You are on page 1of 138

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kementerian Pendidikan Malaysia


2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

iii Isi Kandungan KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN) v

vi

Kandungan

Muka Surat

1 2 3 4 5 6

Pengenalan Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Haji Sufaat bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid Nadimin bin Abdul Aziz Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kepimpinan Instruksional Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki

37

54

Jadual Waktu Bong Muk Shin Bahagian Pendidikan Khas Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian Mahamad Amran bin Kamsi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

65

75

iv Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rohesan bin Muhamad Lembaga Peperiksaan Malaysia Pengoperasian Latihan dalam Berasaskan Sekolah (School Based) Ahmad Zaki bin Salleh Razlee bin Mohamad Habidah@Abidah binti Ibrahim Bahagian Pendidikan Guru Perkhidmatan (LDP)

7 8 9 10

97

112

Glosari

125

Penyumbang

129

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

vi

Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah. HAJI SUFAAT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Muka Surat

| 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat di negara ini.

Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan tanggungjawab bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagi memastikan kemenjadian murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PPPM 2013-2025 telah menggariskan hala tuju sistem pendidikan negara yang mengutamakan peningkatan pembelajaran murid dan memberikan penekanan kepada keupayaan guru dan pemimpin sekolah. Kejayaan sistem pendidikan dapat dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan perkembangan murid yang holistik seiring dengan pembinaan identiti nasional. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan yang melibatkan pemantapan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan
Muka Surat

| 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,

b)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c)

semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d)

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan

e)

memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Muka Surat

| 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dalam buku ini, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategi MMI dihuraikan bagi menjelaskan kepentingan pendekatan ini. Malah, diperincikan peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dalam melaksanakan perkara-perkara asas bagi mengoptimumkan masa PdP. Pendekatan ini merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam mencapai objektif pembelajaran berkesan di sekolah.

Hasil daripada perbincangan dan pelaporan di peringkat KPM maka lahirlah kertas cadangan pelaksanaan yang menjelaskan tentang pengurusan sekolah yang efektif ke arah menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, dikemukakan beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas. Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM berfokus kepada keberhasilan pembelajaran murid dan harus dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Kerjasama dan jalinan antara semua pihak perlu dimantapkan agar pendekatan MMI ini menjadi satu budaya yang berupaya memangkin kecemerlangan sekolah. .

Muka Surat

| 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Muka Surat

| 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh DATO HAJI SUFAAT BIN TUMIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan ini adalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu,faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Melindungi Masa Instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Muka Surat

| 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualiti pembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yang disediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualiti dan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini juga akan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksional boleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional dan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunan tamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yang mencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik.
Muka Surat

| 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikan setiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangat keutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.

Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (NKRA KPM) merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usaha merakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruh pelosok negara dapat dilaksanakan.

Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaan memberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usaha membangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insan juga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet 2012 bertemakan, Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatif atau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insan menjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua : mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal

Muka Surat

| 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sedemikian ini memperlihatkan keprihatinan kepimpinan negara untuk membela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.

Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasar kerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaan dapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranan tersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lain sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnya bersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasi pendidikan di peringkat akar umbi.

Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasi dalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan dengan arus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu, Guru Cemerlang Pemacu Transformasi Pendidikan.

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKAN

Driscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku kepada murid. Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (struktur kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal ini sedemikian kerana kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran dengan merangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku dilihat daripada perspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan,
Muka Surat

| 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, nilai, dan sikap. Perkembangan yang berlaku kepada murid dirancang dan dijelmakan dalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu diterjemah dan direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam bilik darjah.

Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkan pencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid. Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakan sasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunan pendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.

Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibina mengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagai hasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yang dibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatu proses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasil pembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran, proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah dan ringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakah aktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripada aktiviti yang dilakukan.

Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaian hasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selaras dengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasil pembelajaran mencerminkan kejayaan peranan KPM dalam menyediakan sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti. Namun, perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutan apabila

Muka Surat

| 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid, dan iklim sekolah yang masih terdapat jurang antaranya.

Jelas kepada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama. Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokus kepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancang menyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengan kata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif KPM berfokus kepada, apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid. Penekanan ini selari dengan slogan, 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam Program Transformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajaran kepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifat kreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.

KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktor penentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnya terletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company (2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negara di peringkat global merumuskan perkara berikut:

a)

The quality of an education system cannot exceed the quality of its teachers,

Muka Surat

| 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b)

Theonly way to improve outcomes is to improve instruction, dan

c)

High performance requires every child to succeed.

Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Di manakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yang diperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara kita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agen utama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akar umbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober 2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan paradigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, dan warga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utama dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapai matlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinan sekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:

a) b)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

c) d) e) f) g) h)

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan Bahagian Pendidikan Swasta.

Muka Surat

| 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:

a)

Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG),

b)

Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki (IAB), dan

c)

Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amat kritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakan dengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnya berperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya, Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2.

Muka Surat

| 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagai adunan daripada pelbagai tugas pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf, dan pembangunan kurikulum.

Peranan penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional adalah perlu memberikan tumpuan kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat dan mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk

menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti, dan penambahan secara berterusan.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu, terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.

a) Penentuan matlamat sekolah, b) Penyelarasan matlamat sekolah, c) Pencerapan dan penilaian pengajaran, d) Penyelarasan kurikulum, e) Pengurusan kemajuan pelajar, f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran, g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran, h) Pengukuhan usaha guru, i) Penggalakan perkembangan profesional, j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Muka Surat

| 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and Learning International Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan, faktor guru datang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakan faktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual 1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yang memastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.

Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah Lewat sampai di sekolah 7.8% 13.2% 17.8% 14.1% 15.3% Kurang persediaan pedagogi 35.8% 30.2% 33.8% 12.7% 24.1%

Negara Australia Malaysia Korea Iceland TALIS (Purata)

Tidak hadir 22.9% 19.5% 23.3% 24.0% 25.8%

Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.

Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secara langsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkan keberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segi pedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguan masa instruksional sekolah.

Selain

itu,

faktor

kepimpinan

sekolah

juga

dikaji

sejauh

manamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987) telah mengemukakan kerangka kepimpinan instruksional yang menegaskan bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan
Muka Surat

| 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklim pembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2. Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang seterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua dan Guru Besar.

Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi Mendefinisikan misi sekolah Fungsi 1. Merangka Matlamat Sekolah 2. Menyampaikan Matlamat Sekolah 3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksional Mengurus kurikulum dan pengajaran 4. Menyelaras kurikulum 5. Memantau Kemajuan Murid 6. Melindungi Waktu PdP 7. Membudayakan Perkembangan Mempromosikan iklim pembelajaran sekolah Profesional 8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru 10. Penguatkuasaan Standard Akademik 11. Menyediakan Insentif kepada Murid Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif dan mengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yang berkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang program untuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan kepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah
Muka Surat

| 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenai perbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinan

instruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga empat kali ganda atas keberhasilan pembelajaran murid berbanding kepimpinan transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokal juga

mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yang signifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yang mempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen Melindungi Masa Instruksional (MMI) mempunyai hubungan positif dengan peningkatan pencapaian akademik murid.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranya membincangkan mengapa ada murid yang masih tidak boleh membaca atau mengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan berkaitan dengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung mempengaruhi keberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata lain, isu yang diperkatakan berkaitan dengan kualiti pembelajaran yang dilalui oleh murid. Kini, pencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti malahan dari segi kualiti.

Muka Surat

| 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KUANTITI ATAU KUALITI?

Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antara pencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan modal insan yang holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran serta nilai, dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalah kehidupan seharian.

Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian dari segi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-dua pencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadar berilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untuk menghasilkan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh KPM. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk

pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Hal sedemikian ini, antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberkesanan

pembelajaran juga menurun.


Muka Surat

| 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAH

Secara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan namun realitinya berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenis masa pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masa instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Jadual 3: Kategori Masa persekolahan (Allocated schooling time) Masa bilik darjah (Allocated class time) Masa instruksional (Instructional time) Masa pembelajaran akademik (Academic learning time)
Sumber: Levin & Tsang,1987

Kategori Masa Instruksional Sekolah Penjelasan Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan lain-lain). Jumlah masa instruksional iaitu murid memberikan perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.

Muka Surat

| 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING TIME(ALT)

Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan kadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner, 1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademik dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalam kalangan murid agak subjektif kerana pembelajaran bergantung kepada syarat pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid (Gagne, 1965). Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaan murid, dan gaya belajar. Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahan bantu mengajar, guru, pengajaran, persekitaran, dan peralatan asas untuk belajar yang merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid dengan persekitaran amat penting kerana situasi ini menentukan kejayaan pembelajaran (Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksional yang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkan pembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).

KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat

mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran


Muka Surat

| 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Mereka mencadangkan: Protecting instructional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that encroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1986)

Melindungi

Masa

Instruksional

(MMI)

bermaksud

untuk

mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna/ pembelajaran berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang dapat mengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusan mahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikan dalam Rajah 1.

Muka Surat

| 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PERSEKOLAHAN

(5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI)

Faktor Pengurusan Sekolah

MASA INSTRUKSIONAL (4 -5 JAM SEHARI) MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK (3 JAM SEHARI) ENGAGED LEARNING TIME?

Faktor Instruksional Guru

MASA PEMBELAJARAN BERKESAN.?

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telah menjadualkan masa pembelajaran akademik namun adakah masa yang ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauh manakah murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan. Realitinya, gangguan yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademik amat terhad dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masa pembelajaran berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktor gangguan utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.

KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksional dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta
Muka Surat

| 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermakna sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.

Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaan mencakupi masa murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan jayanya untuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa instruksional yang dilindungi merujukmasa pembelajaran akademik atau ringkasnya:

Masa instruksional

Masa pembelajaran akademik.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat pemboleh ubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a) b) c)

Masa yang diperuntukkan, Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran, Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran, dan

d)

Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.

Empat pemboleh ubah yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin sekolah bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan digunakan secara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat KPM dalam perkara ini.

Muka Surat

| 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan instruksional. Sesungguhnya, seseorang guru telah ditetapkan untuk

menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksi untuk tempoh tertentu. Namun begitu, guru tidak dapat melaksanakan tugas mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tiga kategori tugas iaitu: a) b) c) Tugas Utama, Tugas Sampingan, dan Tugas Perkeranian.

Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguan masa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakan pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlah masa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugas pengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggu disebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguan yang berlaku.

Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidak langsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakah gangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan guru merupakan arkitek dan jurutera serta pemangkin proses pembelajaran murid.

Muka Surat

| 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 4:

Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru

KATEGORI TUGAS GURU TUGAS UTAMA 1. 2. 3. 4. 5.

JENIS TUGAS GURU PdP Perancangan PdP Penilaian murid Perjumpaan kokurikulum Bimbingan akademik di luar masa PdP

MIN JUMLAH JAM SEMINGGU

11.16

TUGAS SAMPINGAN

Menghadiri LDP, mesyuarat, mengiringi murid, melatih murid, kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah, dan Mesyuarat PIBG.

40.00

TUGAS 1. Tugas perkeranian mingguan. PERKERANIAN 2. Tugas perkeranian bulanan. 3. Tugas perkeranian tahunan.
Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011

16.88

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi pemboleh ubahyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti diberikan dalam Lampiran 3.

Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalam Lampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masa instruksional sekolah, iaitu, a) b) Faktor pengurusan sekolah dan Faktor instruksional guru.

Muka Surat

| 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 5, menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai punca kejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan guru yang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.

Jadual 5:
BIL. 1. FAKTOR GANGGUAN FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

Kategori Gangguan Masa Instruksional


KELOMPOK Guru Tiada CONTOH GANGGUAN Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum / sukantara. Pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksana tugas sampingan. Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat. Kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses PdP, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar.

Gangguan Fizikal

Gangguan Luar Jangka

Gangguan Ad hoc

2.

FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU

Kualiti pembelajaran murid Kualiti pengajaran guru

STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Merujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksi diri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpin dan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.
Muka Surat

| 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berlandaskan konsep

pemimpin instruksional, pihak sekolah mampu

merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional.

Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagi mendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini, peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang berkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positif dengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang bersedia dan mengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan yang penting untuk meningkatkan keberhasilan murid.

KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAAN

Cadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yang memberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arah memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Lampiran 1 dan 2. Merujuk

Matlamat

strategi

pelaksanaan

adalah

untuk

memastikan

masa

instruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektif pembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaran berkesan dalam kalangan murid.

Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional di sekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor
Muka Surat

| 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

instruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategi pelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Kerangka cadangan strategi pelaksanaan MMI ini diberikan dalam Rajah 2.

FAKTOR GANGGUAN

SASARAN STRATEGI

MATLAMAT

PENGURUSAN SEKOLAH (PEMIMPIN SEKOLAH)

KAWALAN MASA INSTRUKSIONAL

INSTRUKSIONAL (GURU)

PENINGKATAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN ATAU ALT

Rajah 2:

Kerangka Strategi PelaksanaanMelindungi Masa Instruksional

STRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu:

i.

Strategi jangka pendek (2012-2013)

Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan pengupayaan kepada pemimpin sekolah
Muka Surat

| 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.

ii.

Strategi jangka panjang (2012-2015)

Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) dan pembangunan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di samping itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masa instruksional diberikan dalam Lampiran 4.

Muka Surat

| 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa instruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana pengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan murid disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara berkesan.

Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yang merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan serta sumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa instruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalam semua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian juga usaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakan cetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihak dalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1
KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESAN
Instructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986)

FUNGSI PENGETUA

PROSES KEPEMIMPINAN

MATLAMAT

Membina dan menyebar luas matlamat sekolah Menyelia dan menilai instruksional Menjajar dan menyelaras kurikulum Membangun standard akademik dan sasaran Memantau kemajuan pembelajaran murid Menggalakkan pembangunan profesional guru KOMUNIKASI MEMBUAT KEPUTUSAN PENGURUSAN KONFLIK PROSES KUMPULAN PROSES PERUBAHAN INTERAKSI PERSEKITARAN

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional

Membangun insentif untuk murid dan guru

Muka Surat

| 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DIMENSI MEMBINA MISI/ MENDEFINISIKAN MISI SEKOLAH FUNGSI Merangka Matlamat Menyebar Luas Matlamat

MENGURUS KURIKULUM Memahami Kurikulum dan Instruksional DAN INSTRUKSIONAL/ Menjajar Kurikulum PENGAJARAN Menyelia dan Menilai Memantau Kemajuan Murid MENGGALAKKAN IKLIM SEKOLAH/ MEMPROMOSIKAN IKLIM PEMBELAJARAN SEKOLAH Merangka Standard Merangka Sasaran Akademik Melindungi Masa Instruksional Menggalakkan Penambahbaikan
Sumber: Hallinger, P & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Leadership. hlm. 54 61.

Muka Surat

| 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.

Pengumuman dari pembesar suara. Aktiviti sukan sekolah/sukantara. Aktiviti kokurikulum atau koakademik. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid serta kerap kali masuk dan keluar kelas. Guru atau murid dipanggil ke pejabat. Susun atur kelas dan dalam kelas. Sikap guru. Kepentingan aktiviti bercanggah. Prasarana dan kemudahan sekolah. Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan). Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain). Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan). Keberkesanan pengajaran guru. Disiplin murid. Guru menjalankan tugas jurulatih utama. Kesediaan murid belajar. Persekitaran sekolah. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran. Kerosakan peralatan seperti komputer. Guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran tertentu.

Muka Surat

| 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4 CADANGAN PROGRAM/ AKTIVITI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KATEGORI KELOMPOK FAKTOR GANGGUAN FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH Guru Tiada Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka Gangguan Ad hoc STRATEGI JANGKA PANJANG (2012-2015) Penguatkuasaan dan pematuhan dasar pengurusan sekolah Peluasan program aktiviti khas di sekolah

BIL

STRATEGI JANGKA PENDEK (2012-2013) Dasar Pengurusan Sekolah Program melindungi instruksional, contoh: khas masa

1.

Program Menganggur Berdikari, pembelajaran rakan sebaya, Program Guru Muda, modul guru ganti, kelas tambahan, jual beli waktu pengajaran School-based CPD Penyelarasan aktiviti KPM

2.

FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU

Kualiti Pembelajaran Murid Kualiti Pengajaran Guru

CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Guru opsyen

Kepimpinan instruksional budaya kepimpinan pemimpin sekolah CPD guru School-based CPD Pemantauan penilaian pengajaran berterusan dan guru

Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah Guru opsyen


Muka Surat

| 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BIL

KATEGORI KELOMPOK FAKTOR GANGGUAN

STRATEGI JANGKA PENDEK (2012-2013)

STRATEGI JANGKA PANJANG (2012-2015) Professional Learning Community untuk CPD guru

Rujukan Driscoll, M. P. (2000). Psychology of learning for instruction. 2nd. Ed. Massachusetts. Allyn & Bacon. Gagne, R. M. (1965). The conditions of learning. USA: Holt, Rinehart and Winstons. Gettinger, M. & Seibert, J. K. (1995). Best practices in increasing academic learning time. Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing. Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional leadership in effective schools. ERIC (ED 309535). Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership. Kappa. Hlm. 66 69. Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif daripada http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah _Kepimpinan_Pahang.pdf Kualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Star daripada http://mstar.com.my McEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional leadership. 2nd Ed. CA: Corwin Press, Inc. McKinsey & Company. (2007). How the worlds best performing school systems come out on top.
Muka Surat

| 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

OECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: First results from TALIS. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7 Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53. Hlm. 3. daripada www.mcrel.org. Piaget. J. (1971). Biology and Knowledge (An Essay and the Relations between Organic Regulations and Cognitive Processes). Scotland : Edinburgh University Press.

Muka Surat

| 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Muka Surat

| 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Oleh DR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI ABD. MUNIR BIN MOHD RASHID NADIMIN BIN ABDUL AZIZ Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak Melindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012. JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isu ketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD adalah untuk memastikan kualiti PdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk mengenal pasti / memperoleh bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu tidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi.Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober 2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiap sekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakan jadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruh negara. Didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolah sementara seramai 634 guru tidak memasuki kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulan tahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan.

Muka Surat

| 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Moment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru dengan murid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yang ditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapat memenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yang menyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.

Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahan KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masa dalam menjalankan tanggungjawabnya di sekolah. Ketetapan masa juga bermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masa. Perkara ini juga selari dengan Perkara 11, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menegaskan tentang kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAH

Ketiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baharu. Perubahan dan perkembangan bidang pendidikan masa ini memerlukan guru peka tentangperubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepada kekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantu

memperkembang potensi murid.

Beberapa tinjauan di seluruh negara

menunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu tinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat PendidikanLangkawi,Kedah di 11 buah Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah untuk melihat keseriusan isu ini.
Muka Surat

| 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan mulai bulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam tinjauan ini telah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah

sekolah tersebut sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh lima bulan tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah sebanyak 10.45 hari. Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah sekolah di WP Putrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011 menunjukkan trend yang sama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan dan ini menyebabkan lebih 30% guru terpaksa meninggalkan bilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran guru di sekolah adalah antara 13.20% (Ogos) hingga 43.83% (April) seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos 2011 BULAN OGOS 75 85 160 13.20 | 40 MAC APR MEI FEB JAN JUN JUL 233 219 452 37.29

SMK SK Jumlah Peratus

148 54 202 16.67

133 97 230 18.98

198 185 383 31.60

284 243 527 43.48

200 176 376 31.02

185 182 367 30.28

Ketidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandar seperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasan pedalaman. Berdasarkan laporan JNJK, ketidakhadiran guru di 11 buah
Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010 menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%) tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut.

Laporan tentang kehadiran guru di 14 buah sekolah pedalaman daerah Kudat, Sabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata kehadiran ke sekolah adalah sebanyak 80.77% dan terdapat sekolah yang mencatat kehadiran serendah 67.0%.

Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500 Lembaga Sekolah (School Board) melanggani khidmat,Automated Substitute Placement and Absence Management(AESOP) yang mengendalikan

ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guru berkenaan. Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambah kerana pihak sekolah berasa sukar untuk menangani isu guru yang tidak hadir (www.aesopeducation.com).

Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkan sekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi kerana membayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat sekolahsekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi 100,000 setahun untuk bayaran guru pengganti.

(http://www.teachingexpertise.com/articles/dealing-with-teacher-absence2263)

Muka Surat

| 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PUNCA KETIDAKHADIRAN GURU

Punca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadiran dirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.

1.

Ketidakhadiran Yang Dirancang

a)

Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru kerana menghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menurut tinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-guru sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPP dan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadual 2. Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 aktiviti (16.57%) sahaja yang dilaksanakan selepas waktu persekolahan. Situasi ini menggambarkan sebanyak 317 aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah semasa PdP berlangsung.

Jadual 2: Aktiviti Rasmi Guru Anjuran Pelbagai Pihak di Putrajaya pada Bulan September 2011 Kursus/ Seminar/ Bengkel 171 45.00%

Aktiviti Rasmi Jumlah Aktiviti Peratus

Mesyuarat/ Taklimat 139 36.58%

Tugas Kokurikulum 24 6.32%

Aktiviti lain 46 12.10%

Jumlah

380 100%

Muka Surat

| 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b)

Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat (peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa). Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, pada bulan September 2011, sekolah-sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum. Tinjauan JNJK di Pulau Langkawi mulai bulan Jun sehingga Oktober pada tahun 2011 terhadap 625 orang guru

menunjukkan jumlah hari ketidakhadiran guru sebanyak 448 hari bekerja.

c)

Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan, cuti rehat khas, cuti tanpa rekod, dan cuti tanpa gaji. Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkan kadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalah tinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari guru bercuti sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut, 2163 hari (47.40%) ialah jumlah hari tidak hadir bagi 43 orang guru kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah DaerahLangkawi Pada Bulan Jun hingga Oktober 2011 Cuti Bersalin Jumlah 4563 | 43 Cuti Sakit Cuti Rehat Khas Cuti Tanpa Rekod Cuti Belajar Cuti Tanpa Gaji 11 1 Jenis Cuti Jumlah Hari Bil. guru terlibat

1158

590

978

93

2163

321

417

50

43

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu kritikal yang perlu ditangani segera. Hal ini kerana, setiap guru yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Isu ini akan menjadi lebih kritikal apabila terdapat beberapa orang guru dari sekolah yang sama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan dijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yang sama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12 orang guru tersebut sebanyak 743 hari (Jadual 4).

Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru dari Bulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah Langkawi
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Nama Sekolah SJK(C) Min Nam SK Bayas SK Nyior Cabang SK Padang Mat Sirat SK Sri Negeri SK Temonyong SMK Mahsuri SMK Air Hangat SMK Langkawi SMK Ulu Melaka SMK Kelebang JUMLAH Jumlah Guru 12 32 31 65 77 51 142 52 32 53 78 625 Bil Guru Bersalin 0 0 2 (6.45%) 3 (4.61%) 6 (7.79%) 4 (7.84%) 12 (8.45%) 2 (3.84%) 2 (6.25%) 3 (5.66%) 9 (11.53%) 43 Jumlah Hari Cuti 0 0 21 184 369 234 743 91 47 41 433 2163

Muka Surat

| 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Ketidakhadiran Tidak Dirancang

a)

Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan. Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauan dijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321 guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari sebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secara purata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 hari setiap seorang pada tahun tersebut.

b)

Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi, masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain. Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guru

yang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat atas pelbagai sebab (Jadual 5). Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 buah Sekolah Pedalaman Daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010
Perkara Bilangan Guru Bilangan Hadir Bilangan Hadir Lewat Bilangan Tidak Hadir Tidak Hadir Tanpa Sebab Jumlah 151 106 63 45 35 Peratus 100% 70.20% 59.43% 29.80% 77.78%

c)

Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran secara ad hoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan lain-lain.
Muka Surat

| 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

d)

Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Tinjauan di Pulau Langkawi di 11 buah sekolah di daerah Langkawi juga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak hadir tanpa sebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh orang guru tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiran guru-guru tersebut sebanyak 100 hari. Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah pedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45 guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadir ke sekolah tanpa sebab (Jadual 5).

e)

Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas untuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah.

KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAH

Ketiadaan guru di bilik darjah memberikan kesan kepada pembangunan modal insan yang kreatif, kritis dan inovatif. Ketiadaan guru di sekolah akan memberikan kesan seperti yang berikut:

1.

Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan kepada program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2.

Kualiti tugas guru terjejas Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan bagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini boleh menyebabkan kualiti tugas utama guru merosot.

Muka Surat

| 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Kualiti pembelajaran murid terjejas Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti kelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal ini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas. Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti bersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaran pembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian murid akan menurun.

4.

Disiplin dan keselamatan murid terjejas Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar ditampung oleh guru lain. Ketidakhadiran ini menyebabkan kelas tidak dapat diurus dengan baik dan kesannya, masalah disiplin meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin.

TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK) BAGI MENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

Pada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perlu berada di dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan dengan itu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksana dan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapat maklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasa PdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiap bulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.

Muka Surat

| 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Umumnya,

melalui

pemerhatian

ini,

strategi

Menangani

Guru

Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) dapat mengenal pasti bilangan guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Skop pemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke bilik darjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapat maklumat daripada pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalah tersebut.

Pemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012 melalui JNJK yang terdiri daripada dua orang pegawai. JNJK mensasarkan pemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan ini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihak sekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalah seperti dalam Jadual 6.

Muka Surat

| 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Proses Kerja Pemerhatian GMBD


Bil. 1. Proses/Tugas Persediaan prapemerhatian Huraian i. Pemilihan sekolah berdasarkan lokasi yang sesuai/ berdekatan dengan pejabat. ii. Instrumen seperti di Lampiran 1. iii. Pemerhatian dijalankan dalam minggu pertama sehingga minggu ketiga sahaja. i. Pemerhati perlu berada di sekolah sebaik sahaja waktu persekolahan bermula atau selepas waktu rehat.(Sesi pagi /petang) ii. Mengesan guru yang tiada di bilik darjah. iii. Berjumpa pentadbir dan menyemak buku kedatangan dan jadual guru ganti. Tindakan Ibu Pejabat

Ketua Pasukan

2.

Pemerhatian di sekolah a. Melawat bilik darjah bagi memastikan kehadiran guru dalam bilik darjah b. Menyemak jadual kedatangan guru dan jadual guru ganti (pohon kebenaran Guru Besar/Pengetua) c.Pencerapan guru ganti

Semua Nazir Isi Instrumen no.1 hingga 8 Isi Instrumen no.12 Isi Instrumen no.9, no.10 dan no.11

d.Temu bual

4.

Selepas pemerhatian.

Semua nazir Isi Instrumen no.13 Isi Instrumen no.13 ii. Mendapatkan pandangan usaha Semua nazir sekolah menangani guru Isi Instrumen meninggalkan bilik darjah. no.14 i. Memindahkan instrumen yang diisi Ketua Pasukan ke dalam tapak. (Tapak GMBD) ii. Tapak yang telah diisi perlu di-e- Semua nazir melpada hari yang sama selepas pemerhatian. Semua nazir iii. E-mel kepada gmbdjnjk@gmail.com dan nadimin.jnjk@gmail.com dengan menamakan fail dengan kod sekolah diikuti dengan GMBD. Contoh:- AEA0001.GMBD Minggu keempat (4) adalah untuk UDTM/Task merumus data. Force Data dirumus berdasarkan tiga objektif pemerhatian. Laporan siap dalam minggu keempat Task Force dan diserahkan kepada Ketua Nazir.

i.

Semak buku rekod mengajar a. guru ganti b. guru yang tidak hadir

5.

Pengumpulan bulanan

data i. ii.

6.

Laporan Pemerhatian

i.

Muka Surat

| 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

DAPATAN PEMERHATIAN JNJK

Pemerhatian GMBD telah dilaksanakan di 954 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan bermula dari bulan Mac sehingga bulan Oktober bagi tahun 2012. Sepanjang pemerhatian tersebut, isu guru tidak masuk ke kelas bagi melaksanakan PdP telah dikesan berpunca daripada faktor rasmi dan tidak rasmi. Ketidakhadiran guru didapati banyak berpunca daripada penglibatan mereka dengan program yang dianjurkan oleh KPM, JPN mahupun PPD. Program rasmi yang menyebabkan ketidakhadiran guru adalah seperti mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN ataupun PPD.

JNJK juga telah mengesan bahawa ada sebahagian guru lewat atau tidak masuk ke kelas walaupun mereka berada dalam kawasan sekolah. Alasan yang diberikan oleh guru-guru ini ialah lewat keluar dari kelas sebelumnya, berurusan dengan penjaga murid dan berjumpa Pengetua/ Guru Besar. Malahan ada juga guru-guru mengatakan mereka tidak mendapat maklumat tentang penggantian kelas ganti.

Jadual 7 menunjukkan analisis guru yang tidak masuk ke kelas atas sebab tidak berada di sekolah atau kelewatan masuk ke kelas.

Muka Surat

| 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 7: Analisis Pemerhatian JNJK Bulan Mac-Oktober 2012

BIL

BULAN

BIL. PEMERHATIAN 118 125 147

1. 2. 3.

MAC APRIL MEI

BIL. GURU TIDAK HADIR 645 622 602

BIL. GURU TIDAK MASUK KELAS 99 137 74

4.
5. 6.

JUN
JULAI OGOS

88
146 89

357
564 293

51
59 45

7.

SEPT. OKT.
JUMLAH

180 61
954

1105 298
4486

118 51
634

SARANAN BAGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Bagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikan waktu instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, tindakan-tindakan berikut disyorkan:

1.

Penubuhan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional Peringkat Sekolah. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Besar dengan ahli yang terdiri daripada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia mata pelajaran dan guru bertugas harian/ mingguan. Fungsi jawatankuasa tersebut pula ialah:

a)

membuat pertimbangan bagi menentukan guru menghadiri kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya,

yang perlu

b) c) d)

menyediakan Jadual Guru Ganti bagi guru yang tidak hadir, menguruskan proses pelaksanaan Jual Beli Kelas, membuat pemantauan bagi memastikan jadual penggantian kelas dipatuhi,
Muka Surat

| 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e)

menyemak kehadiran guru ke sekolah apabila waktu persekolahan bermula, dan

f)

mengumpul dan menyediakan data berkaitan kehadiran guru serta melaporkannya kepada PPD (PPD akan mengetengahkan hal ini ke JPN).

2.

Pengupayaan perancangan program berdasarkan daerah dan sekolah. Pada masa sekarang, walaupun Takwim Tahunan KPM dan JPN diselaraskan namun dari segi pengoperasiannya agak sukar dipatuhi. Tambahan pula terdapat program dan aktiviti ad hoc yang melibatkan pihak sekolah. Pengupayaan kepada pihak PPD dan sekolah dalam daerah tersebut untuk merancang program berdasarkan kesesuaian daerah berkaitan dapat meminimumkan keluar masuk guru dan pentadbir sekolah semasa proses PdP.

3.

Penglibatan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) hendaklah diaktifkan di semua daerah supaya pihak sekolah mudah mendapat bekalan guru ganti. Peruntukan untuk bayaran KGSK hendaklah mencukupi bagi membolehkan sekolah mendapat guru bagi menggantikan guru yang bercuti dalam tempoh yang panjang seperti cuti bersalin atau cuti haji.

4.

Pengenalan jawatan Pembantu Guru (hampir sama dengan Pembantu Pengasuh Murid) di sekolah perlu diperluas bagi mengambil alih tugas perkeranian guru terutama yang berkaitan dengan pengisian data, menyemak kehadiran dan tugas-tugas lain selain tugas PdP.

5.

Pewujudan jawatan Jurulatih Bertauliah untuk mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum. Dengan adanya jawatan ini, guru bilik darjah akan dapat menumpukan perhatian kepada tugas mengajar dan tidak perlu lagi mengiringi murid untuk program sukan dan sebagainya. Selain itu,
Muka Surat

| 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kegiatan sukan murid-murid dikendalikan oleh kumpulan pakar dalam bidang berkaitan. 6. Penglibatan menyeluruh PIBG dan ibu bapa dalam program koakademik dan kokurikulum. Kumpulan berkepentingan ini wajar menggembleng peranan mereka untuk bersama-sama melibatkan diri secara aktif dengan program sekolah. Kumpulan ini boleh membantu sekolah untuk mengiringi murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah seperti menyertai pertandingan perbahasan, sukan dan perkhemahan. 7. Perancangan yang teliti bagi menangani isu ketiadaan guru untuk tempoh panjang perlu dilaksanakan. Unjuran jumlah guru yang akan mengambil cuti dalam tempoh yang lama seperti cuti haji, cuti bersalin dan guru yang akan bersara pada sesuatu tahun hendaklah disediakan. 8. Penguatkuasaan berbentuk punitif bagi guru yang tidak hadir dan tidak melaksanakan proses PdP secara sengaja wajar dikuatkuasakan. Langkah seperti mengenakan denda boleh digunakan sebagai langkah akhir jika guru berkaitan gagal memberikan alasan yang sahih ketidakhadirannya.

PENUTUP

Isu ketidakhadiran guru adalah serius dan kerap diperkatakan oleh pihak ibu bapa melalui pelbagai platform media massa. Kebimbangan ibu bapa berkaitan isu ini amatlah berasas kerana ketiadaan guru di bilik darjah akan menjejaskan prestasi pencapaian murid. Semua pihak yang berkepentingan di semua peringkat sama ada Bahagian KPM, JPN mahupun PPD harus memainkan peranan yang mantap untuk merancang kaedah yang sesuai bagi melindungi masa intruksional. Pemantauan perlu terus dilaksanakan supaya apa juga yang dirancang, difahami, dan dilaksana dengan berkesan di peringkat sekolah.
Muka Surat

| 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Muka Surat

| 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Oleh DR. JAMES ANG JIT ENG HAJI ABDUL RAZAK BIN ALIAS Institut Aminuddin Baki Kementerian PendidikanMalaysia

Abstrak MMI merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksional seorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai di peringkat PPD dan JPN. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranan kepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPD khususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauan pencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagi para pegawai di peringkat PPD dan JPN kerana penguasaan kemahiran ini akan membolehkan mereka mengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh pihak sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para pentadbir dan membantu mengatasi masalah akademik yang dihadapi.

Muka Surat

| 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

1.

Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaran

Sorotan kajian menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cuba mengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time) dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970-an lagi. Hasil kajian mendapati bahawa usaha meningkatkan peruntukan masa pengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid.

Pada tahun 1980-an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masa dengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980; Baines 2007). Cotton (1990) telah merumus hasil-hasil sorotan kajian pada ketika itu seperti yang berikut:

(a)

Tidak ada korelasi (hubung kait) antara peruntukan masa (allocated time) dengan pencapaian murid.

(b)

Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian murid.

(c)

Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learning time) dengan pencapaian murid.

(d)

Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasi antara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahun dengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002).

Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuh dan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) dengan pencapaian murid. Situasi ini berbeza antara masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000)

Muka Surat

| 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8% masa dalam pembelajaran. Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda aras penggunaan masa secara berkesan di dalam bilik darjah menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Menengah yang biasa, menggunakan 38% daripada masa untuk menguruskan kelas, 50% untuk mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 12% untuk pengajaran (rujuk Rajah 1).

38% 50% 12%


Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran Mengurus Kelas

Rajah 1 : Penggunaan Masa oleh Guru Biasa

Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15% daripada masa untuk menguruskan kelas, 35% untuk tugas mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 50% untuk penyampaian pengajaran (Merujuk Rajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97% daripada masa untuk pembelajaran aktif dan 3% untuk masa luang (offtask).

Muka Surat

| 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

15%
50% 35%

Penyampaian Pengajaran

Mengawas dan Menyelia

Mengurus Kelas

Rajah 2 : Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan

2.

Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangun

Kajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yang diperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negara kurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secara

kuantitatif dan kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenar adalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masingmasing.

3.

Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaran

Dapat dirumuskan daripada hasil sorotan kajian bahawa komponen penting untuk menjayakan dasar melindungi masa pembelajaran adalah dengan memaksimumkan masa pembelajaran dan meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) untuk segala bentuk aktiviti yang berlaku di sekolah.

Muka Surat

| 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Seperti yang disebutkan di atas, satu daripada pemboleh ubah yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah masa pembelajaran

(instructional time).

Abadzi, (2007) mentakrifkan masa pembelajaran

sebagai jumlah masa dalam kelas yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu. Menurut beliau, masa pembelajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru untuk mengurus bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masa pembelajaran dengan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman dan Denham, 1980).

Selain meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran murid (time-on-task). Time-ontask merujuk jumlah masa dalam satu waktu apabila guru dan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga sering difahamkan dengan masa murid benar-benar terlibat dalam pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian oleh Levin dan Nolan, (2010)

menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran murid ialah kemampuan guru untuk memaksimumkan masa time-on-task murid terlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untuk memulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibat dengan perbuatan salah laku.

Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmu memantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan akademik murid dan seterusnya mengambil sewajarnya. langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan ini telah disampaikan yang kepada

Kemahiran-kemahiran

Muka Surat

| 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

golongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) antaranya seperti yang berikut:

(a) (b) (c)

Kursus Kepimpinan Instruksional, Kursus Memantau Pencapaian Murid, Kursus NPQEL (National Professional Qualification for

Educational Leaders), dan (d) Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin.

Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolah masih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantau pelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para peserta kembali ke sekolah masing-masing. Satu pihak yang boleh membantu memastikan pelaksanaan tugas memantau pencapaian akademik murid ialah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekat dengan sekolah dan merupakan golongan prime movers dalam usaha mentransformasi PPD.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran murid dilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, dicadangkan para pegawai PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu diberi pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agar mereka dapat mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dengan lebih cekap lagi.

Muka Surat

| 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkat JPN/ PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin yang membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (para pentadbir dan guru) secara bermakna agar maklumat yang ingin disampaikan dan matlamat yang dihasratkan tercapai?

CADANGAN TINDAKAN (CADANGAN PENGISIAN SESI TAKLIMAT)

1.

Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkan peranan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.

2.

Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknik memantau pencapaian murid (headcount).

3.

Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antara pegawai JPN/ PPD untuk menangani masalah pencapaian akademik murid.

4.

Mengupayakan pegawai JPN/ PPD dengan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin.

5.

Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunan profesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran kendiri (selfdirected learning).

Muka Surat

| 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Langkah yang dicadangkan oleh IAB ialah sebahagian daripada usaha bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP) khususnya melalui sesi mesyuarat/ taklimat kepada JPN/ PPD untuk melaksanakan amalan Melindungi Masa Instruksional di sekolah-sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

SYOR Selain pendedahan kepada ilmu memantau pencapaian murid dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin, para pegawai JPN/ PPD diberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional dan pembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/ taklimat yang diketuai oleh TKPPM-OP.

1.

2.

Para pegawai JPN/ PPD dikehendaki menghadiri Kursus Kepimpinan Instruksional dan Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yang dianjurkan oleh IAB.

Rujukan Abadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss and consequences. Independent Evaluation Group, World Bank, Washington, DC. Baines L. (2007). Learning from the World: Achieving More by Doing Less. Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98100.
| 62

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Cotton, K. (2003). The principals and student achievement: What the research says. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria : Virginia. Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher. Allyn and Bacon. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217247. Jacobson, K. 1980. The Relationship of Individual Student Time Allocation to Reading and Mathematics Achievement. Report from the Project on Studies of Administration and Organization for Instruction. Research and Development Center for Individualized Schooling, University of Wisconsin, Madison. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing. Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: A professional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ. Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA: California Commission for Teacher Preparation and Licensing. Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic press and student achievement. Unpublished dissertation. Ohio State University. Millot, B., and J. Lane. 2002. The Efficient Use of Time in Education. Education Economics 10, no 2: 20928. Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changing perspectives on the school. Advances in Educational Administration, 1, 163-200. Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: Its the system. Education Week, 24 (25), pp. 32 - 35. Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, or beyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16. Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: How Useful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on
Muka Surat

| 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Instructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 28397. New York and London: Longman. Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional Time Effectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington, DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://wwwwds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/200 9/02/11/000333037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box 33101OFFICIAL0USE0ONLY1.pdf Tengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsian pengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB Cawangan Utara. KPM. Yair, G. 2000. Not Just About Time: Instructional Practices and Productive Time in School. Education Administration Quarterly 36, no. 4 (October): 485512.

Muka Surat

| 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JADUAL WAKTU

Muka Surat

| 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JADUAL WAKTU

oleh ENCIK BONG MUK SHIN Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses PdP yang berkesan. Penyediaan jadual waktu perlu diurus dengan baik agar pelaksanaan PdP berjalan lancar. Jadual waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakan PdP mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melindungi masa instruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktu ialah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu, persediaan guru, persediaan murid, lokasi, dan pentadbiran.

Muka Surat

| 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Jadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid, setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh dan peruntukan masa suatu mata pelajaran yang diajar dan nama guru yang mengajarkan mata pelajaran itu.

Setiap jadual waktu sekolah ialah jadual untuk menyelaras empat elemen iaitu: murid, guru, bilik darjah, dan tempoh. Jadual ini perlu mematuhi kurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhi kehendak jadual waktu anjal dan fleksibal.

ISU JADUAL WAKTU

1.

Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Februari hingga April 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40% proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antara faktor yang dikenal pasti ialah:

a)

guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak menjalankan PdP,

b)

guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan aktiviti lain, berada di kantin), dan

c)

guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan PdP.

Muka Surat

| 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Jadual Waktu Guru Ganti

Jadual waktu perlu diurus dengan baik agar PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual waktu PdP disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan PdP mengikut masa dan tempoh yang dijadualkan dengan lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Jadual Guru Ganti perlu merekod nama guru yang tidak dapat hadir ke kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti perlu mengandungi maklumat seperti Tahun atau Tingkatan, Waktu dan Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada Guru Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal sebelum kelas bermula.

3.

Pelaksanaan Jadual Waktu

Bagi melindungi waktu pembelajaran murid, beberapa aspek perlu diberikan perhatian iaitu;

a)

Agihan Waktu Mengajar

i.

Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan bagi seseorang guru. Contohnya, penentuan tahap kelas yang diajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun Menengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira.

ii.

Penentuan set/ kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar oleh seseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu

dipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut

Muka Surat

| 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepakaran/ opsyen agar tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Contoh, dari segi : mata pelajaran - Bahasa Melayu dengan Seni, Sains dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahasa Inggeris dengan Muzik, waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran Matematik, selepas waktu rehat mata pelajaran Sains dan sebelum balik mata pelajaran Pendidikan Seni, dan hari - Mata pelajaran teras perlu dimasukkan dalam jadual waktu secara seimbang pada setiap hari supaya tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid. Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kira pekeliling-pekeliling yang berkuat kuasa.

iii.

Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktu mengajar secara berterusan.

Guru dihadkan mengajarkan dua mata pelajaran mengikut opsyen major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perlu dipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagi elektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada Tahap 1 dan Tahap 2 sahaja bagi Sekolah Rendah, atau Menengah Rendah atau Menengah Atas. Guru diperuntukkan tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan.

Justifikasi i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam melaksanakan PdP mata pelajaran tersebut.

Muka Surat

| 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

Guru boleh memberikan tumpuan dalam pelaksanaan PdP yang berkesan.

iii.

Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam mata pelajaran tertentu.

iv.

Guru

akan

lebih

mengenali

murid

dan

dapat

meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.

b)

Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual

i.

Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru mengikut keadaan/ keperluan sekolah.

ii.

Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu sahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan diagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian mata pelajaran perlu mengikut kecenderungan atau opsyen seseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekod bagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunya

ketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru. iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single period) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran.

Huraian :

Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang antara waktu PdP bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya untuk berada lebih awal di kelas seterusnya. Waktu senggang perlu diagih seimbang pada sebelah pagi sebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitu juga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih seimbang antara semua guru dalam seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja seminggu.
Muka Surat

| 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata pelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan kepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaran elektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu juga kepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiran guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agar tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.

Ketetapan

kelas

bagi seseorang guru

perlu

mengikut

kesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu blok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yang seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.

c)

Persediaan Guru

i.

Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu pengajarannya bermula jika guru tersebut tiada kelas sebelumnya.

ii.

Guru terlibat perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan bahan yang akan digunakan dalam PdP. Guru ganti seboleh-bolehnya guru mata pelajaran yang sama dengan kelas yang diganti.

iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat jika guru telah mengetahui lebih awal tentang

penglibatan atau tugasnya di luar sekolah.

Muka Surat

| 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Huraian : Bagi menepati peruntukan masa PdP (30 minit untuk sekolah rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu bersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini juga dapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran di samping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelas dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yang ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat dengan tugas-tugas luar. Kesepakatan ini boleh mengelakkan daripada membebankan guru lain untuk menjalankan PdP sebagai guru ganti.

d)

Persediaan Murid

i.

Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untuk

mengelakkan guru daripada membuang masa PdP kerana melayan kerenah murid di dalam kelas.

Huraian : Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan keperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru masuk mengajar. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa PdP. Guru terpaksa menunggu murid mengambil kelengkapan PdP padahal masa untuk PdP sepatutnya sudah bermula.

Muka Surat

| 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e)

Lokasi Tempat PdP

i.

Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masa bagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapat memenuhi keperluan ini maka pihak sekolah perlu menyediakan sebuah bilik transit.

Huraian: Penyusunan jadual waktu perlu mengambil kira jarak pergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke bilik khas atau dari blok ke blok yang lain antara waktu PdP bagi menjimatkan masa. Bilik darjah yang fleksibel perlu diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalami masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani PdP dengan selesa. Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkat bawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehat sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran sebelumnya.

f)

Pentadbiran

i. ii.

Pemilihan pakej mata pelajaran perlu dihadkan. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata pelajaran atau tahun/ tingkatan yang sama semasa ketiadaan guru mata pelajaran/ kelas tersebut. Bagi keberkesanan PdP guru perlu mengambil kira bilangan
Muka Surat

| 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

murid dalam kelas yang digabung dan tempat PdP dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai PdP boleh dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.

Huraian Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan mengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam aliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti boleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atau tahap supaya proses PdP dapat berlangsung dan kawalan disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SYOR

Pihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasarana sekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancang penyusunan jadual waktu sekolah.

Muka Surat

| 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Muka Surat

| 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Oleh ENCIK MAHAMAD AMRAN BIN KAMSI Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak Hasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (2011) tentang keberkesanan kokurikulum dalam kalangan murid Sekolah Menengah ada menunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masa instruksional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalam menjalankan aktiviti kelab/ persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktorfaktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah, kurikulum kelab/ persatuan yang tidak lengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yang berlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti. Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada Pengetua/ Guru Besar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaian di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meliputi pelaksanaan kegiatan kelab/ persatuan sekolah secara projek inovasi, pemantapan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum, KPM, pemantapan sistem pemantauan di semua peringkat pelaksanaan, melengkapkan dan melatih pegawai/ kakitangankokurikulum di semua peringkat dan, melengkapkan kemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah. Strategi penyelesaian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini boleh menyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan juga mampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaian ini memberikan impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan impak perjawatan baharu berjumlah 4,133 orang.

Muka Surat

| 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada dua aspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapat dengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah manakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku di luar bilik darjah. Pada dasarnya KPM sentiasa berusaha dan berhasrat agar kedua-dua aspek ini memberikan impak yang maksimum kepada

perkembangan pendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, namun dari segi

keberhasilannya menampakkan bahawa aspek kokurikulum masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Kokurikulum sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Kenyataan ini bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam PeraturanPeraturan Kebangsaan Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum ialah wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya ( Akta Pendidikan, 1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ialah wajib. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulum ialah sebahagian masa instruksional yang wajib dilaksanakan.

Muka Surat

| 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember 1967, masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalah seperti yang berikut:
Sekolah Rendah Tahap 1 2 Menengah Darjah/Tingkatan 3 dan 4 5 dan 6 Peralihan, 1,2 dan 3 4 dan 5 (aliran Perdagangan dan Sastera) 4 dan 5 (aliran Sains dan Pertanian) Peruntukan Masa (minit/minggu) 60 120 180 180

140

Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahun ialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi kelab/ persatuan dan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ini perlu dijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpun begitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauh mana masa yang diperuntukkan benar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan memenuhi masa instruksional kegiatan kokurikulum.

PERNYATAAN ISU

Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan

Muka Surat

| 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/ permainan.

Dapatan kedua-dua kajian ini boleh dirumuskan seperti yang berikut: (a) kegiatan kokurikulum (terutama jenis kelab dan persatuan) tidak dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberikan suatu persepsi yang negatif dalam kalangan murid, dan (b) masa instruksional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum tidak dilindungi kerana terbukti pengisian pengajaran tidak memberikan impak positif kepada murid.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) dalam kokurikulum dipengaruhi oleh wibawa pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/ Pengetua/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum). Pentadbir bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan kokurikulum selaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Sebaliknya pentadbir sekolah yang bersikap negatif tentang kokurikulum bercirikan seperti yang berikut: (a) kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan untuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM, JPN dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera, (b) bersikap sambil lewa kepada isu-isu penguatkuasaan peraturan dan sistem pemantauan, seperti dalam menetapkan masa dan

penjadualan aktiviti kokurikulum sekolah, dan (c) gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah.

Kejayaan MMI dalam kokurikulum banyak dipengaruhi oleh kemampuan guru berperanan sebagai guru kokurikulum seperti sebagai penasihat/ pembimbing/ jurulatih (SPI Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2 Januari 1985). Namun ramai guru yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidak cukup kompeten. Masalah kurang
Muka Surat

| 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mahir dalam sesuatu jenis kegiatan kokurikulum yang dipertanggungjawabkan ialah faktor utama. Tidak dinafikan semua guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa belajar di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperoleh hanyalah setakat tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidang ilmu kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikian akan setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatu perancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid. Kelemahan ini sudah tentu memberikan kesan kepada pengajaran dan bimbingan kepada murid-murid. Ketiadaan guru yang mahir dan pakar ini juga yang menjadi alasan untuk tidak mengadakan sesuatu kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah.

Kegagalan guru melindungi masa instruksionalkegiatan kokurikulum sering dikaitkan dengan kandungan kurikulum atau pembelajaran yang tidak lengkap. Kelemahan ini berlaku atas dua faktor. Pertama, bidang kokurikulum terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah ialah kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yang telah

melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpun begitu, ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidak menjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik, bidang kokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set kandungan pelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semula jadi kelab/ persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentu ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitan bahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tidak menjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagai panduan asalkan boleh

mengukuhkan apa yang sudah dipelajari di dalam bilik darjah.


Muka Surat

| 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatan kokurikulum yang jelas ialah yang menjadikan alam semula jadi dan alam sekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Namun ada juga sesetengah aktiviti kokurikulum yang sememangnya memerlukan kemudahan dan peralatan khusus seperti kegiatan robotik dan perkhemahan. Ketiadaan peralatan dan kemudahan ini di sekolah atau yang berhampiran sering dijadikan alasan untuk tidak menjalankan kegiatan. Tidak dinafikan KPM ada menyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namun masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Dalam masa yang sama diperaku ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidak boleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaran yang tinggi dan memerlukan kepakaran jurulatih serta juruteknik. Kemudahan sebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepada guru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan.

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa faktor penyebab masa instruksional kokurikulum tidak dilindungi adalah seperti yang berikut: (a) sikap pentadbir sekolah yang tidak sensitif kepada keperluan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan sebaik mungkin, (b) guru-guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum, (c) kandungan kurikulum sesetengah kegiatan kokurikulum yang tiada, tidak lengkap atau tidak standard, dan (d) kekurangan kemudahan, fasiliti dan peralatan khusus untuk sesuatu kegiatan kokurikulum di sekolah atau yang berhampiran.

Muka Surat

| 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:

Secara jelas isu MMI dalam kokurikulum ialah masalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca daripada kelemahan dasar/ polisi pihak lain seperti daripada pihak KPM. Dalam hal ini, penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.

Peringkat Sekolah:

1.

Pengetua/ Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/ Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta

kepentingannya dan dasar-dasar pelaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPM seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/ Guru Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap Pengetua/ Guru Besar. Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPM mengambil pendekatan fleksibel dengan memberikan kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/ Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam isu MMI kokurikulum Pengetua/ Guru Besar boleh menjadikan strategistrategi yang berikut sebagai panduan:

(a)

Mengubah persepsi negatif warga sekolah tentang bidang kokurikulumPengetua/ Guru Besar bertanggungjawab untuk

memberikan kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan tentang kokurikulum. Salahfaham tentang peranan
Muka Surat

| 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kokurikulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/ Guru Besar

seharusnya mampu mengubah persepsi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini ialah suatu kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu menghasilkan kemenjadian manusia secara menyeluruh termasuk pembangunan kepelbagaian intelek dan intelek emosi. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti.

(b)

Mempelbagaikan

kelab/

persatuan

dan

aktiviti-aktiviti

kokurikulum- Kepelbagaian kelab/ persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab memastikan bilangan kelab/ persatuan yang ditubuhkan telah mengambil kira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/ peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambil kira program berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/ persatuan, Pengetua/ Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan praktikalnya pelaksanaan kelab/ persatuan itu. (c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/ program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun sentiasa diuar-uarkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/ persatuan
Muka Surat

| 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

di persekitaran sekolah.

Penyertaan pasukan sekolah di semua

peringkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/ program kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan penuh daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing.

Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara. (d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, Pengetua/ Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab/ persatuan dan sukan/ permainan. Kedua, membezakan antara aktiviti mingguan kelab/ persatuan dan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa ke arah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki.
Muka Surat

| 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e)

Mewujudkan sistem dokumentasi yang dikemas kini, informatif dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan sesebuah kelab/ persatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti

senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah kelab/ persatuan. Malahan laporan tersebut boleh dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/ persatuan. Pihak sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data kokurikulum yang boleh diedarkan dalam kalangan warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan. (f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang

diperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaian kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan sekolah. Kesedaran dalam kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperoleh skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelas dari semasa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemas kini sepanjang masa dan tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk membaiki prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam

kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus.

Muka Surat

| 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(g)

Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusanPengetua/ Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil daripada pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah baik pelaksanaan pada masa akan datang. Pemantauan juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.

(h)

Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited - Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah yang sering diabaikan oleh Pengetua/ Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang kokurikulum perlu sentiasa dikemas kini bagi mewujudkan pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya

pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Pendedahan latihan dalaman ini termasuklah daripada Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun. (i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan / peralatan yang mencukupi dan berkualiti- Dalam kokurikulum perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti kokurikulum. Hal ini merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolahsekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep 'guna sama'. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan
Muka Surat

| 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan 'pengubahsuaian' aktiviti. Contohnya, permainan bola sepak futsal menggantikan permainan bola sepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan, pihak sekolah wajar mengambil kira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori 'perlu' dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang mampu menilai kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum sebagai nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah.

(j)

Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprenhensif dan dikemas kini- Strategi ini berkaitan usaha pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep happening dan lively kegiatan kokurikulum sekolah boleh

diwujudkan dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudutsudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program khas seperti school linkage programme. Membudayakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan
Muka Surat

| 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

komitmen serta kerjasama semua pihak terutama daripada kalangan murid dan guru.

(k)

Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerjakerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa

dilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan galakan pengurusan sekolah bagi membolehkan kokurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan penggiat kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam memastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan, Pengetua/ Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/ Guru Besar perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/ kemudahan serta peralatan, pembangunan guru pembimbing/ jurulatih/ fasilitator/

penasihat, dan pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/ Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa

Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

Muka Surat

| 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Peringkat Kementerian:

(a)

Kegiatan Kelab/ Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi :

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/ persatuan kurang memberikan impak akibat faktor-faktor seperti kebanyakan guru kurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruksionalnya gagal dilindungi. Sehubungan dengan itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua kelab/ persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini adalah untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif dalam kalangan murid kerana kemahiran yang sedemikian diperlukan oleh negara pada masa akan datang. Kokurikulum dilihat selari dengan arah tuju pembudayaan ini kerana secara semula jadi memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/ projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka.

Skop kegiatan kelab/ persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid iaitu guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaannya.
Muka Surat

| 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberikan impak dari aspek: i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/

persatuan - Dalam setiap masa perjumpaan kelab/ persatuan sekolah, pengisiannya ialah merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/ persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini mestilah disiapkan pada hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruksional kelab/ persatuan yang tidak berkualiti. ii. Pendekatan berpusat kepada murid Dalam

melaksanakan projek berinovasi, guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/ persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia dan memastikan proses pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam kelab/ persatuan kerana kemahiran utama memadai setakat mengurus projek. iii. Projek Inovasi sebagai showcase sekolah - Pihak sekolah bertanggungjawab sokongan kepada untuk memberikan ini penghargaan dan

aktiviti

dengan

menubuhkan

jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari Kokurikulum atau Hari Ucapan dan
Muka Surat

| 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatan ibu bapa dan ahli masyarakat setempat. Sekolah juga digalakkan untuk mengemukakan hasilan projek yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu pertandingan/ pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu bapa dan penjaga serta masyarakat luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.

(b)

Memantapkan

fungsi

Jawatankuasa

Pembangunan

Kokurikulum Kebangsaan:

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga berfungsi sebagai focal person kepada kewujudan sesuatu dasar yang baharu. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan, dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat.

Jawatankuasa ini juga menjadi think tank kepada sebarang dasar baharu yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruksional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi KPM.

Muka Surat

| 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c)

Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD :

KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan konsisten bagi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Sistem ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua peringkat terutama pihak sekolah.

Pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan tahunan tersebut selesai.

Jawatankuasa ini juga akan menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat kepada undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada hukuman/ penalti kepada pesalah yang melakukannya.

(d)

Pegawai dan Jurulatih/Personel:

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkaitan kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti, benarbenar relevan dan memenuhi keperluan sekolah. Di samping itu, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum. Disebabkan hal sedemikian, suatu program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/ personel di semua peringkat pelaksanaan

Muka Surat

| 92

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yangmelibatkan jangka pendek dan panjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perlu diwujudkan.

Pada masa yang sama tindakan segera perlu dibuat dengan memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Begitu juga perlunya suatu mekanisme yang jelas diwujudkan untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan.

(e)

Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah :

Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutamanya di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurang mahir. Dalam hal ini melengkapi kemudahan infrastruktur Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah sebagaimana yang dirancang akan memberikan impak besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan juga mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Memenuhi keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di Pusatpusat Kokurikulum Negeri dan Daerah boleh membantu masalah melindungi masa instruksional kokurikulum juga masa instruktional akademik. Jika bilangan jurulatih mencukupi, masalah guru-guru
Muka Surat

| 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepada jurulatih yang dilantik secara sepenuh masa.

KESIMPULAN

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi diperlukan, tidak sahaja daripada pihak sekolah malahan juga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang akademik yang prestasinya diukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskan kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu kelab/ persatuan yang dianggotai. Sehubungan dengan itu, pendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan sebaik-baik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktiviti kelab/ persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas, kegagalan melindungi waktu instruksional kokurikulum berpunca daripada kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yang sewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebab sampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkara yang mustahak. Dalam masa KPM menggesa pihak Pengetua/ Guru Besar membaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah, amatlah molek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini.

Muka Surat

| 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangancadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut meliputi perkara berikut:

1.

Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah.

2.

Program kelab/ persatuan sekolah secara projek berinovas.i

3.

Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum sekolah.

4.

Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur di 137 Pusat Kokurikulum Daerah.

5.

Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa di Pusat Kokurikulum Negeri, seramai 708 orang dan di Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3,425 orang.

Muka Surat

| 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di Sekolah, 2010 Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjauan Minat Murid dalam Kegiatan Kokurikulum, 2011 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum, 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 2010), 2011. Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 2010), 2011.

Muka Surat

| 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Muka Surat

| 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Oleh ENCIK ROHESAN BIN MUHAMMAD Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian PendidikanMalaysia

PENGENALAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberikan pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Muka Surat

| 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

Pentaksiran Sekolah (PS) ialah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

PS ialah komponen utama dalam proses PdP kerana berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan mampu memberikan maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS ialah proses pentaksiran berterusan yang dilaksanakan oleh guru dan sekolah sepenuhnya meliputi aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan, dan pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan pengajaran guru dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran ini merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembang potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

a)

Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
Muka Surat

| 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b) c)

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

d)

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara: i. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. ii. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Muka Surat

| 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), KPM. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif MP Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens Instrumen

Apa yang patut dipelajari

Apa yang dilaporkan tentang perkembangan dan pencapaian murid

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui. Standard ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk standard yang ditetapkan. Standard ini juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

Muka Surat

| 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

a)

Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

b)

Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

c)

Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

d)

Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dalamsistem pendidikan negara serta kualiti murid yang dihasilkan daripada sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.

Kerangka Standard Prestasi

Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi


BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

Muka Surat

| 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Deskriptor pula merujuk perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) ialah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk aspek yang boleh dilaksana dan ditadbir. Evidens (bahan) merujuk bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari membincangkan perancangan pentaksiran dalam PdP. Sejak kebelakangan ini terdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelaksanaan PBS dengan menyatakan bahawa pentaksiran ini menambahkan beban guru, mengganggu PdP, dan pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran.

Muka Surat

| 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peranan Standard Prestasi dalam PS


MULA

Pemulihan

Belum mencapai tahap penguasaan

Telah mencapai Tahap penguasaan

2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

50

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

PS bukan suatu perkara yang baharu dalam sistem pendidikan. Pentaksiran ini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online. LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP, cuma LP menekankan kepada kaedah pentaksiran baharu yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan

kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru. Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara
Muka Surat

| 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalan secara lisan atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran

berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut dalam borang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Muka Surat

| 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS


Bil. 1. Perkara Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN. Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Tempoh Disember Tindakan LP

2.

Disember

JPN

3.

Januari - Mac, April Jun, Julai - September Oktober Disember Januari Februari Sepanjang sesi persekolahan Sepanjang tahun dan mengikut keperluan

JPN / PPD / Sekolah Sekolah Sekolah

4. 5.

Pendaftaran SPPBS. Tempoh pelaksanaan PBS.

6.

Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. Pengumpulan skor murid dalam SPPBS. Pelaporan skor murid.

Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM Sekolah

7.

Sepanjang tahun

8.

Mengikut keperluan

Sekolah

Peranan Dalam Pelaksanaan PS

PS memberikan penekanan kepada peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa, dan pihak berkepentingan.

Pentadbir Sekolah a) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS. b) Menyediakan peralatan, bahan, dan jadual. c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS. d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod. e) Menjalankan pementoran, pemantauan, dan penyelarasan.
Muka Surat

| 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru a) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran. b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan pembelajaran. c) Menyediakan instrumen pentaksiran. d) Memberikan maklum balas tentang pencapaian murid. e) Membantu membaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid. g) Melaporkan penguasaan murid. maklumat tentang tingkah laku murid dalam

Murid a) Mengetahui dan memahami standard prestasi. b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai. c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. d) Membaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

Ibu Bapa a) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran. b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan, dan kelemahan anak. c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu

(individual differences). d) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

Muka Surat

| 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5 Pihak Berkepentingan a) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah.

Evidens PS

1.

Memberikan pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

2.

Evidens PS ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. a) Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. ii. b) Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

Bahan cetakan i. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c)

Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d)

Foto i. Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

Muka Surat

| 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e)

Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi, dan warna. ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f)

Artifak i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g)

Laporan i. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h)

Model i. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i)

Produk i. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j)

Rakaman i. Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

Muka Surat

| 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

k)

Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l)

Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

m) n)

Lisan / verbal. Perlakuan

Penyediaan Fail Murid 1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti yang berikut:

a)

Fail Perkembangan Murid (FPM) i. Setiap murid mempunyai 1 FPM, dikhaskan untuk menyimpan setiap evidens terkini untuk setiap mata pelajaran, ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti.

b)

Fail Showcase (FS) FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentuk mengikut : i. ii. iii. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau kelas; atau mata pelajaran.

Muka Surat

| 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Nota :

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di atas, di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah

pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

1.

Pengurusan Evidens oleh Guru

a)

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

b)

Guru hendaklah memberikan maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c)

Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase.

Muka Surat

| 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED)

Muka Surat

| 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED)

Oleh AHMAD ZAKI BIN SALLEH, RAZLEE BIN MOHAMAD HABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIM Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) ialah satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Pelaksanaan kaedah latihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kefahaman, sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pegawai di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kertas makluman ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan latihan berasaskan sekolah. Kertas ini juga memberikan syor dan cadangan latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah yang dapat melindungi masa instruksional di sekolah.

Muka Surat

| 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil.7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberikan penekanan pengoperasiannya secara school-based selaras dengan konsep let managers manage dan amalan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) guru-guru luar

negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa ini kepada latihan berasaskan sekolah.

Garis panduan ini hendaklah dibaca

bersama Garis Panduan

Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM Tahun 2009 dan juga Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School-Based Tahun 2010.

DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED

1.

Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah.

2.

Aktiviti yang diambil kira : i. ii. iii. iv. v. vi. Kursus Bengkel Taklimat Profesional Seminar Sesi Input In-house Hari Profesional

Muka Surat

| 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes penggabungan beberapa buah sekolah disebabkan bilangan guru yang sedikit. (Sekolah SKM atau guru-guru panitia).

4.

Kursus jangka pendek iaitu 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus.

CADANGAN/ ASAS PERTIMBANGAN

Pengetua/ Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpin instruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan secara school-based, seperti saranan oleh Hanny pada Tahun 1987 iaitu: In todays world, effective principals are expected to be effective instructional leaders the principal must be knowledgeable about curriculum development, teacher and instructional effectiveness, clinical supervision, staff development and teacher evaluation

Pengetua/ Guru Besar haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan school-based dapat dilaksanakan :

(a) (b) (c) (d) (e)

menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru memuat turun modul latihan membuat rujukan dari pelbagai sumber mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli jawatankuasa school-based

(f) (g)

melaksanakan school-based kepada guru-guru mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan


Muka Surat

| 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(h)

melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan

Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based ialah sebahagian daripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini. Ha; ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan terkini yang memerlukan setiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yang berkaitan dengan pendidikan.

Semua permohonan kursus/ latihan dan kehadiran peserta bagi latihan secara school-based hendaklah melalui aplikasi Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG).

CADANGAN TINDAKAN

1.

KAEDAH PELAKSANAAN

Latihan Dalam Perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan di peringkat sekolah melalui kaedah berikut :

(a) Kaedah Latihan

i.

Kursus peluasan dasar-dasar KPM

Kursus dasar-dasar KPM hendaklah dilaksanakan secara school-based dalam tempoh satu bulan selepas wakil sekolah menerima pendedahan bagi mengelakkan kecairan ilmu dan direkodkan. Contohnya kursus-kursus seperti KSSR, LINUS,

Muka Surat

| 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI, Prasekolah dan Satu Murid Satu Sukan. Bagi kursus-kursus yang berbentuk fungsional, Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua kakitangan di bawah seliaannya mendapat latihan dan maklumat yang cukup dan lengkap.

ii.

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah.

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah berdasarkan Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis-TNA) dan pihak sekolah perlu merancang, melaksana, memantau, menilai, merekodkan pelaksanaannya secara berkala dan dilaporkan.

(b) Sesi Pembelajaran

Pelaksanaan sesi pembelajaran secara school-based seperti taklimat dan ceramah profesionalisme hendaklah dirancang, dilaksana, dipantau, dilapor, dan direkodkan pelaksanaannya.

(c) Pembelajaran Kendiri

i.

Pembacaan Buku Kaedah pembacaan buku ialah salah satu alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pembacaan buku dan bahan ilmiah perlu dibentangkan dalam bentuk perkongsian ilmu iaitu satu pembentangan bersamaan satu hari berkursus. Pembacaan ini

Muka Surat

| 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

perlu dirancang, dilaksana, diulas, dikongsi ilmu, direkod, dan dilaporkan. [Rujuk: KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010]

ii.

Secara e-Pembelajaran Pembelajaran melalui kaedah e-Pembelajaran bertujuan

meningkatkan kompetensi individu secara school-based. Sehubungan dengan itu kaedah perlu dirancang, dilaksana, diberi maklum balas kepada latihan, dilaporkan, dan

direkodkan.

(d) Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada empat jam hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari berkursus dicadangkan pelaksanaan [Rujuk:SPI agar bagi Bil.8/2005]. PPD Dalam usaha tersebut,

JPN/

menyelaraskan pihak

tarikh-tarikh sekolah

memudahkan

pengurusan

menjadualkan aktiviti yang hendak dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pemantauan pelaksanaan dapat dijalankan secara teratur oleh pihak KPM, JPN dan PPD.

(e) Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri, sama ada selama satu jam atau dua jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan mengikut keperluan. (f) Perkongsian Pembelajaran Kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga boleh diambil kira sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6 jam pembentangan.

Muka Surat

| 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

KAEDAH PENGIRAAN 7 HARI SETAHUN

KAEDAH PELAKSANAAN Kaedah Latihan Sesi Pembelajaran Pembelajaran Kendiri

BILANGAN HARI YANG BOLEH DIAMBILKIRA Minimum 2 hari Maksimum 5 hari Maksimum 3 hari

3.

PANGKALAN PEROLEHAN

DATA

LATIHAN

SCHOOL

BASED

DAN

Pengetua/

Guru

Besar

bertanggungjawab

menyedia

dan

menyelenggarakan rekod latihan pegawai dan kakitangan yang meliputi perancangan/ pelaksanaan, pemantauan program latihan termasuk peruntukan dan perbelanjaan. Pengetua/ Guru Besar hendaklah bersedia untuk mengemukakan maklumat di atas apabila diperlukan.

Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) yang telah dibangunkan membantu JPN, PPD dan sekolah mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus/ latihan yang telah dihadiri oleh guru-guru. Sistem e-SPLG yang sentiasa dikemas kini dapat membantu JPN, PPD, dan sekolah membuat perancangan LDP secara school based.

[Rujuk: KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007]

Muka Surat

| 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

PENGOPERASIAN PELAKSANAAN PROGRAM KURSUS Carta Aliran


Rujuk Lampiran 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Pelantikan Jawatankuasa LDP peringkat sekolah 2. Melaksanakan Kajian Keperluan 1. Soal selidik untuk semua guru. 2. Analisis keperluan bidang kursus.

3. Perancangan Tahunan 1.Membuat Perancangan Tahun 2. Takwim LDP sekolah lengkap. 4. Taklimat daripada JPN/PPD 5. Mesyuarat LDP 1. Pengedaran Kad Pelaporan Latihan. 2. Pengedaran garis panduan pelaksanaan. 1. Agihan bidang tugas. 2. Diadakan 2 kali setahun setiap penggal. 1. Fail pengurusan LDP. 2. Fail dokumen LDP. 3. Fail pelaksanaan LDP. Borang permohonan Kursus LDP, kertas kerja, senarai semak.

6. Dokumentasi

7. Kertas Kerja dan Permohonan 8. Kelulusan PPD / Pengetua / Guru Besar

Menjalankan kursus selepas mendapat kelulusan PPD (untuk sekolah bukan kursus PTJ) seperti 1. Menjalankan dirancang. 9. Menjalankan Kursus / 2. Memantau dan Menilai Pemantauan / 1. Penghantaran laporan kursus 2 Penilaian kali setahun (30 Jun dan 31 Dis) 10. Laporan Kursus ke Unit LDP (PPD)/JPN. 2. Laporan kewangan setiap bulan. 3. Penghantaran Kad Pelaporan Latihan ke Unit LDP-PPD/JPN

Muka Surat

| 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Pelaksanaan LDP yang terancang dan berstruktur akan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Dalam hal ini, bilangan guru yang mendapat latihan secara on-site dan meninggalkan sekolah adalah kecil. Kumpulan kecil ini kelak, akan merancang dan seterusnya melaksanakan LDP kepada semua guru tanpa mengganggu masa instruksional. Bagi memastikan LDP berjaya mencapai objektif, pemimpin instruksional seharusnya meneliti kaedah pelaksanaan dan tempoh masa yang secukupnya untuk memberikan peluang kepada semua guru meningkatkan profesionalisme dan masa instruksional di sekolah.

SYOR

Pemimpin Instruksional seharusnya memantau dan menilai setiap aktiviti LDP school-based yang dilaksanakan bagi memastikan; a. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan hendaklah dirancang bagi melindungi masa instruksional di sekolah, b. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan secara bersiri hendaklah dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu instruksional, c. Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membantu meningkatkan

profesionalisme guru di luar waktu instruksional, d. Melalui LDP school-based ini bilangan guru yang meninggalkan sekolah dapat diminimumkan dan kadar gangguan masa instruksional dapat dikurangkan.

Muka Surat

| 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan: Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School Based, Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010. Garis panduan Pengoperasian dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Surat Siaran KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010 Surat Siaran SPI Bil.8/2005 Surat Siaran KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007

Muka Surat

| 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

JAWATANKUASA LATIHAN SCHOOL-BASED PERINGKAT SEKOLAH

1.

SEKOLAH MENENGAH

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha LDP Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : : : :

Pengetua Guru Penolong Kanan Akademik Guru Kanan Mata Pelajaran Guru Data Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Penolong Kanan Tingkatan Enam Guru Kanan Mata Pelajaran Guru Kaunselor Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/ PT Kewangan

2.

SEKOLAH RENDAH

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha LDP Pen. Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : : : :

Guru Besar Guru Penolong Kanan Akademik Ketua Panitia Guru Data Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum
Muka Surat

| 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penolong Kanan Petang Ketua-ketua Panitia Guru Bimbingan Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/ PT Kewangan

**Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), pelantikan AJK mengikut kesesuaian sekolah.

Muka Surat

| 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI

Muka Surat

| 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI
KPM JPN PPD JPA BPG IAB JNJK BKK BPSH PPK LP PdP MMI SOP LDP SIP PLC RPH RPT NILAM SMK PPPLD - Kementerian Pendidikan Malaysia - Jabatan Pendidikan Negeri - Pejabat Pendidikan Daerah - Jabatan Perkhidmatan Awam - Bahagian Pendidikan Guru - Institut Aminuddin Baki - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Pusat Perkembangan Kurikulum - Lembaga Peperiksaan - Pengajaran dan Pembelajaran - Melindungi Masa Instruksional - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi) - Latihan Dalam Perkhidmatan - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah) - Professional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional) - Rancangan Pengajaran Harian - Rancangan Pengajaran Tahunan - Nadi Ilmu Amalan Membaca - Sekolah Menengah Kebangsaan - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Muka Surat

| 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AJK JK PK HEM PIBG BBM VRC NKRA SPPK TALIS ALT SK SPI TOV OTI ETR OKU PBS PS PPsi PAJSK KSSR SPPBS LINUS

- Ahli Jawatankuasa - Jawatankuasa - Penolong Kanan - Hal Ehwal Murid - Persatuan Ibu bapa - Guru - Bahan Bantu Mengajar - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya) - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran) - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik) - Sekolah Kebangsaan - Surat Pekeliling Ikhtisas - Take-Off Value - Operational Target Increase - Expected Target Result - Orang Kurang Upaya - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Psikometrik - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Literasi dan Numerasi

Muka Surat

| 127

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MBMMBI - Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Muka Surat

| 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

10

PENYUMBANG

Muka Surat

| 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG
Penasihat Dato Haji Sufaat bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Penolong Setiausaha Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Editorial Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Anuar Adnan bin Ismail Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Azlina binti Yusoff Ummul Aemma binti Murtedza Pembaca Proof Saruchi bin Sawal Dr. Nazirah binti Mohd Nordin Dr. Noor Hayati binti Che Mat Nor Salina binti Mohd. Zainudin

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Sekolah Kebangsaan Kajang Utama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian SK Sungai Serai, Kajang, Selangor SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

Muka Surat

| 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penulis Haji Sufaat bin Tumin Bong Muk Shin Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid Nadimin bin Abdul Aziz Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias Mahamad Amran bin Kamsi Ahmad Zaki bin Salleh Habidah@Abidah binti Ibrahim Razlee bin Mohamad Rohesan bin Muhamad Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Bahagian Pendidikan Khas Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Institut Aminuddin Baki Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Bahagian Pendidikan Guru

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Anuar Adnan bin Ismail Abrar bin Idris Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Hasliza binti Md Ali

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Muka Surat

| 131

You might also like