You are on page 1of 15

ASIA SELATAN ABAD 20 ( HSS 3013 )

TUGASAN INDIVIDU: JELASKAN USAHA BRITISH UNTUK MEMPERLUASKAN PENANAMAN TEH DI INDIA.

NAMA PENSYARAH : DR AZHARUDDIN B MOHD DALI NAMA : NOOR FARIZAN BT MUSTAPHA NO MATRIK: D20112052071

TARIKH HANTAR : 03.12.2013 HARI : SELASA

Isi Kandungan

M/S

Pengenalan Penanaman Teh di India Botanical Garden Menghantar Perisik ke China Import Buruh Cina Untuk Bekerja Di Ladang Teh Pengkhususan Tanaman Akta Penanaman Teh Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan Sistem Pemilikan Tanah Baru Kemasukkan Pemodal Eropah Ke India Kesimpulan Bibliografi

3-4 4 5-6 6-7 7-8 8 8-10 10 11 11-12 13 14-15

1.0 Pengenalan Penguasaan ekonomi merupakan salah satu penyebab kepada pihak British melakukan penjelajahandan penerokaan. Hal ini disebabkan oleh kekayaan sumber ekonomi yang terdapat di India boleh menjamin kepada bekalan makanan yang mencukupi. Pada masa yang sama, faktor ini didorong dengan kepesatan perkembangan ekonomi yang berlaku di luar India iaitu melalui botanical imperialisme. Pihak barat yang cenderung dalam melakukan kajian mengenai tumbuhan telah menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi. In recent years, the botanic garden has received intense security as a scientific institusion that played a critical role in the expansion of empire. The society of Arts, during the Seven Years of War, originally encouraged the creation of colonial botanic gardens to facilitate plant exchange.1 Hal ini telah menunjukkan bahawa Botanical Garden adalah sangat penting kepada pihak British. Pada masa yang sama, tumbuhan botani telah menyebabkan wujudnya Kew Garden di England dan taman botani yang pertama di India terletak di Calcuta. Aktiviti pertanian di India telah menjadi aktiviti utama di sebabkan oleh tanah yang subur untuk pertanian. Kedatangan British di India telah memperkenalkan pelbagai tanaman baru untuk di komersilkan. Tanaman yang menjadi pilihan British untuk

dikomersialkan ialah teh. Teh yang mempunyai nilai eksklusif yang tersendiri hanya dinikmati oleh golongan atasan menjadi lambang kepada pengelasan kedudukan seseorang

Jayeeta Sharma. 2007. British science, Chinese skill and Assam tea: Making Empire`s Garden.Journal of the Indian Economic Social History Review 2006 43:429: 430.

dalam lapisan masyarakat.2 Peluang ini digunakan oleh British untuk mendapatkan keuntungan melalui usaha-usaha penanaman teh. British telah menguasai ekonomi India dengan memperkenalkan tanaman baru yang secara perlahan-lahan menjadi tanaman utama di India. Pada masa yang sama, British juga telah telah menguasai ekonomi India melalui dasar yang di perkenalkan walaupun dasar ini telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan India. Oleh itu, dalam perbincangan berikutnya kita akan melihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak British dalam menjayakan penanaman teh di India. 2.0 Penanaman Teh di India Teh telah menjadi satu penanaman komersil yang paling penting di India malah ia juga merupakan pengeksport teh di dunia. Teh juga ditanam disebabkan usaha British supaya tidak terlalu bergantung kepada negara China yang merupakan pengeluar utaman teh pada masa tersebut. Menurut Micheal Lipton and John Firn, di bawah pemerintahan British, India telah berkembang menjadi pengeluar terbesar dan pengeksport teh di dunia dan Britain menjadi pasaran utama bagi India.3 Pada tahun 1900, India telah menggantikan negara China sebagai pengeluar utama teh di dunia. Kebanyakan ladang-ladang teh di India telah dibuka di kawasan sesuai di kaki banjaran Himalaya, terutama di barat Assam dan Darjeeling. Tanaman teh tumbuh di daerah yang taburan hujan yang banyak, pengaliran air yang baik dan tanah yang berteres untuk mengelak hakisan tanah.

Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism: Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 135. 3 Micheal Lipton and John Firn. 1975. The Erosion of a Relationship: India and Britain Since 1960. London: Oxford University Press. Hlm. 49.

3.0 Botanical Garden Pertanian komersial di India telah mengalami perubahan baru dengan kehadiran pelaburpelabur luar terutamanya pelabur Eropah. Kehadiran pelabur Eropah yang telah lebih menumpukan kepada pengeluaran besar-besaran malah mereka juga menjalankan penanaman dalam bentuk ladang. Pada abad 19, selepas berlaku revolusi perindustrian, perdagangan Indo-British telah mula bergerak dan akhirnya telah berlaku tranformasi ekonomi India kepada ekonomi penjajah.4 Disebabkan oleh Revolusi Pertanian di Eropah dan diikuti dengan pengenalan ekonomi kapitalis di seluruh negara jajahan British termasuklah India, pihak British telah mengambil beberapa usaha untuk memajukan ekonomi dengan mewujudkan Botanical Garden.5 Antara tujuan utama penubuhan taman botani ini adalah untuk penyelidikan bagi menentukan kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok seperti tea dan getah, dan bertangungjawab menjalankan penyelidikan secara saintifik serta mengenal pasti jenisjenis tanaman yang sesuai ditanam secara komersial di India. Pada abad yang ke-19, India telah menjadi negara pengeksport utama bagi kapas mentah, beras, candu, gandum, jut merah dan teh kesan daripada penubuhan beberapa cawangan botanical garden di India.6 Botanical garden telah berkembang sejajar dengan revolusi perindustrian yang telah berlaku di Eropah. Menurut Neil Charlesworth, India telah menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan tanaman eksport India.7 British telah menjalankan penyelidikan terhadap penanaman tea. British telah memeprluaskan lagi penanaman tea dengan membuka kawasan-kawsan ladang tea di kaki banjaran Himalaya

4 5

S.N. Panday. 2008. Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 9. Mark Harrison. 2010. The Calcutta Botanic Garden And The Wider World, 1817-1846. Dalam Uma Dasgupta (ed.). Science And Modern India: An InstitutionalHistory, 1784-1947. Delhi: Pearson Education India. Hlm. 236. 6 B.R Tomlinson. 1996. The Economy Of Modern India 1860-1970. New York : Cambridge University Press. Hlm. 53. 7 Neil Charlesworth. 1982. British Rule And The Indian Economy: 1800-1914. Australia : Macmillan. Hlm. 24.

terutamanya di Assam. Eksport teh dari India telah meningkat daripada 144 161 pada tahun 1847 kepada 3 343 663 pada 1864. Pada tahun 1840 telah berlaku pertumbuhan awal komersial di sebabkan oleh inisiatif sepenuhmya oleh pihak kerajaan. 8 Kesan daripada perlaksanaan botanical garden dapat dilihat apabila menjelang tahun 1900, India telah menggantikan negara China sebagai pengeluar utama teh di dunia. 4.0 Menghantar Perisik ke China Penanaman teh telah bermula di negara China pada 2700 BC iaitu semasa pemerintahan Maharaja Shen Nung. Di India, kerajaan British telah mengambil insiatif dan melabur dengan betul untuk menggalakkan ladang teh di India selepas permintaan yang tinggi di England.9 China merupakan pencetus kepada penanaman teh dan mereka sangat mahir dalam penanaman dan pemprosesan teh. Sebelum perlaksanaan penanaman teh di India, British telah memulakan penanaman teh namun kualiti yang dihasilkan tidak dapat ditandingi dengan kualiti teh yang dihasilkan oleh China. Akibat daripada kekurangan tersebut British tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk menghantar perisik yang mahir dalam bidang botani ke China. British melakukan tindakan tersebut untuk memastikan mereka berjaya menguasai pertanian di India. Pihak British telah menghantar perisik yang tahu berbahasa China untuk mencari rahsia penanaman dan pembuatan teh di China. Maklumat yang diperoleh oleh perisik ini dibawa ke India dan England untuk tujuan kajian dan memulakan langkah pemprosesan teh. Perisik telah berjaya membawa sebanyak 80 000 benih dan dihantar ke India. Benih-benih ini kemudiannya diuji di makmal di Calcutta di mana saintis-saintis British telah mendapati bahawa semua teh berasal dari satu spesies.

8 9

S.N. Panday. 2008. Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 37. Ibid.

Setelah misi pertama ini berjaya, British menghantar lebih banyak perisik ke China untuk mengetahui pelbagai lagi variasi perisa teh di China. Hal ini demikian kerana, hasil daripada perisik British telah mengetahui bahawa hanya terdapat satu cara dalam pertumbuhan, penuaian teh, tetapi perisik mendapati bahawa hanya cara penapaian yang berbeza yang menghasilkan pelbagai variasi rasa bagi teh. Robert Fortune merupakan seorang perisik yang berjaya mendapatkan maklumat selepas berselindung sebagai seorang pedagang yang telah mengembara selama 3 tahun di China. 10 Beliau berjaya mendapatkan semua maklumat yang diperlukan oleh British. Usaha British tidak terhenti di sini apabila mereka menjalankan banyak lagi penyelidikan untuk menghasilkan teh yang standing dengan China.11 4.0 Import Buruh Cina Untuk Bekerja Di Ladang Teh Selepas berjaya melakukan pelbagai cara dalam melaksanakan penanaman teh di India akhirnya ia mampu menyaingi dan memecahkan pengeluaran teh dari China yang merupakan pengeluar teh terbesar. Pada tahun 1890 teh menjadi tanaman eksport India yang penting. Antara kawasan penanaman yang besar adalah di Assam, Darjeeling, Jalpaiguri, Nilgiris, Coimbatore, Idukki dan Wynad. British telah mengalami masalah kekurangan tenaga buruh kerana penanaman teh memerlukan tenaga buruh yang mahir. Kebanyakan buruh dari India tidak mempunyai kemahiran dalam penanaman teh. Oleh itu, British telah mengimport buruh dari China untuk bekerja di ladang di Assam. Namun begitu, usaha ini gagal kerana pekerja yang dibawa ini tidak mahir dalam penanaman dan pemprosesan teh. Pekerja yang dibawa adalah dari selatan China yang tidak mahir berbanding pekerja di utara China. Kegagalan ini turut dipengaruhi oleh kesukaran untuk mengatasi masalah yang berlaku di India. Namun begitu, kejayaan yang
10

Pengalaman Robert Fortune selama beliau mengembara di China selama tiga tahun turut ditulis oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk Three Years Wanderings in the Northern Provinces of China. 11 Ibid. Hlm. 281.

dibawa oleh perisik mampu mengatasi masalah yang dihadapi berkaitan dengan buruhburuh Cina ini. 5.0 Pengkhususan Tanaman Pada awal abad ke 19 British telah mula menjalankan tanaman komersial di India.12 British telah menjalankan pengkhususan jenis tanaman mengikut kawasan di India untuk mengelompokkan hasil pertanian. Untuk tanaman teh, ladang teh diuruskan secara langsung oleh British dengan menggunakan tenaga buruh yang dipaksa. Manakala bagi tanaman lain, petani menanam tanaman tersebut berdasarkan kepada arahan daripada pihak British. Bermula tahun 1820 sehingga tahun 1920, telah berlaku perubahan di kawasan luar bandar di India akibat daripada pengkomersialan hasil pertanian. Usaha yang dilakukan oleh British ini telah berjaya mengembangkan dan meningkatkan aktiviti pertanian pada tahun 1881 hingga 1931 iaitu telah mempunyai peningkatan sebanyak 28 peratus.13 Menurut banci pada tahun 1941, dinyatakan bahawa dari 75 orang bergantung kepada pertanian di rantau Bengal, kurang daripada 20 orang mempunyai 5 ekar atau lebih banyak tanah, manakala yang lain mempunyai kurang daripada 5 ekar. Satu keluarga yang mempunyai lima atau enam ahli sekurang-kurangnya memerlukan 5 ekar tanah pertanian. 6.0 Akta Penanaman Teh British East India Company yang menyedari bahawa mereka boleh mendapatkan kepentingan daripada kelebihan yang ada pada kawasan Assam akhirnya mengambil alih

12 13

S.N. Panday. 2008. Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 36. Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 143.

kawasan ini pada tahun 1826 daripada Raja Ahom melalui satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Yandaboo.14 Seterusnya pada tahun 1837, ladang teh yang pertama telah dibuka di Chabua, Dibrugarh di daerah atas Assam dan pada tahun 1840, Syarikat Teh Assam mula memulakan pengeluaran teh secara komersial. Industri teh mula berkembang pesat dari tahun 1850-an dan seterusnya.15 Usaha British dengan mewujudkan akta penanaman teh, mewujudkan ladang-ladang teh telah menyebabkan Assam telah menjadi salah sebuah kawasan penanaman teh yang terkenal. Selain itu, penanaman teh mula dibangunkan dengan bersungguh-sungguh selepas mendapat laluan mudah dalam Assam Clearance Act pada tahun 1854 yang memberikan sehingga tiga ribu ekar tanah untuk penanaman teh kepada mana-mana pemodal dan pengusaha Eropah yang menjanjikan untuk mengusahakan teh secara besarbesaran untuk dieksport. British telah menjalankan penanaman teh di India di sebabkan oleh keperluan teh yang tinggi di Eropah. Sebelum British menjalankan penanaman teh di India hanya terdapat sebuah ladang penanaman teh di India yang hanya mengeluarkan 200, 000 pounds teh setahun. Namun begitu, selepas tahun 1871, terdapat lebih kurang 295 ladang dengan jumlah tuaian sekitar 6.25 juta pounds. Perusahaan teh berkembang pesat merentasi Assam sehingga ke wilayah-wilayah pergunungan Punjab di sekitar Kangra, selatan pergunungan Nilgiri berdekatan Mysore. Namun begitu, selepas tahun 1873 berpindah ke Darjeeling.16

14

Niranjan Ch. Pathak & Guptajik Patha. 2008. Assams History and its Graphics. New Delhi: Mittal Publications. Hlm. 125. 15 Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism: Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 145. 16 Stanley Wolpert. 2000. A New History of India (6th Edition). New York: Oxford University Press. Hlm. 247.

10

7.0 Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan Satu lagi usaha yang dilakukan oleh British untuk menguasai ekonomi India dari pertanian adalah dengan meningkatkan kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. British telah meningkatkan kemudahan pengangkutan seperti kereta api dan kapal wap.17 Hal ini disebabkan oleh kawasan pertanian yang kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman yang terletak jauh dari kawasan bandar atau pekan dapat dihubungkan. Tujuan British membuat sistem pengangkutan dan perhubungan adalah untuk memudahkan mereka mengurus dan memantau keadaan pertanian yang dijalankan . Pada tahun 1869 hingga awal abad ke-20, India mengalami masalah kebuluran terutamanya dalam kalangan petani. Hal ini telah menyebabkan pengkomersialan hasil pertanian di India iaitu bekalan tanaman makanan dikurangkan di pasaran. Walaupun begitu, kontrak British dengan kawasan pedalaman yang telah dicapai oleh pengangkutan dan perhubungan seperti kereta api dan jalan raya masih terikat dan berjalan seperti biasa. Walaupun berlaku kebuluran, British tetap mengarahkan aktiviti penjualan hasil tanaman di luar tetap berjalan. Hal ini untuk mengelakkan bekalan tanaman pertanian berkurangan dan akan memberi kepada keuntungan British.18 Walaupun tindakan British ini telah menyebabkan masalah kebuluran namun sikap penjajah yang sememangnya lebih mementingkan hubungan ekonominya dengan ekonomi India lebih terjamin. Hal ini kita dapat lihat bahawa, pihak British sememangnya mementingkan keuntungan semata-mata walaupun mereka telah melaksanakan sistem pengangkutan dan perhubungan yang sebenarnya hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Walaupun masyarakat tempatan India telah mengalami kebuluran mereka lebih mementingkan ekonomi sahaja.

17

Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson & Education Limited. Hlm. 73. 18 Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York. An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 144.

11

8.0 Sistem Pemilikan Tanah Baru Selain itu, British juga telah memperkenalkan sistem pemilikan tanah yang baru bagi menggantikan sistem penanaman tanah yang lama. Sistem tanah baru yang diperkenalkan oleh British adalah pemilikan tanah secara persendirian. Individu-individu yang berkemampuan atau kaya telah menjadi tuan tanah baru seperti Zamindars..The British government was now master of the land, the Zamindars were settled with land, though not owners but gradually they came to exercise all powers and right of ownership..19 Petani-petani telah mula kehilangan hak pemilikan tanah yang sebenarnya merupakan tanah warisan mereka untuk mencari rezeki. Dengan pengenalan sistem baru ini, petani boleh diusir bila-bila masa oleh pemilik tanah baru sekiranya mereka rasakan perlu,20 contohnya di kawasan-kawasan seperti Bengal pemilikan tanah telah diberikan kepada Zamindars. Pada awal abad ke-20, kebanyakan isi rumah atau ahli keluarga petani bekerja sebagai penyewa di atas tanah keluarga petani yang lain. Hal ini telah menyebabkan masyarakat petani telah mengalami penderitaan di sebabkan oleh pihak British memperkenalkan sistem tanah yang baru. Ramai petani telah kehilangan tanahtanah mereka akibat daripada tindakan British tersebut. 9.0 Kemasukkan Pemodal Eropah Ke India Usaha British bagi menguasai ekonomi di India telahpun wujud sejak abad ke-18 lagi apabila telah meluaskan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi dengan keuntungan eksport tekstil dari Bengal pada tahun 1690 hingga 1740 malah British turut memperkenalkan sistem percukaian tanah baru oleh Lord Cornwallis yang dikenali

19 20

S.N. Panday. 2008. Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 21. Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York. An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 143.

12

sebagai Sistem Zamindar.21 Pengenalan sistem ini adalah untuk menggalakkan kemasukan pemodal Eropah dalam pelaburan ke atas tanah di India. Pada masa yang sama, pihak British juga ingin memeuhi keinginannya dengan memaksimumkan eksploitasi ekonomi di India. Mereka juga telah mendapat keuntungan yang banyak hasil daripada pelabuhan di Calcutta, Bombay dan Madras. Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan sistem ekonomi bersifat komersial di Asia Selatan. Mulai abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat di Asia Selatan telah menjalankan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama yang tidak dihasilkan untuk nilai-pertukaran. Ekonomi komersial di India mampu berkembang bukan saja kerana kemampuannya mengeluarkan bahan-bahan mentah tetapi juga kerana dibantu oleh pihak British.22 Ekoran daripada perubuhan yang berlaku di India telah menyebabkan munculnya golongan pemodal bukan sahaja daripada golongan orang India, tetapi juga golongan pemodal Eropah. Pemodal pemodal Eropah meletakkan pelaburan dalam perusahaan seperti kilang-kilang kapas yang sangat penting dalam industri tekstil pada abad ke-19 dan abad ke-20.23 Para pemodal juga telah memberi pinjaman kepada masyarakat India untuk meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Oleh hal yang demikian, usaha yang dilakukan oleh British dengan membawa pelabur-pelabur daripada Eropah adalah bagi memastikan bahawa ekonomi kapitalis di India akan berkembang dan memberikan kepentingan kepada pihak British.

21

D.R Gadgil. 1971. The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860-1939. New York: Oxford University Press. Hlm. 49. 22 D. Rothermund. 1993. An Economic History Of India: From Pre-colonials Times To 1991. United States: Routledge. Hlm. 91. 23 C.H Philips. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 85

13

10..0 Kesimpulan Secara keseluruhannya kita dapat lihat usaha-usaha British dalam penanaman teh di India dengan mewujudkan Botanical Garden, menghantar perisik ke China, import buruh Cina untuk bekerja di ladang teh, pengkhususan tanaman, akta penanaman teh, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, dan sistem pemilikan tanah baru merupakan satu usaha yang Berjaya sehinggakan India merupakan pengimport teh di dunia. Melalui usaha ini juga British telah menguasia keseluruhan ekonomi di India. Walaupun pihak British telah berjaya dalam menguasai ekonomi di India, namun kesan daripada penaklukan ini telah menyebabkan masyarakat India mengalami pelbagai masalah. Walaupun begitu, british telah berjaya mengawal segala masalah yang di hadapi oleh mereka.

14

Bibliografi Tomlinson B.R . 1996. The Economy Of Modern India 1860-1970. New York : Cambridge University Press. Philips C.H . 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson & Education Limited. Gadgil D.R . 1971. The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860-1939. New York: Oxford University Press. Rothermund D . 1993. An Economic History Of India: From Pre-colonials Times To 1991. United States: Routledge. Jayeeta Sharma. 2007. British science, Chinese skill and Assam tea: Making Empire`s Garden.Journal of the Indian Economic Social History Review 2006 43:429: 430. Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase Publishing. Mark Harrison. 2010. The Calcutta Botanic Garden And The Wider World, 1817-1846. Dalam Uma Dasgupta (ed.). Science And Modern India: An InstitutionalHistory, 1784-1947. Delhi: Pearson Education India. Micheal Lipton and John Firn. 1975. The Erosion of a Relationship: India and Britain Since 1960. London: Oxford University Press. Panday S.N . 2008. Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Neil Charlesworth. 1982. British Rule And The Indian Economy: 1800-1914. Australia : Macmillan. Niranjan Ch. Pathak & Guptajik Patha. 2008. Assams History and its Graphics. New Delhi: Mittal Publications.

15

Pengalaman Robert Fortune selama beliau mengembara di China selama tiga tahun turut ditulis oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk Three Years Wanderings in the Northern Provinces of China. Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism: Studies in Labour History). Cambridge: University of Cambridge. Stanley Wolpert. 2000. A New History of India (6th Edition). New York: Oxford University Press.

You might also like