You are on page 1of 5

CONTOH SOALAN HUBUNGAN ETNIK

1. Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia menurut J.S. Furnivall adalah


i. Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik
ii. Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu
iii. Terpisah disebabkan unit politik yang berbeza
iv. Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa, kebudayaan yang tersendiri

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: D

2. Apakah faktor yang telah menyebabkan wujudnya masyarakat pelbagai bangsa di
negara ini?

A. Imperialisma
B. Kolonialisma
C. Kapitalisma
D. Federalisma
Jawapan: B

3. Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan
perpaduan dan hubungan etnik
i. Agama Islam agama rasmi negara
ii. Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
iii. Hak istimewa orang Melayu
iv. Politik

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: C

4. Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi
kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk
kepada ________ Perlembagaan Persekutuan.
A. Perkara 150
B. Perkara 151
C. Perkara 152
D. Perkara 153
Jawapan: B

5. Dari segi budaya, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses
_________ dengan masyarakat tempatan.
A. Asimilasi
B. Amalgamasi
C. Naturalisasi
D. Integrasi
Jawapan: A

6. Menurut ajaran Islam, tujuan utama manusia diciptakan berbangsa-bangsa adalah
A. Untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain
B. Mencari apakah kelemahan bangsa lain
C. Membentuk ukuwah
D. Berbaik-baik di antara satu sama lain
Jawapan: A

7. Kesan kedatangan bangsa asing ke negara ini adalah seperti berikut KECUALI
A. Sekolah pelbagai aliran
B. Bahasa yang berlainan
C. Pertumbuhan pekan-pekan kecil
D. Kegiatan ekonomi yang berlainan
Jawapan: C

8. Kadazan, Dusun,Bajau.
Ketiga-tiga sukudi atas adalah suku kaum yang terdapat di
A. Sabah
B. Sarawak
C. Orang asli
D. Wilayah Persekutuan
Jawapan: A

9. Berikut merupakan faktor mengapakah buruh-buruh daripada China dan India berminat
untuk datang bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu KECUALI
A. Ketidakstabilan politik di negara asal
B. Pertambahan penduduk dan kekurangan makanan
C. Galakkan daripada Sultan
D. Kekurangan pekerjaan di negara asal
Jawapan: C

10. Orang Cina yang bekerja di ladang gambir di Tanah Melayu di bawa masuk melalui
sistem

A. Sistem Ahli
B. Sistem Kangcu
C. Sistem Kangani
D. Sistem Kad
Jawapan: B

11. Pilih kenyataan yang SALAH

A. Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu telah berlaku sejak sebelum zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
B. Sebelum penjajahan British, kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu adalah
bermotifkan perdagangan sahaja.
C. Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu semasa penjajahan British telah
memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu.
D. Bangsa asing datang untuk menyebarkan agama dan budaya mereka.
Jawapan: D

12. Pendidikan awal secara tidak formal bagi masyarakat Melayu yang terkenal sebelum
kemerdekaan adalah

A. Sekolah Rakyat
B. Sekolah Agama Rakyat
C. Sekolah Agama
D. Sekolah Pondok
Jawapan: D
13. Ciri-ciri pendidikan Melayu di zaman penjajahan British adalah seperti berikutKECUALI

A. Struktur bangunan yang tidak sempurna hanya beratapkan rumbia dan lantai tanah
B. Tidak ada pendidikan Inggeris di sekolah Melayu
C. Sekolah Melayu setakat sekolah rendah sahaja
D. Sekolah Melayu dibiayai oleh guru-guru agama
Jawapan: D
14. Hanya wujud satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Walau
bagaimanapun, ia ditentang oleh orang Cina dan Melayu yang merasakan ia
boleh membunuh bahasa ibunda masing-masing.

Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu laporan pendidikan sebelum merdeka.
Laporan tersebut adalah

A. Laporan Barnes
B. Laporan Rahman Talib
C. Laporan Razak
D. Laporan Kabinet
Jawapan: A

15. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu yang didirikan oleh pihak British dan ia
terbuka kepada semua kaum di Tanah Melayu adalah

A. Free School
B. Penang Free School
C. King Edward School
D. Raffles College
Jawapan: B







16. Masyarakat Melayu terkebelakang dalam bidang pendidikan yang disediakan oleh
penjajah British pada peringkat awal kerana

i. Takut anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian
ii. Minda masyarakat Melayu yang masih belum terbuka
iii. Masyarakat Melayu masih tidak tahu kepentingan pendidikan
iv. Sekolah jauh dari tempat tinggal

A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas

17. Antara isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan individu
yang mempunyai perkara-perkara berikut iaitu:

i. Berilmu
ii. Berakhlak Mulia
iii. Bertanggungjawab
iv. Berketrampilan

A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
Jawapan: D
18. Di bawah sistem pendidikan kebangsaan, sekolah-sekolah seperti sekolah
berasrama, sekolah khas, dan sekolah sukan adalah terletak di bawah
kategori

A. Sekolah Khas
B. Sekolah Menengah
C. Sekolah Lepasan Menengah
D. Sekolah Jenis Kebangsaan
Jawapan: C

19. Objektif pelaksanaan J-Qaf di sekolah rendah adalah untuk

A. Membolehkan pelajar menguasai bahasa Arab
B. Membolehkan pelajar menguasai Al-Quran, bahasa Arab, Jawi dan Fardu Ain
C. Untuk kanak-kanak Islam mempelajari Islam
D. Untuk mempelajari asas-asas bahasa Arab
Jawapan: B


20. Antara cirri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan perlu bertunjangkan kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Ini membawa maksud berikut KECUALI

A. Untuk membentuk manusia yang seimbang rohani dan jasmani
B. Untuk melahirkan manusia yang berakhlak mulia
C. Semua tindakan berlandaskan ajaran agama
D. Memupuk rasa bangga pada diri sendiri
Jawapan: D

21. Berikut merupakan ciri-ciri sekolah pondok sebelum penjajahan British KECUALI
A. Terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak
B. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
C. Menyediakan pendidikan sains dan matematik
D. Dijalankan di madrasah-madrasah dan bangunan yang dibina sendiri
Jawapan: C

You might also like