You are on page 1of 17

BADRUL HISHAM BIN AB HAMID

820821035213

1





FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF



TAJUK TUGASAN :
E-PORTFOLIO (TUGASAN 1)









NAMA : BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
NO KAD PENGENALAN : 820821035213
NO MATRIK : 820821035213001
SEMESTER : JAN 2013
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUANTAN, PAHANG



BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

2


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0. Prakata 3
2.0 Maklumat Diri 4
3.0 Kertas Kerja 5-12
4.0 Kajian Kes 13-14
5.0 Refleksi 15
6.0 Rujukan 16
7.0 Lampiran 17



















BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

3

PRAKATA


Saya telah memilih untuk merancang dan melaksanakan program
pendidikan inklusif di Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah di mana tempat saya
bertugas sekarang. Ini kerana memandangkan sekolah ini memang mempunyai
3 orang murid yang berkeperluan khas jadi ia amat memudahkan saya untuk
melaksanakan tugasan ini. Selepas berbincang secara tidak formal dengan
pentadbir sekolah ini, cadangan saya untuk menubuhkan program pendidikan
inklusif ini telah dipersetujui dan mendapat sokongan penuh daripada pihak
sekolah ini. Dalam perbincangan, saya telah merancang dengan teliti tentang
beberapa aspek yang perlu ada dalam tugasan kami seperti penyediaan kertas
cadangan, kajian kes, dan refleksi terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan
kelak. Dengan kebenaran dan sokongan pihak pentadbir, saya meneruskan
usaha pelaksanaan program ini dengan menubuhkan satu jawatankuasa di
kalangan guru-guru tahun 1 yang mana terlibat secara langsung dengan
program ini.

Saya berasa sangat berbangga dan berpuashati dengan kerjasama yang
telah diberikan oleh semua guru yang terlibat sama ada secara langsung
atatupun tidak langsung untuk menjayakan program ini. Walaupun terpaksa
menumpukan tumpuan yang penting dalam bidang tugas di sekolah, tetapi saya
bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada semua yang terlibat kerana
dapat menjalankan program pendidikan inklusif ini seperti yang dirancang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada tutor EOS saya iaitu En Suriya Kumar A/L Sinnadurai serta rakan-
rakan yang banyak memberi maklumat dan pandangan terutama dalam
perbincangan forum.

Sekian, terima kasih.
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

4

MAKLUMAT DIRI


Nama : Badrul Hisham Bin Ab Hamid
No Kad Pengenalan : 820821035213
Tarikh Lahir : 21 Ogos 1982
Tarikh Lantik : 3 Jan 2005
Tarikh Sah Jawatan : 3 Jan 2006
Opsyen : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kelayakan Akademik : STPM
Kelayakan Ikhtisas : Diploma Perguruan Malaysia
Tempat Mengajar Terkini : Sek Keb Muadzam Shah
Matapelajaran diajar : PJ, PK, Sains, K. Hidup
Jawatan di sekolah : Guru Penyelras Bestari, Penyelaras
BOOSD, Ketua Panitia Sains


BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

5



































KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF MASALAH
PEMBELAJARAN DI SK
MUADZAM SHAH


TARIKH : JANUARI 2013

TEMPAT : SK MUADZAM SHAH

ANJURAN : GURU TAHUN 1 (2013)

DENGAN KERJASAMA : GURU MATAPELAJARAN
TAHUN 1 (2013)

2013
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID

BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

6

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF MASALAH PEMBELAJARAN
DI SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH (2013)


1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan pihak sekolah SK Muadzam Shah untuk meluluskan
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini. Program ini akan
dijalankan pada bulan Januari 2013 nanti.

2.0 PENGENALAN

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran,
kesukaran bertutur dan masalah pembelajaran ialah murid yang
dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid
berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan
memilih satu daripada tiga pilihan iaitu sekolah pendidikan khas, program
intergrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan
Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama
dan diajar oleh guru biasa. Program inklusif berbeza dengan sekolah
tradisional yang memisahkan pelajar yang kelainan upaya dari pelajar
biasa. Sebaliknya program inklusif ini akan menggabungkan murid
berkeperluan khas belajar bersama murid lain di dalam kelas arus
perdana. Walaubagaimanapun program inklusif memerlukan guru-guru
yang mempunyai latihan, kemahiran dan pengetahuan khusus untuk
menjayakannya.


BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

7

3.0 MISI

Program ini diadakan dengan misi untuk meningkatkan tahap
pembelajaran murid-murid berkeperluan khas seiring dengan murid arus
perdana melalui program-program yang berkesan dan sesuai dengan
tahap kebolehan mereka.

4.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memberikan satu program
pendidikan yang sewajarnya kepada murid-murid berkeperluan khas di
sekolah ini agar tidak ketinggalan dari segi pembelajaran dan intelektual
dan dididik secara inklusif. Ia menjadikan pelajar berkeperluan khas
sealiran dengan pelajar normal di sekolah harian biasa. Program
Pendidikan Inklusif ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni
kerajaan untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua
murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peluang kepada murid terlibat untuk mengalami
pengajaran dan pembelajaran serta menyertai aktiviti-aktiviti yang
terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal yang lain.
5.2 Membantu memberi keyakinan diri pelajar berkeperluan khas
untuk menghadapi masyarakat dalam kehidupan seharian.
5.3 Menjadikan mereka lebih berupaya serta mampu berdikari
seterusnya menjadi anggota masyarakat yang menyumbang
kepada masyarakat dan negara.



BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

8

6.0 TEMA

KECERMERLANGAN INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB
BERSAMA


7.0 Jawatankuasa Program Inklusif 2013

PENGERUSI
Pn Ruziah Bt Ajib
(Guru Besar SK Muadzam Shah)

NAIB PENGERUSI
En Badrul Hisham Bin Ab Hamid
(Penyelaras Program Inklusif)

SETIAUSAHA
Pn Nurzi Bt Nuruldin
(Setiausaha Program Inklusif)

BENDAHARI
Pn Nur Aini Bt Majid
(Guru Matematik Program Inklusif)

AJK
Pn Rohana Bt Mat Yatim (Guru Bahasa Melayu)
Pn Mazidah Bt Mamat (Guru Bahasa Inggeris)
Pn Khadijah Bt Ali (Guru Pendidikan Islam)
En Zamani Bin Kamal (Guru Sains)



BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

9

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk dijalankan pada:
Tarikh: Akhir Januari 2013
Masa : Waktu P&P kelas biasa.


9.0 TEMPAT PROGRAM

SK Muadzam shah


10.0 PUBLISITI

Banner akan dipamerkan di hadapan pintu masuk sekolah bagi
mempromosi dan memberitahu murid, guru serta masyarakat luar tentang
pelaksanaan program ini. Liputan publisiti juga akan dilakukan melalui
laman web sekolah dan akaun facebook sekolah.

11.0 SENARIO TERKINI PENDIDIKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Di Malaysia, terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh badan
kerajaan mahupun bukan kerajaan bagi murid-murid yang berperluan
khas. Program Pendidikan khas dijalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Sekolah Khas, Program Pendidikan Khas Intergrasi
(pengasingan/inklusif), Pemulihan Khas, Program Disleksia dan
Pendidikan Vokasional Penddidikan Khas. Selain itu, pendidikan khas di
Malaysia juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan
sukarelawan. Antara badan bukan kerajaan yang terlibat dengan secara
langsung dengan pendidikan khas ini ialah :
a. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) -
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

10

mental di antara umur 2-16 tahun.
b. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari - mengajar kanak-kanak
berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
c. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome
Foundation) - menjaga kebajikan kanak-kanak sindrom down dan
tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun.

12.0 POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),
yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah
meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas. Antara anjakan yang terdapat dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan tersebut yang menyokong pendidikan inklusif
ialah :
Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya
berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat
menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok
sepertiga terbaik dalam pentaksiran peringkat antarabangsa,
memastikan semua murid menikmati peluang yang sama kepada
pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti Nasional
dalam kalangan murid.


13. 0 MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat tiga orang murid pendidikan khas yang telah menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di sekolah ini.
Murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi
dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang
akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

11

murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun hanya setelah ibu bapa yang
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang
akan dipilih untuk mengikuti program ini. Maklumat terperinci tentang
murid tersebut boleh merujuk kepada Lampiran A.

14.0 KEPERLUAN LOGISTIK

14.1 Tenaga pengajar selain daripada berpengalaman dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam aspek pendidikan khas, seseorang guru yang
mengajar pendidikan inklusif juga perlu mempunyai sifat sabar dan cekal.
14.2 Kemudahan/peralatan kemudahan dan peralatan seperti bahan-bahan
yang teliti serta bilik-bilik khas yang sesuai dengan masalah murid tersebut
adalah penting untuk menjayakan program ini.
14.3 Sumber kewangan diperlukan untuk sebarang perbelanjaan diluar jangka.


15.0 SOKONGAN INSTITUSI /ORGANISASI LAIN
Sokongan daripada institusi lain dalam menjayakan program inklusif ini adalah
amat memuaskan dan sentiasa diperlukan. Contonya Institusi seperti
kementerian kesihatan yang memberikan perkhidmatan pemeriksaan yang
percuma adalah amat sesuai dan bermakna bagi kami.


18.0 PENUTUP

Hubungan yang positif antara guru dan murid adalah sangat penting bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam sesuatu kelas.
Seperti yang kita maklum, murid berkeperluan khas mempunyai konsep
kendiri yang rendah akibat interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak
kontrstruktif. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa harus berusaha untuk
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

12

mengubah senario tersebut daripada berterusan. Selain itu, kolaborasi yang
berterusan antara pihak profesional dengan pihak ibu bapa sangat penting
ke arah itu. Tambahan pula, pendidikan untuk semua murid telah
diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas untuk mengalami pengalaman pembelajaran seperti murid
lain di arus perdana. Hak untuk mendapat pendidikan dan perkhidmatan
sama rata oleh mereka tidak diabaikan dewasa ini.

Disediakan oleh,

..........................................
(BADRUL HISHAM BIN AB HAMID)
GURU KELAS 1 JAYA
SK MUADZAM SHAH
PAHANG.

Disahkan oleh,

..........................................
(PN JAMALIAH BT MAT SARIB)
GURU PENOLONG KANAN 1
SK MUADZAM SHAH
PAHANG

Diluluskan oleh,

..........................................
(PN RUZIAH BT AJIB)
GURU BESAR
SK MUADZAM SHAH
PAHANG

BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

13

AKTIVITI 2 (KAJIAN KES)


1. Tujuan Kajian. (Abstrak)
Kajian yang saya jalankan ke atas salah seorang murid yang berkeperluan khas
di sekolah ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan
program pendidikan inklusif yang telah dijalankan terhadapnya selama 2 bulan.
Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti program pendidikan inklusif yang
bersesuaian dengan murid tersebut. Kajian saya ini telah saya jalankan melalui
kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan maklumat yang
sepatutnya. Manakala instrument yang saya gunakan ialah borang soal selidik
dan temu bual dengan guru-guru serta murid yang terlibat.

2. Maklumat murid.
Untuk kajian ini, saya telah memilih untuk melakukan kajian terhadap murid yang
bernama Puteri Erina Bt Mohamad yang berumur 7 tahun. Dia telah diletakkan di
kelas arus perdana iaitu kelas 1 Usaha bersama-sama dengan 20 orang murid
normal lain. Murid ini berasal dari keluarga yang sederhana kerana ayahnya
hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan di bandar Muadzam Shah. Murid ini
mengalami masalah pembelajaran Disleksia iaitu mempunyai kecerdasan
mental yang searas murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam
kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Antara ciri-ciri yang ada pada murid
ini ialah sukar belajar bahasa, sukar kaitkan huruf atau perkataan dengan
bunyinya, lebih minat merujuk gambar dan sebagainya.

3. Program pendidikan untuk murid disleksia.
Pada peringkat awal kami telah mengadakan ujian diagnosis yang khusus
terhadap murid ini. Di sesetengah negara terdapat beberapa ujian seperti The
Aston Index (M. Newton and M. Thompson, 1976), CoPS 1 (Cognitive Profiling
System, C. Singleton, 1996) dan DEST (Dyslexia Early Screening Test, A.
Fawceett and R. Nicolson, 1996) yang digunakan oleh para guru bagi mengenal
pasti kanak-kanak disleksia. Walau bagaimanapun kami telah menggunakan
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

14

senarai semak yang mengandungi simptom-simptom biasa kanak-kanak
disleksia bagi membuat screening. Kemudian kami telah menggunakan
beberapa lagi program yang spesifik seperti Alpha to Omega, A-Z oleh B.
Hornsby, Bangor Dyslexia Teaching System, Kaedah Phono-Graphix dan
Kaedah Orton-Gillingham. Dengan cara ini, pengajaran lebih berstruktur, bersiri,
kumulatif dan terperinci. Kaedah seperti ini menggunakan kad imbasan untuk
satu siri latih tubi bagi membiasakan murid dengan bunyi huruf itu. Pendekatan
yang digunakan ialah dengan meletakkan gambar yang menjadi kata kunci
kepada bunyi huruf itu seperti 'kucing' bagi mengingati bunyi yang dapat
dikaitkan dengan 'k'. Lembaran kerja dan latihan dengan skema pemarkahan
juga terdapat dalam program-program ini.

4. Penambahbaikan
Hasil daripada soal selidik dan temu bual saya dengan beberapa orang guru dan
juga murid yang terlibat iaitu Puteri Erina, saya mendapati perlunya
penambahbaikan ke atas program yang telah dijalankan itu. Penambahbaikan
tersebut adalah dari segi kolaborasi antara guru-guru mata pelajaran. Kolaborasi
yang baik antara guru yang terlibat seperti guru bahasa, matematik dan lain-lain
akan memberikan kesan positif terhadap keberkesanan program ini. Ramai
responden beranggapan bahawa kerjasama yang utuh dan saling berbincang
masalah serta cara mengatasi ke atas murid yang terlibat pastinya akan
memberikan impak positif kepada mereka. Selain itu, hubungan dan komunikasi
dua antara guru dan ibu bapa murid juga amat penting. Guru harus sentiasa
berhubung dan melaporkan prestasi dan perkembangan murid tersebut kepada
ibu bapa mereka dari masa ke semasa. Respon daripada penjaga juga amat
diperlukan oleh guru-guru untuk mencungkil idea yang sesuai sejajar dengan
matlamat program.

5. Hasil kajian kes.
Untuk itu, kami telah melaksanakan penambahbaikan program inklusif ini kepada
murid tersebut selama 2 bulan iaitu bermula dari bulan Apil hingga Mei. Hasil
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

15

daripada itu, saya lihat terdapat sedikit perkembangan posistif yang dialami oleh
Puteri Erina itu terhadap pembelajarannya. Dia dilihat lebih positif berbanding
sebelumnya dari segi membaca, menulis dan mengira. Dia juga telah dapat
menyebut beberapa perkatan dan huruf yang ditunjukkna kepadanya.


AKTIVITI 3 (REFLEKSI)


Selepas berjaya menjalankan program pendidikan inklusif ini terhadap 3
orang murid di sekolah ini saya telah membuat satu kajian tindakan terhadap
kesediaan pihak sekolah untuk melaksanakan program ini secara meluas serta
kesan kepada diri saya sebagai seorang guru. Hasil daripada pengamatan saya,
pihak sekolah mempunyai kesediaan yang baik untuk menjalankan program
pendidikan inklusif ini secara meluas. Scenario ini akan terjadi apabila pihak
sekolah dimaklumkan dan difahami secara total tentang matlamat, objektif dan
sasaran utama program ini. Selain itu, saya juga telah menerangkan sedikit
sebangayk tentang langkah langkah dan keperluan yang diperlukan bagi
menjayakan program ini secara maksimum. Apabila pihak sekolah memahami
segala konsep dan kaedah yang wajar dilakukan mereka pastinya tidak akan
menolak cadangan mengadakan program seperti ini yang sejajar dengan
aspirasi dan hala tuju dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Setelah menjalankan kajian kes terhadap salah seorang murid
berkeperluan khas itu, wujud satu keyakinan dalam diri saya untuk terus
menjalankan program pendidikan inklusif terhadap murid-murid berkeperluan
khas pada masa akan datang. Melihat kepada perkembangan Puteri Erina itu,
saya yakin segala program yang dirancang pasti akan membuahkan hasil
apabila ia dilakukan dengan teliti dan kerjasama anatara semua pihak
termasuklah pihak pentadbir sekolah, guru-guru, dan ibubapa murid terlibat. Oleh
itu, saya pastinya akan meneruskan usaha dan melaksanakan program ini
secara berterusan pada masa akan datang terhadap murid lain pula yang
mempunyai masalah pembelaran yang sama.
BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

16

RUJUKAN


Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children
(7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.


BADRUL HISHAM BIN AB HAMID
820821035213

17

LAMPIRAN A.

MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SK MUADZAM SHAH.

1. Nama Murid : Puteri Erina Bt Mohammad
Umur : 7 tahun
Nama Bapa : Mohamad Bin Zakaria
Pekerjaan Bapa : Berniaga
Alamat : 23, Desa Dahlia, 26700 Muadzam Shah, Pahang.
Kategori Masalah Pembelajaran : Reading difficulties (disleksia)

2. Nama Murid : Tuan Saiful Amin Bin Tuan Mustapha
Umur : 7 tahun
Nama Bapa : Tuan Mustapaha Bin Tuan Arif
Pekerjaan Bapa : Kerani Am
Alamat :44, Desa Teratai, 26700 Muadzam Shah, Pahang.
Kategori Masalah Pembelajaran : Writting difficulties (Dysgraphia ( sebahagian
ketidakbolehan menulis)

3. Nama Murid : Ahmad Farhan Bin Kamarudin
Umur : 7 tahun
Nama Bapa : Kamarudin Bin Jalalludin
Pekerjaan Bapa : Berniaga sendiri
Alamat : 12, Desa Bidara, 26700 Muadzam Shah, Pahang.
Kategori Masalah Pembelajaran : Arithmetic difficulties (Dycalculia).

You might also like