You are on page 1of 88

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PENGENALAN

KOMPONEN PBS Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat PAJSK PPsi SPPBS PENJAMINAN KUALITI Pementoran Pemantauan Penyelarasan Pengesanan PELAPORAN PBS (Pendidikan Khas)

PENGENALAN

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah

PBS mewakili perkataan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam satu lingkungan membawa maksud persekitaran sistem PBS.

melambangkan bahawa setiap murid yang termasuk dalam sistem PBS ini mestilah tahu pencapaian prestasi masingmasing melalui guru yang mendidik. Semua yang terlibat dengan murid itu juga akan tahu prestasi murid berkenaan untuk tindakan masing-masing .

Akses

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender menjelang tahun 2020) Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada

Kualiti

Ekuiti

Perpaduan

Kecekapan

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan (professional judgement) tentang produk sesuatu program pendidikan (prestasi murid) Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran

Januari 2011

17 Dis 2010

2009 - 2010 2008

2005 2007

Seminar & konferens yang melibatkan pakar pentaksiran pendidikan dari dalam dan luar negara

Kajian Rintis (550 sekolah rendah)

Mesyuaratdan perbincangan meja bulat

Kelulusan pelaksanaan PBS oleh Kabinet

Pelaksanaan PBS mulai Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai 2012

Pentaksiran pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada PBS dan peperiksaan perlu kekal dalam sistem pada lower stake di sekolah rendah dan menengah rendah (Lembaga Peperiksaan, 2005, 2006 & 2010; Mokhtar et al., 2006)

Pentadbir sekolah dan guru-guru bersetuju PBS dilaksanakan Bimbingan dan sokongan harus diberikan kepada guru-guru ICT perlu dinaik taraf (Lembaga Peperiksaan, 2009)

Reformasi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia perlu kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai Kurangkan penekanan terhadap prestasi pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan (LP, 2006, 2007 & 2010)

PBS terdiri daripada dua bidang iaitu akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) Bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Pentaksiran Sekolah ialah komponen utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP. Dilaksanakan sepenuhnya oleh guru dan pihak sekolah

Pentaksiran Sekolah merangkumi;


1. Pentaksiran Rujukan Standard Melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran tidak membandingkan pencapaian murid 2. Pentaksiran Formatif dan Sumatif Assessment for learning (Pentaksiran untuk pembelajaran) Assessment of learning (Pentaksiran tentang pembelajaran) Dilaksanakan sepanjang masa Pengajaran dan Pembelajaran

3. Diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru 4. Dirancang, dibina, ditadbir di sekolah

Ciri-ciri Pentaksiran Sekolah; 1. Holistik 2. Berterusan 3. Fleksibel 4. Merujuk standard prestasi

Pentaksiran Sekolah terbahagi kepada 2 peringkat;

1.

Sekolah Rendah; Tahun 1 - 6 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran
Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1 - 3 melihat perkembangan (Development) melibatkan semua mata pelajaran

2.

STANDARD PRESTASI (Performance Standard)

Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu Disusun secara hierarki Digunakan untuk tujuan pelaporan Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5, Band 6

Standard Prestasi

6 5 4 3

Tahu,faham, boleh buat dengan beradab misali Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Tahu,faham dan boleh buat dengan beradab Tahu, faham dan boleh buat

2
1

Tahu dan faham

Tahu

Kerangka Pernyataan Standard


BAND STANDARD Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

5 4 3 2

Hubungkait Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens


BAND PERNYATAAN STANDARD Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran DESKRIPTOR EVIDENS

6 5 4 3 2 1

APA yang murid tahu dan boleh buat

BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDEN

B1 Mengetahui Tahu asas menengur, berutur, membaca dan menulis

B1DL1 Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar

B1DL1E1 Mengajuk bunyi yang didengar B1DL1E2 Menentukan arah bunyi yang didengar B1DB1E1 Membunyikan huruf vokal dan menamakan konsonan B1DB1E2 Mengeja dan membatang suka kata terbuka dan tertutup

B1DB1 Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca perkataan

B1DB1E3 Membaca perkataan yang terdiri daripada kata nama


B1DT1E1 B1DT1 Menulis huruf, suku Menulis huruf, suku kata dan kata dan perkataan perkataan

2
Memperbaiki kelemahan/ masalah murid dalam pembelajaran

3
Meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar

4
Mengubahsuai strategi pengajaran

BAND 6

STANDARD Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila. Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengarditutur, dibaca/ditulis dalam pelbagai situasi dengan tepat Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis Mengetahui dan memahami perkara yang didengarditutur, dibaca dan ditulis Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis

2 1

Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Prinsip Pentaksiran Pusat; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Format dan tugasan disediakan oleh LP Tugasan berbeza setiap tahun Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP Dilaksanakan di sekolah Ditaksir oleh guru mata pelajaran Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi Pelaporan ditentukan oleh LP Penjaminan kualiti dan standard

Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PP bagi sesuatu mata pelajaran adalah mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tugasan bertulis Kerja amali Projek Pemerhatian Persembahan Demonstrasi Kajian lapangan Kajian kes Ujian bertulis Ujian lisan Kuiz

Pelaksanaan Pentaksiran Pusat


MERANCANG

MELAKSANA

MENSKOR Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP. Guru merekod prestasi murid dan hantar skor ke LP

Guru menerima arahan tugasan daripada LP. Guru menyediakan bahan mengikut garis panduan

Murid melaksanakan tugasan berdasarkan jadual pelaksanaan yang ditetapkan

PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)

SEGAK

KOKURIKULUM

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan

EKSTRA KURIKULUM

SUKAN /PERMAINAN

KELAB/ PERSATUAN

BADAN UNIFORM

BMI

Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan.

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab dan Persatuan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Unit Uniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah /di luar sekolah/ Luar Negara/ Dalam Negara

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan.

Ujian Jangkauan Melunjur

Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit

Ujian Ringkuk Tubi Separa

Ujian Tekan Tubi

Indeks Jisim Badan (BMI) dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. Objektif Pentaksiran BMI adalah: mengukur BMI murid menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid Pelaksanaan pentaksiran BMI dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan semasa

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. dan

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur ialah: i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
Tidak berjadual, Dicadangkan kepada semua murid

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran


Tidak berjadual INVENTORI Tidak diwajibkan untuk PERSONALITI semua murid

UJIAN APTITUD Aptitud Umum Aptitud Khusus

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan

LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif Penskoran secara dikotomus, polikotomus, kadaran pilihan Pelaporan secara deskriptif dan individu

Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

Fungsi Pentaksiran Psikometrik 1. Mengumpul data boleh menyumbang kepada maklumat Profil Murid. 2. Profil murid dijadikan sebagai satu perkara /aspek yang ditaksir. 3. Profil murid berperanan sebagai sumber maklumat dalam membantu pembelajaran murid dan proses pengajaran & pembelajaran guru.

Tujuan Ujian Psikometrik 1. 2. 3. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai diri individu atau kumpulan. Membantu membuat keputusan yang praktikal /realistik. Memahami secara lebih mendalam; keadaan semula jadi dan perbezaan individu. Memberi pendedahan maklumat kerjaya yang lebih luas dan tepat (meluaskan aspirasi kerjaya)

4.

KEGUNAAN UJIAN PSIKOMETRIK Tiga sebab utama kesukaran pelajar membuat pemilihan kerjaya (Amir Awang,1983) 1. 2. 3. Tidak boleh membuat keputusan kerana minat di dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas dan tiada minat langsung Pelajar tidak dapat mengagak dengan baik minat, potensi dan personalitinya Kurang pengetahuan dan maklumat

Aptitud Am

Aptitud Psikometrik

Aptitud Khusus

Inventori Tret Personaliti


Personaliti

Inventori Minat Kerjaya

Ujian Aptitud

1. Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. 2. Berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi.

Ujian Aptitud Am

1. Mengukur prestasi keseluruhan murid melangkaui pelbagai jenis kebolehan mental. 2. Mengukur kebolehan yang lebih khusus seperti kemahiran dan verbal yang boleh meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan. Ujian Aptitud Khusus

1. Mengenal pasti atau menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. 2. Memberi gambaran jenis bidang atau aliran yang sesuai dipelajari murid. 3. Menjadi rujukan guru dalam merancang strategi P&P yang sesuai mengikut kebolehan murid.

Ujian Aptitud Mengukur Kecerdasan: i. Verbal Linguistik ii. Visual Spatial iii. Logik Matematik iv. Muzik v. Naturalis vi. Kinestatik vii. Interpersonal viii. Intrapersonal ix. Existential (Pintar Perkataan) (Pintar Visual dan Ruang) (Pintar Nombor) (Pintar Muzik) (Pintar Alam Semulajadi) (Pintar Jasmani) (Pintar Sosial) (Pintar Kendiri) (Pintar Kewujudan)

Inventori Personaliti
Membantu murid dan ibu bapa Mengenal pasti personaliti murid Membantu murid menyedari potensi / kekuatan dan kelemahan diri Membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Membantu murid merancang hala tuju kerjaya

Inventori Personaliti

Ujian Psikometrik Personaliti


Autonomi Kreatif Agresif Ekstrovert Pencapaian Kepelbagaian Intelektual Kepemimpinan Struktur Resilien Menolong Analitikal Kritik diri Wawasan Ketelusan

Tret Personaliti

Minat Kerjaya

Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Konvensional

Inventori Tret Personaliti

Teori Perkembangan Kerjaya

Teori Personaliti

Teori Tret dan Faktor (Frank Parson 1909)

Teori Perkembangan Kerjaya Super (1909)

Teori Personaliti Big Five (Costa & McCrea 1992)

Teori Personaliti Narrow (2004)

Ujian Minat Kerjaya Teori Tipologi Kerjaya Holland. Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: 1. pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. 2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya. 3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya. 4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

Selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik. Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap dan berkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM. Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS. Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai Single point of contact berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna. Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui: helpdesk.sppbs@moe.gov.my Telefon 03-8884 3158 SPPBS Faks 03-8884 3156

Akademik

Bukan Akademik

Rekod prestasi murid

Pelaporan deskriptif

Pelaporan formatif/ kumulatif

PENJAMINAN KUALITI PBS


Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/ JPN/PPD/ Sekolah.

SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS


Pegawai Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menyediakan Manual Penjaminan Kualiti. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menjalankan penataran penjaminan kualiti, iv. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.

SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS


Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti. vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Lembaga Peperiksaan.

SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS


Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP. ii. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah bagi merancang penjaminan kualiti. iii. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. iv. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. v. Menjalankan penataran penjaminan kualiti; vi. Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan vii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS


Pentadbir Sekolah i. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. ii. Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti. iii. Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti. iv. Mengenalpasti personel yang perlu menjalani penjaminan kualiti. v. Menyediakan dokumen/bahanrujukan penjaminan kualiti. vi. Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. vii. Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan. viii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah untuk dihantar ke PPD.

PEMENTORAN

Kingsoft Office

PEMENTORAN
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Objektif Pementoran i. ii. iii. iv. v. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

JENIS-JENIS PEMENTORAN
Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru. Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah tanpa jadual yang ditetapkan.

PERSONEL PEMENTORAN
Pementoran dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS
Pementoran luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

PERANAN MENTOR
i. ii. iii. iv. v. vi. Membimbing guru menggunakan dokumen standard prestasi dan aplikasi SPPBS. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

vii.

PENYELARASAN

Kingsoft Office

PENYELARASAN
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

OBJEKTIF PENYELARASAN
i. ii. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

iii.

iv.

v. vi. vii.

JENIS PENYELARASAN
i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama..

ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

PERSONEL PENYELARASAN
Penyelarasan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Penyelarasan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP Petugas yang dilantik oleh JPN Petugas yang dilantik oleh PPD

PERANAN PENYELARAS
i. ii. Membantu guru faham kehendak tugasan dan kriteria penskoran. Membantu guru menyediakan tugasan pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS. Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS. Mengesahkan tugasan dan skor yang diberikan oleh guru adalah adil bagi semua murid.

iii.

iv.

v.

PEMANTAUAN

PEMANTAUAN
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

Objektif Pemantauan

i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

JENIS PEMANTAUAN
Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.

PERSONEL PEMANTAUAN
Pemantau dalaman dijalankan oleh: Pengetua / Guru Besar Guru Penolong Kanan GKMP Guru Cemerlang Ketua Panitia Jurulatih Utama Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar Pemantau luaran dijalankan oleh: Pegawai LP Pegawai JPN Pegawai PPD Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

PERANAN PEMANTAU
Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah i. Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. ii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pentaksiran sekolah . iii. Memberi maklumbalas dan membimbing guru yang dipantau berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan. iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan PBS Pemantauan Pengurusan PBS i. Menyemak pengurusan Fail Induk, Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase. ii. Menyemak laporan program penjaminan kualiti. iii. Memberi maklumbalas dan membimbing pihak sekolah berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan. iv. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pengurusan PBS. v. Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

PENGESANAN

Kingsoft Office

PENGESANAN
Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Objektif Pengesanan i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran.

JENIS PENGESANAN
Pengesanan Dalaman Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pengesanan Luaran Pengesanan Luaran dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP). Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

PERSONEL PENGESANAN
Pengesanan dalaman dijalankan oleh: GKMP / Ketua Bidang Ketua Panitia Guru Cemerlang Jurulatih Utama Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS Pengesanan luaran dijalankan oleh: Petugas yang dilantik oleh LP

PERANAN PENGESANAN
i. Mengesahkan kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. ii. Mengesahkan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. iii. Mengenalpasti dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran. iv. Mengenalpasti kepelbagaian instrumen pentaksiran.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS) dan PAJSK boleh dijana melalui SPPBS oleh pihak sekolah secara berkala atau apabila diperlukan. Pelaporan PS boleh dijana dalam dua bentuk iaitu pelaporan formatif dan laporan kumulatif melalui SPPBS

Prestasi Kumulatif

PBS (Pendidikan Khas)

PBS (Pendidikan Khas)


Murid Pendidikan Khas Kategori murid pendidikan khas adalah seperti berikut: Bermasalah Pembelajaran (BP) Bermasalah Penglihatan (BL) Bermasalah Pendengaran (BD) PBS diwajibkan kepada semua murid termasuk murid pendidikan khas dan tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang diikuti oleh murid tersebut, sama ada di Aliran Perdana mahupun Pendidikan Khas dan ditaksir menggunakan DSP yang disediakan. Keperluan khas untuk murid berkenaan mesti disediakan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pelaksanaan PBS.

PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH


INSTITUS ALIRAN/KELAS I BERMASALAH PENDENGARAN SKPK KELAS KHAS KURIKULUM KSSR KSSR KSSR + KSSR PK KSSR PK KSSR

SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

KELAS KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN SKPK KELAS KHAS

SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

KSSR KSSR + KSSR PK


KSSR PK KSSR KSSR KSSR + KSSR PK KSSR PK

KELAS KHAS BERMASALAH SKPK PEMBELAJARAN KELAS KHAS

SK (PPKI) INKLUSIF SEPARA INKLUSIF

KELAS KHAS
Nota: KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR PK : Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas SKPK: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi

PS DAN PP BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH


INSTITUSI ALIRAN/KELAS BERMASALAH PENDENGARAN SMPK SMK (PPKI) KELAS KHAS INKLUSIF KELAS KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN SMPK SMK (PPKI) KELAS KHAS INKLUSIF KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK (PPKI) INKLUSIF KELAS KHAS
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SMPK: Sekolah Menengah Pendidikan Khas PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi

KURIKULUM KBSM KBSM

DALAM PROSES PENYEDIAAN KBSM KBSM

DALAM PROSES PENYEDIAAN KBSM

DALAM PROSES PENYEDIAAN

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


P.KHAS (TAHAP 1) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Jasmani Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pengurusan Diri Pengurusan Tingkah Laku Kemahiran Manipulatif 1 2 3 4 B. Melayu B. Inggeris Matematik Pendidikan Muzik P.KHAS (TAHAP 2)

5
6

Pendidikan Seni Visual


Pendidikan Jasmani

7 Pendidikan Islam 8 Pendidikan Moral 9 Pengurusan Kehidupan 10 Kemahiran Hidup 11 Pend Sains, Sosial Dan Alam Sekitar 12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN


MATA PELAJARAN PEND KHAS BERMASALAH PENGLIHATAN TAHAP 1 Kemahiran Asas Individu 1 Masalah Penglihatan (KAIMaL) 2 Seni Visual Suaian TAHAP 2 Kemahiran Asas Individu 1 Masalah Penglihatan (KAIMaL) 2 Seni Visual Suaian

3 Pendidikan Jasmani Suaian

3 Pendidikan Jasmani Suaian


4 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

MATA PELAJARAN BAGI MURID BERMASALAH PENDENGARAN


MASALAH PENDENGARAN PENDIDIKAN KHAS (TAHAP 1&2) 1 BAHASA MALAYSIA (UBAH SUAI) 2 BAHASA INGGERIS (UBAH SUAI) 3 BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI 4 PENDIDIKAN ISLAM (UBAH SUAI)

BIDANG BUKAN AKADEMIK


KATEGORI SEKOLAH RENDAH Bermasalah Pembelajaran Bermasalah Penglihatan Bermasalah Pendengaran SEKOLAH Bermasalah MENENGAH Pembelajaran Bermasalah Penglihatan Bermasalah Pendengaran PAJSK PPsi

Bagi 2 komponen dalam bidang bukan akademik iaitu PAJSK dan PPsi, murid pendidikan khas bagi ketiga-tiga kategori akan melalui PBS seperti mana murid yang lain. Namun begitu, bagi kekangan dalam penglibatan yang berpunca dari kecacatan, murid boleh dikecualikan daripada PBS pada komponen tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah lain seperti Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk merekod dan melapor perkembangan murid.