You are on page 1of 23

SULIT 1

NAMA : ___________________________

KELAS : __________________________

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009


EXCEL 2

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU


PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79/1
Kertas 1
OGOS 2009

1 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertanda A, B , C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak menukar
sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan
hitamkan pilihan anda yang baru.

________________________________________________________________________
Kertas ini mengandungi 22 halaman bercetak termasuk muka hadapan

79/1 © Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 2

1 Pilih padanan yang betul tentang amalan 4M.


Amalan 4M Keterangan
A Menilai Sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan
B Membersih Menilai tempat kerja dan diri sendiri
C Mendisiplin Membersihkan diri dari aspek mental dan fizikal
D Menyusun atur Melaksanakan sistem penyimpanan alatan tangan dan bahan

2 Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang pernyataan masalah ?


A Lawrence mereka cipta bekas untuk menyimpan alatulis
B Ramasamy telah menamakan produk baru yang dihasilkannya
C Siew Ling telah membuat lawatan belajar ke ekspo perdagangan
D Ramly sukar untuk mencari dokumen penting apabila memerlukannya

3 Apakah tujuan jadual kerja dibuat oleh setiap pereka cipta?


A Memudahkan pengujian projek dilakukan
B Memudahkan kerja membuat pendokumentasian
C Menyediakan bahan dan peralatan yang mencukupi
D Memastikan langkah kerja dilakukan dengan sistematik

4 Antara berikut, yang manakah sumbangan teknologi kepada kehidupan manusia?


A Penciptaan rakit
B Penggunaan telefon
C Penanaman padi huma
D Membajak sawah menggunakan lembu

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 3

5 Faktor reka bentuk dalam sesuatu penghasilan produk mesti memenuhi ciri- ciri
berikut:
I menarik
II mesra pengguna
III kaedah pembinaan mudah
IV kos yang tinggi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 Susun proses meribet dengan menggunakan riveter mengikut urutan yang betul .
I Tekan hulu riveter sehingga batang ribet putus
II Tandakan pusat lubang yang hendak digerudi
III Tekan hulu riveter untuk merapatkan logam
IV Apit logam sebelum menggerudi
A I, II, III dan IV
B I, III, II dan IV
C II, III, IV dan I
D II, IV, III dan I

7 Rajah 1 menunjukkan alat yang digunakan untuk kemasan.

L
N

M
Rajah 1

Bahagian berlabel manakah menunjukkan saiznya?


A K
B L
C M
D N
79/1 [LIHAT SEBELAH]
SULIT 4

8 Berdasarkan rajah berikut, susunkan langkah yang betul untuk membuat tanggam.

I II

III IV

A II, III, I dan IV


B II, III, IV dan I
C III, II, I dan IV
D III, IV, I dan II

9 Rajah 2 menunjukkan proses kerja kemasan.

Rajah 2
Mengapakah kertas las dibalut pada bongkah X?
A Menghasilkan tekanan yang seragam
B Melindungi tangan daripada tercedera
C Mengelakkan kertas las daripada terkoyak
D Membenamkan kepala paku ke bawah permukaan kayu

10 Antara berikut, manakah cara yang paling sesuai untuk mengumpulkan


maklumat dan data terkini?
A Lawatan
B Pemerhatian
C Perbincangan
D Melayari internet

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 5

11 Apakah faktor utama reka bentuk sesuatu projek?


I kos
II fungsi
III penyelidikan
IV nilai komersial
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

12 Rajah 3 menunjukkan keratan rentas sel kering.


I

IV II

III

Rajah 3
Bahagian manakah menunjukkan punca positif?
A I
B II
C III
D IV

13 Antara berikut, yang manakah menggunakan wayar tiga teras berpenebat PVC
dan beranyaman benang?
I Ketuhar
II Peti sejuk
III Pembakar roti
IV Pendingin udara
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 6

14 Berikut adalah petikan bacaan penggunaan tenaga elektrik.


Bacaan meter kwj:
Bulan Julai adalah 08996
Bulan Ogos ialah 09255

Kadar tarif :
0.218 bagi 200 unit yang pertama
0.258 bagi 800 unit yang selanjutnya

Kirakan bayaran yang perlu dibayar untuk bulan tersebut.


A RM43.60
B RM51.60
C RM56.46
D RM58.82

15 Manakah simbol yang menunjukkan transistor NPN?

A B

C D

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 7

16 Rajah 4 menunjukkan lukisan skematik sebuah projek elektronik.

Rajah 4

Manakah bilangan komponen yang betul untuk projek tersebut?


Suis Tekan Tutup Perintang Tetap Transistor L.E.D

A 2 3 1 2
B 1 2 1 2
C 1 3 2 3
D 2 2 1 2

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 8

17 Rajah 5 menunjukkan litar bergambar elektronik. Selepas dipasang dan


disambungkan ke bateri, didapati projek itu tidak berfungsi.

Rajah 5

Apakah perkara yang perlu diperiksa?


I Kekutuban kaki perintang tetap
II Limpahan pateri antara balapan bod litar
III Pematerian kaki-kaki komponen yang kukuh dan kemas
IV Kekutuban kaki-kaki diod, LED, buzzer, penyambung bateri dan transistor
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

18 Apakah fungsi bit alat pemateri elektrik dalam kerja pematerian?


A Memanaskan elemen pemanas
B Mencairkan pateri semasa memateri
C Mengawal kepanasan elemen pemanas
D Mengalirkan arus elektrik ke elemen pemanas

19 Apakah komposisi bahan pateri 60/40?


A 60% fluks dan 40% timah
B 60% fluks dan 40% plumbum
C 60% timah dan 40% plumbum
D 60% plumbum dan 40% timah

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 9

20 Rajah 6 menunjukkan kerja pemasangan paip besi bergalvani.

Rajah 6
Apakah bahan yang sesuai untuk penyambungan?
A Sleeve
B Pita PTFE
C Gelang getah
D Simen pelarut

21 Rajah 7 menunjukkan kerja penyenggaraan.

Rajah 7
Apakah tujuan memasukkan air ke dalam sinki?
A Membersihkan getah pelocok
B Mengurangkan bau udara busuk
C Mengalirkan kotoran ke dalam sinki
D Mewujudkan keadaan separa-vakum

22 Pensel gred 2H digunakan untuk melukis lukisan


A garisan objek
B garisan binaan
C garisan penengah
D garisan tersembunyi

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 10

23 Rajah 8 menunjukkan pandangan suatu objek.

Rajah 8
Antara objek berikut, yang manakah mewakili pandangan tersebut?
A B

C D

24 Susun semula langkah-langkah sebelum menggunakan mesin jahit.


P - Pasangkan jarum
Q - Pasangkan benang
R - Pasangkan sekoci ke dalam mesin
S - Bawakan kedua-dua benang ke belakang
A P, Q, R, S
B P, R, Q, S
C R, P, Q, S
D R, Q, P, S

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 11

25 Rajah 9 menunjukkan satu alas dulang.

Rajah 9

Apakah bahan hiasan yang digunakan?


I Kun
II Renda
III Butang
IV Benang sulam
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Menu yang dipilih mempunyai variasi dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa,
warna dan jenis bahan.

26 Apakah faktor yang menerangkan tentang perancangan menu di atas?


A Sumber
B Kemahiran
C Tujuan sajian
D Keseimbangan sajian

27 Apakah yang perlu anda lakukan di meja makan jika makanan yang hendak anda
ambil berada jauh daripada anda?
A Tidak perlu makan makanan tersebut
B Bangun serta membongkok untuk mengambil makanan
C Bangun dan mengelilingi meja hidangan untuk mengambil makanan
D Minta orang yang berdekatan dengan makanan menghulurkan makanan
tersebut
79/1 [LIHAT SEBELAH]
SULIT 12

28 Rajah 10 menunjukkan sejenis ruang tempat kediaman.

Rajah 10

Apakah jenis ruang tersebut?


A Ruang kerja
B Ruang sosial
C Ruang ibadat
D Ruang persendirian

29 Apakah yang harus dilakukan apabila keratan batang telah berakar?


A Ditutup dengan plastik lutsinar
B Disiram dengan air secukupnya
C Diubah ke beg politena atau pasu
D Dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan

Medium dimasukkan ke dalam pasu tanah liat sehingga paras


2.5 cm dari bibir pasu.

30 Apakah tujuan memasukkan medium dalam pernyataan di atas?


A Rumpai tidak tumbuh
B Memudahkan kerja penggemburan
C Menyekat akar keluar daripada lubang saliran
D Mengelakkan air melimpah ketika penyiraman

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 13

31 Kemudahan cek hanya diberikan pihak bank kepada pemegang akaun


A tunai
B semasa
C simpanan
D simpanan tetap

32 Berikut adalah maklumat tentang alat pembayaran perniagaan masa kini.

• Pembayaran bil dibuat melalui internet

• Lebih cepat

• Tidak perlu ke pusat pembayaran

Apakah jenis alat pembayaran tersebut?


A E-pay
B Prabayar
C Kad pintar
D Kad kredit

33 Pilih urus niaga yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.


A Riz memasarkan hasil laut Langkawi ke seluruh Semenanjung Malaysia
B Fasha menjual hasil pertaniannya dari Tanah Tinggi Cameron ke
Singapura
C Ayu menjual kraftangan hasil kilangnya dari Melaka ke Sabah dan
Sarawak
D Encik Nubhan mengedarkan keropok perisa udang dari Mersing ke Kuala
Lumpur

34 Peniaga runcit tanpa tempat perniagaan atau bangunan tetap dipanggil


A pegerai
B penjaja
C pekedai
D peruncit

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 14

35 Maklumat berikut menunjukkan ciri milikan perniagaan.


• 2 dan tiada had maksimum ahli

• Diurus oleh sebuah lembaga pengarah

• Modal diperolehi melalui penjualan saham


kepada orang awam

Apakah jenis milikan perniagaan itu?


A Koperasi
B Perkongsian
C Syarikat awam berhad
D Syarikat sendirian berhad

36 Apakah agensi kerajaan yang mengeluarkan lesen perniagaan?


A Dewan bandaraya
B Dewan perniagaan
C Pendaftar koperasi
D Pendaftar perniagaan

37 Maklumat tentang bekalan stok boleh diperoleh daripada beberapa sumber.


Antara berikut, manakah sumber bekalan stok diperolehi?
I Iklan
II Internet
III Temuduga
IV Lawatan ke kilang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38 Antara berikut, padanan manakah yang benar?

Jenis bank Contoh bank


A Bank saudagar RHB Bank
B Bank perdagangan Bank Rakyat
C Bank koperasi Bank Negara Malaysia
D Bank berkanun Bank Simpanan Nasional
79/1 [LIHAT SEBELAH]
SULIT 15

39 Antara berikut adalah kepentingan dokumen perniagaan kecuali


A menjadi bukti setiap urusniaga
B mengesahkan penerimaan dan pembayaran barang
C memberi maklumat tentang barang yang diniagakan
D menggalakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak

40 Apakah fungsi singkatan K & K di K dalam invois?


A Membenarkan pembekal membuat pembetulan
B Membenarkan pembeli memulangkan barang-barang
C Apa-apa yang tercatat di dalam dokumen adalah betul
D Bukti bagi mengelakkan invois tercicir semasa kiriman dibuat

41 Rajah 11menunjukkan proses pengeluaran.

Rajah 11
Apakah proses yang diwakili oleh X?
A Input
B Output
C Pengeluaran
D Transformasi

42 Jadual 1 menunjukkan kos pengeluaran seunit kerusi rotan.


Kos RM
Bahan 56.00
Upah 25.00
Overhed 12.00
Jadual 1
Berapakah kos bagi pengeluaran 50 unit kerusi rotan?
A RM1850
B RM3400
C RM4050
D RM4650
79/1 [LIHAT SEBELAH]
SULIT 16

43 Siapakah di antara usahawan yang berikut terlibat dalam bidang perkhidmatan?


I Pengusaha salon
II Pengusaha kilang
III Pengusaha katering
IV Pereka hiasan dalaman
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

44 Produk yang ditawarkan di pasaran harus berorientasikan


A peruncit
B pengguna
C pengeluar
D pemborong

45 Manakah antara yang berikut merupakan aktiviti pemasaran?


I Promosi
II Perbankan
III Perniagaan
IV Pergudangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Untuk memasarkan bedak muka wanita, pengeluar mempromosikan


barangan tersebut dalam majalah wanita.

46 Pernyataan di atas adalah mengenai


A sasaran pasaran
B strategi pemasaran
C faktor pengeluaran
D campuran pemasaran

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 17

Pengeluar tidak boleh menaikkan harga barang yang telah


ditetapkan oleh kerajaan dengan sesuka hati.

47 Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan


A hak pengguna
B etika pengeluar
C barang kawalan
D kualiti barangan

48 Manakah yang bukan kelebihan menyimpan rekod secara elektronik?


A Menjimatkan kos pengendalian
B Dapat menyimpan banyak maklumat
C Dapat dirujuk dengan mudah dan cepat
D Menjimatkan penggunaan kertas dan ruang

49 Proses merekodkan urus niaga secara teratur dan sistematik dinamakan


A lejar
B buku tunai
C simpan kira
D catatan bergu

Akaun Bank
RM RM
Jan 1 Baki b/b 2 600 Jan 2 Belian 400
13 Jualan 550 16 Sewa 360
27 Amir 420

50 Berdasarkan Akaun Bank di atas berapakah jumlah perbelanjaan yang dibuat pada
bulan Januari ?
A RM 760
B RM 970
C RM 2810
D RM 3570

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 18

Peter membeli kenderaan dengan cek daripada Auto G-Mart RM 15 000

51 Berdasarkan urus niaga di atas, apakah akaun yang akan direkodkan di sebelah
debit?
A Peter
B Akaun Bank
C Auto G-Mart
D Akaun Kenderaan

52 Akaun Premis merupakan akaun


A aset
B hasil
C belanja
D liabiliti

53 Akaun Tunai berikut menunjukkan catatan urus niaga sepanjang bulan Januari 2008.
Akaun Tunai
Tarikh Butir F Jumlah Tarikh Butir F Jumlah
Jan 1 Baki b/b RM X Jan 12 Belian RM 630
12 Jualan 230 31 Baki h/b Y
1050 1050

Berapakah baki h/b pada 31 Januari?


A RM 400
B RM 420
C RM 820
D RM 860

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 19

54 Jadual 2 menunjukkan pengelasan akaun.


I Aset
II Belanja
III Hasil
IV Liabiliti

Jadual 2

Manakah yang didebitkan dalam Imbangan Duga?


A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

55 Berikut ialah petikan Imbangan Duga Perniagaan Shirley pada 30 Disember 2008
Butiran Debit (RM) Kredit (RM)
Modal 40 000
Lekapan dan Lengkapan 17 000
Overdraf 15 000
X 450
Y 640

Apakah butiran X dan Y?


X Y
A Sewa diterima Belanja iklan
B Komisen diterima Komisen dibayar
C Penghutang Pemiutang
D Overdraf bank Modal

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 20

56 Berikut ialah petikan Imbangan Duga Perniagaan Teo pada 30 Disember 2008.
Butiran Debit (RM) Kredit (RM)
Modal 60 000
Mesin 28 400
Kenderaan 35 000
Penghutang 600
Overdraf 4000

Imbangan Duga di atas mempunyai kesilapan. Hitungkan jumlah Imbangan Duga


yang sebenar selepas pembetulan dibuat.
A RM 35 900
B RM 36 400
C RM 64 000
D RM 64 600

57 Maklumat berikut menunjukkan butiran yang terdapat pada buku perniagaan Raisah.

Butiran RM
Stok awal 2000
Belian 8000
Belanja belian 1000
Stok akhir 1000
Jualan 15000

Berapakah kos barang belian perniagaan Raisah?


A RM 8000
B RM 9000
C RM 10000
D RM 11000

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 21

BUTIRAN JUMLAH (RM)


Stok awal 7500
Stok akhir 6000
Jualan 10000
Belian 5000
Angkutan masuk 300

58 Berdasarkan maklumat di atas, berapakah untung kasar perniagaan itu ?


A RM 3200
B RM 3500
C RM 4000
D RM 6200

59 Berikut ialah Akaun Untung Rugi Perniagaan Yeo Li Ann.


Perniagaan Yeo Li Ann
Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2008

Kadar bayaran RM 500 Untung kasar RM 9 000


X 250

Apakah X?
A Alat tulis
B Alatan pejabat
C Angkutan masuk
D Komisen diterima

79/1 [LIHAT SEBELAH]


SULIT 22

60 Maklumat berikut dipetik daripada buku Perniagaan Danny Mah


Butiran RM
Untung bersih 8000
Overdraf 2000
Modal 20000
Stok akhir 7000
Mesin 15000
Perabot 8000

Berapakah ekuiti pemilik Perniagaan Danny Mah?


A RM 12000
B RM 22000
C RM 28000
D RM 30000

KERTAS SOALAN TAMAT

79/1
SULIT 23

SKEMA JAWAPAN EXCEL 2 2009


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

NO JAWAPAN NO JAWAPAN NO JAWAPAN


1 D 21 D 41 D
2 D 22 D 42 D
3 D 23 D 43 C
4 B 24 B 44 B
5 A 25 C 45 C
6 D 26 D 46 A
7 C 27 D 47 C
8 C 28 B 48 A
9 A 29 C 49 C
10 D 30 D 50 A
11 B 31 B 51 D
12 A 32 A 52 A
13 B 33 B 53 B
14 D 34 B 54 A
15 C 35 C 55 C
16 A 36 A 56 C
17 D 37 B 57 D
18 B 38 D 58 A
19 C 39 D 59 A
20 B 40 A 60 C

79/1

You might also like