You are on page 1of 32

SULIT 02/1

SULIT
02/1
BAHASA MELAYU
Kertas1
Masa 1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang
disediakan

4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

@PKPSM Pahang

SULIT 02/1

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Beras yang tumpah _________ di atas lantai itu disapu oleh kakak.

A berguguran
B bersepahan
C berhamburan
D berserakan

2. Orang buta itu ________ dilanggar kereta ketika dia hendak menyeberang jalan
raya.

A hampir-hampir
B dekat-dekat
C akan-akan
D tepat-tepat

3. Disebabkan beberapa masalah, mesyuarat bulanan persatuan itu terpaksa
_______ ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

A dibubarkan
B ditangguhkan
C dihentikan
D diberitahu

4. Para penonton terpeseona _______ kemerduan suara penyanyi itu
mendendangkan lagu nasyid..

A dengan
B tentang
C kepada
D oleh

5. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, akhirnya ia ________ di
kampungnya..

A muncul
B timbul
C tampil
D wujud

SULIT 02/1

6. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan
_______ kalung berlian.

A sebentuk
B seutas
C seuntai
D seurat

7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membuka
cawangan di Kuala Lumpur.

A membesar
B memperbesarkan
C membesari
D memperbesar

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada
kesalahan telah ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagi
A B
mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahan
C D

9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklah
A B
Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahan
C D

10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-talu
A B
diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahan
C D

11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain di
A B C
lombong tinggal itu. Tiada kesalahan
D

12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam
A B C
kerja-kerja kemasyarakatan. Tiada kesalahan
D

SULIT 02/1

III dan IV 16. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepada A B C tetamu. III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar. III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakin membimbangkan pihak sekolah. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah berani menongkah arus. IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kita akibat kecuaian pemandu. II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua. A I dan II B I dan IV C I.SULIT 02/1 13. IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya. A IV B I dan II C III dan IV D I. Tiada kesalahan D Soalan 15 . Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untuk A B C santap bersama-sama dengan rakyat jelata. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepun terhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran tiang elektrik. III dan IV .17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. Tiada kesalahan D 14. 15. III dan IV D II.

Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu. IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari puncanya. Jika tiada kesalahan tandakan D. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah.SULIT 02/1 17. B atau C sebagai pilihan jawapan anda. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man. A Dijawab juga kami B Terjawab kami juga C Dijawab juga oleh kami D Terjawab juga oleh kami 19. A demi negara yang mereka cintai B demi negara yang dicintai mereka C untuk negara yang mereka cintai D demi untuk negara yang mereka cintai 21. III Setelah mengadakan perbincangan. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara. 18. III dan IV Soalan 18 – 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai. A I dan II B I dan IV C III dan IV D II. II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama. A Kedua adik –beradik itu B Kedua-dua adik-beradik itu C Kedua orang adik-beradik itu D Kedua-dua orang adik-beradik itu . A bertanya polis B menanyai polis C bertanyakan polis D menanyakan akan polis 20. anda hendaklah menandakan A. perkara yang kusut itu telah dapat diselesaikan.

A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya. D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan. 24. D Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk membangunkannya. C Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan oleh Malaysia. Malaysia tidak sewajarnya bergantung kepada tenaga kerja luar.. A. . 22. yang banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan. D Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga memberikan sokongan. B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah menggagalkan kempen inflasi sifar.. 23. B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara ini. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah dengan lebih banyak.SULIT 02/1 Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. pemaju perumahan diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah. B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat kerjasama daripada para peniaga. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu mengharapkan tenaga buruh asing. C Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal. A Sebagai negara yang sedang meningkat maju. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.

Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerja dan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. III dan IV 26. 28. IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang. A I dan II B II dan III C II dan IV D I. III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru. A I dan III B II dan III C II dan IV D I. III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih. bersenang-senang kemudian . IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap minggu. II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaan PMR lalu. II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya. II dan IV 27.. IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain. II dan IV Soalan 28 – 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut. berenang-renang ke tepian.. bersakit-sakit dahulu. ini kehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing- masing. II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan.SULIT 02/1 Soalan 25 – 27 Pilih ayat-ayat yang betul. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut walaupun telah dipujuk oleh gurunya. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali A Di mana ada kemahuan di situ ada jalan B Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain C Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak D Berakit-rakit ke hulu. III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini. 25. A III B I dan II C III dan IV D I.

Sebermula." Ahlil Nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka sampailah di balairung seri. Juragan dan sekalian orang telah berhimpun di balai semuanya. "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum. "Maka titah baginda. "Beta tia tahu. "Lepaskanlah. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dalam pelajaran. yang dikendung berciciran 30. di hati jangan B rambut sama hitam. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepada baginda." Maka sembah Pak Belalang. sesal kemudian tidak berguna D Kalau tidak dipecahkan ruyung. itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis di situ mengatakan demikian. "Marilah ke mari.35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Maka katanya. Maka titah baginda. "Silakanlah tuanku melepaskannya. "inilah air. maka anak itik itu pun ." Sembah Pak Belalang. Situasi ini menyebabkan Asyraf berasa tertekan untuk membuat pilihan. manakan dapat sagunya Soalan 31 . diam penggali berkarat B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih C Sesal dahulu pendapatan. Ahlil Nujum. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik jantan betinanya dengan air. diluah mati bapak D yang dikejar tak dapat. Maka baginda pun sudah hadir di atas singgahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itik itu. Maka titah baginda. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang. hulubalang. "Titah baginda. Hatta baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya. Telah hari siang. rakyat bala. Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa A Diam ubi berisi. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah A hilang di mata. "Kemudian dilepaskan seekor. hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah Pak Belalang. hina dina hendak melihat temasya itu. Maka titah baginda." Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. "Ampun tuanku beribu-ribu ampun. mana-mana yang dahulu menyelam. hati lain-lain C ditelan mati emak. "Apakah hal Ahlil Nujum.SULIT 02/1 29. pagi- pagi hari. bentara. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia terus tinggal di kampung untuk membantunya. maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa naik anak itik itu. jenuh patik mencari di dalam buku tib patik. sida-sida. maka tersebutlah perkataan juragan kapal.

Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa dalam cerita Pak Belalang. tuanku. kecuali A jujur B bijaksana C taat setia D bercakap benar 34. Titah baginda. "Pak Belalang" (Antologi Anak Bumi Tercinta) 31. "Lambat pula menyelam itu.SULIT 02/1 lalu menyelam. Titah baginda." Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu." Sembah Pak Belalang. Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?" Dipetik daripada. "Itulah betina. "Apakah benar juragan. Maka sembah Pak Belalang. "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. lambat menyelam. betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab juragan itu seraya menyembah. A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan rahsia bocor B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor persetujuan dicapai C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapai rahsia bocor D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor . tuanku. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana? A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara menentukan jantina anak itik C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda D Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik 32 Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini? Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang A tidak berpura-pura B tidak bercakap bohong C tidak membohongi raja D tidak mahu menyembunyikan jawapan 33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan. "yang lambat menyelam itu jantan. "Kemudian dilepaskan pula seekor lagi.

negeri budaya. lindungilah dari keracunan ini sungai kita.SULIT 02/1 35. Nahmar Jamil (Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun. lindungilah dari pencemaran ini hutan kita. Ini laut kita. lindungilah dari pembuangan. Tingkatan 1. negeri penghijrahan dari buruan kehidupan yang mencekik. lindungilah dari pemusnahan ini langit kita. Malaysia negeri alam dunia sebelah sini negeri impian.40 Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. negeri gemerlapan lindungi dari keganasan-keganasan modenisasi negeri cinta. Harapan penyajak kepada pembaca A menghargai negeri yang cantik B melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaran C menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi ini D mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada sebarang ancaman . NEGERI CINTA Alam adalah sebahagian daripada kita alam adalah syurga kami cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi Di sana negeri tercantik negeri terlindung di luar penglihatan negeri kerinduan. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya B Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja D Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya Soalan 36 . DBP) 36. negeri perpaduan.

Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa A metafora B perlambangan C personifikasi D paradoks 40. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali A keamanan B kekuatan C kebudayaan D perpaduan 38. kecuali A Kita hendaklah menentang proses modenisasi B Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraan C Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaum D Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar KERTAS SOALAN TAMAT .SULIT 02/1 37. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali A cinta akan alam semula jadi B cinta akan tanah air C kerjasama D prihatin 39.

SULIT 02/1 Bahasa Melayu Ogos 2009 PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU Kertas 1 [Lihat sebelah SULIT 02/1 © 2009 Hak Cipta JPNP .

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU Kertas 1 SKEMA JAWAPAN NO JAWAPAN NO JAWAPAN 1 D 21 D 2 A 22 D 3 B 23 A 4 D 24 A 5 A 25 C 6 C 26 B 7 D 27 A 8 C 28 B 9 C 29 C 10 A 30 D 11 D 31 A 12 A 32 B 13 B 33 C 14 D 34 C 15 B 35 D 16 A 36 B 17 C 37 B 18 D 38 C 19 B 39 C 20 B 40 A .

Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Bahagian C dan Bahagian D. 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk bahagian D.SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Bahagian B. 2. 3. Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A. _____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak @PKPSM Pahang . Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 25 minit untuk Bahagian B.

dan sebagainya. pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Selain itu. dan sebagainya sering mengikuti aktiviti yang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani. tae kwan do.. mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif. dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajar melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. http://dahliajournal. Kadet Polis. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform seperti Pengakap.blogspot. Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat atau mengambil bahagian.bermuafakat. keluarga dan sekolah. Kemahiran dan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelah tamat persekolahan. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar- pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.com 2 LIHAT SEBELAH . Mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan menjalankan aktiviti persatuan. bahkan juga kepada negara.SULIT 02/2 Bahagian A ( i ) [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah- faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. dan badan beruniform. Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental. Oleh hal yang demikian. pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah. Semangat bekerjasama antara rakan. Selain itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Di samping itu. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform. Kadet Remaja Sekolah.Cara ini akan menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab. Salah satu faktor rosaknya akhlak pelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada diri sendiri. sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yang bergiat aktif dalam kokurikulum. kelab permainan. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan. Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajar hidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. [ 2 markah ] 2 Apakah bukti bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berguna kepada mereka? [ 4 markah ] 3 Nyatakan dua langkah yang pada pendapat anda dapat memupuk minat pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 1 Berikan maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang dalam petikan di atas. [ 4 markah ] http://dahliajournal.com 3 LIHAT SEBELAH .blogspot.SULIT 02/2 Bahagian A ( ii ) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ).

com 4 LIHAT SEBELAH .blogspot. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSM) MERAWAT RAWATAN AWAL BANTUAN KECEDERAAN MANGSA RAWATAN KECIL AHLI KEMALANGAN MANGSA SUKAN BENCANA ALAM http://dahliajournal.SULIT 02/2 Bahagian B [ 20 markah ] Rajah di bawah dengan teliti.

5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan negara. 3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah Muzium . Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalaman anda itu. 2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatan menyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan. Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini. 3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kian terhakis.com 5 LIHAT SEBELAH . Sebagai setiausaha persatuan. . 1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu.SULIT 02/2 Bahagian C [ 40 Markah ] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Kemukakan pendapat anda.blogspot. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. http://dahliajournal. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

( ii ) Timulak Kapal Perang.com 6 LIHAT SEBELAH .SULIT 02/2 Bahagian D [ 10 markah ] Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. karya Zakaria Salleh.blogspot. (i) Limpahan Darah di Sungai Semur. KERTAS SOALAN TAMAT http://dahliajournal. karya Azmah Nordin Semangat cinta akan tanah air Berikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Satu dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Dua berdasarkan pernyataan di atas.

02/2 Bahasa Melayu Ogos 2009 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR NEGERI PAHANG TAHUN 2009 ________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN 1 .

Bahasa baik dan lancer . SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009 Bahagian A (i) – 20 markah Bahagian A (ii) – 10 markah Bahagian B – 20 markah Bahagian C – 40 markah Bahagian D – 10 markah ----------------- JUMLAH : 100 markah ___________ BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah) Markah Isi : 10 markah BILANGAN ISI MARKAH 5 9 – 10 4 7–8 3 5–6 2 3–4 1 1–2 Markah Bahasa : 10 markah . Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan . Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah : Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 9 – 10 . ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai . ayat gramatis dan penanda wacana sesuai .Bahasa baik dan lancar . pemilihan kata agak terhad. Bahasa dinilai secara impression .Guna ayat sendiri.Ejaan dan tanda baca betul Baik 6-8 . pemilihan kata tepat.Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum 2 .Masih berupaya guna ayat sendiri.

Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaan Minimum bahasa yang lemah . markah isi seperti biasa. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa. 3 . Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi markah bahasa – maksimum – 8 markah 10. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan. 7.Menyalin secara terus daripada petikan Cadangan Cara Penandaan Ringkasan 1. * Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan atau keseluruhan daripada mana-mana perenggan. 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis 1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima. diperiksa seperti biasa. Kalau calon menulis berperenggan. tetapi dibenarkan sehingga habis perkataan dalam ayat terakhir. ejaan dan tanda baca atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan 1–2 .) 1 2 3 4 5 Contoh : / / / / / 2. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat- bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah Buat catatan : Calon menyalin petikan. 8. 9. Isi minimum 5. 3. periksa seperti biasa. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai sebagai penyambung ayat.Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat. tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.Memuaskan 3–5 . Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin.Bahasa kurang lancer . 4. markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah. 6.

Cara penulisan markah ringkasan 1. 4. I = 5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap) B =8 17 3. Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini. Setiap isi yang diterima ditanda (/) 5.memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan . frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan) Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah) . Kesalahan bahasa . Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri 3. I = 5x2 = 10 B = 10 J = 20 2. Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan 2. cth ejaan. I = 5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih) B = 5 (Markah bahasa maksimum 5) 15 * Menyalin isi secara terpilih 4 I = 2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat) B = 2 (markah bahasa maksimum 2) 4 * Menyalin petikan BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH ) 1.ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat 2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis 1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap 1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja 1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat gramatis 0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks 4 .

1 jawapan yang betul – 2 markah.kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan .jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan 4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis 3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis 0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 0 markah .Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan .Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis 0 markah .Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah .Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis .2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/) .Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah .Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah) .Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis 3 markah .Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis 5 .jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan MARKAH DESKRIPSI 4 markah .Soalan 2 .Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah) – menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m) . 2 jawapan yang betul – 4 markah .

frasa dan ayat. Periksa secara golbal/holistik.Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat 16-20 m . Nilai dari segi idea dan bukan isi.Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas 11-15 m . Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp 6. Gambar – sebagai rangsangan idea i.Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum B2 = 11-12 m . isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan 5.Pengolahan masih menarik/kurang berkesan 6 .Idea yang relevan berdasarkan tugasan. SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah) 1.Huraian idea luaran seperti pendapat. Idea hendaklah dihuraikan sebaik mungkin.Penggunaan kata dan ayat yang gramatis Cemerlang . ulasan. bahasa – 3. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun 8. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan 7.Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata. menjawab tugasan – 2. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka ii. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. B1 = 13-15 m .Ejaan dan tanda baca yang betul .Idea masih relevan berdasarkan tugasan . C1 = 18-20 m .Pengolahan yang menarik dan berkesan . Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat 3. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi – Penutup 2. 9. C2 = 16-17 m . cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang .Huraian idea luaran seperti pendapat.Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis Baik . cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan .Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata. idea relevan – 4. pengolahan. 4. Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad) Peringkat Deskripsi Pencapaian . ulasan.

di terima Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah.Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan SOALAN BAHAGIAN C Karangan Respons Terbuka (40 markah) 1. Penguasaan . 4. (4 kesalahan ejaan dan ke atas ). idea yang relevan dan pengolahan. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya.Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa minimum yang tidak cekap 01-05 m . ulasan. bahasa. 2. perkataan / Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca 7 . Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan ialah menjawab tugasan. Kemudian. frasa dan ayat . Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat.1 isi 3.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira. Sambil membaca karangan itu. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah. • Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005. Contoh : disamping itu.Huraian idea luaran seperti pendapat.ejaan dan tanda baca dan isi/fakta seperti yang berikut: ( ) Kesalahan isi ____ Kesalahan bahasa. Isi minimum :.Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata.Pengolahan tidak menarik . .Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini. tandakan kesalahan-kesalahan bahasa. Periksa karangan berdasarkan impression. 5.Idea kurang relevan berdasarkan tugasan M2 = 06-07 m .Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis Memuaskan . cadangan dan kesimpulan terhad . nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara M1 = 08-10 m . tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.Penggunaan kosa kata terhad 06-10 m .

08 8 . PENGOLAHAN .Huraian isi yang jelas .Pengolahan menarik dan berkesan .Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis) .Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan) .Unsur keindahan bahasa (Cth. BAHASA .peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang menarik) PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C PERINGKAT MARKAH Cemerlang 33 – 40 Kepujian 25 – 32 Baik 17 – 24 Memuaskan 09 – 16 Penguasaan Minimum 01 .Contoh yang sesuai 3. KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS KRITERIA DESKRIPSI 1.Pemerengganan sesuai .Format menepati tugasan .Ejaan dan tanda baca betul . IDEA .Kosa kata luas dan tepat 2.

.Penggunaan kosa kata luas dan tepat.Pengolahan menarik dan berkesan. . Memuaskan . .Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat. . Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat.Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum K1 (29 . Kepujian . pantun. Baik .36) . cogan kata dan frasa yang menarik.Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. .Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa. pantun.12) . . M1 (13 . B2 (17 .Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat (33 .Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul..Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. M2 (09 . pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat/format bercampur aduk. .Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. (17 .32) . . Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum.Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.40) .Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan.20) . .Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat (25 .Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas.24) .Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. Pengolahan kurang menarik. PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m) Peringkat Deskripsi Cemerlang . 9 . B1 (21 .Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.Penggunaan penanda wacana yang sesuai. .16) .Penggunaan kosa kata luas dan tepat. cogan kata dan frasa yang menarik dll. . Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad (09 .16) .24) .Penggunaan penanda wacana yang betul C2 (33 .Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai. C1 (37 . K2 (25 – 28) .Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. . .Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.40) . .32) .

Ayat tidak gramatis . PM2 (01 .Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Memuaskan 01 . .Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul. . .Bahasa tidak cekap . PM1 (05 .Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi .terima seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah -Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel. pilih markah tertinggi sahaja.08) .Ayat gramatis .huraian dan disertakan contoh . .08) dan lemah.Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah.Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara 10 . pilih satu novel sahaja. .Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan .Markah penuh (maksimum) = 10 markah .Bahasa baik dan lancar . tolak markah isi 50% dan markah bahasa ialah 1 markah. . berikan 1 markah bahasa sahaja.Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap (01 .Penguasaan Minimum . Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 04 .Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan.Ejaan dan tanda baca yang betul Baik 02 – 03 .Isi = 6 markah .Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan.Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang menimum .Bahasa = 4 markah .04) BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH ) PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL) Pemarkahan: .Jika jawapan calon bercampur-campur novel.Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini. .Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh.Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. .Bahasa masih baik dan masih lancar .Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression.

Kurungkan jawapan calon dangan tanda ( ) jika calon memberikan contoh berserta huraian yang tidak tepat. Markah maksimum bahagian isi ialah 6 markah. Bentuk jawapan calon . 3. ditulis dalam satu perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa) Jawapan dalam bentuk poin : 1. 04 10/10 Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis (b) I . Contoh peristiwa kurang lengkap : 1 markah Cara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel 1. Jika jawapan calon betul. 02 06/10 Jawapan calon dalam bentuk poin (c) I . 06 B .02 02/10 Jawapan calon tidak menjawab tugasan (d) I =4 B=1 5/10 Bahasa lemah 11 .Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna.Markah Isi 1.00 B . 04 B . Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan SATU Perbezaan beserta huraian yang betul. Maksimum : 4 isi contoh peristiwa 2. Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul 2. Setiap contoh peristiwa tepat 1 1/ 2 markah 3. dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa (Mak-10m) Cara menulis Markah (a) I .

Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis .Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang aktif .Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan .BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i ) .Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurang berkemampuan .Aktiviti menarik . maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang : .tidak berkesempatan 2.pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani 3.Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan membolehkan pelajar hidup bekerjasama dan saling membantu .Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik- baiknya .kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah .Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar .Galakan pihak sekolah [ terima mana-mana jawapan yang sesuai] 12 . Buktinya ialah: .Membina akhlak pelajar .Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental [Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.] Bahagian A (ii) : Pemahaman 1.Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum . Langkah-langkahnya: .

Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap contoh peristiwa yang lengkap. BAHAGIAN D – KAJIAN NOVEL Diharapkan : Calon dapat memberikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 1 dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 2. Markah isi 1 ½ x 4 = 6 Markah bahasa =4 ------ 10 markah 13 . BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Cslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan.