You are on page 1of 26

papercollection

SULIT
21/1
SEJARAH
Kertas 1
Ogos 2009
(1 ¼ jam)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN


PENILAIAN TINGKATAN TIGA
NEGERI SEMBILAN 2009

SEJARAH

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 25 halaman bercetak

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 2 21/1

1 Peralatan tersenarai di bawah mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber sejarah.

x Televisyen
x Video
x Radio

Nyatakan kaedah yang menggunakan peralatan di atas?

A Kaedah lisan
B Kaedah bertulis
C Kaedah pandang dengar
D Kaedah arkeologi

2 Dialog berikut mungkin berlaku pada zaman paleolitik.

Anak : Boleh saya tolong ayah potong daging rusa ni?


Ayah : Gunakan alat X ni.

Apakah alat X?

A Beliung
B Alat repihan
C Kapak genggam
D Alat penetak

3 Senarai di bawah merujuk kepada sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara.

x Kerajaan Chih Tu
x Kerajaan Kedah Tua

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan di atas?

I Kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu


II Kerajaan agraria
III Aktiviti utamanya berasaskan pertanian
IV Kerajaan maritim

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 3 21/1

4 Apakah negeri yang menaungi Temasik semasa Parameswara sampai di sana?

A Majapahit
B Melaka
C Siam
D Srivijaya

5 Kedua-dua tokoh di bawah merupakan wakil kerajaan China yang membuat


hubungan dengan Melaka.

Tokoh Tahun
Laksamana Yin Ching 1404
Laksamana Cheng Ho 1405, 1409

Apakah faedah utama yang diperoleh Melaka hasil hubungannya dengan negara
China?

A Melaka dapat menawan Siam


B Melaka terselamat daripada ancaman Siam dan Majapahit
C Pelabuhan Melaka semakin maju
D Keselamatan pedagang di Melaka terjamin

6 Rajah 1 di bawah berkaitan dengan struktur pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka.

Sultan

Bendahara Penghulu X Laksamana


Bendahari

Rajah 1

Apakah peranan X dalam pentadbiran kerajaan Melaka?

A Ketua bendahari
B Ketua hakim
C Ketua duta
D Ketua polis

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 4 21/1

7 Senarai di bawah berkaitan cara-cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.

x Perdagangan
x Perkahwinan
x Penaklukan
x Tentera upahan

Bagaimanakah cara agama Islam tersebar di Siak?

A Melalui perkahwinan puteri Sultan Melaka dengan putera Raja Siak


B Melaka menghantar ahli agama ke Siak
C Siak ditakluk oleh Melaka
D Tentera upahan dari Siak memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya di
Siak

8 Dialog berikut menunjukkan peristiwa perubahan pentadbiran di Melaka.

Sultan Mahmud Shah : Ayahanda berasa bersalah atas tindakan


yang telah diambil. Oleh itu ayahanda mahu
anakanda memerintah Melaka.
Sultan Ahmad Shah : Titah ayahanda, anakanda junjung.

Mengapakah perubahan ini berlaku?

A Sultan Mahmud Shah telah uzur


B Sultan Mahmud Shah telah membunuh Tun Mutahir dan keluarganya
C Membenarkan Portugis berniaga di Melaka
D Tun Mutahir dihalau oleh Sultan Mahmud Shah

9 Kuasa-kuasa berikut sering mengancam kerajaan Johor.

x Portugis
x Acheh
x Jambi

Bagaimanakah pemerintah Johor mengatasi ancaman ini?

A Membina kubu pertahanan di Bentan


B Membayar pampasan kepada ketiga-tiga kuasa ini
C Menjalin persahabatan dengan Belanda
D Sentiasa mengubah pusat pentadbirannya

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 5 21/1

10 Pada pendapat anda mengapakah Laksamana Tun Abdul Jamil menjadi tokoh paling
penting dalam kerajaan Johor?

A Seorang panglima perang yang gagah dan berani


B Berjaya mempengaruhi Sultan Johor
C Berjaya mengalahkan Belanda dan Siak
D Dapat mengetepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid

11 Pernyataan berikut menunjukkan pengaruh orang Bugis di Selangor.

Pada kurun ke-18, orang Bugis telah melantik Raja Lumu sebagai
Raja Selangor.

Pada pendapat anda mengapakah Raja Lumu dilantik menjadi Sultan Selangor?

A Sultan Mahmud dari Melaka menabalkan Raja Lumu


B Raja Lumu merupakan ketua orang Bugis
C Kedudukan orang Bugis sangat kuat di Selangor
D Raja Lumu seorang yang berwibawa

12 Rajah 2 berikut berkaitan sistem pemerintahan kerajaan Melayu.

Sistem
Perundangan

Undang-undang Undang-undang
Adat Bertulis
Rajah 2

Apakah unsur-unsur penting yang terdapat dalam undang-undang ini?

I Pencegahan
II Pengajaran
III Dendaan
IV Hukum

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 6 21/1

13 Gambar 1 menunjukkan salah satu adat dalam majlis perkahwinan masyarakat


Melayu.

Gambar 1

Apakah peristiwa dalam gambar di atas?

A Merisik
B Berzanji
C Meminang
D Akad nikah

14 Senarai kumpulan etnik berikut didapati ada yang mengamalkan kepercayaan


animisme.

x Iban
x Murut
x Kelabit
x Bisaya

Apakah maksud animisme?

A Percaya kepada kuasa ghaib


B Percaya semua unsur alam ada semangat dan roh
C Percaya kepada kehidupan selepas mati
D Percaya kepada banyak Tuhan

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 7 21/1

15 Maklumat berikut merujuk pengurniaan wilayah daripada sultan Brunei kepada


sultan Sulu.

Jajahan utara Sabah telah dikurniakan oleh sultan Brunei kepada


sultan Sulu pada akhir abad ke-17.
Salasilah Brunei.

Mengapakah pengurniaan ini dibuat?

A Sebagai balasan membantu menumpaskan serangan musuh


B Sultan Sulu membenarkan Brunei membuka kawasan pertanian
C Membenarkan penduduk Brunei tinggal di utara Sabah
D Mengizinkan sultan Brunei mengahwini puteri Sulu

16 Mengapakah masyarakat yang tinggal di rumah panjang dianggap istimewa?

Rumah Panjang
x Kebanyakan diperbuat daripada buluh, rotan dan daun rumbia.
x Ketua rumah panjang merupakan penghubung antara
pemerintah dengan rakyat.

A Keluarga yang saling membantu


B Mempunyai rumah yang besar
C Rumah yang cantik dan berukiran yang unik
D Dapat hidup dalam sebuah keluarga yang besar

17 Jadual 1 berikut menunjukkan peristiwa yang berlaku di negeri Kedah.

Tahun Peristiwa
1771 Sultan Mohammad Jiwa memohon bantuan ketenteraan
dari Firma Jourdain Sullivan and de Souza.

Jadual 1

Apakah kewajaran tindakan Sultan Kedah meminta bantuan luar?

I Menjamin keselamatan penduduk Kedah


II Menjamin kedaulatan negeri Kedah
III Menjamin perpaduan rakyat negeri Kedah
IV Menjamin kepentingan ekonomi negeri kedah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 8 21/1

18 Dialog berikut adalah perbualan antara Stamford Raffles dengan seorang


pegawainya.

Pegawai SHTI :
Nampaknya Pulau Pinang dan Bangkahulu
gagal memenuhi keperluan kita di Timur. Kita
perlu sebuah pelabuhan lain.
Stamford Raffles : Singapura paling sesuai dan dapat memenuhi
keperluan kita.

Mengapakah Stamford Raffles menganggap Singapura dapat memenuhi keperluan


SHTI?

A Memecah monopoli perdagangan Belanda


B Mempertahankan Empayar British di Timur
C Menjadikan pangkalan tentera laut British
D Mengawal kegiatan lanun di Selat Melaka

19 Bagi membolehkan Negeri-Negeri Selat meluluskan undang-undang sendiri, British


telah menubuhkan

A Majlis Suruhanjaya
B Majlis Perundangan
C Majlis Persekutuan
D Majlis Negeri-Negeri Selat

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 9 21/1

20 Merujuk kartun di bawah, Raja Abdullah menawarkan diri baginda dilantik menjadi
sultan.

Andrew Clarke bersetuju mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan kerana pada
hematnya Raja Abdullah

A berhak menuntut takhta negeri Perak


B bersedia membenarkan saudagar-saudagar Negeri Selat berniaga
C bersedia menyerahkan sebahagian kuasanya kepada British
D mendapat sokongan kuat daripada pembesar-pembesar Melayu

21 Pernyataan di bawah menunjukkan Negeri Sembilan mendapat Yang Dipertuan


Besar yang pertama.

Semua daerah di Negeri Sembilan telah disatukan pada tahun 1895.


Tuanku Muhammad ibnu Yamtuan Antah telah menjadi Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Residen British
yang pertama di negeri ini ialah Martin Lister.

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah hal seumpama ini berlaku?


I Persengketaan Dato` Kelana dan Dato` Bandar
II Bimbang Negeri Selangor dikuasai oleh Negeri Sembilan
III Penglibatan pembesar dari Selangor
IV Campur tangan British di Negeri Sembilan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 10 21/1

22 Gambar 2 ialah wakil British iaitu Hugh Clifford di Pahang pada tahun 1887. Beliau
mempunyai kuasa yang terhad di negeri tersebut.

Gambar 2

Apakah kuasa wakil British tersebut?

A Mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain


B Menjaga kepentingan British di negeri lain
C Menjadi penasihat sultan dalam mentadbir negeri
D Tugasnya setaraf dengan pembesar negeri Melayu

23 Senarai berikut merupakan usaha Tunku Mahmud di Kedah.

x Menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.


x Penggunaan kalendar hijrah.
x Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentabiran.

Apakah nilai yang ditunjukkan oleh baginda?

A Jati diri
B Toleransi
C Diplomasi
D Hemah tinggi

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 11 21/1

24 Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan
Terengganu.

Antara kandungan penting Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu ialah

I menerima bantuan pegawai asing dalam pentadbiran


II Jabatan Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British
III mustahak ke atas raja bermesyuarat
IV hak raja dan menteri besar dalam memilih Jemaah Menteri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Bagi menambah hasil pendapatan, Pangeran Indera Mahkota telah mengenakan cukai
yang tinggi terhadap hasil yang dikeluarkan oleh penduduk Sarawak.

Apakah kesan tindakan beliau?

A Kemajuan Sarawak terbantut


B Pelaburan asing berpindah ke Brunei
C Kebangkitan rakyat berlaku
D Ekonomi Sarawak merosot

26 Apakah perubahan dalam sistem perlembagaan Sarawak yang dibuat oleh Charles
Vyner Brooke pada 24 September 1941?

A Kuasa pembesar tempatan semakin bertambah


B Majlis Negeri dianggotai oleh empat orang Datu Melayu
C Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
D Ketua bumiputera berkuasa penuh di kawasan mereka

27 Penggunaan senarai nama kawasan di bawah oleh pentadbiran Syarikat Borneo Utara
British di Sabah bertujuan untuk

x Daerah Alcock
x Jesselton
x Elopura

A menggambarkan identiti penjajah


B menghapuskan peranan pembesar tempatan
C memantapkan sistem pentadbiran tempatan
D menyelaraskan pembangunan tanah
[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 12 21/1

28 Mengapakah pihak Syarikat Borneo Utara British membangunkan institusi


pendidikan di bawah?

x Institut Byron
x Sekolah St. Mary

A Melatih pegawai rendah kerajaan


B Mengembangkan agama Kristian
C Menyelaraskan kurikulum pendidikan
D Melatih guru sekolah kerajaan

29 Menjelang kurun ke-20, tanaman getah mendapat sambutan berbanding tanaman lain
di Tanah Melayu kerana

Tahun Peristiwa
1870-an Pengenalan tanaman getah
1890-an Kopi, tebu, teh dan tembakau

A penyelidikan terhadap penggunaan getah dilakukan


B keadaan iklim sesuai dengan tanaman getah
C mengambil masa yang pendek untuk mendapatkan hasil
D harga getah melambung tinggi di pasaran dunia

30 Berdasarkan jadual 2 berikut, apakah kesan pengasingan kaum oleh penjajah British?

Kaum Pekerjaan
Melayu Petani dan nelayan
Cina Pelombong dan peniaga
India Pekerja ladang

Jadual 2

A Sukar membangunkan kemudahan asas


B Perkembangan kegiatan ekonomi terbantut
C Sistem pendidikan sukar diseragamkan
D Perpaduan masyarakat berbilang kaum sukar dicapai

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 13 21/1

31 Berdasarkan petikan berikut, apakah matlamat British terhadap pendidikan orang


Melayu.

Arthur Kenion merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Dalam ucapannya


pada tahun 1915, beliau menyatakan:

“ Awak boleh mengajar orang-orang Melayu itu supaya mereka


tinggal terus di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang
kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan
kerja-kerja hutan.”

A sekadar menjadikan orang Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibu bapa mereka
B ingin memelihara kedaulatan bahasa ibunda
C ingin memupuk persefahaman antara kaum di Tanah Melayu
D ingin membanteras kegiatan perkauman di Tanah Melayu

32 Apakah iktibar daripada petikan dalam pelekat berikut?


Pelekat Jabatan Polis Melaka
“............................... Shahadan barang siapa yang boleh
menangkap serta membawa Dol Sa’aid akan menerima upahnya
seribu ringgit besar……....”
9 Februari 1832
A Perjuangan Dol Said begitu tinggi nilainya
B Penduduk mudah berpaling tadah dengan tawaran wang tunai
C British menghadapi kekurangan anggota polis untuk menangkap Dol Said
D British menawarkan wang tunai bertujuan untuk melemahkan perjuangan
penduduk

33 Mengapakah senarai tokoh berikut menentang campur tangan British di Perak

x Dato’ Maharajalela
x Sultan Abdullah
x Pandak Indut
x Dato’ Sagor
I Mereka kehilangan hak memungut cukai
II Menentang pengenalan pelbagai cukai baru
III Mereka kehilangan wilayah kekuasaan
IV Mereka kehilangan kedudukan sebagai pembesar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 14 21/1

34 Berdasarkan peta 1, apakah kepentingan kawasan yang dibulatkan?

A Kawasan kekuasaan Mat Salleh


B Mat Salleh bertempur dengan SBUB
C Pusat pentadbiran SBUB di Sabah
D Kawasan perkampungan Mat Salleh

35 Berdasarkan rajah 3, bagaimanakah idea nasionalisme golongan di bawah tersebar ke


Tanah Melayu?

Rajah 3

A Peranan media elektronik


B Peranan pelajar lepasan Timur Tengah
C Peranan golongan berpendidikan Melayu
D Peranan Maktab Perguruan Sultan Idris

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 15 21/1

36 Apakah peranan akhbar berikut dalam membangkitkan semangat kebangsaan?

x Utusan Melayu
x Al-Ikhwan
x Pengasuh
x Saudara

A Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu


B Menyediakan forum untuk golongan nasionalis tempatan
C Menyediakan ruangan peraduan untuk disertai oleh pembaca
D Menyediakan ruangan pendidikan kepada anak-anak Melayu

37 Ilustrasi berikut menunjukkan tentera Jepun berjaya memenangi hati penduduk


tempatan.

Mengapakah penduduk di Tanah Melayu begitu mudah terpengaruh oleh propaganda


Jepun, “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”?

A Penduduk Tanah Melayu suka kepada Jepun


B Kekuatan tentera Jepun mampu menentang kuasa Barat
C Jepun berupaya memerdekakan negara-negara di Timur
D Penduduk Tanah Melayu ingin bebas daripada penjajah Barat

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 16 21/1

38 Mengapakah rakyat Jepun menjadi pekerja seperti senarai berikut sebelum mereka
menjajah Tanah Melayu?

x Pekedai runcit
x Pekedai dobi
x Pekedai gula-gula
x Tukang gunting rambut

A Di Tanah Melayu banyak pekerjaan


B Gaji bekerja di Tanah Melayu mahal
C Menjadi agen sebelum menyerang Tanah Melayu
D Di Jepun sukar untuk melakukan sebarang pekerjaan

39 Mengapakah Jepun melakukan tindakan berikut kepada penduduk tempatan semasa


mereka mentadbir Tanah Melayu?

x Kegiatan politik diawasi


x Kebebasan bersuara disekat
x Akhbar mencurigai diharamkan

A Melaksanakan dasar penjepunan dalam pemerintahan


B Supaya tidak ada penduduk menentang Jepun
C Memudahkan mengawal pergerakan penduduk
D Bagi menyekat hubungan dengan pihak British

40 Maklumat berikut adalah salah satu daripada tujuan penubuhan Malayan Union.

Memastikan sumbangan golongan imigran


sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur.

Mengapakah golongan ini mendapat perhatian daripada pihak British?

A Mereka tidak mendatangkan masalah kepada British


B British memberi layanan istimewa kepada mereka
C Mereka banyak membantu British mendapatkan sumber bahan mentah
D Yakin British akan membantu mereka pulang ke negara mereka

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 17 21/1

41 Pernyataan berikut merujuk pada kewarganegaraan melalui prinsip jus soli.

Ah Siong, Krishnan dan Hartono telah


dilahirkan pada 2hb April 1946.

Apakah kewarganegaraan yang dimiliki oleh mereka bertiga?

A Malaya
B Malaysia
C Persekutuan Tanah Melayu
D Malayan Union

42 Menurut pernyataan di bawah, apakah peribahasa yang sesuai digunakan untuk


menentang Malayan Union?

Perjuangan menentang Malayan Union telah menunjukkan


kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu.

A Sekali air bah, sekali pantai berubah


B Bersatu teguh bercerai roboh
C Bagai enau di dalam belukar
D Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

43 Apakah ciri-ciri kepahlawanan dalam lirik lagu berikut?

Baju Hijau
Si Baju Hijau Gagah perkasa
Sedang bertugas Bersedia
Di perbatasan Siang dan malam
Peluru tak bermata Di persada negara
Harus waspada

Datangnya ia
Tak kenal saudara
Lawanlah ia tentu
Dengan hati semangat waja
Tanda putera setia Nyanyian: Sanisah Huri

I Berani
II Beruniform
III Senjata berpeluru
IV Bersemangat kental

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 18 21/1

44 Mengapakah Parti Komunis Malaya kurang mendapat sambutan dalam kalangan


orang Melayu?

Dalam kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan oleh


Parti Komunis Indonesia (PKI).

A Bertentangan dengan agama Islam


B Diharamkan oleh pihak pemerintah
C Pemimpinnya terdiri daripada orang Cina
D Perjuangan komunis mementingkan masyarakat Cina

45 Gambar 3 menunjukkan usaha British membanteras ancaman komunis.

Gambar 3

Apakah kesan daripada usaha tersebut?

A Penduduk tidak bebas bergerak ke tempat lain


B Untuk menentukan kenderaan yang dipandu ada lesen
C Pengganas komunis keluar dari tempat persembunyian
D Mencegah pelbagai bekalan sampai ke tangan pihak komunis

46 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum


ditamatkan?

Merdeka pada 31 Ogos 1957


Darurat tamat pada 31 Julai 1960

Mengapa?

A Kegagalan British menentang pengganas komunis


B Desakan kuat daripada pejuang kemerdekaan
C British tidak mampu lagi menentang pengganas komunis
D Untuk melemahkan perjuangan pengganas komunis

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 19 21/1

47 Dasar pendidikan kebangsaan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan pada tahun
1961.

Apakah mesej utama daripada dialog di atas?

A Semua kaum boleh belajar di sekolah kebangsaan


B Perpaduan kaum dapat diwujudkan dalam dasar pendidikan
C Sekolah kebangsaan mengutamakan bahasa Melayu
D Sekolah kebangsaan banyak terdapat di luar bandar

48 Mengapakah British bersetuju melonggarkan syarat kewarganegaraan di Tanah


Melayu pada tahun 1951?

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum telah membuat cadangan


melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran.

I Menambahkan peluang kepada rakyat memiliki kerakyatan secara adil


II Dapat menyelesaikan masalah kekurangan buruh di Tanah Melayu
III Mengelakkan golongan imigran terus terpengaruh oleh fahaman komunis
IV Mereka dapat mencurahkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 20 21/1

49 Siapakah tokoh X dalam rajah 4 berikut?

Parti Tarikh
UMNO 11 Mei 1946
Parti Kemerdekaan September 1951
Tokoh X
Tanah Melayu (IMP)
Parti Negara Februari 1954

Rajah 4
A Ibrahim Yaacob
B Dr. Burhanuddin Al-Helmi
C Dato’ Onn bin Jaafar
D Tunku Abdul Rahman

50 Apakah cara yang anda gunakan untuk mengurangkan pengaruh IMP dan seterusnya
memenangi kempen pilihan raya tersebut berdasarkan pernyataan berikut?

Anda ialah pemimpin Parti UMNO yang sedang bersaing dengan


Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) untuk menghadapi pilihan
raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

A Mengadakan kerjasama dengan Parti MCA


B Memujuk pemimpin Parti IMP supaya menyertai UMNO
C Membuka keahlian parti UMNO kepada kaum bukan Melayu
D Mendesak kerajaan British supaya mempercepatkan tarikh pilihan raya

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 21 21/1

51 Gambar 4 menunjukkan Rombongan Merdeka yang diketuai Tunku Abdul Rahman


disambut dengan meriah dalam perhimpunan besar-besaran setelah kembali ke
Tanah Melayu.

Gambar 4

Di manakah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah


Melayu?

A Stadium Merdeka, Kuala Lumpur


B Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
C Stadium Negara, Kuala Lumpur
D Dataran Pahlawan, Melaka

52 Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh berikut dalam sejarah
Persekutuan Tanah Melayu?
x Sir William Mckell
x Sir Ivor Jenning
x B. Malik
x Abdul Hamid

A Mewakili kerajaan British dalam Rundingan Merdeka dengan pemimpin Melayu


B Merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan kerajaan British
C Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
D Mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu tentang pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 22 21/1

53 Pernyataan berikut berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat, telah berlaku satu peristiwa


penting tepat pada jam 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Apakah peristiwa tersebut?

A Tunku Abdul Rahman melaungkan kata keramat ‘Merdeka’ sebanyak lima kali
B Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu
dinaikkan
C Perarakan membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan di sekeliling
padang tersebut
D Kerajaan British menyerahkan watikah penyerahan kuasa kepada Perdana
Menteri

54 Gambar 5 berikut menunjukkan penduduk tempatan membantah penyerahan


Sarawak kepada kerajaan British.

Gambar 5
Mengapakah peristiwa gerakan antipenyerahan ini berlaku?

I Charles Vyner Brooke menjanjikan kemerdekaan Sarawak melalui


Perlembagaan 1941
II Keputusan dibuat tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan tempatan
III Mahu negeri Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu
IV Tidak bersetuju Anthony Brooke ditabalkan sebagai Raja Sarawak yang baru
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 23 21/1

55 Berdasarkan pernyataan berikut, apakah matlamat utama pekeliling ini dikeluarkan?

Pada bulan Disember 1946, kerajaan British di Sarawak telah


mengeluarkan satu notis yang dikenali sebagai Pekeliling No. 9.

A Meminta kakitangan yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan meletak


jawatan
B Mewajibkan kakitangan kerajaan taat setia kepada kerajaan British
C Menghalang kakitangan kerajaan terlibat dalam gerakan antipenyerahan
D Menggalakkan orang ramai berkhidmat dalam kerajaan British.

56 Mengapakah kerajaan British mengambil tindakan berikut?

TAHUN 1950
Pemimpin kaum bumiputera dilantik sebagai ahli tidak
rasmi dalam Majlis Undangan di Sabah.

A Membantu kerajaan British dalam pengurusan kewangan


B Mengatasi masalah kekurangan pegawai pentadbiran negeri
C Mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan penduduk
D Bagi melatih penduduk tempatan menjadi pemimpin

57 Rajah 5 berikut merujuk kepada Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew
terhadap cadangan gagasan Persekutuan Malaysia.

Mendesak Persekutuan Tanah Melayu


X mempercepatkan penggabungan dengan
Singapura.

Rajah 5

Apakah faktor X yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?

A Memajukan ekonomi Singapura


B Melemahkan pengaruh komunis di Singapura
C Hubungan Tanah Melayu dan Singapura semakin erat
D Lee Kuan Yew ingin menjadi Perdana Menteri

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

SULIT 24 21/1

58 Rajah 6 menunjukkan negeri-negeri yang telah bersetuju menyertai gagasan


Persekutuan Malaysia.

Persekutuan Tanah Melayu


Cadangan Gagasan Singapura
Persekutuan Sabah
Malaysia Sarawak
Brunei

Rajah 6

Mengapakah Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia?

I Sultan Brunei belum bersedia untuk bergabung dengan Persekutuan Malaysia


II Sultan Brunei tidak diberi kekananan dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong
III Tiada kesepakatan dalam perkara yang berkaitan dengan isu cukai minyak
IV Rakyat Brunei tidak mahu dijajah oleh Persekutuan Malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


papercollection

SULIT 25 21/1

59 “Negara kita tanggungjawab kita”. Inilah semangat yang dipaparkan dalam poster
kempen menentang pencerobohan Indonesia.

Apakah semangat yang dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat Malaysia daripada
peristiwa menentang konfrontasi itu.

A Angkatan tentera Malaysia berani menentang musuh


B Rakyat Malaysia diwajibkan menjadi tentera
C Rakyat bersama-sama mempertahankan negara
D Tentera menjadi lebih berani jika ada senjata moden

60 Apakah faktor utama yang membawa kepada penyingkiran Singapura yang dipimpin
oleh Lee Kuan Yew berdasarkan maklumat pada rajah 7?

Tarikh Peristiwa
9 Ogos 1965 Singapura disingkirkan daripada
Persekutuan Malaysia.

Rajah 7

A Lee Kuan Yew ingin menjadi Presiden MCA


B Lee Kuan Yew mahu menghapuskan instusi beraja
C Rakyat Singapura menimbulkan hura-hara di Johor
D Singapura mempertikaikan hak istimewa orang Melayu

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Prlajaran Negeri Sembilan SULIT
papercollection

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN


PENILAIAN TINGKATAN TIGA
NEGERI SEMBILAN 2009

SKEMA JAWAPAN
SEJARAH

JAWAPAN

1 C 31 A
2 D 32 B
3 B 33 A
4 C 34 A
5 B 35 C
6 D 36 A
7 A 37 D
8 B 38 C
9 D 39 B
10 A 40 C
11 C 41 D
12 A 42 B
13 D 43 B
14 B 44 A
15 A 45 C
16 D 46 D
17 A 47 B
18 A 48 D
19 B 49 C
20 C 50 A
21 B 51 B
22 A 52 C
23 A 53 B
24 D 54 A
25 C 55 C
26 A 56 D
27 A 57 B
28 B 58 C
29 D 59 C
30 D 60 D

Jumlah A = 17

B = 15

C = 14

D = 14

21/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

You might also like