You are on page 1of 21

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN PEGOH,LAHAT.

National Key Result Areas (NKRAs) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan semua murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan semua murid sekolah rendah.Definisi Literasi ialah Keupayaan untuk

membaca,menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah ( dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.Program Linus ini wajib dilaksanakan di semua SK,SJKC,SJKT DAN SABK.Terdapat 3 peringkat saringan iaitu Saringan 1 (Di Tahun 1) Saringan 2 (Di Tahun 2) Saringan 3 (Di Tahun 3). Semua murid Tahun 1 yang dikenal pasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian Linus Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.Program ini dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM,BI BC. Definisi Numerasi ialah Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Program Linus,iaitu Numerasi ialah operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya ialah

y y

Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.

Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

PROTIM selepas UPSR.

Program KIA2M telah digantikan dengan Program Linus pada masa sekarang di semua sekolah rendah.Program pemulihan khas iaitu khasnya untuk murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 dijalankan seperti biasa di sekolah.Program ketiga iaitu Protim sedang dijalankan macam biasa di sekolah untuk semua murid Tahun 6.Semua program-program di atas yang dilaksanakan di sekolah tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak National Key Result Areas

(NKRAs). Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang telah dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk segelintir murid yang mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) dalam menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan Program Linus ini dengan sempurna dan lancar. y y JK Kerja LINUS dipengerusikan oleh Pengarah BPK Terdiri daripada 6 agensi utama (JK Kecil):

  

BPK BPG LPM

-------------------

MODUL GURU DAN MODUL MURID LATIHAN GURU INSTRUMEN SARINGAN

  

BPSH JNJK

-------------

PENYEBARAN MAKLUMAT,KUTIPAN & ANALISIS DATA PEMANTAUAN & BIMBINGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

BP KHAS ------

Jawatankuasa jawantankuasa di atas mewakili Program Linus dan terdapat 6 agensi utama dalam mengawal Program Linus ini.Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrument ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).Semua instrument saringan mengukur konstruk yang sama.Item bagi setiap instrument dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari oleh murid dalam tahun berkenaan. Dalam Fasa Pelaksanaan,terdapat tiga saringan Linus iaitu Saringan 1,Saringan 2 dan Saringan 3 akan dilaksanakan untuk murid Tahun 1 mulai tahun 2010.Saringan 1 ialah Saringan Membaca iaitu dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada bulan Februari 2010.( 1 28 Februari 2010 ).Saringan Menulis juga dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada minggu pertama bulan Mac ( 1 5 Mac 2010). Saringan 2 juga akan dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.Saringan Membaca (Saringan 2) akan dijalankan pada bulan Mei 2010 ( 1 31 Mei 2010) manakala Saringan Bertulis dijalankan pada minggu pertama bulan Jun ( 28 Jun 2 Julai 2010). Saringan 3 dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2.Saringan Membaca 3 dijalankan pada bulan Ogos 2010 ( 1 30 0gos 2010) manakala Saringan Menulis dijalankan pada minggu pertama September ( 1- 3 September 2010). Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk.Instrumen ini ditadbir dengan bantuan guru mengikut masa yang telah ditetapkan.Instrumen literasi membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang murid).Instrumen literasi menulis ini ditadbir secara kelas.Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.Selain itu,jika kesemua konstruk telah ditaksir,pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.Ketika pentaksiran literasi mnembaca dilaksanakan ini,dicadangkan murid

tersebut duduk besebelahan dengan murid lain.Selain itu,murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid. Kedua-dua instrument Saringan LINUS dibina oleh Lembaga Peperiksaan terdiri daripada literasi membaca dan literasi menulis.Instrumen saringan dan manual pengendalian instrument saringan disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian di PDF.Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Selepas Saringan 1, murid yang menguasai konstruk 1 hingga 8 dianggap telah menguasai asas literasi.Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana.Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan ditempatkan ke Program Linus.Sementara,murid yang menguasai konstruk 3 hingga 7 akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana tetapi akan menduduki Saringan 2. Selepas Saringan 2 dijalankan,murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah. SARINGAN 2

Tidak Menguasai Konstruk 1 Konstruk 2 (dibimbing oleh guru pemulihan khas) PROGRAM LINUS

Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 3 Konstruk 7

PROGRAM LINUS

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 8 KELAS ARUS PERDANA

Berdasarkan jadual di atas, murid-murid yang mengikuti Program Linus akan menduduki Saringan 3.Program Linus dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu dan guru Matematik manakala guru Pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah.Guru perlu menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan semua murid menguasai asas literasi.Berdasarkan dengan Program Linus ini,Proses Pemantauan juga dijalankan.Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang akan diketahui oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan menjalankan pemantauan pelaksanaan proses saringan ,diagnosis dan Program Linus di sekolah dari semasa ke semasa.Terdapat asas-asas pertimbangan dalam pembinaan instrumen saringan.Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk instrumen saringan ialah kesahan, kebolehpercayaan ,kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. 1.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan.Perekaan bentuk instrument saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran,aras kesukaran,konteks dan situasi. 1.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrument saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen.Hal ini untuk memastikan ketepatan instrument saringan. 1.3 Kebolehlaksanaan Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah mengambilkira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 1.4 Penjaminan Kualiti Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.

Antara konstruk konstruk yang diukur dalam saringan literasi adalah seperti berikut: Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9: Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraph dan konsonan bergabung. Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12: Keupayaan membaca,memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. Pentaksir hendaklah melengkapi borang pelaporan penguasaaan individu dengan nama murid,kelas dan tarikh taksiran dijalankan.Borang pelaporan pengusaan individu mengandungi 12 konstruk.Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Membaca dan Saringan Menulis.Pentaksir perlu mencatat

penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid.Berikut adalah tahap penguasaan murid murid di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh: Contoh senarai nama murid Literasi B.Melayu Tahun 1 2010 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh,Lahat. Saringan 2 Murid Aliran Perdana (Menguasai konstruk 1-12)
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 NAMA MURID MUHAMMAD AIMAN HAZIQ B FAIRUSNIZA MOHAMAD HELMI B MAHAMAD SUKRI MUAZZIEMY AKMAL B MASLAN MUHAMMAD IZZUDIN B ANUAR NUR FARAH WAHIDA BT MUHAMAD KHAIR WAN NUR AYUNI ALIYA BT WAN RAZAK NUR TIHANI SOFIA BT SOPIAN FATIN NAZIRAH BT MOHAMAD FADZIL MOHD ISMA HAKIMI B MOHD ZAIMAN SYAIDATUL NUR QAIDAH BT AIDIN MEKAH NUR SHARENA SOFIA BT ROS AZIZI MUHAMMAD SYAZRIZAL IKHRAM B ZULKIFLI MUHAMMAD HILMI HUSAINI B ABDUL RAHMAN PUTERI NOR ARISYA BT ABDUL RAZAK NORMAN DANIEL B ZULKAFLEE MUHAMAD ALIF ZIKRI B ZABRI AINA FATINI BT RAMLI NUR AISYAH NADZIRAH BT NOR HISHAM KELAS 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1C 1C 1C 1C

19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37

FARIS DANISH B RAZANI SHAMEER EZRA B SHARILAZHAR RAJA NAZIRAH AUNI BT RAJA HASLIM SYAH MUHAMMAD AMMAR DANIEL B AHMAD SUKRY MOHAMAD AIDIL FITRI B ROFLI MUHAMMAD HAIKAL B SAZALI MOHAMMAD AZIZI HAKIM B ABDUL KHALID ANIS SALIHAH BT SOPIAN EDDRY NGELAI A/K BENNIT MEOR MUHAMMAD AL-AMEEN B SHAMSULMUNIR MUHAMMAD IMRAN B YUSRIDIN MUHAMMAD NAJMUDDIN B BORHAN MUHAMMAD NAZREIN DANIEL B MOHD KAMAL NUR AIN BT ISMAIL JAR NUR HARYANI BT ZAHARANI NUR NABILAH BT ABDUL RAHMAN NURAIN SURFINA BT MOHAMED HUSSEIN SITI FAIRUS B ABDULLAH INTAN SABRINA

1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C

Murid LINUS (Menguasai konstruk 3-7) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 NAMA MURID MUHAMAD NASRUL B NASIR NURUL AISYAH BT SHABUDIN WAN MOHD FIRDAUS B ZAWAWI FIRDAUS B IMRAN MUHAMMAD SYABATUL BISMI B M.ZAIMIE AYU NADIA ASHIKIN BT SAZALI NUR ADRIANA FITRI BT AHMAD SHUKRI MUHAMMAD AIDIT ALFIAN B SHAIFUL AZUAN NUR HIDAYAH BT AHMAD FARISH MUHAMMAD AISH KHALILY B M. ZAMLE KHAIRUL NAJHAN B ADNAN MOHD HAKIM B RIDZUAN AL IMRAN B RAZMAN MUHAMMAD RAFIQ HAMIZIE B NOR AZIZI MUHAMMAD SHAHRUL IKMAL B MOHD FUAD NUR ADILLA AMIRA BT ABDUL RAZAK THAQIF DANIAL B RAMLI VINESH MENON A/L KALADHAN MOHD AMIR B MUSTAFA NUR SAIDATTUL SHAFIQKAH BT MOHAMAD KHAS NUR SYAQILLA SYAFINAZ BT ABDUL KADER NURUL AZWANI BT ANUAR KELAS 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1G 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C

23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47

MUHAMMAD HAZRUL B AZIZAN MUHAMMAD HAZIQ IZZAT B KHAMILI MUHAMAD RIDZLAN B TAJUL ARIFFIN MUHAMAD AQIL SYAHMI B AMEZAHISAM MOHAMAD NAJMI B ALIAS MUHAMMAD DANISH SHAFFIQ B MITRA MUSHADDAT MUHAMMAD FAIZ AMIRUL B KAMARUDDIN MUHAMAD SYAHRUL IDHAM B AHMAD SYAHIR NURAISHAH NATASYAH BT JAMNI HANI AIDIL ASRAF B AHMAD AFFINA MUHAMMAD IQMAL B MUHD JOHAN NURUL IZWANIS BT MOHAMED NAZERI AHMAD HAIKAL B. ALI UMAR ALIFAH ILYANA BT ABU YAZID DANISH AMALUDIN B AHMAD NAWAB MOHAMAD KHAIRUL IZUWAN MUHAMMAD ALIF DANIEAL B ARZENAN MUHAMAD AZWAN B AZMI MUHAMAD HAZRIZAL B MOHD HAIRI MUHAMMAD AIDIL RAHMAT B MOHD ZAKIR MUHAMMAD AMMAR HAZEEM B AZRUL NASYREEN NUR YASMIN BT ABDULLAH MUHAMMAD DANIAL FARHAN B ZULKARNAIN PUTERI NORO NABILA BT RAHIM RAFIUDDIN ISMAT B RAHMADI

1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1C 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P

48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61

SITI MARYAM BT MOHD RIDZUAN LAM MUHAMMAD FIKRY SHAH B ARJAMAL MUHAMMAD HAFIZ B ABDUL HALIM MUHAMMAD HAFIZ B RASIDI MUHAMMAD HAZIQ SHAZWAN B SHAFIE NURUL NADIRA BT SHAIFUL NIZAM MUHAMMAD IQBAL HAMDANI B MOHAMAD GHAZALI MUHAMMAD ZAHRIL AIDIL ADHA B AMNISA AZAHA NAILY BATRISYIA BT SAFFAI NUR ERLIANA AZURIN BT MOHAMAD BADROL AFFENDI NUR FARAQ DATUL SAADIAH BT ISHAK NUR JASEEMA BT JALALUDIN NUR SUHAILI BT AZMAN ANIS AQILA

1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P

Murid LINUS Tegar (Menguasai konstruk 1-2) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 NAMA MURID MOHD FARHAN B MOHAMED NOOR SHAFIQ B MUSTAFA MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN B MAT SABRI MOHD HABIL HUSNI B RIDHUAN ABDUL HAKIM B AHMAD HASHIM MUHAMMAD FAUZAN B MOHD ARIFFIN AHMAD SUHAILI B. MOHD SUHAIMI AHMAD SUHAIRI B. MOHD SUHAIMI KELAS 1C 1C 1C 1P 1P 1P 1P 1P

9 10 11 12 13 14 15

MUHAMMAD FAIZ B ROSEDI MUHAMMAD FAIZ B SAAIDIN HANIS MUNIRAH BT SAUTI MUHD FAKHRUL HAZIM B RAHMAT MUHAMMAD DANIAL FAHMI B ABU BAKAR MUHAMMAD IMAN DANIEL B ZAINUDDIN NUR FATIN ADILA BT ABD HAMID

1P 1P 1P 1P 1P 1P 1P

Berdasarkan senarai nama di atas menunjukkan bahawa 37 murid tahun 1 dapat menguasai konstruk 1 hingga 12 iaitu bilangan murid yang berada dalam aliran perdana.Terdapat 61 murid yang dikategorikan berada dalam Program Linus.Bilangan murid ini boleh menguasai konstruk 3 hingga 7.Terdapat juga 15 murid yang berada dalam Program Linus tegar.Murid-murid ini hanya boleh menguasai konstruk 1 hingga 2.Mereka berada dalam peringkat yang lemah.Murid-murid ini perlu mengikuti Program Linus kerana masih hanya boleh menguasai konstruk 1 dan 2 iaitu membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan dan suku kata terbuka.Murid-murid ini perlulah banyak berlatih dalam menulis sukukata-sukukata yang ringkas.Murid-murid ini perlulah mengikuti Saringan 3 kerana belum lagi mengusai konstruk 3 hingga konstruk 12. Punca-punca yang menyebabkan murid-murid ini masih lemah dan tidak boleh menguasai konstruk-konstruk lain disebabkan oleh konsep kendiri yang rendah, tidak matang dari segi emosi dan intelek,lemah daya ingatan,gagap, gangguan pengamatan, kurang rangsangan dan mudah hilang tumpuan.Murid-murid tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan, nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan.Selain itu,murid-murid tidak dapat mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf. Murid-murid juga keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, y dengan g.Mereka juga keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, b dengan d, m dengan w.Murid-murid juga mengalami kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata seperti buah, unta, pintu, arnab, tingkap.Sesetengah murid membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, kucing suka makan ikan dibaca sebagai kucing suka makang ikang. Muridmurid perlulah banyak berlatih menulis dan membaca setiap hari di rumah.

KESELURUHAN MEMBACA BIL. MURID TAHUN 1 Bil. Menguasai Konstruk 0-2 Bil. Menguasai Konstruk 3-7 Bil. Menguasai Konstruk 8 - 12 Bil. Menguasai Konstruk 0-2 MENULIS Bil. Menguasai Konstruk 3-7 Bil. Menguasai Konstruk 8 - 12 (MEMBACA & MENULIS) Bil. Menguasai Konstruk 02 (LINUS TEGAR) Bil. Menguasai Konstruk 37 (LINUS) Bil. Menguasai Konstruk 8 12 (ALIRAN PERDANA)

175

57

51

67

68

34

73

71

36

68

Jadual 1.1 Jadual di atas menunjukkan Rumusan Data Literasi Saringan 1 Murid Tahun 1 Di Sekolah Kebangsaaan Pengkalan Pegoh.
KESELURUHAN MEMBACA BIL. MURID TAHUN 1 Bil. Menguasai Konstruk 02 Bil. Menguasai Konstruk 37 Bil. Menguasai Konstruk 8 12 Bil. Menguasai Konstruk 02 MENULIS Bil. Menguasai Konstruk 37 Bil. Menguasai Konstruk 8 12 (MEMBACA & MENULIS) Bil. Menguasai Konstruk 02 (LINUS TEGAR) Bil. Menguasai Konstruk 8 7 (LINUS) Bil. Menguasai Konstruk 8 12 (ALIRAN PERDANA)

111

11

55

45

15

54

42

15

60

36

Jadual 1.2 Jadual di atas menunjukkan Rumusan Data Literasi Saringan 2 Murid Tahun 1 Di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh.

Definisi Numerasi ialah Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan hariMengira (M3) merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan
pemeringkatan. Dalam konteks kurikulum negara kita, proses M3 ditakrifkan sebagai:

y y y y

Tambah Tolak Darab Bahagi

Empat proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.Pemeringkatan tahap kebolehan M3
murid ditetapkan berdasarkan kandungan kurikulum Matematik KBSR. Operasi asas aritmetik

dilakukan dihadkan kepada nombor bulat sahaja. Skop kebolehan Numerasi yang perlu dikuasai oleh murid ditetapkan kepada operasi asas aritmetik terhadap nombor bulat dalam lingkungan 20 sahaja. Taksir Keupayaannya ialah kecekapan Matematik ditaksir dalam bentuk ujian.Konstruk konstruk yang dukur dalam saringan numerasi adalah seperti berikut: Konstruk 1 Keupayaan pra nombor dan mengenal angka y y y Pranombor melibatkan bentuk dan warna Keupayaan menyebut dan menulis angka Memadankan bentuk,warna dan angka.

Konstruk 2 Keupayaan membilang y y y Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan

Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor y y Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi Menulis nombor mengikut urutan

Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi y y y y y Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berkut: Banyak ke sedikit Kecil ke besar Pendek ke tinggi Nipis ke tebal dan sebaliknya

Konstruk 5 Keupayaaan mengenal mata wang Malaysia y Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen,50 sen dan wang kertas RM1,RM5,RM10. Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu y y y Keupayaan menyatakan pagi,petang,malam berdasarkan situasi yang diberi Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan

Konstruk 7 Keupayaan mengendaalikan operasi asas y y y y y y Keupayaaan mengendalikan operasi asas tambah,tolak,darab dan bahagi Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek Hasil tambah tidak melebihi 20 Hasil tolak tidak melebihi 50 Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2,5,10.

Konstruk 8 Keupayaaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia y Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen,10 sen,20 sen,50 sen dan wang kertas RM1,RM5 dan RM10. y Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang.

Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek,jisim objek dan isi padu y Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN:STANDARD dan UNIT STANDARD y Membuat perbandingan panjang,jisim dan isi padu.

Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya y y Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak. Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka ,simbol tambah (+),simbol tolak (-) dan simbol sama (=).

Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa harian

Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat. y y Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak. Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang,masa dan ukuran panjang. y y y Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang.

Instrumen Numerasi (Lisan) y y y Mengandungi 12 konstruk Setiap murid Tahun 1 mesti menduduki saringan ini Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah. y Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak melebihi daripada 3 orang). y y Ditadbir mengikut urutan soalan /konstruk Jika kesemua konstruk telah ditaksir,guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.

Ditadbir tanpa dpengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid

Instrumen Numerasi (Bertulis) y y y y y Mengandungi 10 konstruk Setiap murid Tahun 1 mesti menduduki saringan ini Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan Guru boleh membantu murid memahami tugasan soalan Masa yang dicadangkan ialah 1 jam.Walaubagaimana pun,guru boleh mentadbir 5 konstruk selama 30 minit dan menyambung 5 konstruk seterusnya selama 30 minit lagi sama ada pada hari sama atau hari yang berlainan. y Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid y Murid ditaksir secara telus dan jujur

Berdasarkan kepada konstruk-konstruk di atas,murid murid tahun 1 perlulah wajib menduduki saringan Instrumen Numerasi (Lisan) dan Instrumen Bertulis (Numerasi) selepas mereka melangkah masuk ke Tahun 1.Semua murid Tahun 1 ini akan melalui 3 saringan mengikut urutan.Saringan 1 akan dijalankan untuk semua murid Tahun 1.Saringan 2 dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.Saringan 3 dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2.Instrumen Numerasi ini mengandungi 10 konstruk iaitu guru boleh membantu murid untuk memahami tugasan soalan yang disediakan.Masa yang diperuntukkan adalah sejam.Guru boleh mentadbir 5 konstruk selama 30 minit dan menyambung 5 konstruk seterusnya selama 30 minit lagi.

Jadual ini merupakan Proses Pelaksanaan Numerasi yang dijalankan untuk murid Tahun 1 ,Tahun 2 dan Tahun 3.Proses-proses ini akan berjalan dengan lancar dan memastikan tidak ada murid yang terkandas dalam Proses Pelaksanaan Numerasi ini yang dijalankan di setiap sekolah.

Rumusan

Berdasarkan Program Linus ini, organisasi kandungannya ialah hierarki dari mudah ke lebih kompleks.Setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saaling berkaitan dengan kemahiran lain.Strategi Kandungan Modul adalah bertumpu pada gaya pembelajaran murid dan menepati pada skop soalan dan cara penyoalan.Gaya Pembelajaran guru haruslah berteraskan pada cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak serta cara murid memproses maklumat dari pasif kepada aktif.Pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah.Antaranya ialah aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif.Aktiviti pembelajaran ini melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit.Strategi Pelaksanaan P & P haruslah seronok,bermakna,berguna serta mencabar untuk murid-murid di kelas. Pembelajaran Bermodul ini adalah termasuk rasional,matlamat modul,objektif pembelajaran modul,ujian peringkat masuk,aktiviti pembelajaran,penggunaan media sokongan dan ujian diagnostik. Definisi Ujian Diagnostik adalah aktiviti pengukuran membolehkan guru Linus mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.Tujuan menjalankan Ujian Diagnostik adalah untuk membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran serta membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.Sebelum membina sesuatu Ujian Diagnostik,beberapa perkara utama yang perlu ditentukan ialah objektif ujian,kemahiran yang hendak diuji,bagaimana hendak menguji individu atau kumpulan dan siapa yang hendak diuji iaitu sasaran untuk ujian ini.

You might also like