You are on page 1of 6

Agenda 21 Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negaranegara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan. Terdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama iaitu simensi sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat keputusan. Manakala bahagian kedua ialah pemeliharaan dan pengurusan sumber untuk pembangunan termasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran. Seterusnya adalah memperkasakan peranan kumpulan besar iaitu peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pekerja. Bahagian yang terakhir iaitu menekankan perlaksanaan adalah berkaitan dengan sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme antarabangsa dan mekanisme kewangan. Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif untuk menangani masalah global alam sekitar di kedua-dua negara sudah membangun dan sedang membangun dengan memberi penekanan kepada penyelesaian konflik di antara isu ekonomi dan isu alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara mempunyai jurang sangat besar di antara pendudukmiskin dan penduduk kaya jika dibandingkan dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu.

Akibat dari itu keselamatan politik, social dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebihan mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.

Deklasrasi Langkawi 1989

Deklasi langkawi ialah persetujuan yang ditanda tangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara Komanvel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran. Deklarasi langkawi diperkenalkan ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah CHOGM pada Oktober 1989. CHOGM ialah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketuaketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Setiap dua tahun, mesyuarat ini akan dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza, biasanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. Semasa persidangan CHOGM tersebut Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dan seterusnya mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.Deklarasi ini misalnya mendorong negara anggota miskin turut memberi perhatian kepada isu itu ketika mereka membangunkan ekonomi masingmasing. Sejak Deklarasi Langkawi 1989 dan Deklarasi Kuala Lumpur 1992 berkenaan Alam Sekitar dan Pembangunan, Kerajaan telah memberi penekanan tentang kepentingan penghijauan bukan saja di negara kita tetapi juga dunia. Malaysia berpegang kepada pernyataan prinsip bagi hutan dalam Agenda 21 yang dipersetujui di Persidangan Antarabangsa Alam Sekitar di Rio de Janeiro dalam tahun 1992. Dalam pernyataan itu semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok. Sebarang kerja penanaman pokok bukanlah untuk diri atau persekitaran negara tetapi ia turut menyumbang kepada peningkatan kualiti alam sekitar dunia, seperti cuaca, pengudaraan, sumber-sumber air, kepelbagaian biologi (flora dan fauna) dan pengeluaran makanan.

Protokol Kyoto Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004. Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak

pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global. Pada Februari 2005, iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini telah disahkan dan diterima pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili 61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca. Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol tersebut, termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria. Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan dan matlamat protokol ini, dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui jalan buntu.

Persidangan Johanesburg, Earth Summit (2002) Sidang Kemuncak Bumi tentang Pembangunan Mapan diadakan di

Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Setiap profail mengandungi 40 hasrat Agenda 21, termasuklah isu-isu yang menjadi keutamaan CSD sejak 1997, termasuklah perdagangan, tenaga, pengangkutan, perindustrian mapan, dan pelancongan mapan. Persidangan Kemuncak Bumi ini memberi satu pandangan yang optimistik terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran untuk semua golongan manusia di dunia. Semua orang di dunia berhak menikmati pembanguan

lestari tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur atau di Barat dan di Utara atau Selatan. Persidangan itu juga bertujuan memperteguhkan usaha-usaha pembangunan secara lestari dengan meminimumkan pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar secara tempatan, wilayah atau global akibat daripada penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan, perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air dan udara. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk membangun dan menyokong persetujuanpersetujuan antarabangsa untuk mengawal pemanasan global danbahan cemar.

You might also like