You are on page 1of 12

Organ-organ Deria

1. Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan


(stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
2. Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh
sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-
organ deria untuk bertindak balas kepadanya.
3. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah
- sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi
dan cahaya.

4. Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap
hanya satu jenis rangsangan.
5. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima /
reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve
endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Deria Sentuhan
1. Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap
rangsangan sentuhan yang dikenakan oleh objek yang
tertentu.


















Struktur kulit manusia

Dermis lapisan dalaman
1. Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective
tissue).
2. Kaya dengan kapilari darah untuk mengangkut nutrien,
oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
3. Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot
gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan
tisu adipos (lemak).
4. Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings)
untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan
tekanan.
5. Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory
receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria
di seluruh bahagian kulit.











Epidermis lapisan luar
1. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada
permukaan.
2. Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
3. Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan
Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa
membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.




Tahap kepekaan kulit
1. Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza
di setiap bahagian yang berlainan pada badan.
2. Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada
setiap bahagian kulit.
3. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif
berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

4. Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua
faktor:
a) Ketebalan epidermis - Bahagian kulit yang nipis lebih
sensitif terhadap rangsangan.
b) Bilangan reseptor - Bahagian kulit yang banyak
bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

5. Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan
pada tubuh manusia.
a) Leher, pipi dan hujung jari.
- Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta
reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap
rangsangan sentuhan.

b) Tapak tangan (palm).
- Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang
sensitif kepada rangsangan sejuk dan panas.

c) Tapak kaki dan siku (soles and elbows)
- adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia
mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan
reseptor yang sedikit.

6. Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
Tempat suntikan pada badan.
- Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau
punggung (pinggul).
- Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai
epidermis yang tebal.
- J adi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila
disuntik.

Membaca 'Braille'.
- Menggunakan hujung jari kerana bahagian hujung
jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak
reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-
mana sentuhan.

Deria Bau
Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan
(stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent
chemicals).

Struktur hidung manusia
1. Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan
tisu epitelium
(epithelium
tissue).
2. Pada
permukaan tisu
epitelium
terdapat sel-sel
deria (sensory
cells) yang
dikenali
sebagai sel-sel
penghidu
(olfactory cells).
3. Permukaan
rongga hidung
adalah lembap
kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-
sel kelenjar.
4. Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran
(lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis
habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Proses mengesan bau oleh hidung:
1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam
rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan
merangsang sel-sel deria.
2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls.
3. Impuls adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di
sepanjang saraf.
4. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan
mentafsir impuls tersebut sebagai bau.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan. (Faktor)
Kekuatan bau.
- Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh
hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah.
- J ika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat,
bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak
akan dikesan pada masa yang sama.

Kehadiran mukus dalam hidung.
- Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan
hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang
merangsang sel-sel deria.
- Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga
hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat
dikesan dengan betul.
- Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus
yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria
daripada dirangsang oleh bahan kimia.
- Oleh itu, orang yang menghidap selsema
mempunyai kecekapan hidung yang kurang.

Deria Rasa
1. Deria rasa adalah salah satu yang dapat mengesan
rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa.
2. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam
rongga mulut.

















Kawasan rasa lidah manusia.
1. Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds).
Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan
menggerutu (spotty).
2. Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh
mengesan rasa sesuatu bahan.
3. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap satu jenis rasa
tertentu sahaja.
4. Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian,
yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan
rasa tertentu sahaja.
a) bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap
rasa manis dan masin
b) bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa
pahit
c) manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap
rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia
1. Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan
tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).


2. Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di
dalam mulut untuk melarutkan makanan.
3. Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas
rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
4. Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf
untuk ditafsirkan sebagai rasa.
5. Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi
kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau dan deria rasa
1. Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung.
J adi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
2. Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya
akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir
/ mukus (mucus).
3. Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang
dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan
seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.











Deria Pendengaran
1. Deria pendengaran adalah deria yang boleh mengesan
sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.
2. Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab
untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila
badan bergerak.










a) Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
telinga luar
telinga tengah
telinga dalam.

b) Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan
udara.
c) Telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

3. Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian
telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
4. Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua
belah gegendang telinga.

5. Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body
equilibrium):
a) Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi
dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
b) Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan
endolymph.
c) Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria
untuk mengeluarkan impuls.
d) Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan
kedudukan dan arah pergerakan kepala.


Mekanisme pendengaran telinga
1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam
bentuk gelombang.
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan
mengarahkannya terus kepada salur telinga.
3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke
gegendang telinga.
4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5. Getaran gelombang bunyi
digandakan/ dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified)
sebanyak 22 kali oleh osikel.
6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke
koklea melalui tingkap bujur.
7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam
koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di
dalam koklea.
8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair
kepada impuls.
9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori
untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Deria Penglihatan
1. Deria
penglihatan
adalah deria
yang boleh
mengesan
rangsangan
cahaya (light
stimulus).
2. Manusia
mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak
(skull).
3. Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

4. Struktur mata manusia:
a) Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu:
sklera (lapisan paling luar)
koroid (lapisan tengah)
retina (lapisan paling dalam).

b) Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak
mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
c) Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh
kelenjar air mata (tear gland).
































Mekanisme Penglihatan
1. Pembentukan imej pada retina.
a) Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta
cembung yang lutsinar (transparent convex lens).
b) Cahaya yang datang daripada objek akan melalui
kanta seterusnya dibengkokkan (bent) dan difokuskan
kepada retina.
c) Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia
(ciliary muscles).
d) Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles)
bertindak untuk mengawal ketebalan kanta mata
(thickness of the eye lens).
e) Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan
mata untuk melihat objek dekat dan jauh.

2. Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada
jarak yang berbeza dikenali sebagai
akomodasi (accommodation).
3. Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah
ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak
fokusnya.
4. Seseorang yang berpenglihatan normal dapat
memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. J arak
25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan
jelas.
5. Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua
arah.
6. Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja
akan memasuki mata.
7. Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair
(aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca
(vitreous humour).
8. Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada
retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.
9. Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk
ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.
10. Pembentukan
imej pada retina
adalah sama
seperti
pembentukan
imej oleh kanta
cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik
dan nyata.

You might also like