You are on page 1of 2

Anakronisme Dalam pensejarahan Melayu Tradisional terdapat unsur-unsur anakronisme.

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan maksud unsur anakronisme dan mengapakah unsur ini terdapat dalam pensejarahan Melayu Tradisional Anakronisme merupakan tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa serta penukaran kepada peristiwa itu sendiri. Asal perkataan ini adalah hasil cantuman dua perkataan Yunani iaitu ana yang membawa maksud melawan atau kembali dan perkataan chromos pula membawa maksud masa atau waktu. Jadi secara mudahnya anakronisme ini adalah unsur yang menyentuh perihal bertentangan dengan waktu yang sebenarnya. Dalam pensejarahan Melayu Tradisional, unsur anakronime ini jelas terkandung terutamanya dalam penulisan sastera Melayu klasik. Antaranya Sejarah Melayu (Sulatus Salatin), Bustanus Salatin, Hikayat Sultan Aceh Marhum, Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Putree Gumba Muih. Menerusi hasil penulisan ini, anakronisme dapat dibahagikan kepada tiga bentuk : Anakronisme yang terdapat dalam sebuah karya yang sama tetapi berlainan edisi. Sebagai contoh, Sejarah Melayu yang diedit dan diterbitkan sebanyak dua kali iaitu yang pertama oleh R.O Winstedt dan kedua edisi yang diterbitkan oleh W.G. Shellabear. Unsur anakronisme jelas terdapat dalam kedua-dua edisi ini di mana terdapat petikan tentang peminangan Puteri Gunung Ledang. Persoalan anakronisme timbul apabila percanggahan terjadi dalam kisah tersebut iaitu siapa yang memerintahkan peminangan tersebut. Dalam edisi R.O Winstedt, Sultan Mansur Syah yang berhajat ke atas perminangan tersebut manakala dalam edisi W.G. Shellabear, Sultan Mahmud yang memerintahkan peminangan itu. 2. Anakronisme yang terdapat dengan membandingkan dua buku teks sejarah yang berlainan atas satu peristuwa yang sama. Di sini kita boleh melihat perbandingan yang berlaku dalam kisah seorang duta ke Turki dalam buku Bustanus Salatin dan Hikayat Sultan Aceh Marhum. Melalui Bustanus Salatin diceritakan peristiwa Sultan Acheh menghantar Duta ke Turki bagi mendapatkan bantuan ketenteraan dan senjata bagi menentang Portugis. Hal ini bermakna Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Kahar (1539-1567) merupakan penghantar utusan berkenaan. Peristiwa yang sama diceritakan dalam Hikayat Sultan Acheh Marhum. Namun perbezaannya adalah penghantar utusan bukan Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Kahar sebaliknya Sultan

Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636). Jelas menunjukkan perbezaan tahun atau masa yang amat ketara. 3.Anakronisme dengan membandingkan antara sebuah hasil sejarah dengan sumber atau fakta sejarah yang lain. Perbezaan ini dapat dilihat melalui Hikayat Merong Mahawangsa apabila kitab-kitab Silatul-Mustaqim dan Babul-Nikah yang merupakan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dikatakan dibawa ke Kedah setelah sultannya memeluk agama Islam. Namun menurut sejarah, Sultan Kedah telah memeluk agama Islam pada tahun 1474 M, sedangkan Sheikh Nuruddin alRaniri telah menamatkan penulisan buku-buku beliau pada tahun 1644 M

Unsur anakronisme terdapat dalam persejarahan disebabkan oleh dua faktor iaitu yang pertama disebabkan oleh zaman dan masyarakat. Penulis lebih terpengaruh dengan keadaan masyarakat disekeliling yang mana penulis mahu agar karyanya mudah difahami oleh masyarakat. Selain itu, ketiadaan sumber atau bahan rujukan tetap yang disimpan oleh masyarakat Melayu juga menyebabkan wujudnya unsur anakronisme i ni. Faktor yang kedua pula disebabkan oleh bentuk kesusasteraan sejarah. Secara umumnya, penulis awal lebih tertumpu kepada kisah golongan istana yang perlu diberi pengiktirafan sepatutnya. Oleh yang demikian, penulis lebih mementingkan kehendak persekitaran berbanding keadaan sebenar sejarah itu dan objektif sebenar sejarah tersebut. Penulis tidak mementingkan konsep masa dan norma tertib sesuatu peristiwa.

You might also like