You are on page 1of 2

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.

Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah kesatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. JENIS-JENIS TINGKAH LAKU 1. Tingkah laku positif- merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembanganmereka kerana dengan adanya tingkah laku ini merekaakan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalamaktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2. Tingkah laku negatif- merupakan tingkah laku yang mampu memberikanmasalah dan mengganggu proses pengajaran danpembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya sukamengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

DISIPLIN Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihanuntuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani,rohani dan social supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan sertaberakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin ialah peraturan yang dipersutujui oleh kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat. Disiplin juga merujuk cara pemikiran yang mempengaruhi sifatrasional dan keyakinan diri. Menurut Charles (2002),disiplin dalam bilik darjah yang baik memerlukan pengurusan bilik darjah yang sempurna supaya dapat mengurangkan gangguan dan memudahkan pembelajaran yang diikuti oleh pelajar. BENTUK DISIPLIN Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar. mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusibukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjagakeharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Disiplin instrinsik atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu. Disiplin jenis merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral,agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.

Peranan Guru dalam melaksanakan Tanggungjawab Disiplin. Guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin yang baik. Perakuan 76(a) dalam Perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, menyatakan : Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai danmengawas disiplin muridmurid di sekolah dengan melibatkan semua guru, danbukan setakat guru-guru pengawas disiplin dan pengawas murid-murid sahaja. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001: Pemantapan Pengurusan DisiplinSekolah, pula menyarankan: Semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada di dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan-murid-murid di kelasnya. Aspek Disiplin Disiplin dalam bilik darjah adalah sangat perlu untuk memelihara peraturan dan membentuk persekitaran yang akan membantu ke arah pembelajaran. Prinsip yang utama di bawah disiplin bilik darjah yangpositif akan mendorong murid untuk menerima tanggungjawab bagi perilakunya sendiri. Apabila murid-murid memegang tanggungjawab ini,mereka mempunyai tingkah laku yang teratur dengan sedikit atau tanpa tekanan , daripada peraturan disekolah dan pihak atasan. Kepentingan Disiplin 1. Proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan teratur. 2. Aktiviti proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur tanpa gangguan. 3. Pelajar menjadi lebih bermotivasi dan bertindak secara aktif apabila mereka berdisiplin. 4. Tugasan tugasan yang diberi pada pelajar pula dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 5. Suasana bilik darjah yang kondusif dan menggalakkan pembelajaran dan pembelajaran pula bertambah menarik dan menyeronokkan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastic daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

You might also like