You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 2 / TAHUN 2011

KOD KURSUS : HBEF 2303

TAJUK KURSUS
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

760226095092001

NO. KAD PENGNEALAN

760226 09 - 5092

NO. TELEFON

0198018931

E-MEL

rosfarizajaafar@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

HBEF 2303

PENGENALAN
Sektor industri pengajaran di negara yang makin berubah secara dinamis akan mengalami
banyak perubahan dan pembaharuan pada abad ke 21 ini. Pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) merupakan satu pendekatan yang sering digunakan disekolah bagi
meningkatkan mutu dan taraf pendidikan, dimana ianya merupakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan interaktif. Oleh itu, para guru perlulah
bersiap sedia menerima segala perubahan paradigma ini dan mula berusaha menggunakan
komputer dengan lebih baik. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran berbantu
komputer (PPBK) dapat mendorong murid menanam sifat berdikari semasa mempelajari
dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Hal ini, selaras dengan kurikulum sekolah iaitu
pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru guru
dalam proses penghasilan bahan bahan PPBK akan dapat membantu mempertingkatkan
lagi kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya.
Kurikulum sekolah yang telah digabung dengan aspek teknologi merupakan sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang lebih positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang
hanya berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif
dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini

( KPM 1997 ).

Perkembangan cara belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap


maklumat dan sebagainya. Murid juga harus diberi peluang untuk menentukan teknik
belajar yang bersesuaian dengan diri mereka agar suasana pembelajaran menjadi lebih
menarik dan berkesan.
Dengan ada komputer serta teknologi moden di dalam bidang pendidikan dapat
membantu meringankan beban serta kekeringan idea yang wujud di dalam pembelajaran
tradisional. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ),
penggunaan komputer adalah tertumpu kepada cara strategi sesuatu persembahan
maklumat yang digunakan bagi memindahkannya kepada ilmu pengetahuan yang
bermakna serta bermanfaat. Isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau
2

HBEF 2303

dipersembahkan semula dengan menggunakan media yang lebih menarik serta boleh
meransangkan minda murid .

HBEF 2303

DEFINISI PERISIAN
William & Louis ( 1993 ) mendefinasikan perisian sebagai jujukan suruhan yang
terperinci. Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi fungsi
tertentu untuk membolehkan komputer meginput, menyimpan, membuat keputusan,
mengolah secara aritmetik dan output data dalam jujukan yang betul.
Capron ( 1996 ) pula menyatakan perisian sebagai satu arahan atau aturcara yang
dirancang langkah demi langkah untuk menukarkan data dan maklumat yang
menyebabkan komputer berfungsi.
Dalam konteks kajian ini, perisian ialah satu aturcara dokumentasi yang menjalankan
rutin dan prosedur tertentu.

RANCANGAN PENILAIAN
Menurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu,
a)

Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting

b)

Mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari dokumentasi yang


dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.

c)

Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil
meneliti ciri yang sedia ada .

d)

Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Norhashimah (1996) tumpuan penilai apabila menilai sesebuah perisian kursus
ialah :
a)

Senang untuk diedarkan kepada pelajar.

b)

Mempunyai dokumentasi yang lengkap.


4

HBEF 2303

c)

Mempunyai panduan pengguna yang jelas.

d)

Skrin yang ramah pengguna.

e)

Menggunakan ruang ingatan yang optima.

f)

Dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

Proses penilaian perisian kursus PPBK ini haruslah mengambil kira isi kandungan
perisian yang dibina. Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan kepada murid,
mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau implisit, aspek nilai-nilai murni
dan ketepatan isi kandungan. Aspek pedagogi juga dipertimbangkan seperti
maklumbalas perisian terhadap murid semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian
yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada pengguna. Penilaian
perisian kursus ini akan dilaksanakan melalui penilaian sumatif.

DIFINISI ISTILAH
Perisian bentuk tutorial
Model struktur perisian ppbk yang di bina ini menggunakan struktur pedagogi tutorial.
Rajah di bawah menunjukkan struktur pedagogi tutorial yang di gunakan.

Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam


Tutorial (Sumber Allessi & Trollip)

Bahagian
Pengenalan

Penutup

Persembahan
Maklumat

Maklum Balas atau


Ulang Kembali

Soalan dan
Tindak Balas

Keputusan
Tindak Balas

HBEF 2303

Struktur tutorial yang akan di gunakan dalam perisian ppbk ini akan disusun seperti
berikut:
a. Pengenalan kepada tajuk kandungan yang menjelaskan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang perlu dicapai.
b. Persembahan maklumat akan menyampaikan segala maklumat yang hendak
dipelajari. Persembahan maklumat yang disampaikan dalam bentuk teks, audio,
rajah grafik dan imej sebenar.
c. Soalan/aktiviti dan gerak balas ini merupakan suatu bentuk latihan yang akan
diberikan kepada pelajar selepas selesai menonton perisian tersebut supaya pelajar
akan bertindak balas terhadap pekara yang telah di pelajari.
d. Penilaian gerak balas akan di buat sendiri oleh pelajar untuk membandingkan
latihan yang telah di buat dengan jawapan yang telah di sediakan.
e. Maklumbalas merupakan proses yang dilakukan oleh pelajar secara kendiri untuk
membuat keputusan samada perlu mengulang semula pelajaran yang telah di ikuti
atau membuat semula latihan yang diberikan oleh guru.
f. Penutup- pengajaran dan pembelajaran tamat.
Tutorial juga digunakan dalam latihan ( Scheafermeyer, 1990 ). Ianya juga dapat
digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah ( Alessi & Trollip, 1985 ) dan
mengajar konsep konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan
menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer
membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang murid.
Tutorial membolehkan murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Murid yang
cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat manakala murid lemah pula dibimbing
melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Sekiranya perlu, murid boleh mengulangi
pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan
pelajaran yang disampaikan.

HBEF 2303

OBJEKTIF KAJIAN
Antara tujuan kajian ini dilakukan adalah seperti berikut :
1)

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) lebih menarik,


tambahan pula pelajar boleh belajar sendiri tanpa bantuan guru.

2)

Menilai aspek isi kandungan, teknikal dan dokumentasi perisian berbentuk


tutorial ini, dalam menepati keperluan perlaksanaan proses pembelajaran
masteri berbantukan komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk tahun
enam ini.

3)

Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan tidak hanya bergantung


kepada kaedah chalk and talk yang kadang kala boleh menyebabakan
murid cepat menjadi bosan dan seterusnya hilang tumpuan.

4)

Menilai keberkesanan penggunaan perisian, agar dapat meningkatkan


motivasi murid darjah 6 bagi matapelajaran Bahasa Melayu.

5)

Dapat mengurangkan tekanan murid dan seterusnya meningkatkan lagi


tumpuan murid dalam proses pembelajaran

BATASAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan inni adalah terhad kepada lokasi, sampel, tajuk dan masa yang
sesuai sahaja. Dalam kajian ini, responden atau subjek kajian hanyalah terbatas kepada
murid yang belajar di tahun 6 tanpa mengira bangsa dan agama. Kajian ini dijalankan di
sebuah sekolah di daerah Kuching iaitu SK Tabuan Hilir. Tujuan kajian inni diadakan
adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian berbentuk tutorial sebagai alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.

HBEF 2303

METODOLOGI KAJIAN
Metadologi merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan satu
hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan
oleh dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta
hipotesis hipotesis yang akan digunakan dalam kajian. Antara aspek yang dibincangkan
termasuklah dari segi reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, instrumen kajian,
analisis kajian dan pembinaan perisian yang digunakan.

INSTRUMEN KAJIAN
Alat ukur atau dikenali juga sebagai instrumen kajian adalah sangat penting bagi
mencapai objektif dalam sesuatu proses penyelidikan. Instrumen yang digunakan kajian
ini ialah borang soal selidik. Menurut Majid Konting (1998) penggunaan borang soal
selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh
responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji.

BORANG SOAL SELIDIK


Borang soal selidik digunakan semasa membuat kajian ini dimana, murid murid
diberikan borang soal selidik selepas menggunakan perisian ini. Di dalam borang soal
selidik, penilaian dikelaskan kepada tiga kriteria iaitu isi kandungan, aspek teknikal dan
dokumentasi. Item item ini digunakan untuk menguji tahap keberkesanan selepas
menggunakan perisian tersebut. Borang soal selidik tersebut adalah berbentuk objektif.
Skala Likert digunakan dalam mengukur keberkesanan penggunaan perisian tersebut.
Skala Likert ditunjukkan seperti berikut :-

HBEF 2303

sangat setuju

setuju

tidak setuju

sangat tidak setuju

Untuk menilai keberkesanan penggunaan perisian dalam meningkat motivasi murid tahun
6 dalam matapelajaran Bahasa melayu , seterusnya borang soal selidik disediakan dan
diedarkan kepada murid untuk diisi. Dapatan dari borang soal selidik tersebut seterusnya
dianalisis dan di buat rumusan dengan tepat berdasarkan data yang diperolehi. Ini kerana
borang soal selidik ini akan menjadi bukti kepada hasil analisis dalam menilai
keberkesanan menggunakan perisian pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

KAEDAH MENGANALISIS DATA


Dalam membuat analisis data, saya telah mengumpul maklumat yang bersesuaian bagi
memastikan persoalan kajian dapat dirungkaikan dan dijawab dengan baik. Kaedah
membuat analisis dilakukan berdasarkan kepada data yang diperolehi daripada hasil
pengisian borang soal selidik oleh murid - murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tabuan
Hilir. Borang soal selidik yang telah diisi dan dikutip semula dengan menggunakan
kaedah yang bersesuaian. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan perisian Skala
Likert untuk mendapatkan hasil dari kajian tersebut.
Data data yang dikumpul dan seterusnya dianalisis dengan tepat akan mampu
menghasilkan perolehan dapatan yang baik. Kajian awal berkenaan latar belakang
sekolah tersebut telah dibuat agar proses penilaian ini dapat berjalan dengan lancar,
dimana, pengkaji juga telah membuat catatan berkenaan dengan maklumat yang
dikehendaki sebelum menyediakan borang soal selidik untuk tujuan kajian.

HBEF 2303

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Analisis yang telah dijalankan untuk mengkaji tentang keberkesanan perisian kursus bagi
pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ) di bahagikan kepada tiga kriteria iaitu dari
segi isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. Dapatan dari borang soal selidik
yang telah diisi oleh murid adalah seperti berikut :

A) Kriteria dari segi isi kandungan


JUMLAH
1. Isi kandungan perisian sesuai

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

3. Isi kandungan perisian tiada kesalahan.

1 2 3 4

30

4. Pengajaran dengan menggunakan perisian

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

dengan pengajaran.
2. Isi kandungan disusun dengan
menarik dan teratur.

lebih mudah difahami.


5. Dengan menggunakan perisian pengajaran
menjadi lebih teratur.
6. Maklumat yang disampaikan dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada.

7. Penyampaian dengan menggunakan


perisian lebih menarik.
10

HBEF 2303

8. Contoh yang diberikan realistik dan

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

12 3 4

30

1 2 3 4

30

0 72 120 168

360

bersesuaian dengan topik.


9. Bahasa yang digunakan mudah
dan senang difahami.
10.Mudah untuk mengendalikan perisian
yang disediakan.
11. Aras kesukaran adalah
bersesuaian dengan tahap anda.
12. Perisian bersesuaian dengan
peringkat umur.

Berdasarkan jadual di atas, seramai 30 orang murid telah menjawab soalan tersebut, dan
setiap soalan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut likert mata. Oleh itu, jumlah
jumlah jawapan yang akan di perolehi sebanyak 360 iaitu ( jumlah murid seramai 30
orang didarab dengan 12 soalan yang dikemukakan ). Dapatan maklumat soal selidik
berkenaan dengan penilaian perisian tersebut, dipersembahkan dalam graf bar seperti
dibawah.

11

HBEF 2303

BIL MURID SERAMAI 30 ORANG


14
12
10
8
6

BILMURID

4
2
0

SKALA SKALA SKALA SKALA


LIKERT1 LIKERT2 LIKERT3 LIKERT4

Daripada graf bar diatas, dapat dilihat bahawa peratusan murid yang menjawab soal
selidik dengan skala likert sangat setuju dan setuju bagi kriteria isi kandungan adalah
paling tinggi iaitu sebanyak 47 % dan 33 % dari jumlah keseluruhan. Manakala yang
menjawab tidak setuju sebanyak 20 %. Didapati juga 0 % yang menjawab sangat tidak
setuju. Ini menunjukkan bahawa penilaian perisian berdasarkan kriteria isi kandungan
berada pada tahap baik.

B) Kriteria dari segi aspek teknikal


JUMLAH
1. Objektif pengajaran dinyatakan

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

dengan jelas dan bersesuaian.


2. Subtopik pengajaran dinyatakan
dengan baik dan berkesan.
3. Grafik, animasi, audio dan gambarajah
serta audio adalah sesuai dan dapat
12

HBEF 2303

menarik minat murid.


4. Soalan yang disediakan bersesuaian dan

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

7. Penyampaian yang mudah difahami.

1 2 3 4

30

8. Persembahan yang disediakan dalam pelbagai

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

27 54 81 108

270

mencabar.
5. Pengguna boleh mengendalikan dengan
lebih mudah.
6. Program yang disediakan menarik
dan berkesan.

cara.
9. Teknik persembahan adalah menarik
berbanding dengan pengajaran tradisional.

Berdasarkan jadual di atas, seramai 30 orang murid telah menjawab soalan tersebut, dan
setiap soalan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut likert mata. Oleh itu, jumlah
jumlah jawapan yang akan di perolehi sebanyak 270 iaitu ( jumlah murid seramai 30
orang didarab dengan 9 soalan yang dikemukakan ). Dapatan maklumat soal selidik
berkenaan dengan penilaian perisian tersebut, dipersembahkan dalam graf bar seperti
dibawah.

13

HBEF 2303

BIL MURID SERAMAI 30 ORANG


12
10
8
6
BILMURID

4
2
0

SKALA SKALA SKALA SKALA


LIKERT1 LIKERT2 LIKERT3 LIKERT4

Daripada graf bar diatas, dapat dilihat bahawa peratusan murid yang menjawab soal
selidik dengan skala likert sangat setuju dan setuju bagi kriteria aspek teknikal adalah
paling tinggi iaitu sebanyak 40 % dan 30 % dari jumlah keseluruhan. Manakala yang
menjawab tidak setuju sebanyak 20 %. Didapati juga 10 % yang menjawab sangat tidak
setuju. Ini menunjukkan bahawa penilaian perisian berdasarkan kriteria aspek teknikal
berada pada tahap baik.

C) Kriteria dari segi dokumentasi


JUMLAH
1. Perisian sesuai untuk dijadikan

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

alat bantu pengajaran dan


pembelajaran.
2. Kandungan perisian bersesuaian
dengan subjek Bahasa Melayu Tahun 6.
3. Perisian adalah bersesuaian dengan
14

HBEF 2303

murid.
4. Saya bermotivasi untuk menggunakan

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

1 2 3 4

30

28 42 56 84

210

perisian dalam pembelajaran.


5. Penggunaan perisian ini adalah
berkesan dan boleh membantu dalam
pembelajaran.
6. Saya berminat untuk menggunakan
perisian ini dirumah, untuk tujuan
ulangkaji.
7. Penggunaan perisian ini adalah mudah
difahami serta boleh membantu murid
dalam pelajaran dan penggunaannya hendaklah
diperluaskan.

Berdasarkan jadual di atas, seramai 30 orang murid telah menjawab soalan tersebut, dan
setiap soalan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut likert mata. Oleh itu, jumlah
jumlah jawapan yang akan di perolehi sebanyak 210 iaitu ( jumlah murid seramai 30
orang didarab dengan 7 soalan yang dikemukakan ). Dapatan maklumat soal selidik
berkenaan dengan penilaian perisian tersebut, dipersembahkan dalam graf bar seperti
dibawah.

15

HBEF 2303

BIL MURID SERAMAI 30 ORANG


12
10
8
6
BILMURID

4
2
0

SKALA SKALA SKALA SKALA


LIKERT1 LIKERT2 LIKERT3 LIKERT4

Daripada graf bar diatas, dapat dilihat bahawa peratusan murid yang menjawab soal
selidik dengan skala likert sangat setuju dan setuju bagi kriteria dokumentasi adalah
paling tinggi iaitu sebanyak 40 % dan 27 % dari jumlah keseluruhan. Manakala yang
menjawab tidak setuju sebanyak 20 %. Manakala 13 % lagi yang menjawab sangat tidak
setuju. Ini menunjukkan bahawa penilaian perisian berdasarkan kriteria dokumentasi
berada pada tahap baik.

KELEBIHAN PERISIAN
Rashid Azizan & Abdul Habib ( 1995 ) menyatakan ( PPBK ) dapat memberikan
kebaikan kebaikan dalam pengajaran terancang, pengajaran individu, pengajaran
pengayaan dan pengajaran pemulihan. Antara kelebihan dalam menggunakan perisian ini
ialah seperti :
a)

Murid murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Ini
disebabkan terdapat paparan seperti grafik yang berwarna warni, reka bentuk
paparan yang teratur dan kemas dapat menarik perhatian murid
16

HBEF 2303

b)

Penjelasan sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan berbanding dengan cara
melukis di papan tulis.

c)

Penggunaan perisian ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran


individu dimana pelajar boleh belajar mengikut kecepatan proses pembelajaran
masing masing. Jesteru itu dapat menyelamatkan masa pembelajaran
berbanding dengan pengajaran secara biasa dalam bilik darjah.

d)

Peneguhan yang sangat positif dalam diri murid, dimana murid akan bertindak
balas serta merta dan secara peribadi apabila melihat sesuatu yang menarik.

KELEMAHAN PERISIAN
Kelemahan yang dapat dikesan dalam perisian ini adalah seperti berikut:
a)

Tiada kaedah pengukuhan disediakan dalam perisian tutorial tersebut.

b)

Tiada penerangan lisan yang disediakan perisian tersebut

c)

Gambar buah buahan yang ditayangkan terlalu cepat, dimana murid tidak
sempat untuk untuk melihat dengan lebih terperinci bentuk

buah buahan

tersebut.

CADANGAN
Berdasarkan daripada analisis kajian yang telah diperolehi, pengkaji yang bertindak
sebagai penilai ingin mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan
oleh pihak pihak berkenaan. Antara cadangan pengkaji ialah seperti mempertingkatkan
penggunaan perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah sekolah di
seluruh negara. Perkara ini penting bagi memudahkan murid menerima pengajaran
daripada guru selain menjimatkan masa semasa proses P & P selain menambahkan lagi
pemahaman murid terhadap sesuatu tajuk.

17

HBEF 2303

Kerajaan juga perlulah memberi lebih banyak pendedahan tentang teknologi pendidikan
kepada guru- guru seperti kursus penggunaan teknologi pendidikan dan sebagainya bagi
memastikan guru- guru tidak ketinggalan dalam kepesatan bidang ICT di Malaysia. Ini
wajar bagi menyediakan guru- guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang ICT bagi menjamin penghasilan pelajar yang berkualiti dari aspek rohani dan
jasmani sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan

KESIMPULAN

Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju sebuah negara maju,
dengan pelancaran MSC (Multimedia Super Coridor). Idea ini telah diilhamkan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir Bin Mohammad pada 27
Ogos 1995. Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat (ICT) yang sangat penting
kepada negara untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mampu berdaya saing
dengan negara-negara maju di dunia khususnya kumpulan 8 (G8). Projek ini juga telah
menjadikan dunia tanpa sempadan serta meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf
pendidikan rakyat, peningkatan kajian dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi,
peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran kerajaan elektronik, cekap,
bersistem dan efisyen. Di bawah MSC, terdapat 7 cabaran utama telah diperkenalkan dan
salah satunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan ICT sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran.
Impak dari MSC ini, Program Sekolah Bestari telah dilaksanakan pada bulan Julai 1997.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi berkenaan penilaian terhadap perisian
berbantukan komputer , jelas menujukkan perisian pembelajaran berasaskan laman web
dengan menggunakan kaedah tutorial berjaya membantu responden dan pengguna serta
pengajaran dalam p&p. Dengan bantuan-bantuan dan bukti melalui kajian pengkaji lain,
ia dapat mengukuhkan lagi kesahan data di dalam kajian yang dilaksanakan ini.
18

HBEF 2303

Pengkaji berharap perisian pembelajaran berasaskan komputer dapat memberi manfaat


dan sumbangan dalam usaha mepelbagaikan corak p&p. Kajian ini juga diharap dapat
membantu menambahkan kajian berkenaan perisian pembelajaran berasaskan komputer
dan juga membantu menyokong kajian-kajian atau menjadi rujukan oleh pengkaji lain.

19

HBEF 2303

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media Pengajaran Bahasa dan
Sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Alessi, S.M & Trollip.1991. "Computer Based Instruction: Methods And


Development". (2nd Ed). NJ: Ptrentice Hall Inc.

Baek M.H. (1999). Vocational education reform: International trends and implication.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal Pendidikan Guru


Bahagian Pendidikan Guru (bil 15, tahun 2002): Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Capron, H. L. 1997. Computers: Tools for an information age. USA: Addison-Wesley.


Dewey, J.

Cresswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dick, W., and Reiser , R.A.(1989). "Planning Effective Instruction." Prentice Hall.
Ed. ke-2. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

20

HBEF 2303

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & distribution SDN BHD.

Mohd. Majid Konting. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Ed. ke-4.


Kuala Lumpur:

Norhashimah Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan Komputer.DBP.Kuala Lumpur


on Korean education. Tesis Sarjana Pendidikan. EwhaWoman University.
Pearson Merill Prentice Hall.

Ramlee Mustapha. (1999). The role of technical and vocational education in the
Tesis Ph. D. University of Purdue, Indiana, USA.
Universiti Teknologi Malaysia (2008). Learning Goal Programming Using an
Interactive

Multimedia

Courseware:

Design

Factors

and

Preferences. Journal Of Multimedia and Hypermedia, 17(1), 59-79.

21

Students

HBEF 2303

22

You might also like