-imej yang memberi makna dan kesan melalui pancaindera kinestatik visual. Secara kesimpulannya, pergerakan kreatif merupakan aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalamanpengalaman dalam kegiatan pergerakan ini membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan. Terdapat enam elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran dan irama. Pengalaman geraktari dapat membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia merupakan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak.

5.0 Kepentingan Pergerakan Kreatif Kepada Kanak-Kanak Peranan pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan untuk

mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan motor dengan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan, dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan. Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak mempunyai minat yang mendalam terhadap kegiatan-kegiatan yang bertenaga. Kegiatan-kegiatan ini dapat membantu mereka mencari pengetahuan dan pengalaman dalam alam pembelajaran. Mereka mempunyai keinginan dan minat semulajadi terhadap rentak dan irama, gerak laku yang beritma, dan akan menggunakan daya kreativiti mereka untuk melakukan gerakan-gerakan spontan sesuai dengan rentak irama. Kanak-kanak pada umumnya dianggap sebagai nakal lantaran tingkah laku yang demikian memberi implikasi bahawa sifat suka bermain-main itu merupakan sebahagian daripada ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak. Bermain merupakan fitrah kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai sifat-sifat yang dinamik dan spontan serta naluri ingin tahu yang sukar dipuaskan (Dauer and Pangrazi 1983:11). Oleh kerana sifat-sifat ini mereka cenderung memperolehi pembelajaran melalui kegiatankegiatan berbentuk permainan yang menyeronokan. Dengan menyesuaikan naluri ingin bermain ini ke dalam bentuk pergerakan-pergerakan kreatif, akan mewujudkan situasi dan persekitaran yang dapat menyuburkan tumbesaran dan perkembangan semula jadi mereka. Pengalaman-pengalaman kreatif ini ada hubungkaitnya dengan pernyataan kendiri. Ia membabitkan keperluan untuk melahirkan idea-idea, berfikir, mencuba dan bertindak. Bentuk-bentuk ekspresi yang bersifat kreatif seperti melukis, memahat, membuat tembikar, berlakon, bermain alat-alat muzik, berdendang dan sebagainya adalah dianggap sebagai pendekatan-pendekatan terhadap pengalaman kreatif yang bersifat konvensional. Walaupun demikian, yang menjadi intisari ekspresi kreatif ialah aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal atau pergerakan merupakan bentuk ekspresi kreatif yang lazimnya menjadi kebiasaan kanak-kanak. Mengikut Fleming (1976:9), salah satu unsur yang paling dinamik dalam program kanak-kanak ini ialah pengalaman kreatif itu sendiri. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman sedemikian untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan dalaman mereka secara kreatif. Pengalaman-pengalaman ini mencetuskan satu dimensi baru dalam hidup mereka. Melaluinya kanak-kanak akan dapat merasakan hubungan padu di antara perlakuan berfikir, bertindak balas, penyampaian idea-idea, sikap dan citarasa. Dalam hubungan ini tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pergerakan kreatif merupakan satu penyelesaian terhadap persoalan

menyalurkan daya ciptaan dan produktiviti kanak-kanak. Mengikut Sandi Combest (1975:55), Selagi pendidikan untuk kanak-kanak menjadi semakin bersepadu dan berkembang sebagai agen pengkayaan personaliti total, maka pengalamanpengalaman yang melibatkan kanak-kanak ini secara menyeluruh dalam bentuk aktiviti-aktiviti ekspresif dan konstruktif dianggap amat signifikan.

Justeru, adalah amat penting diberi penekanan yang khusus terhadap permainan dan pengalaman yang bercorak imaginatif dan kreatif dalam sebarang aktiviti pergerakan kanak-kanak. Kreativiti dan pergerakan merupakan dua unsur yang mendasari kreativiti semula jadi dalam diri kanak-kanak. Perlakuan mereka tidak dibendung oleh sebarang batasan. Mereka berkhayal dan bertindak dengan bebas. Mereka mencipta pergerakan berdasarkan daya imaginasi dan kecekapan kreatif mereka serta berbangga dengan hasil ciptaan itu. Bagaimanapun, gerak laku mereka itu tidaklah boleh dipandang sebagai perlakuan olok-olok atau main-main kerana pada hakikatnya apa yang mereka lakukan itu sesungguhnya merupakan naluri perasaan dan rasa kekitaan mereka. (Dimondstein. 1983:44, 1971:6).

6.0 Aktiviti-Aktiviti Pergerakan Muzikal Terarah 1. Senamrobik / Senaman Aerobik Menurut Marta Dinata (2007), senam aerobik adalah siri gerak yang dipilih secara sengaja dengan cara mengikuti irama muzik yang dipilih sehingga melahirkan peruntukan ritma, kontinuitas dan tempoh tertentu. Senamrobik merupakan satu sistem gabungan antara rangkaian

pergerakan dan muzik yang sengaja dibuat sehingga muncul keselarasan antara pergerakan dan muzik tersebut untuk mencapai tujuan tertentu.

2. Drama Perkataan drama berasal dari kata Yunani Kuno draomai yang bermaksud bertindak atau berbuat dan drame yang berasal dari kata Perancis yang diambil oleh Diderot dan Beaumarchaid untuk menjelaskan lakon-lakon mereka tentang kehidupan kelas menengah. Secara umumnya, drama ialah melakukan gerakan dan melakonkan aksi. Menurut Sir John Pollock (1958), drama didefinisikan sebagai satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan dan klimaks serta kesimpulan. Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka secara terkawal dan sistematik. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam

pembelajaran iaitu salah satu alat bentu pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat

menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada peajar di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

3. Pantomin Pantomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan tersebut. Melalui aktiviti pantomin ini, kanak-kanak diberi peluang untuk melahirkan perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran lisan. Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, guru menerangkan apakah pentomin yang perlu dilakukan seseorang pelakon sebelum kanak-kanak berlokon. Contohnya, guru boleh berpantomin bagaimana menangkap ikan, memotong rumput dan sebagainya. Permainan teka-teki atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan pada pantomin. Kanak-kanak perlu melakonkan pantomin secara individu untuk memahirkan teknik-teknik itu dahulu sebelum mempentominan dengan dua orang apabila sudah mahir dalam teknik ini. Kanak-kanak boleh mencuba pantomin secara berkumpulan iaitu memerlukan penyelerasan dengan beberapa pelakon yang lain apabila telah mahir. Untuk pentomin kumpulan, seorang

pelajar boleh membaca cerita dengan suara yang kuat sambil melakonkan pantomin itu. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Guru dan pelajar yang menjadi penonton boleh menyediakan ruang lakonan dan peralatan yang diperlukan.

4. Teater Teater berasal dari kata Yunani, Theatron dalam bahasa Inggeris bermaksud Seeing Place iaitu tempat menonton. Secara umumnya, teater boleh diertikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di hadapan orang ramai. Teater merupakan satu bentuk seni persembahan yang menggabungkan 3 elemen utama yang sangat penting iaitu penonton, pelakon dan cerita. Terdapat juga gabungan elemen tambahan lain seperti pengcahayaan, kostum, props dan tempat persembahan. Tetapi jika tiada elemen tambahan pun, persembahan teater masih boleh diadakan.
Pengcahayaan

Tempat Persembahan

Props dan Kostum

Teater merupakan sesuatu yang hidup dan merupakan kombinasi pelbagai unsur seni seperi seni visual, muzik, tarian, lakon dan sebagainya. Ia menggambarkan atau mencerminkan masyarakat realiti. Ia berbeza dengan

drama tv atau di filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan boleh mewujudkan interaksi 2 hala.

7.0 Aktiviti-Aktiviti Pergerakan Kreatif 1. Makyung Makyung berasal dari kerajaan lama Patani, yang sekarang menjadi sebahagian daripada Thai Selatan. Dalam Hikayat Patani, cerita Sembilan Belas, mencatatkan tentang kumpulan opera yang berkemungkinan merujuk kepada makyung. Ia berasal dibawa ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu dan dari sana ke Kedah. Selepas kemangkatan Sultan Mohamad IV pada tahun 1920, makyung tidak lagi dikhaskan sebagai permainan istana khusus untuk raja dan kaum kerabatnya, tetapi mula dipersembahkan untuk rakyat biasa. Dalam proses transisi ini, makyung kehilangan banyak ciri-ciri kehalusan yang berkaitan dengan permainan istana. Akibat perubahan dari istana ke kampung, makyung dalam usahanya menarik penonton baru, telah menyerapkan ciri-ciri dan keanehan kehidupan rakyat biasa. Walaubagaimanapun makyung hari ini masih lagi melambangkan sebilangan ciri-ciri istana dalam bahasa, muzik dan tariannya. Pada masa dahulu, makyung dimainkan untuk berbagai-bagai upacara; tetapi yang terpenting ialah selepas menuai sebagai tanda kesyukuran dan pada ketika-ketika lain untuk berdamping dengan semangat-semangat tertentu. Selain itu, Makyung boleh dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Tetapi pada hari ini makyung pada umumnya dimainkan untuk upacara-upacara sekular seperti perkahwinan, hari keputeraan sultan, dan hari kelepasan umum. Cerita Makyung merupakan sebuah hasil sastera rakyat. Cerita-cerita Makyung diperturunkan secara lisan dan sarat dengan pengajaran atau unsurunsur moralnya. Kanak-kanak boleh mempelajari sesuatu pengajaran melalui cerita-cerita Makyung tersebut. Secara ringkasnya, Makyung merupakan suatu bentuk dramatari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan

bersahaja. Dramatari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah serta di Kepulauan Riau-Indonesia.

2. Main Peranan Main peranan merupakan satu lakonan spontan yang melibarkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip. Dengan kata lain, main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba meyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Kanak-kanak diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada kanak-kanak dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan lain-lain. Selepas itu, kanak-kanak perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakonkannya mengikut situasi tersebut. Antara watak-watak yang disukai mereka ialah doktor, polis, guru dan sebagainya.

3. Tarian Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki, dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian. Kanak-kanak terutamanya kanak-kanak

prasekolah paling suka menyanyi dan menari. Tarian merupakan aktiviti yang sering dilakukan di prasekolah.

Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan terdiri daripada kaum melayu, cina, india, iban, sumazau, kadazandusun dan sebagainya. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contohnya tarian zapin, gamelan, kipas, ngajat dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Justeru, melalui tarian, kanak-kanak boleh mempelajari dan menghayati budaya setiap kaum di Malaysia. 4. Dekon Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon. Dekon dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi atau sajak dan pada masa yang sama berlakon. Contohnya, seorang kanak-kanak akan mendeklamasikan sajak atau puisi dan pada masa yang sama, seorang atau beberapa orang kanak-kanak akan melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak atau puisi. 5. Gimnastik Gimnastik ditakrifkan sebagai bentuk senaman yang sistematik yang direka untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu terhadap tubuh badan. Latihan latihan dirian, gulingan, lompatan imbangan dan sebagainya serta aktiviti-aktiviti yang menggunakan peralatan-peralatan, baik kecil mahupun besar, adalah aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam bidang gimnastik. Jenis-jenis aktiviti ini menyediakan asas untuk perlakuan-perlakuan fizikal di mana elemen-elemen kekuatan, kelenturan, ketangkasan, daya tenaga, ketahanan otot dan imbangan boleh dipertingkatkan dengan cara tertentu. Situasi pembelajaran yang amat individualistik juga boleh membantu membentuk sifat-sifat seperti ketekunan, kecekalan, keberanian dan keyakinan kendiri. Gimnastik dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik dan gimnastik irama.

Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti-aktiviti tersebut kerana mereka tertarik kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti melompat, memanjat, bergayut, menggolek, memusing, mengalih dan sebagainya. Seorang kanakkanak yang tertarik dengan sesuatu bentuk pergerakan gimnastik dan ingin menguasainya terpaksalah bergantung kepada keupayaan dan usahanya sendiri bagi mengatasi rintangan-rintangan seperti ketinggian, masa, daya kuasa dan ruang. Kepuasan yang mereka perolehi akan mendorongnya untuk meneruskan kegiatannya, dan dengan hati yang tabah sanggup menghadapi masalahmasalah yang jauh lebih mencabar. Kanak-kanak juga boleh memanipulasi pelbagai alatan seperti tali, bola gym, gelung dan belatan untuk melakukan pelbagai pergerakan kreatif.

8.0 Rumusan Secara intihannya, pemilihan sesuatu aktiviti dan cara mendorong kanak-kanak untuk belajar hendaklah diasaskan kepada perkembangan sifat-sifat tabii dan keperluan-keperluan mereka. Kegiatan-kegiatan yang dirancang itu tidak hanya mencabar keupayaan kanak-kanak malahan perlu dibentuk dengan cara tertentu supaya mempunyai ciri-ciri keselamatan. Ini memberi peluang kepada para pengajar yang terlibat supaya dapat membimbing kanak-kanak menyedari tentang batasan-batasan keupayaan dan kemampuan mereka. Para guru tidak harus terlalu mengawal pergerakan kanak-kanak yang cuba melakukan pergerakan yang mencabar kerana ini akan membantut keupayaan mereka. Kanak-kanak memerlukan perhatian daripada guru-guru mereka dalam segala perlakuan. Para guru boleh melakukannya melalui katakata rangsangan, pujian dan maklum balas yang positif semasa mereka melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan. Sikap dan tingkah laku terpuji dapat dibina serta diperkukuhkan dalam sanubari kanak-kanak. Persekitaran yang merangsangkan adalah penting dalam menyediakan kepelbagaian dan cabaran yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat. Pengalaman-pengalaman baru dalam aktiviti pergerakan akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk cuba mencipta idea-idea baru mengenai pergerakan serta menggalakkan mereka berkongsi idea-idea tersebut dengan rakan-rakan mereka. Perkembangan sosial mereka akan meningkat secara tidak langsung. Peringkat umur prasekolah merupakan peringkat yang paling sesuai untuk didedah kepada mereka aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif.

You might also like