You are on page 1of 17

PENGENALAN England telah mengalamai perubahan yang pesat dari aspek politik dan ekonomi Sejak abad ke-16

lagi sehingga boleh membentuk sebuah negara bangsa yang bersaing dengan kuasa-kuasa besar di Eropah seperti Sepanyol, Perancis1, Jerman, Portugal2 dan Belanda. Perubahan ini berkaitan dengan dasar ekonomi yang diamalkan oleh British3 iaitu mekantalisme yang membawa maksud satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. Oleh itu, British harus memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat dan kepentingan negara. Secara geografinya, India merupakan salah sebuah tamadun awal dalam peradaban manusia apabila munculnya tamadun Indus di lembah Indus, India yang terbentuk daripada semenanjung setiga ke arah lautan Hindia.4 India disempadani oleh Pakistan, Nepal, Bhutan, Tibet dan China disebelah utara, Bangladesh, dan Sri Lanka di selatan.5 Pengaruh dasar ekonomi ini hanya berlaku sehingga abad ke-18, setelah berlakunya revolusi perindustrian yang menuntut British mengubah dasar ekonomi sehingga mendesak negaranya untuk melakukan pencarian kawasan dan bahan mentah baru di luar kawasan Eropah. British telah melaksanakan dasar campur tangan ke atas negara lain iaitu menjadi kuasa kolonial yang
1

Perancis pula menubuhkan La Compagnie des Indes Orientales dan bertapak di Poncherry pada 1674. Perancis menjadi pilihan kuasa-kuasa tempatan untuk mendapatkan bantuan dari segi teknikal, peperangan, senjata dan sebagainya. Lihat Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 258. 2 Portugis merupakan antara kuasa Eropah yang berjaya merintis jalan ke Afrika Barat dan Selatan. Sejarah Portugal di India bermula pada tahun 1498 apabila Vasco De Gama sampai di Calicut pantai barat daya India diikuti oleh Cabral sekitar tahun 1500. Lihat T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan . Jodjakarta : Balai Pustaka. Hlm. 68. 3 Pada tahun 1612, EIC mendapat keizinan untuk aktiviti perdagangan di Surat (Gujerat). Di sinilah bermulanya pertapakan kuasa British di India. British secara perlahan-lahan meluaskan pengaruh mereka di India melalui cara pengilhakan. Proses ini melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick (1825-1835), zaman Lord Ellenborough (1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856). Sekitar tahun 1856, kebanyakan India tertakluk di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan menjelang abad ke-17 British sudah berjaya menguasai beberapa tempat penting di sekeliling India. Lihat Lihat T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 70. 4 Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel. Hlm 3 5 Ibid.

berlayar keluar ke kawasan Asia untuk memenuhi tuntutan ekonomi. Maka, ekspedisi ke Timur telah menjadikan India sebagai destinasi untuk mendapatkan bahan mentah dan barang dagangan. Misalnya, British telah melakukan perdagangan di Gujerat pada tahun 1612 lagi yang menunjukan bahawa mereka telah sampai di Asia pada pertengahan abad ke-17 sebelum memaksa British melakukan ekploitasi ke atas India.6 Oleh itu, perbincangan ini akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan British berjaya menguasai India dan kesan kedatangan British ke India pada abad ke-19.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN BRITISH MENAKLUKI INDIA Faktor Dalaman

Kelemahan Pemimpin Dinasti Mughal merupakan sebuah dinasti yang agung yang diperintah oleh pemimpin Islam dan telah berkuasa selama 300 tahun yang lalu, namun kerjaaan ini telah berakhir pada zaman Bahadur Shah (Zafar II) 1837-18577. Mughal merupakan kerajaan Islam Islam yang penting terhadap perkembangan peradaban Islam selain Kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kerajaan Safawi. Pada zaman pemerintahan Aurengzeb, Islam dijadikan agama rasmi negara. Aurangzeb mengamalkan dasar yang keras terhadap orang Hindu dan Sikh kerana tidak berkrompomi dengan masyarakat bukan Islam.8 Banyak sumbangan dan peranan dinasti ini dalam memastikan tamadun India berkembang menjadi sebuah tamadun yang masih dapat dilihat

6 7

Kumar Suresh Singh. 2002. People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan Pvt,Ltd. Hlm 6 William Dalrymple. 2006. The Last Mughal: The Fall Of Delhi, 1857 . London: Bloomsbury Publishing Inc. Hlm 475 8 Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004. A History Of India 4th Edition. Hlm. 194.

hingga ke hari ini. Namun, kelemahan-kelemahan dinasti Mughal ini yang memerintah India telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan British berjaya bertapak di benua kecil itu. Kelemahan yang pertama ialah kelemahan Aurangzeb sebagai pemimpin yang tidak menekankan hubungan di antara Islam dan Hindu yang ada di India.9 Pengabaian hubungan yang baik di antara kedua-dua penduduk ini telah menyebabkan konflik yang tidak sudah dalam pentadbiran. Misalnya muncul golongan Hindu yang anti-Aurangzeb seperti Mahrattas, Jats dan Rajput yang mulai melakukan pembebasan terhadap wilayah yang diperintah oleh mereka daripada kerjaaan Mughal10. Dasar-dasar Aurangzeb bagaikan anti-Hindu dikesan melalui pengenalan semula bayaran jizyah. Penganut Hindu yang ingin mengelak daripada pembayaran jizyah terpaksa memeluk Islam. Dalam satu peristiwa, beribu-ribu penganut Hindu membuat bantahan terhadap pelaksanaan cukai jizyah ini namun mereka diarahkan untuk bersurai dalam masa satu jam. Sekiranya ingkar dengan arahan tersebut, mereka akan dibunuh.11 Baginda juga dikecam kerana meruntuhkan kuil sebagaimana di Amber dianggarkan sebanyak 66 buah kuil dimusnahkan. 12 Hal ini menyebabkan orang-orang Hindu termasuklah Rajput, Jat dan Mahratta mengumpulkan kekuatan untuk melancarkan pemberontakan.13 Corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh beliau secara tidak langsung merenggangkan hubungan antara penganut Hindu dan orang Islam khususnya. Masalah kebangkitan tempatan daripada masyarakat Hindu seperti orang Mahratta, Jats, Rajput dan Sikh telah melakukan pemberontakkan secara terbuka dengan tujuan untuk

Scott C. Levi. 2002. The Indian Diaspora In Central Asia And Its Trade: 1550-1900. United Kingdom: BRILL Publishing. Hlm 131 10 Michael OWwyer. 1988. India As I Knew It.. New Delhi: A Mittal Publication. Hlm 415 11 Vidya Dhar Mahajan. 1965. Muslim Rule in India. New Delhi: S. Chaud & Co. Hlm. 176. 12 Ibid. Hlm 7 13 Azharudin Mohd Dali, 2004. Tamadun India. Hlm.247.

membebaskan diri daripada kepimpinan Mughal.14 Hal ini adalah kerana mereka sudah tidak mempercayai ketelusan dan kekuatan Mughal sebagai kerajaan yang mampu melindungi mereka seperti dahulu. Contohnya, kebangkitan kerajaan kecil tempatan seperti Rajput di Rajasthan, orang Mahratta di Jodhpur, dan orang Sikh di Punjab telah melemahkan lagi kerajaan Mughal yang memerintah pada masa itu.15 Hal ini adalah kerana elemen agama yang dijadikan sebagai modal kepada persengketaan ini oleh setiap puak yang ada di India sehinggakan peperangan ini telah dianggap suci untuk menegakkan agama masing-masing. Kelemahan pemerintah mengawal kebangkitan rakyat membolehkan British bermain serampang dua mata kepada hubungan yang dingin ini. Setelah kewafatannya pada tahun 1707M, kerajaan Mughal di India mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku perebutan takhta antara puteraputera Aurangzeb.16 Kesinambungan tersebut telah menyebabkan berlakunya perang saudara di antara anak-anak raja pada tahun 1707 antaranya ialah Bahadur Syah yang memenangi peperangan tersebut.17 Konflik perebutan takha di antara anak-anak raja Mughal berlarutan yang melibatkan generasi selepas Bahadur Syah seperti anak lelakinya Putera Azum ush-Syah, Jahandar Syah, Rafi ush-Syah dan Jahan Syah yang merebut takha. Turut tidak ketinggalan pada masa tersebut ialah para pembesar di wilayah Wizurah dan Deccan juga turut terlibat sama dan ini telah merumitkan lagi pemerintahan Mughal dibawah pimpinan Jahandar Syah. 18 Keadaan ini telah melemahkan kepimpinan dalaman kerajaan Mughal. Terdapat pemimpin yang tidak cekap mentadbir kerajaan dan suka menghabiskan wang perbendaharaan negara. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah tahap ekonomi empayar Mughal mengalami kemerosotan yang ketara.
14 15

Asep Burhanudin. 2005. Ghulam Ahmad: Jihad Tanpa Kekerasan . Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Hlm 205 Ibid. 16 Burton Stein dan David Arnold. 2010. A History of India, (Edisi Kedua). Hlm. 164. 17 Ibid. Hlm 482. 18 John F.Richards. 2001. The Mughal Empire. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 198.

Golongan Mansabdari yang bertanggungjawab terhadap pungutan cukai negara bertindak menyelewengkan wang untuk kepentingan peribadi semata-mata. Serangan daripada luar turut melumpuhkan keadaan di India pada abad ke-18. Ketegangan hubungan luar dimana empayar Safavid dari Iran telah berjaya merampas dan memenangi peperangan ini di antara kedua-dua belah pihak.19 Empayar Safavid yang diperintah oleh Nadir Syah terkah berjaya menawan Lahore dan kemudiannya Delhi pada tahun 1739. Ibu kota Mughal ini telah dihancurkan dan banyak barang yang berharga telah dirampas oleh tentera Iran terutamanya ialah singgahsana merak yang menjadi keagungan kerajaan Mughal dari zaman ke zaman.20 Kekalahan seperti ini telah melemahkan ketenteraan Mughal sehinggakan mereka hanya menerima kekalahan tersebut yang mengakibatkan banyak kerugian untuk kerajaan Mughal membangunkan semula. Oleh itu, kemunculan British sebagai kuasa penjajah pada abad ke-19 telah menyebabkan situasi yang tidak stabil di India pada abad yang sebelumnya telah memudahkan mereka menguasai India dengan sewenang-wenangnya.

Faktor luaran

Ketenteraan Dasar ketenteraan British merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kejayaan British menguasai India berbanding kuasa- kuasa Barat yang lain iaitu Portugis, Belanda, dan Perancis. Hal ini demikian kerana British merupakan kuasa besar yang tidak dapat ditandingi oleh mana- mana kuasa Barat lain terutamanya dalam bidang ketenteraan kerana
19

Jos J.L. Gommans. 2002. Mughal Warfare: Indian Frontiers And High Roads To Empire: 1500-1700. London: Routledge Taylor & Francis Group. Hlm 81. 20 Ibid.

mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih dan pemimpin ketenteraan yang berkaliber serta disiplin ketenteraan yang ketat.21 Gerakan ketenteraan yang sistematik dan terancang merupakan perkara yang sangat penting kepada British sebagai usaha untuk menakluki dan menguasai India khususnya terhadap negeri yang lemah atau telah dilemahkan. Keadaan inilah yang akan menyebabkan pemerintah tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menyerah kalah kepada British.22 British telah mula mengambil inisiatif untuk mempersiapkan ketenteraan mereka supaya dapat mewujudkan dasar ketenteraan yang lebih kuat dan mantap berbanding Perancis. Hal ini kerana British menganggap Perancis sebagai pesaing utamanya dari segi kekuatan ketenteraan dalam mendapatkan India. Dalam memastikan kehebatan ketenteraannya berbanding Perancis, British mula menggunakan dan membina kapal- kapal perang yang baru dan menubuhkan satu skuadron pasukan tentera laut yang kuat.23 Akhirnya, usaha yang dilakukan British tidak sia- sia apabila British telah berjaya mengalahkan Perancis dengan mengusir Perancis dari Mauritius sekaligus melemahkan kepimpinan ketenteraan Perancis dan kedudukan mereka di India. Selain itu, British mempunyai ketenteraan yang terbahagi kepada dua pasukan iaitu tentera laut dan darat. Keanggotaan British terdiri daripada orang Eropah dan Sepoi yang telah dilatih dengan latihan ketenteraan yang sempurna dan dilengkapi dengan alatan senjata yang terbaik dan canggih.24 Sepoi ialah golongan askar dari kalangan penduduk tempatan dan mendapat layanan istimewa daripada pihak British. Di samping itu, Sepoi merupakan golongan yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang penting kerana mereka dianggap sebagai

21

Percival Spear . 1978. The Oxford History of Modern India, 1740- 1975, (Edisi Kedua). Delhi: Oxford University Press. Hlm.. 2-10 22 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 261 23 Ibid. Hlm. 262 24 Ibid. Hlm. 263

golongan yang berani dan berdisiplin semasa di medan perang dalam memperluaskan kuasa British di India.25 Selain itu, pihak British dikatakan berjaya bertapak di India disebabkan oleh kemunduran India dalam semua segi kehidupannya termasuklah ilmu pelayaran, ketenteraan, ilmu pengetahuan, dan sebagainya. Kemunduran inilah yang menyebabkan British dapat mengatasi India dalam semua bidang sekaligus berjaya menakluki India.26 Manakala menurut pendapat Jawaharlal Nehru yang menyatakan bahawa British lebih berjaya memperluaskan kekuasaannya di India disebabkan oleh pihak British bijak mempergunakan golongan pembesar feudal dengan mengeksploitasi golongan ini yang hampir pupus supaya bangun berkongsi kuasa dengan mereka.27 Jelaslah menunjukkan bahawa pihak British mempunyai kekuatan ketenteraan melalui bantuan yang diberikan oleh golongan feudal ini.

Dasar Diplomasi British Robert Clive datang ke India sekitar tahun 1743 ketika usianya baru sahaja menginjak 19 tahun. Pada mulanya ia hanyalah seorang pegawai rendah di dalam East India Company (EIC) yang ditempatkan di Madras. Kecekapannya hanya dilihat selepas kemampuannya menumpaskan kerajaan Perancis di India. Setelah mempunyai kedudukan yang kuat, Clive seterusnya berusaha memperkukuhkan kedudukan British di India dengan memperluaskan kuasa ke Benggala (Bengal) sebelum ke Sungai Ganges. Namun begitu jalannya bukan mudah kerana raja Benggala, Nawab Suraj-ud-dowlah sama sekali tidak menyukai British.28

25 26

Ibid. Hlm. 264 C.H Philip. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm. 38 27 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 265 28 T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 71.

Nawab tersebut tidak menyukai British atas beberapa sebab yang mana sebab utamanya adalah ekonomi. Pihak British yang telah bertapak di Bengal sejak abad ke-17 mula memperluaskan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi. Peningkatan eksport tekstil dari Bengal dari tahun 1690 hingga 1740 serta keuntungan yang diperoleh oleh pihak British dalam perdagangan antara India, China, dan Britain telah menjadikan Calcutta sebagai pusat penting kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI/EIC). Bagi pihak Suraj-ud-dowlah, pengaruh EIC ini begitu besar dan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada British.29 Oleh sebab itu, Nawab bertindak merebut benteng British yang paling jauh dari laut iaitu Kasimbazar dengan menghantar lima puluh ribu soldadu yang sekelip mata menumpaskan dua ratus orang soldadu British di sana. Kota itu menyerah dalam masa enam hari iaitu pada bulan Jun 1756. Kesemua tawanan tersebut dimasukkan ke dalam ruangan penjara yang besarnya tidak lebih daripada 200 meter persegi. Menurut berita, keesokan harinya kesemua tawanan tersebut mati dibunuh oleh penjaga penjara tanpa arahan daripada nawab.30 Namun begitu terdapat pula pendapat yang mengatakan bahawa angka sebenar tawanan adalah seramai 146 orang warga British termasuk seorang wanita dan tentera yang cedera. Daripada jumlah itu, seramai 23 orang sahaja yang hidup. Semua ini terjadi secara mengejut kerana keyakinan pihak British begitu tinggi bahawa masyarakat tempatan tidak berani menentang mereka.31 Pembunuhan ini dinamakan oleh orang British sebagai the tragedy of the black hole. Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa teragedi ini terkenal dengan gelaran Black Hole of Calcutta yang mengambil nama tempat peristiwa ini terjadi. Hal ini menyebabkan Clive merasa sangat tercabar dan akhirnya pergi ke Calcutta bersama-sama angkatan lautnya. Dalam

29 30

Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 268-269. T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 71. 31 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 269.

masa sepuluh bulan kota itu jatuh semula ke tangan British pada tahun 1757.32 Apabila British mengukuhkan semula kuasanya, Clive mengadakan perjanjian dengan Mir Jafar salah seorang menteri kepada Nawab yang berdendam kerana sering dihina oleh raja. Clive bersetuju menjadikan Mir Jafar sebagai Nawab yang baru sekiranya beliau bersetuju memberikan keterangan yang palsu kepada Nawab sedia ada tentang susunan dan kekuatan tentera British dalam pertempuran akan datang. Selain daripada itu, Clive telah melakukan sogokan kepada tentera di bawah pimpinan Suraj-ud-dowlah. Sebilangan besar tentera menjual senjata mereka dan ada pula yang sanggup mengkhianati tentera mereka semasa di medan pertempuran dan tak kurang pula yang mengundurkan diri. Akhirnya, semasa pertempuran berlangsung, Nawab tersebut melarikan diri dan meninggalkan askar-askarnya yang banyak terdiri daripada orang Perancis. Seperti yang dijanjikan Jafar naik menjadi Nawab yang baru sementara Nawab yang lama dibunuh oleh orang ember semasa mencari tempat perlindungan. Tindakan Clive ini turut mendapat kritikan oleh pemimpin Kongres, Jawarhalal Nehru.

Pengasingan Wilayah Bengal Hingga awal abad ke-18, tiga wilayah di India mula terbentuk di egara India iaitu Bengal Barat, Bihar dan Orissa serta egara Bangladesh merupakan satu gabungan perikatan yang longgar yang dikenali sebagai Anjung Timur dalam empayar Mughal. Pada tahun 1765, penguasaan serta kekuasaan empayar Mughal terhadap Bengal, Bihar dan Orissa secara formal telah berpindah hak milik kepada British melalui SHTI dan menjelang tahun 1820-an, wilayah ini telah menjadi

32

T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan.Hlm. 72.

Anjung Timur bagi empayar British di India. Peralihan kuasa dari Mughal kepada British sering diatkan kepada peralihan India ke era pemodenan dan sejarah India dan Bengal. 33 Bengal merupakan sebuah wilayah yang subur kerana diari oleh Sungai Ganges bahkan menerima hujan lebat serta banjir yang kerap kali berlaku dan memberi kesuburan yang tinggi. Kesuburan tanah menyebabkan kegiatan pertanian seperti penanaman padi dapat dijalankan dengan baik. Petani tempatan dan penyewa tanah berusaha untuk memanipulasi peralihan saluran sungai untuk kelebihan terbaik adalah semata-mata untuk plot tanah.34 Keadaan ini juga membolehkan wilayah ini menjadi kawasan penanaman padi terbaik dan terbesar di India. Hingga abad ke -18, empayar Mughal secara teorinya merupakan sebuah sistem imperial yang menggabungkan wilayah-wilayah tertentu. Kesemua wilayah tersebut menjadi kerajaan kecil yang bertanggungjawab terus kepada kerajaan pusat di Delhi. Kerajaan ini ditadbir oleh ketua yang dilantik oleh pemerintah pusat.35 Pembesar wilayah mempunyai kuasa yang terhad bergantung pada hubungannya dengan pusat. Mereka akan dihukum sekiranya melakukan sebarang kesalahan. Dalam masa yang sama, pembesar wilayah terbahagi kepada beberapa golongan iaitu Nawab, Nazim dan Diwan.36 Penentangan mula berlaku di Punjab yang diwakili oleh golongan Sikh. Pada mulanya, Guru Sikh ke-10 iaitu Guru Govind Singh melebarkan tali persaudaraan dengan Delhi dan beliau telah diangkat untuk mengepalai angkatan Mughal bagi penyelesaian krisis di Deccan namun tidak sempat kerana beliau telah meninggal dunia.37 Oleh yang demikian, di bawah kepimpinan Lachman Das iaitu Banda, Orang Sikh telah bertindak melakukan serangan terhadap wilayah33 34

Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 266. Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal. United Kingdom. Cambridge Press. Hlm. 89. 35 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 267. 36 Ibid. 37 W. Stanley. 2004. Great Mughal Glory, Dlm. A New History of India . 7th ed. New York : Oxford University Press. Hlm. 162.

10

wilayah di bawah kekuasaan Mughal di antara Delhi dan Punjab.38[xxxix] Gerakan ini telah mendapat reaksi balas yang positif dari golongan petani Sikh yang akhirnya dilatih untuk menyaingi tentera Mughal. Dalam konteks yang lain dapat dinyatakan bahawa Banda akhirnya mampu mendapatkan pengaruh yang besar di Punjab. Kebangkitan ini telah memberi impak yang luar dugaan terhadap Mughal dan ia menunjukkan kelemahan Mughal pada ketika itu. 39 Seperti wilayah yang lain, Bengal berada di bawah kekuasaan empayar Mughal dan ditadbir oleh Nawab. Antara pemimpin Bengal yang penting ialah Mursyid Quli Khan. 40 Beliau meletakkan asas utama dalam melihat kewujudan Bengal sebagai sebuah wilayah yang merdeka dan bebas dari segala pengaruh kekuasaan Delhi. Beliau turut mengasaskan satu sistem pemerintahan bercorak dinasti di Bengal. Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1727, pentadbiran Bengal telah diserahkan kepada Sarfaraz Khan yang merupakan menantu Mursyid Quli Khan.[xlii] Sungguhpun begitu, peralihan kuasa ini tidak berjalan dengan sempurna oleh sebab timbulnya penentangan kuat dari Shuja Khan iaitu bapa Sarfaaz Khan. Kematian Shuja Khan pada tahun 1739 telah menyebabkan terputusnya hubungan antara jawatan Nawab dengan Mursyid Quli Khan setelah Alivardi Khan yang memegang kuasa pemerintahan.41 Beliau merupakan seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Shuja Khan untuk mentadbir Bihar yang pada ketika itu menjadi pusat gerakan untuk mengambil alih kuasa di Bengal.42 Tahun 1740 menyaksikan kejayaan Alivardi Khan menguasai Bengal dan mendapat pengiktirafan oleh Maharaja Muhamas Syah di Delhi sebagai wakil Mughal di wilayah tersebut.

38 39

Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 267. Ibid. Hlm.260. 40 Ibid. Hlm.267. 41 Ibid. 42 Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal.Hlm. 23.

11

Sementara itu, yang Nawab inovasi egara dan ketara yang dicapai, dan nilai yang dinilai daripada hasil Bengal meningkat sebanyak 40 peratus antara 1722 dan 1756.43 Bengal mengalami kekacauan politik yang hebat bermula tahun 1740 sehingga 1750-an. Hal ini disebabkan oleh kelemahan empayar Mughal yang menyebabkan para pembesar wilayah mula bertindak untuk melepaskan diri dari pengaruh Delhi. Kalangan Zamindar mula bergerak bebas. Situasi ini menjadi bertambah parah apabila Alivardi Khan terpaksa menghadapi ancaman-ancaman daripada orang Mahratta.44 Kebangkitan puak Maratha melalui

pemberontakan yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh India telah membawa kepada pembentukan Empayar Martha yang besar dan kuat pada abad ke-18. Di bawah pimpinan Raghuji Bhonsia dan Balaji Rao, Mahratta telah melancarkan serangan terhadap Bengal. Pada tahun 1756, Alivardi meninggal dunia dan tempatnya digantikan oleh Siraj-ud Daula. Beliau merupakan pemimpin yang agresif dan tidak bersedia menerima kuasa yang semakin terhad dan telah bertindak menyediakan pasukan tentera yang kuat. Siraj-ud Daula mula mengatur tentera yang kuat dan akhirnya berjaya mengalahkan British di Calcutta pada Jun 1756.45 Namun begitu, penguasaan Nawab tidak lama kerana British mendapat bantuan dari Bombay dan Madras. Dalam perang Battle of Plasse atau Pertempuran Plassey pada Julai 1757, tentera Siraj-ud Daula telah tewas. Kekalahan ini bukan menunjukkan bahawa pasukan British adalah kuat tetapi disebabkan mendapat bantuan oleh Mir Jaafar dan kemudiannya dilantik sebagai Nawab oleh pihak British.46 Kemenangan ini telah menjadi titik tolak kepada perluasan kuasa British di Bengal khasnya dan India umumnya. Kejatuhan Bengal pada kali ini dilihat sebagai satu peluang bagi pihak British kerana mereka dapat mengawal seluruh bahagian utara

43 44

Ibid. Ibid. hlm.88 45 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 269. 46 Ibid. Hlm.270.

12

India. Kemudian Clive memasang Nawab baru di ibu egara wilayah Murshidabad, dan memperoleh geran daripada raja ini wilayah baru semata-mata untuk hasil cukai di seluruh Calcutta.47 Rentetan dari peristiwa itu jelas menunjukkan SHTI mula bertindak dalam mengawal dan menguasai perdagangan di Bengal. Antara barangan utama yang dikuasainya ialah seperti garam, indigo, dan pinang. Selain itu ia berfungsi menguruskan pelaburan komersial di rantau ini, seperti kapas dan produk sutera, serta mengumpul hasil wilayah dan menjaga keamanan.48[l] Pengaruh politik mereka juga begitu luas sehingga Nawab hanya dijadikan seperti boneka. Bengal akhirnya mengalami masalah kebuluran yang teruk pada tahun 1769 hingga 1779. Impaknya telah menyebabkan kematian satu per tiga daripada jumlah penduduk di Bengal. Hal ini disedari oleh Mis Kasim yang menggantikan Mir Jaafar sebagai Nawab Bengal yang baru.49 Kesan monopoli SHTI ini menyebabkan Mis Kasim menghadapi krisis kewangan yang teruk. Akhirnya beliau mengambil jalan dengan bergabung dengan wazir dari Awardh bagi menentang British. Beberapa pertempuran berlaku di Buxar pada Oktober 1764.50 Kekalahan ini membolehkan Robert Clive mengadakan Perjanjian Allahabad yang menunjukkan SHTI berkuasa di pada 1765. SHTI mula dipertanggungjawabkan dalam urusan pentadbiran hal yang berkaitan pengutipan cukai. Keadaan ini terus mengubah tradisi Diwan yang sebelumnya dijawat oleh orang perseorangan, namun pada tahun 1765, jawatan tersebut dikuasai oleh sebuah organisasi asing.51 Situasi dapat disimpulkan bahawa lemahnya kedudukan kerajaan Mughal di Bengal yang membolehkan pengaruh British mampu menguasai Bengal.

47 48

Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal.Hlm. 4 Ibid. Hlm.87 49 Ibid. Hlm.42. 50 Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Hlm. 271. 51 Ibid.

13

Keadaan ini menjadi titik tolak kepada kedudukan SHTI yang semakin kukuh dan ia mula meluaskan pengaruhnya ke seluruh India.52 Pada Oktober 1905, Lord Curzon telah mengumumkan mengenai pembahagian Bengal kepada dua wilayah yang berasingan. Hal ini demikian untuk memudahkan pihak British menjalankan pentadbiran dengan berkesan. Sebenarnya, pembahagian Bengal adalah bertujuan untuk menempatkan golongan Muslim di sebuah wilayah yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Hal ini adalah disebabkan oleh kesetiaan yang telah ditunjukkan oleh orang Muslim terhadap pentadbiran British.

KESIMPULAN Kesimpulannya, usaha British untuk menaluki India telah tercapai selepas abad ke-19 apabila berjaya menguasai lebih banyak wilayah di India berbanding persaingannya. Faktor-faktor

seperti penolakkan British keluar dari Eropah dalam mencapai 3G (Gold, Gospel, Glory) telah menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan pelayaran ke Asia. Kebetulan pada masa tersebut, benua kecil India mengalami pelbagai konflik dan pergolakkan yang tidak mampu dibendung oleh pemerintah pada masa tersebut yakni kerjaan Mughal. Pergolakkan dan konflik tersebut telah menjadi faktor penarik kepada British untuk menjajah India sebagaimana Afrika Selatan yang sebelum ini telah dijajah oleh mereka. Kedatangan British,telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku didalam India baik dari aspek politik, sosial, dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh British ini telah membawa banyak implikasi yang baik dan buruk terhadap masyarakat India yang berada di bawah jajahan British. Namun, sepanjang perbincangan di atas, kita dapat melihat bahawa kedatangan British lebih banyak membawa musibah terhadap India sendiri kerana perubahana52

Ibid.

14

perubahan tersebut telah menyebabkan masyarakat India menurut kehendak British semata. Contohnya, kejatuhan kerajaan Mughal merupakan salah satu kesan negatif hasil penjajahan British yang menghapuskan sistem feudal selamanya. Keadaan ini juga sama semasa British menjajah negara kita. Banyak perkara yang kurang menyenangkan apabila British menguasai tanah air kita sehinggakan bangkitnya nasionalisme dalam negara.

15

BIBLIOGRAFI Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, et al. 2005. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, (Edisi Kedua). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Asep Burhanudin. 2005. Ghulam Ahmad: Jihad Tanpa Kekerasan. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Azharudin Mohd Dali .2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Burton Stein dan David Arnold. 2010. A History of India, (Edisi Kedua).Oxford:Blackwell. S.M.Sen. 2006. History Modern India (Edisi Ketiga). New Delhi: New Age International (P) Limited. Bushra Afzal Abbasi. 1997. Geography Of South Asia. Pakistan: Sang-e-Meel. C.H Philip. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Edgar Thrope, et al. 2011. The Pearson CSAT Manual 2011. New Delhi: Dorling Kindersley (India) Pvt. Ltd., License of Pearson Education in South Asia. Edward Thompson, Edward.T dan G.T Garratt. 1999. History of British Rule in India. Edisi Kedua. New Delhi: Atlantic Publishers and Dist. Herman Kulke & Dietmar Rothermund. 2004. A History Of India 4th Edition. New York: Rouledge. John F.Richards. 2001. The Mughal Empire. United Kingdom: Cambridge University Press. Jos J.L. Gommans. 2002. Mughal Warfare: Indian Frontiers And High Roads To Empire: 15001700. London: Routledge Taylor & Francis Group. Kumar Suresh Singh. 2002. People Of India Gujarat, Part 1. Mumbai: Popular Prakashan Pvt,Ltd Martin Kitchen. 1996. The British Empire and Commonwealth. A Short Story. London: Macmillan Press Limited. Michael OWwyer. 1988. India As I Knew It.. New Delhi: A Mittal Publication. O.D.P Sihombing. 1953. India: Sejarah dan Kebudayaan. Bandung: W.van Hoeve Ltd.
16

Percival Spear . 1978. The Oxford History of Modern India, 1740- 1975, (Edisi Kedua). Delhi: Oxford University Press. Radhey Shyam Chaurasia. 2002. History of Modern India, 1707 A.D. to 2000 A.D. New Delhi: Atlantic Publishers and Dist. Robert Travers. 2007. Ideology and Empire in Eighteenth-Century India: The British in Bengal. United Kingdom. Cambridge Press. Scott C. Levi. 2002. The Indian Diaspora In Central Asia And Its Trade: 1550-1900. United Kingdom: BRILL Publishing. T.S.G Moelia. 1949. India : Sejarah Politik dan Pergerakan Kebangsaan. Jodjakarta : Balai Pustaka. Vidya Dhar Mahajan. 1965. Muslim Rule in India. New Delhi: S. Chaud & Co. William Dalrymple. 2006. The Last Mughal: The Fall Of Delhi, 1857. London: Bloomsbury Publishing Inc W. Stanley. 2004. Great Mughal Glory. Dlm. A New History of India . 7th ed. New York : Oxford University Press.

17

You might also like