You are on page 1of 1

PUNCA-PUNCA

1) DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.


– remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau
budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau
positif.
– remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau
orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2) SIKAP INGIN MENCUBA.


– pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin
mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama
bagi sesuatu ketagihan dadah.

3) KEKURANGAN KASIH SAYANG.


– kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan
menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah
laku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih
mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada
ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik.

4) TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.


– bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan
mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan
perbuatan seperti menghisap dadah dan seks rambang.

5) KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH.


– ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah
dan tahap bahaya kesan dadah tersebut.
– Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik
anak-anak mengelakkan diri daripada dadah.

You might also like