You are on page 1of 4

Kaedah Pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian, selain memerhati saya juga menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai

bahan bukti menunjukkan kejadian kebakaran. Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan insiden kebarkaran di sekitar kawasan lokasi kajian iaitu, Lagenda Heights. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk mendapatkan masa tarikh dan tempat kejadian. Melalui kaedah pemerhatian selama tujuh hari berturutturut ini, saya mendapati bahawa lima insiden kebakaran berlaku selama tempoh kaedah pemerhatian dijalankan. Jadual 1 : Kronologi kejadian kebakaran dari 7.3.2014 (Jumaat) hingga 13.3.2014 (Khamis). TARIKH 07.03.2014 08.03.2014 KRONOLOGI tiada insiden kebakaran direkodkan berlaku di sekitar kawasan Lagenda Heights di mana asap telah dilihat di langit pada pukul 1.16pm. Berlaku di kawasan sebelah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda (sebelah Lagenda Heights) pada pukul 3.02pm. Berlaku di kawasan semak Lagenda Heights pada pukul 4.32pm. Berlaku di sekitar kawasan kumbahan air di Taman Ria pada pukul 2.05pm. Berlaku di kawasan semak Lagenda Heights pada pukul 4.03pm. Berlaku di kawasan semak Lagenda Heights pada pukul 5.37pm. tiada insiden kebakaran direkodkan

09.03.2014 10.03.2014 11.03.2014 11.03.2014 12.03.2014 13.03.2014

Sumber : Kajian Lapangan 2014 Kaedah pemerhatian ini juga dijalankan untuk merekodkan bilangan penggunaan barang pemacar CFC seperti penghawa dingin, peti sejuk, produk-produk aerosol dan sebagainya di Lagenda Heights. Dengan ini, saya dapat meneruskan kajian untuk membuktikan bahawa penggunaan barang-barang pemacar CFC mempunyai kecenderungan untuk memberi kesan terhadap pencemaran udara.

Kaedah Temu Bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Saya melakukan kaedah temu bual yang tidak formal. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual secara rambang dan tidak perlu kepada permohonan bertulis; sekadar persetujuan lisan penyelidik dengan responden yang dipilih secara rawak. Saya menemu bual beberapa orang penduduk Lagenda Heights. Berikut merupakan jadual tentang orang yang ditemu bual. Jadual 1 : Maklumat tentang orang yang ditemu bual. JANTINA LELAKI MELAYU 1 JUMLAH CINA 3 5 INDIA 1 MELAYU 0 PEREMPUAN CINA 1 1 INDIA 0

Sumber : Kajian Lapangan 2014 Hasil daripada temu bual, saya mendapati : Masalah pengutipan sampah di Lagenda Heights Punca kebakaran di Lagenda Heights Tempoh masa penduduk menggunakan penghawa dingin

Kaedah Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan betul. Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Reka bentuk borang soal selidik hendaklah sesuai dengan tajuk yang dikaji. Oleh hal demikian, saya mengedarkan sebanyak 140 borang soal selidik kepada 140 responden. Saya memilih responden yang berumur 16 ke atas. Hal ini kerana, mereka mempunyai kesedaran tentang pencemaran udara yang lebih matang berbanding dengan penduduk berumur kurang daripada 16 tahun. Berikut merupakan hasil daripada soal selidik yang dilakukan bersama 140 orang responden. Jadual 2 : Faktor-faktor pencemaran udara di kawasan Legenda Heights. BIL 1 2 3 4 5 FAKTOR Pembakaran terbuka Aktiviti harian Aktiviti pembangunan Pembuangan sampah sarap Penggunaan kenderaan bermotor JUMLAH Sumber : Kajian Lapangan 2014 BIL. ORANG 54 10 18 16 42 140 PERATUS (%) 38.6 7.1 12.9 11.4 30.0 100

Kaedah Rujukan Saya merujuk pelbagai sumber untuk mengumpul data bagi kerja kursus saya ini. Saya telah merujuk kepada beberapa laman web yang berkaitan dengan pencemaran udara. Disamping itu, saya juga merujuk pelbagai buku yang berkaitan dengan pencemaran udara untuk mendapatkan maklumat tentang pencemaran udara terutamanya penggunaan kenderaan bermotor. Saya juga telah merujuk artikel-artikel yang berkaitan dengan bahan dan gas yang mencemarkan udara.

You might also like