You are on page 1of 6

Faedah Bersukan/ Aktiviti Riadah

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah,
kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui
bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita bereaksi
seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa
lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan.
Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama.
Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang
berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi
latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi
latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita
berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun
negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya
mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau
sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan
kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang
rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang
sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan
dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya,
apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan
kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga
dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara
sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.
Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental.
Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat
menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata
pepatah sediakan payung sebelum hujan dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah
tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah
menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu
menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan
dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan
jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan.
Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat
yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat
berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan
juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada
beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk
bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula,
penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang
dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat
dan melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau
pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan
perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan
semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah
pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti
bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan
diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat
mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.
Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara
individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan
sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga
mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di
peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring
dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan
menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi
menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional,
pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan
badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada
masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada
masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan.
Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya
saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar
mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya ,
sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar
digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.


Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam
kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa
lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid
1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini
ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.
Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai
disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak
merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk
membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan
demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya,
seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang
aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang
tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan
masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa
yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya,
seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak
berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu,
sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih
bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak
berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di
pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada
murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah.
Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru
mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya
kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di
peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Faedah Bersukan: Pelajar

Dalam zaman yang serba moden, bersukan bukanlah perkataan baharu dalam kehidupan kita. Bersukan
bermaksud satu aktiviti yang memerlukan ketandasan atau kemahiran serta tenaga untuk berhibur atau
bertanding. Setiap orang mencari pelbagai cara untuk bersukan.

Seseorang yang terlibat dalam sukan seperti berenang, berbasikal, berjoging dan sebagainya. Peredaran darah
akan menjadi lancar dan beratur serta berpeluh. Ini dapat mencergaskan badan kita dan mencerdaskan otak
seseorang.

Sedia dimaklurnkan, seseorang yang sentiasa bersukan dapat disemaikan sifat-sifat murni seperti bertoleransi,
bertanggungjawab, bekerjasama dan sebagainya. Dalam pada itu, bersukan juga dapat menghiburkan diri dan
melepaskan lelah selepas bekerja atau belajar sehari suntuk.

Justeru itu, kebanyakan orang menjadikan bersukan sebagai satu cara mengisi masa lapang yang dapat
mengelakkan diri daripada kes jenayah.Tambahan pula bersukan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu
sama lain dan dapat membentuk satu masyarakat yang aman sentosa.

Bersukan juga merupakan satu cara mencungkil bakat para belia untuk menjadi atlet-atlet yang terkenal.
Seterusnya, bersukan dapat memenuhi kepuasan diri dan menharurnkan nama negara dengan memenangi
pertandingan.

Pada keseluruhannya, bersukan mempunyai banyak faedah. Semua lapisan masyarakat perlu digalakkan untuk
menjamin kesihatan diri, mengharumkan bangsa dan nusa.
Faedah bersukan : Chang Lee Lian

Antara aktiviti harian yang penting dalam kehidupan kita ialah bersukan. Bersukan membawa banyak kebaikan.
Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Jika kita selalu bersukan, badan kita akan menjadi cergas
dan kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit
jantung dan sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu bersukan. Kita juga
tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini dapat membantu kita mengelakkan diri daripada gejala sosial
yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak dan sebagainya.
Selain itu, bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat menghilangkan
penat selepas belajar. Dengan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan.
Bersukan juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. Hal ini adalah kerana jika kita selalu
bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap. Contohnya sukan seperti badminton dan
ping pong yang melibatkan lebih daripada satu pemain.
Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, kita harus menanam tabiat
baik ini sejak kecil lagi.

Kepentingan Sukan (isi)
Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk
kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:

Saluran darah yang lancar
Mental dan fizikal yang cergas
Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk
berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.

Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan
penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang
banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya Hidup Sihat
Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
Memupuk semangat patriotisme
Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat
patriotik dan cintakan Negara
Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri,
organisasi dan Negara
Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja
lebih produktif.
Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta
berfikiran positif.
Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat
minda kelas pertama.

Manfaat Dasar 1 Murid 1 Sukan (STPM)
Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif
dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam
sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri
dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung
dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian
kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti
sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat
Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti
semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun
2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan
kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga
dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan
harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti
bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan.
Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana
terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti
kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-
pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial
apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.

Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung
dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej
negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya
diteruskan.

Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah
untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1
Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah, sekadar
melepaskan batuk di tangga. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. MAJULAH SUKAN
UNTUK NEGARA

You might also like