You are on page 1of 174

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

JABATAN KERJA RAYA HULU SELANGOR


44000 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
(SESI APRIL 2005 JUN 2005)







YUSNITA BINTI RAMLI
4 SAW






LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





I





Ruj. Tuan :
Ruj. Kami
: ( ) dlm.J KR.HS.1/1
DEKAN, Tarikh : 11 J un 2005
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai,
J ohor.

Tuan,

PER. : PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
Merujuk perkara di atas, adalah dengan ini telah disahkan bahawa Cik Yusnita Binti
Ramli bernombor kad pengenalan 830117-01-5170 telah menamatkan latihan industri di
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.
Butiran Latihan Industri :
Tempoh : 4 April sehingga 11 J un 2005 ( 10 minggu ).
Bahagian : Bahagian J alan
Bidang Tugas : - Melawat tapak projek pembinaan jejantas Kalumpang
- mengawasi kerja-kerja konkrit
- mengawasi launching beam
- menghadiri taklimat bancian trafik
- melawat projek pembaikpulihan jambatan besi
- membuat surveying jalan
- memplot dan membuat kiraan (membuka sebutharga)
- menghadiri taklimat penggunaan Microsoft Project
untuk CPM (Critical Path Method)
2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, Cik Yusnita Binti Ramli didapati
berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh pada setiap arahan
yang diberikan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Disahkan oleh,



(ENCIK SUHAINI BIN NORDIN)
Jurutera Awam (Jalan)
J KR Hulu Selangor,
Kuala Kubu Bharu.
II
PERAKUAN




Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang
dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.






............................................. Tarikh :
(YUSNITA BINTI RAMLI)






Disahkan oleh,




.................................................. Tarikh :
(EN. SUHAINI BIN NORDIN)
Jurutera Awam (Jalan)
J KR Hulu Selangor
















III
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani
latihan industri di J abatan Kerja Raya Hulu Selangor (J KR/ HS) selama sepuluh minggu
yang bermula daripada 4 April sehingga 12 J un 2005 seperti yang telah diwajibkan oleh
pihak fakulti bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sesi 2004/2005.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan
kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di jabatan ini. Sesungguhnya
segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi
masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada
En. Suhaini bin Nordin selaku J urutera Awam (J alan) yang telah menjaga, mendidik dan
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada
kakitangan yang lain seperti En. Zainal bin Saman (Pembantu J uruteknik), En. Suhairi
bin Ahmad, Pn. Norzieana binti Roslan dan Pn. Rohaizainy binti Zainudin di atas
kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan
membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan
industri ini.

Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat
ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal di
jabatan yang sama kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang
bernas kepada saya.

Sekian, terima kasih.




IV
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. J UDUL I
2. PENGESAHAN II
3. PERAKUAN III
4. PENGHARGAAN IV
4. ISI KANDUNGAN V - VIII
5. SENARAI LAMPIRAN DAN FOTO IX X
6. BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.2 TUJ UAN LATIHAN INDUSTRI
1.3 OBJ EKTIF LATIHAN INDUSTRI



1
1
1 2
7. BAB 2 LATAR BELAKANG J ABATAN

2.1 PENUBUHAN J ABATAN KERJ A RAYA
2.2 STRUKTUR ORGANISASI



3
3 12
8. BAB 3 PERATURAN KONTRAK DI J KR

3.1 KONTRAK
3.2 TENDER
3.3 BAYARAN PENDAHULUAN
3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK
3.5 BAYARAN KEMAJ UAN
3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK
3.7 POTONGAN
3.8 KERJ A KERJ A PAKAR
3.9 MESYUARAT TAPAK BINA
3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP
3.11 TUNTUTAN KONTRAK KIRA-KIRA AKHIR
3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER
3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJ A
3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN
PERKHIDMATAN


13
13 15
15 16
17 18
18 19
20
20
20 21
21
21
22
22 24
24 29

29 34

9. BAB 4 ACUAN KONKRIT

4.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN
4.2 J ANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN
4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM
PEMBINAAN ACUAN


35 36
36

37

V

10. BAB 5 ASAS DAN CERUCUK

5.1 PENGENALAN
5.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS
5.3 KATEGORI ASAS
5.4 J ENIS-J ENIS ASAS
5.5 PEMILIHAN J ENIS ASAS BANGUNAN
5.6 PEMILIHAN ASAS
5.7 ASAS CERUCUK
5.8 PEKERJ AAN CERUCUK PACAK
5.9 CARA MENGAMBIL SET
5.10 KERJ A CERUCUK DI TAPAK BINA
5.11 MUTU CERUCUK
5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK
5.13 UJ IAN CERUCUK
5.15 KERJ A PENGGALIAN LUBANG
5.16 KERJ A PEMOTONGAN CERUCUK
5.17 KERJ A PEMBINAAN TETOPI CERUCUK




38
39
39
39
39
40 41
42
42 45
45
45 47
47 48
48 50
50 55
55
56 58
58

11. BAB 6 KONKRIT

6.1 PENGENALAN
6.2 BAHAN-BAHAN KONKRIT
6.3 MEMBANCUH KONKRIT
6.4 J ENIS-J ENIS GRED KONKRIT
6.5 UJ IAN KE ATAS BANCUHAN KONKRIT
6.6 UJ IAN KIUB
6.7 UJ IAN RUNTUH
6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT



59
59 62
62
63
64
64 68
68 69
69 70

12. BAB 7 KERJ A-KERJ A BAR DAN TETULANG

7.1 PENGENALAN
7.2 J ENIS BAR DAN TETULANG
7.3 PENYIMPANAN BESI DAN TETULANG
7.4 PEMBENGKOKKAN BESI DAN TETULANG
7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI
7.6 SEMAKAN BESI TETULANG


71
71
71 72
72 73
73 74
74

13. BAB 8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

8.1 PENDAHULUAN
8.2 KERJ A TANAH
8.3 PEMBERSIHAN TAPAK


75
75
76 77
VI
8.4 SISTEM PERPARITAN
8.5 KERJ A PENGGALIAN
8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT
8.6 TAKUNGAN
8.7 KERJ A MENANAM RUMPUT DAN PADANG
8.8 KERJ A SALIRAN KEKOTORAN
8.9 PENYIASATAN TAPAK
8.10 SILING
8.11 BUMBUNG
8.12 BAHAN-BAHAN PENEBAT
8.13 KERJ A PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING
MENGIRAT
8.14 TINGKAP
8.15 PINTU
8.16 KERJ A PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU
8.17 KERJ A BATA
77 78
78 79
79
79
80
81 83
83 85
85 86
86 88
88

88 90
90
91
91
91 94

14. BAB 9 J AMBATAN

9.1 PENGENALAN
9.2 KOMPONEN J AMBATAN
9.3 SETTING OUT
9.4 KERJ A KERJ A TANAH
9.5 KERJ A - KERJ A PENCERUCUKAN
9.6 ABUTMENT DAN PIER
9.7 PENYELIAAN KERJ A KONKRIT
9.8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR
9.9 EXPANSION J OINT
9.10 PERALATAN J AMBATAN
9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM



95
95 96
96 98
98 100
100 - 106
106 108
108 110
110 117
118 119
119 120
120 124

15. BAB 10 CERUN

10.1 PENGENALAN
10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN
CERUN
10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN
CERUN
10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN
10.5 LONGKANG CERUN


125

125 126

127 128
128 138
138

16. BAB 11 J ALANRAYA

11.1 PENGENALAN
11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED
11.3 BAHAN PENUTUP


139
139
139
VII
11.4 SUB TAPAK
11.5 LAPISAN SALUT
11.6 TAMBAKAN J ALAN PADA TANAH LEMBUT
11.7 TAMBAKAN J ALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG
SEMULAJ ADI
11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK
140
140 141
141 142

142 143
143

17. BAB 12 TEKNOLOGI BARU

12.1 PENGENALAN
12.2 KENAPA POWERMESH
12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA
12.4 KONSEP
12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA



144
144 145
146 147
148 150
150 150

18. KESIMPULAN 157

19. CADANGAN 158

20. RUJ UKAN 159

21. LAMPIRAN 160
























VIII


SENARAI LAMPIRAN

BIL PERKARA LAMPIRAN
1. STRUKTUR ORGANISASI (PENTADBIRAN) 1.0

2. STRUKTUR ORGANISASI (BANGUNAN) 2.0

3. STRUKTUR ORGANISASI (J ALAN) 3.0 (a) & (b)

4. BORANG TENDER 4.0 (a) & (b)

5. CONTOH SURAT SETUJ U TERIMA TENDER 5.0 (a),(b),(c) & (d)

6. PERJ ANJ IAN KONTRAK 6.0

7. - LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJ A
- CATATAN MESYUARAT TAPAK
- CONTOH RINGKASAN LAORAN KERJ A
7.0 (a)
7.0 (b)
7.0 (c)

8. BORANG SEBUTHARGA 8.0

9. BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI 9.0

10. CARTA :
- PROSEDUR PEROLEHAN DAN BEKALAN
- PEROLEHAN KONTRAK PUSAT
- PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
- PEROLEHAN SEBUTHARGA
- PEROLEHAN TENDER
- PENERIMAAN BARANGAN DAN
PERKHIDMATAN
- PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING
PENYIASATAN TANAH
- PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING


10.0 (a)
10.0(b)
10.0(c)
10.0(d)
10.0(e)

10.0(f)

10.0(g)
10.0(h)
11. - REKOD PENANAMAN CERUCUK
- KIRAAN
- LAYOUT CERUCUK
11.0(a)
11.0(b)
11.0(c)

12. CONTOH LAPORAN UJ IAN KIUB 12.0 (a), (b) & (c)

13. CONTOH LAPORAN UJ IAN BAR TETULANG 13.0

14. J ENIS GELINCIRAN DALAM CERUN BAKI 14.0
IX

15.

GAMBARAJ AH KESTABILAN CERUN 15.0 & 16.0
16.

PELAN KAEDAH GABION, HYDROSEEDING,
RUBBLE PITCHING

17.0
17. PELAN KAEDAH GABION 18.0

18. GAMBARAJ AH KAEDAH GABION 19.0

19. - GAMBARAJ AH KAEDAH SOIL NAILS &
LONGKANG
- GAMBARAJ AH SOIL NAILS HEAD


20.0(a) & (b)
20.0(c)

20. PELAN SOIL NAILS HEAD 21.0

21. GAMBARAJ AH SISTEM LONGKANG 22.0 (a) & (b)

22. PELAN J ALANRAYA

23.0

23. J ADUAL KRITERIA REKABENTUK J ALAN 24.0

24. PAPAN TANDA KERJ A-KERJ A PEMBINAAN 25.0

25. BARRIER J ALAN 26.0

26. SURAT TAKLIMAT BANCIAN 27.0






SENARAI FOTO

BIL. PERKARA LAMPIRAN
1. KONKRIT BEAM 28.0

2. UJ IAN BEARING PAD 29.0

3. TURAPAN J ALAN 30.0





X
BAB 1 : PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan ini juga
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang
keadaan sebenar dalam bidang kerjuruteraan awam dan sebagai persediaan awal
bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2004/2005, latihan
ini berjalan selama 10 minggu iaiatu bermula pada 4 April sehingga 12 J un 2005.
Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan
industri di J abatan Kerja Raya Hulu Selangor. Di dalam jabatan ini, saya telah
ditempatkan di bahagian J alan. Sepanjang latihan ini saya diberi peluang untuk
mengikuti juruteknik-juruteknik yang terlibat ke tapak-tapak projek yang
berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya
memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih
jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam.


1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan
kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Kerjuruteraan Awam
dan peranannya dalam masyarakat.


1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk :
a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar
b) Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar
c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap
pelajaran di universiti
XI
d) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan praktikal yang
dilalui
e) Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan
keselamatan di dalam industri
f) Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab
g) Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru
h) Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri
dalam bidang yang diceburi

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan
pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam
pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan
rasmi selepas tamat latihan.
















XII

BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN


2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA
J abatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai
sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. J abatan Kerja Raya Malaysia
berperanan melaksanakan projek- projek pembangunan dan penyelenggaraan
infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan
negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti
bagi memenuhi keperluan negara.


2.2 STRUKTUR ORGANISASI
Kerja Raya (Public Work) adalah bertanggungjawab di dua peringkat
pentadbiran iaitu persekutuan dan negeri, oleh yang demikian terdapat J KR
Persekutuan dan J KR Negeri. Walau bagaimanapun organisasi J KR Sabah dan
Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.
Peringkat organisasi J KR adalah seperti berikut :

a) JKR Malaysia
Terdiri dari Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Pejabat-
pejabat Pengarah Cawangan di peringkat Ibu Pejabat J KR Malaysia di Kuala
Lumpur.

b) JKR Negeri, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri dan Unit Khas JKR
Terdiri dari Pejabat-pejabat Pengarah J KR Negeri, Pejabat-pejabat
Pengarah J KR Wilayah Persekutuan, Pejabat-pejabat Pengarah J BA Negeri dan
Pejabat-pejabat Pengarah Unit Khas.

c) JKR Daerah dan JBA Daerah
XIII
Terdiri dari Pejabat-pejabat J urutera J KR Daerah dan J urutera Daerah.

2.2.1 Latarbelakang Organisasi
J abatan Kerja Raya (J KR) Hulu Selangor terletak di pekan Kuala
Kubu Bharu. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan kerajaan seperti
J abatan Bekalan Air (J BA), Pejabat Daerah dan Tanah serta Mahkamah
Majistret, Kuala Kubu Bharu.
J KR Hulu Selangor terbahagi kepada 3 unit. Bahagian pertama
adalah unit kontrak, ukur bahan dan kewangan. Bahagian unit kedua
adalah unit bangunan. Unit ini hanya diketuai oleh pembantu teknik iaitu
En. Amir Zaki bin Elham selaku pemangku di bahagian bangunan. Di
bahagian bangunan ini masih tidak mempunyai ketua setelah jurutera yang
terdahulu telah bersara.
Untuk unit ketiga adalah unit jalan yang diketuai oleh J urutera
Awam (J alan) iaitu En. Suhaini bin Nordin serta dibantu oleh seorang
pembantu teknik iaitu En. Zainal bin Saman.
J KR Hulu Selangor sentiasa menjalankan segala kerja pembinaan
dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi serta sentiasa
memberi penekanan kepada masa, kos dan rekabentuk yang terbaik di
samping mutu yang membanggakan.

2.2.2 Objektif dan misi JKR
Objektif J KR Hulu Selangor adalah untuk menyediakan
infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan
terbang, sekolah, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan
pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada :
J J angka masa secepat mungkin
K - Kos yang ekonomi
R - Rupabentuk dan mutu yang terbaik

XIV
Manakala misi korporat J KR adalah memberi nasihat dan
perkhidmatan kepada kerajaan, kementerian dan jabatan dalam
perancangan rupabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan
infrastruktur dan kemudahan awam, yang meliputi kemudahan jalanraya,
bangunan, kerajaan dan lain-lain. J KR juga mengendali dan
menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan tertentu
kerajaan.

2.2.3 Organisasi JKR
J KR Hulu Selangor diketuai oleh seorang jurutera daerah iaitu
Tuan Mohd Zein bin Mohd Noor. J KR Hulu Selangor terdiri daripada
bahagian-bahagian seperti berikut:
- Pentadbiran dan Kewangan
- Bangunan
- Kontrak dan Ukur Bahan
- Elektrik
- J alan

J KR Hulu Selangor juga dibantu oleh cawangan J KR Stor yang
dilengkapi perkhidmatan sokongan kepada fungsi-fungsi J KR. Bahagian
tersebut diketuai oleh Ketua Penyelenggara.

2.2.4 Tujuan JKR
Merancang, membina, memperbaiki dan menyelenggara jalanraya
dan jambatan, bangunan pejabat kerajaan, bangunan khas dan sekolah-
sekolah untuk menentukan infrastruktur dan kemudahan awam adalah
sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, untuk menjamin pembangunan
sosio-ekonomi dan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan selaras
dengan dasar ekonomi baru.
XV
Memberi nasihat teknik dalam bidang kejuruteraan dan menjadi
agensi perlaksanaan projek-projek jabatan dan agensi kerajaan dan
sentiasa memberi penekanan keapda:
J angka masa yang pendek
Kos yang ekonomi
Rupabentuk dan mutu yang terbaik

2.2.5 Dasar dan Matlamat Yang Strategi
Selaras dengan dasar ekonomi baru strategi jabatan dalam
mencapai objektif kerajaan adalah seperti berikut:
a) Pembinaan lebih banyak jalan besar dan kecil untuk mukim atau
kampung yang kurang maju untuk membangunkan kawasan itu
dengan memudahkan pengangkutan.
b) Memperbaiki serta melebarkan jalan-jalan untuk mengatasi
masalah lalulintas dan menjimatkan masa perjalanan dan juga
untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya.
c) Memberi, katakan di dalam perlaksanaan projek-projek
pembangunan di kawasan kurang maju.
d) Membina jalan baru dalam kawasan pedalaman untuk menjadi
jalan keselamatan.
e) Merancang dan melaksanakan infrastruktur selaras dengan
cadangan-cadangan pelan struktur.
f) Menjadi agensi pelaksanaan bagi projek jabatan-jabatan Kerajaan
Negeri dan Persekutuan.

2.2.6 Piagam Pelanggan JKR Bahagian Jalan
a) Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan yang menyerluruh
kepada pengguna menerusi perlaksanaan dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan.
XVI
b) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah
aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang yang
membahayakan lalulintas di atas turapan jalan.
c) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam untuk
membersihkan pokok-pokok tumbang dipermukaan jalan atau
tanah runtuh setelah aduan diterima.
d) Bagi projek-projek yang menggunakan pelan piawai kami adalah
komited untuk menyiapkan projek dari tarikh penerimaan surat
kuasa pelaksanaan seperti berikut:


Kos projek kurang daripada RM 1 juta-2 tahun
Kos projek antara RM 1-RM 10 juta-3 tahun
Kos projek antara RM 5-RM 10 juta-4 tahun

e) Bagi projek-projek yang menggunakan rekabentuk baru tempoh
siap kerja mengikut jadual yang dipersetujui dalam kontrak.
f) Membaiki kerosakan hawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan
dalam masa 3 hari setelah aduan diterima.

2.2.7 Piagam Pelanggan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan
a) Melayan semua pemborong dengan mesra, bertanggungjawab dan
selengkap yang boleh.
b) Pemilihan kontraktor yang berjaya akan dibuat dalam tempoh 3
minggu dari tarikh sebutharga ditutup.
c) Dokumen kontrak akan disediakan dalam masa 1 minggu selepas
dokumen insurans, perkeso, bon pelaksanaan dan surat setuju
terima dikembalikan oleh kontraktor dengan lengkap.
d) Setiap penjualan borang sebutharga dan borang tawaran tender
akan dikeluarkan resit dengan serta-merta pada hari yang sama.

XVII
2.2.8 Bahagian Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan
Bahagian ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina
dan menyelenggara bangunan-bangunan kerajaan serta mengurus dan
mentadbir kontrak-kontrak kerajaan. Untuk menjalankan fungsinya
dengan lebih berkesan, aktiviti ini dibahagikan kepada 3 unit. Arkitek
yang bertanggungjawab atas aspek rekaan dan penyediaan lukisan serta
mengawasi projek bangunan yang dilaksanakan oleh J KR Hulu Selangor.

2.2.9 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Aktivitinya ialah mengendalikan dan menguruskan segala urusan
kerjaraya dan kemudahan yang melibatkan jalanraya, jambatan dan
bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan bangunan-bangunan
pejabat dan rumah kerajaan diperingkat negeri.
Merancang, mengurus dan mengawal kumpulan wang di bawah
belanja mengurus dan pembangunan bagi program-program pembinaan,
memperbaiki jalanraya dan jambatan serta bangunan kerajaan dan jabatan-
jabataan persekutuan, mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah
naungannya.

2.2.10 Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
a) Bahagian Pentadbiran
i. Melayan pertanyaan aduan orang awam dan kakitangan
jabatan dengan mesra serta memberi maklumat
selengkapnya.
ii. Menyampaikan pertanyaan / aduan yang diterima kepada
bahagian berkenaan (jalan, bangunan atau elektrik) pada
hari yang sama.
iii. Menguruskan pelbagai urusan perkhidmatan berhubung
dengan jawatan untuk kakitangan dengan mesra dan
secepat mungkin.

XVIII
b) Bahagian Kewangan
i. Melayan semua pertanyaan daripada pemborong,
kakitangan jabatan, pengawal-pengawal dari jabatan luar
dan orang awam dengan ramah mesra serta dengan
selengkap yang boleh.
ii. Menghantar baucer gaji ke bendahari negeri sebelum 15
raribulan setiap bulan.
iii. Menghantar baucer tuntutan elaun perjalanan kakitangan
sebelum 10 haribulan setiap bulan.
iv. Memasukkan pungutan hasil jabatan ke dalam bank setiap
hari.
v. Menyediakan baucer bayaran dan bilangan-bilangan yang
diterima dari pelanggan ke bendahari dalam tempoh 4 hari.
vi. Menyediakan baucer bayaran untuk projek dalam tempoh 4
hari selepas bayaran diperakukan.
vii. Setiap penerimaan wang akan dikeluarkan resit dengan
serta merta untuk cek resit dalam masa sebulan.

2.2.11 Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan
Objektif utama bahagian ini ialah untuk menentukan kos
pembinaan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh J KR adalah
sepadan dengan nilai-nilai yang diperolehi dan memastikan segala
perbelanjaan ke atas sesuatu projek adalah adil dan memenuhi ciri-ciri
public accountability. (Rujuk lampiran 1.0)
Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini ialah :
a) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan kos ekonomi
pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos
terhadap kerja yang direkabentuk.
b) Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang
lain.
XIX
c) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender
dan pengurusan kontrak.
d) Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender.
e) Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak.
f) Menyedia dan mengedarkan dokumen kontrak.
g) Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran
interim.
h) Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat
laopran tender untuk kerja / bekalan bahan-bahan yang terkandung
dalam kontrak sebagai Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan
Sementara.
i) Menyediakan penilaian kerja perubahan dan perakuan perubahan
kerja dan menyelesaikan akaun.
j) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran
perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam
pentadbiran kontrak seperti perakuan kelambatan dan lanjutan
masa, perakuan kerja tak siap, notis-notis bagi penamatan
pengambilan kerja kontraktor dan sebagainya.
k) Memberikan khidmat nasihat ke atas masalah am yang berkaitan
dengan pentadbiran kontrak.
l) Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu di
dalam kes timbang tara.

2.2.12 Bahagian Bangunan
a) Fungsi Bahagian Bangunan
Bahagian bangunan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut :
i. Melaksanakan projek-projek pembinaan Bangunan Khas
dan Rumah Kediaman J abatan yang dibiayai oleh Kerajaan
Negeri/ Persekutuan.
ii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam
sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di
XX
mana perbelanjaan projek-projek ini dibiayai sepenuhnya
melalui peruntukan negeri.
iii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan agensi
dan jabatan persekutuan di mana perbelanjaan dibayar
melalui peruntukan persekutuan.
iv. Menyelenggara bangunan-bangunan kegunaan am untuk
Kerajaan Negeri dan Persekutuan. (Rujuk lampiran 2.0)

b) Piagam Pelanggan Bahagian Bangunan
i. Sedia memberi khidmat nasihat teknikal dengan cepat,
tepat dan professional.
ii. Merancang dan melaksana projek-projek bangunan
mengikut keperluan pelanggan dengan menekankan mutu,
jangkamasa yang sesuai dan kos yang berkesan.
iii. Aduan kerosakan bangunan yang segera akan ditangani
dalam tempoh 1 hari manakala kerosakan biasa dalam
tempoh 1 minggu dari tarikh aduan diterima.
iv. Aduan kerosakan sistem pendawaian elektrik akan diatasi
dalam tempoh 1 hari bagi kerosakan segera dan 1 minggu
bagi kerosakan biasa.
v. Penyenggaraan berkala bagi rumah kediaman, pejabat,
masjid dan institusi akan dirancang bagi menghasilkan
keberkesanan kos dengan katakan kepada bangunan yang
uzur dan penyenggaraan terakhir tidak kurang dari 5 tahun.
vi. Pengukuran bagi tujuan pembayaran untuk kerja
pembangunan / penyenggaraan akan dibuat dalam tempoh
1 minggu dari tarikh permohonan dibuat oleh kontraktor.
vii. Baucer bayaran yang segala jenis pembayaran /
penyenggara akan dihantar kepada agensi pembayaran
dalam masa 1 minggu dari tarikh pengukuran.

XXI
2.2.13 Bahagian Pembinaan Dan Penyelengaraan Jalan Dan Jambatan
Menyelaras pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan semua
jalanraya dan jambatan Negeri dan Persekutuan untuk menentukan
infrastruktur utama adalah dalam keadaan baik untuk menyenangkan
pengangkutan pengeluaran pertanian dan hutan dari kawasan-kawasan
pedalaman untuk meninggikan taraf sekitar luar Bandar.
Menjalankan kerja-kerja rekabentuk jalanraya dan jambatan serta
menentukan kualiti ke atas projek-projek jalan serta bahan-bahan yang
digunakan dalam projek-projek ini. (Rujuk lampiran 3.0(a) & (b))

a) Fungsi Bahagian Jalan
i. merancang sistem rangkaian jalan-jalan utama yang
melibatkan jalan dibawah jagaan J KR.
ii. Mengawal pembangunan tepi jalan terutama menentukan
jalan keluar / masuk supaya mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.
iii. Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang
melibatkan pembangunan di tepi jalan bawah jagaan J KR.\
iv. Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan.
v. Menyelenggara jalanraya dan jambatan sentiasa berada
didalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna-
pengguna. Menjalankan ujian-ujian ke atas struktur jalan
dan pengguna bahan binaan.

b) Penyelenggaraan Jalan Dan Jambatan
Penyelenggaraan jalan dan jambatan adalah juga dijalankan
mengikut program-program yang ditetapkan dan juga secara ad-
hoc yang merangkumi perkara-perkara berikut :
i. Membaharui muka jalan dan menampal lopak-lopak
permukaan jalan.
ii. Menyelenggara bahu jalan dan pemotongan rumput.
XXII
iii. Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan.
iv. Membersih, membaiki dan membina semula jambatan,
pembetong dan longkang-longkang di tepi jalan.
v. Membersih, membaiki dan mengganti perabot jalan.
vi. Mengecat garisan jalan.






BAB 3 : PERATURAN KONTRAK DI JKR


3.1 KONTRAK

3.1.1 Jenis Kontrak
J enis-jenis kontrak yang terdapat dalam J KR adalah seperti berikut :
a) Kontrak Kerja iaitu kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja
seperti bangunan dan sebagainya.
b) Kontrak Bekalan iaitu kontrak untuk membekal dan menghantar
barang-barang (Kontrak Bekalan diuruskan oleh Setor Persekutuan
atau Setor Negeri)

3.1.2 Borang-Borang Kontrak
Borang-borang kontrak yang digunakan dalam J KR adalah borang
piawai (Standard Forms).

XXIII

3.2 TENDER
Tender adalah tawaran yang dibuat untuk melakukan sesuatu (seperti
mengadakan bekalan, membina bangunan dan sebagainya) dengan syarat-syarat
dan harga yang tertentu. Mengikut Arahan Perbendaharaan 180, tender mestilah
dipelawa bagi semua kerja yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 50,000
bagi tiap-tiap satu kerja. ( Rujuk lampiran 4.0(a) & (b))

3.2.1 Anggaran Awal
Anggaran Awal disediakan daripada lukisan-lukisan awal yang
disediakan oleh Arkitek untuk dikemukakan kepada J abatan/Kementerian
Gunawan dalam bentuk borang iaitu Preliminery Detailed Abstract.
Tujuannya ialah bagi J abatan/Kementerian Gunawan mendapatkan
peruntukan kewangan bagi projek yang ingin dilaksanakan.

3.2.2 Jenis Tender
J enis tender yang biasa diamalkan oleh J KR adalah seperti berikut :
a) Tender Terbuka (Open Tender)
b) Tender Terhad (Restricted Tender)
c) Tender Terpilih (Selective Tender)

3.2.3 Panggilan Tender
Cara memanggil tender adalah melalui surat khabar tempatan.
Tawaran J KR selalunya dipanggil dengan menyiarkan iklan di dalam
suratkhabar tempatan. Sekurang-kurangnya satu minggu sebelum sesuatu
iklan itu akan disiarkan, sepucuk surat Kenyataan Tender hendaklah
dihantar kepada Pengurus Suratkhabar memohon supaya disiarkan
Kenyataan Tender pada tarikh yang ditentukan. Semua iklan tender
hanya boleh dibuat dalam suratkhabar yang dicetak dalam Bahasa
Malaysia sahaja.

XXIV
3.2.4 Mempamerkan Kenyataan Tender
Tender-tender negeri dipamerkan di Pejabat Pengarah J KR Negeri
atau di Pejabat J urutera Daerah yang berkenaan. Tender-tender
Persekutuan dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian
Kerjaraya.
Tender-tender Persekutuan yang dikelolakan oleh J KR Negeri
dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya
dan juga di Pejabat Pengarah J KR Negeri yang berkenaan.

3.2.5 Peti Tender
Peti berkunci di mana tender dimasukkan dan bertanda dengan
tarikh dan masa tender dibuka. Dua kunci disediakan dan disimpan oleh
dua orang Pegawai Kanan J abatan. Peti tender, jika boleh dipindah tempat
hendaklah disimpan selamat di pejabat pegawai yang bertanggungjawab.

3.2.6 Membuka Tender
Tender hendaklah dibuka oleh Ahli J awatankuasa Membuka
Tender atau disimpan selamat jika kelewatan tidak dapat dielakkan. Peti
Tender hendaklah dikunci. Tiap-tiap tender hendaklah dibuka dan diberi
nombor siri serta tandatangan ringkas oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa
membuka tender. Nama Pentender dan harga tender hendaklah dicatit
dalam jadual tender. Ahli J awatankuasa hendaklah merekod di
borang/jadual tender masa tender dibuka dan menandatangani borang
tersebut kemudiannya.

3.2.7 Penerimaan Tender
Penerimaan Tender dibuat dengan mengemukakan Surat Setuju
Terima kepada pentender yang berjaya dengan menyatakan, antaranya
harga kontrak dan tarikh mengambil alih tapakbina. Pemborong juga
dikehendaki mengemukakan gerenti perlaksanaan, polisi insurans
kebakaran, polisi pampas an awam dan polisi pampasan pekerja atau
XXV
PERKESO. Ikatan kontrak antara J KR/Kerajaan dan pemborong wujud
sebaik sahaja Surat Setuju Terima diposkan kepada pentender yang
berjaya. Pentender ini kemudiannya digelar Pemborong atau Kontraktor.
(Rujuk lampiran 5.0 (a), (b), (c) & (d))


3.3 BAYARAN PENDAHULUAN
Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang
menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling
Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh J KR melalui Surat
Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari, 1979.

3.3.1 Amaun Wang Pendahuluan
Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah
mendepositkan kepada Kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak;
suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai
atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti
Bank atau Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5% dari
J umlah Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar
dengan kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan
sebanyak 15% nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM
1.5 juta.

3.3.2 Nilai Kontrak
Nilai kontrak bagi maksud sekim wang pendahuluan ini ialah
jumlah penuh Builders Work, iaitu nilai kontrak setelah ditolak jumlah
Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

3.3.3 Kelayakan Menerima Wang Pendahuluan
Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak
kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang
XXVI
sebenarnya pembuat sendiri dan bukan pengedar juga layak menerima
wang pendahuluan ini. Kontraktor-kontraktor yang membuat permohonan
dan layak menerima wang pendahuluan hendaklah memenuhi syarat-
syarat berikut :
a) Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani.
b) Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah
mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran
premium.
c) Mengemukakan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi
kontrak melebihi RM 25,000.
d) Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q4/79
sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki.





3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK
Dokumen Kontrak adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu
sama lain. kontraktor hendaklah mengadakan segala keperluan untuk
melaksanakan Kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut jadual dan
mengikut maksud sebenar Dokumen Kontrak. Sebarang Percanggahan atau
Pemesongan antara mana-mana dua atau lebih dari apa yang terkandung dalam
Dokumen Kontrak ini, hendaklah dengan kadar seberapa segera memberi kepada
Pegawai Penguasa secara bertulis tentang bahagian percanggahan tersebut dan
meminta Pegawai Penguasa mengeluarkan arahan-arahan berkenaan. Dengan
syarat bahawa, Percanggahan atau Pemesongan tersebut tidak akan
membatalkan kontrak ini.

3.4.1 Penyediaan Dokumen Kontrak Asal
XXVII
Dokumen Kontrak Asal hanya boleh disediakan setelah Kontraktor
yang berjaya mengemukakan Gerenti Perlaksanaan, Polisi-polisi Insurans
yang berkenaan dan teratur dan Nombor Kod PERKESO. Semua pindaan
kepada kontrak hendaklah terlebih dahulu ditandatangani ringkas oleh
J uruukur Bahan/J urutera/Arkitek dan Kontraktor. Pegawai-pegawai J KR
telah diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya untuk menandatangani kontrak
bagi pihak kerajaan mengikut nilai satu-satu kontrak. Dokumen Kontrak
Asal yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di tempat yang
selamat. (Rujuk lampiran 6.0)

3.4.2 Penyediaan Salinan Dokumen Kontrak
Sebelum menandatangani Kontrak ini, Kontraktor hendaklah
bersetuju dengan Pegawai Penguasa tentang kemunasabahan kadar harga
atau harga-harga yang dinyatakan dalam J adual Kadar Harga. Dokumen
Kontrak ini, hendaklah terus berada dalam jagaan Pegawai Penguasa dan
hanya akan dikemukakan apabila dikehendaki oleh kontraktor sahaja.
Setelah Dokumen Kontrak Asal ditandatangani, tindakan segera hendaklah
diambil untuk menyediakan bilangan salinan dokumen kontrak yang
mencukupi. Semua salinan dokumen kontrak hendaklah diakui sah oleh
Ketua Bahagian/Cawangan/Unit yang berkenaan dan diedarkan kepada
pihak-pihak yang terlibat. Pegawai Penguasa, hendaklah memberi dengan
percuma kepada kontraktor :
a) Satu salinan Dokumen-dokumen Kontrak yang diakui benar.
b) Dua salinan Pelan-pelan Kontrak.
c) Dua salinan Spesifikasi dan satu salinan J adual Kadar Harga.
d) Lazimnya sepuluh salinan Dokumen Kontrak hendaklah
disediakan, enam salinan dengan lukisan dan empat salinan tanpa
lukisan.


3.5 BAYARAN KEMAJUAN
XXVIII
Penilaian di tapakbina untuk bayaran kemajuan hendaklah dibuat pada
tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama tanpa menghiraukan sama ada nilai
kemajuan kerja mencukupi atau tidak untuk bayaran kemajuan diberi kepada
kontraktor. Borang yang digunakan bagi penyediaan bayaran kemajuan ialah
Borang PWD 66 @ J KR 66. (rujuk lampiran.)
Penilaian kerja-kerja boleh dibahagikan kepada tiga induk iaitu :
a) Preliminaries
b) Kerja-kerja yang telah dijalankan
c) Bahan-bahan di tapakbina

3.5.1 Prelimineries
Prelimineries bermaksud kerja-kerja awalan, bayaran ke atas
preliminaries hendaklah dibuat mengikut nilai item-item yang tertentu
yang telah diisi harga oleh kontraktor. Kerja mengira untuk membuat
penilaian Prelimineries boleh dirujuk pada J adual Kadar Harga yang
terkandung dalam Dokumen Kontrak bagi projek tersebut.




3.5.2 Kerja-kerja Yang Telah Dijalankan
J umlah nilai kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh penilaian
itu dijalankan. Bagi kontrak berdasarkan Senarai Bahan, adalah lebih
mudah dan tepat untuk mentaksirkan nilai kemajuan oleh sebab tiap-tiap
butir kerja telah diisi harga dalam Senarai Bahan kontrak berdasarkan
Penentuan dan Lukisan, penilaian kemajuan kerja adalah dibuat
berdasarkan kepada peratusan yang berpatutan, nilai tiap-tiap satu
bangunan yang tercatit dalam Ringkasan Tender. Nilai kemajuan bagi
kerja-kerja kontrak kecil akan dikira berasingan dan dibayar kepada
Kontraktor Kecil yang dinamakan melalui Kontraktor Induk.

XXIX
3.5.3 Bahan Di Tapakbina
Bahan-bahan binaan yang dibawa masuk ke tapakbina untuk
digunakan dalam kerja-kerja itu adalah dinamakan Bahan di Tapakbina
@ Materials On Site. Semua bahan-bahan itu hendaklah diambilkira dan
ditaksir dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan Bayaran
Kemajuan.
Hanya 75% nilai bahan-bahan yang ada di tapakbina akan
dimasukkan ke dalam Sijil Bayaran Kemajuan. Sijil Bayaran
Kemajuan hendaklah disediakan oleh J uruukur Bahan atau pegawai
berkenaan yang mengawasi sesuatu projek. Sijil ini kemudiannya
diperakui dan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa/Pengarah
Negeri/Cawangan.
Penilaian terhadap kemajuan kerja-kerja elektrik dan mekanikal
akan dibuat oleh J urutera J entera Mekanikal dan J urutera Elektrik. Nilai-
nilai ini pula dikemukakan kepada J uruukur Bahan atau pegawai
berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Sijil Pembayaran.





3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK
Syarat perubahan harga untuk kontrak hendaklah dimasukkan ke dalam
semua kontrak binaan J KR. Dalam menyediakan bayaran kemajuan bulanan, nilai
perubahan harga hendaklah diambilkira. Nilai perubahan harga boleh menjadi
sebagai tambahan atau kurangan mengikut keadaan.


3.7 POTONGAN
Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah
ditolak :
XXX
a) Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Kerajaan atau Agensi Kerajaan seperti
Pernas Trading untuk bekalan keluli.
b) Buruh yang dibekalkan oleh J abatan.
c) Bayaran yang dibuat bagi pihak Kontraktor.
d) Bayaran balik wang pendahuluan.
e) Bayaran denda sekiranya dikuatkuasakan.
f) Semua bayaran kemajuan yang telah dibuat kepada Kontraktor
sebelumnya.


3.8 KERJA-KERJA PAKAR
Semua pakar, saudagar, tukang dan orang-orang yang melaksanakan apa-
apa kerja atau perkhidmatan, atau membekalkan bahan atau barang yang akan
dibayar melalui Wang Kos Prima dan terkandung dalam Dokumen Kontrak Tiap-
tiap kontrak biasanya mempunyai kerja-kerja pakar yang dikehendaki dijalankan
kontraktor-kontraktor lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh
kerja-kerja pakar ini adalah seperti pemasangan elektrik, pemasangan J entera
Hawa Dingin, pemasangan alat pencegah kebakaran dan sebagainya. Pegawai
Penguasa atau Kontraktor jika diarahkan, hendaklah secara bertulus mendapatkan
tender-tender bagi kerja atau perkhidmatan yang dinamakan Sub-kontraktor
Dinamakan atau Pembekal Dinamakan ini. Pada peringkat kerja-kerja
pembinaan yang sesuai, tender-tender akan dipelawa untuk kerja-kerja pakar
dengan menggunakan Borang Q4 iaitu Borang Tawaran untuk Kontraktor Kecil
Yang Dinamakan. Kontraktor Induk akan diarahkan supaya menerima kontraktor
kecil itu sebagai Kontraktor Kecil Yang Dinamakan. Sebuah Kontrak Kecil,
dengan menggunakan Borang Kontrak PWD 203N, akan disediakan oleh J KR
untuk ditandatangani diantara Kontraktor Induk sebagai satu pihak dan
Kontraktor Kecil Yang Dinamakan sebagai pihak yang lain. bayaran kemajuan
untuk kerja-kerja kontrak kecil adalah dimasukkan dalam Sijil Bayaran Kemajuan
Kontraktor Induk dan dibayarkan melaluinya kepada kontraktor kecil.

XXXI

3.9 MESYUARAT TAPAK BINA
Dalam melaksanakan projek-projek J KR, adalah menjadi kebiasaan wakil
Pegawai Penguasa di tapakbina mengadakan mesyuarat tapakbina yang diadakan
di pejabat tapakbina tiap-tiap bulan. Wakil-wakil pihak yang terlibat dalam J KR
dan Kontraktor Induk serta semua Kontraktor-kontraktor Kecil dikehendaki hadir
di mesyuuarat ini. dalam mesyuarat ini, pihak-pihak J KR akan menyuarakan
masalah yang dihadapi oleh pihak J abatan dengan Kontraktor dan pihak
kontraktor pula akan berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapinya.
Dimana yang sesuai, penyelesaian dapat dicapai dalam mesyuarat. (rujuk
lampiran 7. (a), (b) & (c)).


3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP
Di mana Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang
ditetapkan atau dalam Tempoh Lanjutan Masa yang telah dibenarkan, pihak
kontraktor akan dikehendaki memberi sebab mengapa beliau tidak boleh
dikenakan denda. Sekiranya alasan yang diberikan tidak boleh diterima, maka
Sijil Mengenai Kerja-kerja Yang Tidak Siap akan dikeluarkan. Kontraktor
dikehendaki membayar denda bagi tempoh kerja-kerja itu tidak siap. Bayaran
denda ini akan dipotong dari Bayaran Kemajuan kepada Kontraktor.


3.11 TUNTUTAN KONTRAKTOR DAN KIRA-KIRA AKHIR
Sudah menjadi kebiasaan pemborong akan membuat tuntutan kepada J KR
mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai
Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana
tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh
J KR/Kerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak
pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya,
tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan
XXXII
menyediakan Arahan Pinda Kerja. Kerja-kerja mengukur mestilah dibuat dan
kadar harga digunakan adalah seperti yang diterangkan di bawah tajuk Arahan
Pinda Kerja.


3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER

3.12.1 Hak Kerajaan Untuk Menerima / Menolak Sebutharga
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang
terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas
penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan J awatankuasa Sebutharga
adalah muktamad.

3.12.2 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga
3.12.2.1 Penyediaan Sebutharga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat
berikut dengan sepenuhnya.
a) Harga dan tandatangan Kontraktor di ringkasan
Sebutharga.
b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga.
(Rujuk lampiran 8.0)
c) Senarai Kerja Dalam Tangan.
d) J adual Kadar Harga (jika ada).
e) Butir-butir Spesifikasi (Rujuk lampiran 9.0).

J ika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat
di atas, Kontraktor dikehendaki menandatangani ringkas semua
pembetulan.

3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga
XXXIII
a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan
lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul
yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga
J KR/SEL/D/..../200... serta tajuk Sebutharga dan
hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga
pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis
Sebutharga.
b) J ika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan
tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen
tersebut dengan Pos supaya tiba pada atau sebelum
masa dan ditempat yang ditetapkan.
c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang
ditetapkan, berbangkit dari sebaranga sebab, tidak
akan dipertimbangkan.
d) Kegagalan Kontraktor mengembalikan Dokumen
Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga akan
membolehkan kerajaan mengambil tindakan
tatatertib.

3.1.2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga
yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi
pejabat ini untuk penjelasan lanjut.




3.12.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga
Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah
ditanggung oleh Pentadbir sendiri.

XXXIV
3.12.4 Tempoh Sah Sebutharga
Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga.
Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh
sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya
Kontraktor menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah
Sebutharga.


3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

3.13.1 Pemeriksaan Tapakbina
Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti
tapakbina dan sekiranya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja,
bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja cara-cara
perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan
sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan
segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya.
Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor
mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

3.13.2 Bon Perlaksanaan / Insurans
a) Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak
5% daripada jumlah Harga Kontrak dalam bentukan J aminan Bank
atau J aminan Insurans atau memilih Wang J aminan Pelaksanaan
yang dikenakan potongan sebanyak 10% daripada setiap bayaran
Interim sehingga mencapai jumlah 5% harga kontrak.
b) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor
mengambil insurans seperti berikut:

XXXV
i. Insurans pampasan pekerja (Workmen Compensation)
dan atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi
kesemua pekerjanya.
ii. Insurans Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja
(Sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan
Sebutharga).

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden
semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan
PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja.
Bagaimana untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota
Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans
selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab
yang munasabah, Pegawai Inden hendak mengambil tindakan
seperti di bawah fasal 10(d).

3.13.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi
Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan
Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen
Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

3.13.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari
dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden
Kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan
dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil
terhadap Kontraktor.
3.13.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja
XXXVI
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja
kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh
menyerahkan apa-apa faedah di bawah inden kerja ini tanpa
terlebih dahulu mendapatkan perlindungan bertulis daripada
Pegawai Inden.

3.13.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai / Inden
Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan,
barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi, Bahan,
barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan
sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri
oleh Kontraktor.

3.13.7 Ringkasan Sebutharga
a) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian
daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi
asas J umlah Harga Sebutharga.
b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah
mengambil kira semua kos termasuk kos-kos
pengangkutan, cukai, duti, bayaran-bayaran caj lain yang
perlu bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya.
c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga
akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan
semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah
Sebutharga atau dalam tempoh kerja.
d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang
dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada
persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang
kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-
apa pelaras kemudiannya kepada harga-harga dalam
XXXVII
Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden
Kerja dikeluarkan.
e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga
menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa
kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah
dilaras dn diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
J umlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan
amaun jumlah pukal dalam borang Sebutharga. Amaun
jumlah harga pukal dalam borang Sebutharga hendaklah
tetap dan tidak berubah.

3.13.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga
J ika Kontraktor mendapat apa-apa percanggahan dalam
dokumen Sebutharga maka dia hendaklah merujuk kepada
Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

3.13.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan
Perlantikan Kontraktor
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya
Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima
surat amaran daripada Pegawai Inden.

a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
b) Kemajuan kerja terlalu tanpa apa-apa sebab munasabah.
c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja,
tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa
alasan munasabah.
e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang
sah.
XXXVIII




3.13.10 Kerja Perubahan

a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya
mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu
perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa
perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang
disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan
Sebutharga ini.
b) Semua kerja perubahan dan /atau tambahan yang
diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai
dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai
Kuantiti / Ringkasan Sebutharga. J ika tidak terdapat
sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang
dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah
digunakan.

3.13.11 Tempoh Liability Kecacatan
Kontraktor hendaklah membaiki apa-apa kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain dalam
tempoh Liability Kecacatan, iaitu 6 bulan tarikh penyiapan kerja.

3.13.12 Pematuhan Undang-Undang Oleh Kontraktor
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-
undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia
semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut
sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan
syarat-syarat ini.
XXXIX




3.13.13 Peraturan Membayar Selepas Siap
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor
menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengambilkira Inden
Kerja Asal.

3.13.14 Tempoh Kecacatan
Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja-kerja tersebut
adalah selama 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.


3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

3.14.1 Objektif
Prosedur ini adalagh untuk memastikan perolehan bekalan
dan perkhidmatan memenuhi peraturan yang ditetapkan supaya
dapat menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.

3.14.2 Skop
Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat
Tanggungjawab (PTJ ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan
perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut
telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat
Tanggungjawab (PTJ ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan
perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut
telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan
perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi
kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut:
XL

a) Perolehan daripada Kontrak Pusat: pembekal hendaklah
berdaftar dan mempunyai kontrak yang masih berkuatkuasa
dan barangan yang memenuhi kehendak. (Rujuk lampiran
10.0 (b)).
b) Perolehan secara Pembelian Terus: criteria sebagaimana
yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 4/2002 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (c)).
c) Perolehan secara Sebutharga: criteria sebagaimana yang
diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.
2/1999 dan 2./2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran
10.0 (d)).
d) Perolehan secara Tender: criteria sebagaimana yang
diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.
3/1995 dan 15/2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran
10.0 (e)).

3.14.3 Untuk Kaedah Perlaksanaan Secara Perkhidmatan Bukan
Perunding

a) Perolehan Secara Sebutharga

i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan
dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Sebutharga
akan menyediakan dokumen sebutharga serta anggarannya.
ii. Setelah siap anggaran dibuat, sebutharga tersebut akan
dipelawa / dibuka.
iii. Sebutharga yang diterima akan diuruskan oleh
J awatankuasa Membuka Sebutharga.
XLI
iv. Sebutharga tersebut akan dinilai Pegawai Penilai dan
kemudian pembekal-pembekal akan dipilih oleh
J awatankuasa Sebutharga.
v. Sekiranya bilangan pembekal melebihi daripada nilai
hadnya, Lembaga Perolehan yang akan membuat pemilihan
pembekal. Ketua unit yang berkenaan akan menyediakan
Surat Setuju Terima dan diserahkan kepada pembekal
tersebut.
vi. Sekiranya tidak melebihi hadnya, Pesanan Tempatan akan
disediakan dan diserahkan kepada pembekal. Pesanan ini
diuruskan oleh Pengurus Tapak Projek.

b) Perolehan Secara Tender

i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan
dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Tender
akan menyediakan dokumen tender serta akan disemak dan
dicetak.
ii. Selain itu, pegawai tersebut akan tentukan bidang
bekalan/barangan perkhidmatan pentender.
iii. Langkah seterusnya, Notis Iklan Tender dan dalam masa
yang sama anggaran akan disediakan dan Dokumen Tender
akan dijual kepada pentender oleh Pegawai Mengurus
Tender.
iv. J awatankuasa mengurus tender akan menerima dan
membuka tender.
v. Pegawai Penilai / J awatankuasa Penilai Tender / Urusetia
tender akan menilai dan memperakukan tender.
vi. Pada akhir prosedur, lembaga perolehan akan membuat
pemilihan pembekal dan pengarah yang berkenaan (
Pengarah Cawangan Ibu pejabat J KR Malaysia, Pengarah
XLII
J KR Negeri / Pengarah J KR Wilayah Persekutuan /
Pengarah J KR Pembangunan Persekutuan / Pengarah Unit
Khas J KR ) akan menyediakan Surat Setuju Terima Tender
dan akan diserahkan kepada pembekal yang telah dilantik.



c) Penerimaan Barangan & Perkhidmatan Dan Memproses Bayaran

i. pegawai pengurus perolehan akan menguruskan terima
barangan dan perkhidmatan serta pesanan penghantaran /
perlaksanaan kerja (DO) akan disemak. J ika kualitinya
tidak baik, maka barangan tersebut akan diminta ganti atau
kerja tersebut akan diperbaiki. Tetapi sekiranya kualitinya
baik, dari segi :

a) Manual
- Pegawai mengurus perolehan akan mengesahkan
penerimaan barangan .
b) E-P
- Nota penerimaan barangan / nota perlaksanaan
perkhidmatan akan disediakan secara online.

ii. Setelah diterima, invois akan dikeluarkan oleh pembekal
untuk Pegawai Mengurus Perolehan. Invois tersebut boleh
melalui sistem manual atau sistem E-P.
iii. J ika invois tersebut melalui manual, invois dan pesanan
tempatan / surat setuju terima tender akan disemak serta
pesanan penghantaran dan bayaran akan diperakukan oleh
pegawai tadbir kewangan.
XLIII
iv. Sebaliknya, jika prosedur adalah melalui system E-P,
padanan bayaran akan dibuat secara online.

3.14.4 Untuk Kaedah Perlaksanaan Perkhidmatan Secara Perunding.

a) Perolehan Perkhidmatan Perunding Penyiasatan Tanah &
Rekabentuk Geoteknik

i. Apabila memerlukan rekabentuk, HODT (Head Of Design
Team) akan menyediakan skop kerja dan arahan akan
dikeluarkan terus kepada KISB (Kump. Ikram Sdn Bhd)
ii. Tindakan seterusnya, HODT akan menerima laporan
daripada KISB dan laporan tersebut akan disemak dan
ianya merangkumi laporan penyiasatan tanah dan perakuan
rekabentuk geoteknik.
iii. HODT akan menyediakan laporan prestasi KISB dan akan
diedarkan kepada Kementerian Kerja Raya. Selepas itu, ia
akan dikemukakan kepada HODT bagi syor bayaran untuk
KISB.
iv. HODT akan memperakukan bayaran kepada Bahagian
Kewangan.

b) Perolehan Perkhidmatan Perunding

i. Setelah mempunyai cadangan outsource rekabentuk /
perlaksanaan projek, HODT / Pegawai Mengurus Tender
akan menyediakan permohonan dan Terma Rujukan
Perkhidmatan Perunding.
ii. kemudian Urusetia Cawangan / Negeri akan menyemak
permohonan tersebut dan menentukan pihak berkuasa
meluluskan permohonan.
XLIV
iii. Urusetia Cawangan juga akan mendapatkan kelulusan
daripada J PPPPA / LP / PKewN / Perbendaharaan.
iv. Sekiranya bayaran perunding melalui input masa, surat niat
akan dikeluarkan kepada perunding tersebut. Rundingan
fee akan dibuat dengan pihak perunding dan sekali lagi
kelulusan akan diperolehi daripada LP / Perbendaharaan /
PKewN. Surat lantikan perunding akan dikeluarkan dan
perjanjian serta Terma Rujukan Perunding yang perlu
ditanda tangani akan disediakan oleh HODT / Pegawa
Mengurus Tender. Kemudian HODT / PMT / Pegawai
Mentadbir Kontrak akan memantau prestasi perunding dan
laporan akan dihantar kepada Perbendaharaan melalui CPK
J KR (Cawangan Pengurusan Korporat). Setelah itu, HODT
/ PMT / PMK akan menyediakan bayaran kepada peunding.
v. Sekiranya bayaran perunding adalah melalui skala bayaran
yang diluluskan oleh lembaga yang berkaitan, surat
lantikan perunding akan terus dikeluarkan kepada
perunding tanpa perlu melalui pengeluaran surat niat,
rundingan fee dan kelulusan LP.












XLV










BAB 4 : ACUAN KONKRIT (FORMWORK)

4.1 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ACUAN
Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang
dicipta melalui kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak,
ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti
ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat.

Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan acuan ialah :

a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan
lurah.
b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong
berlebas pada jarak yang sama.
c) Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan
supaya kedudukannya tidak berubah.
d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta
mengukuhkannya.
e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lappik papan dalam acuan.
f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta
menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan.
XLVI
g) Pancang pula digunakan untuk mengekalkan rembat.

gambarajah 4.1 : Pekerja sedang memasukkan konkrit ke dalam acuan.


4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN

Acuan harus menetap sehingga konkrit mancapai kekuatan yang cukup
untuk menanggung beban sendiri dan beban yang disokong. J angka masa untuk
menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :

Bil. Bahagian Acuan Jangka masa
1 Tepi rasuk, tiang dan tembok 2 6 hari
2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan) 7 14 hari
3 Papan tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari
4 Papan bawah (yang dibebankan) 28 hari
Jadual 4.0: Jangka masa minimum untuk menanggalkan acuan





XLVII


4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN
ACUAN

Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan
acuan adalah seperti berikut :
a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan
mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh
digunakan.
b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan menggunakan
papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah
dipasakkan dengan rembat atau tupang.
c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit.
d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi
memudahkan penanggalannya.















XLVIII


BAB 5 : ASAS DAN CERUCUK

5.1 PENGENALAN
Asas ialah sebahagian daripada struktur yag menyentuhi terus kepadaa
tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan
menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini
memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana
paras tanah kukuh yang tersebut adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya
dibahagi kepada 2 iaitu :
i. Asas Cetek : contohnya pad footing,strip footing.
ii. Asas Dalam : contohnya cerucuk, kaison, selinder.


gambarajah 5.1 : Salah satu contoh asas.





XLIX



5.2 FUNGSI- FUNGSI ASAS
a) Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya.
b) Untuk mengelak berlakunya enapan.
c) Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja- kerja pembinaan.
d) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di
dalam tanah.


5.3 KATEGORI ASAS
Terdapat dua jenis kategori asas iaitu :-
a) Asas cetek
b) Asas dalam


5.4 JENIS- JENIS ASAS
a) Asas pad
b) Asas jalur
c) Asas rakit
d) Asas cerucuk


5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN
Pemilihan asas bengunan bergantung kepada beberapa faktor seperti :-
a) Keadaan dan kekuatan tanah.
b) J enis asas yang dipilih dengan megambil kira dari segi ekonomi asas dan
struktur bangunan keseluruhannya.
c) Sifat dan jenis bangunan
d) Agihan beban daripada superstruktur
L
e) J umlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya.


5.6 PEMILIHAN ASAS
Sebelum projek bermula, pihak makmal J KR akan membuat penyelidikan
tapak dengan rapinya untuk menentukan jenis tanah yang terdapat di situ,
dalamnya lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras dan paras air bawah tanah
dan lain-lain lagi. Setelah diambilkira saiz dan beratnya struktur yang akan dibina
diatasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih.
Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah,
maka asas cetek seperti pad footing akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas
tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di
dalam, maka asas dalam seperti asas cerucuk akan dipilih.

5.6.1 Cerucuk
a) Definisi
Cerucuk adalah elemen yang berbentuk tiang yang
berfungsi mengagihkan beban superstruktur melalui strata yang
kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang labih mampat
dan kuat.

b) J enis-jenis cerucuk
i. Cerucuk Tanggung Hujung (End-Bearing Pile) iaitu
cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu.
ii. Cerucuk Geseran Kulit (Skin Frictional Pile) iaitu beban
struktur ditanggung oleh geseran kulit diseluruh permukaan
cerucuk yang bersentuhan dengan tanah.

Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan
tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan
LI
cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit
tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.


Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh
dibuat seperti berikut :
i. Cerucuk Bakau,
Saiz 3 atau 5 bulat,
Beban yang dibenarkan - 1tan mesti berada di bawah paras air
bawah tanah yang minima.
ii. Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Pile)
Saiz 5x5, 6x6,
J enis kayu; kempas,keruing.
Beban yang dibenarkan 8-15 tan.
iii. Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C Pile)
Saiz 12x12, 14x14, 15x15,
Beban yang dibenarkan 42-65
iv. Cerucuk Konkrit Tegas Dahulu
Saiz 10x10, 12x12, 14x14, 16x16,
Beban yang dibenarkan 45-110 tan.
v. Cerucuk Keluli H
Saiz 8x8, 10x10, 12x12,
Beban yang dibenarkan 50-150 tan.
vi. Cerucuk Gerek Tuang Dimampat

LII

gambarajah 5.6.1 : Cerucuk konkrit bertetulang (R.C Pile)
5.7 ASAS CERUCUK
5.7.1 Definisi
Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan
beban- beban yang dipikul ke lapisan yang keras, beban- beban ini
dipindah melalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya.
J ika beban ditahan oleh geseran kulit disepanjang permukaan cerucuk,
cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional pile), dan jika cerucuk-
cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia dinamakan
cerucuk tanggung hujung (end bearing pile).

5.7.2 Jenis- jenis cerucuk
Pada umumnya jenis cerucuk- cerucuk berikut digunakan untuk
pembinaan J KR.
a) Cerucuk kayu terubat / bakau
b) Cerucuk konkrit tuang dahulu
c) Cerucuk keluli
d) Cerucuk gerek tuang di tempat


5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK (Cerucuk konkrit tuang dulu)
LIII
Sebelum pekerjaan cerucuk selanjutnya, ada beberapa perkara penting
perlu diambil perhatian oleh pegawai penyelia projek.

a) cerucuk yang dibuat dengan menggunakan Ordinary Portland Cement
hendaklah berada dalam keadaan lembab sekurang- kurangnya 10 hari
selepas ianya dibuat.
b) Selepas 21 hari cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke tempat yang
lebih sesuai tetapi ia belum boleh dipacakkan sehingga umurnya 4
minggu.
c) Setiap cerucuk hendaklah ditulis dengan jelas bilagan rujukan, panjang
dan tarikh ia dibuat dan ia hendaklah diangkat dengan cara yang betul,
melalui lubang- lubang yang telah disediakan dan kemudian diletakkan
dengan susunan yang betul.

5.8.1 Peralatan Untuk Cerucuk Pacak
a) Terdiri daripada kerangka cerucuk (piling frame) dan penukul
(hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil
bergantung kepada pada kegunaannya.
b) Penukul cerucuk (piling hammer) yang paling sederhana sekali
adalah penukul terjun (drop hammer). Berat penukul adalah antara
2 4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5 6 kaki. CP 2004
mengesyorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak
dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul
hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk (berat
penukul berat cerucuk)
c) Penukul cerucuk yang lain adalah penukul diesel (diesel hammer).
J enis yang biasa digunakan adalah Kobe series K13 (1.3 tonne ram
weight) K25 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adlah 3
meter.
d) Sewaktu melantak cerucuk samada kayu, konkrit mahupun keluli,
kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk
LIV
(helmet) bersama- sama dengan lapisan kusyen kayu untuk
menahan hentaman, dan diatas topi cerucuk yang akan menerima
penukul adalah lapik (dolly) yag terdiri daripada kepingan besi dan
kayu keras.

gambarajah 5.8.1 (a) : Kren sedang mengangkat cerucuk untuk didirikan pada titk yang
hendak dilantak.


gambarajah 5.8.2 (b) : Cerucuk sedang dilantak.


5.8.2 Data Pelantak Cerucuk
LV
a) Sebelum cerucuk di angkat ke kerangka cerucuk, cerucuk
hendaklah ditandakan dengan ukuran kaki/ meter.
b) Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk
barada pada kedudukan yang betul sebelum dipacu.
c) Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul, jumlah pukulan untuk
setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang
disediakan.
d) Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan / kaki
sedah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera Projek
dan bersedia mengambil set.


5.9 CARA MENGAMBIL SET
Set adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap
pukulan penukul, biasanya diambil 10 pukulan terakhir. Tujuan set diambil
adalah untuk menentukan keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing
capacity) cerucuk. Perlu diambil perhatian jenis cerucuk yang diambil set adalah
jenis cerucuk tanggung hujung saja dan tidak perlu pada cerucuk geseran.
a) Set diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel
diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong oleh
dua penahan.
b) Setiap pukulan pada cerucuk, pensel dialihkan dan digesekkan dari kiri ke
kanan sehingga 10 pukulan.
c) Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada pada
kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 hentakan yang diperlukan
umtuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm.


5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAKBINA
Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali
di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas
LVI
ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat
kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau
kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu
ditanam disesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam
perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai
Provisional di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.
Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapakbina sebelum, sewaktu
dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan.

5.10.1 Kawalan Mutu Cerucuk
a) Cerucuk Konkrit Bertetulang
Pastikan bagaimana cerucuk diacu. J ika di tapakbina,
kawalan mutu konkrit perlu dibuat seperti biasa. Pemborong hanya
boleh mengacu cerucuk ditempat lain jika kawasan tapakbina
terlalu sempit dan perkara ini mendapat persetujuan Pegawai
Penguasa.

gambarajah 5.10.1 : Cerucuk konkrit bertetulang

b) Cerucuk Pendahuluan
Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam
sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk
LVII
menentukan criteria melantak untuk cerucuk-cerucuk kerja
berikutnya dan untuk mengesahkan kecukupan rekabentuk,
dimensi-dimensi dan keupayaan galas. Cerucuk ini hendaklah
diambil kira sebagai sebahagian dari kerja asas yang tetap.

c) Cerucuk Acu Siap
J ika pemborong bercadang menggunakan cerucuk yang
sudah siap, pastikan yang sebabnya boleh diterima. Ini adalah
kerana bagi cerucuk ini pihak J KR tidak dapat mengawal mutu
dengan sepenuhnya. Oleh itu adalah digalakkan membuat lawatan
ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Perlu juga dipastikan yang
sifat dan keupayaan cerucuk tersebut adalah tidak kurang daripada
yang dikehendaki dan juga bayaran lebih tidak akan dibuat oleh
pemborong.


5.11 MUTU CERUCUK
Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC).
Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan,
factor mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh
dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga
10 hari dan selepas 14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan
liftingholes atau togglees yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar
cerucuk tidak mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina.
Cerucuk hanya boleh ditanam selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga
kematangannya.

5.11.1 Saiz dan Geometri.
Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah
tegak dan segala potongan mestilah tepat 90 darjah.

LVIII
5.11.2 Pancangan Tanda
Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama
struktur yang dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk,
kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin,
pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.

5.11.3 Kedudukan
Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau
lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang
dibenarkan diantara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang
ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi
75mm dalam semua arah.

5.11.4 Kepugakan
Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi
cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang
sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan
paksaan kerana ini hanya akan merosakkannya.

5.11.5 Kecondongan
J ejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk
mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum
yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang
telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan
hendaklah mengikut nisbah 1:25.


5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK

5.12.1 Carta Program Kerja Penanaman
LIX
Pemborong mestilah menyebabkan program sebelum memulakan
kerja terutama sekali jika skopnya besar dan terdapat beberapa jenis
cerucuk digunakan. Ini adalah penting supaya Pegawai Penguasa boleh
merancang tenaga penyeliaannya memandangkan kerja ini adalah intensif.
Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah dikemukakan 7
hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor
hendaklah memberitahu Pegawai Penguasa, program kerja cerucuk untuk
hari berikutnya dan memberi secukupnya notis mengenai cadangannya
untuk bekerja diluar waktu pejabat.

5.12.2 Rekod Penanaman
Setiap butir mestilah dimasukkan ke dalam rekod penanaman
supaya ianya boleh digunakan oleh Pegawai Penguasa dan pihak Ukur
Bahan untuk proses Arahan Pinda Kerja. Setiap cerucuk yang dipasang
hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa dua salinan rekod-
rekod yang telah ditandatangani tidak lewat dari tengahari hari berikutnya,
selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangan akan menjadi
sebahagian dari rekod kerja. (Rujuk lampiran (a), (b) & (c)).

5.12.3 Gangguan dan Kerosakan
Bunyi bising dan gangguan hendaklah diambil kira oleh kontraktor
dan langkah-langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi bising dan
gangguan semasa melantak dapat diatasi.

5.12.4 Kerosakan
Kontraktor hendaklah mengambil perhatian kepada Kerosakan
Kepada Harta Benda dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah
disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh
struktur yang bersebelahan dan sesuatu kemudahan akibat dari cara kerja-
kerja cerucuk yang dicadangkan.
LX
Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, Kontraktor
hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama Pegawai Penguasa untuk
menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya
sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau
sekelilingnya. J ika semasa menjalankan kerja, kerosakana
berkemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau
struktur-struktur bersebelahan, Kontraktor hendaklah mengemukakan
kepada Pegawai Penguasa cadangannya untuk membaiki atau
mengelakkan kerosakan tersebut.
5.12.5 Kerosakan kepada Cerucuk
Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara
yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk. Semua cerucuk
yang rosak semasa kendalian sama ada semasa pengangkutan, penegakan,
pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah
digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.

5.12.6 Langkah Keselamatan
Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan di
sepanjang perlaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak
undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan.



5.13 UJIAN CERUCUK

5.13.1 Tujuan :
a) Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate
bearing capacity of pile).
b) Memeriksa ciri-ciri lengkungan Load Settlement cerucuk pada
beban kerja (working load).
c) Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan
sambungan cerucuk.

LXI
Adalah disyorkan bahawa :
a) Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah
dilaksanakan selepas 4 minggu cerucuk dipacak.
b) Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian
cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak.
c) Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu
dipacak.


5.13.2 Kaedah
Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan :

a) Maintained Load (biasa dilaksanakan J KR)
Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting
dalam bidang pembinaan. Ia menggunakan jack untuk
mendapatkan reaksi dari beban lawan (knetledge) yang lebih berat
dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak atas
platform dan disokong oleh beberapa blok konkrti. Pihak
kontraktor yang perlu menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan
pihak J KR bertanggungjawab mengawasi dan memastikan bahawa
kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi
spesifikasi yang ditentukan oleh J KR.

b) Alatan untuk ujian beban

a) J ek Hidraulik
b) Tolok Dial (Dial Gauge)
c) Tentu ukur


5.13.3 Langkah- langkah Ujian Beban Tetap
Ada beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :
a) Sewaktu ujian beban, permukaan kepala cerucuk hendaklah
diratakan.
LXII
b) Penyokong (support) kepada beban lawan hendaklah berada jauh
sedikit daripada cerucuk yang hendak diuji.
c) Beban lawan hendaklah disusun supaya pusat gravitinya sama
dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi
sebanyak 10% - 20% dari ujian maksima.
d) J angka tolok (pressure gauge) dan jek hendaklah dikaliberasikan
terlebih dahulu. Keupayaan jangka tolok mestilah lebih tinggi
sebanyak 10 20% dari ujian maksima.
e) Misalnya 500 tonne jek dengan 500 tonne gauge yang
dikaliberasikan dengan ketepatannya hampir kepada 10 tonne
adalah tidak sesuai untuk menguji cerucuk 300mm x 300mm yang
hanya boleh memikul 80 tonne sahaja. Tolok yang sesuai adalah
mempunyai keupayaan 100 150 tonne dengan ketepatan 1- 2
tonne.
f) Dial gauge yang dipasang kepada rasuk dari cerucuk yang diuji
untuk mengukur penurunan mestilah berada diatas penyokong
yang kukuh. Penyokong itu hendaklah berada sekurang- kurangnya
6 kaki atau 3 kaki garis pusat cerucuk dari cerucuk yang diuji.
g) Mengikut penentuan J KR, penurunan 2 kali beban kerja tidak lebih
dari 1.5 inci, ini bererti satu pusingan jarum dial gauge mestilah
berjumlah penurunan 2 inci. Sebarang dial gauge yang mempunyai
satu pusingan kurang dari 2 inci yang tidak akan diterima.
h) Dial gauge hendaklah mempunyai ketepatan 0.004 (0.1mm).
Biasanya dial gauge yang mempunyai ketepatan 0.001 atau
0.002 boleh diterima. Walaubagaimanapun cara mengambil data
akan ditentukan oleh J urutera Projek.

5.13.4 Prosedur Ujian
a) Beban hendaklah ditambah secara berperingkat- peringkat dengan
kenaikan sebanyak 25% daripada beban kerja sehingga mencapai
beban maksima sebanyak 2 kali beban.
LXIII
b) Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan
berperingkat- peringkat selama 16 jam.
c) Bacaan penurunan dan waktu hendaklah dicatit sebelum dan
selepas setiap penambahan beban mengikut banjaran (intervel)
waktu yang ditentukan.
d) Proses ini diulang sehingga beban mencapai beban maksima.
e) Apabila sudah mencapai beban maksima, ia hendaklah dibiarkan
sekurang- kurangnya 24jam.
f) Kemudian beban dikurangkan secara berperingkat- peringkat
(misalnya dalam 4 peringkat selama 8 jam)
g) Lengkungan time settlement dan load settlement hendaklah
dibuat.

5.13.5 Rekod Ujian Dan Keputusan
Segala rekod ujian dan keputusan perlu diisi dalam beorang rekod
ujian. Ianya diperlukan untuk menyediakan dua graf yang penting :
a) graf beban pemendapan
b) graf masa pemendapan

5.13.6 Kegagalan ujian cerucuk
Kegagalan ujian cerucuk boleh dikesan melalui graf- graf yang
digunakan untuk penafsiran status ujian. Ujian dikira gagal sekiranya :

a) Baki mendapan 6.50mm selepas ujian diturunkan
b) J umlah mendapan melebihi 12.50mm dibawah beban rekabentuk.
c) J umlah mendapan melebihi 38.0mm dibawah dua kali ganda beban
rekabentuk.

5.13.7 Berikut ialah kerja pengiraan ujian beban
J umlah beban yang akan diuji dalam kes ini ialah 40 tan
LXIV
J adual dibawah menunjukkan proses penambahan beban secara
berperingkat- peringkat selama 8 jam







MASA J UMLAH (TAN)
12.00 p.m 2.00 p.m 5
2.00 p.m 4.00 p.m 5
4.00 p.m 6.00 p.m 5
6.00 p.m 8.00 p.m 5
8.00 p.m 10.00 p.m 5
10.00 p.m 12.00 p.m 5
12.00 a.m 2.00 a.m 5
2.00 a.m 4.00 a.m 5
J UMLAH 40
Jadual 5 a : Proses Penambahan Beban selama 8jam.


MASA J UMLAH (TAN)
4.00 a.m 4.00 a.m 40
Jadual 5 b: Kerja mengekalkan beban selama 24jam.



MASA J UMLAH (tan)
4.00 a.m 6.00 a.m 10
6.00 a.m 8.00 a.m 10
LXV
8.00 a.m 10.00 a.m 10
10.00 a.m 12.00 a.m 10
J UMLAH 40
Jadua 5 c : Proses pengurangan beban selama 8jam.

a) Bagi ujian beban di atas jumlah beban yang dikenakan adalah 90
tan
b) J adual 5a menunjukkan beban dinaikkan sebanyak 500 psi setiap
satu jam sekali .kerja menambah beban dijalankan dalam masa 6
jam.
c) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.
d) J adual 5b menunjukkan bahawa selepas beban 90 tan dikenakan, ia
dikekalkan selama 24 jam.
e) J adual 5c menunjukkan beban dikurangkan berperingkat iaitu
sebanyak 50 psi setiap 1 jam. Kerja pengurangan beban dijalankan
selama 6 jam.
f) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.
g) J umlah keseluruhan masa bagi kerja ujian beban ialah 38 jam.


5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG
a) Selepas kerja ujian beban selesai dijalankan, kerja seterusnya yang akan
dijalankan ialah kerja penggalian lubang.
b) Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan
untuk pembinaan pilecap
c) Kerja pengorekan ini dilakukan dengan bantuan jentolak (case).
d) Kerja pengorekan ini mestilah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk
mengelakkan kerosakan pada cerucuk.
LXVI

gambarajah 5.15 (a) : Jentolak sedang menggali lubang untuk membuat pemotongan
cerucuk.


gambarajah 5.15 (b) : Keadaan tanah setelah dikorek.


5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK
Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam
bidang pembinaan iaitu:

a) Cerucuk spun (berbentuk bulat)
LXVII
Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini
kerana pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jika di
bandingkan dengan pemotong Hacker. Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada
cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika di salah potong.

b) Cerucuk R.C (berbentuk segiempat)
Cerucuk R.C biasanya dipotong dengan menggunakan Hacker. Ini kerana
cerucuk R.C tidak mudah rosak.

gambarajah 5.16(a) : Pekerja sedang memotong cerucuk.


gambarajah 5.16 (b) : Pekerja sedang membantu untuk mengalihkan lebihan cerucuk
menggunakan kren.
LXVIII



gambarajah 5.16 (c) : Cerucuk yang telah dipotong.

5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK
Selepas kerja pemotongan cerucuk, kerja pembinaan yang seterusnya ialah
kerja pembinaan pilecap. Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah. Pilecap
ini dibina dari konkrit bertetulang. J enis gred konkrit yang digunakan dalam
pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1:3 dan
jenis simen yang digunakan ialah Simen Portland Biasa.
Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas
kerja pemotongan cerucuk selesai. Kerja penimbusan tanah ini dilakukan dengan
menggunakan jentolak. Kerja penimbusan ini juga dilakukan dengan berhati-hati
untuk mengelakkan kerosakan pada pilecap.











LXIX




BAB 6 : KONKRIT

6.1 PENGENALAN
Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan
simen ( cement ), batu baur halus ( fine aggregate ), batu baur kasar ( coarse
aggregate ) dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis mengikut kegunaannya. J enis konkrit adalah seperti berikut :-

i. Konkrit simen ( plain cement concrete )
ii. Konkrit bertetulang ( reinforcement cement concrete )
iii. Konkrit kapur ( lime concrete )


6.2 BAHAN- BAHAN KONKRIT
Dalam kerja konkrit, bahan- bahan yang digunakan adalah seperti :-

a) Simen
Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen
Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland haruslah
mematuhi kehendak- kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13. J enis- jenis
simen Portland yang biasa digunakan ialah seperti berikut :

i. Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) simen jenis ini
mesti menepati Piawaian M.S 522. Bahan- bahan mentah yang biasa
digunakan adalah kalsium karbonat, silica, alumina dan besi oksida.

ii. Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland
Cement) simen jenis yang akan digunakan mesti menepati Piawaian
LXX
Malaysia M.S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan Simen
Portland Biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat
mengeras dengan lebih cepat.
iii. Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland
Cement) simen Portland jenis ini menepati Piawaian British B.S
4027 sebelum dapat digunakan. Ia merupakan simen Portland yang
mempunyai kandungan trikalsium aluminat yang rendah dan
kandungan tetrakalsium aluminoferrit yang tinggi berbanding Simen
Portland lain. Dengan adanya kandungan trikalsium aluminat terhidrat
yang akan bertindak balas dengan sulfat, maka konkrit yang dihasil
menggunakan simen tersebut akan menjadi konkrit penahan sulfat.
J adi simen amat sesuai digunakan untuk pembinaan struktur- struktur
bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut, bahan kimia
dan sebagainya.

Simen yang akan digunakan harus disimpan dikawasan yang
kering dan bebas daripada kelembapan. Ini mengelakkan proses
pembekuan berlaku kepada simen. Simen yang didapati rosak disebabkan
usianya, kerosakan pada kampit, pemnyimpanan yang tidak sempurna,
isinya keras atau didapati cacat dalam apa jua bentuknya mesti
dikeluarkan dari tapak binaan dengan segara.

b) Batu Baur
Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling
beraneka jenis. Oleh yang demikian, batu baur yang hendak digunakan
perlu mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat
digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan mesti dari jenis yang
kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak
mengandungi bahan- bahan perosak yang akan membawa kesan buruk
kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan
LXXI
dengan baik. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis mengikut saiz yang
berbeza, iaitu :-




i. Batu Baur Halus ia mesti dari pasir semulajadi yang terdapat
dikawasan air tawar. Batu baur halus hendaklah tidak mengandungi selut
atau bahan- bahan halus lain melebihi 3 % mengikut isipadu apabila diuji
mengikut Piawaian M.S 7.5. Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah
tidak dibenarkan. Manakala pasir yang didapati dari kawasan lombong dan
laut harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.
ii. Batu Baur kasar Batu baur jenis ini yang akan digunakan mestilah
menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti dari jenis yang bebas daripada segala
kotoran dan boleh digolongkan kepada 3 jenis utama iaitu batu Igneus,
batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz maksimum batu baur mestilah
dalam lingkungan 19mm.

c) Air
Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit harus mematuhi
piawaian Malaysia iaitu M.S 28. Ia mesti bebas dari segala kotoran yang
boleh memberi kesan kepada konkrit. Ini kerana air penting untuk proses
tindak balas kimia berlaku dalam bancuhan konkrit yang dibuat. Kuantiti
air yang digunakan untuk bancuhan adalah ditentukan mengikut format
berikut :
Jumlah Berat Air Dalam Konkrit
Berat Simen Untuk bancuhan biasa nisbah bancuhan air adalah 0.4 hingga
0.7


LXXII






d) Bahan Tambah
Bahan tambah (menepati piawaian M.S 922) merupakan sejenis
bahan yang dicampur kedalam bancuhan konkrit semasa bancuhan
dijalankan. Tujuan adalah untuk meninggikan taraf pada sifat- sifat konkrit
dalam keadaan yang diperlukan. J enis- jenis bahan tambah adalah seperti
berikut :-

i. Pencepat (Accelerators)
ii. Pelambat (Retarders)
iii. Bahan Tambah Perangkap Udara (Air entraining agent)
iv. Bahan Penangkis Air (Water repelling agent)


6.3 MEMBANCUH KONKRIT
Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara, iaitu :-

i. Membancuh dengan menggunakan penyeduk
ii. Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul
iii. Bekalan daripada kilang bancuh siap

Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau
concrete mixer adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu
ditambah kira- kira 10 % lagi untuk memudahkan kerja- kerja membancuh.
Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering
dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan
LXXIII
airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu
sekata.
Untuk projek- projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah
banyak. Bancuhan konkrit ini biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap.
Pembancuhan konkrit ini baik di kilang atau pun di tapak bina perlulah mematuhi
nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.

6.4 JENIS- JENIS GRED KONKRIT
Pada masa kini, jenis- jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan
sebagai gred- gred konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali
dengan campuran nisbah bancuhan. Campuran konkrit akan digredkan dengan
gred- gred berikut :-

a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1:3)
d) G30 (1:1:2)

Gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan
Characteristic Compressive Strenght, konkrit berkenaan dalam unit N/mm.

6.4.1 Jenis-Jenis Campuran
a) Campuran 1:2:4
1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu.
Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk
segala kerja struktur konkrit bertetulang dan juga untuk kerja
konkrit tuang dulu. (Pre-cast Concrete).
b) Campuran 1:3:6
1 bahagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu.
Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak,
seperti tapak dan lantai konkrit.
LXXIV
c) Campuran 1 :9
1 bahagian simen : 9 bahagian pasir.
Ini digunakan sebagai screed konkrit. Screed konkrit adalah
digunakan :
1. Untuk memberikan permukaan yang lebih bersih dalam
kerja umpamanya untuk membuat tetulang.
2. Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.


6.5 UJIAN KEATAS BANCUHAN KONKRIT
Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan
sesuatu konkrit. Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada
bancuhan itu sesuai untuk kegunaan berkenaan atau pun untuk mencapai
kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja- kerja pembinaan.
J enis- jenis ujian konkrit adalah :-
a) Ujian Runtuh
b) Ujian Kiub
c) Ujian Vebe Consistometer
d) Ujian Faktor Mampatan


6.6 UJIAN KIUB (CUBE TEST)

Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan
ujian konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada
ujian- ujian ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul
dan kekal. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang
dibuat.(Rujuk lampiran 12.0(a), (b) & (c)).

6.6.1 Alat- Alat Yang Digunakan

LXXV
a) Di dalam semua projek, kiub akan dibuat pada setiap kali
campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan
pecahan pada hari ke 7 dan ke 28. Kotak acuan yang diperbuat
daripada keluli dan dalam dua bahagian, yang mana diboltkan
bersama. Kebiasaannya alas keluli juga dibekalkan bersama.


gambarajah 6.6.1 (a) : Bancuhan konkrit sedang dimasukkan ke dalam kiub-kiub
bersaiz 6 150mmx150mm


b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)


LXXVI
gambarajah 6.6.1 (b) : Sebatang rod besi digunakan untuk hentakan sebanyak 35 kali






6.6.2 Cara Ujian Kiub Dijalankan

a) Acuan hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk
mengelakkan daripada konkrit melekat pada acuan.
b) Acuan yang berukuran 6 inci kiu9b itu dipenuhkan konkrit dalam 3
lapisan yang hampir sama tebal.
c) Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod
sebanyak 35 kali.
d) Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air.
e) Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan
peringkat kedua adalah selama 28 hari.
f) Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang
diuji perlu mencapai kekuatan 75%. J ika kurang dari 75% ujian
peringkat kedua perlu dijalankan selepas 28 hari.


LXXVII
gambarajah 6.6.2 : Acuan disapu dengan minyak gris (pelincir).





6.6.3 Kiraan Ujian Kiub
Gred yang digunakan (G25)
Katakana beban yang dikenakan 500KN
500KN =500000N

Kiraan :
Luas kiub yang dikenakan beban
150mm x 150mm
=22500 mm persegi

=F/A
=500000
22500
=22.22 N/mm

J enis gred (G25)
Maka peratus kekuatan konkrit ialah :

22.22
25 Gred konkrit

=0.88
=88%

Ujian lulus kerana ia melebihi 75%
LXXVIII





Kekuatan kiub pada hari
ke 7
Kekuatan kiub pada hari
ke 28
Ujian awal Ujian kerja Ujian awal Ujian kerja

Nisbah
campuran
nominal
N/mm N/mm N/mm N/mm
1 : 1 : 2 26.7 20 40 30
1 : 1 : 3 22.7 27 34 25.5
1`:2 : 4 18.7 14 28 21
Jadual a : Jadual Kekuatan Kiub


6.7 UJIAN RUNTUH ( SLUMP TEST )
Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yag dibuat
tetapi ia adalah mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam
sesuatu campuran yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit
pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua truck
mixer yang masuk ke tapak.

6.7.1 Alat- Alat Yang Digunakan
a) kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas 100mm, diameter muncung
bawah 200mm dan tinggi 300mm.
LXXIX

gambarajah 6.7.1 (a) : Acuan kon yang diletakkan di atas kepingan aluminium.

b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)
c) Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit

6.7.2 Cara Ujian Runtuh Dijalankan

a) pertama sekali, konkrit dimasukkan kedalam slump cone.
b) Ia dimasukkan secara berperingkat- peringkat mengikut 3 lapisan
c) Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan rod.
d) Selepas 4 lapisan dibuat, slump cone dikeluarkan secara perlahan-
lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan.
e) J ika tinggi konkrit yang tidak runtuh itu tidak melebihi 3 inci,
maka ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk
dibawa masuk kedalam tapak bina.
f) J ika tingginya kurang daripada 3 inci, maka ujian tersebut gagal
dan konkrit tersebut perlu ditukar.
Designed Slump =75mm(+/-) 25mm


6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT
LXXX
a) konkrit perlu diangkut secepat yang mungkin dari alat pembancuhan.
b) Cara penuangannya perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan
pengasingan bahan- bahan yangsedia ada atau kehilangan bahan- bahan
bancuhan.
c) Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang
dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.
d) Konkrit perlu dituang di tempat- tempat yang dikehendaki dengan secepat
mungkin.
e) Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan
alat penggetar berjentera.
f) Konkrit perlu dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut- sudut acuan
dengan menggunakan papan pemadat.
g) Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan
bukan digunakan untuk menempatkan konkrit kebahagian- bahagian yang
tertentu.
h) Konkrit diantara dinding- dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat
getar dari jenis benam dan konkrit untuk papak- papak yang tidak
menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat
getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis- jenis
lain yang diluluskan.











LXXXI













BAB 7 : KERJA-KERJA BAR TETULANG


7.1 PENGENALAN

Dalam Kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang
berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya
tidak berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan.
Struktur- struktur seperti tiang, lantai, rasuk dan lain- lain bahagian sering
mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai
digunakan, maka ia diatasi denga menggunakan konkrit bertetulang
(Reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan besi tetulang dengan
konkrit.


7.2 JENIS BAR TETULANG

I. Keluli lembut / hot rolled mild steel
II. Bar berbunga / deformed bar
III. Tetulang anyaman / BRC steel fabric
IV. Dawai keluli tegangan tinggi / high tensile wire
LXXXII


7.3 PENYIMPANAN BESI TETULANG

Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai
ke tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabia besi
tetulang telah sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan
perhatikan kadar karatnya dan kebengkokkannya. J ika sekiranya kadar karatnya
terlampau teruk, ia hendaklah digantikan kerana kemungkinan ia akan
merosakkan struktur bangunan. Bar- bar tetulang hendaklah diletakkan diatas
lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk
penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran
minyak, tanah, karat, dan lain- lain bahan.

gambarajah 7.3 : Besi tetulang yang baru sampai di tapak dan telah diikat.


7.4 PEMBENGKOKAN BESI TETULANG
Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan
memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang
dilakukan mengikutnya. Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar yag
disertakan di muka surat sebelah. Pembengkokan bender atau hooker berguna
dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar
LXXXIII
tetulang yang lebih daripada 28mm ia boeh dibengkokkan dengan memanaskan
bar tetulang tersebut.
Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada
hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam
acuan. Bagi kerja pemasangan ia diikat dengan mengunakan dawai halus yang
berdiameter 1.63mm.

gambarajah 7.4(a) : alat untuk pembengkokkan besi tetulang.



gambarajah 7.4(b) : Besi tetulang yang telah dibengkokkan.
LXXXIV


7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI
Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang dan rasuk adalah perlu
diikatkan dahulu dengan link. Kerja pengikatan link adalah dilakukan dikawasan
bawah. Kerja- kerja pengikatan link adalah seperti berikut :-

a) Tetulang keluli yan hendak dipasang adalah diletakkan diatas dua peranca.
b) Link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm
atau 200mm pusat ke pusat megikut bentuk.
c) Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk
pengikatnya.



gambarajah 7.4 : tetulang keluli bagi tiang yang diikat dengan dawai halus.


LXXXV
7.6 SEMAKAN BESI TETULANG
Wakil P.P harus menjalankan satu tugas yang penting dalam kerja
pengkonkritan iaitu pemeriksaan tetulang. Semakan- semakan harus dibuat untuk
memastikan tetulang disediakan mengikut kehendak- kehendak lukisan.
Kontraktor dikehendaki mengemukakan permohonan untuk meneruskan kerja-
kerja pengkonkritan dengan menggunakan borang permohonan. (Rujuk lampiran
13.0).



BAB 8 : PEMBINAAN INFRASTRUKTUR


8.1 PENDAHULUAN

i) Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada struktur dan
substruktur bangunan, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk
kerja perkhidmatan dan infrastruktur.
ii) Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. J ika
mutunya tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya
akan menjadi sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap
hasil projek dan juga kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan
pengawasan.
iii) Infrastruktur projek bangunan merangkumi kerja-kerja saliran tanah, sistem
perparitan, penanaman rumput, jalan, saliran kekotoran dan retikulasi air.


8.2 KERJA TANAH
Kerja tanah perlulah dirancang, dilaksanakan dan diawasi dengan
sempurna kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kos yang
tinggi apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh dan
LXXXVI
hakisan. Kerja pembaikan memerlukan kepakaran yang akan menelan belanja
yang besar yang mungkin dapat dijimatkan sekiranya perhatian yang rapi
diberikan semasa merancang dan melaksanakan kerja-kerja tanah.








8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

a) Kawasan yang hendak dibersihkan (Rajah 8.1) perlulah ditanda, supaya
kerja pembersihan ini tidak memasuki kawasan sempadan.
b) Kadangkala terdapat pokok-pokok, kawasan berumput dan lain-lain yang
perlu disimpan atau dijaga dalam keadaan sedia ada. Pokok-pokok ini
hendaklah ditandakan dan kawasan-kawasan berumput pula diadakan
papan tanda penghadang supaya tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti
pembinaan.
c) J ika projek berada dalam wilayah yang telah dibangunkan, arah jajaran
paip air, sesalur bawah tanah dan lain-lain perkhidmatan perlu ditentukan
supaya perhatian khas diberikan apabila kerja-kerja memotong atau
menggali dibuat berhampiran dengan jajaran tersebut.
d) Adalah sangat mustahak akar-akar pokok perlu dibongkar keluar, lebih-
lebih lagi di tapak bangunan. J ika akar pokok ditinggalkan dalam tanah,
lama kelamaan ia akan reput dan mengakibatkan pemendapan tanah.
e) Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja
penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah
dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak
LXXXVII
terganggu. Bahan-bahan yang tidak diperlukan yang terdapat dalam
lapisan tanah atas perlu dibuang sebelum tanah atas itu disimpan.


gambarajah 8.3 : Kerja-kerja pembersihan tapak


8.4 SISTEM PERPARITAN

a) Parit Tanah :-
Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang
kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:-
Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya
adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima,
jika direkabentuk dengan sempurna.

c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:-
J enis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara
dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun.

LXXXVIII
d) Longkang Batu Rubble:-
Longkang ini dibina dari blok blok batu dan juga berfungsi sebagai
dinding penahan.

e) Longkang Bertingkat:-
Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian
khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa
hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah.

f) Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip:-
Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem perparitan
terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung yang sesuai haruslah digunakan
berdasarkan beban dan keadaan setempat. Pembentung ini dikelaskan seperti
berikut :-

STD (S) - Standard
L (X) - Low
M (Y) - Medium
H (Z) - High


g) Pemilihan kelas pembentung biasanya dibuat oleh J urutera berdasarkan faktor-
faktor berikut :-
- Tinggi tambunan
- J enis alas
- Bebas kenderaan
- J enis tanah
- Garis pusat dan lain-lain.


8.5 KERJA PENGGALIAN
LXXXIX

a) Perparitan perlulah digali mengikut saiz, aras dan cerun.
b) Perparitan hendaklah dielakkan dari terlebih gali, kerana ini akan
mengakibatkan pemendapan tidak setara apabila bahan kambus yang tidak
sesuai digunakan.
c) Mengikut amalan biasa, peparit digali 150mm kurang dari yang
dikehendaki. Bakinya akan digali sebelum kedap dibina.


8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT

a) Mutu longkang yang hendak dipasang mestilah mengikut jenis, saiz dan
dimensi yang telah ditentukan.
b) Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna
mengikut cerun yang telah ditetapkan.
c) Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk memastikan aliran
songsang dan ponding tidak terjadi.
d) Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan selari supaya pengaliran
air tidak terganggu atau tersekat.
e) Ruang-ruang di celah longkang perlulah dimampat dengan sempurna
supaya hakisan dan pemendapan tanah dapat dikurangkan.


8.6 TAKUNGAN

a) Takungan-takungan diperlukan di mana arah aliran air cerun saliran
bertukar.
b) J enis dan saiz takungan bergantng kepada rekabentuk dan juga
kegunaannya.
XC
c) Aras invert untuk takungan biasanya 150mm lebih rendah dari invert
longkang keluar. Ini adalah supaya takungan dapat berfungsi untuk
menghalang kelajuan air dan seterusnya mengelakkan hakisan.


8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG

a) Padang
i) Semasa kerja tanah, permukaan haruslah dibentuk supaya ia
mempunyai kamber atau cerun yang menghala ke saliran yang
berhampiran. Cerun untuk padang adalah dalam lingkungan 1:60
1:200.
ii) Untuk memastikan cerun ini diperolehi, aras titik hendaklah diambil
ataupun papan kamber digunakan untuk mengukur kamber.
iii) J ika keadaan padang adalah luas dan rata, penggunaan saliran bawah
tanah mungkin digunakan.
iv) Tanah hitam atau lapisan atas disimpan semasa kerja tanah boleh
digunakan untuk lapisan atas padang.

b) Kepingan Rumput
i) Saiz kepingan rumput dalam spesifikasi J KR ialah 200mm persegi dan
tebalnya ialah 50mm.
ii) J enis rumput dan spesifikasinya perlulah ditentukan terutama sekali
jika teknik hydro seeding digunakan. Rumput-rumput hendaklah
bebas dari lalang.
iii) Kepingan rumput perlulah disimpan dalam keadaan lembap supaya
kesegarannya terjaga.
iv)
c) Penanaman Rumput
XCI
v) Penanaman rumput di cerun atau tebing perlulah dilaksanakan sebaik
sahaja cerun atau tebing itu disiapkan. Ini adalah untuk mengurangkan
risiko hakisan tanah.
vi) Rumput ditanam secara tanam-rapat, ruang di antara rumput tidak
seharusnya kelihatan sementara jarak antara kepingan rumput tanam-
tompok ialah 450mm pusat ke pusat.


8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN

a) Penggaliran saliran kotoran
i) Peparit yang digali haruslah selanjar antara salur lurang keluar
dengan salur lurang masuk dan aras invertnya pula perlulah
dikawal supaya kejadian pengaliran sonsang tidak berlaku.
ii) Peparit perlu dibina dengan stabil dan jika terdapat tanah
lembik atau tanah lembut, tanah ini perlu diganti dengan tanah
bermutu atau pasir yang terpilih.

b) Jenis Paip
Terdapat beberapa jenis paip saliran kekotoran yang biasa digunakan iaitu :
i) Paip tembikar bergilap yang memenuhi piawaian BS65
atau BS539.
ii) Paip besi tuangan yang digunakan apabila saliran kekotoran
terdedah atau melintas jalan.
iii) Paip klorida polivinal tak plastik (UPVC).
iv) Paip V.C.p (extra strength).

c) Pemasangan Paip
i) Peparit yang telah digali perlulah diperiksa sebelum
memasang paip saliran kekotoran (Rajah 8.2)
XCII
ii) Paip tidak sepatutnya digolek atau dicampak ke dalam
peparit.
iii) Bahagian luar dan dalam sambungan paip perlulah
dibersihkan sebelum kerja penyambungan dilakukan.
iv) Bahagian hujung paip yang tidak dikerjakan perlulah
ditutup untuk mengelakkan dari dimasuki tanah.
v) Paip yang bersoket seharusnya diatur dengan soketnya
menyongsang hala pengaliran untuk memudahkan kerja
pemasangan paip.
vi) J arak antara lurang ke lurang hendaklah dihadkan kepada
45 meter sahaja untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.

d) Lurang-lurang untuk saliran kekotoran.
i) Lurang-lurang ini diperlukan untuk kerja-kerja
pemeriksaan dan penyelenggaraan. Dalamnya lurang-
lurang ini bergantung kepada aras invert dan juga cerun
saliran.
ii) Di mana lurang dibina di atas tanah lembut, asas cerucuk
bakau biasanya diadakan.
iii) Segala sudut di bahagian dalam hendaklah dibuat dalam
bentuk membulat.
iv) Bahagian dalam lurang dan bahagian luar yang terdedah
mestilah dilepa dengan simen mortar.
v) Penutup lurang yang dibuat dari besi tuangan tegas
sederhana hendaklah disediakan.
vi) Untuk lurang yang melebihi 1 meter dalam, anak-anak
tangga besi tempa perlulah diadakan.
vii) Ujian ke atas paip saliran kekotoran perlulah dijalankan
dari lurang ke lurang sebelum peparit dikambus. Ujian
yang dijalankan ialah ujian air di mana kelajuan air
diukur dalam tempoh 30 minit.
XCIII
viii) J ika sekiranya ujian air lulus, peparit bolehlah dikambus
dengan menggunakan tanah yang bebas dari batu besar.
ix) Kambusan perlulah dibuat secara lapisan dan setiap
lapisan tidak melebihi 300mm tebal dan dimampatkan.

e) Sistem Kumbahan.
i) Terdapat berbagai-bagai jenis sistem kumbahan yang
digunakan di dalam bidang pembinaan. Pemilihan sesuatu
sistem itu bergantung kepada faktor-faktor keluasan
tanah, jenis penggunaan, bilangan pengguna dan lain-lain
lagi.
ii) Antara sistem kumbahan yang biasa digunakan ialah :
a. Tangki najis (septic tank).
b. Tangki najis dengan peparit penapis.
c. Tangki najis dengan penghampar penapis.
d. Tangki imhof.
e. Tangki pengoksidaan sistem pembentungan
pusat.
f. Sistem RBC,Biofilter dan lain-lain.

iii) Sistem kumbahan ini memerlukan penyelenggaraan yang
berterusan. Keberkesanan sesuatu sistem kumbahan itu
boleh dinilai dari mutu air buangan dengan kiraan B.O.D
( Biological Oxygen Demand ).


8.9 PENYIASATAN TAPAK

Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan
ataupun jalan, pihak J urutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar
sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya, dengan melakukan analisa
XCIV
kestabilan benteng jalan atau pun apa-apa kerja yang berkaitan dengan tanah
tersebut. Maka, maklumat-maklumat tertentu mengenai tanah boleh diperolehi
melalui kerja Penyiasatan Tapak.


8.9.1 Pentingnya Penyiasatan Tapak
a) Sebagai satu langkah berjaga-jaga di dalam sesuatu projek yang
akan dilaksanakan.
b) Untuk mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain meklumat
yang bersangkutan.
c) Membolehkan perekabentuk memilih jenis-jenis asas serta
melakukan rekabentuk asas yang baik, selamat dan berekonomi.
d) Dapat memberi gambaran tentang kemungkinan masalah-masalah
yang akan dialami ketika pembinaan.
e) Mengetahui dan mengambilkira tentang sesuatu keanehan atau pun
perbezaanperbezaan yang mungkin timbul di suatu tapak.
f) Untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang mungkin berlaku
disebabkan oleh perubahan keadaan asal dan juga mengkaji
kemungkinan apa yang akan berlaku disebabkan perubahan itu.

8.9.2 Objektif Penyiasatan Tapak
Diantaranya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh British
Standard Code of Practice (CP 2001) adalah seperti berikut :
a) Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan keadaan
tanah diperbagai lokasi dan kedalaman.
b) Mengira atau mendapatkan lokasi, susunan ketebalan dan kekuatan
setiap strata tanah termsuklah tentang jenis-jenis tanah itu sendiri,
ketegasan strukturnya dan kelapisannya.
c) Mendapatkan jenis serta dalamnya batu asas di sesuatu tempat
seterusnya dari segi lokasi, susunan, ketebalan keluasan dan
XCV
kekerasannya serta keterangan mengenai batu itu sendiri di setiap
lapisan.
d) Mendapatkan paras air serta tekanan-tekanan air tertentu disesuatu
kawasan.
e) Mendapatkan sifat-sifat tanah dengan satu cara ataupun gabungan
cara-cara yang terdapat dari pengujian.






8.9.3 Cara Penyiasatan Tanah Peringkat Awal

a) Proba JKR
J KR telah memperkenalkan alat ini dan ia merupakan alat
yang sering digunakan untuk kajian awal dan sebagai tambahan
kepada kajian terperinci yang akan dijalankan kemudian. Proba
J KR telah diasaskan mengikut prinsip Hvorslev(1949)
berdasarkan syor European Group Subcommittee.

b) Peralatan Proba JKR
Ianya mempunyai cased hardened steel pointer, bergaris pusat
25mm dan mempunyai kun bersaiz 60 darjah. Pointer tersebut
berskru di bahagian bawah di hujung batang besi. Batang-batang
besi yang digunakan ialah bergaris pusat 12mm dari jenis HY 55C
dan mempunyai kepanjangan 1.2m panjang. Batang-batang besi ini
boleh disambungkan diantara satu sama lain.

c) Cara Kerja Menggunakan Proba JKR
XCVI
i. Dengan menjatuhkan tukul seberat 5kg dengan kadar
ketinggian 280mm, kun tersebut akan tertekan masuk ke
dalam tanah.
ii. J umlah bentakan untuk kemasukan kun sedalam 300mm
(1kaki) akan dicatatkan dan ianya digunakan sebagai
petanda kekentalan tanah pada tanah jelikat dan system
penyusunan tanah Granular. J ika keadaan tanah baik
Proba J KR boleh digunakan sehingga kedalaman 15m.


8.10 SILING
Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan
sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan
sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan
ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam.

Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus
a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.
b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau
jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran
970mm x 600mm x 6 tebal.
c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.
d) J alur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan
dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13kk.


8.11 BUMBUNG


8.11.1 Pengenalan
Bumbung merupakan bahagian bangunan yang paling atas sekali
pada sesuatu bangunan. Ia melindungi penghuni dan bahgian- bahagian
bangunan daripada dedahan hujan, terik matahari, angin dan sebagainya.

XCVII
8.11.2 Jenis Bumbung
Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua
kumpulan iaitu :-

1. bumbung rata : mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya
merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4
meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.
2. bumbung curam : mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.
Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-

i. Bumbung Tebang Layar
ii. Bumbung Limas
iii. Bumbung Gambriel
iv. Bumbung Layang
v. Bumbung Mansard

8.11.3 Pemilihan Bumbung
Pemilihan bumbung adlah bergantug kepada factor- factor berikut :
i. J enis bangunan
ii. Ketahanlasakan
iii. Rintangan kepada haba
iv. Perlindungan cahaya
v. Kecantikan
vi. Ekonomi
vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

8.11.4 Kerangka Bumbung
Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa
bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan
sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada
kategori berikut :-
i. Bumbung Selapis
XCVIII
ii. Bumbung Rata
iii. Bumbung Pisang Sesikat
iv. Bumbung Gadung
v. Bumbung Beralang
vi. Bumbung Kekuda

8.11.5 Kekuda Bumbung

Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung
seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda
merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu
sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang
rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda
adalah lebih besar.
Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk
kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

8.11.6 Penutup Bumbung
Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang
kalis air. Bahan- bahan yang digunakan adlah jenis bumbung dan
kecerunan bumbung, bahan- bahan yang digunakan untuk membuat
-penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum,
pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

i. Genting Konkrit Saling Mengikat
Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna
yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini
dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x
30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk
genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai.
Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan.
XCIX
Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah
disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup
bumbung
ii. Genting Tanah Liat
Genting tanah liat hendaklah berbentuk Marsseiles berukuran
400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan
bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah
liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti
berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan
lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung
dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1 : 3 ) yang
menyerupai warna bumbung.


8.12 BAHAN- BAHAN PENEBAT

Biasanya bahan- bahan penebat digunakan bersama- sama penutup
bumbung. Dengan penggunaan bahan- bahan penebat ini dapat menghalang haba
panas dari luar menembusi bumbung dan juga menghalang hawa dingin yang
terdapat didalam bangunan keluar. Lapisan penebat yang biasanya digunakan
pada penutup bumbung ialah jejaring dawai ayam ( galvanized hexagon wire
netting ), kertas keranjang aluminium ( aluminium foil ) dan gentian kaca.

8.12.1 Galvanised Hexagon Wire Netting
J ejaring dawai ini akan digunakan untuk melapik kertas kerajang
aluminium supaya ia kelihatan kemas, rata dan licin dari bahagian dalam
bangunan.

8.12.2 Aluminium Foil
Kertas kerajang aluminium ialah sejenis kertas yang diselaput
dengan aluminium pada kedua- dua permukaan untuk digunakan sebagai
bahan penebat haba dan cahaya.
C

8.12.3 Kaca Gentian
Kaca gentian digunakan sebagai penebat haba untuk
mengekalkan suhu dalam bangunan dan juga untuk mengurangkan bunyi
titik hujan semasa hari hujan.


8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT

1. Sebelum pemasangan genting, lapisan kalis lembab dihamparkan
merentangi kasau bumbung. Kemudian be;oti diletakkan diatasnya dan
dipaku. Selepas itu, kerja pemasangan genting dimulakan.
2. Genting biasanya dipasang berlapis kembar untuk mengelakkan aliran
hujan dari masuk kedalam bumbung.
3. Genting digantungkan supaya sisi- sisinya ditumpu bersama dan
sambungan ini terikat hingga keatas curam bumbung.
4. Pada setiap lapisan keempat, genting dipaku pada beloti.
5. Semasa meletakkan genting, bahagian genting atas hendaklah sekurang-
kurangnya setengah daripada panjang genting bawah.


8.14 TINGKAP

8.14.1 Pengenalan
Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk
membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Tingkap ini
dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan
kepadanya. Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan-
bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan adanya
tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan pandangan ke luar.
Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi
membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada
CI
sesuatu bukaan. Daun pintu ini menghalang kemasukan, perintang panasan
dan juga merintangi cuaca.

8.14.2 Jenis- Jenis Tingkap

i. Tingkap berengsel
ii. Tingkap gelangsar
iii. Tingkap majmuk
iv. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )





8.15 PINTU

8.15.1 JENIS- JENIS PINTU

i. Pintu rata
ii. Pintu berpanel
iii. Pintu kayu beloti


8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU

a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan teliti.
b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan
c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. J enis kayu
mestilah mematuhi piawaian J KR.
d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada
dalam keadaan yang pugak.
CII
e) Kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab.
f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah,
atas dan bawah.
g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit
yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu- bata
dijalankan.


8.17 KERJA BATA

8.17.1 Pengenalan

Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu
antaranya :

1. Simen simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa.
2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis
pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang
selaput atau kotoran lain.
3. Motar motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6
bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun.
Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang
ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan
menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas
papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh
jentera.

8.17.2 Prinsip Utama Ikatan Bata
Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

CIII
1. Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan
sambungan tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun
di dalamtembok.
2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok
yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian
rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang
tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan
kestabilannyaadalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang
berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala
kerja bata.

8.17.3 Jenis Ikatan Bata
Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun
bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi
bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

8.17.4 Ikatan Bata Sisi
Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya bata atau
112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada
kepalanya. Lekapan ialah bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan
bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah
diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina
dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh
sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembik
sekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya.

8.17.5 Kerja-Kerja Pembinaan Ikatan Bata
1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan
ikatan bata.
CIV
2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik
benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan
disertakan paku sebagai pengukuhan.
3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen
secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina.
4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi.
5. Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap
di atas lapisan kalis lembap.
6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi.
Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar
sebagai pengikat bata itu.
7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan
tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak.
8. J aring keluli Exment dipasang setiap 4 lapisan bata yang
berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu
sendiri.



8.17.6 Kerja-Kerja Melepa Dinding Bata
Kerja melepa (plastering) akan dilakukan apabila kerja-kerja
ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan
plastering :

1. Simen yang digunakan adalah jenis Portland biasa yang mematuhi
piawai British BS 12.
2. Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan
mortar.



CV




















BAB 9 : JAMBATAN

9.1 PENGENALAN

J ambatan adalah merupakan sebahagian dari rangkaian infrasturktur asas
yang memainkan peranan penting untuk pembangunan ekonomi sesebuah Negara.
Ianya adalah struktur yang dibina untuk menyambungkan laluan jalanraya dikala
menemui halangan umpamanya sungai, tasik, lembah, jalanraya keretapi dan
sebagainya tanpa menyebabkan sebarang gangguan. Sepanjang saya di jabatan
ini, saya berpeluang melihat projek jejantas dijalankan. J ejantas juga membawa
konsep yang sama di dalam pembinaannya.
CVI


9.2 KOMPONEN JAMBATAN

Bahagian-bahagian utama sesebuah jambatan adalah seperti berikut :
a) Rasuk dan geladak
b) Alas tanggung (bearing)
c) Abutment dan pier
d) Asas (foundation)
e) Bridge furniture (handrail, guardrail dsgnya)
f) Services
g) River protection work (rubble pitching, gabion dsbnya)



gambarajah 9.2(a): Perabot jejantas iaitu handrail untuk bahagian atas bumbung

CVII

gambarajah 9.2(b) : Perabot jejantas yang telah siap dipasang.

Bahagian-bahagian disebelah atas dari alas tanggung adalah dinamakan
superstruktur sementara disebelah bawahnya dinamakan substruktur.


9.3 SETTING OUT

Ianya merupakan aktiviti sukat menyukat yang dijalankan di tapak
sebelum pembinaan sturktur jambatan dimulakan. setting out dibuat berdasarkan
kepada pelan tapak dan lukisan-lukisan berkaitan unutk memutuskan perkara-
perkara berikut:

a) alignment atau arah jambatan
b) kedudukan jambatan yang meliputi lokasi keratin tengahnya berdasarkan
kepada aliran sungai.
c) Dimensi jambatan umpamanya jarak diantara abutment.
d) Aras jambatan yang akan menentukan paras pile cap, freeboard dan
sebagainya.


CVIII
Adalah amat penting sekali unutk dipastikan agar kerja-kerja setting out
dilaksanakan dengan tepat dan terperinci seperti yang dikehendaki.
Sebarang kegagalan menjalankan kerja-kerja setting out mungkin akan
menyebabkan masalah-masalah berikut :
a) Kesilapan menentukan alignment
- jenis dan keadaan tanah yang kurang sesuai dengan sistem asas.
- Perubahan kuantiti tanah yang dikorek atau ditambun di bahagian
approach embankment.
- Perubahan kepada sistem pengaliran sungai umpamanya halaju
yang akan menyebabkan penghaksian struktur asas.

b) Kesilapan lokasi
- masalah kestabilan cerun di bahagian abutment sekiranya terlalu
rapat dengan tebing sungai.

c) Kesilapan dimensi
- rasuk jambatan tidak akan ditempatkan (launching)

d) Kesilapan aras
- penghakisan ke atas struktur asas.
- Terjejasnya ruang freeboard diantara paras air dan geladak
jambatan.

e) Intersection point dan Bench Mark
- kedudukan intersection point dan bench mark utama hendaklah
dijaga dengan sempurna. Kedua-duanya adalah merupakan rujukan
untuk ditentukan alignment, lokasi dan aras jambatan. Sekiranya
tanda-tanda rujukan tersebut terpaksa dipindahkan disebabkan
gangguan kerja, pemindahannya ke tempat baru hendaklah
dilaksanakan dengan tepat da sempurna.

CIX

9.4 KERJA-KERJA TANAH

Setiap jambatan yang dibina mempunyai limit of contract yang tersendiri
merangkumi rentang keseluruhan jambatan dan juga kedua-dua approach
embankment. Bagi memastikan kuantiti kerja tanah yang tepat, catitan hendaklah
dibuat terhadap aras profil dan keratin melintang di bahagian approach
embankment sebelum dimulakan kerja mengorek atau menambun. Sebarang parit
atau taliair yang terganggu hendaklah dipindahkan tanpa sebarang gangguan.

a) Kerja mengorek tanpa asas
- kedudukan dan dimensi untuk asas abutment dan pier hendaklah
ditentukan dengan tepat. Saiz kawasan yang dikorek adalah
berdasarkan kepada panjang dan lebar pile cap.
- Sebaik-baiknya kawasan asas yang dikorek hendaklah bebas dari
sumber air. Ini adalah untuk memastikan kestabilan cerun (solpe)
danjuga daya tanggung (bearing capacity) tanah. J ika pam
digunakan, ianya hendaklah berupaya untuk mengatasi kemasukan
air dengan secukupnya.
- cofferdam yang terdiri dari sheet piles biasanya digunakan
untuk mengatasi masalah kemasukan air dan tanah untuk kerja
pembinaan asas air yang terletak di dalam sungai.


b) Kerja menambun tanah
- ianya meliputi penambunan ke atas approach embankment
disamping kawasan sekeliling pier dan abutment yang telah dibina.
Kunci utama untuk mendapatkan kerja penambunan yang baik
ialah dengan menggunakan tanah yang sesuai disamping
pemampatan yang sempurna.
CX
- Tanahgranuler dan bergred adalah paling sesuai oleh kerana
ianya mudah dimampatkan disamping menjadi media pengaliran
keluar air yang baik. silt dan tanah liat adalah kurang sesuai.
Ianya susah untuk dimampatkan disamping akan mengecut
dimusim kemarau dan mengembang di musim hujan. Ini akan
menjejaskan kestabilan approach embankment.
- Kerja penambunan tanah dibelakang abutment dan wingwall
hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Ini adalah untuk memastikan
agar aktiviti tersebut tidak menjejaskan kestabilan struktur.
- Kadangkala kerja menambun tanah tidak dibenarkan sehingga
rasuk jambatan telah ditempatkan atau pun setelah abutment
disokong atau ditampan terlebih dahulu.
- Kerja memampat hendaklah dilakukan dengan menggunakan loji
yang sesuai. Mechanical tempers biasanya digunakan untuk
kawasan yang berhampiran dengan abutment dan wingwall.
- Saluran pengaliran keluar air dibelakang abutment hendaklah
disediakan dengan sempurna umpamanya dengan menggunakan
sistem filter medium.
- weep hole hendaklah dihindarkan dari tersumbat kerana air yang
bertakung dibelakang abutment dan wingwall akan menambahkan
tekanan ufuk yang boleh menjejaskan kestabilan struktur.
- Penakungan air juga akan menyebabkan berlakunya masalah
pemendapan berlebihan disamping menjejaskan daya ricihan tanah
yang ditambun. Pastikan bahan yang digunakan berhampiran
abutment adalah dari jenis batu baur dan bukannya tanah liat atau
silt.
- Permukaan cerun yang ditambun adalah dari jenis tanah yang
mempunyai daya ricihan yang tinggi dan dimampatkan dengan
sempurna. Konkrit screed hendaklah diletakkan terlebih dahulu
sebelum disusun blok batu baur untuk pembinaan rip rap.
CXI
Biasanya saluran pengaliran keluar air juga disediakan untuk
memastikan kestabilan cerun.



9.5 KERJA-KERJA PENCERUCUKAN

Pembinaan jambatan selalunya memerlukan asas cerucuk untuk
menghantar segala bebanan struktur ke lapisan tanah bahagian bawah yang kukuh
dan stabil. Asas cangkat (shallow foundation) jarang sekali digunakan oleh kerana
beban yang ditanggung adalah tinggi disamping daya tnaggung tanah dilapisan
atas adlaah kecil.

a) Pengkelasan asas cerucuk
Pengkelasan asas cerucuk adalah dibuat mengikut kaedah
pembinannya seperti berikut :
- cerucuk hentaman (driven piles).
- Cerucuk pengorekan, tuang insitu (bored piles).
- Cerucuk hentaman, tuang insitu (driven cast in place piles).

Sebagai garis panduan, artikel ini hanya akan membincangkan
pembinaan asas cerucuk hentaman sahaja memandangkan ianya adalah
popular dalam projek-projek J KR.
Cerucuk hentaman adalah terdiri dari jenis-jenis berikut :
- cerucuk dari kayu sama ada bakau atau biasanya kempas yang
diawet dengan tekanan.
- Cercucuk konkrit tetulang biasa.
- Cerucuk konkrit prategasan.
- Cerucuk keluli umpamanya dari jenis keluli gelek H.

b) Kaedah penanggungan beban
CXII
Daya penanggungan beban yang dihasilkan oleh cerucuk adalah
berdasarkan kepada ciri-ciri berikut :

- tanggung hujung (end bearing) yang dihasilkan apabila bahagian
hujung cerucuk terletak di atas lapisan asas yang kukuh umpamanya
granite atau batu kapur pejal.
- geseran kulit (skin friction) yang berlaku di antara permukaan luar
cerucuk dengan tanah sekelilingnya umpamanya di kawasan tanah
liat.
- gabungan bersama diantara tanggung hujung dan geseran.

c) Persediaan awal
Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, persediaan awal
hendaklah dibuat yang merangkumi perkara-perkara berikut :
- sistem untuk menentukan kedudukan dan aras cerucuk seperti yang
terdapat dalam lukisan kerja. Tanda rujukan umpamanya batu aras
hendaklah berada diluar kawasan kerja untuk mengelakkan
sebarang gangguan ke atasnya.
- Mengenalpasti jenis loji dan lain-lain peralatan yang digunakan
untuk penanaman cerucuk disamping kaedah dan cara
penggunaannya. Umpamanya, berat pengetuk hendaklah sepadan
dengan berat cerucuk yang digunakan. Sama ada pengetuk lepas
atau diesel hammer digunakan adalah tertakluk kepada skop
kerja, kerumitan dan keadaan tanah. diesel hammer adalah tidak
sesuai untuk kawasan batu kapur oleh kerana kesukaran untuk
menentukan/mengawal hammer drop apabila diperlukan.
- Menentukan nilaiset untuk 10 pukulan pengetuk bagi mengawal
betapa dalamnya penanaman cerucuk apabila ianya dari jenis
tanggung hujung. Cerucuk geseran adalah ditanam berasaskan
kepada betapa dalamnya seperti yang tercatit di lukisan atau
dokumen tawaran kerja.
CXIII
- Menyediakan boring data penanaman cerucuk. Data-data yang
berhubung dengan kedudukan cerucuk, perkiraan blow,
dalamnya yang ditanam, berat dan jarak terjun pengetuk dan lain-
lain maklumat penting hendaklah disediakan dengan sempurna.
- Menyediakan peralatan untuk mengawal alignment dan
kecerunan cerucuk yang bakal ditanam. Ini adalah terdiri dari
plum bob yang digantungkan, sesiku dan spirit level.

d) Kaedah pengendalian cerucuk
Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, pegawai penyelia
perlulah memberikan perhatian khusus ke atas perkara-perkara berikut :

- bagi kayu bakau, ianya hendaklah ditempatkan di tapak dalam
keadaan lembab. Apabila ditanam, ianya hendaklah berada di
bawah paras air pada setiap masa.
- Cerucuk konkrit tetulang biasa dan prategasan hendaklah diangkat
dengan cara yang betul melalui lubang penyangkut yang
disediakan setelah konkrit mencapai kekuatan tertentu. Cerucuk
yang disusun secara bertindih hendaklah dilapikkan dengna kayu
pada lubang penyangkutnya.
- Pihak kontraktor hendaklah meneyrahkan segala salinan sijil ujian
pembuat mengenai cerucuk keluli yang bakal digunakan.



e) Penanaman cerucuk
Sebelum cerucuk diangkat ke kerangka pengetuk, ianya adalah ditanda
untuk setiap kaki panjang. Kepala cerucuk kemudiannya disarungkan
dengan helmet yang terdapat lapisan dolly. dan bertindak sebagai kusyen
untuk menghalang daripada berlaku keretakan struktur.
CXIV
Alignment cerucuk adalah dikawal dengan mengikatkan helmet ke
bahagian kerangka pengetuk. Disamping itu, laluan terjun pengetuk
hendaklah berada selari dengan alignment cerucuk yang ditanam.
Perubahan kepada alignment cerucuk yang dibenarkan setelah
ditanam adalah tercatit dalam penentuan kerja. Untuk kerja-kerja J KR,
nilai perubahan yang dibenarkan adalah seperti berikut :

- nilai maksima sebanyak 1 dalam 75 untuk paksi pugak.
- Nilai maksima sebanyak 3 inchi diparas pemotongan cerucuk
untuk paksi ufuk.

J ika berlaku sebarang perubahan alignment yang lebih besar dari
nilai-nilai di atas, bukanlah bererti cerucuk yang telah ditanam mesti
ditolak. Asas jambatan adalah berdasarkan kepada system gabungan
cerucuk (pile group). Besar kemungkinan system pile cap boleh
direkabentuk semula untuk mengambilkira perubahan yang berlaku.
Dalam keadaan demikian, nasihat dari jurutera tapak atau pun
perekabentuk hendaklah diambil untuk tindakan yang sewajarnya.
Ketika penanaman cerucuk dijalankan, jumlah pukulan untuk setiap
kaki yang ditanam hendaklah dicatitkan ke dalam borang data yang
disediakan. Untuk cercucuk tanggung hujung, pukulan pengetuk
hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan bagi setiap kaki yang
tertanam sudah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh J urutera Projek
berdasarkan kepada perkiraan nilai set.
Apabila sambungan dilakukan ke atas cerucuk yang memerlukan
penembusan seterusnya, hendaklah dipastikan bahawa bahagian
penyambung dilakukan dengan sempurna di bawah penyeliaan yang rapi.
Pastikan agar kedua-dua cerucuk yang disambung berada dalam
alingment yang lurus. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku
sebarang momen lentur yang menjejaskan keupayaan stuktur cerucuk.
CXV
Kualiti kerja mengimpal ke atas sambungan hendaklah benar-benar
sempurna.
Apabila cerucuk ditanam di kawasan berpasir, isipadu tanah
disekelilingnya akan bertambah. Pemendapan dikawasan persekitaran
mungkin akan berlaku. Penanaman cerucuk yang terletak di bahagian
tengah pile cap adalah agak sukar dijalankan sekiranya dibuat setelah
lain-lain cerucuk disekelilingnya telah ditanam. Oleh itu, pastikan cerucuk
di bahagian tengah ditanam dahulu di kawasan berpasir.
Sekiranya cerucuk ditanam di kawasan bertanah liat, tanah
disekelilingnya akan menggembur (heave) naik. Ini boleh menyebabkan
cerucuk yang telah ditanam terangkat dari aras asalnya. J ika ini berlaku,
cerucuk adalah seolah-olah tergantung dan akan menjejaskan daya
tanggungannya, terutama jika ianya dari jenis tanggung hujung.
Sekiranya masalah ini berlaku, cerucuk yang sudah ditanam sehingga
set hendaklah dipukul semula untuk set bagi kali keduanya.

gambarajah 9.5 : Penanaman cerucuk sedang dijalankan oleh kren



f) Ujian cerucuk
Ujian ke atas cerucuk dijalankan dengan tujuan-tujuan berikut :
CXVI
- memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing
capacity).
- Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam.
- Mengkaji hubungan diantara bebanan dan penurunan cerucuk.

Setelah cerucuk pertama ditanam sehingga mencapai nilai set yang
ditentukan atau pun mengikut kedalaman yang direkabentuk. Ujian yang
dilakukan ke atasnya bagi memastikan perkara-perkara di atas.
J ika ujian tersebut lulus, maka cerucuk seterusnya adalah ditanam
berdasarkan kepada nilai set atau pun kedalaman cerucuk yang pertama
tadi. Ujian ini akan memudahkan pihak pemborong untuk membuat
anggaran ke atas jumlah panjang cerucuk seterusnya yang patut
disediakan. Kedudukan cerucuk yang diuji hendaklah ditanam
berhampiran dengan bore hole yang telah diketahui jenis dan keadaan
tanah sekitarnya.
Bagi mematuhi kehendak-kehendak teknikal, perhatian yang khusus
hendaklah diberikan ke atas perkara-perkara berikut :
- untuk kawasan bertanah liat, ujian cerucuk hendaklah dijalankan
setelah 4 minggu ditanam.
- Untuk kawasan berpasir, ujian boleh dilakukan setelah beberapa
hari sahaja ditanam.

g) Susunan peralatan dan prosedur ujian
Beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :
- permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.
- Penyokong (support) kepada beban lawan (kentledge) hendaklah
berada sekurang-kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.
- Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa, supaya pusat
gravitinya selari dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan
hendaklah lebih tinggi, iaitu kira-kira 20 % dari beban ujian
maksima.
CXVII
- Tolok tekanan (pressure gauge), tolok dail (dial gauge) dan jek
hidraulik hendaklah dikalibrasikan terlebih dahulu sebelum
digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara 1.2
hingga 2.0 kali ganda beban ujian maksima.
- Sekurang-kurangnya tiga dan sebaik-baiknya empat tolok dail
hendaklah digunakan untuk menyukat penurunan cerucuk. Ianya
hendaklah dipasangkan kepada rasuk yang disokong dengan
kukuh.
- Berdasarkan penentuan binaan jambatan J KR, ujian beban
maksima seberat 2 kali beban rekabentuk hendaklah dikenakan
selama 48 jam.

Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil dari beban ujian maksima
adalah 30mm. penurunan sebenar (permanent settlement) yang dibenarkan
setelah pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan
adalah 5mm. (Lihat gambarajah 10 untuk pemasangan ujian cerucuk).


9.6 ABUTMENT DAN PIER

Tujuan utama pembinaan abutment dan pier adalah untuk
menghantarkan segala tindak balas bebanan dari superstruktur ke bahagian atas
jambatan. Di samping itu, abutment juga adalah bertujuan untuk menahan tanah
yang ditambun dibelakangnya. Kebiasaannya kedua-dua struktur tersebut adalah
dibina dari konkrit tetulang biasa.
Kepala cerucuk yang sempurna ditanam adalah dipotong paras
pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan tetulang besi utama kira-kira
1m panjang untuk ditambatkan ke dalam pile cap. Permukaan bawah pile
cap ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim bagi menyediakan permukaan
yang bersih.

CXVIII
a) Kerja konkrit Abutment dan pier
Kebiasaannya, konkrit yang digunakan untuk kedua-dua struktur
ini adalah dari gred 26 N/mm
2
.
Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian khusus
semasa menjalankan kerja-kerja konkrti di paras pemotongan cerucuk :
- tetulang besi untuk pile cap diiklat dan diletakkan di atas blok
pemisah (cover block) yang disusun di atas konkrti jisim. Ini
adalah untuk mendapatkan penutup (concrete cover) yang
sempurna.
- Pastikan agar konkrit ditempatkan dikawasan yang kering tanpa
terdedah kepada sumber air yang mungkin menyerap masuk. Air
hendaklah sentiasa dipam keluar sehingga konkrit telah benar-
benar set.


gambarajah 9.6 : Pembinaan abutment masih belum sempurna

CXIX

gambarajah 9.6(b) : Abutment yang telah siap


9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT

Pastikan agar ianya dilaksanakan berdasarkan kepada penentuan dan
lukisan kerja disamping arahan-arahan yang dikeluarkan oleh jurutera projek dari
semasa ke semasa.

a) Bahan
Ini termasuklah pasir, batu baur, simen dan besi tetulang. Kesemua
bahan-bahan yang dihantar ke tapak hendaklah diperiksa berdasarkan
kepada penentuan kontrak sebelum diluluskan untuk kegunaan. Perhatian
khas hendaklah diberikan kepada perkara-perkara berikut :
- pasir dan batu baur hendaklah dibekalkan dari sumber yang
diluluskan. Ianya hendaklah bersih dari sebarang kekotoran
disamping dari jenis yang bergred.
- Simen hendaklah disimpan dengan sempurna, jauh dari sumber air
dan lembapan. Sebarang bungkusan barang yang terdapat ketuln
simen hendaklah ditolak.
- Penggunaan admixture adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan
bertulis dari jurutera projek.
CXX
- Besi tetulang hendaklah bebas dari kepingan karat, minyak dan
lain-lain kekotoran yang akan menghindakan tegasan cantuman
antaranya dan konkrit.

b) Kerja acuan
Pastikan agar acuan yang digunakan menepati kehendak berikut :
- ketepatan dimensi yang meliputi saiz, bentuk, kedudukan dan
kelurusannya.
- Ianya adalah dari bahan yang tegar untuk menahan dari berlaku
sebarang pergerakan, lenturan atau melembung semasa
menempatkan konkrit.
- Semua sambungan diantara panel acuan hendaklah benar-benar
kejap untuk menghindarkan pengaliran keluar mortar.
- Permukaan acuan yang akan bersentuh dengan konkrit hendaklah
bebas dari sisa-sisa dawai, paku dan sebarang kekotoran yang akan
menjejaskan kemasan permukaan konkrit.

c) Bancuhan konkrit
Perkara-perkara utama yang perlu diberikan penekanan adalah seperti
berikut :
- bancuhan konkrit hendaklah menepati nisbah kandungan bahan-
bahan yang ditetapkan iaitu pasir, batu baur, simen dan air. Nisbah
kandungan air yang digunakan hendaklah mengambil kira air yang
sedia ada dalam pasir dan batu baur.
- Bancuhan konkrit hendaklah menyeluruh (consistency of mix),
boleh dikerjakan dengan sempurna (workable) disamping tidak
berlaku pemisahan (segregation).
- Konkrit yang telah ditempatkan hendaklah dimampatkan dengan
sempurna dan akhirnya diawet dengan secukupnya.
- Ujian kawalan mutu hendaklah dilakukan secara sistematik. Ujian-
ujian utama ialah ujian penurunan dan penyediaan kiuub konkrit.
CXXI


gambarajah 9.7 : Ujian kiub yang perlu dilakukan


9.8 PEMBINAAN SUPERSTRUKTUR

Bahagian supersturktur jambatan dari jenis rasuk rentang biasa (simply
supported beam) adalah dibina secara berperingkat seperti berikut :
- pembinaan rasuk sama ada dikilang atau pun di tapak
binaan.(Rujuk rajah 28.0)
- Melancarkan rasuk untuk merentangi dua penyokong yang terdiri
dari abutment atau pier.
- Pembinaan geladak dan lain-lain peralatan/kemasan jambatan.

a) Pelancaran rasuk
Biasanya rasuk jambatan J KR adalah direkabentuk khas dari jenis
konkrit prategasan. Artikel ini tidak akan menerangkan secara mendalam
tentang kaedah pembinaan rasuk jenis ini oleh kerana satu syarahan khas
berhubung dengannya adalah diberikan secara berasingan.
Rasuk konkrit prategasan terbahagi kepada dua jenis :
- prategasan tegas dahulu berbentuk inverted T. Prategasan tegas
kemudian berbentuk I
CXXII
Pilihannya adalah bergantung kepada keadaan dan kedudukan tapak
binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat dikilang dan
dihantar ke tapak. Panjangnya adalah terhad, umpamanya 18.9m sahaja
disebabkan masalah pengangkutan.
Rasuk prategasan tegas kemudian biasanya dibuat di tapak dan adalah
lebih panjang, umoamanya 31.24m menurut piawaian J KR. Ketika
menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk,penyelia tapak hendaklah
mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut :
- rasuk hendaklah diangkat melalui tempat penggantungannya
dengan cara perlahan-lahan tanpa sebarang kejutan.
- Kerja-kerja pelancaran rasuk tidak mengganggu kedudukan alas
tanggung (bearing) dan dowel bar. Kedudukan rasuk, alas
tanggung dan dowel bar hendaklah menepati lukisan kerja.

Biasanya pelancaran rasuk jenis tegas dahulu adalah dengan
menggunakan kren. Rasuk tegas kemudian yang lebih berat dan panjang
memerlukan rel, rasuk pelancar sementara (launching girder) dan kren.


gambarajah 9.8 (a) : Pelancaran rasuk (launching) sedang dijalankan menggunakan
kren.

CXXIII

gambarajah 9.8 (b) : Ketika pelancaran rasuk, perlulah memastikan kedudukan rasuk
adalah betul-betul pada tempatnya



gambarajah 9.8 (c) : perletakan rasuk perlulah dilakukan dengan berhati-hati

b) Bearing
Fungsi-fungsi bearing bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi
perkara-perkara berikut :
- untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur.
- Memberikan kemudahan pergerakan (expansion and contraction)
kepada struktur.
CXXIV
- Memeberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika
menerima bebanan.
- Untuk mengurangkan getaran ke atas struktur jambatan
disebabkan beban mengejut.

Bearing yang biasa digunakan di Negara ini adalah dari jenis
elastromeric. Ianya adalah dibuat dari getah asli atau pun getah tiruan
yang dipanggil neoprene sebagai bahan utama. (Rujuk rajah 29.0)

Bearing elastromeric adalah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut :
- laminated: mempunyai beberapa lapisan elastomer yang
dicantumkan kepada pelit keluli yang terdapat di dalamnya.
- pad: hanya mempunyai satu lapisan elastomer sahaja.
- strip: bearing jalur yang panjang.

Bearing laminated dan pad adalah digunakan secara terpisah sementara
bearing strip adalah selari panjang. Pemilihan masing-masing adalah
dibuat berdasarkan kepada factor-faktr berikut :
- berat bebanan yang ditanggung.
- Saiz pergerakan dan lenturan geladak.
- Keluasan permukaan penyokong di atas pier atau abutment.


CXXV

gambaraja 9.8(c) : Pad bearing antara komponen yang utama bagi menyerap gegaran
yang dihasilkan oleh jambatan atau jejantas.

Pemeriksaan yang teliti hendaklah dijalankan oleh pegawai penyelia
ke atas kesemua bearing yang dihantar ke tapak sebelum digunakan. Ianya
hendaklah memenuhi keperluan penentuan yang merangkumi perkara-
perkara berikut :
- jenis, dimensi dan gred elastomer. Kadangkala bearing yang
mempunyai dimensi yang sama terdapat perbezaan dari segi
jumlah plat keluli mahu pun gred elastomer yang digunakan.
Tentukan pengenalan dapat dibuat dengan tepat tanpa sebarang
keraguan. Surat jaminan/pengesahan dari pembuat sebaik-baiknya
diperolehi bersama.
- J ika kuantiti yang digunakan adalah besar, ujian biasanya
dilakukan ke atas bearing yang telah siap. Ini dapat dilakukan
dengan kerjasama makmal Institut Penyelidikan Getah Malaysia,
Sungai Buloh, Selangor. J enis-jenis ujian yang dijalankan adalah
seperti yang dilampirkan.
- Bearing hendaklah disimpan jauh dari sinaran matahari, haba,
minyak dan lain-lain bahan kimia yang boleh menjejaskan
elastomer.
CXXVI
Persediaan awal sebelum bearing dipasangkan ke tempatnya adaah
seperti berikut :
- bearing elastromeric adalah diletakkan di atas lapisan epoxy
mortar untuk menghindarkannya dari rosak disebabkan
permukaan konkrit yang kasar.
- Sebelum menempatkan lapisan epoxy mortar, permukaan konkrit
di bawahnya hendaklah kering, bersih dari minyak dan segala
kekotoran.
- epoxy mortar hendaklah disediakan berdasarkan kepada arahan
pembuatnya. Lapisan ini hendaklah disediakan dengan paras yang
cepat dan sempurna.
-
c) Dowel bar
Bearing elastromeric di atas boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
:
- bearing tetap (fixed). Ia hanya membenarkan lenturan kepada
geladak tetapi tidak membenarkan pergerakan (displacement).
- Bearing bebas (free). Ia membenarkan kedua-dua lenturan dan
pergerakan berlaku pada geladak.

Fungsi-fungsi dowel bar adalah seperti berikut :
- menghalang dari berlaku sebarang pergerakan di bahagian bearing
tetap, tetapi membenarkan lenturan dari geladak.
- Memindahkan bebanan ufuk dari superstruktur ke bahagian
substruktur. Beban-beban terseut adalah terdiri dari kuasa
pemberekan dan penarikan dari kenderaan (tractive), tiupan angina
dan sebagainya.

Dowel bar boleh ditempatkan dengan 2 cara yang berbeza :
CXXVII
- ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya
disamping menembusi bearing dan seterusnya bahagian bawah
rasuk.
- Ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya,
manakala bahagian atasnya menembusi ke dalam diaphragm
penghujung (end diaphragm).

Perkara-perkara utama yang perlu diberikan perhatian semasa
menempatkan dowel bar adalah seperti berikut :
- kedudukan, saiz, jumlah dan jenis keluli hendaklah menepati
lukisan kontrak.
- Bahagian yang ditanam ke dalam abutment/pier dan yang
menembusi rasuk/dipharagm penghujung mempunyai panjang
yang secukupnya. Sebaik-baiknya bahagian bawah hendaklah
dipertemukan kepada tetulang utama abutment/pier.
- Topi dowel (dowel cap) hendaklah dipasang pada salah satu
penghujungnya untuk membenarkan lenturan geladak.

d) Pembinaan lantai geladak
Setelah rasuk-rasuk jambatan sempurna dilancarkan, kerja-kerja
pemasangan penampan dan acuan (falsework and formwork) untuk
pembinaan lantai geladak dijalankan. Biasanya, keseluruhan kerja acuan
untuk rasuk prategasan I adalah menggunakan kepingan papan lapis,
sementara untuk rasuk prategasan Inverted T, kepingan asbestos adalah
digunakan sebagai acuan tetap dibahagian bawah lantai geladak dan papan
lapis untuk lain-lain bahagian.
Semasa pembinaan lantai geladak dijalankan, pegawai penyelia
hendaklah membuatkan perhatian kepada perkara-perkara berikut :
- besi tetulang
Penutup konkrit hendaklah disediakan secukupnya
untuk memastikan ketahanan tetulang struktur.
CXXVIII
Penyambungan besi tetulang hendaklah dilakukan
berdasarkan kepada lukisan kerja. Biasanya
penyambungan tetulang utama adalah dibuat secara
berselang-selang (staggered). Penyambungan secara
kimpalan tidak dibenarkan dibahagian yang kritis
untuk mengelakkan dari terjejasnya sifat-sifat/
kekuatan tetulang.

- konkrit
biasanya dari gred 31 N/mm2 untuk memberikan
kekuatan, ketahanan dan daya kalis air yang baik.
Sambungan pembinaan (construction joint)
hendaklah mendapatkan persetujuan dari jurutera
projek.
Pastikan tidak berlaku sebarang smbungan sejuk
(cold joint) yang akan menyebabkan keretakan
lantai konkrit.
Pengawasan yang rapi semasa menempatkan
konkrit di atas kepingan asbestos, memastikan ianya
tidak pecah. Konkrit yang masuk diruangan kosong
antara rasuk-rasuk inverted T akan menambahkan
bebanan mati ke atas keseluruhan sturktur jambatan.
shear connector rasuk hendaklah berada dalam
keadaan seperti yang terdapat dilukisan kerja.
Ketebalan, camber dan superelevation lantai
geladak hendaklah menepati lukisan kerja.
Paip saluran pengaliran air dari permukaan geladak
hendaklah disediakan secukupnya.



CXXIX





9.9 EXPANSION JOINT

Expansion joint terletak dibahagian lantai geladak yang kritis dimana
ianya tertakluk kepada bebanan mengejut dan gegaran, disamping terdedah
kepada pengaliran air, minyak dan lain-lain kekotoran kimia.
Apabila direkabentuk dan dipasangkan dengan sempurna, ianya akan
memberikan perkhidmatan yang baik tanpa melibatkan kos penyelenggaraan yang
tinggi.

9.9.1 Fungsi
Ianya adalah seperti berikut :
a) Memberikan kemudahan pergerakan dan lenturan geladak jambatan.
b) Menanggung segala bebanan yang dikenakan kepadanya. Ini terdiri
dari bebanan-bebanan ufuk dan pugak dari kenderaan.
Sumber pergerakan dan lenturan yang ditanggung oleh expansion
joint adalah sama seperti yang dikenakan ke atas bearing. Oleh itu,
expansion joint dan bearing adalah bertindak secara bersama (compatible).

9.9.2 Kehendak-kehendak operasi (operational requirements)
Bagi memastikan ianya dapat memberikan perkhidmatan yang
sempurna, expansion joint perlulah memenuhi kehendak-kehendak berikut
:-
a) Mempunyai permukaan yang kesat (tidak licin) dan tidak
membahayakan kenderaan.
b) Sunyi dan bebas dari sebarang gegaran.
CXXX
c) Kalis air dan dapat menghalang kemasukan sebarang kekotoran yang
akan menjejaskan bearing, kepala pier dan abutment.
d) Memberikan kemudahan pergerakan dan lenturan tanpa komponennya
tertarik keluar dari kedudukan asal.
e) Permukaan yang tahan lasak, tidak mudah rosak atau haus.
f) Mudah diperiksa, diselenggara dan dipulihkan jika perlu.



9.9.3 Pemasangan Expansion Joint
Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian khusus
semasa pemasangannya :-
a) Penggunaan bahan-bahan dan perlatan kerja hendaklah berdasarkan
kepada arahan dari pembuat.
b) Sebelum dipasang, permukaan lantai geladak adalah dalam keadaan
kering dan bebas dari segala kekotoran.
c) Dimensi dan kaedah pemasangan umpamanya penggunaan epoxy
bedding atau anchor bolt adalah berdasarkan kepada penentuan dan
lukisan kerja.
d) J ika compression seal digunakan, pastikan ianya ditambat dengan
sempurna ke permukaan pugak sambungan.
e) Pastikan tidak ada kekotoran yang terlekat pada bahagian sambungan
yang akan menjejaskan pergerakan dan lenturan geladak.
f) Expansion joint yang baru dipasang hendaklah bebas dari sebarang
bebanan sebelum bahan-bahan yang digunakan mencapai kekuatan
tertentu.
g) Expansion joint untuk bahagian pejalan kaki, kerb dan handrail
hendaklah dibina berdasarkan kepada lukisan kerja. Sleeve joint
dibahagian handrail adalah dipasang dengan kedudukan alignment
yang tepat bagi menghindarkan geseran dan pergerakan diantara
bahagian-bahagian yang bersambung.
CXXXI



9.10 PERALATAN JAMBATAN

Peralatan utama adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
a) Kerb dan handrail
b) Konkrit parapet
c) Guardrail

Peralatan-peralatan tersebut adalah direkabentuk dan dibina untuk
memastikan keselamatan pengguna-pengguna jambatan dari terjatuh ke dalam
sungai, gaung atau pun jalanraya dibawahnya. Selain dari ciri keselamatan,
peralatan-peralatan berkenaan hendaklah dibina/dipasangkan agar cantik
dipandang.
Perkara-perkara penting yang perlu diberikan perhatian adalah seperti
berikut :
a) Alignment yang betul tanpa bengkang-bengkok.
b) Anchor bolt untuk menerima tiang railing hendaklah dari bahan, saiz
dan kedudukan yang ditentukan. Pastikan ianya ditambatkan ke dalam
konkrit secukupnya.
c) Besi tetulang untuk pembinaan parapet hendaklah menepati kehendak
lukisan kerja.
d) Handrail keluli hendaklah dikimpal dengan sempurna diberikan
rawatan permukaan (surface treatment) dan cat menepati kehendak
penentuan kerja.


9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM

CXXXII
Biasanya, jambatan juga memberikan perkhidmatan sampingan kepada
kemudahan-kemudahan awam seperti kabel elektrik, talian telefon dan paip
bekalan air. Untuk menepati ciri-ciri keselamatan dan kecantikan, pemasangan
kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan kepada
penentuan dan lukisan kerja.




gambarajah 9.11(a): Rupabentuk jambatan yang sedang dibuka plat besinya
untuk ditukar ganti bagi jambatan Sg. Chilling


gambarajah 9.11(b): Kepala ribet yang bulat perlu dicairkan dahulu
CXXXIII

gamrajah 9.11(c): Keadaan jambatan yang telah dibuka plat lengkungnya.
Rasuk-rasuk jambatan didapati melendut dan berkarat


gambarajah 9.11(d): Plat lengkung yang telah dibuka
CXXXIV

gambarajah 9.11(e): ribet diketuk dengan tukul besi setelah kepalanya dicairkan



gambarajah 9.11(f): Scaffolding yang dipasang pada jambatan untuk
memudahkan kerja-kerja membaiki
CXXXV

gambarajah 9.11(g): Piling yang telah siap dibuat untuk penggantian jambatan
Sg. Kelubi


gambarajah 9.11 (h): Jambatan Sg. Kelubi yang telah uzur dan perlu ditukar
ganti







CXXXVI
BAB 10 : CERUN


10.1 PENGENALAN
Dalam pembinaan jalan, terutama sekali di kawasan yang berbukit
pemotongan cerun tidak dapat dielakkan bagi menjimatkan kos. J alan yang dibina
di tebing-tebing cerun mendatangkan banyak masalah dalam soal kegagalan
cerun. Kegagalan ini adalah disebabkan keadaan cuaca di negara kita yang
sentiasa menerima hujan yang lebat. Maka untuk mengurangkan atau mengawal
masalah kegagalan cerun ini, pelbagai asas-asas utama yang digunakan dalam
mekanik tanah dan geologi akan digunapakai. Dalam menangani masalah ini,
jurutera akan merekabentuk cerun dengan rekabentuk yang selamat dan praktikal
bagi mengurangkan masalah kegagalan cerun. Perkara penting yang perlu
difahami dalam bab ini ialah RISIKO kegagalan cerun tidak dapat dihapuskan
sama sekali sama ada secara ekonomi atau praktikal. Merekabentuk cerun secara
praktikal adalah bertujuan untuk mengurangkan RISIKO kegagalan cerun sedikit
yang mungkin.

10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN CERUN

a) Faktor pencetus : hujan, aktiviti manusia dan gempabumi
b) Faktor pengawal : sifat batuan dasar dan tanah, hidrogeologi cerun dan
konfigurasi cerun

Maklumat-maklumat geologi berikut perlu dalam penilaian kestabilan
cerun batuan atau tanah baki :
a) Morfologi (bentuk muka bumi) kawasan
b) Darjah luluhawa batuan dasar
c) Orientasi struktur-struktur geologi
d) Profail luluhawa
e) Struktur baki dalam tanah baki
CXXXVII

J enis glinciran dalam cerun baki atau cerun koluvial (Rujuk lampiran 14.0) :
a) Gelinciran cetek dibahagian tanah baki atas
b) Gelinciran blok atau baji disepanjang relict joints
c) Penguraian lapisan nipis koluvial
d) Gelinciran dalam pada koluvial

Gelinciran cetek dibahagian tanah baki atas :
a) Zon atas tanah baki tergelincir di atas batuan terluluhawa dibawahnya,
biasanya akibat dari peningkatan tekanan air liang dalam tanah baki
semasa hujan lebat.
b) Satah kegagalan merupakan interface profail luluhawa batuan
c) Gelinciran blok atau baji disepanjang relict joints
d) Pergerakan blok atau baji tanah dan batuan terluluhawa disepanjang satah
lemah didalam zon batuan terluluhawa atau boleh juga dalam zon yang
tidak terluluhawa.

10.2.1 Penguraian Lapisan Nipis Koluvial
Gelinciran dalam koluvial cetek. Koluvium yang lebih telap
mewujudkan perched water table. Air ini akan mengurangkan kekuatan
bahan dibawahnya, mewujudkan satu daya resapan mudarat dalam
koluvium. Semasa hujan lebat, kedua air permukaan dan bawah
permukaan menggalakkan penguraian semula lapisan tutupan nipis
koluvial.

10.2.2 Gelinciran Dalam (Deep Seated) Pada Koluvium
a) berlaku semasa hujan lebat
b) mungkin ada beberapa satah lemah pada profail tanah sama ada
dalam koluvium atau tanah baki di bawah.
CXXXVIII
c) Untuk meramal FOS cerun koluvial, perlu diketahui stratigrafi,
ketebalan koluvium dan tanah baki di bawah dan juga keadaan air
bawa tanah.


10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN CERUN

Kebanyakan kegagalan cerun di dalam kawasan yang bertropika adalah
berpunca daripada proses penyusupan (90%). Masalah ketidakstabilan berkait
dengan hakisan tanah dari cerun yang dipotong di negara ini adalah berpunca
utama daripada hujan yang berterusan. Kebanyakan pemotongan cerun di
kawasan yang berbukit mempunyai kadar penyusupan yang lebih tinggi yang
mendatangkan masalah ketidakstabilan dalam pelbagai cara. Bagi kawasan yang
berbukit, kebanyakan cerunnya adalah amat curam (antara 30 atau 50) sudah
menjadi kebiasaan. Ini telah membuatkan rekabentuk cerun amat sukar dan
mendatangkan kos yang tinggi disebabkan penggunaan soil nailing, struktur
bertetulang atau jejambat akan digunapakai. J enis batuan yang biasa terdapat di
kawasan berbukit adalah granit, batu daripada gunung berapi, batu sediment dan
metamorfis. Cerun yang rendah bagi kawasan berbukit biasanya dilitupi dengan
kolivium beberapa meter dalam.
Mekanisme bagi kegagalan cerun ialah :
a) Sepanjang hari yang kering dan panas, permukaan cerun terjemur
dan mengecut terutama sekali cerun yang baru dipotong.
Pemanjangan dan kedalamannya bergantung kepada keplastikan
tanah dan jenis perlindungan cerun yang digunapakai.
b) Sewaktu hujan kilat, air hujan akan menyerapi celah-celahan
rekahan atau permukaan yang terdedah menyebabkan jisim cerun
mengembang dan menjadi tepu. Ini memberi kesan kepada
partikel-partikel tanah bergerak-gerak melalui lompang-lompang
antara tanah dan menyebabkan terhasilnya ricih. Pergerakan air
yang melalui rekahan pada tanah dari permukaan atas cerun juga
CXXXIX
adalah disebabkan tekanan sedutan pada permukaan atas strata
tanah yang kering di bahagian bawahnya.
c) Apabila permukaan luar cerun menjadi tepu dan mengembang,
kebolehtelapan adalah sejajar dengan permukaan cerun bertambah
dengan hujan yang berterusan.
d) Disebabkan kekurangan dalam kekuatan ricih akibat daripada
ketepuan tanah, kegagalan akan bertambah jika rintangan ricih
adalah sama atau kurang dari daya ricihannya.
e) Kestabilan cerun biasanya dianalisis dengan kaedah had
keseimbangan sementara itu, pergerakan tanah dianalisis kaedah
elemen terhad.


10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN

Tujuan perlindungan cerun adalah untuk melindungi cerun daripada
terjadinya hakisan tanah akibat daripada pengaliran air pada permukaan, untuk
mengurangkan penyusupan dan juga untuk menambahkan landskap cerun dengan
tema cintai alam semulajadi. Perlindungan cerun adalah bukanlah mudah untuk
menambahkan kestabilan cerun. Kejayaan perlindungan cerun adalah bergantung
kepada pemilihan kaedah yang betul, spesifikasi yang sempurna, pembinaan yang
sempurna dan penyelenggaraan yang baik. (Ruujuk lampiran 15.0 & 16.0)
Pelbagai jenis cara-cara perlindungan diringkaskan seperti di bawah :

10.4.1 Turfing
Turfing adalah kaedah di mana cerun akan ditutupi
permukaannya dengan tanaman berumput. Penutupannya boleh
menggunakan pohon yang rendah dengan akar yang menjalar dan rumput
kerbau kerana sifat pokok yang berakar menjalar dapat mencengkam tanah
dan sekaligus mengelakkannya daripada terhakis. Ini boleh diringkaskan
di mana partikel-partikel tanah tidak dapat bergerak kerana ia
CXL
terperangkap di bawah cengkaman akar pokok yang menjalar. Kaedah ini
sangat efektif untuk perlindungan yang segera dan ia biasa digunapakai
bagi cerun yang kurang memberi kesan kegagalan yang ketara.
Penambahan kekuatan ricih akibat daripada tindakan akar pokok
terutamanya akar yang menjalar memberi kesan terus kepada peneguhan
tanah secara mekanikal dan pemindahan kelembapan oleh proses
transpirasi. Penambahan kekuatan ricih ini juga boleh menjadi sama
dengan kepaduan yang berkesan diantara 3 hingga 5 kPa.
Cerun yang didapati terdedah perlu ditutupi segera dengan kaedah
ini secepat yang mungkin sekurang-kurangnya dalam masa 14 hari selepas
kerja-kerja tanah.

10.4.2 Hydroseeding
Hydroseeding tanpa anak pohon yang berkualiti dan parit
yang melintang pada cerun tidak akan berjaya. Mengambil perkiraan
hamparan yang terbiodegradasi akan melindungi anak pohon dan akar
rumput muda daripada hanyut dibawa air hujan yang mengalir pada
permukaan atau terjemur oleh cahaya matahari. Spesifikasi yang lengkap
dengan rujukan yang khusus untuk mengawal kualiti anak pohon, formula
yang diaplikasikan dan kadar semburan, persediaan permukaan cerun dan
ujian-ujian sebelum pengaplikasian adalah amat penting bagi memastikan
perlindungan cerun ini berjaya. Sebelum menentukan penggunaan turfing
atau hydroseeding, tanah perlu disemak pengasidannya. Cerun
mengandungi kandungan mineral yang merupakan sulfide besi atau syis
grafit hitam atau slat atau tanah fillit adalah dalam keadaan yang sangat
berasid (pH =2 hingga 3.5) untuk tumbuh-tumbuhan. Sesetengah cerun
boleh dilindungi oleh geosel iaitu dengan turfing atau hydroseeding,
guniting, crib wall atau lain-lain yang bersesuaian dengan ukurannya
bergantung kepada keperluan tertentu untuk sudut cerun, lokasi dan
sebagainya. (Rujuk lampiran 17.0)

CXLI

10.4.3 Guniting
Guniting atau shorcrete adalah kaedah yang mahal dan
hanya digunapakai apabila turfing dan hydroseeding tidak memberi kesan
yang efektif dengan sebab-sebab di bawah :
a) Cerun terlalu curam (>45) dan atau mempunyai Factor Of Safety
yang tinggi (>1.2)
b) Cerun berupa tanah yang mudah menyerap lembapan (tanah yang
berpasir dan berkeladak atau batuan yang mempunyai retakan yang
tinggi ).
c) Cerun berupa tanah yang keras atau tanah yang berbatu.
d) Cerun berupa tanah yang mempunyai banyak batuan yang mudah
hancur.
e) Cerun berupa tanah yang mempunyai sifat kebolehtelapan, di mana
keperluan untuk mengurangkan penyusupan dan kestabilan tidak
boleh dengan meratakan cerun.
f) Cerun yang mempunyai banyak jisim yang tidak selanjar.

Saliran sub-tanah perlu disediakan (lubang titisan atau saliran
pendek yang melintang bagi 0.3m 1m panjang saliran atau kira-kira
1.5m ruang perlu disediakan, terutamanya di mana air akan meresap
daripada permukaan). Pasak pendek yang mempunyai diameter >12mm
20mm paip GI lebih kurang 500mm hingga 1m panjang pada 1.5m ruang
turut disediakan untuk mengelakkan gelinciran pada cerun yang curam
terutamanya. J enis gunite bagi perlindungan cerun berupa 75mm 100mm
semburan tebal simen / bancuhan pasir (1 : 3) dilengkapi dengan wiremesh
(A4 / A6) untuk mengurangkan pengecutan dan rekahan akibat suhu
terma. Guniting, sekiranya direkabentuk dengan lengkap, pembinaan dan
pengekalannya dapat memelihara daya sedutan tanah, di mana ia dapat
memberi sumbangan yang paling besar kepada kestabilan cerun. Cerun
dengan FOS <1.2 atau cerun yang mempunyai banyak gelinciran setempat
CXLII
perlu dirawat sebelum guniting. J enis ketebalan bagi shotcrete adalah
diantara 100 200mm. Kerja perlindungan cerun yang lain menggunakan
konkrit.
Guniting perlu dibina dengan segera selepas pemotongan cerun
dilakukan sebelum ianya terdedah kepada hujan atau pada bila-bila masa
yang sesuai. Bagi cerun yang sudah terdedah kepada hujan perlu ditutupi
sementara dengan kain tarpal untuk beberapa hari bagi mengeringkan
tanah sebelum kaedah guniting dilaksanakan. Kegagalan dalam
melaksanakan kerja-kerja guniting dengan betul ialah :
a) Gunite disembur pada cerun yang lembap akan apabila mengering
ia akan mengalami rekahan.
b) J ika bancuhan gunite terlalu basah, terlalu tebal atau permukaan
tanah yang basah atau banyak mempunyai lompang, permukaan
gunite akan meleleh dan akan menyebabkan ketebalannya tidak
sama dan mengalami rekahan apabila ia kering. J ika ketebalan
100m atau lebih, dan cerunnya terlalu curam (>76), gunite perlu
disembur dengan 2 lapisan.
c) Kandungan simen yang tidak mencukupi, atau bancuhan dan
tekanan semburan / teknik yang tidak lengkap akan menghasilkan
gunite yang lemah. Ia akan cenderung untuk pertumbuhan fungus.
Gunite seharusnya disembur dengan nozel terus secara serenjang
ke permukaan cerun pada jarak 1 1.5m.
d) Ketebalan yang tidak sama wujud apabila persediaan kaedah
mempunyai kekurangan atau tidak sempurna. ( permukaan cerun
harus teliti semburan hingga 30mm dan kawalan blok ketebalan
atau pancang perlu diletakkan pada jarak antara 3 5m sebelum
gunite dilakukan.
e) Permukaan gunite yang tegar dapat menghasilkan aspek
persekitaran yang kurang baik. Tumbuh-tumbuhan yang menjalar
dimasukkan pada cerun gunite.
f) Ketidakberkesanan penyeliaan oleh penyelia.
CXLIII

10.4.4 Gabion Mattress
Untuk cerun berpasir yang mempunyai keupayaan tinggi untuk
terhakis di mana tumbuhan sukar untuk tumbuh pada permukaan cerun,
gabion mattress dengan kain penuras adalah kaedah yang sangat baik.
Tekanan normal yang tinggi bagi gabion mattress dapat juga
menambahkan kestabilan pada cerun. (Rujuk lampiran 17.0, 18.0 & 19.0)
Bagi cerun yang padat, yang dapat menenggelamkan terutama
apabila ada aliran air yang mengalir pada kaki cerun, gabion mattress
sesuai digunakan untuk menghasilkan perlindungan yang baik pada kaki
cerun.


gambarajah 10.4.4 : kaedah gabion

10.4.5 Soil Nailing (Rujuk lampiran 20.0 (a),(b) & (c) & 21.0)
a) Piawai rekabentuk : BS 8006.
b) Kriteria rekabentuk :
i. Soil nails bertindak terutamanya dalam daya tegasan;
lengkukkan dan ricih tidak akan dipertimbangkan di dalam
rekabnetuk ini.
CXLIV
ii. Soils nailing tidak sesuai untuk tanah yang tepu atau
kepadatan tanah yang kurang baik di mana FOR adalah
atau kurang dari 1.0.
iii. Tentukan gelinciran permukaan di mana FOS nya sama
dengan yang direkabentuk atau gunakan kaedah preskriptif
yang diberi.
iv. Kira jumlah daya setiap meter panjang bagi cerun yang
diperlukan untuk mencapai FOS yang telah ditentukan tadi.
Kebiasaannya soil nails adalah diantara 10 - 20 dipasang
secara melintang. Ruang diantara soil nails ialah 1.0
2.0m. Keberkesanan secara normal yang dibolehkan bagi
keupayaan tegangan soil nails ialah antara 2 20 tan.
v. Panjang nails : tentukan rintangan purata tarikan melewati
minimum gelinciran permukaan pada setiap aras nail. Kira
panjang nail yang diperlukan seterusnya minimum
gelinciran permukaan untuk menghasilkan rintangan
tarikan. Kabiasaannya 6 36m panjang dan bar tetulang
Y12 hingga Y32 atau bar fireglass dalam 100 150mm
lubang yang diturap dengan simen. Lubang yang digerek
perlu disembur dengan simen secepat yang mungkin sebaik
sahaja 2jam selepas lubang digerek.
vi. Rekabentuk kepala nail : kepala nail memadai dengan saiz
yang besar dan keras untuk mengagihkan beban rekabentuk
pada permukaan cerun. Kebiasaannya 200x200mm hingga
450x450mm plat MS dengan 12mm 12mm tebal atau
diperbuat in-situ penapak RC atau penapak jalur. Bagi
cerun yang tidak sepenuhnya ditutupi dengan guniting,
tekanan bearing pada cerun yang tepu perlulah disemak.
Kepala nails secara individu tanpa rasuk-rasuk pada
guniting adalah biasanya untuk cerun batuan.
CXLV
vii. Permukaan : minimum 75mm tebal gunite atau shotcrete
reinforced dengan dawai mesh atau permukaan fleksibel
geosel atau hydroseeding / turfing. Apabila anjakan
melebihi 0.5 H% (H adalah kedalaman pugak yang
dikorek), bengkokkan dan ricihan yang melampau dalam
nail boleh terhasil berikutan rayapan dan rekahan tegangan
berlaku.
c) Perlindungan karatan : bar bergalvanis perlu mempunyai salutan dengan
ketebalan minimum 85 mikron atau 610 g / m
2
(BS 729). Paip pra-grout
HDPE hanya digunapakai jika cerun adalah agresif (kandungan klorida
>100ppm atau sulfat >200ppm).
d) Spesifikasi kerja : rujuk kepada BS 8006 dan GEO Hong Kong untuk
penggunaan prosedur, QC dan keperluan ujian-ujian.


gambarajah 10.4.5 (a) : kaedah soil nailing yang telah siap dipasang dan rumput
ditanam

CXLVI

gambarajah 10.4.5 (b) : nail telah dipasang tetapi kepalanya belum disimen


gambarajah 10.4.5 (c): Blok-blok simen yang digunakan dan dipasang pada kepala nail

CXLVII

gambarajah 10.4.5 (d) : Pekerja-pekerja sedang memanjat scaffolding untuk
memasukkan nail pada lubang yang telah digerek


gambarajah 10.4.5 (e) : Proses memasukkan dan menegangkan nail pada lubang yang
digerek

CXLVIII

gambarajah 10.4.5 (f) : Pekerja sedang menembak konkrit ke dalam lubang yang digerek


gambarajah 10.4.5 (f) : Lubang-lubang yang telah disembur konkrit

CXLIX

gambarajah 10.4.5 (g) : Dawai mesh yang digunakan setelah nail dipasang.



10.4.6 Horizontal drains
Kehadiran airbumi mengurangkan kestabilan cerun dan ia mengakibatkan
merendahkan rintangan ricih bagi tanah, pengurangan dalam kepaduan tanah dan
hakisan sub-permukaan tanah. Horizontal drain adalah amat berkesan untuk
mengurangkan kesan yang tidak diperlukan bagi airbumi pada kestabilan cerun.
Keberkesanannya bergantung kepada ruangan, diameter longkang dan di atas
lokasi relative bagi kawasan / zon gelinciran.
Diantara butir-butir rekabentuk :
a) Saiz : 25mm, 37mm, 50mm, 75mm paip PVC atau HDPE
b) Panjang : 3 48mm bergantung kepada rekaan.
c) J arak : 1 6m, biasanya 2 5m
d) FOS yang berkesan : diantara 0.1 0.3
e) Kecerunan : 1 15%; biasanya 5%
f) Kos unit : RM 20 RM 100 per meter bergantung kepada kos utama bagi
kerja-kerja sementara.


CL
10.5 LONGKANG CERUN

Tujuan utama bagi permukaan longkang adalah untuk mengumpul aliran
air yang mengalir pada permukaan cerun dan membawa aliran dari cerun secepat
yang mungkin bagi mengelakkan penyusupan dan hakisan daripada berlaku yang
disebabkan oleh hujan. (Rujuk lampiran 22.0 (a) & (b))
Skop yang penting dalam rekabentuk longkang adalah:
a) J enis dan saiz longkang ( dituang in-situ longkang V atau U
dipilih; saiz minimum ialah 300mm untuk alasan yang praktikal.)
b) Kecerunan (haruslah antara 0.3% hingga 5% dengan halaju aliran
1.2m/s hingga 4m/s kecuali longkang bertingkat)
c) Pelan susun atur bagi system longkang termasuklah butiran bagi
takungan dan sebagainya.







BAB 11 : JALANRAYA

11.1 PENGENALAN

Pembinaan jalanraya hanya dapat diteruskan setelah siap sistem
perkhidmatan dan penyaluran perparitan kerana ia boleh memberikan kesan
kepada kerja-kerja pembinaan jalan. (Rujuk lampiran 23.0, 24.0, 25.0 & 26.0 dan
rajah 30.0)


11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED
CLI

a) penyediaan sub-gred perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sub-tapak
dihamparkan. Bahan yang bersifat lembut tidak sesuai dijadikan sebagai
sub-gred dan perlulah diganti dengan tanah yang berkualiti baik.
b) Tanah tambakan tersebut perlulah dari bahan bumi yang berkualiti baik
dalam bentuk lapisan yang gembur dan setiapnya tidak melebihi dari
225mm ketebalan bagi mendapatkan kualiti tanah yang terbaik.
c) Permukaan sub-gred dan setiap lapisan tambakan harus mudah
dimampatkan atau dipadatkan dengan nilai minimum 12 laluan bagi 8 tan
oleh penggelek roda licin hingga mencapai kepadatan yang seragam. J ika
perlu sebelum dipadatkan sub-gred hendaklah disiram, dikeringkan atau
jika diganti dengan bahan baru.


11.3 BAHAN PENUTUP

Sub-gred yang telah siap-sedia perlulah diselimuti dengan debu-debu kauri
atau pasir dengan disebarkan kepada lapisan yang dipadatkan dengan ketebalan
50mm. jika pasir digunakan ianya hendaklah dalam gred yang baik dan bebas
daripada sifat tanah berjelekit atau bahan yang berorganik.


11.4 SUB-TAPAK

a) Di dalam pembinaan jalan, sub-tapak terdiri daripada bahan agregat
terhancur yang mempunyai kualiti dan gred yang baik dengan saiz
maksimum 75mm serta bebas daripada sifat tanah liat atau bahan
berorganik.
b) Dalam keadaan tertentu, sub-tapak boleh juga terdiri daripada 2 lapisan
yang dipadatkan dengan jumlah ketebalan 200mm. Untuk lapisan yang
pertama, agregat terhancur perlu disebarkan dengan seragamnya hingga
CLII
membentuk lapisan dengan ketebalan 125mm dan perlu dipadatkan
selepas itu dengan 4 kali laluan bagi 8 tan menggunakan jentera penggelek
roda licin.
c) Kemudian permukaan yang telah dipadatkan akan disembur dengan debu-
debu kuari yang nipis pada celahn-celahan dan dipadatkan semula dengan
6 kali laluan menggunakan jentera yang sama. Proses yang sama akan
dilakukan kepada lapisan yang kedua.
d) Sebelum lapisan kedua dibina, kontraktor akan membina bonggol dengan
kualiti tanah yang baik pada pinggir jalan untuk menyokong pinggir sub-
tapak dan lapisan salut.


11.5 LAPISAN SALUT

11.5.1 Salut Perdana
Salut ini adalah satu lapisan nipis bitumen cair yang disembur
kepada permukaan sub-tapak yang bersih dan kering. Ia berfungsi untuk
menusuk dan mengikat debu dan aggregate serta meningkatkan ikatan
antara lapisan tapak dan permukaan. Ia juga bertindak sebagai salutan
yang kalis air.
Bahan-bahan salut perdana perlulah dari bahan yang diluluskan.
Aggregate dalam salut perdana hendaklah mempunyai saiz antara 12.5mm
hingga 19mm. Semasa diangkut ke tapak, ianya hendaklah ditutupi bagi
mengelakkan keadaan cuaca yang buruk dan juga untuk mengurangkan
kehilangan suhu sepanjang perjalanan. Salut tersebut perlulah dihampar
secepat yang mungkin. Kemudian ia akan dipadatkan dengan ketebalan
yang tertentu.

11.5.2 Salut Jelujur (Tack Coat)
Satu lapisan nipis bitumen cecair yang disembur di atas lapisan
berbitumen berfungsi untuk meningkatkan ikatan diantara lapisan
CLIII
berbitumen. Bitumen disembur dengan kadar 0.25 0.55 liter bagi setiap
meter persegi. Ia akan dipadatkan dengan penggelek dengan 8 kali laluan
yang mempunyai berat 8 tan. Batuan yang jenis berderaian (20mm
nominal) akan digunakan dalam proses ini bagi mengisi ruang-ruang
kosong. Seterusnya, permukaan akan diturap dengan 80/100 bitumen asli
dengan kadar 4.08 liter setiap meter persegi. Satu lapisan batuan (19mm
nominal) yang nipis di hampar secara kasar untuk menutupi keseluruhan
permukaan tadi dan kemudian dipadatkan. Akhir sekali, satu lapisan debu
kuari atau pasir sungai yang nipis akan disembur ke seluruh permukaan
dan dipadatkan. Perlu diingat, semburan berlebihan hendaklah dielakkan
kerana ianya boleh menyebabkan masalah lelehan bitumen pada
permukaan jalan. Lapisan pengikat hanya akan dihampar ke atas jalan
yang telah dibersihkan dan disalut dengan selut perdana. Penghamparan
mestilah dilakukan di dalam keadaan cuaca yang kering.


11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT

Aluvium pantai atau pembentukan tanah pemendapan atau tanah paya
adalah diantara jenis-jenis tanah yang lemah atau lembut. J enis-jenis masalah
geoteknik diantaranya adalah ketidakstabilan cerun. Analisis geoteknik yang biasa
adalah untuk menentukan nilai keupayaan galas, kestabilan cerun, jumlah dan
kadar kecacatan. Data-data penting yang perlu diambil kira ketika membuat
penyiasatan tapak bagi jalan ialah :
Profail sub-tanah menunjukkan ciri-ciri dan ketebalan bagi
pelbagai jenis kemampatan dan strata yang kukuh. Kebiasaannya, satu atau
dua lubang galian serta dua atau lebih DS (Deep Sounding) atau kon piezo
adalah disyorkan untuk menilai profail sub-tanah bagi mendapatkan
kesimpulan umum terutama apabila ketinggian tebing adalah melebihi
daripada 6m. Ciri-ciri tanah termampat untuk penyelesaiain analisis boleh
CLIV
didapati daripada 1-D ujian pengukuhan atau sel hidarulik menggunakan
sample berkualiti yang tak terganggu.


11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG SEMULAJADI

Masalah geoteknik yang utama dan keadaan penyiasatan tapaknya yang
relevan serta ujian-ujian untuk mengenalpasti masalah tersebut adalah :
a) semak kestabilan pada tambakan; kebiasaannya adalah tanah yang
tidak tepu, dan parameter rekabentuknya terutama sekali kekuatan
ricih adalah dari sampel yang termampat dengan menggunakan
sampel yang diambil sekurang-kurangnya satu atau dua sampel
pada kedalaman 1.5m daripada potongan kawasan major.
b) Disyorkan bagi geometri kestabilan yang bersesuaian, perlu
disemak secara global atau setempat kestabilan tambakan.
Semakan merangkumi semakan bearing untuk mencari nilai
kedalaman bagi bahan yang tidak bersesuaian yang akan
digantikan. Ruang bagi lubang gentian bagi tambakan (h<6) yang
rendah dan ketinggian tambakan seharusnya antara 100m-600m
dan 50m-300m. Ujian pengkelasan bagi semua sample yang
terganggu terutama yang berada atas daripada 6m perlulah
dilakukan.
c) Semakan kestabilan bagi tanah sokongan adalah penting apabila
tambakan berada di tanah yang bercerun atau terlalu tinggi (h>12m
atau lebih). Kedalaman lubang gentian adalah sehingga 3m (atau
lebih) terutamanya teras batuan untuk kes pembentukan batu meta-
sedimen (pemendapan).


11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK
a) J KR probe
CLV
b) Gerudi Tangan (Hand Augering)
c) Alat Penggerek Tangan Bermotor (Motorised Hand Boring)
d) Ujian Plat Bearing
e) Ujian Meter Tekanan
f) Penyiasatan Air Bawah Tanah
g) Ujian Teras Batuan




















BAB 12 : TEKNOLOGI BARU


12.1 PENGENALAN : POWERMESH

CLVI
Powermesh adalah suatu sistem pengurungan tanah yang ringan dan
fleksibel, setiap sambungan jaringan besi bergalvani adalah saling mengunci dan
menghasilkan satu sistem daya ikatan yang kuat dan kekuatan ini tidak dapat
dihasilkan oleh jenis jaringan lain, khas sambungan jaring kimpalan percikan api
yang biasa disebut spark weld kerana ia menghadapi masalah terkecai apabila
sambungan tersebut berkarat selepas terdedah kepada air. Masalah ini telah diatasi
oleh sistem Powermesh yang menggunakan besi bergalvani yang direkacipta
secara interlocking tanpa sebarang kimpalan dan ini bebas daripada sebarang
ancamaan air atau kekaratan.
Selain ciptaan teknologi tersebut, konsep kekuatan yang diperkenalkan
oleh sistem Powermesh adalah menggabungkan setiap sel kecil menjadi satu
objek besar yang menghasilkan satu daya perlindungan yang kukuh kepada cerun-
cerun bukit. Satu lagi kelebihan sistem Powermesh ialah ianya boleh dipasang
tanpa sebarang penapak yang besar dan berat, sebaliknya ia boleh dipasang pada
apa jua keadaan dan kerja pemasangan boleh dijalankan pada bila-bila masa tanpa
menggnakan jentera berat.


12.2 KENAPA POWERMESH

12.2.1 Hakisan tanah dan Air
Dengan Powermesh, kadar hakisan bawah dan permukaan tanah
dapat dielakkan justeru menstabilkan struktur tanah yang selalu terdedah
kepada cuaca lembap. Air dalam tanah dapt mengalir keluar secara
semulajadi tanpa sebarang halangan dan kelebihan ini tidak dapat
dilindungi oleh sistem runtuhan lain.


12.2.2 Banjir Kilat
Dengan Powermesh, banjir kilat yang kerap berlaku akibat
kedalaman sungai yang semakin cetek yang berpunca daripada hakisan
CLVII
tanah tebing sungai dapat diatasi. J elas terbukti bahawa sistem ini adalah
sistem yang dapat mencengkam dan mengukuhkan permukaan tanah
daripada ancaman air hujan.

12.2.3 Kecerunan Tanah
Dengan Powermesh, tahap kecerunan tanah dapat ditingkatkan
sehingga 60 tanpa sebarang keraguan.

12.2.4 Pemasangan Ringkas
Powermesh direkabentuk bagi meringkaskan kerja-kerja
pemasangan tanap melibatkan jentera berat dan mengelakkan kerosakan
dan kesesakan jalanraya. Kerja-kerja penyelenggaraan yang ringkas tidak
mengakibatkan sebarang beban dan masalah selepas pemasangan
memandangkjan produk ini merupakan sebuah sistem berdasarkan kepada
mesra alam.

12.2.5 Hiasan Taman
Dengan Powermesh, tahap perhiasan dan penanaman semula dapat
dijalankan pada bila-bila masa, manakala sistem runtuhan yang lain tidak
dapat memenuhi keperluan ini.

12.2.6 Alam Kehijauan
Dengan Powermesh, aktiviti penghijauan dapat dilakukan pada apa
jua jenis permukaan cerun termasuk permukaan cerun yang telah siap
dibina dengan sistem ketahanan cerun berkonkrit / sistem batu besar /
permukaan rock / tanah berasid dan sebagainya kerana Powermesh
merupakan sistem yang menggunakan alam kehijauan.


12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA

CLVIII
Berbagai jenis sistem seperti concrete, gabion, rubble-pitching, canvas
dan canvas & crib wall telah digunakan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam
penyelesaian masalah keruntuhan tanah, namun sistem semasa menghadapi
kelemahan seperti berikut :-

Masalah : Kejadian tanah berterusan setelah kerja pemulihan
dilancarkan.
Sebab : Tembok penahan yang kuat, keras dan berat dibina untuk
menahan tanah, keadaan ini menyebabkan air bawah tanah
terkumpul dan menghasilkan satu tekanan ke atas tembok
tersebut justeru tragedy tanah runtuh terus terjadi.
Rekabentuk tembuk yang kuat sebaliknya membawa risiko
yang lebih tinggi kerana air bawah tanah tidak dapat
mengalir keluar melalui tembok tersebut.

Masalah : Banjir kilat kerap berlaku.
Sebab : Tebing-tebing sungai di bawah projek pembangunan
sentiasa kurang diberi prihatin oleh pemaju mengakibatkan
hakisan sering berlaku. Akibat fenomena ini, kedalaman
sungai cetek dan mengakibatkan paras air sungai
meningkat, banjir kilat kerap berlaku di kawasa-kawasan
rendah dan kawasan-kawasan kediaman semasa huan lebat.

Masalah : Kesesakan Lalulintas semasa pembinaan dijalankan.
Sebab : Pembinaan tembok penahan atau sebarang kerja konkrit
akan membabitkan penggunaan kawasan yang luas dan
kehadiran jentera berat. Secara langsung, lalulintas sedia
ada akan disusut lalu menyebabkan kesesakan lalulintas
berlaku. Selain itu, keselamatan para pengguna jalanraya
juga terancam apabila keselamatan tapak tidak diutamakan.

CLIX
Masalah : Permukaan cerun yang gundul.
Sebab : Penanaman rumput di permukaan cerun seperti tanah
berasid atau permukaan rock langsung tidak dapat
dijalankan. Maka cerun ini akan terdedah kepada proses
luluhawa yang boleh melemahkan struktur cerun.

Masalah : Penanaman semula / penghijauan tidak dapat
dilaksanakan.
Sebab : Sistem ketahanan cerun yang seringkali digunakan adalah
diperbuat daripada batu besar atau simen konkrit yang
menghalang penanaman dan pertumbuhan rumput-
rampai atau tumbuhan renek yang memainkan peranan
penghijauan yang menyegarkan pemandangan.


























CLX
12.4 KONSEP

Sistem Powermesh adalah menggabungkan Powermesh-ring yang diskrit
menjadi satu objek besar justeru menghasilkan daya ikatan yang kuat dan stabil.


Gambarajah 12.4 (a) : Gambaran keseluruhan
.

gambarajah 12.4 (b) : jaringan gambarajah 12.4 (c) : jaringan yang
dikunci bahagian tengah dikunci pada tepi



gambarajah 12.4(d) : jaringan yang diikat dengan jaringan yang
lain secara sambungan cincin





CLXI

gambarajah 12.4 (e) : gambaran jaringan yang telah disambung dan dipasang pada
cerun


Sistem powermesh juga mempamerkan satu prestasi yang tinggi dari segi
kecondongan cerun-cerun bukit.
Kerja-kerja pemasangan yang ringkas tanpa melibatkan jentera berat dapat
mengelakkan kerosakan dan kesesakan jalanraya. Bahan system powermesh
bergalvani yang bebas daripada kekaratan membenarkan air dalam tanah
disingkirkan tanpa halangan setelah ia dikukuhkan di permukaan cerun bukit.
Penanaman semula dan kerja-kerja landskap dapat dijalankan pada bila-
bila masa suoaya mempamerkan satu pemandangan yang semulajadi.


gambarajah 12.4 (f) : jaringan yang ditimbus dengan tanah bagi mencantikkan
permukaan
CLXII

gambarajah 12.4 (g) : jaringan yang hampir 80% siap ditimbus dengan tanah




12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA

12.5.1 Sistem Semasa

Air dalam tanah sukar disingkirkan melalui system ini. Keadaan
menjadi kritikal apabila paip penyingkiran air tersumbat dengan tanah dan
rumput.
System semasa ini juga bertentangan dengan konsep alam
penghijauan yang diamalkan oleh kerajaan kerana kegiatan penanaman
semula tidak dapat dijalankan.



gambarajah 12.5.1 (a) : gambaran untuk sistem semasa dengan kaedah konkrit dilepa
pada cerun

CLXIII
12.5.2 Gabion

Sistem semasa ini hanya memainkan peranan sebagai penahan
tanah di bahagian bawah sahaja. Sebaliknya, factor utama iaitu langkah
perlindungan cerun bukit tidak dijalankan. Akibat kesilapan berikut,
tragedy tanah runtuh terus berlaku.


gambarajah 12.5.2(a) : Menggunakan kaedah gabion iaitu batuan yang dikurung
membentuk blok-blok dan menjadi tembok penahan cerun


Sistem semasa ini akan menghadapi masalah apabila tanah
timbusan menghasilkan satu daya tekanan dan daya tolakan ke atasnya.
System semasa ini hanya dapat menghasilkan satu daya tahanan
yang terhad sahaja, kerana ia terdiri daripada kurungan-kurungan batu
yang berasingan.

CLXIV

gambarajah 12.5.2(b) : kegagalan dalam menggunakan kaedah gabion


Kegagalan system semasa dalam menangani masalah tanah runtuh
kerana air dalam tanah yang terkumpul serta permukaan cerun bukit yang
tidak diambil berat telah menghasilkan satu daya tolakan yang kuat ke
atasnya.


gambarajah 12.5.2(c) : menunjukkan kelemahan system penahan cerun dalam
menahan daya tolakan


CLXV

gambarajah 12.5.2(d) : tanah runtuh yang berpunca dari air terkumpul tidak dapat
ditampung oleh sistem



12.5.3 Rubble-pitching

System semasa ini telah menghadapi masalah penanaman semula
di mana ia tiak dapat mempamerkan pemandangan mesra alam. Air dalam
tanah yang sukar disingkirkan akan menjadi satu beban ke atas cerun bukit
tersebut.


gambarajah 12.5.3 (a) : system ini tidak menggambarkan pemadangan mesra alam.


CLXVI

gambarajah 12.5.3(b) : tumbuhan tidak dapat hidup pada permukaan cerun


12.5.4 Canvas

System perlindungan yang terasli di mana tanah cerun hanya
dilindungi buat seketika sahaja. Sebaliknya, masalah tanah runtuh tidak
dapat diatasi. Kain kampas yang terkuat telah mempamerkan imej buruk
Negara kepada pelancong.


gambarajah 12.5.4 (a) : Pemandangan yang buruk akibat daripada kain yang
digunakan terkoyak


CLXVII

gambarajah 12.5.4 (b) : Masalah tana runtuh tetap tidak dapat diatasi


12.5.5 Canvas & Crib Wall
Sistem semasa ini hanya memainkan peranan sebagai penahan
tanah di bahagian bawah sahaja. Sebaliknya, factor utama iaitu langkah
perlindungan cerun bukit tidak dijalankan. Akibat kesilapan tersebut,
tragedy tanah runtuh teurs berlaku.



gambarajah 12.5.5 :Dinding batu Crib yang dipasang hanya melindungi cerun
bahagian bawah sahaja


12.5.6 Permukaan Berasid
Kerja perhiasan atau penanaman rumput tidak dapat dijalankan di
atas permukaan yang berasid atau permukaan rock di mana ia
bertentangan dengan konsep kerajaan yang mengamalkan alam
pernghijauan.

CLXVIII


gambarajah 12.5.6 : cerun yang terdedah tanpa pertumbuhan rumput kerana tanah
yang bersifat asid



Hakisan di tebing-tebing sungai yang tidak diberi perhatian telah
menyebabkan kedalaman sungai semakin cetek. Akibat fenomena ini, paras air
sungai meningkat dan mendorong banjir kilat berlaku di kawasan kediaman.
























CLXIX









Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari
pelbagai pengetahuan yang baru mengenai Kejuruteraan Awam di J abatan Kerja
Raya Hulu Selangor (J KR/HS). Di sini, saya dapat mempraktikkan apa yang telah
saya pelajari semasa di universiti iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang
berkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu, saya dapat melihat
pekembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan iaitu
bagaimana menguruskan sesuatu dokumen tender dan sebutharga, mengikuti
mesyuarat tapak bina dan mendengar perbincangan masalah masalah yang
berkaitan dengan projek.
Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi
dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat
dengan jabatan ini. Memahami karenah-karenah pelanggan yang mempunyai
pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan dalam mencapai hasil yang
terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar
memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu
Kejuruteraan Awam.









CLXX




Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri, ingin mencadangkan
supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab. Di samping itu, pelajar harus juga didedahkan dengan kerja-
kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih
memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan. Selain
dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin
oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan.
Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan
tentang-tentang kerja yang berkaitan projek, di mana pengetahuan ini tidak dapat
diperolehi di universiti hanya dengan mendapatkannya secara teori.
Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan
perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi
penerangan secukupnya tentang sesuatu projek supaya pekerja dapat melakukan
kerja dengan sebaik mungkin.
Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang
yang telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi
sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam
pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.








CLXXI





SUMBER-SUMBER RUJUKAN :

1 Encik Mohd Suhaini b. Nordin
J urutera Awam (J alan), J KR Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
2 Encik Zainal b. Saman
Pembantu Teknik Kanan (J alan)
J KR Hulu Selangor

3 Encik Amir b. Elham
Pemangku J urutera Bangunan,
J KR Hulu Selangor

4 Spesifikasi dan Piawaian (Bangunan, J alan & J ambatan) J KR dan Penyeliaan
Pembinaan.

5 Nota-nota Institut Kerja Raya Malaysia,
(IKRAM) Serdang, Selangor.
Infrastruktur Bangunan
Penyelenggaraan Bangunan & J ambatan
Cerucuk
Kawalan Pembinaan
Kerja Konkrit
Cerun


CLXXII



































CLXXIII


















CLXXIV

You might also like