You are on page 1of 25

2

Bamasa Melayu Kertas 1 PMR SaBAH 2009
Soalan 1 – 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1 ___________ siapakah hadiah yang awak balut itu?
A Bagi
B Untuk
C Demi
D Kepada

2 Kebiasaannya tikar dibentangkan oleh orang-orang kampung, sebagai tanda ______________
duduk kepada tetamu yang hadir.
A sila
B mari
C harap
D tolong

3 Keadaan ekonomi negara yang ___________ amat merunsingkan barisan pemimpin negara
kita.
A mundur maju
B tinggi rendah
C jatuh bangun
D turun naik

4 Melisa berusaha menjejaki _________ setelah berpisah dengan suaminya 20 tahun yang lalu.
A anak kandungnya
B anak buahnya
C anak saudaranya
D anak tirinya

5 Yang Berhormat Datuk Kamil selalu ___________ fakir miskin di kawasan Kampung Bahagia.
A menyedekahkan
B menyedekahi
C menyedekah
D sedekahi

6 Jamaliah dan ibunya tidak _________ bertolak ke destinasi pelancongan tepat pada masanya.
A mampu
B boleh
C dapat
D daya

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah
SULIT

3

7 Setiap petang ayah dan Pak Manaf suka ______________ di gerai Pak Mat.
A berkata-kata
B berbisik-bisik
C bercerita-cerita
D bersembang-sembang

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B dan C.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan dalam ayat berkenaan

8 Ibu menasihati Alif supaya tidak tertawakan pengemis itu. Tiada kesalahan
A B C D

9 Ketua kampung itu tidak menyebelahi siapa-siapa pihak dalam pertikaian keluarga tersebut.
A B C
Tiada kesalahan
D

10 Pengorbanan Haji Khairul selama lima tahun itu terbayar apabila anaknya berjaya menjadi
A B C
doktor. Tiada kesalahan
D

11 Restoran Aminah mengadakan perkhidmatan swalayan kepada pelanggan-pelanggannya.
A B C
Tiada kesalahan
D

12 Hiasan yang dipakai oleh Datin Nasha tampak kemilau dan eksklusif. Tiada kesalahan
A B C D

13 Puan Shetu jatuh terlentang kerana lantai dapurnya yang licin-licau. Tiada kesalahan
A B C D

14 Kebanyakan pelajar Tingkatan 3 Amanah berbincang mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu.
A B C
Tiada kesalahan
D

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah
SULIT

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I. A baju-baju yang mahal. dan IV sahaja D II. 4 Soalan 15 . IV Cuaca yang mendung tadi bertukar menjadi cerah. III Hasil jualan ayam Ah Chong semakin bertambah setelah beliau menggunakan baka ayam kacukan. malahan aku yang membantunya. II Eksekutif syarikat itu berasa malu apabila ahli mesyuarat perang mulut. IV Lauk itu semakin sedap apabila bertambah serbuk perasa. II dan III sahaja D I. II Helen mengemas rumah. anda hendaklah menandakan A. malahan adiknya gagal. dan III sahaja B III. III Perang dingin antara kedua-dua negara itu kini kembali pulih. II Negara kita bertambah makmur kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa.III dan IV sahaja 17 I Paras wajah Adilah memang menarik dengan rambutnya yang perang. 15 I Hasan lulus ujian itu.III dan IV sahaja Soalan 18 – 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. B atau C sebagai pilihan jawapan anda. C baju-baju yang mahal-mahal. dan IV sahaja C I.III dan IV sahaja 16 I Penyakit ayah Arumugam bertambah baik setelah dirawat di Hospital Queen Elizabeth. 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . IV Gula perang sering kali digunakan dalam masakan tradisional orang-orang Melayu. malahan ibunya membasuh kain. 18 Butik Muslimah itu menjual baju-baju yang mahal-mahal belaka. B baju-baju yang mahal belaka. III. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I. Jika tiada kesalahan tandakan D. III “Bukan aku yang mengkhianatinya. malahan semakin terik sekarang. A II. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.II dan III sahaja D II.

23 Pengguna –pengguna di seluruh negara dinasihatkan agar melaporkan kenaikan harga barang yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh para peniaga kepada Persatuan Pengguna. 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . C Ikram menyuruh ibunya naik ke rumah kerana waktu Maghrib sudah tiba.” kata ibu kepada Ikram. 5 D baju-baju yang mahal-mahal belaka. 19 Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri daripada serangan jerung. A Sejak dari tadi yang dia B Sejak sedari tadi dia C Sejak dari tadi dia D Sejak tadi dia 21 Pensyarah itu membentangkan lembaran kerja itu di hadapan mahasiswa-mahasiswa baharu.24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. D Pengguna-pengguna di seluruh negara dinasihatkan supaya melaporkan kenaikan harga barang yang sewenang-wenangnya kepada Persatuan Pengguna yang dilakukan oleh para peniaga. B Pengguna-pengguna yang sewenang-wenangnya di seluruh negara dinasihatkan agar melaporkan kenaikan harga barang Persatuan Pengguna kepada para peniaga. B Waktu Maghrib sudah tiba selepas ibu menyuruh Ikram naik ke rumah. C Persatuan Pengguna meminta nasihat kepada pengguna-pengguna di seluruh negara tentang kenaikan harga barang yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh para peniaga. A berhempas-pulas B berhempas-pulas dengan bersungguh C berhempas-pulas bersungguh-sungguh D berhempas-pulas dengan bersungguh-sungguh 20 Sejak dari tadi dia menanti kelahiran cahaya mata sulungnya dengan penuh debaran. 22 “Ikram. cepat naik ke rumah! Dah waktu Maghrib ni. D Waktu Maghrib yang telah tiba menyebabkan Ikram dan ibunya naik ke rumah. A Para peniaga perlu melaporkan kenaikan harga barang yang dilakukan sewenang- wenangnya oleh Persatuan Pengguna kepada pengguna-pengguna di seluruh negara. A Ibu menyuruh Ikram naik ke rumah kerana waktu Maghrib sudah tiba. A lampiran kerja B kertas kerja C buku kerja D lembaran kerja Soalan 22 .

IV Emak menjahiti saya baju raya yang baharu. II dan III D II. dan IV 27 I Amirah berasa kesal kerana telah membohongi ibu bapanya. II Jambangan bunga itu bukan dibeli oleh Anita tetapi Farida. membina minda kelas pertama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Muhibbah. A Pengawas-pengawas Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan ceramah kepimpinan kepada Sekolah Muhibbah dalam usaha membina minda kelas pertama. II Masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja. dan II B II. dan III D I. B Unit Bimbingan dan Kaunseling membina minda kelas pertama dalam usaha mengadakan ceramah kepada pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah. IV Penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh menjejaskan kesihatan. III Penonton terpukau kelunakan suara Dato Siti Nurhaliza. III Guru berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang diperlukan negara. III “Amboi. 6 24 Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Muhibbah mengadakan ceramah kepimpinan kepada pengawas-pengawas dalam usaha membina minda kelas pertama. A I dan II B II dan III C I. dan IV C I. dan IV 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . Soalan 25 .III. II Berteriak kami sekuat-kuatnya apabila mendengar dentuman guruh yang kuat. D Pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah diberikan ceramah kepimpinan dalam usaha . III. A I. C Pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah memberikan ceramah kepimpinan membina minda kelas pertama untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling. II. 25 I Ke Pulau Langkawi bersama keluargalah Hamimah. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 26 I Kegawatan ekonomi global turut memberi kesan terhadap syarikat-syarikat kecil di negara ini. seyogianya diberi perhatian khusus oleh pihak berwajib. bukan main bergaya anak saudara awak tu!” IV “Tolong ambil perhatian tentang perkara tersebut!” Kata Cikgu Nasharudin kepada pelajar-pelajarnya.27 Pilih ayat-ayat yang betul .

B mengerjakan sesuatu kerja sehingga selesai. Situasi ini samalah seperti A orang memberi kita merasa. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan C seseorang yang mengejar cita-cita akan berusaha untuk mencapainya. embun 30 Maksud peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas. D setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing. D berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. B Bergantung kepada nasib semata-mata. nasi masak. C Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak. D Suatu keadaan yang sangat genting. 29 Simpulan bahasa di atas memberi gambaran … A orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai juga akhirnya. C kalau tiada rotan akar pun berguna. A Kasih yang tidak berkekalan. 7 28 Ketika belajar di luar negara. B sambil berdiang. Ayu bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menampung kos sara hidupnya. 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT .

menjadi syaklah di hati beta mendengarkan pantunnya itu. “Silakan tuan puteri. tinggallah beta seorang diri sahaja kerana kain layang baju layang beta sudah dicuri oleh orang tua pengail ini!” Maka kata Nenek Kebayan. kakanda yang keenam sudah kembali semuanya. Sampan dikayuh terlalu laju. “Ayuhai bapa. 8 Soalan 31 . apalah hal sekarang beta ni hendak pulang ke kayangan. “Ayuhai cucuku Tuan Puteri Bongsu. demikian bunyinya: “Sudah nasib badan yang malang. Kepak dan sayap disambar helang. maka ia pun segeralah menangkap pinggang si pengail seraya disembahnya. Hatta. Dewan Bahasa dan Pustaka) 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . sekadar bertanya akan kain layang baju layang beta yang kehilangan itu. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Saya mengail dapat baju.35 Baca petikan prosa di bawah dengan teliti. adakah tuan puteri melihat orang pengail itu mengambilnya?” Maka sabda Tuan Puteri Bongsu. Maka Tuan Puteri Bongsu pun seraya bersabda. orang yang pengail. dijawabnya dengan pantun pula.” Maka kata Nenek Kebayan. “Ayuhai tuan puteri.” Maka kedua-duanya pergi ke rumah Nenek Kebayan itu lalu berdirilah Tuan Puteri Bongsu dengan si pengail di halaman rumah Nenek Kebayan itu. jikalau sungguh tuan puteri menaruh syak akan si pengail ini mengambilnya. Tiadalah dapat beta nan pulang. “Tiada beta melihat ia mengambil. “Ayuhai nenek. Demikianlah bunyinya: “Orang mengail berumpan lokan. Apakah kelak gerangan jembalang?” (Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun Tingkatan 1. siapa salah siapa benar!” Maka sahut si pengail. jikalau tiada mahu memulangkan pun marilah kita berhakim kepada Nenek Kebayan. Pilih jawapan yang paling sesuai. kerana beta hendak kembali ke kayangan takut dimurkai oleh ayahanda bonda beta. kami tiada mengambilnya. Orang mengail dapat ikan. bolehlah nenek periksa dahulu!” Maka Tuan Puteri Bongsu pun diam seraya bersyair pula. setelah didengar oleh Tuan Puteri Bongsu bunyi pantun si pengail itu. empunya sembahlah beta sekali ini permintaan beta kepada bapa. tolonglah pulangkan kain layang baju layang beta itu.

D jangan mudah termakan pujukan dan tipu helah orang lain. B Pengail menyimpan baju layangnya. 32 Mengapakah si pengail dan Tuan Puteri Bongsu pergi ke rumah Nenek Kebayan? A Untuk tumpang bermalam B Untuk mengatur perkahwinan mereka berdua C Tuan Puteri Bongsu mengadu nasib kerana tidak dapat balik ke kayangan D Untuk dihakimi oleh Nenek Kebayan berkenaan pertelingkahan mereka berkaitan dengan kain layang baju layang 33 Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sikap Nenek Kebayan ialah A kita harus akur pada peraturan. C kita tidak boleh menuduh seseorang secara membuta tuli. 34 Latar tempat dalam petikan di atas merujuk … A di rumah Nenek Kebayan B di atas kayangan C di sebuah tasik D di istana raja 35 Siapakah sebenarnya pengail itu? A Raja Kecil Besar B Tuan Betara Guru C Raja Iskandar Syah D Tuanku Malim Deman 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . 9 31 Mengapakah Tuan Puteri Bongsu mengatakan pengail itu mengambil baju layangnya? A Tuan Puteri Bongsu ternampak pengail mengambil baju layangnya. C Apabila mendengar pantun pengail. B kita harus bijak menangani masalah. D Nenek kebayan yang memberitahunya.

10 Soalan 36 . Dengan bahasa budi dipertinggi mesra diperlebar dengan bahasa kita menjadi kita bersama. Bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersiur Dengan bahasa terlihat fakta padu terlihat sinar ilmu terlihat cinta biru Dengan bahasa pemimpin memaparkan arah di pentas siasah. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.40 Baca petikan sajak di bawah dengan teliti. Pilih jawapan yang paling sesuai. Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini? Mari kita berbahasa sebaiknya. BAHASA Mari kita berbahasa sebaiknya. dengan bahasa orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah. (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . Mari kita berbahasa sebaiknya.

B Bahasa adalah bahasa kebangsaan. C cara untuk menuntut ilmu. C epifora. D Bahasa sebagai alat perpaduan. A berbudi. B alat untuk berperang. D metafora. B anafora. C kepemimpinan. SOALAN TAMAT 02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah SULIT . C memantapkan iman. 39 Nilai yang tersirat dalam baris 2 dan 3 pada rangkap 4 adalah…. 40 Apakah tema sajak ini? A Bahasa sebagai alat untuk menyampaikan ilmu dan fakta. D berilmu. 37 Mesra diperlebar Frasa di atas bermaksud bahasa … A memperluas perpaduan. 11 Tingkatan 3. B meningkatkan ilmu. D melahirkan pemimpin berwibawa. B penyayang.. 38 Gaya bahasa yang digunakan dalam rangkaian kata pucuk fikiran ialah… A personafikasi. C Peranan bahasa dalam kehidupan manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka) 36 Penyajak menyeru masyarakat untuk berbahasa sebaiknya kerana bahasa adalah A wadah perpaduan. D wadah untuk berkomunikasi.

perkataan ini tidak wujud. 5 B Menyedekahi: Apitan meN….D. EXCEL II BAHASA MELAYU PMR 2009 NO. 1744) 4 A Anak kandungnya: kata majmuk ini lebih tepat penggunaannya dalam ayat.D. Boleh membawa maksud keizinan. D.apitan men…I lazimnya menerima objek bernyawa dan meN…kan menerima objek yang tidak bernyawa (T. K.i menandakan lokatif dan meN…kan menandakan kausatif. Bagi KK tertentu. ms 197 6 C Dapat: membawa maksud keupayaan. 1435) 8 C Kata Kerja Transitif yang sepatutnya digunakan adalah mentertawakan. 3 D Kata majmuk turun naik: lebih sesuai dihubungkan dengan ekonomi (K.B m/s 263) 2 A Sila : mmembawa maksud meminta dengan hormat/ menjemput atau mempersilakan (K.D. bukannya tertawakan. bercakap-cakap (K. Mampu membawa maksud kesanggupan dan 7 D Kata Kerja Ganda bersembang-sembang membawa maksud berbual. SKEMA JAWAPAN DAN PENJELASAN.B. berborak.. JAWAPAN ULASAN SOALAN 1 B Untuk : Tidak boleh bertukar ganti dengan bagi jika membawa maksud bahgian yang ditentukan atau diperuntukkan(T. ms 1492). ms 1617) 1 .

1486) 10 D Tiada Kesalahan 11 D Tiada kesalahan Catatan: Swa adalah kata pinjaman sanskrit yang membawa makna perihal melayan diri sendiri (K.D. ms 1584) 17 C 1. Perang : Kata adjektif warna 2.D. 15 B 1. ms 936) 14 C Kata kerja yang berawalan beR… hendaklah diikuti oleh ks tentang. Malahan : membawa maksud padahal/sedangkan (K. bukannya siapa-siapa. membawa maksud bahkan /kian/makin 2.D. Malahan. Perang : Kata kerja 18 B Frasa Nama dan Frasa Adjektif tidak boleh digandakan serentak dalam satu ayat. Penjelasan dalam KD merujuk kepada seseorang yang tertentu (K.D.D. ms 185) 16 C Bertambah membawa maksud menjadi lebih banyak/semakin bertambah (K. 1556) 12 D Tiada kesalahan Tiada kesalahan 13 D Catatan : Licin-licau membawa maksud licin sekali (K. Kesalahan istilah.9 B Kata Bilangan Tak Tentu yang tepat penggunaannya adalah mana-mana. 2 .

JAWAPAN ULASAN SOALAN 19 A Berhempas-pulas: Proses penggandaan KKTT yang membawa maksud perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang atau berpanjanga.ayat penyata. tidak perlu disertai oleh kata ganda berimbuhan yang menunjukkan maksud berulang-ulang 20 D Sejak tadi dia: Dalam ayat majmuk pancangan. 22 A 23 D 24 D 25 A Pilihan I. kata hubung pancangan sejak tidak boleh diikuti kata dari kerana dianggap bersifat lewah.Penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat (KS dalam) Pilihan III. Sejak dan dari merupakan kata sendi yang membawa makna yang sama (rujuk TB ms 255 & ms 267 ) 21 B Ketepatan penggunaan kata nama kertas kerja sesuai dengan konteks mahasiswa. ayat songsang pendepanan seluruh predikat Pilihan II. Pilihan III. Kata Kerja Tak Transitif Aktif terpukau sepatutnya diikuti oleh kata sendi dengan/akan selepasnya.Perkataan boleh membawa maksud keizinan 3 . Pilihan IV. Kata menjahiti sepatutnya ditukarkan kepada menjahitkan (KKT Benefaktif) 26 C Pilihan I. Pilihan IV.ayat penyata Pilihan II. Kata Nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan. NO.

27 B Pilihan I. Sepatutnya digantikan dengan perkataan sesal yang membawa maksud perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak baik atau dosa atau keinsafan telah bersalah (K. ms 243) Pilihan IV: 28 B 29 C 30 A 31 C 32 D 33 B 34 A 35 D 36 D 37 A 38 D 39 C 40 C CATATAN: 4 . dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut.B.salah: kesal menunjukkan berasa kecewa atau tidak senang hati/sebal/berasa jengkel (K.merupakan ayat songsang pendepanan sebahagian predikat (kata kerja) (T.D. ms457 Pilihan III: Amboi boleh membawa makna sindiran atau berasa kagum (T. ms 771).D. 1477) Pilihan II.B.

(cth perkataan yang digunakan dalam ayat .Lewa : berlebih-lebih sehingga tertambah perkara atau hal dll. (Rujuk Kamus Dewan m/s 934) Kamus Dewan : Edisi Keempat Tatabahasa Dewan : Edisi Baharu 5 .

Usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui pembangunan tanah baharu.6 peratus setahun melalui penambahbaikan kecekapan dan produktiviti serta penambahan keluasan. Pengeluaran padi akan ditingkatkan untuk mencapai sasaran tahap sara diri 90 peratus manakala pengeluaran buah-buahan akan dilaksanakan secara berskala besar di zon pengeluaran buah-buahan menggunakan pendekatan berkelompok dan ditumpukan kepada sembilan jenis buah-buahan yang berpotensi untuk dieksport. Melihat potensi besar dalam bidang tersebut. pertanian baharu pacuan ICT ini turut berkait rapat dengan teknologi. Penjenteraan ladang dan amalan agronomi juga antara usaha yang baik ke arah peningkatan produktiviti. serta bersaing di pasaran global. Bidang pertanian juga dilihat sebagai satu industri berskala besar yang mampu menjamin pulangan dan keuntungan yang tinggi. serta menggalakkan pelaburan sektor swasta.Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Keluaran ternakan terutamanya daging. semakin banyak usahawan tani di negara ini tampil menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan moto ’Pertanian Adalah Perniagaan’. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dewasa ini. Berdasarkan petikan tersebut. ayam. Sektor kecil komoditi makanan dijangka berkembang pada kadar purata 7.SULIT 2 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 PMR Sabah 2009 Bahagian A ( i ) . tanam semula penyatuan dan pemulihan tanah. Perdana Menteri. Pogram Buku Hijau untuk menggalakkan pengeluaran makanan oleh masyarakat setempat akan diaktifkan semula. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa sektor pertanian negara kini sudah melangkah ke era baru menggunakan kaedah moden dengan menekankan kaedah penggunaan bioteknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). serta penggunaan lebih meluas klon dan baka berhasil tinggi. bidang pertanian dilihat sebagai satu cabang kegiatan ekonomi yang penting serta berupaya menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Hal ini demikian kerana usaha murni ini merupakan komponen utama dalam RMK-9 dan sektor pertanian diyakini bakal menjadi enjin pembangunan ketiga negara selepas sektor perkilangan dan perkhidmatan. perkilangan dan perkhidmatan. Teras dasar sektor pertanian secara keseluruhan akan ditumpukan kepada usaha orientasi semula sektor ini ke arah pengkomersialan yang lebih meluas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi. tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tegasnya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. bioteknologi. E-Siswa. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Merealisasikan Konsep Pertanian Baru. Selain itu.) 02/2 © 2009 Hak Cipta SPA [ Lihat sebelah SULIT . Edisi 25 Mac 2009. itik dan telur akan terus ditingkatkan melalui penggunaan sistem pengeluaran moden untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara. industri ternakan akan ditumpukan kepada pelbagai aktiviti di sepanjang rantaian termasuk pengeluaran baka dan makanan haiwan. Pengeluaran sayur-sayuran pula akan ditumpukan kepada jenis bernilai tinggi untuk penggunaan tempatan dan pasaran eksport terpilih. Pengeluaran akuakultur dan aktiviti penangkapan ikan laut dalam.

[ 2 markah] 2. Mengapakah Perdana Menteri menegaskan bahawa kaedah penggunaan bioteknologi penting dalam sektor pertanian? [4 markah] 3. Berikan maksud rangkai kata pendekatan berkelompok dalam petikan. apakah kesan-kesan yang berlaku jika bidang pertanian tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan? [4 markah] 02/2 © 2009 Hak Cipta SPA [ Lihat sebelah SULIT . Pada pendapat anda. jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ). 1.SULIT 3 02/2 Bahagian A (ii) .

Kedai kopi / Restoran ..Farmasi 02/2 © 2009 Hak Cipta SPA [ Lihat sebelah SULIT . Kemudahan internet .SULIT 4 02/2 Bahagian B [ 20 markah ] Lihat iklan di bawah dengan teliti. huraikan pendapat anda tentang pelancongan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Mari Bercuti Bercuti di dalam negara bersama-sama keluarga tersayang pada hari ini!!!. Mel suara / Persidangan video . Pusat kecergasan .Sukan air .Gelanggang tenis . Pusat Peranginan Pantai Impian Menawarkan pelbagai kemudahan : .Panggilan antarabangsa .. Arked beli-belah . Gelanggang skuasy .

02/2 © 2009 Hak Cipta SPA [ Lihat sebelah SULIT . Tulis laporan itu selengkapnya. sehari’. -. Jelaskan peranan ibu bapa menangani gejala buli ini. 1 ‘Seorang ‘Seorang pelajar pelajar dibuli dibuli di di sekolah’. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. Seri Setia Pengerusi : Ramli Samsuddin Setiausaha : Sita Dewi Bendahari : Chee Ming Sebagai setiausaha persatuan tersebut.Utusan Utusan Malaysia. anda diminta menyampaikan ucapan tersebut. 25 25 Ogos Ogos 2008 2008 Gejala buli semakin berleluasa mutakhir ini. ‘Wang ‘Wang perlindungan perlindungan RM2 RM2 sehari’. 3 Bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu daripada khazanah negara yang amat bernilai. Bincangkan usaha-usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini.SULIT 5 02/2 Bahagian C [ 40 markah ] Pilih satu daripada soalan di bawah. Dalam majlis itu. 4 Kelas anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan guru kelas anda yang akan berpindah ke sekolah lain.Berita Berita Harian. Harian. 2008. anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sempena Bulan Bahasa. Malaysia. sekolah’. -. Sediakan teks ucapan anda itu. 2 Persatuan Bahasa Melayu SMK. Ceritakan suasana dan pengalaman yang anda peroleh. 19 19 Mac Mac 2008. 5 Anda telah menyertai aktiviti perkhemahan sempena Karnival Kokurikulum di sekolah anda.

SULIT 6 02/2 Bahagian D [10 markah ] Jawapan mestilah berdasarkan satu novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2 seperti berikut:- (i) Pahlawan Pasir Salak. karya Dzul Karnain Ithnain (vi) Timulak Kapal Perang. karya Mohd. Ismail Sarbini (ii) Kapten Hassan Wira Bangsa. jelaskan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. karya Harun Johari (iii) Tragedi Empat Disember. karya Azmah Nordin Berdasarkan satu daripada novel di atas. KERTAS SOALAN TAMAT 02/2 © 2009 Hak Cipta SPA [ Lihat sebelah SULIT .

7. Penggunaan bioteknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) Bahagian A (ii) 1.penghijrahan belia ke bandar akan meningkat [Nota : Isi-isi lain yang sesuai. Pembangunan tanah baru 2. 2 Skema BM 2 Bahagian A (i) Isi-isi Ringkasan Langkah-langkah meningkatkan pengeluaran pertanian : 1. Penggunaan lebih meluas klon dan baka berhasil tinggi 4. Pertanian baru pacuan ICT turut berkait rapat dengan teknologi. kaedah / teknik berkumpulan 2.sumber makanan negara bergantung kepada negara luar . diterima] . Penambahbaikan kecekapan dan produktiviti serta penambahan keluasan 6. Program Buku Hijau untuk menggalakkan pengeluaran makanan 8.peluang pekerjaan untuk golongan belia berkurangan . Penggunaan sistem pengeluaran moden 9.pengaliran wang ke luar negara . . Pendekatan berkelompok kepada sembilan jenis buah-buahan yang berpotensi untuk dieksport. 3. bioteknologi. Kesan-kesan jika sektor pertanian tidak diberi perhatian : . Peluasan akuakultur dan aktiviti penangkapan ikan laut dalam 10. perkilangan dan perkhidmatan. Tanam semula penyatuan dan pemulihan tanah 3. Penjenteraan ladang dan amalan agronomi 5. – Sektor pertanian bakal menjadi enjin pembangunan ketiga negara.

Tajuk laporan – tarikh – jumlah guru dan pelajar yang terlibat Cadangan isi : 1. 4. Menjamin kesihatan . Menjamin keharmonian masyarakat Cadangan Isi Jawapan Soalan ( 1 ) Pendahuluan: . Memberi didikan agama 2. Meningkatkan ekonomi dan mengharumkan nama negara Penutup: .Harapan – semoga bulan bahasa pada tahun hadapan lebih menggalakkan dan lebih meriah . ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima ) Kemungkinan Jawapan Pelajar : * Pelajar menulis masalah ahli keluarganya dibuli * Pelajar menulis cerita pengalaman rakan-rakan yang pernah dibuli Soalan ( 2 ) Pendahuluan : . Merupakan aktiviti riadah . Mengawasi pergerakan dan kegiatan anak-anak di luar. Menunjukkan teladan yang baik Penutup: .Gejala buli merupakan gejala yang semakin menular dalam kalangan pelajar Isi – isi: 1. Tujuan diadakan 2. 3 Isi Cadangan: Pendahuluan: . Menyihatkan badan dan mencerdaskan minda . 3. Mengetahui latar belakang rakan-rakan anaknya 5.Ibu bapa perlu memainkan peranan yang positif untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak dengan gejala buli. Memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang bulan bahasa 3. Mewujudkan semangat bekerjasama dalam pasukan . Keputusan dan pencapaian Penutup: . Sesuai dilakukan oleh lapisan masyarakat Isi: . Meluangkan masa dan berbincang 6. Mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat .

2. 2. Supaya generasi muda tidak lupa akan peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air. Sentiasa memberi motivasi kepada pelajar agar terus meningkatkan usaha menjadi pelajar cemerlang di samping memiliki sahsiah yang terpuji.Menyatakan tujuan majlis diadakan. Mengimbas pelbagai usaha dan jasa yang telah ditaburkan oleh guru berkenaan bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam pelbagai bidang. 4. Berasa sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang amat dedikasi terhadap tugas dan mengambil berat kepada paa pelajar. 2. khususnya akademik. 3. Pelajar hanya menceritakan bangunan bersejarah yang diketahui 2. 5. – Ucapan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Menyatakan tujuan majlis diadakan.Ucapan alu-aluan kepada tetamu. Pelajar menulis sejarah bangunan-bangunan bersejarah 3. Pelajar menulis cerita / tokoh / lagu yang berkaitan dengan sejarah Soalan (4) Pendahuluan : 1. Kajian tentang seni bina masa lampau. Sebagai destinasi pelancongan – memberikan pulangan ekonomi pendapatan kepada negara. Berharap agar guru tersebut gembira dengan tugas yang akan disandang – berjaya dalam apa- apa jua yang diusahakannya. . Pelajar menceritakan suasana kempen memelihara dan memulihara bangunan bersejarah yang disertainya. Cadangan isi : 1. . 5. Pelajar mungkin menulis dalam bentuk lain selain laporan Soalan ( 3 ) Pendahuluan : . Pelajar menceritakan pengalaman melawat bangunan bersejarah 4. . 5.Tempat-tempat bersejarah wajar dikekalkan – banyak kebaikan di samping dapat menjana ekonomi negara.Di Malaysia terdapat banyak tempat bersejarah – menjadi khazanah warisan negara – A Famosa di Melaka – Makam Mahsuri di Pulau Langkawi- Cadangan Isi : 1. Pelajar menulis pengalamannya menyertai pertandingan 2. 4. Menarik minat para pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Penutup : . Memupuk semangat cinta akan tanah air. ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima ) Kemungkinan Jawapan Pelajar : 1. 4 ( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima ) Kemungkinan Jawapan Pelajar: 1. 3.

Mewakili pelajar sekolah memohon kemaafan atas segala kesalahan terhadap beliau – memohon maaf jika ada kesalahan semasa menyampaikan ucapan. . larian komando. -Semasa perkhemahan: 2. Perwatakan Andayu. pertolongan cemas. . Soalan (5) Pendahuluan: .memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli- ahli yang menyertai aktiviti perkhemahan. . Bahagian D (Novel). 5 Penutup : . Cadangan isi : -Sebelum berkhemah / Persediaan : 1.Gadis yang cantik. Pelbagai aktiviti disertai sepanjang aktiviti perkhemahan sempena ”Hari Kokurikulum” – Contoh : Pertandingan membuat khemah.berasa teruja kerana pertama menyertai aktiviti tersebut. Selepas aktiviti perkhemahan : 4. Watak Andayu. Pengalaman sukar dilupakan – kali pertama merasai suasana hidup di luar – melatih hidup berdikari.Aktiviti perkhemahan diadakan sempena ”Hari Kokurikulum” . dan ikatan. 3. tempat memasak dan belajar ikatan contoh simpul manuk. Pertama kali belajar membuat khemah – berkerjasama dengan rakan membuat khemah dan membuat pelbagai persediaan sepanjang aktiviti perkhemahan – membuat gajet. mendengar bunyi cengkerik dan unggas-Pertama kali tidur di dalam khemah tanpa beralaskan tilam – diterangi cahaya bulan dan unggun api.Pertandingan kawad kaki. Suasana pada waktu malam.Remaja 15 tahun. pertandingan memasak. 5. Pengalaman sungguh menyeronokkan .

. . -reda akan takdir Tuhan. Mak Cik Mala seperti ibu kandungnya sendiri. Andayu bersemangat patriotik. -dia juga tegas apabila menolak permintaan bapanya supaya berkahwin.tidak gentar menghadapi musuh. .sanggup menyertai pasukan keamanan secara sukarela. Andayu seorang gadis yang berani.Andayu digambarkan seorang yang penyayang. . 3. 4.Andayu juga taat akan perintah tuhan. -menunaikan solat apabila sampai waktunya. 2.Andayu berpendirian tegas dan keras hati. -berdoa roh ibunya dirahmati serta pejuangannya dan rakan-rakannya mempertahankan maruah bangsa direstui Tuhan.Andayu tinggal engan Mak Cik Mala setelah kehilangan ibu bapanya.Anak yatim piatu. 6 .Andayu berasa amat sedih kerana menyangka Mak Cik Mala terkorban dalam kebakaran yang dilakukan oleh Inggeris.menyertai pasukan keamanan secara sukarela dan belajar bersilat bersama rakan-rakannya demi menentang campur tangan Inggeris.menyayangi ibu saudaranya. Mak Cik Mala seperti ibu saudaranya. 5. . .Tinggal dengan Mak Cik Mala ( ibu saudaranya ) 1. -dia berseorangan mengintip pergerakan pegawai Inggeris yang telah menangkap Pak Cik Tidung lalu di bawa ke Pulau Gaya. . . . -dia tidak mahu meninggalkan perjuangannya semata-mata mengharapkan pinangan orang.sayang dan cinta akan tanah airnya serta sanggup berjuang menghadapi musuh.