You are on page 1of 16

<FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

<SEMESTER 2 / 2011 >

<HBEF2303>
<TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM PENDIDIKAN>

NO. MATRIKULASI

<740416095028001>

NO. KAD PENGNEALAN

<740416095028>

NO. TELEFON

<0123918051>

E-MEL

<isbarisma@yahoo.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<SHAH ALAM>

<HBEF2303>

<HBEF2303>

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN

2. KEBAIKAN PPBK

3. KAREGORI PPBK

4. DAPATAN KAJIAN

5. KESIMPULAN

13

6. RUJUKAN

<HBEF2303>

PENDAHULUAN
Tugasan yang dibuat ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesesuaian penggunaan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer di sekolah.
Secara umumnya Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah
satu kaedah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid untuk
belajar. Melalui penggunaan PPBK ini murid digalakkan sepenuhnya untuk berinteraksi
dengan perisisn kursus. Murid juga diharapkan boleh melibatkan diri secara aktif dan
kendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sama ada di bilik darjah,
makmal computer atau sebaliknya.
Selain dikenali sebagai PPBK, kaedah pengajaran ini turut dikenali sebagai Computer
Assisted Instruction (CAI) di Amerika manakala di United Kingdom pula dikenali
sebagai Computer Aided Learning (CAL).
Perisian-perisian kursus ini biasanya melibatkan gabungan elemen-elemen seperti video,
audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.
Diharapkan dengan adanya PPBK ini akan mewujudkan iklim pembelajaran yang sesuai
dan berkesan.
Jika dirujuk kepada sejarah PPBK, ianya bermula dengan menggunakan bahan-bahan
cetak. Apabila teknologi berkembang dan komputer diperkenalkan, computer dijadikan
pengganti kepada bahan-bahan cetak tersebut.
PPBK ini telah bermula dengan terancang dengan terlaksananya projek PLATO iaitu
Programmed Logic for Automatic Teaching Operation di Universiti of Illinois pada tahun
1960.
Pengenalan PPBK pada mulanya hanya merangkumi latihan latih tubi bagi tujuan
pengukuhan dan penilaian. Kemudian ianya semakin berkembang kepada jenis tutorial
dan seterusnya semakin berkembang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat.
Pelbagai kaedah pengajaran berasaskan PPBK terhasil antaranya simulasi dan permainan.

<HBEF2303>

KEBAIKAN PPBK
Sesuatu bahan yang dicipta ada kebaikannya kepada individu mahupun kumpulan yang
merangkumi pelajar dari serata tempat. Menurut pusat perkembangan kurikulum,
penggunaan PPBK mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap
pelajaran berbanding pengajaran secara tradisional yang berlandaskan kapur dan
bercakap atau chalk and talk.
Selain itu, pelajar yang didedahkan dengan PPBK dapat meningkatkan motivasi mereka
dalam mendalami isi sesuatu pelajaran. PPBK juga dikatakan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan murid.
Penggunaan PPBK juga dianggap penyelesaian masalah apabila mampu melaksanakan
eksperimen yang dianggap sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dijalankan di dalam
kelas. Gurru-guru boleh mendedahkan kepada murid-muridnya tentang eksperimen
tersebut dengan lebih jelas.
Alessi & Trollip (1991) mengatakan bahawa sekiranya PPBK dapat dilaksanakn dengan
betul akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Jensen (1996) pula telah
menjalankan satu kajian dengan membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan
PPBK dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvensional. Hasil dapatan daripada
kajiannya mendapati pelajar yang menggunakan PPBK mendapat pencapaian yang lebih
baik.
Lockard et al. (1989) pula mendapati kanak-kanak yang menggunakan perisian kursus
berjaya mengekalkan tumpuan berbanding dengan kanak-kanak yang menggunakan
kaedah biasa.

<HBEF2303>

KATEGORI PPBK
PPBK terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tutorial, permainan, simulasi, tunjuk cara,
ujian dan latih tubi. Setiap jenis PPBK ini mempunyai fungsi tersendiri dalam
menyampaikan maklumat dan pelajaran kepada murid.
Tutorial merupakan PPBK ialah sejenis PPBK yang sering digunakan untuk mengajar
sesuatu yang baru kepada murid-murid. Melalui penyampaian PPBK daripada jenis ini,
setiap penerangan diberi dengan lebih teliti dan tersusun. Ini memudahkan murid
memahami apa yang disampaikan. Menurut Alessi & Trollip, (1991), PPBK jenis ini
bersifat seperti tutor yang menyampaikan pengajaran kepada murid. Selain itu, tutorial
juga dapat memberi latihan dan ransangan kepada murid. Pelbagai kemudahan seperti
kewujudan video serta audio boleh menjadikan PPBK tutorial ini bertambah menarik.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis PPBK yang ada.

Tutorial

Latih tubi

Permainan

Jenis-jenis
PPBK
Simulasi

Ujian
Tunjuk
cara

<HBEF2303>

Bagi menilai pemahaman pelajar serta pengukuhan yang boleh dilakukan secara kendiri,
guru boleh menggunakan PPBK dari kategori latih tubi. Murid-murid akan diuji dengan
pelbagai soalan berkaitan dengan topik yang disampaikan di dalam perisian kursus
berkenaan. Bagi memastikan soalan-soalan yang disediakan berkualiti, Alessi &
Trollip(1991) sekali lagi mencadangkan agar soalan-soalan yang dipilih mestilah sesuai.
Pemilihan soalan boleh dilakukan secara rawak, tersusun dan boleh menggunakan kaedah
flashcard.
Salah satu PPBK yang begitu menarik perhatian murid ialah PPBK permainan. Murid
mudah tertarik dengan teknik permainan ini kerana minda mereka terangsang dengan
cepat. Teknik ini sesuai digunakan kepada murid-murid pada tahap yang rendah seperti
murid tahun 1 hingga murid tahun 3. Teknik yang sama juga amat sesuai untuk murid
tahap dua. Namun demikian, menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), guru harus
berhati-hati dalam pemilihan teknik permainan ini agar objektif permainan sejajar dengan
objektif pengajaran. Selain itu kajian yang mereka lakukan juga menunjukkan bahawa
walaupun kandungan pelajaran agak rendah tetapi tahap pembelajaran murid adalah agak
rendah.
Jenis PPBK yang seterusnya ialah jenis simulasi yang didefinisikan sebagai keadaan atau
sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang
bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi menurut Thomas & Milligan (2004).
Simulasi amat sesuai digunakan bagi pengajaran berkaitan sesuatu eksperimen yang
berbahaya seperti yang ada dalam mata pelajaran sains. Penggunaan teknik PPBK
simulasi ini akan menyebabkan murid lebih memahami apa yang diajar berbanding
penerangan biasa.
Dua jenis PPBK yang tidak begitu diguna pakai ialah tunjuk cara dan ujian. Tunjuk cara
digunakan oleh guru untuk menunjukkan kepada murid tentang sesuatu prosedur. Ujian
pula boleh digunakan oleh guru untuk menilai sejauh mana pencapaian pelajar mengenai
apa yang diajar dengan cepat.

<HBEF2303>

DAPATAN KAJIAN
Satu perisian daripada Bahagian Teknologi Pendidikan telah dimuat turun bagi
membantu tugasan ini disiapkan. Perisian yang dimuat turun ialah berkenaan pengajaran
Penjodoh Bilangan Sekolah Rendah. Perisian ini dapat dimuat turun dengan kerjasama
Bahagian Teknologi Pendidikan dengan melayari laman webnya.
Perisian yang dimuat turun ini merangkumi beberapa jenis antaranya dari jenis Tutorial.
Pada awal perisian ini digunakan teknik tutorial bagi menerangkan kepada murid tentang
maksud dan kegunaan Penjodoh Bilangan. Teknik tutorial jaga penting bagi
memudahkan guru menyampaikan maklumat tentang penggunaan penjodoh bilangan
dalam sesebuah ayat. Murid perlu memahami konsep penggunaan penjodoh b ilangan
tersebut bagi memastikan mereka tidak melakukan kesalahan.
Selain itu, teknik tutorial juga digunakan untuk menerangkan kepada pengguna perisian
ini maksud-maksud penjodoh bilangan yang terdapat di dalam perisian ini. Pembangunan
Perisian Kursus ini menggunakan ruangan kamus bagi memastikan penggunanya dapat
mencari penggunaan penjodoh bilangan yang mereka kehendaki. Hanya dengan menekan
butang klik pengguna dapat melihat untuk apa penjodoh bilangan itu digunakan. Setiap
perkataan dihuraikan cara penggunaannya dalam sesebuah ayat. Ini penting kerana murid
perlu faham sebelum menggunakan penjodoh bilangan itu.
Seterusnya, perisian kursus ini juga menyediakan topik-topik yang boleh dipilih oleh
penggunanya bagi memudahkan pemilihan dibuat. Setiap topik yang diberi mempunyai
pelbagai aktiviti yang menarik dan berguna untuk pelajar.
Teknik kedua yang digunakan oleh pembangun perisian ini ialah melalui teknik ujian. Ini
dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat beberapa bahagian yang menyediakan ujian
bagi menguji sejauh mana murid menguasai apa yang diajar melalui perisian ini. Semasa
ujian murid boleh berinteraksi dengan perisian apabila setiap jawapan yang salah akan
dikira, manakala jawapan yang betul pula murid akan mendapat ucapan tahniah berupa,
Syabas, Tahniah, Anda Bijak dan sebagainya. Ini akan menarik lagi murid untuk

<HBEF2303>

mencuba walaupun murid tersebut lemah dalam mata pelajaran ataupun topik penjodoh
bilangan ini.
Pelbagai latihan disediakan seperti mengisi tempat kosong, membaca dan klik pada
penjodoh bilangan dan melabelkan gambar disediakan oleh perisian kursus ini. Ini
membolehkan guru memilih cara latihan yang sesuai dan diminati oleh murid. Ini
memberi pilihan kepada guru agar pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih
menarik dan objektif yang dirancang akan tercapai.
Bagi memastikan perisian kursus ini sesuai untuk dilayari oleh pelajar satu penilaian telah
dibuat. Penilaian perlu dilakukan terhadap perisian kursusu ini bagi memastikan tahap
kesesuainya terhadap guru dan murid di sekolah. Sekiranya perisian tersebut baik sudah
pasti ianya dapat membantu guru di dlam kelas. Penilaian juga penting bagi memastikan
penggunaan perisian ini di dalam kelas mempunyai kelebihan berbanding teknik biasa
atau pengajaran secara konvensional.
Seterusnya, penilaian turut dilakukan bagi memberi maklum balas kepada pereka bentuk
untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan perisian yang dibinanya. Selalunya
pembangun perisian akan lebih

berminat kepada soal-soal teknikal

berkenaan

perisiannya seperti ralat, navigasi, saiz font, susun atur elemen dalam satu skrin, reka
bentuk grafik dan penerbitan video dan audio.
Bagi menilai perisian ini, satu soal selidik disediakan bagi mengetahui pendapat umum
tentang perisian ini merangkumi aspek-aspek isi kandungan, aspek teknikal dan
dokumentasi perisian ini. Soalan soal selidik ini diedarkan kepada beberapa orang guru
yang terlibat mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di SJK (C) Lick Hung serta guruguru berpengalaman tentang PPBK. Sebelum menjawab soalan soal selidik, semua
responden diwajibkan menonton dan berinteraksi dengan perisian kursus tersebut.
Selepas berinteraksi mereka dibenarkan membuat komen atau menjawab soalan soal
selidik yang dibekalkan. Pelbagai respon telah diterima hasil daripada soal selidik ini.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, hampir 90 peratus responden bersetuju
mengatakan perisian kursus ini amat sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran di dalam
9

<HBEF2303>

kelas. 10 peratus lagi kurang bersetuju menjadikan bahan ini sebagai salah satu alat
bantuan untuk menyampaikan isi pelajaran. Mereka berpendapat demikian kerana
beranggapan cara pengajaran secara konvensional lebih berkesan berbanding penggunaan
PPBK. Hasil daripada temuramah yang dijalankan didapati bahawa keadaan ini berlaku
kerana kesukaran untuk memuat turunkan perisian tersebut. Namun begitu, apabila
perisian tersebut selesai dimuat turun dan dicuba oleh responden tersebut,

mereka

bersetuju yang murid akan lebih berminat jika pengajaran dan pembelajaran mereka akan
lebih berkesan dengan penggunaan bahan PPBK.
Soal selidik yang dilakukan menilai beberapa kriteria yang terdapat pada perisian tersebut
antaranya :
a.

Isi kandungan

b.

Aspek teknikal

c.

Dokumentasi

Isi Kandungan
Hasil soal selidik yang dijalankan menunjukkan seramai 50 peratus daripada guru-guru
yang menjadi responden sangat setuju mengatakan isi kandungan perisian kursus ini
bebas daripada kesilapan. Manakala 30 peratus lagi setuju dan lebihnya tidak setuju
mengatakan perisian kursus in bebas daripada kesilapan kerana bagi mereka setiap yang
dihasilkan akan ada kekurangannya.
Semua responden pula amat bersetuju mengatakan bahawa perisian ini memaparkan
maklumat yang terkini. 40% daripada responden amat bersetuju mengatakan bahawa isi
kandungan yang disampaikan adalah tepat. 60 peratus lagi responden pula bersetuju
mengatakan isi kandungan perisian ini tepat.

10

<HBEF2303>

Kesesuaian isi kandungan perisian juga turut dinilai oleh responden. 60 peratus daripada
responden amat bersetuju mengatakan bahawa konsep dan bahasa amat sesuai dengan
tahap pelajar, maklumatnya sesuai dengan objektif yang hendak dicapai dan interaksinya
sesuai dengan tahap pelajar itu sendiri. 40 peratus responden lagi bersetuju dengan ciriciri yang dinilai dalam kesesuaian perisian ini.
Skop isi kandungan juga dianggap amat sesuai dengan isi pelajaran apabila 65 peratus
daripada responden sangat bersetuju dengan ciri-ciri penilaian yang dilakukan. Antara
ciri-ciri yang dinilai ialah isi kandungan mengikut skop topik, tersusun dan mempunyai
kepelbagaian dan kesesuaian aktivitinya dengan tahap murid. 35 peratus guru lagi
bersetuju mengatakan skop isi kandungan perisian kursus ini sesuai untuk dijadikan
bahan PPBK di dalam kelas.

Aspek Teknikal
Kriteria kedua yang dinilai ialah aspek teknikal perisian kursus tersebut. Melalui kriteria
ini, empat lagi ciri-ciri yang diuji iaitu navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod,
persembahan dan kualiti.
Menurut responden, daripada aspek navigasi, 80 peratus daripada mereka amat bersetuju
mengatakan bahawa maklumat

yang diperlukan mudah dicari. Ini terbukti apabila

pengguna hanya perlu klik pada gambar yang dipaparkan bagi memilih aktiviti yang
hendak dilakukan. Seterusnya, bagi mencuba latihan dan aktiviti yang disediakan, klik
sahaja mengikut pilihan masing-masing. Kemudahan ini amat penting bagi memastikan
perisian ini mudah dan menarik untuk digunakan oleh pelajar. 20 peratus daripada
responden ini juga bersetuju mengatakan maklumat yang diperlukan mudah dicari.
Hanya 10 peratus daripada bersetuju mengatakan bahawa penggunaan menu, ikon dan
arahan yang diberikan intuitif. Selebihnya amat bersetuju mengatakan bahawa
penggunaan menu, ikon dan arahan ini intuitif.

Hasil perbincangan secara terbuka

dengan mereka, penggunaan bahagian menu, ikon dan arahan ini penting kerana bahagian
ini akan menyebabkan perisian ini tidak menarik jika berlaku kesukaran untuk
11

<HBEF2303>

mengaksesnya. Penggunaan bahagian ini haruslah dipermudahkan agar pengguna boleh


menggunakan perisian ini tanpa gangguan.
Responden juga mengundi untuk mengatakan bahawa perisian kursus ini mempunyai
pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar. Ini terbukti apabila 15
orang responden yang diberi soalan soal selidik ini memilih jawapan setuju dan amat
setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Kriteria navigasi ini turut diuji berdasarkan bunyi yang boleh dikawal. Daripada segi
bunyi 8 orang responden bersetuju mengatakan bahawa bunyinya boleh dikawal,
manakala 50 peratus lagi menyatakan bahawa mereka amat bersetuju mengatakan
bahawa sistem bunyinya boleh dikawal. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila semasa
mereka menggunakan perisian kursus pengajaran Penjodoh Bilangan, mereka dapat
menguatkan atau memperlahankan suara atau muzik mengikut kesesuaian semasa.
Pengguna perlu mengakses sendiri sistem bunyi ini kerana perisian ini terbahagi kepada
dua bahagian iaitu penyampaian secara tutorial dan juga penyampaian secara ujian.
Semasa bahagian penerangan pengguna mesti menguatkan suara agar murid dapat
mendengarnya dengan jelas, manakala pada bahagian pengujian, pengguna boleh
memperlahankan muzik latar agar tidak menggangu.
Kriteria seterusnya yang diuji ialah ciri-ciri penyimpanan rekod. Pada bahagian ini,
didapati seorang daripada responden yang diminta pendapat tidak setuju dengan beberapa
bahagian item. Responden ini tidak setuju mengatakan perisian ini mempunyai
kemudahan untuk mencetak maklumat, menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa
dalam suatu perisian atau permainan dan mempunyai rekod penggunaan pelajar untuk
pemantauan. Namun begitu, 14 orang lagi responden tidak mengalami masalah dengan
bahagian ciri-ciri penyimpanan rekod ini apabila mereka memilih untuk bersetuju dengan
apa yang diuji.
Bahagian ketiga yang diuji dalam kriteria ini ialah aspek persembahan. Menerusi
bahagian

ini

didapati

85 peratus

responden

sangat

bersetuju menyatakan

persembahannya amat menarik. Aspek persembahan dinilai melalui cara penyampaian


yang dapat merangsang pemikiran pelajar, aktiviti yang menggalakkan penyelesaian
12

<HBEF2303>

masalah secara kreatif, maklum balas yang membina dan kemudahan untuk mendapatkan
bantuan. Selain itu susun atur paparan yang baik, penerangan yang mencukupi bagi visual
dan saiz teks yang sesuai dengan kumpulan sasaran turut diuji. 15 peratus lagi responden
pula menyatakan mereka bersetuju dengan maklumat yang diberikan daripada aspek
persembahan perisian kursus ini.
Bahagian terakhir yang diuji pada kriteria ini ialah aspek kualiti perisian kursus itu
sendiri. Tiga kategori yang diuji di sini ialah visual yang sesuai dengan kandungan
pelajaran, audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal serta mempunyai suara dan
muzik yang berkaitan. Pada bahagian ini didapati ramai responden bersetuju dan amat
bersetuju dengan apa yang diuji. Sebanyak 90 peratus amat bersetuju dengan apa yang
diuji. 10 peratus lagi bersetuju mengatakan bahawa perisian kursus ini mempunyai kualiti
yang baik dan sesuai untuk dijadikan bahan dalam PPBK di sekolah.

Dokumentasi
Dari segi dokumentasi, dua aspek diuji iaitu dari aspek teknikal dan panduan pengguna.
Kedua-dua aspek ini dipaparkan pada bahagian pendahuluan perisian di mana sedikit
penerangan diberikan tentang hak cipta perisian ini.
Melalui aspek teknikal dapat dilihat bahawa semua responden bersetuju mengatakan
bahawa aspek teknikal perisian ini amat sesuai untuk murid belajar berkenaan penjodoh
bilangan.
Apabila menyentuh aspek terakhir ini iaitu panduan pengguna, jelas menunjukkan yang
responden mulai memahami dan biasa dengan perisian kursus ini apabila mereka
bersetuju dan amat bersetuju mengatakan panduan pengguna yang diberi amat berguna.
Ini jelas terbukti apabila 75 peratus responden bersetuju manakala 15 peratus lagi amat
bersetuju dengan aspek yang diuji.

13

<HBEF2303>

Antara aspek yang diuji pada bahagian ini ialah maklumat tentang kumpulan sasaran,
ringkasan tentang kandungan perisian, objektif pembelajaran dan cadangan cara
penggunaan di dalam kelas.
Secara puratanya seramai 43 peratus responden amat bersetuju untuk menjadikan perisian
ini sebagai bahan dalam PPBK semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 50 peratus lagi
responden setuju menyatakan kesesuaian perisiankursus ini dalam PPBK manakala 7
peratus lagi tidak setuju atas beberapa faktor. Peratusan tersebut dapat dilihat melalui
carta pai yang dipaparkan dalam rajah di bawah.

setuju
sangat setuju
tidak setuju

Rajah 2 Peratusan respon yang diperolehi


Kesimpulan daripada soal selidik yang dijalankan ini menunjukkan bahawa perisian ini
sesuai untuk dijadikan bahan PPBK di dalam kelas. Perisian kursus ini juga ternyata
dapat memberi ransangan kepada murid untuk lebih memberi perhatian kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini perlulah kita memetik kata-kata oleh Alessi
& Trollip (1991) yang menyatakan bahawa PPBK yang dilaksanakan dengan betul akan
dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Diharapkan perisian kursus PPBK in dapat membantu murid merangsang deria-deria
mereka. Bagi murid yang mempunyai kemudahan komputer mereka dapat mengulangi
pembelajaran di sekolah dengan lebih kerap secara personal di rumah.Guru-guru juga

14

<HBEF2303>

diharap dapat mengawal perjalanan perisian kursus ini untuk kepentingan mereka
mahupun anak didik mereka.

KESIMPULAN
Kesimpulan daripada tugasan ini ialah guru perlu bijak memilih pelbagai perisian yang
tersedia untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan lancar.
Bagi guru yang berinovasi pula, mereka boleh membina sendiri perisian yang
dikehendaki

dengan

melayari

http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/imformasi/muat_turun/

laman

web

untuk cuba membina

mengikut panduan yang diberi seterusnya menilai perisian tersebut sendiri.


Akhir sekali, diharapkan tugasan ini dapat membantu guru-guru memilih perisian kursus
yang baik dan berkualiti dalam membantu anak didik mereka memahami apa yang
disampaikan berdasarkan objektif yang dibina dan berjaya dalam pelajaran.

2,600 patah perkataan.

15

<HBEF2303>

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Sharifuddin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka
bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti eknologi Malaysia.
Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan
literatur. Jurnal Pendidikan Guru

http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/imformasi/muat_turun

16

You might also like