You are on page 1of 33

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA KEDAH
Nama :

No i/c :

Tingkatan :

No angka :
giliran

Nama dan :
alamat sekolah

Tajuk kerja :
kursus

Guru penilai :

Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah markah
Kod
Tahap pencapaian

T/ tangan guru penilai,

______________________
( )
ELEMEN 1: MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

BIL PERKARA TARIKH CATATAN

1 Menerima taklimat kerja kursus daripada guru


Februari
Sejarah

2 Mendapatkan bimbingan guru dan memilih tajuk


Februari
Kajian

3 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada


Februari
sumber yang sahih

4 Menyediakan halaman hadapan Elemen 1 Mac

5 Mendokumentasikan fakta sejarah yang


Mac
dikumpulkan daripada pelbagai sumber

6 Menghantar fakta sejarah yang dikumpul

daripada pelbagai sumber untuk semakan guru Mac

penilai

7 Memperbaiki fakta sejarah yang diambil daripada

pelbagai sumber untuk memperoleh marekah Mac

terbaik

8 Menghantar semula fakta sejarah yang dikumpul

daripada pelbagi sumber kepada guru penilai Mac

untuk disemak dan diberi markah.


ELEMEN 1

TAJUK : BANGUNAN BERSEJARAH KOTA A FAMOSA, MELAKA

Bil Sumber Tandakan ( / )

1 Buku Ilmiah

2 Jurnal

3 Akhbar

4 Majalah

5 Orang sumber

6 Melawat tempat kajian

7 Internet

8 Televisyen

9 Radio

10 VCD / DVD

11 Sumber lain

Markah

T/ tangan guru penilai,

_____________________
( )
PELEMEN 2 : MEREKOD FAKTA SEJARAH

Bil Perkara Tarikh Catatan

1 Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis laporan


April
dapatan kajian mengikut format yang ditetapkan

2 Mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis,


April
merumus dan merekod fakta sejarah

3 Menyediakan halaman hadapan Elemen 2


April
( Lampiran 9)

4 Menulis laporan kajian mengikut format yang

ditetapkan:

- Tajuk Kajian
- Senarai Kandungan
- Penghargaan April - Jun
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
- Hasil Kajian
- Rumusan
- Lampiran
- Rujukan

5 Menghantar laporan kajian bagi memperoleh markah


April – Jun
terbaik

6 Memperbaiki hasil kajian bagi memperoleh markah


Mei – Jun
terbaik

7 Menghantar semula hasil kajian kepada guru penilai


Mei – Jun
bagi memperoleh markah serta tahap pencapaian
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1 Tajuk kajian

2 Senarai kandungan

3 Penghargaan

4 Objektif kajian

5 Kaedah kajian

6 Hasil kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan
BANGUNAN

BERSEJARAH

KOTA A

FAMOSA,

MELAKA
PENGHARGAAN

Sekapur sireh sekacip pinang,

Tamu diundang menjamu hidangan,

Dengarlah tuan hamba berkarang;

Tinta penghargaan sebagai permulaan.

Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan

kepada ......................................... kerana telah sudi memberikan penerangan kepada saya

mengenai penghasilan folio sejarah ini. Tidak lupa juga kepada pengetua sekolah,

...................................................................... kerana telah memberi kebenaran kepada saya

dan rakan-rakan yang lain menggunakan makmal ICT sekolah. Juga kepada ibu bapa

saya ......................................... dan ................................................... kerana telah memberi

sokongan dan dorongan untuk saya menjalankan kajian sejarah ini. Terima kasih juga

saya ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi maklumat dengan saya.

Sesungguhnya kerjasama semua pihak amat membantu saya untuk

menjalankan kajian sejarah ini.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya mengenai bangunan bersejarah Kota A Famosa adalah

berdasarkan beberapa objektif. Objektif-objektif yang dipilih diharapkan dapat dicapai

untuk kepentingan bangsa dan negara.

Objektif yang pertama adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang

bangunan bersejarah yang dikaji iaitu bangunan Kota A Famosa. Pelajar-pelajar hanya

mengetahui sedikit maklumat mengenai bangunan ini hanya melalui buku teks yang

diajar di dalam kelas. Dengan mengkaji lebih lanjut mengenai bangunan sejarah yang

dipilih, akan dapat membantu para pelajar mendalami sejarah yang berlaku pada masa

lalu.

Objektif yang seterusnya adalah untuk menguasai teknik-teknik

melaksanakan kajian dengan betul. Pelajar-pelajar sering diarahkan supaya melaksanakan

kajian di lapangan, namun kajian yang dilakukan masih tidak dapat memenuhi kehendak

yang diperlukan. Ini kerana pelajar tersebut tidak menguasai teknik melaksanakan kajian

dengan betul. Melalui tugasan ini diharapkan dapat menguasai teknik yang betul serta

hasilnya dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan

Selain itu, sejarah dapat melahirkan semangat patriotik terhadap negara.

Pengamalan budaya yang terdapat di Malaysia adalah sangat unik dan seharusnya sebagai

rakyat Malaysia berbangga terhadap keadaan ini. Sengaja objektif ini dipilih bagi

memastikan budaya yang terdapat di negara ini akan terus kekal sebagai warisan

sepanjang zaman.
Akhir sekali, maklumat-maklumat berkaitan bangunan bersejarah yang

diperoleh tersebut akan dikumpul dan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.

Secara umumnya sejarah merupakan penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku.

Oleh itu penting untuk menyimpan maklumat sejarah berkenaan bagi memastikan

peristiwa yang telah berlaku tidak akan dilupakan malah menjadi teladan kepada semua

pihak.

`
KAEDAH KAJIAN

Dalam melaksanakan sebuah kajian, beberapa kaedah kajian perlu

digunakan bagi memastikan kajian tersebut berjalan dengan lancar. Saya juga telah

menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mencari maklumat seperti internet, rujukan

di perpustakaan dan temu bual dengan seorang responden.

Dalam era globalisasi yang serba moden ini, pelbagai maklumat boleh

didapati dengan mudah. Dengan hanya menekan beberapa kekunci, maklumat yang

diingini boleh diperoleh dalam masa beberapa saat. Saya telah menggunakan kaedah

yang cepat dan pantas ini dengan melayari laman web dari internet iaitu

http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

Maklumat yang diperolehi ini banyak membantu dalam mengembangkan kajian yang

saya lakukan.

Saya juga telah merujuk beberapa buah buku ilmiah yang telah saya

perolehi dari Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Antaranya

adalah bertajuk Siri Lamabaian Nusa : Melaka dan Sejarah Perubatan dan Penubuhan

Hospital-Hospital di Melaka. Selain itu, saya juga bertukar-tukar maklumat dengan rakan

– rakan berkenaan bangunan yang dikaji.

Dewasa ini media-media massa mula mengambil langkah efektif untuk

memastikan generasi muda sekarang tidak alpa dengan kemerdekaan yang diperoleh.

Pelbagai info sejarah telah diselitkan di dalam ruangan –ruangan tertentu. Oleh itu saya

telah mengambil kesempatan ini memetik sebuah keratan akhbar dari Harian Metro yang

bertarikh 25 Jun 2008 untuk menambahkan maklumat mengenai bangunan Kota A


Famosa.

Jika diteliti kebanyakan sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui

temu bual dengan seseorang tokoh. Oleh itu saya telah memilih kaedah temu bual untuk

memperoleh maklumat yang berkaitan dengan Kota A Famosa melalui seorang

responden iaitu ............................................ Walau bagaimanapun saya perlu memilih dan

membandingkan fakta yang diperoleh bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat.

Kaedah ini juga saya lakukan untuk mendapatkan pandangan responden tentang

bangunan yang dikaji.


HASIL KAJIAN

Di Malaysia terdapat banyak tinggalan sejarah yang dapat ditemui pada

masa kini. Tinggalan-tinggalan sejarah ini dipelihara agar dapat memupuk kesedaran di

kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar.

Antara tinggalan sejarah yang terdapat di Malaysia ialah Kota A Famosa

yang terdapat di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Nama Bangunan

KOTA A FAMOSA

Bahasa Portugis

- A Famosa bermaksud yang termasyhur

- Juga disebut sebagai ‘yang terhebat’

dalam bahasa Portugis kuno

Kota A Famosa juga dikenali sebagai

Fortaleza de Malacca (Kubu Melaka)

Bahasa Inggeris

Dikenali sebagai ‘The Famous’


Latar Belakang

Kota A Famosa merupakan kubu yang telah dibina oleh Portugis sebaik

sahaja berjaya menawan Melaka pada 25 Julai 1511 iaitu sewaktu zaman pemerintahan

Sultan Mahmud Shah. Kota A Famosa merupakan seni bina Eropah yang tertua yang

masih tinggal di Asia.

Pembinaan kota ini merupakan arahan daripada panglima Portugis iaitu

Alfonso de Albuquerque. Kota A Famosa berjaya disiapkan pada tahun 1514, di bawah

pimpinan Ruy de Brito yang menjadi Kapitan Portugis Melaka yang pertama. Menjelang

tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh

buah meriam ke semua arah.

Pembinaan kota ini adalah bertujuan sebagai kubu pertahanan untuk

menangkis serangan musuh-musuh. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu

petempatan Kristian dengan menyediakan 5 buah gereja, tempat beribadat, biara, hospital

dan sebagainya.

Di dalam kota ini juga, Portugis telah membina rumah Gabenor, berek

askar, rumah pasung, perigi dan kemudahan-kemudahan lain.

Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana

Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.


Keistimewaan Bangunan

Kota A Famosa dibina berasaskan reka bentuk seni bina kota batu Portugis.

Kota ini berbentuk segi lima (pentagon) dan setiap penjuru terdapat binaan menara

kawalan dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut

dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluarte de las Virgines, Baluarte Madre de Dios,

Baluerte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago. A Famosa diperluaskan ke kawasan

berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota,

Jalan Gereja, Jalan Mahkamah,dan Jalan Istana.

Bahan bagi membina bangunan tersebut dikatakan diambil daripada

runtuhan masjid dan bangunan-bangunan lain. Kota ini sungguh kukuh sehinggakan

Abdullah Munsyi dalam bukunya ‘Hikayat Abdullah’ menulis tentang kota ini. Ia

berbunyi ;

“Sebermula, maka adalah sifat kota Melaka itu yang kudapati dan yang kujalani di

atasnya, dan sampai ke dalam tanah itu adalah demikian. Kulihat batunya batu besi,

unggu warnanya; ada yang panjang sedepa, ada yang duahasta. Adapun batu-batu itu

terlalu licin dengan ratanya seperti diketam rupanya.

Syahdan, adapun batu itu sekaliannya aku dengarnya dipahat oleh orang Cina yang

menjadi tukang kota itu dari batu pahat, iaitu dengan suruhan Portugis.”

Ramai buruh paksa telah digunakan unuk membina bangunan tersebut dan

sebilangan daripadanya mati akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan.

Kota batu ini dikatakan yang terkuat di rantau ini pada zamannya dan telah

berjaya menghalang kemaraan tentera Melayu Johor, Acheh dan Jawa yang cuba
menawan kota ini.

Serangan Jawa

Pada tahun 1551, Jawa telah menyerang Melaka dengan tentera seramai 10

000 orang hampir berjaya menawan Kota Melaka, tetapi berjaya diselamatkan dengan

kedatangan angkatan armada Portugis dari Goa yang kebetulan untuk menggantikan

askar Portugis yang telah lama berada di Melaka. Walaubagaimanapun, ramai askar

Portugis yang telah terkorban termasuklah seramai 200 orang yang mati kerana terminum

air ‘Perigi Raja’ yang telah diracuni oleh Jawa.

Penaklukan oleh Belanda dan Kekalahan Portugis

Kota ini bagaimanapun gagal menghalang kemaraan Belanda pada kurun ke

17. Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis

untuk menangkis semua bentuk serangan.

Untuk menakluk Melaka, tentera Belanda telah mengepung kota tersebut

selama 5 bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan

kucing, tikus, dan dalam suatu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.

Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui pintu Santo Domingo

Gate, yang menjelang itu mengorbankan lebih 7000 orang akibat kebuluran, penyakit,

dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki

sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo

Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut pihak Belanda membaiki

dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal

sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran
‘Anno 1670’.
Serangan Bugis

Semasa pemerintahan Belanda ke atas Melaka, kota ini telah diserang oleh

Bugis pada tahun 1784. Kota ini mengalami kerosakan yang agak teruk namun, ia cepat-

cepat dibaiki oleh Belanda.

Pentadbiran oleh British dan Kemusnahan Kota A Famosa

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda di Holland pada tahun 1795,

Putera William of Orangemelarikan diri ke London, di mana dia memerintahkan semua

petempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh

ke tangan Perancis. Akibatnya pihak British berjaya menguasai Belanda pada tahun 1795

tanpa sebarang pertempuran.

Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya

atau membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik

sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya, jika

mereka meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi dari pihak

mereka pasti akan mengundang bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.

Tambahan pula, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda

dengan Kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penenpatan Inggeris

di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan

Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara tahun 1803 hinggs tahun 1818,

telah membuat cadangan bagi memusnahkan Kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di

India.
Beliau menyatakan bahawa penyelengaraan dan pertahanan kubu tersebut

hendaklah dikecilkan dengan memberikan dua sebab utama iaitu

1. Hasil yang diperoleh oleh Melaka tidak mampu membiayai kos penenpatan

tentera ‘sepoy’

2. Pengecilan itu akan dapat memajukan Pualu Pinang dengan memindahkan

penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka

dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarahkan supaya

dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota A Famosa dimusnahkan bagi mengelakkan ia

dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A

Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A

Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya, pesalah-pesalah diperintahkan untuk

merobohkan kota tersebut batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi

penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu

kukuh untuk ditanggalkan, ubat bedil digunakan pula untuk memusnahkan kota itu.

Lubang digali di sekeliling kaki kota dan kemudiannya diletupkan sehingga

menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke dalam laut. Hampir kesemua

kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman

dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berjalan dengan rancaknya, Sir

Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila
mengetahui tentang perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada

kerajaan Inggeris di India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota A Famosa tidak

patut dilakukan.

Beliau telah memberi sebab - sebab tertentu iaitu :-

1. Jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah tentu ia

akan merugikan Pulau Pinang

2. Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak

memerlukan perbelanjaan yang banyak

3. Penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda

meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka

supaya terus tinggal di situ.

Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka kecuali jika

dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris

tetapi sudah terlambat kerana hampir keseluruhan kota tersebut telah musnah.

Pemusnahan Kota A Famosa pada tahun 1807 telah memusnahkan hampir keseluruhan

kota tersebut dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga ke

hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak Brittish kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya

Perang Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda tanpa Kota A Famosa.

Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah Perjanjian

London 1824, apabila Belanda menukarkan Melaka dengan Bangkahulu di Sumatera.


Sekarang

Pada Jun 2003, menara kawalan yang digelar Santiago Bastion dijumpai

semasa pembinaan Dataran Pahlawan. Manakala, pada akhir November 2006, sebahagian

struktur kota, dipercayai Middlesburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa

pembinaan Menara Berputar Taming Sari, berhampiran Jalan Quayside. Kooperasi

Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan

Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari tahun 1641 hingga tahun 1824.

Pembinaan menara ditanguhkan selepas penemuan tersebut bagi membolehkan kajian

dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).

Kerajaan Melaka menerusi Jabatan Warisan Negara kini sedang membina

semula kota itu dengan kos RM 12 juta yang dibiayai oleh Kementerian Kesenian ,

Kebudayaan dan Warisan.

Pembinaan semula kota ini membabitkan tembok sepanjang 350 meter dan

dibina di atas struktur jajaran tembok binaan Portugis dan Belanda yang tertimbus sejak

pengeboman sebahagian besar Kota Melaka oleh British pada tahun1807.

Langkah membina semula tembok itu bagi mengembalikan sejarah yang

musnah akibat peredaran zaman dan perang. Ia sekurang-kurangnya dapat memberi

gambaran kepada pelancong dalam dan luar negara mengenai rupa bentuk dan kedudukan

kota itu suatu ketika dahulu.


LAMPIRAN

GAMBAR 1 : Tinggalan pintu kota yang masih boleh dilihat sehingga kini.
GAMBAR 2 : Meriam yang terdapat berhampiran pintu kota

GAMBAR 3 : Pintu kota A Famosa yang dapat dilawati oleh pengunjung

GAMBAR 4 : Lakaran pelukis menunjukkan pengasas Kota A Famosa, Alfonso


de Albuquerque
ELEMEN 3

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Bil Perkara Tarikh Catatan

1 Mendapatkan bimbingan guru untuk menulis esei Februari – Julai

mengikut format yang ditetapkan

2 Menulis esei mengikut format yang ditetapkan Februari – Julai

3 Menyediakan halaman hadapan Elemen 3 Februari - Julai

(Lampiran 10)

4 Menghantar esei untuk semakan guru penilai Februari – Julai

5 Memperbaiki esei bagi mendapatkan markah Februari – Julai

yang terbaik

6 Menghantar semula esei kepada guru penilai Februari – Julai

untuk disemak dan diberi markah

PENDOKUMENTASIAN HASIL KERJA KURSUS

Bil Perkara Tarikh Catatan

1 Menyediakan halaman hadapan kerja kursus Jun – Julai

(Lampiran 5)

2 Menggabungkan hasil kerja Elemen 1, Elemen 2 Jun – Julai

dan Elemen 3 untuk dihantar kepada guru penilai

3 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Jun - Julai

penilai untuk mendapat jumlah markah, kod dan

tahap pencapaian
ELEMEN 3

TAJUK : BANGUNAN BERSEJARAH KOTA A FAMOSA, MELAKA

Unsur patriotisme Tandakan ( / )

Markah

T/ tangan Guru Penilai,

……………………………
( Encik Hizam bin Yahaya)
RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya mendapati Kota A Famosa

merupakan sebuah bangunan tinggalan sejarah yang amat unik. Saya berasa bersyukur

menjadi warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian bangunan

bersejarah yang terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah

kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai warisan bersejarah yang

terdapat di Malaysia. Bangunan Kota A Famosa adalah antara lambang buktimya

penjajahan yang berlaku di negara kita pada masa lalu. Sewajarnya sebagai rakyat

Malaysia yang bersemangat waja, haruslah memikul tanggungjawab mempertahankan

Malaysia daripada sebarang unsur penjajahan samada dari segi mental dan fizikal.

Bangsa yang bersatu padu akan mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan

berteraskan perpaduan sebagai lambang cintakan negara. Sebagai individu yang prihatin,

sewajarnyalah kita menunjukkan rasa setia dan cinta kepada bangsa dan negara.
RUJUKAN

1. Buku Ilmiah

 Asmad, 1987, Siri Lambaian Masa: Melaka, Melaka, Associated

Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

 Ahmad Fawzi bin Mohd Basri etc, 2006, Sejarah Tingkatan 1, Dasar Cetak

(M) Sdn. Bhd.

 Nurul Hanim Ismail, 2007, Siri Negeri-Negeri di Malaysia : Negeri

Sembilan dan Melaka, Kuala Lumpur, BS PRINT (M) SDN.BHD.

 Lourdes Pitchaimuthu, 1997, Sejarah Perubatan dan Penubuhan Hospital-

Hospital di Melaka, Kuala Lumpur, United Selangor Press Sdn. Bhd.

 Mohd Bakri Jaafar dan Dr Azmy Morsidi, 2007, Menjejaki Warisan Kita,

Ultimate Print Sdn. Bhd.

2. Akhbar

 Harian Metro, ms 6, 25 Jun 2008

3. Internet

 http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

4. Orang Sumber

 Ruziah binti Ahmad, 41, No 133 Taman Sri Bagan, Batu 3, Tandop,

05400 Alor Star, Kedah.


Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

memupuk semangat cinta terhadap warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga menjadi warganegara Malysia

yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah yang sememnangnya menjadi khazanah

negara yang perlu dipelihara dan dipulihara dengan baik.

Selain itu kita haruslah mempunyai semangat cinta terhadap tanah

air kita. Semangat patriotik akan lahir jika kita berusaha mempertahankan tanah air

daripada sebarang bentuk penjajahan yang bakal merosakkan imej Malaysia sebagai

sebuah negara yang merdeka danmaju di mata dunia.

Di samping itu semangat kerjasama dapat dipupuk melalui aktiviti

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Semua pihak perlu

bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Masyarakat

akan lebih bersatu padu dan secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian

negara.

Dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

ini, terdapat beberapa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kepada pelawat-

pelawat. Justeru, peraturan ini akan dapat memupuk diri agar lebih berdisiplin. Oleh

itu, kita akan bersifat jujur dan amanah dalam melakukan segala tugas.

Seterusnya kita perlu berusaha dan produktif untuk mencapai

kejayaan. Hal ini dapat dilihat apabila Kota A Famosa dibina bertujuan untuk

menangkis serangan penduduk tempatan terhadap penjajah Portugis. Portugis berjaya

mencapai tujuan itu. Bagaimanapun kemegahan Portugis ini berakhir apabila Inggeris
merobohkan kota kebal tersebut dan hanya pintu gerbang utamanya sahaja yang

berjaya diselamatkan.

Konklusinya pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

dapat memupuk semangat cinta terhadap warisan bangsa dalam kalangan rakyat

Malysia kerana hal ini mendatangkan faedah yang banyak dan bermanfaat bukan

sahaja kepada diri malah bangsa dan negara juga.


TEMU BUAL

Saya : Assalamualaikum, boleh saya temu bual puan mengenai sebuah


bangunan bersejarah?

Puan Ruziah : Waalaikummussalam, boleh apa salahnya. Saya akan cuba


menjawab segala persoalan yang diutarakan.

Saya : Bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Kota A Famosa.


Bolehpuan ceritakan serba sedikit tentang bangunan ini ?

Puan Ruziah : Bangunan A Famosa terletak di Melaka. Penjajah Portugis yang


menjajah Melaka pada tahun 1511 telah membina kota
tersebut sebagai strategi pertahanan. Kota ini dapat melindungi
petempatan Portugis ketika itu daripada penentangan penduduk
tempatan dan kuasa-kuasa asing lain yang cuba merampas Melaka.

Saya : Siapakah yang merancang pembinaan bangunan ini pada mulanya?

Puan Ruziah : Panglima Portugis iaitu Alfonso de Albuquerqe telah mengarahkan


pembinaan kota ini sebaik sahaja berjaya menawan Melaka.

Saya : Menurut kajian yang saya jalankan saya mendapati kota ini dapat
bertahan selama hampir 293 tahun. Apakah bahan binaan
kota ini yang menyebabkan kota ini dapat bertahan sebegitu lama?

Puan Ruziah : Portugis telah memusnahkan tinggalan-tinggalan warisan


Kesultanan Melayu Melaka. Bangunan-bangunan yang
dibina semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah
dirobohkan dan ia digunakan untuk membina kota A Famosa.

Saya : Kenapakah kota ini dirobohkan ketika penjajahan British ?

Puan Ruziah : British menduduki Melaka setelah Belanda menyerahkan Melaka


secara sementara kepada British ketika Perang Napoleon
dengan Perancis. British khuatir Belanda akan menjadi penghalang
buat British menguasai negeri-negeri lain dengan adanya Kota
Melaka sebagai kota pertahanan yang sangat kukuh dan
menyebabkan British tewas dengan mudah. Jadi, dengan memusnahkan
Kota Melaka segala halangan dapat diatasi untuk menguasai
negeri- negeri lain yang kaya dengan hasil bumi masing-masing.
Saya : Soalan terakhir daripada saya, apakah nasihat puan kepada
generasi muda masa kini yang kurang mengambil berat
tentang sejarah tanah air dan seolah –olah tidak peduli pada masa
lalu?

Puan Ruziah : Generasi muda sekarang haruslah tahu yang jika kita melupakan
sesuatu sejarah masa lalu maka kita akan terdorong untuk
mengulangi kesilapan yng sama pada masa
hadapan. Mereka seharusnya lebih menghargai sejarah dan
mengambil iktibar daripada kejadian masa lalu dan kesilapan
orang-orang dahulu mentadbir negara dan menjadikannya
panduan untuk membentuk negara yang lebih baik pada masa
hadapan. Lagipun generasi muda sekaranglah yang bakal menerajui pucuk
pimpinan negara pada masa akan datang.

Saya : Baiklah, terima kasih atas kerjasama puan yang sudi memberi
maklumat yang saya perlukan.

Puan Ruziah : Ya, sama-sama.

You might also like