You are on page 1of 11

Udang Galah (Macrobracium Rosenbergii)

Oleh: Noorafidah Kamarudin, FRI Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan

1.0 Pengenalan
Udang Galah merupakan suatu nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Ianya pernah diberi nama sebagai Malaysia Giant Freshwater Prawn atau nama saintifiknya Macrobrachiumrosenbergii De Man, 1879 . Udang galah adalah udang air tawar yang menjadi suatu hidangan atau masakan yang lazat oleh rakyat Malaysia sejak beberapa abad yang lampau. Ketika itu udang galah boleh didapati dalam jumlah yang banyak di sungai-sungai di negara ini dan mudah pula ditangkap.

Dengan arus pembangunan negara yang sangat pesat pada masa ini termasuk pembangunan bermacam industri membawa akibat buruk kepada hidupan air terutamanya udang galah. Udang galah didapati tidak banyak

seperti dahulu, semakin hari semakin berkurangan dan bahkan udang galah tidak lagi dijumpai di sungai-sungai tertentu dinegara ini. Untuk menjamin supaya udang galah ini tidak pupus, udang galah kini diternak di kolam-kolam air tawar secara komersial.

2.0 Pengelasan Taksonomi


Berikut merupakan pengelasan taksonomi bagi udang galah:

Artropoda Krustasea Malacostraca Decapoda Pleocyemata Palaemonidae

(philum) (subphilum) (kelas) (order) (sub order) (famili)


(genus)

(Spesis)
americanum

Macrobrachium rosenbergii

carcinus

malcolmsonii

choprai

vollenhovenii

lar

Blueclaw

Orangeclaw

Subspesis kecil

(sub spesis)

3.0 Sifat-sifat semulajadi Udang galah

Kehidupan semulajadi udang galah terbahagi dua, dimana pada peringkat larva ia lebih tertumpu di air payau. Udang galah kemudiannya meneruskan kehidupannya di kawasan air tawar. Sifat-sifat semulajadi yang penting untuk diketahui ialah: 1. Menyalin kulit Untuk membesar udang galah perlu menyalin kulit. Setiap kali menyalin kulit, ia diikuti dengan pertambahan besar dan berat dengan nyata sekali (New & Singholka, 1982). Supaya proses menyalin kulit berlaku dengan teratur dan sempurna, mutu air dan makanan perlu dikawal dengan baik.

2. Kanibalisma Kanibalisma bermakna memakan sesama sendiri. Kadar kanibalisma amat tinggi apabila proses menyalin kulit tidak sempurna dan makanan tidak mencukupi. Untuk mengurangkan kadar kanibalisma, makanan perlu dijaga dan bahan-bahan yang bersifat pelindung perlu

dimasukkan ke dalam kolam ternakan.

3. Menjauhi cahaya Mulai pascarlava hingga ke dewasa udang galah tidak menyukai cahaya (New & Singholka 1982). Pengawalan mutu air supaya air kolam tidak menjadi jernih adalah penting agar pertumbuhannya tidak terganggu.

4. Aktif di waktu pagi, petang dan senja Di peringkat pascalarva hingga dewasa udang galah aktif mencari makanan di waktu pagi, petang dan senja. Pada ketika ini ia berada di bahagian tepi kolam. Apabila cuaca semakin panas, udang akan beredar ke tengah kolam atau pun berlindung di tempat-tempat yang tersorok atau tersembunyi.

4.0 Kitar Hidup Udang galah

telur

dewasa

nauplius

Sub dewasa

Protozoea

juvenil

mysis

postlarva

Keterangan: Ketika fasa telur, telur udang ini akan ditempatkan di bawah badan udang. Ukuran diameter telur udang adalah kurang dari 1/64 inci. Telur

Nauplius

Terdapat 5 fasa Naupliar di mana pada fasa pertama saiznya adalah sepertimana saiz telur itu sendiri dan pada peringkat seterusnya di dapati saiznya akan terus membesar hingga ke peringkat dewasa. Keupayaan berenang bagi udang peringkat ini adalah amat terhad dan kebiasaannya nauplius ini akan menjadi sebahagian daripada plankton di lautan

Terdapat 3 peringkat di dalam fasa protozoeal yang mana saiznya adalah sekitar 1/25 inci kepada 1/12 inci. Protozoeal ketika ini akan mengalami perkembangan pada bahagian mulut dan abdomen. Protozoea Terdapat 3 peringkat mysid yang mana saiznya adalah dalam lingkungan 1/8 inci kepada 1/5 inci. Di peringkat ini mysids mula mengalami perkembangan pada kaki dan antennae. Mysis

Kaki jalan dan kaki renang udang mula membesar dan postlarval mula membentuk udang-udang kecil.

Postlarva

Udang postlarval terus membesar ke fasa yang dikenali sebagai juvenile. Udang juvenile adalah kelihatan sama dengan udang dewasa dan bahagian rostrumnya (tanduk) menjadi semakin panjang. Juvenil Di peringkat sub dewasa, udang mula bergerak ke kawasan air dalam yang terletak di muara sungai. Udang ini akan tinggal di muara selama beberapa bulan sebelum bergerak ke laut. Pada fasa ini udang masih tidak menunjukkan tanda-tanda kematangan ovarinya.

Postlarva Sub dewasa

Dewasa

Pada peringkat dewasa, ukuran panjang udang adalah sekitar 5 kepada 8 inci. Udang betina yang sedang bertelur akan memiliki warna yang terang pada ovari dan boleh dilihat dengan jelas di bawah badan udang itu.

5.0 Anatomi Udang Galah

Macrobrachium rosenbergii ialah hidupan invertebrata yang mempunyai struktur kerangka luar bagi menyokong kesemua organ-organ dalaman udang dan menyediakan struktur khas untuk pergerakan udang. Anggota badan udang ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, abdomen dan ekor. Terdapat lima pasang kaki dibahagian kepala udang dan kaki ini berperanan untuk membolehkan seseekor udang itu berjalan. Bagi sepasang kaki yang pertama, kaki ini lebih berperanan untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut manakala sepasang kaki yang kedua pula, didapati saiznya adalah kelihatan besar berbanding kaki-kaki yang lain dan mempunyai sesepit. Sesepit ini akan digunakan untuk mempertahankan diri ketika menghadapi ancaman bahaya dan berfungsi untuk memegang makanan. Pada bahagian abdomen udang pula terdapat lima pasang kaki yang digunakan untuk berenang dan setiap segmen somite itu menyumbang kepada sepasang kaki kecuali di segmen somite terakhir.

Struktur luaran bagi udang Macrobrachium rosenbergii.


cephalothorax ((kepala) rostrum mata Abdomen (ekor)

pleura

telson

uropods

chelae insang terletak di bawah bahagian carapace Pereiopods SUMBER: EMANUELA DANTONI

pleopod s Abdomen somite kedua

antenna

Segmen badan (somite) Microbrachium rosenbergii dan fungsinya


Bahagian badan Cephalon Di bahagian hadapan Cephalothorax Somite# 1 2 3 4 5 6 Nama struktur spesifik segmen embrionik (Tidak kelihatan di peringkat dewasa) antennae pertama antennae kedua Mandibles maxillae pertama (maxillulae) maxillae kedua fungsi

Sebagai deria sentuh dan persepsi(statocyst) Deria sentuh Memotong dan menghancurkan makanan Memegang makanan Memegang makanan, mewujudkan peredaran air ke rongga insang memegang makanan memegang makanan memegang makanan menangkap makanan menangkap makanan, kelihatan egonistik dan mempunyai kepentingan untuk mengawan berjalan berjalan berjalan berenang berenang berenang berenang berenang propulsi

Thorax Di bahagian belakang cephalothorax

7 8 9 10 11

maxillipeds pertama maxillipeds kedua maxillipeds ketiga pereiopods pertama (chelipeds) pereiopods kedua (chelipeds)

12 13 14 Abdomen 15 16 17 18 19 20

pereiopods ketiga pereiopods keempat pereiopods kelima pleopods pertama pleopods kedua pleopods ketiga pleopods keempat pleopods kelima uropods

SUMBER: DARI PINHEIRO AND HEBLING (1998)

6.0 Ciri-ciri umum bagi udang galah jantan dan betina


Jantan Saiz: kelihatan besar berbanding betina Kaki jalan kedua: kelihatan sangat besar kepala: mempunyai saiz yang besar Liang genital: terdapat di antara kaki jalan yang kelima
Nota: Memeriksa bahagian ventral pada segmen somite pertama; jantan mempunyai bonjolan kecil pada bahagian tengah somite dan boleh dirasai dengan jari

betina abdomen: kelihatan besar berbanding jantan gravid betina adalah senang untuk dikenal pasti.

Pandangan ventral pada somite pertama bagi jantan dan betina Pandangan ventral pada somites kedua Menghala ke kepala Keratan rentas bagi somite pertama jantan

SUMBER: EMANUELA DANTONI, AFTER MARIO PEDINI

You might also like