You are on page 1of 22

SULIT

21/1
Sejarah
1 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN

________________________________________________________________

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

2009

SET 3

Satu jam lima belas minit

________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C


dan D.
Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada
kertas objektif yang disediakan.

4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

1
1. Dialog berikut menunjukkan perbezaan pendapat antara seorang pengkaji
tempatan dengan seorang pengkaji Barat.

Pengkaji tempatan : Datuk Bahaman ialah pejuang bangsa.


. Pengkaji Barat : Tidak, dia adalah pemberontak

Mengapakah perbezaan pendapat seperti ini berlaku dalam fakta sejarah?

A. Kajian sejarah yang berbeza


B. Tafsiran sejarah yang berbeza
C. Maklumat sejarah yang berbeza
D. Metodologi sejarah yang berbeza

2. Apakah ciri perubahan cara hidup Zaman Pra-sejarah dari X kepada Y


berikut?
X Y

Zaman Paleolitik Zaman Logam

Berpindah-randah Hidup menetap

A. Wujud sistem Barter


B. Amalan adat resam
C. Wujud sistem bermasyarakat
D. Aktiviti memburu dijalankan

3. Mengapakah pelabuhan Kedah Tua menjadi pilihan utama pedagang asing?

A. Pelabuhan entrepot
B. Penyebaran agama Islam
C. Kebajikan pedagang dijaga
D. Kedudukannya terlindung dari angin monson

4. Apakah faktor utama yang menyebabkan Parameswara dan pengikutnya


berundur ke Temasik?

A. Serangan daripada kerajaan Majapahit


B. Palembang berada dalam keadaan kucar-kacir
C. Serangan daripada kerajaan Siam dan Burma
D. Parameswara mendapat jemputan daripada pemerintah Temasik

2
5. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, apakah tindakan
Parameswara bagi mengukuhkan sistem pentadbiran Melaka?

I Melantik pembesar yang cekap


II Menjalin hubungan diplomatik dengan China
III Melakukan penaklukan ke atas negeri berdekatan
IV Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Majapahit

A. I dan II C. II dan III


B. I,dan IV D. III dan IV

6. Pernyataan di bawah merupakan kata-kata Bendahara Tun Perak kepada


pengikutnya.

“ Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka,tetapi akan kita bertuankan


seorang ini,janganlah”.

Pada pendapat anda,apakah yang difikirkan oleh Bendahara Tun Perak pada
ketika itu?

A. Bimbang rakyat akan terkena tulah sultan


B. Merasakan keamanan negara adalah lebih utama
C. Bimbang jawatannya akan dilucutkan oleh sultan
D. Memberi peluang kepadanya untuk merampas kuasa

7. Senarai di bawah merupakan kawasan jajahan takluk Melaka.

• Lingga
• Rokan
• Rupat

Apakah bentuk ufti yang diberikan oleh kawasan di atas kepada Melaka?

A. 40 kati emas setahun


B. 40 000 calains setahun
C. 40 orang hamba untuk dijadikan tentera
D. 40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang

3
8. Mengapakah Melaka dengan mudah dapat ditawan oleh Portugis?

I Askar Melaka berpaling tadah


II Askar Melaka menggunakan senjata tradisional
III Askar Melaka yang diupah dari Jawa melarikan diri
IV Askar Portugis mendapat bantuan daripada Belanda

C. I dan II C. II dan III


D. I,dan IV D. III dan IV

9. Para pedagang telah memilih pelabuhan berikut menggantikan Melaka


pada abad ke-16.

• Acheh
• Bantam
• Patani
• Brunei

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

A. Perang saudara
B. Cukai yang tinggi
C. Mendapat galakan
D. Mencari keuntungan lebih

10. Kuasa Barat seperti Belanda berminat menguasai negeri


Selangor kerana ?

A. Kelemahan sistem pentadbiran


B. Kekayaan hasil galian bijih timah
C. Kedudukan Selangor yang strategik
D. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

11. Masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai aspek sosiobudaya.

Sosiobudaya ini penting kerana?

A. Merupakan amalan hidup masyarakat


B. Menggambarkan kepercayaan masyarakat
C. Menunjukkan kemajuan sesebuah masyarakat
D. Merupakan undang-undang yang mengawal masyarakat

4
12. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah?

I Mengutip cukai pintu penduduk rumah panjang


II Menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya
III Menetapkan tarikh Hari Gawai dan Perayaan Beranyi
IV Menjadi penyambut tetamu yang hadir di kediaman rumah panjang

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

13. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis Hari Gawai yang
disambut oleh kaum Iban di Sarawak?

I Catu III Kenyalang


II Batu IV Pokok

C. I dan II C. II dan III


D. I dan IV D. III dan IV

14. Senarai berikut menunjukkan satu kumpulan etnik di Sabah.

• Beragama Islam
• Penempatan utamanya di pantai barat Papar dan Sipitang.

Etnik yang dimaksudkan ialah?

A. Orang Murut
B. Orang Suluk
C. Orang Kadazan
D. Orang Melayu-Brunei

15. Senarai berikut merupakan unsur kepercayaan yang dimiliki oleh masyarakat
Kadazandusun dan Murut di Sabah.

• Babalian
• Bobohizan

Apakah persamaan tugas mereka?

A. Menjadi bomoh
B. Menjadi ketua adat
C. Menjadi ketua polis

5
D. Menjadi ketua kampung

16. Perkara berikut telah berlaku di Kedah pada tahun 1971.

Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai


untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.

Mengapakah ianya berlaku?

A. Inggeris cuba menduduki Seberang Perai


B. Inggeris mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam
C. Inggeris tidak memberi bantuan apabila Kedah diancam oleh Siam
D. Inggeris tidak membayar pampasan kepada Kedah seperti yang
dijanjikan

17. Dialog berikut berlaku di Singapura pada tahun 1819.

Pegawai SHTI : Lokasi Pulau Pinang dan Bangkahulu gagal


memenuhi keperluan kita di Timur.Kita perlu sebuah
pelabuhan lain.

Stamford Raffles : Singapura tentu dapat memenuhi keperluan kita


Mengapakah Stamford Raffles yakin dengan potensi Singapura?

A. Mampu menjadi pangkalan British


B. Mampu mengeluarkan hasil pertanian
C. Mampu mengawal kegiatan lanun di Selat Melaka
D. Mampu memecah monopoli perdagangan Belanda

6
18. Rajah berikut menerangkan tentang tipu helah Francis Light bagi
mendapatkan Pulau Pinang.

Pengambilan
Perjanjian Seberang Perai oleh
Persahabatan dan pihak Syarikat
Perikatan 1800 Hindia Timur
Inggeris

Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan kawasan


Seberang Perai?

I Menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka


II Membangunkan sebagai pelabuhan antarabangsa
III Memenuhi keperluan makanan kepada penduduk Pulau Pinang
IV Benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari
tanah besar

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

19. Maklumat berikut menunjukkan dasar British di Tanah Melayu.

Dasar British di Tanah Melayu


Sebelum Mengamalkan dasar tidak
1874 campur tangan
Selepas Mengamalkan dasar
1874 campur tangan

Apakah yang anda faham dengan dasar campur tangan British tersebut?

A. Menguasai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu


B. Menentukan hubungan antara bangsa Tanah Melayu
C. Menentukan pelantikan pemerintahan di negeri-negeri Melayu

7
D. Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri
Melayu

20. Senarai berikut merupakan daerah yang dikuasai British.

• Rembau
• Jelebu
• Seri Menanti

Bagaimanakah pihak British berjaya mengurangkan pengaruh pembesar


tempatan di kawasan tersebut?

I. Menempatkan Majistret
II. Melantik Pemungut Hasil
III. Melantik Pegawai Daerah
IV. Menempatkan Residen British

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

21. Keunggulan British sebagai kuasa besar tercabar dengan kemunculan


zaman imperialis baru.

Kuasa Petempatan
Jerman Pulau Langkawi
Rusia Ujung Salang
Amerika Syarikat Terengganu

Bagaimanakah British menggagalkan rancangan kuasa-kuasa Barat


lain untuk meluaskan pengaruh?

A. Membuka petempatan segera


B. Memutuskan hubungan diplomatik
C. Menyerang kuasa Barat berkenaan
D. Mengadakan perjanjian sulit dengan Siam

22. Semasa pemerintahan Temenggung Ibrahim, negeri Johor telah


mengalami beberapa perubahan.
Apakah perubahan yang dilakukan?

I Sistem Kangcu diperkenalkan


II Tanjung Puteri dijadikan pusat pentadbiran

8
III Johor menerima seorang penasihat British
IV Undang-Undang Tubuh Negeri Johor diperkenalkan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
23. Apakah peranan Pegawai Anak Negeri dalam pentadbiran Charles Brooke
di Sarawak?

I Mengutip cukai
II Menasihati Residen
III Ketua jabatan kerajaan
IV Ketua pasukan tentera

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

24. Maklumat berikut menggambarkan pengagihan pekerjaan mengikut kaum


semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.

Kaum Pekerjaan
Melayu Pentadbiran
Iban Ketenteraan
Cina Pedagang

Apakah kesan pengagihan tersebut kepada penduduk Sarawak?

A. Peningkatan kemahiran pekerja


B. Pengawalan kegiatan pekerja menjadi mudah
C. Perpaduan dalam kalangan rakyat sukar dicapai
D. Penyusunan semula masyarakat Sarawak mengikut kaum dan
pekerjaan

25. Antara berikut, jawatan yang manakah disandang oleh penduduk tempatan
di Sabah?

I Ketua Anak Negeri


II Pegawai Daerah
III Penolong Pegawai Daerah
IV Timbalan Penolong Pegawai Daerah

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

9
26. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) melaksanakan undang-undang Barat
dan undang-undang tempatan.

Antara kesalahan berikut, yang manakah dibicarakan di Mahkamah Anak


Negeri?

A. Pembunuhan
B. Penculikan
C. Rompakan
D. Hukum adat

27. Terdapat pelbagai kaedah dalam melombong bijih timah.


Apakah kaedah pelombongan yang diperkenalkan oleh orang Cina?

I Pam kelikir
II Mendulang
III Melampan
IV Lombong dedah

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

28. Maklumat berikut menunjukkan perubahan dalam ekonomi yang dilakukan


oleh British.

Berikutan kemerosotan harga tanaman dagangan


tradisional, British memperkenalkan tanaman baru untuk
mengukuhkan ekonomi mereka

I Kopi
II Ubi kayu
III Lada hitam
IV Kelapa sawit

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

29. Apakah keistimewaan sistem torehan ibedem dalam perusahaan getah?

10
A. Menambahkan pengeluaran susu getah
B. Mempercepatkan tumbesaran pokok getah
C. Menghalang pokok getah diserang serangga
D. Mengelakkan pokok getah daripada diserang penyakit

30. Rajah berikut menunjukkan faktor penentangan pemimpin tempatan


Pahang terhadap British.

Pembinaan balai polis

Dato’ Perlucutan gelaran


Bahaman

Apakah X ?

A. Pengenalan cukai tanah


B. Hilang hak mengutip cukai
C. Pengaruh pemimpin agama
D. Mempertahankan kedaulatan daerah

31. Jadual berikut menunjukkan kebangkitan pemimpin tempatan terhadap


penjajah.

Peristiwa Tokoh
Pembinaan balai polis di Jeram Kebangkitan Dato’ Bahaman
Ampai,Pahang
Pengambilalihan wilayah di Y
Sungai Rajang

Apakah Y ?

A. Kebangkitan Antanom
B. Kebangkitan Mat Salleh
C. Kebangkitan Sharif Sahab
D. Kebangkitan Sharif Masahor

32. Apakah yang anda faham dengan ”nasionalisme”?

I Perasaan cinta terhadap tanah air


II Perjuangan untuk memajukan negara
III Perasaan anti terhadap kuasa asing
IV Perjuangan menebus maruah bangsa

11
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

33. Apakah kepentingan perkembangan-perkembangan berikut kepada


penduduk di Tanah Melayu?

 Gerakan Pemulihan Islam,Mesir


 Kemenangan Jepun memerangi Rusia
 Kejayaan Sun Yat Sen menumbangkan
kerajaan Manchu di China

A. Mencontohi perjuangan
B. Mendirikan cawangan perjuangan
C. Meningkatkan semangat nasionalisme
D. Mendapat bantuan untuk menentang British

34. Jadual berikut menunjukkan peranan akhbar dalam menyemai semangat


kebangsaan di kalangan masyarakat.

Pertubuhan Wadah Perjuangan


Kesatuan Melayu Muda Warta Malaya
Kaum Muda Al-Imam
Kaum Tua X

Akhbar X ialah ?

A. Saudara
B. Al-Ikhwan
C. Pengasuh
D. Suara Benar

35. Maklumat berikut menunjukkan rancangan Jepun untuk mewujudkan satu


kawasan yang di ketuai oleh Jepun.

Kawasan ini meliputi Manchuria hingga ke Australia dan


dari kawasan lautan Pasifik hingga ke Teluk Benggala

Apakah matlamat kawasan X?

12
A. Zon bebas cukai
B. Zon bebas penjajah
C. Zon ekonomi makmur
D. Zon bebas senjata nuklear

36. Senarai berikut merupakan Negeri-Negeri Melayu Utara.

• Kedah
• Perlis
• Kelantan
• Terengganu
Mengapakah Jepun menyerah negeri-negeri ini kepada Thailand ?

A. Jepun berkongsi kemenangannya dengan Thailand


B. Jepun mempunyai kepentingan terhadap Thailand
C. Menggalakkan Thailand menyokong perluasan kuasanya
D. Menghargai kerjasama Thailand yang memberi laluan kepada Jepun

37. Senarai di bawah merujuk kepada pertubuhan yang muncul pada zaman
Jepun .
• Force 136
• Askar Melayu Setia
• MPAJA

Apakah persamaan ketiga –tiga pertubuhan tersebut?

A. Merupakan gerakan anti- Jepun


B. Menjalin kerjasama dengan Jepun
C. Menjayakan program penjepunan
D. Menjaga kebajikan tentera Jepun

38. Apakah kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

I. Kebangkitan semangat nasionalisme


II. Taraf hidup semakin merosot
III. Komunis meletak senjata
IV. Tamatnya pengaruh British

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

13
39. Pentadbiran Tentera British telah diperkenalkan pada bulan September
1945.

Mengapakah ia diperkenalkan?

A Menjalankan tugas pengintipan


B Melaksanakan suatu pentadbiran peralihan
C Mengembangkan kegiatan perdagangan
D Melatih penduduk tempatan menjadi tentera

40. Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malayan Union.

Undang-undang Malayan Union

Siapakah yang menjadi pemutus bagi undang-undang tersebut?

A Parlimen Britsih
B Pesuruhjaya Negeri
C Ahli Majlis Raja-Raja Melayu
D Ahli Majlis Eksekutif dan Perundangan

41. Berdasarkan kenyataan di bawah, mengapakah keadaan tersebut


berlaku?

Harold Tidak disukai dan dibenci oleh


MacMicheal penduduk Tanah Melayu

A Menghapuskan amalan sistem perhambaan


B Mengambil alih kuasa pungutan cukai daripada pembesar
C Mengugut sultan-sultan Melayu untuk menurunkan tandatangan
D Mengurangkan kuasa pembesar dalam pentadbiran Malayan Union

14
42. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa berikut?
Jawatankuasa • Wakil Raja-Raja Melayu
Eksekutif • Wakil UMNO
(25 Julai 1946) • Pegawai kanan British

A Menentukan status kaum imigran


B Merangka memorandum untuk British
C Merangka perlembagaan kemerdekaan Tanah Melayu
D Membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

43. Mengapakah orang Melayu menerima bentuk persekutuan berikut ?

Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan pada 1 Februari 1948

A Syarat dekolonisasi dipenuhi


B Syarat kerakyatan diperketatkan
C Tarikh pilihan raya umum Persekutuan ditetapkan
D Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan

44 Apakah sumbangan utama Dato’ Onn bin Jaafar dalam perkembangan


awal politik di Tanah Melayu?

A Penaung Ikatan Malayan Johor


B Pengasas Parti Perikatan Tanah Melayu
C Pemimpin gerakan menentang Malayan Union
D Presiden Pertama Parti Kebangsan Melayu Malaya

45 Mengapakah pengaruh Parti Komunis Malaya menjadi semakin kukuh


semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

A Mendapat kerjasama Jepun


B Mendapat sokongan orang Melayu
C Mendapat bekalan senjata daripada China
D Mendapat bantuan senjata daripada British

15
46. Rajah berikut menerangkan latar belakang penyebaran ideologi komunis.
Memiliknegarakan tanah dan
perindustrian
Komunisme

Masyarakat tanpa kelas


.
Bagaimanakah fahaman tersebut menyusup ke Tanah Melayu?

I Melalui kelas malam


II Melalui ajaran agama
III Melalui permuafakatan
IV Melalui kesatuan sekerja

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

47. Senarai berikut menunjukkan parti-parti berhaluan kiri yang sealiran


dengan PKM.

• AWAS
• PERAM
• API

Mengapakah parti-parti politik tersebut diharamkan oleh pihak British?

A Menculik pegawai-pegawai British


B Menyebarkan fahaman agama yang sesat
C Menuntut kemerdekaan secara kekerasan
D Mengelakkan komunis memperoleh bekalan makanan

16
48. Jadual berikut menunjukkan belanjawan pertahanan dan keselamatan
Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga tahun 1953.

Tahun Belanjawan Pertahanan dan keselamatan

1948 $ 82 juta

1953 $ 296 juta

Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan belanjawan pertahanan


tersebut?

A Memberi bantuan kepada rakyat


B Memajukan sistem perhubungan
C Menghapuskan keganasan komunis
D Menentang kemasukan para imigran

49. Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu


pada April 1951.
Apakah tujuan penubuhannya?

A Menyatukan orang Melayu dalam bidang politik


B Melaksanakan proses pilihan raya secara berperingkat
C Memberi pengalaman mentadbir kepada ahli politik tempatan
D Meminda undang-undang berkaitan hak kerakyatan bagi bukan
Melayu

17
50. Senarai berikut merupakan pilihan raya yang dijalankan di Tanah Melayu.

• Pilihan raya Majlis Bandaran


• Pilihan raya Negeri
• Pilihan rayaMajlis Perundangan Persekutuan

Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan?

I Mewujudkan kerjasama antara kaum dalam politik tanah air


II Mendapat kerjasama penduduk bagi menentang komunis
III Mengekalkan Tanah Melayu di bawah penguasaan British
IV Memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan
pemerintahan sendiri

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

51. Rajah berikut menunjukkan parti yang dibentuk untuk menghadapi Pilihan
Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

UMNO

Parti X MCA

MIC

Apakah matlamat penubuhan Parti X ?

I Menguasai politik negara


II Mewujudkan kerjasama politik
III Melahirkan perpaduan rakyat
IV Memperjuangkan kepentingan kaum

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

18
52. Apakah matlamat Rombongan Merdeka 1956 ke London ?

A Menuntut kemerdekaan daripada pihak British


B Meraikan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya
C Merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang Merdeka
D Menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak British

53. Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British perlu


ditandatangani mengikut persetujuan dalam Perjanjian London?

I Menjaga keselamatan penduduk


II Menjamin kestabilan politik serantau
III Menjamin pentadbiran yang berkesan
IV Menjaga kepentingan ekonomi British

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

54. Notis Surat Pekeliling No. 9 telah dikeluarkan oleh pihak British dalam
menangani masalah di Sarawak.
Apakah kandungan dokumen tersebut?

A Amaran kepada penduduk yang menentang British


B Amaran kepada pemimpin yang menentang British
C Amaran kepada kakitangan kerajaan yang menentang British
D Amaran kepada kaum Cina dan India yang menentang British

55. Pernyataan berikut menunjukkan pertubuhan yang wujud di Sabah.

Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKLM) dan


Barisan Pemuda (BARIP) adalah pertubuhan yang awal di
Sabah

Apakah yang diperjuangkan oleh kedua-dua pertubuhan tersebut?

A Menuntut kemerdekaan
B Menentang penubuhan Malaysia
C Membantu penyerahan Sabah kepada British
D Memperbaiki keadaan politik dan ekonomi

19
56. Mengapakah gerakan kebangsaan di Sabah agak perlahan?

A British telah membunuh pemimpin politik


B British telah menindas sebarang gerakan politik
C British telah mengusir pemimpin tempatan aktif politik
D British melantik pemimpin tempatan bagi jawatan penting

57 Mengapakah cadangan Gagasan Malaysia mendapat sokongan British


dan Amerika Syarikat?

I Menyekat pengaruh komunis


II Menyeimbangkan taburan kaum
III Mewujudkan kemajuan sosio ekonomi
IV Mempercepatkan proses kemerdekaan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

58 Pernyataan berikut telah dibuat oleh pemimpin Indonesia berkaitan


dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru ke


atas Sabah dan Sarawak”…
.

Antara berikut , laporan manakah yang menafikan dakwaan tersebut?

A Referendum
B Suruhanjaya Cobbold
C Jawatankuasa Antara Kerajaan
D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

59 Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf pembentukan Persekutuan


Malaysia.

Apakah tindakan susulan yang diambil oleh negara-negara tersebut?

A Menuntut Sarawak digabung dengan Indonesia


B Menyertai Brunei menentang gagasan Malaysia
C Mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik
D Menuntut sidang kemuncak diadakan di Negara Berkecuali

20
60. Petikan berikut menjelaskan pendirian Tun Abdul Razak terhadap
penyingkiran Singapura dari Malaysia.

“...Kita terpaksa mengeluarkan Singapura daripada Malaysia


dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun
kita berasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa
keluar”….

Mengapa tindakan tersebut dianggap wajar ?

A Memenangi pilihan raya


B Menjamin perpaduan kaum
C Menghapuskan pengaruh komunis
D Menamatkan pemberontakan rakyat

21
22

You might also like