You are on page 1of 12

i) Teknik Manipulasi Emas Menggunakan 1 dinar

Kalau kita tanya warga bumiputera terutama berbangsa melayu. Ramai


yang mempunyai akaun Amanah
kenapa menyimpan di ASB dan kenapa tidak di tempat lain?
Jawapan yang selalu diberi adalah kerana ASB memberikan pulangan
pendapatan yakni dividend dan bonus yang konsisten dan tidak penah
rugi sejak ditubuhkan.
Bagaimana anda ingin memanipulasikan emas dan mendapatkan
pulangan seperti ASB malah lebih
Caranya sangat mudah.
Contoh!
Pada 14/1/2011 anda membeli 1 dinar sebanyak 10 keping seperti
harga Public Dinar di bawah.

Teknik Manipulasi Emas Menggunakan 1 dinar

Kalau kita tanya warga bumiputera terutama berbangsa melayu. Ramai
yang mempunyai akaun Amanah Saham Bumiputera(ASB).Persoalan
kenapa menyimpan di ASB dan kenapa tidak di tempat lain?
diberi adalah kerana ASB memberikan pulangan
pendapatan yakni dividend dan bonus yang konsisten dan tidak penah
Bagaimana anda ingin memanipulasikan emas dan mendapatkan
malah lebih?

Pada 14/1/2011 anda membeli 1 dinar sebanyak 10 keping seperti
harga Public Dinar di bawah.

Teknik Manipulasi Emas Menggunakan 1 dinar
Kalau kita tanya warga bumiputera terutama berbangsa melayu. Ramai
Saham Bumiputera(ASB).Persoalannya
kenapa menyimpan di ASB dan kenapa tidak di tempat lain?
diberi adalah kerana ASB memberikan pulangan
pendapatan yakni dividend dan bonus yang konsisten dan tidak penah
Bagaimana anda ingin memanipulasikan emas dan mendapatkan
Pada 14/1/2011 anda membeli 1 dinar sebanyak 10 keping seperti
Jumlah yang perlu anda bayar kepada Public Gold.
10 keping 1 dinar = RM646 x 10 = RM6460.
Selepas setahun lebih sedikit.
Pada 2/2/2012 anda nak tahu berapa keuntungan yang anda ada hasil
dari simpanan 10 dinar emas.Harga adalah seperti di bawah:

Nilai 10 keping dinar emas sekarang sekiranya dijual semua kepada
Public Gold berdasarkan harga PG Buy seperti di bawah.
10 keping 1 dinar = RM745 x 10 = RM7450.
Keuntungan = (Harga 2/2/2012) - (Harga 14/1/2011)
= RM7450 RM6460
= RM990
Jadi berapa peratus keuntungan anda sepanjang setahun dari 2011
sehingga 2012?
% Keuntungan =
990
6460
100 = 15.33%
Tetapi, untuk merasa atau mengambil keuntungan ini anda perlu
menjual kesemua 10 dinar anda.
Ruginyananti nak beli balik harga dah mahal??
Ada sebab tertentu kenapa saya menyuruh anda membeli 10 keping
dinar dan bukannya 50g gold bar yang nilai nya hampir sama.
Sekiranya anda membeli satu ketul 50g gold bar.Untuk mendapat hasil
simpanan anda untuk setahun anda perlu menjual keseluruhan
50g(takkan la anda nak kikis sikit kan..mana boleh )
Tetapi disinilah keunikan 1 dinar.Untuk mendapatkan 15.33%
keuntungan, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menjual
hanya satu dinar emas pada harga PG buy iaitu RM745.
Berapa % keuntungan yang telah anda keluarkan dengan menjual satu
dinar emas?
%keuntungan 1 dinar =
745
6460
100 = 11.53%
Dengan cara ini dalam masa yang sama anda dapat mengekalkan 9
keping dinar emas lagi ditangan dan hanya mengeluarkan keuntungan
sahaja.
Lihat! Dengan menggunakan emas sebagai medium pelaburan dan
bukannya hanya tertumpu kepada ASB semata-mata. Anda dapat
menjana pulangan melebihi dari pendapatan ASB iaitu 8.8% sahaja bagi
tahun 2011-2012.

Ingat! Pelaburan ini diuruskan oleh anda dan bukan oleh mana-mana
pengurus unit amanah saham bumiputera.
Siapa yang dapat memberikan pulangan lebih. Anda atau mereka? Anda
lebih bijak dari mereka dalam menguruskan kewangan sebenarnya!!!
dan teknik ini diuruskan sendiri oleh anda.
Tak cukup la 15.33% keuntungan. Anda nak lebih?
Boleh! Jualkan emas anda kepada orang perseorangan yang berminat
pada harga PG Sell dan dengan ini anda dapat menjana keuntungan
dengan lebihan sebanyak 6%. Jadi pulangan anda sebenarnya akan
bertambah dari 15.33% kepada sekitar 21.33%.
Anda tak percaya? Lihat pengiraan yang telah saya buat di bawah.
keuntungan = (Harga PG Sell 2/2/2012) - (Harga PG Sell 14/1/2011)
= RM7920 RM6460
= RM1460
% Keuntungan =
1460
6460
100 = 22.6%
Tetapi anda tidak perlu menjual kesemuanya semata-mata untuk
mengeluarkan 22.6%.Seperti jugak cara di atas. Anda hanya menjual 2
keping dinar pada harga RM792 setiap satu dan jumlah jualan adalah
RM1584. Sekarang anda sudah pon keluarkan hasil emas anda untuk
2011-2012 dan dalam masa yang sama masih mengekalkan 8 keping
dinar emas. Tahniah!!

Sekiranya anda menjual sendiri emas anda kepada orang perseorangan
dan bukannya kepada Public Gold.
Anda boleh mendapat pulangan sehingga 22.6% iaitu 2.5 kali ganda dari
anda simpan di ASB.
Kenapa perlu tunggu dan simpan di ASB untuk 2 tahun 6 bulan
sedangkan anda boleh menjana pendapatan dengan cara anda sendiri
menggunakan emas hanya untuk 1 tahun.

















ii) Teknik Manipulasi Emas Untuk Bayaran Bil dan Lain-Lain
Bayaran Tetap Bulanan(Sandarkan Emas Anda)

Teknik ini adalah antara teknik yang saya amat suka kerana di samping
saya membuat pembayaran bil setiap hujung bulan.Saya juga ada
simpanan emas.
Teknik ibarat anda membunuh dua ekor burung menggunakan hanya
satu ketul batu.
Baca dengan teliti dan fahami bagaimana saya sandarkan pembayaran
bil bulanan saya dengan emas.
Katakan anda seorang pekerja di mana-mana sector dan bergaji
RM3000 setiap bulan



Berikut adalah pecahan kewangan yang dibuat oleh anda setiap kali
tiba hujung bulan.
Gaji Bulanan: RM3000
Pembayaran Tetap Bulanan : RM2500(secara kasar)
(termasuk rumah dan kereta dan perbelanjaan rumah)
Saving Tetap Bulanan: RM300
Perbelanjaan Luar Kawalan: RM200
Apa yang perlu dilakukan?
Pecahkan pembayaran tetap bulanan anda berjumlah RM2500 kepada
2 bahagian. Satu bahagian mempunyai nilai 1/3 dan satu lagi bahagian
2/3.
Anda gunakan bahagian 2/3 dari jumlah RM2500 anda untuk membeli
emas.
Jumlah yang perlu digunakan untuk membeli emas seperti dibawah:
Pembelian emas:

2500 = RM1666.67
Cari produk Public Gold yang hampir menyamai nilai
RM1666.67.Produk tersebut mungkin mempunyai nilai yang kurang
atau lebih mengikut budget yang mampu anda sediakan.
Perhatian!! Untuk langkah seterusnya anda akan gadaikan emas yang
anda beli di ar-rahnu. Jadi anda wajib membeli emas(barang kemas)
916(22K) atau tengok sahaja harga i-series Public Gold dan abaikan gold
bar kerana gold bar berketulenan 999(24K).

Kenapa emas 916(22K)??
Untuk gadaian,pihak ar-rahnu hanya akan menerima emas 916(22K)
dan tidak lagi gold bar 999(22K) kecuali anda dapat membeli
emas(barang kemas) 999(22K)
Ok! Lihat paparan skrin yang telah saya buat di bawah.

Matlamat anda adalah untuk membeli emas i-Series 22K yang
menyamai nilai RM1666.67. Anda tidak akan dapat membeli emas yang
tepat dengan nilai tersebut, apa yang perlu anda lakukan adalah
dengan membeli 10gram i-Series 22k Jewellery dengan menambah
sedikit wang untuk membeli pada harga RM1784.
Jumlah yang perlu ditambah= RM1784 - RM1666.67 = RM117.33
Timbul persoalan dari mana nak cari RM117.33, jika anda ingat pecahan
kewangan yang telah saya buat diatas, gunakan sahaja wang dari
perbelanjaan luar kawalan. Jadi secara tidak langsung anda dapat
MENGAWAL perbelanjaan LUAR KAWALAN anda .
Seterusnya, pergi ke mana-mana cawangan ar-rahnu yang berhampiran
seperti Agrobank dan Bank Rakyat untuk gadaikan emas anda.
*Saya lebih gemar Agrobank kerana Agrobank mempunyai kadar yang
lebih tinggi berbanding Bank Rakyat.Lihat screen shoot di bawah untuk
perbandingan.


Anda dapat lihat sendiri harga semasa untuk emas 22K di Bank Rakyat
dan Agrobank.
Ok! Andaikan anda gadaikan emas anda di Agrobank, berikut adalah
pengiraan wang yang anda dapat selepas menggadaikan emas anda
dengan mengambil 70% dari nilai marhum.
Nilai Marhum: 10g x RM183.70 = RM1837.00
Nilai pinjaman : 70% x RM1837.00 = RM1285.90
Anda tidak perlu risau apabila sampai tempoh 6 bulan dan anda perlu
menebus kembali emas anda dengan membawa jumlah pinjaman
beserta upah simpan.
Kenapa tak perlu risau??
Saya akan ceritakan di akhir topik.
Wang yang ada untuk bayaran bulanan:
RM1000(1/3 dari pecahan perbelajaan yang tidak digunakan untuk
membeli emas) dan RM1285.90 wang hasil gadaian. Jumlah
keseluruhan adalah RM2285.90. Jadi gunakan RM2285.90 untuk
pembayaran perbelanjaan bulanan anda!!
Dengan melakukan semua seperti diatas untuk setiap bulan, anda
dapat menyandarkan perbelanjaan bulanan anda dengan emas.
Kebaikan??
- Anda mempunyai simpanan emas 10g setiap bulan dan
bayangkan sekiranya anda sudah bekerja selama 20 tahun. Anda
sudah mempunyai 2.4 Kg simpanan emas iaitu bersamaan dengan
harga semasa RM428,184.00 tahun 2011. Bayangkan harga
semasa 20 tahun lagi dengan kenaikan emas 20% setahun.

- Memanipulasikan sistem kewangan kapitalis dengan kembali
kepada system kewangan yang sebenar dengan mengurangkan
kebergantungan kepada matawang fiat.

- Menghalang nilai wang daripada dihakis oleh inflasi saban tahun.
Cara mudah untuk memahami inflasi adalah dengan
membandingkan harga makanan seperti harga sepinggan nasi
putih 10 tahun dahulu dengan harga sekarang.

- Menambah jumlah kekayaan agar dapat bersara tanpa
memikirkan status kewangan. Setiap orang boleh menjadi
jutawan dengan emas selepas bersara secara tidak langsung dan
dalam masa yang sama berbelanja seperti orang lain.

Kenapa tidak perlu risau apabila hamper tiba masa untuk menebus
emas??
Kenaikan emas adalah dalam lingkungan 20% setahun dan MUNGKIN
10% dalam 6 bulan. Sekiranya nilai marhum anda ketika ini RM1837,
selepas 6 bulan nilai marhum anda akan menjadi RM2020.70 selepas
kenaikan 10%.Gunakan saja perbezaan nilai(overlap/refinance) untuk
membayar upah simpan dan sambung pinjaman anda untuk 6 bulan
lagi.
Apa jadi selepas 6 bulan berikutnya?
Ulang situasi yang sama seperti di atas.Inilah antara kebaikan dengan
menyandarkan emas anda.Emas anda ada, perbelanjaan bulanan
terbayar .
Mudahkan untuk sandarkan wang anda dengan emas. Kenapa perlu
membayar perbelanjaan rumah setiap bulan tanpa apa-apa pulangan
sedangkan dengan kaedah ini anda dapat menyelesaikan perbelanjaan
rumah dan menyimpan emas untuk simpanan masa hadapan .
Beruntunglah sekiranya anda mengetahui kaedah ini sekarang dan
masih muda untuk mulakan. Bayangkan anda Cuma mengetahui
kaedah ini 10 tahun lagi. Betapa ruginya anda selepas menghabiskan 10
tahun membayar perbelanjaan rumah dengan sia-sia.

You might also like