You are on page 1of 12

BAHAGIAN B: PENULISAN AKADEMIK Menyediakan penulisan akademik hasil perbincangan dan kolaborasi dengan rakan kursus, guru dan

pensyarah menjelaskan punca-punca berlakunya isu-isu etika di sekolah dan implikasinya terhadap profesion perguruan di Malaysia pada masa kini. (12-15 halaman) ISU ETIKA PERGURUAN Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin menegas bahawa Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran amat memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah. Beliau berkata bahawa hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada Februari 2010, didapati bahawa seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas. (Jainudin Nasir, 2011). Daripada kenyataan ini, dapat dilihat bahawa bilangan kes ketidakhadiran guru di negeri Sabah adalah semakin meningkat. Jika peraturan ini tidak dikuatkuasakan dengan tegas terhadap guru, dipercayai bahawa ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.

Kerja Sambilan
Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan utamanya. Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu cara untuk memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai pekerjaan tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas malam, membuat pelaburan selain menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai cara untuk menambahkan pendapatan. Oleh itu, kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.

Isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan.

Kesantunan Guru
Kesantunan merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', saya telah menjumpai satu isu yang berkaitan kesantunan tingkah laku guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa mengusik pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing dicubit-cubit manja kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin

Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan.

3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT

Gangguan seksual seperti melakukan seks oral terhadap murid adalah satu isu tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru sehingga murid tersebut takut untuk ke sekolah. Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut kerana sangat keterlaluan. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual iaitu dipaksa melakukan seks oral merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar corak hidup mereka menjadi pendiam, murung, kurang bergaul dan sebagainya. Murid yang menjadi mangsa ini melarikan diri dari keadaan tersebut menyebabkan peluang untuk belajar terkandas sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Murid yang mengalami gangguan seksual akan menanggung tekanan yang tinggi termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar (Koss, 1990). Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan murid tersebut. Terdapat pelbagai teori yang boleh dikaitkan denga punca tingkah laku yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap muridnya. Persoalannya, apakah punca menyebabkan guru tersebut tergamak berkelakuan sebegitu rupa?

Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Sebaliknya, guru tersebut telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Ini membuktikan bahawa guru tersebut tidak mengerti, menghayati dan memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru. Berdasarkan kod etika perguruan, sewajarnya setiap ahli profesion iaitu guru

sudah sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini, yang terjadi adalah sebaliknya.

Selain itu, punca berlakunya tingkah laku negatif dalam kalangan guru ialah mereka mempunyai masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah keluarga terutamanya yang kritikal seperti penceraian dan kematian mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Bagi guru yang mengalami krisis rumah tangga , mereka tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kasih sayang. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

Menurut teori seksualiti, perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Di sini jelaslah menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual pada umurnya untuk mencorakkan perkembangan tingkah laku, sahsiah, emosi dan moral. Ini menunjukkan bahawa masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi. Akibatnya, guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan dan nafsu seksual mereka.

Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa seperti media cetak dan media elektronik. Mengikut kajian yang dilakukan, pengaruh media elektronik lebih banyak kesannya berbanding media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama itu terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya seperti media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya.

Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah dilayari berbanding medium yang lain. Hal demikian menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan yang dikehendaki. Oleh itu, apa yang dilihat, ditonton dan

dipelajari telah diaplikasikan ke atas murid. Kita sudah sedia maklum bahawa kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara semakin berleluasa. Mereka turut dijadikan hamba seks. Dengan kata lain, guru tersebut telah meniru dan menciplak budaya tersebut yang diperolehi melalui media elektronik yang begitu banyak dewasa kini sehingga melakukan gangguan ini terhadap anak muridnya sendiri.

Tiada kesedaran dan tuntutan agama juga adalah implikasi negatif kepada tingkah laku guru tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutamanya tentang hukum halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Sehubungan dengan itu juga, kesedaran agama yang kurang dengan tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya sehingga dia sanggup membuat gangguan seksual ke atas anak muridnya sendiri dan dipaksa menonton video lucah. Maka, jelaslah bahawa perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir kembali, tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang tinggi serta takut akan balasan dari Allah SWT.

Selain itu, punca tingkah laku negatif tersebut ialah pengaruh pil perangsang. Kebanyakkan kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh pengambilan pil perangsang seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila pengambilan pil peransang secara tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah gangguan seksual ke atas murid. Kebanyakan guru lelaki yang tidak berkahwin atau telah bercerai yang menggunakan pil perangsang ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila terangsang. Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.

Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif itu ialah tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir,

disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang, secara tidak langsung mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit membuat tanggapan bahawa gangguan seksual yang dilakukan itu boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi. Namun, impak daripada perkara itu lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid sebagai alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.

Implikasi Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, murid-murid, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan imej negara Malaysia.

4.1 Guru Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu.

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu.

Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.

Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif. Manakala, kesan jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

4.2 Profesion Perguruan Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi diperlukan

oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

4.3 Sekolah Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa secara tidak terkawal.

4.4 Ibu bapa dan Masyarakat Kesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan guru menjadi renggang kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai

pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di

muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.

4.5 Mangsa Gangguan Seksual Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual ialah kecenderungan berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Tambahan pula, kesan jangka panjang ialah mangsa gangguan seksual akan menjadi trauma dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya. Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi role model. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.

Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergaul. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.

Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti dan ekonomi negara. Ia merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak

berhenti kerja. Ini menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga tercalar jika peristiwa tersebut diketahui umum.

Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.

Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Guru tersebut juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai.

Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional

menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

2.2

Implikasi Isu Guru Ponteng Kepada Bidang Keguruan

Sememangnya isu gejala ponteng dalam kalangan guru ini membawa implikasinya yang tersendiri kepada bidang keguruan ini.Implikasi yang utama adalah yang terjadi kepada diri guru itu sendiri.Ini kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam,etika kerja haruslah dipenuhi.Namun apabila guru sudah hilang minat untuk mengajar dan selalu

ponteng kerja,maka perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot.Atas sebab inilah munculnya istilah burn out untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat terhadap profesion keguruan.

Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.Perkara ini sememangnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Finlayson (2003) yang menyatakan sekirannya seorang guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman para remaja.

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar.

Walaupun gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru,tetapi seperti kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kesan daripada tidakan segelintir guru tadi akan merosakkan serta mencemarkan imej profesion keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Muhiddin Yusin dalam mengulas mengenai isu guru ponteng yang berlaku di Sabah.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.

Kenyataan Datuk Muhiddin ini menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh merosakkan serta mencalar imej profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat pada hari

ini lebih cenderung untuk melihat serta menilai sesuatu perkara yang negatif berbanding perkara yang positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion keguruan.Isu salah laku ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa akan memandang sinis profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan kebolehan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya,dalam menempuh kehidupan sebagai seorang guru,sesorang itu hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek terutamanya dari segi ketahanan mental.Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini,kerjaya perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya.

Isu-isu etika atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-bakal guru yang bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah menjadi satu wabak yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang pendidikan di Negara kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah rawatan,sudah tentunya ia akan melumpuhkan system pendidkan di negara kita.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.

Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya negara Malaysia.

You might also like