You are on page 1of 20

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

ANALISIS NARATIF FILEM DOKUMENTARI THE KINTA STORY (1949)


MOHD. NOR SHAHIZAn ALI, HAsRUL HAsHIm & MUs CHAIRIL SAmAnI UnIVERsITI KEBAnGsAAn MALAYsIA UnIVERsITI MALAYsIA SARAWAk
Abstrak Di dalam sesebuah penerbitan filem dokumentari, persoalan utama yang harus difikirkan ialah adakah mesej yang cuba disampaikan kepada kumpulan sasaran atau audien benar-benar tercapai? Audien berkemungkinan melihatnya sebagai sesuatu yang menggambarkan keadaan sebenar atau hanya sekadar sebuah perlambangan. Blumenberg (1975), Bordwell & Thompson (1997), Fludernik (2009), Prince (2003) serta Zettl (2005) meletakkan elemen teknik penerbitan seperti latar, plot dan cerita, grafik, setting serta busana dan solekan sebagai sebahagaian daripada analisis naratif dalam sesebuah penerbitan visual. Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas dokumentari tersebut. Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Hasilnya teknik naratif dan penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej yang ingin disampaikan iaitu sebagai sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat untuk

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

rnenghapuskan ancaman komunis. Kata Kunci: Dokumentari; analisis naratif, literasi media, mesej, penontonan, propaganda

NARRATIVE ANALYSIS OF A DOCUMENTARY FILM, THE KINTA STORY (1949)


Abstract In documentary film, the key question that must be considered is whether the message is really trying to convey to the target group or audience? Audiences are likely to see as something that reflects reality or just a representation. Blumenberg (1975), Bordwell & Thompson (1997), Fludernik (2009), Prince (2003) and Zettl (2005) put the issue of technical elements such as setting, plot and story, graphics, wardrobe and make-up as part of the analysis of visual narratives in production. The parallel existence with the linguistic index within a discourse allows the audience to understand each visual presentation by associating each index with the real world. Furthermore, the purpose is to increase the performance of the natural charm of this documentary. An analysis of `The Kinta Story (1949) was performed to identify the messages that were communicated to the audience. Visual selection by the producer that represents the social factors, technology and the influence of foreign cultures have influenced the level of literacy and the construction of meaning by the viewers, thereby making this documentary film as a silent-product to deliver communist historiography and violence in society. As a result, the narrative and production technique which were used in this documentary have successfully brought the message that this documentary film can be declared as a tool of propaganda to gain public support to eliminate communist threat. Keywords: Documentary; narratives analysis; media literacy, audiences, message, propaganda

Pendahuluan
Istilah naratif merupakan satu istilah yang bersifat polisemi atau mempunyai kepelbagaian makna baik secara tersirat mahupun secara tersirat. Menurut Prince 184

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

(2003), naratif bermaksud penceritaan satu atau lebih peristiwa yang benar atau tidak benar oleh satu, dua atau beberapa pencerita kepada satu, dua atau beberapa penerima cerita. Fludernik (2009) pula menyifatkan naratif sebagai satu kata hubung atau wacana terhadap cerita yang boleh dipersembahkan melalui pelbagai bentuk media. Hal ini adalah kerana, konsep sesebuah cerita boleh disampaikan kepada khalayak melalui pelbagai kaedah komunikasi termasuklah kaedah lisan. Definisi secara menyeluruh menyifatkan naratif sebagai satu representasi dunia dalam bentuk linguistik atau medium visual untuk menyampaikan mesej. Secara tradisinya proses naratif atau penceritaan boleh difahamkan melalui tiga fasa mudah iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Menurut Lester (2003) dan Mus Chairil (2006), proses memahami makna sesuatu mesej yang cuba disampaikan oleh media adalah proses yang kompleks dan rumit dan kebiasaannya memerlukan usaha pembaca itu sendiri untuk cuba memahami mesej yang disampaikan (self taught atau hard-wired). Pemahaman sesuatu mesej yang disampaikan oleh sesebuah medium kepada khalayak adalah penting kerana kandungan media, termasuklah filem dokumentari khususnya berkemampuan meninggalkan kesan yang pelbagai kepada khalayak sama ada dari sudut positif atau negatif (Asiah Sarji 2003). McQuail (2005) pula telah memperkenalkan pendekatan analisis yang memberi tumpuan terhadap bagaimana audiens membuat andaian dan penyesuaian terhadap bentuk kandungan dalam media. Oleh kerana mesej media terbuka dan mempunyai pelbagai makna, maka ia dikonstruk mengikut konteks dan budaya penerima. Mesej asal media akan melalui interpretasi dan konstruksi yang mempunyai makna denotatif dan konotatif. Machin (2004: 327) menyatakan bahawa visual yang digunakan dalam sesuatu karya mempunyai potensi makna yang luas. Menurut beliau, visual mempunyai nilai makna yang sangat tinggi apabila ia berjaya membentuk potensi makna konotatif. Berdasarkan kepada tanggapan ini, penggunaan visual di dalam sesebuah karya bertujuan untuk mewujudkan indeks dalam membawa makna yang sempurna terhadap karya tersebut. Makna yang perlu difahami ini memerlukan proses literasi daripada khalayak (Grodal 1994; Newcomb 1991; Normah Mustaffa et al. 2009; Potter 2011). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik analisis naratif dengan memfokuskan kepada unit-unit analisis seperti latar filem, plot dan cerita filem, grafik di dalam filem, setting dalam filem serta busana dan solekan yang membawa kepada pembinaan makna terhadap penonton (Fludernik 2009). Kesemua elemen mise-en-scene ini dinilai sepanjang filem dokumentari ini bagi mengenal pasti sejauh mana asas penceritaan yang digunakan oleh pihak penerbitan untuk penyampaian mesej kepada khalayak melalui dokumentari ini.

Filem Dokumentari The Kinta Story (1949)


185

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

Istilah pembikin filem turut mencakupi para pembikin filem dokumentari. Menurut Genevieve & Andrew (2006) dan Meor Zailan (1985), terma ini merujuk kepada mereka yang mampu memahami dan menggabungkan kesinambungan pilihan syot untuk membentuk satu jalan cerita. Terdapat dua jenis filem dokumentari yang diterbitkan untuk penayangan kepada penonton iaitu yang bersifat khusus dan umum. Filem dokumentari yang khusus merujuk kepada filem atau video dokumentari yang direka bentuk dan diterbitkan secara khusus dan sistematik berdasarkan pendekatan-pendekatan tertentu dan seterusnya digunakan secara sistematik mengikut kaedah tertentu bagi mencapai keberkesanan objektif yang diharapkan (Galbraith 1990). Manakala filem dokumentari yang umum pula merupakan apa sahaja bentuk video atau filem dokumentari yang mengandungi unsur-unsur yang dapat diguna dan dieksploitasikan secara sistematik untuk mencapai objektif penerbitannya (Galbraith 1990). Galbraith (1990) dan Bernard (2007) juga mengklasifikasikan filem dokumentari sebagai salah satu media komunikasi berkesan yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat penyampaian informasi yang diingini. Analisis ini menggunakan filem dokumentari The Kinta Story terbitan 1949 yang diterbitkan secara khusus dan sistematik oleh Malayan Film Unit (MFU) atau Filem Negara Malaysia (FNM) berdasarkan kepada pendekatanpendekatan sebuah filem propaganda (Coates 1992; Comber 2008; Ho Hui Ling 2004; Jackson 1991; Kumar Ramakrishna 2002). Filem dokumentari ini merupakan sebuah dokumentari propaganda untuk membawa mesej tentang usaha yang dilaksanakan oleh pihak British untuk membanteras kegiatan pangganas komunis di kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta, Perak.

Sinopsis The Kinta Story (1949)


Lembah Kinta merupakan lombong bijih timah terkaya di dunia. Ramai orang terutama bangsa Cina datang ke Lembah Kinta memajukan perusahaan bijih timah. Malangnya pada tahun 1948, Lembah Kinta yang selama ini aman dan makmur telah bertukar menjadi huru-hara akibat kekacauan komunis. Komunis membuat kacau bilau dengan membuat ancaman, serangan dan pembunuhan terhadap pekerja dan pemilik lombong. Keadaan ini menyebabkan perusahaan perlombongan bijih timah menjadi lumpuh. Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, satu mesyuarat antara pihak berkuasa, pekerja dan pemilik lombong telah diadakan. Hasil daripada mesyuarat itu, telah dibentuk suatu skim kawalan atau pertahanan pusat di lembah tersebut bagi menghalang komunis daripada membuat serangan. Atas kerjasama penduduk, pelombong dan pihak berkuasa, skim ini telah berjaya menghapuskan kekacauan komunis. Pekerja lombong bijih timah hidup dalam keadaan aman damai. Sementara itu, aktiviti perlombongan dapat dijalankan semula dan terus maju di Malaysia.

186

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Senarai Krew Penerbitan The Kinta Story (1949)


Pengarah Pembantu Penerbit Penerbit Bersekutu Skrip Jurukamera Penyunting Jururakam Suara : George Hendroff Muzik Sistem Bunyi Penyampai latar (versi Inggeris) Unit Bunyi Pengurus Produksi Unit Penyelidikan Unit Diagram Analisis teknik naratif : H. W. Govan : Tahir Bin Pathor : Hassan Bin Rashid : Edwan Bin Amam : H. W. Govan : H. W. Govan : Lee Meow Seong : Md. Zain Hussein : Ronnie Tan : John Nettleton : H. W. Govan : RCA : Hugh Clancy : Geoff Raymond : John Nettleton : George Hendroff : Nong Chik Bin Md Zen : Ow Khey Law : Ong Hock Lim : Jumaat Bin Jaafar : George Sia Maria : Kang Kee Chye : Peter Amavasi : Ismail Bin Kulop : Adnan Bin Ibrahim : Dollah Bin Hassan : Wan Mat Bin Embun : R.E.D Potter : Amir Bin Shamsudin : Low Hong Chye : Goh Meng Huat

a. Latar Filem Dalam filem dokumentari ini, lokasi dan latar penggambaran yang terpenting ialah di sekitar kawasan perlombongan bijih timah, jentera yang mengorek tanah dan melombong bijih timah dan juga tempat memproses bijih timah yang terdiri daripada pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk memproses tanah bagi mendapatkan bijih timah. Lokasi ini juga 187

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

merupakan tempat pekerja membina rumah pertahanan dalam menghadapi serangan komunis. Keadaan pekerja-pekerja lombong bertungkus lumus berusaha dan bekerjasama mendirikan rumah dapat dilihat dalam latar ini. Suasana para pekerja bertungkus lumus dan memerah keringat bekerja juga dizahirkan melalui latar suasana di kantin yang juga menjadi tempat untuk mereka berehat, merokok, berbual-bual selepas makan. Sebuah dewan kecil juga digunakan sebagai tempat mesyuarat untuk berbincang tentang langkah yang sewajarnya dalam menghadapi cabaran komunis. Seorang pegawai memberi penerangan melalui gambar rajah, manakala peniaga dan pelombong duduk di atas kerusi mendengar penerangan tersebut. Kilang peleburan bijih timah juga dirakamkan untuk melihat bagaimana tanah bijih timah diproses menjadi ketulan bijih. Terdapat juga penggambaran di pelabuhan yang melihat ketulan bijih timah dieksport ke luar negara dengan kapal besar. Sebuah padang juga digunakan sebagai tempat lapang untuk melatih pelombong menggunakan senapang selain digunakan juga sebagai tempat berkumpul pelombong untuk mendengar arahan daripada pegawai kerajaan British. Secara tuntas, dalam filem dokumentari ini, latar lokasi yang dipilih juga menunjukkan lokasi berlakunya peristiwa serangan pengganas komunis ke atas pelombong bijih timah. Latar lokasi juga memperlihat suasana bekerja para pelombong di Lembah Kinta, Perak. Selain itu, ia juga memaparkan usaha kerajaan British membanteras pengganas komunis dengan memberi latihan kepada pelombong di kawasan perumahan dan di dewan.

188

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Rajah 1: Antara latar yang terdapat di dalam filem dokumentari The Kinta Story (1949) b. Plot dan Cerita Filem dokumentari berdurasi lebih dua puluh minit ini dan mempunyai enam sekuen. Sekuen pertama merupakan pengenalan kepada kawasan Lembah Kinta, sementara sekuen kedua hingga sekuen kelima merupakan isi kandungan keseluruhan filem dokumentari ini dan sekuen keenam adalah merupakan kesimpulan. Sekuen pertama menceritakan latar belakang kawasan Lembah Kinta yang terletak di negeri Perak yang terletak di dalam Persekutuan Tanah Melayu, merupakan kawasan perlombongan bijih timah terbesar dan terkaya di dunia. Di sini, pelombong bijih timah hidup untuk masa depan mereka. Perusahaan ini memerlukan jutaan gelen air setiap hari untuk memecahkan tanah bijih timah serta mengasingkan bijih timah di dalam dulang. Setiap tahun perusahaan bijih timah di Lembah Kinta mengaut keuntungan sebanyak empat juta ringgit. Sekuen kedua memaparkan suasana pekerja yang pulang daripada melakukan kerja seharian mereka. Mereka beratur untuk menikmati hidangan tengah hari seperti nasi dan sayur dan berehat sambil berbual-bual sesama rakan sekerja sambil merokok. Sekuen ini menggambarkan kepada penonton suasana yang aman damai dan bahagia yang terjalin dalam kalangan pekerja lombong bijih timah berkenaan. Sekuen ketiga atau sekuen berupa konflik pula mengisahkan tentang serangan ganas yang dilakukan oleh pihak komunis dengan merompak, menyamun dan mengeluarkan surat ugutan sekiranya pelombong tidak membayar wang perlindungan. Serangan ini menyebabkan kemusnahan 189

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

harta benda dan mengorbankan nyawa. Peralatan di lombong bijih timah telah mengalami kerosakan yang teruk akibat serangan berkenaan malah terdapat beberapa pelombong turut dibunuh oleh pengganas komunis. Untuk rnengatasi masalah ini, pengawai British dan para pelombong bekerjasama melancarkan kempen anti komunis. Ketua pengawai polis memberi penerangan tentang operasi yang akan dijalankan melalui gambar rajah dan peta. Para pelombong pula bersetuju mengikut arahan dan memberi kerjasama yang sepenuhnya. Sekuen keempat menggambarkan usaha perpaduan para pelombong untuk menentang komunis. Banyak rumah pertahanan telah mula dibina sebelum kontrak mula ditandatangani. Seramai 16 orang doktor tempatan secara sukarela menawarkan perkhidmatan perubatan memeriksa kesihatan penduduk di Lembah Kinta. Sementara itu, pelombong Melayu dan Cina bergilir-gilir menjalankan tugas dalam rukun tertangga. Suasana kerjasama para pelombong mengangkut kayu dan pasir, memaku papan dan memotong papan untuk membina bangunan baru turut ditonjolkan dalam sekuen ini. Pada masa yang sama, kempen untuk menyahut para menduduk menjadi askar dan pendaftaran penduduk juga dijalankan. Seterusnya, sekuen kelima menerangkan secara terperinci operasi yang dijalankan oleh pelombong dan penduduk Lembah Kinta untuk menghadapi ancaman komunis. Pada jam tujuh pagi, semua pelombong yang dilatih sebagai askar berkumpul. Pada jam sepuluh pagi, semua lori polis mesti ke destinasi yang ditetapkan dan menunggu arahan yang bakal diberikan. Pada sebelah petang pula, semua askar membuat persediaan akhir. Tepat jam empat petang semua askar bersedia untuk bertindak dan tamat pada sebelah malam. Pelombong berasa gembira kerana rancangan membanteras komunis berjaya dilaksanakan. Dipaparkan juga kesemua pondok pengawal yang telah siap dibina oleh penduduk diperiksa oleh jurutera bagi menjamin keselamatan penduduk. Akhir sekali, sekuen keenam merupakan kesimpulan kepada filem dokumentari ini. Setelah berjaya menghapuskan ancaman komunis, para pelombong dapat menjalankan kegiatan melombong seperti sediakala. Kegembiraan terpancar di wajah mereka kerana dapat hidup dalam suasana aman damai. Keamanan ini telah meningkatkan produktiviti pengeluaran bijih timah dan seterusnya menstabilkan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu. Secara ringkas, filem dokumentari ini mempunyai susunan cerita dan plot yang menarik dan teratur. Penceritaan disusun bermula daripada keadaan yang tenang di awal cerita kepada klimaks yang mencemaskan dan menyedihkan dan seterusnya kepada penutup yang menunjukkan kegembiraan dan motivasi. Plot cerita filem dokumentari ini dicorakkan melalui proses serangan pengganas komunis hingga masalah berkenaan selesai oleh kerajaan British dengan kerjasama orang ramai. Plot cerita ini 190

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

juga diperkuatkan dengan mengemukakan fakta daIam angka bernombor untuk memberi maklumat yang lebih tepat kepada penonton. c. Grafik Dalam filem dokumentari ini terdapat tiga kali kemunculan grafik yang berbentuk ayat, iaitu sebelum permulaan sekuen pertama, sebelum permulaan sekuen kedua dan sebelum permulaan sekuen keenam. Grafik pertama berkaitan memperkenalkan Malayan Film Unit (MFU) yang merupakan unit penerbitan di Malaya yang memberi kesedaran kepada rakyat untuk menghadapi ancaman komunis. Grafik kedua pula memberitahu perbuatan pengganas komunis memburukkan keadaan yang aman. Tindakan keganasan di lombong bijih timah telah menakutkan penduduk. Manakala grafik ketiga pula memberitahu selepas kejayaan strategi kerajaan menghadapi ancaman komunis, pengeluaran bijih timah telah meningkat. Penduduk tidak lagi hidup dalam ketakutan, mereka hidup aman damai. Selain itu, terdapat grafik dalam bentuk peta dan gambar rajah. Peta yang ditunjukkan adalah kawasan yang diserang oleh pihak pengganas komunis serta strategi yang digunakan untuk menentang komunis. Gambar rajah pula menunjukkan rancangan yang dicadangkan oleh kerajaan British untuk melindungi penduduk daripada diserang oleh pengganas komunis. Terdapat enam keping peta yang ditunjukkan dalam filem dokumentari ini. Enam keping peta ini masing-masing muncul pada sekuen ketiga (Sq3) pada syot ke-24 (s24), syot ke-25 (s25), syot ke-26 (s26), syot ke27 (s27) syot ke-39 (s39) dan pada sekuen keempat (Sq4) pada syot ke65 (s65). Sq3 s24 dan Sq3 s25 adalah peta Perak dengan menandakan kawasan yang menghadapi ancaman komunis. Manakala Sq3 s26 dan Sq3 s27 adalah peta yang menunjukkan operasi yang akan dijalankan pada kawasan tertentu. Sementara itu, Sq3 s39 adalah peta Semenanjung Tanah Melayu yang menunjukkan kawasan yang menghadapi ancaman komunis. Peta ini juga mempunyai perkataan di sebelah kanan yang tertulis: 324 kawasan perlombongan, 1526 polis khas 160 untuk pertahanan dan 1000 meter persegi. Manakala Sq4 s65 adalah peta Tanah Melayu yang dipegang oleh pengawai British. 14 keping gambar rajah yang berbeza juga ditunjukkan dalam filem dokumentari ini. Kemunculan gambar rajah ini pada sekuen ketiga (Sq3) pada syot ke-31 (s31), syot ke-32 (s32), syot ke-33 (s33), syot ke-34 (s34), syot ke-35 (s35), syot ke-36 (s36), syot ke-37 (s37) dan syot ke-38 (s38). Manakala pada sekuen keempat (Sq4) pada syot pertama (s1), syot ke-11 (s11), syot ke-25 (s25), syot ke-47 (s47), syot ke-56 (s56) dan syot ke-57 (s57). Sq3 s31 hingga s38 menunjukkan gambar rajah skima pelombong Cina menghadapi ancaman komunis di Perak yang bertajuk: Chinese mines defend scheme, Perak. 191

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

Sq4 s1 merupakan gambar rajah penduduk membina rumah. Manakala Sq4 s11 adalah gambar rajah penduduk beratur membuat pendaftaran. Seterusnya, Sq4 s25 menunjukkan gambar rajah tiga orang penduduk membuat pendaftaran bergabung dengan gambar rajah latihan senjata. Kemudian gambar rajah pada Sq4 s47 ialah gambar rajah penduduk membina rumah. Sementara itu, Sq4 s56 adalah gambar rajah penduduk menjalankan latihan senjata dan s57 adalah askar menjalankan tugas meronda kawasan perlombongan. Selain peta dan gambar rajah yang ditunjukkan dalam filem dokumentari ini, terdapat juga sekeping pelan rumah ditunjukkan. Pelan rumah ini muncul pada sekuen keempat syot kedua (Sq4 s2). Grafik yang ditunjukkan dalam filem dokumentari ini adalah mudah difahami sama ada dalam bentuk peta atau gambar rajah. Grafik tersebut telah memberi informasi tambahan yang bermakna iaitu menunjukkan cara yang dirancang oleh kerajaan British untuk membanteras ancaman komunis. Dengan peralatan yang ada pada masa itu, terdapat satu peta yang mempunyai anak panah yang bergerak untuk menunjukkan proses rancangan kerajaan. Susunan sebegini menunjukkan satu kejayaan kepada teknik penyuntingan pada masa itu. Peta ini terletak pada sekuen ketiga syot ke-27 (Sq3 s27). Sementara itu pada sekuen ketiga syot ke-26 (Sq3 s26) terdapat bulatan yang membulatkan kawasan yang menghadapi ancaman komunis. Keadaan ini, dapat memberitahu penonton lokasi sebenar yang perlu dititikberatkan untuk membanteras komunis.

192

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Rajah 2: Contoh penggunaan grafik di dalam filem dokumentari The Kinta Story (1949) d. Setting Banyak peralatan melombong dan memproses tanah bijih timah ditonjolkan dalam filem dokumentari ini sebagai subjek utama. Antara peralatan lain yang digunakan ialah kereta jentera untuk mengangkut tanah dan memecahkan tanah keras menjadi lembut, cangkuk yang digunakan untuk memisahkan tanah dengan bijih timah dalam loji lombong serta penyodok untuk memasukkan bijih timah yang telah dipisahkan daripada tanah ke dalam tong baldi. Pemancut air juga diperlukan untuk memisahkan tanah daripada bijih timah. Peralatan lain yang ditonjolkan juga di dalam filem dokumentari ini adalah seperti peralatan makan yang digunakan oleh pekerja. Semua pekerja menggunakan mangkuk besar serta penyepit untuk makan, manakala sayur-sayuran diletakkan di dalam piring. Selepas selesai makan, para pekerja duduk di atas lantai dan bangku untuk berehat. Sementara itu, ada yang merokok dengan menggunakan alat merokok yang tradisional dan ada pula yang mencungkil gigi dengan pencungkil gigi. Selain daripada itu, senapang juga ditunjukkan di dalam penerbitan filem dokumentari ini. Senapang merupakan senjata yang digunakan untuk melatih penduduk dalam persediaan menghadapi ancaman pengganas komunis. Tukul, paku, gergaji dan papan juga ditunjukkan sebagai alat bagi penduduk mendirikan pondok pengawal. Alat mengangkut barang juga diperlukan untuk mengangkut pasir ke tempat pembinaan rumah. Satu model pondok pengawal juga ditunjukkan dalam filem dokumentari ini sebagai bahan yang digunakan oleh pegawai British untuk menerangkan cara-cara untuk membina pondok pengawal serta langkah yang perlu 193

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

diambil bagi menghadapi ancaman komunis. Bagi mengukuhkan lagi jalan penceritaan, sebuah telefon digunakan untuk menghubungi doktor yang telah diberi arahan daripada pihak British untuk memeriksa kesihatan semua penduduk. Doktor tersebut juga menggunakan stetoskop untuk memeriksa keadaan kesihatan setiap penduduk. Beberapa buah trak polis turut digunakan untuk membawa penduduk yang telah dilatih sebagai askar menentang pengganas komunis. Trak polis juga digunakan untuk meronda di kawasan kampung supaya penduduk kampung bebas daripada kekacauan pengganas komunis. Justeru, setting yang dipaparkan dalam filem dokumentari ini adalah digunakan sebagai penguat jalan cerita supaya untuk menjadikannya lebih menarik. Contohnya, pemaparan babak rumah terbakar dan tiang yang tumbang di dalam dokumentari ini bertujuan untuk mendapat perasaan simpati penonton terhadap pelombong yang telah kehilangan tempat kediaman. Setting juga dapat menggambarkan kemajuan peralatan pada masa itu berbanding sekarang. Sebagai contoh, terdapat babak yang menunjukkan seorang pelombong yang sedang merokok menggunakan alat tradisonal yang berbeza dengan keadaan sekarang yang menggunakan batang rokok.

194

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Rajah 3: Babak-babak yang menonjolkan setting di dalam filem dokumentari The Kinta Story (1949)

e.

Busana dan Solekan Dalam filem dokumentari ini, kebanyakan watak yang dipaparkan adalah merupakan pelombong bijih timah yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Pelombong lelaki kebanyakan berpakaian baju lengan panjang dengan sehelai baju kemeja di dalam dan seluar panjang. Semua pelombong bijih timah memakai topi dengan pelbagai bentuk dan saiz yang diperbuat daripada kain dan ada juga yang diperbuat daripada jerami. Terdapat sesetengah pelombong yang mempunyai sehelai tuala kecil melilit leher mereka untuk mengelap peluh dan berlindung daripada panas terik matahari. Sementara itu, pelombong wanita pula memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang yang berwarna gelap, tetapi mereka tidak memakai topi, sebaliknya mengikat sehelai kain besar di atas kepala mereka dan menutup keseluruhan rambut wanita tersebut. 195

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

Pegawai British dan askar pula memakai pakaian seragam dan senapang di tepi pinggang mereka. Ada antara mereka yang memakai topi askar sebagai simbolik kepada pihak berkuasa. Sementara itu, solekan di dalam fllem ini sukar untuk dikesan disebabkan oleh filem dokumentari pada masa berkenaan adalah di dalam format hitam dan putih. Penyelidik tidak dapat memastikan subjek di dalam filem ini mengenakan solekan ataupun tidak.

196

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Rajah 4 : Busana yang ditunjukkan di dalam filem dokumentari The Kinta Story (1949) Mesej yang Ingin Disampaikan
Dalam filem dokumentari The Kinta Story (1949) terdapat mesej tertentu yang ingin disampaikan bagi menguatkan mesej penerbit kepada penonton melalui enam sekuen yang telah dinyatakan. Sekuen pertama (Sq1) memperkenalkan Lembah Kinta dari segi lokasi dan kepentingannya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sekuen kedua (Sq2) pula memberitahu kehidupan para pelombong yang hidup dalam suasana yang aman dan gembira, manakala sekuen ketiga (Sq3) membawa informasi keganasan komunis dan langkah yang diambil oleh kerajaan British dengan kerjasama daripada para pelombong (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Sekuen keempat (Sq4) merupakan permulaan melaksanakan rancangan yang dicadang oleh pihak British dan sekuen kelima (Sq5) merupakan realiti 197

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

kepada perancangan yang dijalankan dan hasil kejayaan rancangan berkenaan. Seterusnya, sekuen keenam (Sq6) cuba menyampaikan mesej tentang kehidupan pelombong yang kembali tenang dan perusahaan bijih timah diteruskan di Lembah Kinta hingga ke hari ini (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Mesej dalam filem dokumentari ini mempunyai tujuan tertentu untuk disampaikan kepada para penonton bagi menjelaskan ideologi penerbit filem dokumentari ini. Mesej dalam filem dokumentari ini boleh diperoleh dalam dua cara iaitu melalui suara latar dan visual yang dipaparkan. Sekuen pertama (Sq1) ingin memberitahu penonton bahawa kerja memproses bijih timah di Lembah Kinta memerlukan banyak peralatan dan mesin (s26, s27, s28, s29, s31, s32, s33 dan s34) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Sekuen kedua pula membawa mesej pekerjaan melombong adalah pekerjaan yang digemari oleh para pelombong dan mereka hidup dalam keadaan yang selesa. Selain suara latar yang menyampaikan maklumat, visual memberi gambaran suasana yang aman dan tenteram tanpa gangguan daripada manamana pihak. Ini dibuktikan melalui visual yang menunjukkan mereka masih boleh menjalankan aktiviti kegemaran mereka seperti merokok bersama-sama di kantin (s22, s23 dan s24) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Seterusnya pada sekuen ketiga (Sq3) menceritakan tentang kekejaman tindakan pengganas komunis yang berleluasa. Keadaan ini dipaparkan dengan suara latar memberitahu serangan pengganas komunis yang melakukan pembunuhan dan suasana yang mencemaskan. Visual turut memaparkan seorang pelombong terbunuh dengan mayat yang berdarah (Sq3 s1 dan s3), banyak kaki yang kelam-kabut berlari (s2), rumah terbakar (s6, s17 dan s18), tiang tumbang (s6) dan mesin dimusnahkan (s12, s13, s14 dan s15) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Pada sekuen ketiga (Sq3) juga memberitahu kepada penonton bahawa pihak British mengambil berat tentang kejadian ancaman komunis melalui pelaksanaan menjaga keselamatan penduduk. Mesej ini disampaikan melalui audio latar suara bahawa kerajaan British telah bertungkus-lumus untuk memikirkan rancangan untuk membanteras komunis. Pegawai British memberi penerangan melalui gambar rajah sebagai keterangan kepada pelombong supaya mendapat kerjasama daripada mereka. Bagi menjayakan rancangan berkenaan, pihak British merancang membina pondok kawalan, membuat pendaftaran penduduk dan melatih askar baru untuk menentang kekejaman komunis. Keadaan ini disokong melalui visual gambar rajah penduduk sedang membina pondok kawalan (s34), mernbuat pendaftaran (s35) dan menjalani latihan senjata (s36). Kemudian ketiga-tiga gambar tersebut digabungkan menjadi satu gambar rajah dengan dua orang askar mengawal di pondok kawalan (s37 dan s38) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Sekuen keempat (Sq4) memaparkan mesej tentang rancangan sistematik 198

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

kerajaan British untuk membanteras komunis. Perkara ini dipersembahkan melalui visual yang menunjukkan sebuah model pondok pengawal dan diteruskan dengan realiti para pelombong bekerjasama membina pondok pengawal. Ditunjukkan para pelombong sedang melakukan aktiviti seperti memotong kayu (s5), mengukur papan (s6), mengangkat pintu (s9) dan menggerudi papan untuk memasukkan paku (s7 dan s8) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Sekuen keempat (Sq4) juga membawa mesej bahawa terdapat sukarelawan yang memberi bantuan kepada kerajaan British. Keadaan ini kerana terdapat 16 orang doktor diperuntukkan secara sukarela dalam membantu memeriksa kesihatan para pelombong. Diselang-selikan dengan suara latar yang memberikan penerangan, visual juga turut menunjukkan para sukarelawan yang diperiksa oleh doktor dengan menggunakan stetoskop (s14) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Seterusnya, sekuen kelima (Sq5) memaparkan mesej bahawa askar kerajaan juga memberi sumbangan dalam membanteras pengganas komunis di kawasan perlombongan bijih timah. Keadaan ini merujuk kepada visual para askar turun dari trak polis (s4 dan s5) menuju ke kawasan perlombongan (s6, s7, s8, s9 dan s10). Selain itu, sekuen kelima juga memberitahu penonton bahawa usaha membanteras pengganas komunis mendapat bantuan daripada semua pihak termasuk kaum wanita yang turut memberi kerjasama memberangsangkan dengan membantu mengangkut pasir yang diperlukan untuk mernbina rumah pertahanan. Selain suara latar yang memberitahu mesej ini, mesej dikuatkan lagi melalui visual yang ditunjukkan iaitu dua orang wanita yang sedang mengangkut pasir (s28 dan s30) dari bawah tanah rendah ke atas bukit kecil (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005). Akhir sekali, sekuen keenam (Sq6) memberi mesej bahawa kerajaan British telah berjaya membanteras ancaman komunis atas kerjasama daripada para pelombong dan membolehkan mereka hidup selesa dan aman seperti dahulu (s5, s6 dan s7). Sekuen keenam (Sq6) turut memberitahu masa depan perusahaan bijih timah di Lembah Kinta selepas berjaya menghapuskan pengganas komunis melalui visual dan narator yang menunjukkan bijih timah diproses menjadi ketulan bijih timah dan dieksport ke luar negara melalui kapal di pelabuhan (s51 hingga s59) (Blumenberg, 1975; Bordwell & Thompson, 1997; Zettl, 2005).

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, hasil kajian telah memberikan satu gambaran kepada pengkaji tentang isi kandungan filem dokumentari `The Kinta Story (1949) dari segi naratif dan teknik penerbitan yang digunakan oleh penerbit filem ini iaitu H. W. Govan. Hasil yang diperoleh dari segi teknik naratif adalah melalui latar filem, plot dan cerita filem, grafik dalam filem, mesej yang ingin disampaikan, setting dalam filem serta busana dan solekan. Teknik naratif dan penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej 199

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

yang ingin disampaikan iaitu sebagai sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat untuk rnenghapuskan ancaman komunis. Melalui analisis naratif dan penerbitan filem dokumentari ini, The Kinta Story (1949) telah memberikan banyak mesej kepada penontonnya. Penonton dapat mengetahui bahaya ancaman komunis serta usaha dan kerjasama yang dilakukan antara kerajaan dengan rakyat amat diperlukan dalam sesebuah masyarakat untuk menjayakan rancangan yang direncanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini bermakna filem dokumentari ini juga cuba membawa satu mesej penting berkenaan nilai kerjasama dan betapa pentingnya keamanan kepada masyarakat untuk terus hidup dalam keadaan yang damai. Dalam pada yang sama juga, secara tidak langsung, Filem Negara Malaysia (FNM) juga dilihat sebagai sebuah organisasi atau badan yang menjadi agen dalam berusaha untuk menyedarkan masyarakat pada masa itu mengenai bahaya pengganas komunis.

About the authors


Mohd. Nor Shahizan Ali teaches at the School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. His area of research includes studies on documentary films and production, media literacy and broadcasting. Dr Mus Chairil Samani is an Associate Professor at the Faculty of Social Sciences, , Universiti Malaysia Sarawak. His research interests include media literacy and publishing. Hasrul Hashim teaches at the School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. His research focus includes broadcasting and audience analysis.

200

Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949) Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim & Mus Chairil Samani

Rujukan
Asiah Sarji (2003). Perfileman dan kesannya terhadap masyarakat : Ke arah pengekalan dan penyuburan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Jurnal Komunikasi. Vol. 19: 1-21. Bernard, S.C. (2007). Documentary storytelling: Making stronger and more dramatic nonfiction films. Edisi ke-2 .Oxford: Elsevier Inc. Blumenberg, R. M. (1975). Critical focus - an introduction to film. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company, Inc. Bordwell, D. & Thompson, K. (1997). Film art: an introduction (5th edition). New York: McGraw Hill. Coates, J. (1992). Suppressing insurgency: An analysis of the Malayan emergency 1948-1954. Oxford: Westview Press. Comber, L. (2008). Malayas secret police 1945-60: The role of the special branch in the Malayan emergency. Singapore: Utopia Press Pte. Ltd. Fludernik, M. (2009). An introduction to narratology. New York. Roudledge. Galbraith, P.L. (1990). Instructional technology: Wither its future? Educational Technology 1: 18-25. Genevieve, J. & Andrew, Z. (2006). The documentary film makers handbook. New York: The Continuum International Publishing Group Inc. Grodal, T. (1994). Visual communication as text signs and as embodied mental processes. Nordic Visual Communication Conference, Oslo. Ho Hui Ling. (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Jackson, R. (1991). The Malayan emergency: The commonwealths wars 1948-1966. London: Routledge.

201

Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 27(2): 183-202

Kumar Ramakrishna. (2002). Emergency propaganda: The winning of Malayan hearts and minds 1948-1958. Surrey: Curzon Press Richmond. Lester, P. M. (2003). Visual communication: Images with messages (2nd ed.). Belmont, CA: Thomson Wadsworth. Machin, D. (2004). Building the worlds visual language: The increasing global importance of image banks in corporate media. Visual Communication 3: 316360. McQuail, Denis (2005). Mass communication theory (5th edt.). London: Sage Publications. Meor Zailan Sulaiman (1985). Film, the artistic creation of social communication. Jurnal Komunikasi. Vol. 1 : 39-42. Mus Chairil Samani, (2006). Visual images in advertisements: An alternative language. Jurnal Komunikasi. Vol. 22:49-57. Newcomb, H.M. (1991). The search for media meaning. Communication Yearbook 14: 40-47. Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim & Mus Chairil Samani. (2009). The effect of pictures on the order of accessing online war stories. Jurnal Komunikasi 25: 13-20. Potter, W. James (2011). Media literacy (5th ed). London: SAGE Pulications Ltd. Prince, G. (2003), A Dictionary of Narratology. Lincoln, NE: University of Nebraska Press. Zettl, H. (2005). Sight sound motion: Applied media aesthetics (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth.

202

You might also like