You are on page 1of 22

Sebuah Terbitan

Pengerusi Penerbit : Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Niza


Pengarah Urusan Penerbit : Puan Hajjah Rozita Binti Md Taib
Penulis : Amir Azros Abdul Aziz
Editor : Noorartina Md Nayan
Susun Atur : Alyani Amanina Azros Abdul Aziz
Reka Bentuk Kulit : Luvleey.com
Pemasaran : Aizat Azros Abdul Aziz
Aidil Azros Abdul Aziz
Promosi : Agen Affiliate
*************************************************************************************
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan daripada Ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan foto dalam apa jua bentuk
dan cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
I NSPI RASI I M (IP0379771-P).
*************************************************************************************
Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan ebook yang diterbitkan ini mengandungi
maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit
dan penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan,
perakaunan atau khidmat profesional lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau
bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat pakar dan khidmat profesional daripada
pakar yang berkelayakan.


DEDIKASI
Terima kasih Allah s.wt. Tuhanku
Terima kasih Nabi Muhammad s.a.w Rasulku
Terima kasih Kedua Ayah Dan Bondaku
Terima kasih Isteri Serta Anakku
Terima kasih Saudaraku
Terima kasih Guru Serta Pembimbingku
Terima kasih Teman Seperjuanganku
Terima kasih Pembaca Tulisanku
Terima kasih atas sokongan dan dorongan

i



PRAKATA



Alhamdulilah. Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran
kepada Allah s.w.t atas nikmat dan rezeki-Nya. Dengan keizinan-
Nya, saya diberikan kekuatan dan ilham untuk berkongsi informasi
dengan pembaca.
Tujuan utama saya menulis Ebook I ngi n Belaj ar Menuli s? :
Pelaj ar i Tekni k Bagai mana Menuli s Gaya Penuli s
Handalan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya
dalam bidang penulisan.


ii




Hasil penulisan ini saya rumuskan melalui penyertaan bengkel,
seminar, bahan rujukan serta pengalaman diri saya sendiri.
Diharapkan dengan terhasilnya penulisan ini, akan memberikan
dorongan dan motivasi kepada penulis baru khasnya.

Untuk mendapatkan kefahaman yang maksimum, saya sarankan agar
anda MENCETAK Ebook ini. Sekaligus menjadi nota di mana
sahaja anda berada.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
menjadikan Ebook ini sebagai sahabat akrab dan teman
berkomunikasi ilmu penulisan.


iii





Segala maklum balas, soalan, cerita, kritikan, idea, cadangan dan
testimoni selepas membaca Ebook ini, sentiasa saya nantikan dengan
hati yang terbuka. Hubungi saya melalui 019-5588768 atau email
amirazros@yahoo.com.

Semoga kita menjadi penulis handalan yang mencipta perkataan
bermanfaat. Insya-Allah.

Ikhlas,
Amir Azros Abdul Aziz
Penulis Ebook Ingin Belajar Menulis?


iv



ISI KANDUNGAN
Dedikasi i
Prakata ii
BAHAGIAN 1: UNSUR SEORANG PENULIS HANDALAN
Bab 1
5 Semangat Utama Seorang Penulis 1
Bab 2
Jangan Berhenti Menulis Selagi Bernyawa 9
BAHAGIAN 2: PERANCANGAN AWAL PENULISAN
Bab 3
Tetapkan Matlamat Yang Jelas 14
Bab 4
Teknik Bedah Siasat Niche 28
Bab 5
Cipta Tubuh Bakal Pembaca 40
Bab 6
Cari Gali Rujukan Yang Berkualiti 50



BAHAGIAN 3: TEKNIK PENULISAN GAYA HANDALAN
Bab 7
Strategi Seru Idea 60
Bab 8
Teknik Soal Siasat 64
Bab 9
Teknik CPE 70
Bab 10
Teknik Tawan Minda 81
Bab 11
Strategi KJ Method Penulisan 87
BAHAGIAN 4: PERJUANGAN BELUM SELESAI
Bab 12
Sebab Kegagalan Seorang Penulis 90
Bab 13
Peraturan Menjadi Penulis 95
Rujukan
Biodata Penulis




Bahagian 1
Unsur Seorang
Penulis Handalan
Bab 1
5 Semangat Utama Seorang Penulis
Bab 2
Jangan Berhenti Menulis Selagi Bernyawa




Bab 1
5 Semangat Utama Seorang Penulis

Menjadi seorang penulis bagi sesetengahnya adalah mudah. Namun
sebaliknya, bagi sesetengahnya merasakan bahawa menulis adalah
sesuatu yang sukar.
Apa sahaja tanggapan kita, sebenarnya asas adalah seperti mula-mula
kita belajar berjalan tika zaman bayi. Kita sentiasa berlatih untuk
berjalan. Kita terus berlatih untuk berlari. Sesekali kita terjatuh.
Sesekali kita tersungkur.
Tetapi apabila kita mengatakan menulis itu sukar, sebenarnya
terletak kepada set pemikiran (mind set) kita. Set pemikiran
mengatakan mudah, mudahlah jadinya. Set pemikiran mengatakan
sukar, maka sukar lagilah jadinya.

1



Secara asasnya, penulisan adalah satu aktiviti yang perlu dilatih,
dilatih dan terus dilatih. Walau hebat mana sekalipun penulis
tersebut, sekiranya tiada kesungguhan dan latihan yang mencukupi,
dia kekal hanya penulis biasa.
Namun sekiranya seseorang penulis tersebut tidak mempunyai
sebarang asas pendidikan tentang penulisan. Tetapi bersungguh-
sungguh dan terus berlatih menulis, dia bakal menjadi penulis
handalan.
Secara teknikal, melalui pembacaan kita hanya menyumbang
sebanyak 30 peratus kepada kemahiran penulisan kita. Selebihnya
adalah hadir daripada semangat kesungguhan, semangat
lati han, semangat mener i ma tegur an, semangat ti dak
putus asa dan semangat untuk ter us maj u ke hadapan.


2




Semangat #1: Semangat Kesungguhan

Hanya penulis yang mempunyai sikap tekun dan berusaha sahaja
mampu mendapat hasil penulisan yang terbaik. Oleh itu, aset untuk
menggapai semangat kesungguhan dengan mempunyai dua sikap di
atas.
Kesungguhan ini dapat dilihat dengan ciri berikut :
Sentiasa memperbaiki kelemahan dan menerima kritikan untuk
meningkatkan lagi kualiti penulisan.
Sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan patah semangat.



3




Semangat #2: Semangat lati han

Latihan adalah satu usaha penulis untuk memperbaiki kualiti
penulisan. Penulis yang baru sering merasakan mutu penulisan
mereka tidak mencapai piawaian pembaca.
Usah berfikiran negatif. Apa jua usaha penulisan yang baik,
sebenarnya mencapai piawaian pembaca. Cuma yang membezakan
adalah cara olahan sahaja.
Oleh itu, teruskan latihan. Teruskan menulis. Walaupun terdapat
anasir-anasir negatif yang berkumandang. Biarkan ia berlalu pergi
kerana kita adalah penulis handalan. Penulis handalan yang mampu
membendung suara-suara negatif.

4




Semangat #3: Semangat Mener i ma Tegur an

Ramai penulis baru yang putus asa dan berhenti menulis apabila
menerima teguran. Mereka patah hati apabila dikritik daripada
semua arah; hadapan, belakang, kiri dan kanan.

Ramai yang menyepi terus dari dunia penulisan apabila dikritik dan
ditegur dengan cara yang keras. Semangat menerima teguran ini
perlu diserapkan dalam tubuh seorang penulis handalan.

Untuk menjadi penulis handalan, kita seharusnya memperbaiki dan
meningkatkan lagi kualiti penulisan kita. Sebenarnya, kritikan dan
teguran adalah satu pengajaran yang amat berharga.

5





Memang, tidak dinafikan pada mulanya kita akan hilang semangat.
Namun jangan biarkan ia memakan semangat penulisan kita.
Teruskan gapai cita-cita dalam perjuangan dunia penulisan.

Bagi yang tidak mempunyai semangat menerima teguran, maka kita
perlu ubah stigma dan set pemikiran. Set pemikiran yang
mengatakan bahawa, kritikan dan teguran adalah aset kualiti
penulisan kita.


6




Semangat #4: Semangat Ti dak Putus Asa

Untuk menjadi seorang penulis, kita perlu mempunyai sikap tidak
mengenal putus asa. Sentiasa bangun dan terus menulis. Tiada
ilham dan idea. Berhenti sebentar, dan mulakan penulisan setelah
keadaan kembali tenang.
Bagi mereka yang tidak mempunyai semangat ini, mereka perlu
merubah tabiat diri dan menjadi individu yang lebih baik. Cetuskan
perasaan yang sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke
semasa.
Dengan itu, semangat tidak putus asa akan terbentuk dan meresap
dalam darah daging seseorang penulis.


7




Semangat #5: Semangat Maj u Ke Hadapan

Penulisan sebenarnya bukanlah satu bidang yang boleh didengar dan
diajar semata-mata. Ia adalah kemahiran yang memerlukan teknik
dan latihan yang berulang kali.

Oleh yang demikian, seandainya kita ingin menjadi seorang penulis
handalan. Maka aset utama yang perlu ada dalam diri kita adalah
semangat untuk terus maju ke hadapan


8



Bab 2
Jangan Berhenti Menulis Selagi Bernyawa

Perbezaan antara seseorang penulis handalan dan bukan penulis
adalah SENTIASA menulis. Walaupun kita kaya dengan idea dan
ilham yang mega namun jika kita tidak luahkan dengan menulis
ianya adalah suatu yang sia-sia.

Namun sekiranya kita yang kekeringan idea dan ilham tetapi kita
terus mengorak langkah untuk terus menulis perkataan yang
bermanfaat, maka ia sudah melayakkan diri kita sebagai seorang
penulis.


9




Setiap orang mempunyai karekter dan watak yang berbeza.
Perbezaan ini sebenarnya adalah satu keistimewaan antara kita
dengan insan yang lain.

Mustahil sepanjang kehidupan kita tiada dugaan yang menimpa. Bila
kita mempersiapkan diri untuk menjadi seorang penulis handalan,
maka siapkan diri dengan pelbagai halangan, gangguan, tomahan dan
kritikan.

10



Anasir
CABARAN PENULIS BARU
Kritikan
IDEA
Solusi
TULIS DAN TERUS MENULIS
Kebalkan Di ri Dar i Anasir Negatif
Untuk menjadi seorang penulis adalah mudah. Kita hanya perlu
menulis. Namun untuk menjadi penulis handalan adalah sukar.
Kerana kita perlu berdepan dengan 1001 dugaan dan cabaran.
Fikirkan setiap penulisan kita mempunyai keistimewaan tersendiri.
Keistimewaan yang sentiasa mendorong kita untuk menjadi penulis
handalan


11




Kebanyakan penulis baru akan berasa putus asa apabila idea mereka
dikritik dan disekat. Disebabkan anasir dan set pemikiran yang
negatif inilah menyebabkan penulis terus berhenti menulis.
Oleh itu jangan terlalu fikirkan segala tomahan dan teguran.
Fokuskan kepada kualiti penulisan kita. Fokuskan kepada mereka
yang sentiasa dahagakan hasil penulisan kita.

Mereka memerlukan tulisan kita samada untuk menambah nilai
kehidupan mahupun untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
Fikirkan dorongan dan sokongan daripada insan-insan istimewa.

Ini secara tidak langsung akan memberikan satu semangat untuk kita
terus dan terus menulis.


12

You might also like