You are on page 1of 7

Refleksi Kokorikulum Persatuan WAJ 3113 Kelab Sihat dan Cergas SKPJ Siti Salwa bt Samsudin

"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah merancang sebuah aktiviti Kelab dan Persatuan, di sekolah pelajar menjalankan sesi praktikum. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah bagi menjadi kayu ukur sejauh mana aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat membantu merealisasikan hasrat FPK untuk mengahsilkan pelajar yang seimbang disamping penerapan nilai dan etika dalam diri pelajar. Bagi menjayakan tugasan ini, saya dan rakan praktikum dibawah Kelab Sihat dan Cergas telah merancang satu program iaitu Ceramah kesihatan di sekolah tersebut dengan memanggil seorang penceramah luar untuk menyampaikannya kepada ahli kelab dan persatuan tersebut. Sekolah telah dipilih sebagai lokasi program kerana ia merupakan lokasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti persatuan ini disamping penerapan nilai murni kerana pembentukan diri seseorang kebanyakannya bermula daripada bangku sekolah seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya dalam sesi praktikum fasa 2 dan program ini dijalankan dalam tempoh separuh hari iaitu ketika waktu kokorikulum. Projek Persatuan ini melalui program yang kami namakan program Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat penting bagi meningkatkan tahap kesihatan bukan sahaja dari segi jasmani malahan emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini dapat melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran itu, aktiviti sebegini diharapkan dapat melahirkan warga Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Program ini mendedahkan tentang pemakanan dan

gaya hidup secara sihat yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Muridmurid perlu tahu dengan gaya hidup secara hidup dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin tentang pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Di awal perangkaan bagi menjalankan projek ini, saya sangat takut dan risau untuk melaksanakannya tambahan pula saya tidak berpengalaman mengendalikan projek yang besar di sekolah mahupun di maktab dengan berbekalkan tenaga dua orang individu sahaja sebagai main master. Tanpa pengalaman dalam menjayakan projek seperti ini, menambahkan lagi kebimbangan untuk merangka satu aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diajar nanti. Walaubagaimanapun, semangat saya tidak rapuh sama sekali. Berasaskan kepada pengetahuan yang diperolehi semasa menjayakan aktiviti di maktab dan juga bimbingan dari guru pembimbing di sekolah, kami cuba untuk merangka satu aktiviti yang dapat menarik minat dan merangsang murid-murid untuk terlibat secara aktif dalam program yang kami jalankan dan bukan itu sahaja, kami mahukan melalui program ini murid-murid mempunyai pengetahuan yang betul untuk menjaga kesihatan. Sebagai guru, saya tidak harus lemah semangat dan berputus asa. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kami tidak mahu apa yang saya lakukan ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Berpegang kepada prinsip itu, saya dan rakan cuba untuk membuat yang terbaik. Saya turut membuat rujukan berdasarkan sumber lain dan bertanya kepada guru pembimbing saya dan juga merupakan guru pembimbing Kelab dan Persatuan Sihat dan Cergas, En Abdul Fattah bagi mendapatkan sumber dan idea yang lebih baik. Saya bersyukur kerana mendapat beliau sebagai guru pembimbing dan penasihat saya dalam aktiviti yang dirancangkan ini. Banyak ilmu yang dikongsi dan diberikan tanpa lokek kepada saya. Semuanya akan saya gunakan sepanjang perjalanan saya menjadi seorang pendidik. Mengimbau kepada perancangan yang saya lakukan semasa menjayakan program ini, saya tidak dapat nafikan pelbagai usaha yang saya dan rakan lakukan untuk memanggil pelbagai pihak bagi bekerjasama dengan kami menjayakan program ini. Terdapat beberapa pihak yang kami panggil dan kebanyakannya kami menemui jawapan buntu, iaitu tidak dapat memberikan kerjasama. Saya dan rakan

juga hampir berputus asa untuk meneruskan rancangan aktiviti ini, namun setelah kami mencuba untuk kali yang terakhir dengan En Mohd Firdaus bin Sagir, Jurulatih Kesihatan dan juga merupakan pakar nutrisi, datang ke sekolah dengan bantuan beberapa orang guru di SK Petaling Jaya, akhirnya kami berjaya mendapatkan kerjasama daripada pihak beliau. Walaupun sedikit sebanyak kami mengenali penceramah jemputan ini, namun ianya bukan senang untuk kami mendapatkan beliau kerana masa dan jadual beliau diisi dengan pelbagai aktiviti harian beliau. Kejayaan memanggil beliau ke sekolah bagaikan satu kejayaan yang besar bagi kami kerana salah satu hasrat kami untuk murid-murid di SK Petaling Jaya dapat dipenuhi. Hari ini saya akui kebenaran kata-kata En. Tahir Kamarulzaman, bekas Ketua Jabatan HEP, seseorang yang sanggup berusaha dua kali ganda dari orang lain, pasti akan menemui apa yang dikehendaki. Program ini mendedahkan tentang pemakanan dan gaya hidup secara sihat yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Murid-murid perlu tahu dengan gaya hidup secara hidup dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin tentang pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Hal ini penting bagi mempengaruhi perkembangan potensi seseorang individu, kerana penjagaan pemakanan juga merupakan satu faktor ynag menyumbang kepada perkembangan individu. Perkembangan potensi individu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermaksud setiap individu telah pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka. Maka disini, melalui pendedehan tenntang pemakanan dan gaya hidup yang sihat di sekitar mereka, murid dapat mengembangkan lagi bakat dan potensi diri mereka. Kerana tubuh yang sihat dapat membina minda yang sihat. Saya turut bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Sepanjang menjalankan program ini guru penolong kanan banyak membantu saya dan rakan dari segi pengurusan kerja dan input yang

ingin di sampaikan. Dari ini, tidak sia-sia kami melakukan projek Kelab dan Persatuan ini kerana kami turut disuntik nilai dari sejak awal kami ingin memulakannya. Kerjasama yang diberikan sekolah amat mengharukan kami sepanjang saya berada di sekolah. Saya turut berharap agar menjadi guru yang terbaik dalam menyebarkan ilmu kepada anak bangsa berdasarkan pengalaman yang kami terima sepanjang berada disini. Dan seterusnya mendukung hasrat yang dikehendaki Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebelum memulakan program ini, saya dan rakan membina satu soal selidik pra kepada ahli Kelab Sihat dan Cergas bagi mendapatkan gambaran awal gaya hidup dan pemakanan mereka. Ternyata dari soal selidik yang saya perolehi, boleh dirumuskan murid-murid di SK Petaling Jaya kurang didikan kesihatan dari peringkat awal. Ini kerana mereka merasakan penting untuk menjaga kesihatan namun hampir keseluruhan dari mereka tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan. Hal ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjayakan program ini kerana saya pasti dengan program ini murid dapat pengetahuan yang benar dan cara yang betul. Sememangnya saya benar-benar ingin menjayakan misi kami bagi membantu rakyat Malaysia bebas obesiti terutama jika dilihat Malaysia kini menjadi antara Negara yang menerajui masalah obesiti. Satu berita dari Harian Metro bertarikh 02 Jun 2012 melaporkan seramai 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Pengarah Eksekutif Institut National Diabetis Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong (2012, dalam Harian Metro 2012) berkata perkara ini perlu dipandang serius kerana menyumbang kepada pelbagai masalah lain kepada rakyat dan kajian menunjukkan bahawa 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan. Hal ini amat terbukti apabila melihat sebahagian besar murid di SK Petaling Jaya kebanyakannya menghadapi masalah berat badan. Malah murid tahun 1 juga tidak terlepas dari masalah ini. Saya berani berkata begini kerana semasa menjalankan program sekolah iaitu program Kem Bestari Solat seorang murid tidak dapat melakukan amali solat duduk di antara dua sujud kerana fizikal yang menyukarkan pergerakannya. Saya berasa amat kesal melihat perkara ini dan ibu bapa seharusnya peka tentang pemakanan anak-anak dan menerapkan nilai menjaga kesihatan keluarga sejak dari awal. Menurut Dr Zulkifli Ismail (2007,

dalam Berita Harian Jun 2007), gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bemain komputer, menonton, bermian video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti. Sementara itu, dalam program yang dijalankan petang itu, kami telah memanggil seorang jurulatih kesihatan (Personal Wellness Coach) dan juga merupakan seorang pakar nutrisi yang semakin dikenali, iaitu En Mohd Firdaus bin Sagir dari Wellnes Centre Shah Alam bagi membantu kami menyampaikan matlamat Ceramah Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat yang boleh diamalkan. Pada ceramah ini saya libatkan guru-guru sekali memandangkan pihak pentadbiran sekolah meminta kami menjalankannya secara menyeluruh bukan sahaja dengan kumpulan murid yang berkenaan. Saya dan rakan amat berbesar hati kerana projek yang dijalankan ini mendapat sambutan yang baik dari murid dan pihak pentadbiran sekolah juga. Ternyata usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS ini bukan sahaja dipandang serius oleh kami malah guru besar juga. Sepanjang ceramah ini, beliau menunjukkan sendiri testimoni beliau dari seorang yang berlebihan berat badan sehingga menjadi seorang pakar nutrisi dan jurulatih kesihatan. Perubahan yang dilakukan oleh beliau membuktikan setiap individu mampu berubah jika benar-benar mengkehendakinya. Sepanjang beliau bercerita mengenai latar belakang beliau, saya amat kagum kerana beliau tidak pernah kenal erti kurus sejak kecil kerana beliau mempunyai masalah berat badan sejak dari kecil. Ketika beliau menunjukkan gambar beliau, kesemua murid amat terperanjat kerana berat beliau sebelum ini 150 kilo. Beliau memberikan pelbagai kata peransang dan tips kepada guru dan murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mudah. Ternyata respon yang saya dapat dari guru-guru dan muridmurid amat membina. Hasil dari pemerhatian saya, guru-guru sudah mula menggayakan gaya hidup yang lebih sihat bermula dari pemakanan dengan mengambil makanan yang berkalori rendah berbanding sebelum ini. Hasil pemerhatian saya juga mendapati murid-murid sudah mula melakukan perubahan positif dengan membawa air mineral kesekolah berbanding sebelum ini membawa air manis ke sekolah. saya amat berpuas hati juga dengan ceramah yang diberikan

oleh En Mohd Firdaus kerana beliau bukan sahaja memberikan input malah menunjukkan cara melukis pinggan sihat bersama murid-murid. Ternyata melalui program atau aktiviti Kelab dan Persatuan yang dirancang ini mampu membentuk nilai positif dan sayangi diri dalam kalangan warga sekolah. Malah berdasarkan respon yang diberikan oleh murid yang mengikuti ceramah tersebut, mereka berasa ianya satu perkara yang amat penting untuk memiliki bentuk fizikal yang normal bagi memudahkan aktiviti mereka. Hal ini dapat kami temui melalui respon murid tahun 4 ketika aktiviti sukantara di sekolah.
Cikgu, saya mana boleh lompat tinggi saya gemuk lagi, nanti saya kurus macam abang Firdaus saya mesti boleh punya - Muhd Qayyum, 4 Cekap Cikgu tengok nanti saya kurus saya boleh lari laju macam abang Firdaus tu -Mohd Fauzan, 4 Amanah

Hal ini kerana mereka ingin mendapatkan keyakinan diri mereka semula setelah mengetahui cara yang betul untuk menjaga kesihatan. Tidak dapat dinafikan juga bentuk badan fizikal yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang individu. Menurut Soar (2013), keyakinan diri ialah pengarauh minda seseorang ianya meliputi cara seseorang berfikir dan perasaan mereka terhadap diri mereka. Mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi bermaksud mempunyai sepenuh kepuasan pada diri, pasti dalam setiap tindakan dan mempunyai minda yang positif tentang diri mereka. Soar (2013) turut menambah keyakinan diri yang tinggi akan membawa seseorang individu ke tahap yang lebih tinggi dan sanggup mengambil risiko untuk mencapai matlamat mereka. Ini juga yang saya lihat berdasarkan situasi tersebut selepas ceramah yang diberikan oleh jurulatih kesihatan tersebut. Murid-murid saya sangat bercita-cita tinggi dan mula mempercayai kebolehan dalam diri mereka. Mereka tidak lagi memandang rendah terhadap keyakinan diri sebaliknya mengambilnya sebagai cabaran untuk mencapai matlamat mereka. Jika dibanding sebelum ini, mereka sememangnya tidak akan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri apatah lagi mahu melakukan perubahan. Saya amat bersyukur nilai yang saya ingin sampaikan dapat diserap oleh muridmurid. Tidak ada apa yang saya mahukan melainkan mereka menerima yang sebaiknya dari program yang telah dijalankan.

Seorang ahli pemikir, Robert Kiyosaki ada mengeluarkan pepatah, Knowing you need to make a change isnt enough. Youve got to find the cuts to do it. Beliau amat memengaskan seseorang yang hanya tahu untuk berubah tidak cukup jika perubahan itu tidak disertakan dengan usaha. Kata-kata beliau ini benar-benar menepati dengan usaha yang ditunjukkan oleh murid-murid kerana mereka bukan sahaja mahukan perubahan, tapi mereka sertakan dengan tindakan. Pada pendapat saya secara peribadinya, biarlah perubahan yang ditunjukkan sedikit asalkan ianya berterusan. Nilai yang diperolehi oleh mereka lebih bermakna berbanding segalanya. Kejayaan kami juga tidak akan mantap sekiranya saya dan rakan tidak di bantu oleh guru pembimbing Kelab dan Persatuan dan rakan guru yang lainnya. Saya benar-benar terharu dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk membantu kami. Saya sedar setelah membuat

perbincangan, pertanyaan, dan pelbagai bimbingan bersama, akhirnya kami dapat melaksanakan program ini. Walaupun penat kerana perlu memperbaiki pelbagai kesilapan ditambah pula dengan pelbagai dugaan untuk menjemput orang luar ke sekolah beberapa kali, tetapi saya sangat berpuas hati kerana titik peluh kami seolah terbalas melihat perubahan yang berlaku pada murid-murid kami. Ianya merupakan pengalaman yang paling manis saya lalui sepanjang menjayakan program Kelab dan Persatuan ini. Malah saya tahu dan sedar semua ini adalah untuk kebaikan saya sendiri pada masa depan. Nilai-nilai murni seperti inilah perlu diterapkan dalam diri saya apabila menjadi guru kelak. Kerana untuk mendidik manusia, saya perlu berkorban dan berusaha gigih dan jangan pernah sama sekali berputus asa. Semoga dengan sempurnanya tugasan ini, saya akan mengaplikasikan sepenuh pengalaman dan segala ilmu yang penting agar dapat saya aplikasikan apabila saya sudah bergelar guru kelak.

You might also like