You are on page 1of 15

Latihan Objektif Bab 5

Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah di bawah

1. Rajah di atas menunjukkan senarai jawatan yang terdapat dalam struktur


pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.Apakah jawatan X

A. Bendahara II
B. Biduanda
C. Temenggung
D. Panglima

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada struktur pentadbiran


Kesultanan Melayu Melaka di atas?

A. Hanya terdapat enam jawatan penting sehaja dalam Kerajaan


Kesultanan Melaka
B. Pilihanraya diadakan untuk memilih ketua-ketua pentadbiran
C. Masyarakat Melayu mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
D. Perlantikan ke jawatan adalah melalui peperiksaan yang ketat

3. Kemajuan Melaka adalah disebabkan Melaka mempunyai sistem


pemerintahan yang teratur dan tersusun, Pada pendapat kamu siapakah
yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah lanun di Selat Melaka

A. Temenggung
B. Penghulu Bendahari
C. Laksamana
D. Syahbandar

4. Melaka menjadi kuat kerana berjaya membuat pelbagai pembaharuan


yang teratur. Apakah pembaharuan - pembaharuan yang dijalankan
dalam bidang pentadbiran?

A. Menghantar pegawai-pegawai berlatih di luar negara


B. Menggunakan peraturan yang ketat
C. Mewujudkan jawatan Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari
dan Laksamana untuk menjalankan tugas masing-masing
D. Menjalankan sistem pemerintahan bercorak autokrasi

5. Apakah tugas Laksamana dalam Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan


yang diamalkanoleh Kerajaan Melayu Melaka?

A. Mengetuai angkatan perang


B. Penasihat kepada sultan
C. Ketua hakim
D. Ketua angkatan tentera

6. Bendahara adalah jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan


Melayu Melaka selepas sultan. Apakah tugas-tugas Bendahara?

I Penasihat kepada sultan


II Ketua turus angkatan tentera
III Ketua istiadat istana
IV Ketua hakim dan pemangku sultan

A. I, II dan III
B. I, II dan Iv
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7.
Soalan 7 berdasarkan senarai di bawah
___________________________

* Pemungut hasil dan ufti


* Ketua segala Bendahari
* Keua urusetia istana
* Ketua segala Syahbandar
___________________________

Apakah jawatan yang dimaksudkan di atas dalam pentadbiran Kerajaan


Melayu Melaka?

A. Penghulu Bendahari
B. Temenggung
C. Bendahara
D. Penghulu Kampung

8. Melaka kerap menghantar utusan ke luar negara setelah menjadi suatu


kuasa yang kuat. Siapakah yang mengetuai utusan ke luar negara?

A. Laksamana
B. Bendahara
C. Temenggung
D. Penghulu Bendahari

9. Soalan 9 berdasarkan senarai di bawah


---------------------------------------
* Ketua polis dan penjara
* Ketua protokol istana
* Hakim di darat
* Penguasa bandar dan Kota Melaka
________________________
A. Bendahara
B. Laksamana
C. Temenggung
D. Penghulu Bendahari
10. Melaka telah menjadi kuat melalui pentadbiran yang tersusun dan teratur.
Apakah kesan daripada kejayaan di atas?

A. Melaka disegani oleh kuasa-kuasa besar


B. Sistem pentadbiran ini diikuti dan diwarisi oleh kerajaan Melayu yang
lain
C. Melaka dapat membina pelabuhan yang besar
D. Melaka dapat membina sistem pemerintahan yang kuat

11. Soalan 11 berdasarkan dialog di bawah


___________________________
Pedagang: Semua barang-barang hamba dirampas oleh lanun semasa
kapal hamba menghampiri pelabuhan Melaka.
Bendahara: Baiklah, hamba akan menyuruh orang hamba menyiasat
kejadian tersebut
________________________________

Pada pendapat anda siapakah pegawai yang akan diberi tugas menyiasat
perkara di atas

A. Syahbandar
B. Pengulu Bendahai
C. Laksamana
D. Temenggung

12. Sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah,
sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar ini dinamakan

A. kawasan serahan
B. kawasan lindungan
C. kawasan pemakanan
D. kawasan pegangan

13. Pilih pernyataan yang betul berdasarkan pembesar dan kawasan


pentadbirannya

I Bendahara - Muar dan Bentan


II Penghulu Bendahari - Sening Ujung dan Kampar
III Temenggung - Sungai Raya dan Siantan
IV Laksamana - Temasik
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

14. Selain daripada memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir


sesebuah kawasan Sultan Melaka juga melantik pembesar untuk
memungut cukai di kawasan jajahan dan daerahApakah kawasan ini?

A. Kawasan pencukaian
B. Kawasan pegangan
C. Kawasan lindungan
D. Kawsan pemakanan

15. Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana


kedudukannya di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan
Barat.Apakah antara kesan kedudukan di atas?

I Memudahkan pedagang singgah untuk berdagang


II Memudahkan pedagang mendapatkan bekalan makanan dan minuman
III Memudahkan pedagang membaiki kapal
IV Memudahkan pedagang mengambangkan agama Islam di Melaka

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16. Pelabuhan Melaka dikatakan mempunyai kedudukan geografi yang baik.


apakah antara kedudukan geografi tersebut?

I Terlindung daripada tiupan Angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran


Titiwangsa
II Terlindung daripada tiupan Angin Monsun Barat Daya oleh Pulau
Sumatera
III Mempunyai banyak pulau di sekitarnya untuk memudahkan kapal
berlindung
IV Perairan Selat Melaka yang sempit memudahkan kerajaan Melaka
mengawal kapal yang lalu

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Soalan 17 berdasarkan pernyataan di bawah


---------------------------------------------
Bentuk muka bumi Melaka amat sesuai sebagai petunjuk bagi pedagang-
pedagang yang datang belayar
------------------------------------------
Apakah kesan bentuk muka bumi tersebut kepada pedagang-pedagang
yang datang ke Melaka?

A. Bukitnya membekalkan kayu-kayan untuk membaiki kapal


B. Bentuk muka bumi ini sesuai untuk memerhatikan lanun-lanun
C. Bukitnya yang curam akan menyukar lanun untuk menyerang
pedagang
D. Bukit-bukau menjadi panduan kepada pelayar untuk menuju ke Melaka

18. Antara yang berikut yang manakah tugas seorang Syahbandar?

I Menjaga kebajikan dan keselematan pedagang


II Memeriksa alat timbang dan sukat mata wang
III Menjadi hakim di pelabuhan
IV Menguruskan cukai

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan Iv

19. Antara yang berikut pernyataan manakah yang salah mengenai


pembahagian tugas Syahbandar mengikut kumpulan pedagang?

A. Syahbandar I akan menguruskan padagang dari Gujerat dan China


B. Syahbandar II akan menguruskan pedagang dari Champa, China dan
Ryukyu
C. Syahbandar III akan menguruskan pedagang dari Pegu, Kalinga,
Banggala dan Parsi
D. Syahbandar IV akan menuruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku,
banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina
20.

Siapakah X yang menjalankan tugas mengawal perairan Selat Melaka


untuk menjaga keselamatan pedagang serta perairan Melaka?

A. Temenggung
B. Orang Melayu
D. Orang Asli
C. Orang Laut

21. Soalan 21 berdasarkan maklumat di bawah


--------------------------------------------
*Undang-undang Laut Melaka
* Mempunyai 24 fasal
* Mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga
* Cara berjual beli
* Hukum-hukum jenayah yang berlaku di atas kapal
* Larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal
---------------------------------------------

A. Untuk menghukum pedagang-pedagang yang bersalah


B. Untuk menakutkan pedagang dengan undang-undang yang
diperkenalkan
C. Untuk memastikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan
adil
D. Untuk memaklumkan kepadfa pedagang-pedagang tentang cara-cara
untuk berniaga di Melaka

22. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah Melaka untuk menarik


minat pedagang ke Melaka.Antaranya ialah kemudahan di pelabuhan.
Apakah antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di pelabuhan?

I Menyediakan kemudahan makanan dan minuman


II Gudang-gudang yang besar untuk menyimpan barang
III Kemudahan pengangkutan seperti kapal, perahu, jong, lancar dan
gajah untuk mengakut barang
IV Mernyediakan pekerja untuk mengangkut barang ke gudang

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

23. Soalan 23 berdasarkan penyertaan di bawah

--------------------------------------------
Pedagang perlu membayar 'Panduan' sebelum berjual beli
--------------------------------------------

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Panduan' ?

A. Surat kebenaran
B. Cukai tanah
C. Cukai rasmi
D. Cukai pendapatan

24. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan Melaka mengenakan cukai ke


atas pedagang-pedagang?

A. Sebagai bayaran menggunakan perkhidmatan di pelabuhan Melaka


B. Sebagai sumber pendapatan kerajaan
C. Sebagai ganjaran kepada pegawai-pegawai dan pekerjanya
D. Sebagai satu syarat untuk berniaga

25. Pilih pernyataan yang betul mengenai bagaimana Sistem Cukai


Berkeutamaan berjalan di Melaka

I Pedagang dari Barat iaitu India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan
cukai sebanyak 6 peratus
II Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan 3 peratus
III Pedagang dari Kepulauan Melayu tidak perlu membayar cukai
IV Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai tetapi
memberi hadiah kepada Sultan, Temenggung atau Shahbandar

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26. Soalan 26 berdasarkan pernyataan di bawah


---------------------------------------------
* Lesen bagi peniaga untuk berjual beli
* Bayaran perlu dibuat untuk mendapatkan lesen ini
* Jika tiada lesen ini peniaga tidak boleh berniaga
---------------------------------------------

Apakah lesen yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?

A. Lesen kebenaran
B. Surat kebenaran berniaga
C. Lesen rasami berniaga
D. Surat keutamaan

27. Berdasarkan penyataan di bawah

****************************
* Penggunaan mata wang timah atau calains
* Penggunaan wang emas tempatan
* Penggunaan mata wang emas dari pedirPasai, Kembayat dan Gujerat

****************************
Pada pandangan anda mengapakah pelbagai jenis mata wang digunakan
di Melaka?

A. Melaka mengalami kesukaran dalam sistem pertukaran barang


B. Terdapat pelbagai jenis logam di Melaka
C. Melaka telah menjadi tumpuan saudagar asing dan membolehkan
urusan perdagangan berjalan dengan lancar
D. Melaka cekap menjalankan urusan jual beli

28. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entrepot yang dijalankan


oleh kerajaan Melaka yang membezakannya daripada pelabuhan di
rantau lain
A. Pusat pengumpulan barang-barang tempatan
B. Pusat pengedaran barang dari Timur dan Barat
C. Pusat pengumpulan barang dari Barat danb Timur
D. Pusat pengumpulan dari Kepulauan Melayu dan pusat pengedaran
barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

29. Soalan 29 berdasarkan pernyataan di bawah

************
Bahasa X
************
Bahasa Lingua Franca
* Bahasa pengantaraan yang digunakan dalamkegiatan perdagangan di
Melaka
* Bahasa yang mudah difahami
* Penggunaan yang meluas di rantau Asia Tenggara
*************

Apakah Bahasa X yang dimaksudkan di atas?

A. Bahasa Arab
B. Bahasa Jawa
C. Bahasa Melayu
D. Bahasa Tamil

30. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pasai. Kedudukan


antara kedua-dua kerajaan ini dianggap setaraf. Antara penyataan berikut
yang manakah berkaitan dengan hubungan Melaka dan Pasai

I. Penaklukan Pasai oleh Melaka


II. Perkahwinan Sultan Melaka Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai
III. Pertukarann pendapat tentang soal-soal yang berkaitan dengan hukum
agama Islam
IV. Kerajaan Melaka membantu Pasai menamatkan keadaan huru-hara
dengan menghantar pembesar dan tenteranya

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

31. Apakah kerajaan Melaka dan kerajaan Pasai berutus surat, apakah istilah
yang digunakan dalam surat tersebut?
A. Sembah
B. Salam
C. Ufti
D. Cukai

32. Soalan 32 berdasarkan pernyataan di bawah

*********************************************************
Kerajaan X
**********************************************************
* Hubungan terjalin setelah penaklukan dilakukanoleh Kerajaan Melaka
* Kerajaan Melaka memberi taraf naungan
* Menggunakan istilah sembah ketika mengutussurat dengan kerajaan
Melaka
* Menghantar ufti kepada kerajaan Melaka
********************************************************
Berdasarkan penyataan di atas, kerajaan X yang menjalinkan hubungan
dengan kerajaan Melaka ialah

A. Jawa dan Kampar


B. Pasai dan Siak
C. Siak dan Jawa
D. Kampar dan Siak

33. Mengapakah hubungan kerajaan Melaka dengan Pasai , Jawa, siak dan
Kampar memberi kesan yang baik terhadap kerajaan -kerajaan tersebut

A. Kerajaan-kerajaan tersebut membayar ufti kepada kerajaan Melaka


untuk mendapatkan perlindungan
B. Pembekalan lada hitam, beras, rempah, emas dan sebagainya kepada
kerajaan Melaka secara tidak langsung memajukan kegiatan ekonomi
mereka
C. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai taraf yang sama dengan
kerajaan Melaka
D. Raja-raja kerajaan tersebut dapat mengiringi Sultan Melaka ke luar
negeri

34. Hubungan kerajaan Melaka dan Kerajaan China mula terjalin pada tahun
1404 setelah Laksamana Yin Ching melawat Melaka.Bagaimanakah
hubungan ini memberi kebaikan kepada kerajaan Melaka?

A. Sultan Melaka dapat melawat China dan istana China


B. Ketajaan Melaka akan dilawati oleh pembesar-pembesar China
C. Kerajaan China mengiktiraf kerajaan Melaka
D. Kerajaan Melaka menerima ufti daripada kerajaan China
35. Siapakah yang dihantar oleh Sultan Melaka ke Siam sebagai utusan
diplomatik untuk memulakan hubungan antara Melaka dan Siam?

A. Tun Telani dan Tun Perak


B. Tun Telani dan Menteri Jana Putera
C. Tun Perak dan Menteri Jana Putera
D. Laksamana Hang Tuah dan Tun Perak

36. Hubungan Kerajaan Melaka dengan kerajaan Ryukyu juga terjalin dalam
bentuk diplomatik dan perdagangan. Kerajaan Melaka pernah berutus
surat dengan kerajaan Ryukyu untuk memberitahu kesalahan yang
dilakukan oleh pedagang Ryukyu di Melaka.
Apakah balasan yang diterima oleh kerajaan Melaka daripada kerajaan
Ryukyu

I. Tidak mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pedagangnya


II Menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka
III Meminta kerajaan Melaka menghukum pedagangnya yang melanggar
peraturan
IV Akur tentang undang-undang Melaka

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

37. Antara kerajaan awal di Tanah Melayu yang memeluk agama Islam ialah
kerajaan Terengganu bukti kerajaan ini telah memeluk agama Islam?

I. Hikayat Raja-Raja Pasai


II. Hikayat Amir Hamzah
III. Batu Bersurat di Kuala Berang
IV. Batu nisan di Tanjung Inggeris

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

38. Megat Iskandar Syah telah berkahwin dengan Puteri Pasai. Apakah kesan
langsung daripada perkahwinan diraja ini?
A. Membolehkan Melaka menjadi sebuah negara yang kuat
B. Membolehkan Melaka berdagang di Pasai
C. Membolehkan rakyat Pasai berdagang di Melaka
D. Membolehkan Melaka menjadi pusat penyebaran Islam

39. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam
disebarkan oleg seorang mubaligh Arab yang berasal dari Makkah. Beliau
telah berjaya mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat
Melaka.Siapakah mubaligh Arab ini?

A. Bustanus Salatin
B. Syed Syeikh Ali
C. Syeikh Abdul Aziz
D. Syaikh Muhammad Shah

40. Sifat agama Islam itu sendiri telah menarik ramai masyarakat Melaka
memeluk agama itu.Antara penyataan berikut yang manakah benar
mengenai sifat tersebut

I. Rasional
II. Adil
III. Toleransi
IV. Banyak larangan dan peraturan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III dan IV

41. Sultan Melaka telah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat


dalam menjalankan tugas mereka. Mengapakah baginda bertindak
berbuat demikian?

A. Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja


B. Untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap
C. Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat
D. Untuk mewujudkan dan mengamalkan konsep musyawarah yang
dianjurkan oleh Islam

42. Soalan 42 berdasarkan penyataan di bawah

*******************************************************
Baginda menjemput ulama datang dan mengajar agamaIslam. Istana
Melaka dijadikan tempat untuk mempelajariilmu tentang pengetahuan
Islam
****************************************************************

Selain peranan istana di atas, apakah peranan lain istana dalam


menyebarkan agama Islam?

A. Menjadi tempat menterjemah dan mengumpul kitab agama


B. Menjadi tempat musafir berkumpul
C. Menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan untuk menyebarkan
agama Islam
D. Menjadi tempat pertemuan pembesar-pembesar

43. Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan terhadap rakyat


Melaka, antaranya ialah sistem pendidikanApakah perubahan iutama
yang berlaku dalam sistem pendidikan?

A. Melaka menjadi pusat pengajian golongan bawahan dan atasan


B. Masjid dan madrasah menjadi pusat pendidikan yang penting di Melaka
C. Pengajian al-Quran menjadi asas terpenting di Melaka
D. Kebanyakan kitab-kitab dibawa dari Allah s.w.t

44. Askar upahan yang berkhidmat di Melaka telah dikenal pasti


menyebarkan agama Islam ke luar Melaka.Bagaimanakah penyebaran
Islam tersebut berlaku?

A. Melalui perkahwinan dengan orang-orang luar


B. Memeluk Islam semasa berkhidmat di Melaka dan menyebarkannya
apabila mereka pulang
C. Mereka singgah di pelabuhan-pelabuhan sambil berdakwah
D. Mereka menyebarkan Islam kepada pedagang-pedagang yang
berdagang

45. Soalan 45 berdasarkan maklumat di bawah

Apakah kaitan Sultan Aluddin Riayat Shah dengan kerajaan - kerajaan


tersebut dalam perkembangan agama Islam?

A. Menakluk kerajaan-kerajaan tersebut untuk mengembangkan agama


Islam
B. Berkahwin dengan puteri-puteri kerajaan tersebut
C. Menghantar pembesar-pembesar untuk mengembangkan agama Islam
D. Menghantar ahli-ahli agama untuk mengajar ajaran Islam kepada Raja
Pahang, Raja Indergiri, dan Raja Kampar

You might also like