You are on page 1of 58

1

BAB 1.
MASALAH KAJIAN



1.1 Pengenalan.

Bab ini membincangkan latar belakang kajian, penyataan masalah mengenai penggunaan
CD-ROM Buku Teks atau pun lebih dikenali sebagai courseware dan Bahasa Melayunya
koswer. Apa yang kita ketahui , sejak daripada tahun 2003, mata pelajaran matematik dan
sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Pihak kementerian dengan kerjasama Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menghasilkan buku teks matematik Tahun satu dan
Tingkatan satu dalam Bahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matematik
dalam Bahasa Inggeris ini telah membawa satu perubahan yang besar dalam era pendidikan
negara kita. Pelbagai jenis koswer yang difikirkan sesuai telah dibina sebagai alat bantu
mengajar dalam mata pelajaran matematik .Dengan adanya koswer ini, maka guru dapat
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih mudah dan lebih
yakin lagi. Apa yang kita semua dapat lihat pada isi kandungan koswer ini, ia adalah
bersesuaian dengan tajuk dan kemahiran yang akan disampaikan. Bab ini juga
membincangkan soalan kajian yang wujud sebelum ini dan kesignifikan kajian dengan
menghuraikan kepentingan kajian.


1.2 Latar Belakang Kajian

Kemunculan teknologi multimedia dalam pendidikan akhir-akhir ini sangat
memberangsangkan. Kehadiran media ini mampu mengembangkan potensi anak didiknya
secara optimal dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Walaupun begitu , kita semua adalah sedia maklum bahawa tidak ada satu media yang
sempurna dan boleh memenuhi semua keperluan. Oleh itu, kita mestilah berusaha
semaksimum mungkin untuk menjadikan persekitaran kita menjadi media yang dapat
mengoptimakan kemampuan kita. Penggunaan teknologi multimedia merupakan alternatif

2
yang tepat pada saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh media pendidikan
dalam satu perisian.

Pelbagai perisian telah diwujudkan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah Macromedia Flash, Geometris Sketchpad, Autorgraf dan
sebagainya. Pada masa kini, sekolah-sekolah disaran mengintergrasikan penggunaan
perisian-perisian yang bersesuaian di dalam kurikulum, khasnya dalam mata pelajaran
matematik, sama ada sekolah menengah mahu pun sekolah rendah. Pengajaran dan
pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan
mencabar bagi semua murid. Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan,
pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan
gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar. Salah satu masalah yang dihadapi
dalam pengajaran-pembelajaran mata pelajaran matematik di sekolah menengah adalah
bagaimana guru dapat membantu pelajar membina pengetahuan matematik serta memahami
konsep matematik melalui soal-jawab dan aktiviti inkuiri dalam persekitaran pembelajaran
yang mirip kepada amalan kehidupan seharian.

Pengajaran dan pembelajaran sebegini yang berasaskan kepada konsep konstruktivisme
dialektik di mana pembelajaran berlaku melalui pengalaman sebenar dan pelajar boleh diberi
sokongan melalui program multimedia yang mempunyai komponen-komponen konteks
sebenar dan aktiviti sebenar. Bahan pengajaran dan pembelajaran berunsur multimedia
interaktif mampu bertindak sebagai suatu alat kognitif untuk mencetuskan proses
pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran.

Koswer yang dibina dan dibekalkan oleh pihak kementerian dapat dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk media, teks, suara, imej, grafik dan animasi. Oleh itu ia dapat menarik minat
pelajar berbanding buku yang bersifat kaku. Penggunaan animasi komputer dapat
memudahkan pelajar mengulangi tugasan yang diberi beberapa kali sehingga pelajar dapat
memahami konsep nombor. Animasi juga dapat membantu pelajar membuat visualisasi
tersebut dan memudahkan tugas pembelajaran ini. Serta berfungsi untuk menghubungkait
pengetahuan yang baru dengan pengetahuan lampau pelajar .

3
Selain itu, kewujudan perisian ini juga diharap dapat menyenangkan pengajaran guru, dimana
guru tidak perlu mengulangi penerangan sekiranya pelajar tidak memahami apa yang diajar.
Ini kerana mereka boleh melihat berulangkali sehingga faham. Multimedia juga memberikan
motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap
sesuatu permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji, mengadakan latihan dan
mengukur kemampuan kerana multimedia membolehkan pelajar untuk berinteraktif dengan
pakej pembelajaran.

1.3 Penyataan Masalah

Setiap kali apabila kita melihat pelajar kita di dalam kelas, kita dapati ada pelajar yang
kurang minat terhadap matematik. Mereka juga menghadapi masalah dalam kemahiran
pembundaran nombor. Melalui kajian kajian pendidikan yang terdahulu, didapati bahawa
antara sebab pelajar tidak berminat mengikuti pelajaran dalam kelas disebabkan corak dan
pola pengajaran guru yang membosankan mereka .Ia juga kerana kebanyakan guru
menggunakan strategi pengajaran konvensional secara chalk and talk iaitu secara kuliah
tanpa sebarang bahan bantu mengajar kecuali kapur dan papan hitam .Teknik pengajaran dan
pembelajaran kini seharusnya seiring dengan perubahan dan kebangkitan era teknologi
maklumat yang melibatkan penggunaan teknologi yang canggih dan terkini seperti komputer,
perisian dan aplikasinya.

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang dikelasifikasikan sebagai sukar. Kesukaran
ini adalah kerana pelajar tidak memahami ayat matematik. Pelajar yang mahir membaca ayat
matematik akan dapat memahami masalah matematik dengan baik (Erickson, 1999; Boaler,
1998).

Penggunaan perisian komputer dipercayai akan dapat membantu pelajar memahami sesuatu
dengan lebih mudah dan juga lebih mendalam lagi. Ini disebabkan sesetengah maklumat yang
disampaikan dengan menggunakan komputer tidak dapat disampaikan melalui buku
memandangkan maklumat yang dipersembahkan melalui komputer boleh bergerak dan
digambarkan dalam dua dimensi dan tiga dimensi.



4
1.4 Objektif Kajian

1) Menentukankan keberkesanan penggunaan koswer pembundaran terhadap
peningkatan minat pelajar.
2) Menentukan keberkesanan penggunaan koswer pembundaran terhadap prestasi
pelajar.

1.5 Tujuan

Penggunaan koswer ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran Matematik tingkatan satu khususnya dalam tajuk Nombor -Pembundaran.
koswer tersebut dapat menjelaskan konsep Nombor dengan jelas di samping selaras
dengan kurikulum KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara.

Tujuan penggunaan koswer ini adalah seperti berikut :
i) Mempelbagaikan cara pembelajaran Matematik tingkatan satu khususnya tajuk
Nombor- Pembundaran.
ii) Mengukuhkan pemahaman pelajar tentang nombor.
iii) Membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dan penilaian kendiri
melalui soalan latihan pada akhir tajuk pembelajaran.

1.6 Soalan Kajian

Secara khususnya, skop kajian adalah menjurus kepada beberapa persoalan seperti
berikut :
1) Adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan koswer dapat
menarik minat pelajar dalam mata pelajaran matematik ?
2) Adakah penggunaan koswer memberi kesan terhadap prestasi pelajar ?

1.7 Signifikan Kajian

Pembelajaran berbantukan komputer dapat memudahkan sesuatu pembelajaran kerana
Pembelajaran berbantukan komputer menyediakan satu persekitaran pembelajaran baru
untuk pelajar. Ini disebabkan sesuatu topik disampaikan dengan lebih menarik berbandingkan
5
tulisan dan kuliah yang ada kalanya tidak diminati oleh pelajar. Penggunaan koswer
diharapkan dapat memainkan peranan untuk menjadikan matematik sebagai suatu mata
pelajaran yang menarik dan bukannya suatu mata pelajaran yang membosankan.

Perisian multimedia bagi mata pelajaran matematik tingkatan satu boleh digunakan oleh
guru-guru sebagai asas untuk mengajar subjek ini di sekolah. Ia juga boleh digunakan untuk
mempertingkatkan tahap kefahaman pelajar mengikut keupayaan masing-masing. Maklumat
yang disampaikan adalah mengikut tahap yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Pelajar
belajar mengikut kemampuan sendiri seperti bagi pelajar cerdas dapat memahaminya dengan
cepat dan bagi pelajar yang kurang cerdas dapat memahaminya secara beransur-ansur.
Penggunaan bahan pengajaran ini akan dapat mengurangkan beban kerja guru dalam proses
pengajaran. Ia juga diharapkan akan dapat mendorong guru-guru matematik agar berfikir
semula atau membuat refleksi terhadap pengajaran dan lebih mendalami matematik.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada para pelajar tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di
daerah Penampang dalam masa enam minggu sahaja. Kajian ini dikaji melalui kajian
tindakan dengan menggunakan ujian pra sebelum pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer dilaksanakan dan ujian pos dilaksanakan di akhir minggu keenam.
Baorang soal selidik diberikan diakhir minggu keenam. Ini bertujuan agar mereka dapat
menilai serta memberi komen terhadap bahan yang digunakan dari segi keberkesanan
koswer , kesesuaian penggunaannya dengan topik, sama ada dapat menarik minat pelajar
dan memberi beberapa cadangan yang membina. Akhir sekali pengkaji akan membuat
perbandingan markah ujian pra dan ujian pos responden untuk melihat keberkesanan koswer
terhadap prestasi pelajar dan untuk melihat pembandingan sama ada terdapat peningkatan
prestasi di kalangan pelajar yang terlibat.

Oleh kerana kajian ini hanya dijalankan untuk satu kelas pelajar tingkatan satu di salah
sebuah sekolah menengah di daerah Penampang, Sabah dan jangka masa pelaksanaan juga
hanya enam minggu maka ia tidak boleh mewakili keputusan untuk semua pelajar yang lain.



6
1.9 Takrifan Istilah

Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini bolehlah ditakrif seperti berikut :

1.9.1 Couseware / koswer
Satu perisian yang dibangunkan untuk program pendidikan.

1.9.2 Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran adalah segala yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem
mengajar dan penyampaian pengetahuan kepada para pelajar atau pihak yang
memerlukan. Manakala pembelajaran pula adalah proses belajar.

1.9.3 Keberkesanan
Keberkesanan bermaksud berkesan. Di mana sesuatu tindakan itu dapat dilihat
daripada hasil yang diperoleh setelah sesuatu usaha dilakukan.

1.9.4 Prestasi
Prestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan
ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi
pelajar dilihat sebagai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan koswer
pembundaran.


1.10 Kesimpulan

Penggunaan koswer dalam Pendidikan Matematik diharapkan dapat mencapai objektif yang
ditentukan. Pelbagai jenis koswer terdapat di pasaran. Kepelbagaian dalam penghasilan
koswer boleh memberi sumbangan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sekiranya ia dapat digunakan secara sistematik, berfokuskan serta berpandukan strategi yang
tertentu untuk memberi kesan serta menepati kehendak kurikulum. Latih tubi yang terdapat
pada perisian dapat mengelakkan pelajar daripada terlalu cepat menyerah kalah atau kurang
berfikir kerana inginkan jawapan yang segera. Oleh kerana kajian ini terbatas kepada
kumpulan pelajar di salah sebuah sekolah menengah di daerah Penampang , maka dapatan
tidak boleh mewakili kepada keseluruh negara.
7
BAB 2
TINJAUAN LITERAKURE


2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kepentingan penggunaan komputer dan multimedia dalam
pendidikan. Bab ini juga membincangkan kepentingan pengunaan koswer dalam pendidikan
matematik. Penggunaan koswer dalam pendidikan hari ini adalah selaras dengan kemajuan
alam siber. Koswer ini juga dapat memudahkan proses pengajaran guru dan membantu
pembelajaran pelajar. Pengetahuan penggunaan koswer adalah amat penting untuk
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa bukan semua guru atau pelajar dapat menguasai penggunaan koswer
dengan baik. Pihak kementerian cukup prihatin dengan masalah ini. Bengkel-bengkel
diadakan untuk membantu para guru yang menghadapi masalah dalam penggunaan
koswer .

Pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) telah membawa perubahan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kini dalam pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran,
penggunaan komputer sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran telah menimbulkan
keperluan menghasilkan pakej perisian untuk kegunaan dalam bilik darjah.

Tujuan pembinaan koswer dalam pembelajaran bertujuan menghasilkan bahan bantu
mengajar dan bahan bantu belajar yang mempunyai kelebihan dalam membuat animasi yang
dipercayai boleh meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan lagi pemahaman. Ini
membolehkan buku teks yang statik dapat dijelmakan ke dalam bentuk yang lebih dinamik
dengan animasi yang mampu menghidupkan konsep yang sebelum ini hanya dipelajari
secara gambaran fikiran dan melalui penerangan guru.


2.2 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi
video, audio, teks, grafik dan animasi . Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan
8
proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping
membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah . Multimedia
merupakan satu media pendidikan yang berkesan dan kelebihan multimedia berbanding
dengan media-media lain adalah jelas.

Multimedia mampu merangkumi pelbagai media, teks, suara, imej, grafik, dan animasi
dalam satu persekitaran digital. Ianya membolehkan interaktiviti dengan pengguna.
Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu
perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih
berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan kalau boleh untuk menarik
minat pelajar menggunakan strategi penyepaduan.

Sebagaimana media pendidikan lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang
digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. DLgnazio ( Ismail Zain ,2002 dalam
Aplikasi multimedia ) mengatakan bahawa multimedia adalah teknologi baru yang dapat
memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang
dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpulkan bahagian-
bahagian tertentu yang bermakna dari kehidupan pelajar. Manfaat lain bermaksud pelajar
yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu
yang ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, bakat, keperluan, pengetahuan dan
emosinya.

Kewujudan multimedia ini juga dapat mengurangkan beban guru dalam penyediaan bahan
bantu mengajar dan cara penyampaian. Oleh itu kehadiran multimedia dalam proses
pembelajaran adalah tepat pada masanya dan manfaatnya amat dirasai. .

2.3 Kajian Lepas

Menurut Apple Reports Of Education ( 1989 dalam Yusup Hashim, 1997, m.s.241 ),
pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi multimedia adalah
lebih baik daripada pengajaran tradisional. Selain itu, sikap pelajar terhadap pembelajaran
dan penggunaan teknologi meningkat.

9
Kajian Smith ( 1993 dalam Yusup Hashim, 1997, m.s.242) menunjukkan bahawa pelajar
menjadi lebih mahir dalam pelajaran serta boleh berkongsi kemahiran yang dipelajari, pelajar
bebas memilih isi pelajaran, berpeluang menjadi lebih kreatif dan boleh meningkatkan
motivasi pelajar.

Dapatan kajian Arfah dan rakan-rakan ( 1993 dalam Yusup Hashim,1997, m.s.265 )
menunjukkan bahawa tujuan kegunaan media ialah untuk mencapai objektif pelajaran,
membantu pelajar memahami konsep dan menguasai kemahiran. Media juga boleh dijadikan
rangsangan untuk perkembangan mental pelajar melalui proses asimilasi dan akomodasi.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa :
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.
- Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
- Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan
maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain.
Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya yang bertajuk Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer mendapati pembelajaran yang menggunakan
kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya
didedahkan dengan kaedah tradisional.

Menurut Mok Soon Sang (1993), guru harus bijak mengemukakan pelbagai kaedah yang
sesuai untuk dipilih oleh pelajar atau ubahsuai menjadi strategi penyelesaian mereka.

Penilaian adalah satu komponen yang penting dalam pendidikan. Berdasarkan penilaian guru
mentafsirkan pencapaian prestasi pelajar. Kajian kes yang telah dijalankan oleh Resnick dan
Ford (1981) serta Clement dan Marina (1990) menunjukkan ramai murid-murid yang
dianggap berjaya dalam pelajaran berdasarkan pencapaian dalan ujian bertulis sebenarnya
tidak memahami apa-apa.

10
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian prestasi pelajar tidak dapat
mengukur pengetahuan matematik pelajar. Matematik dan Sains menjadi perhatian para
pendidikan di universiti-universiti di barat. Dari kajian yang telah dijalankan mereka
mendapati kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik dipengaruhi oleh pencapaian
awal pelajar. Penekanan ke atas kemahiran asas pembelajaran, taraf pendidikan yang rendah
serta kurangnya motivasi di kalangan pelajar terhadap matematik dan sains menyebabkan
pencapaian prestasi pelajar adalah rendah.

Dalam satu Laporan Penilaian Kemajuan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat pada
tahun 1969, mereka mendapati pelajar yang berumur 9, 12 dan 13 tahun memperlihatkan
kemajuan dalam kemahiran peringkat rendah, tetapi kemajuan mereka untuk menghujah,
menyelesaikan masalah dan menganalisa keadaan secara kritikal adalah lemah. Laporan ini
memperlihatkan bahawa pelajar belajar matematik dengan cara hafalan kerana mereka
menganggap matematik adalah sukar dan jalan mudah ialah dengan menghafal. Keadaan ini
menyebabkan pelajar memanipulasi simbol-simbol tanpa memahami konsep matematik yang
sebenar.


2.4 Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran komputer dalam pengurusan sistem pendidikan
khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya
dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21. Menurut
Cockcroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik boleh
mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik di samping
memperbaiki kualiti penagajaran matematik.

Toh & Ng (1994) pula menyatakan bahawa Multimedia dan ICT berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokan dan menarik di
samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah dan cepat. Sebenarnya
penggunaan komputer memberi peluang kepada para guru serta pelajar terlibat dalam
komunikasi yang berkesan melalui pemikiran aras tinggi yang melibatkan proses sintesis,
11
menterjemahkan dan juga membuat hipotesis. Ia juga melahirkan pengguna yang
berpemikiran strategik. Pemikiran strategik memerlukan proses pemikiran seperti analisis,
sintesis, memandang ke hadapan, bervisi, dan fokus kepada penilaian bagi membuat
perancangan.
Menurut Dr. Wan Azlinda Binti Wan Mohamed dan Nor Hashimah Binti Ab. Hamid (2001),
terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak
maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu
sendiri. Kedua, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya
dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan menjadi
kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.
Levine (1995) berpendapat bahawa kelebihan teknologi baru tidak harus setakat digunakan
untuk menjimatkan wang, ruang atau masa tetapi sebaliknya adalah untuk membaiki potensi
belajar manusia.
Merril et.al. (1996) pula berpendapat bahawa peranan komputer ini kadang-kadang
dilabelkan sebagai pengajaran berasaskan komputer, pengajaran berbantukan komputer atau
pembelajaran berbantukan komputer. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
berpandukan program atau koswer yang dibangunkan oleh penulis perisian dikenali sebagai
md CAI atau CAL (Azhar, 1998). Pelajar berinteraksi dengan koswer dengan menggunakan
terminal. Jenis koswer yang digunakan akan menentukan corak interaksi tersebut sama ada
dengan latih tubi, penyampaian maklumat, permainan pendidikan, demontrasi, pengujian,
penilaian dan pengurusan pengajaran (Azhar,1998).
Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar,
memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan
melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data, menulis laporan, dan
melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan
lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada
proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain, sumbangan komputer adalah berkait
rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri.
Komputer digunakan oleh guru atau pelajar sebagai alat untuk membuat sesuatu kerja seperti
pemproses perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, telekomunikasi, carta, dan
12
persembahan . Alat-alat komputer ini disediakan dalam aplikasi sendiri atau sebagai pakej
perisian yang diintegrasikan dengan gabungan alat ini kepada satu program yang
komprehensif (Merill et.al, 1996 ).
Liew (1995) telah mengkaji persepsi dan sikap pelajar sekolah menengah terhadap
penggunaan komputer. Persepsi dan sikap pelajar telah dihubungkaitkan dengan beberapa
pembolehubah terpilih seperti kumpulan etnik, jantina, pengalaman menggunakan komputer,
aliran pelajaran, pendapatan bulanan keluarga dan pemilikan komputer di rumah. Dapatan
kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara min sikap terhadap komputer peribadi
berdasarkan aliran pelajaran , jantina dan pengalaman menggunakan komputer.
Pelajar pada masa sekarang cenderung bergerak bersama ekonomi yang banyak bergantung
kpada IT (Green,1998). Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan
cekap dan berkesan amat penting kepada masa depan mereka.

2.5 Kesimpulan.
Kesimpulannya pelajar yang menggunakan komputer sebagai bahan bantu belajar matematik
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan mudah.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi
pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding
dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan
teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam
cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan
penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan
menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap
kepada orang lain.
13
BAB 3
METODOLOGI


3.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini akan
menyatakan metodologi kajian yang merangkumi populasi kajian, sampel kajian, instrumen
yang digunakan dalam kajian ini dan juga prosedur menjalankan kajian ini. Metodologi
kajian amat penting untuk memastikan kajian dijalankan mengikut prosedur yang sepatutnya
dan dijalankan dengan tersusun bagi menyumbang kepada kejayaan memperoleh data-data
yang diperlukan. Akhirnya pengkaji akan menyatakan cara data dianalisis dan juga program
yang akan digunakan untuk menganalisa data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat gabungan kualitatif dan
kuantitatif melalui kaedah tindakan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan koswer
pembundaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Responden terdiri daripada
pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Penampang . Proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan koswer pembundaran akan dilaksanakan untuk meninjau
keberkesanan kaedah ini.

Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik yang
dibina dan ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Demi untuk memastikan isi
kandungan soal selidik tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak maka pengkaji meminta
penyelia dan guru pembimbing pengkaji untuk menyemak setiap item dalam borang soal
selidik tersebut sebelum mentadbirnya kepada responden. Data-data juga dikumpulkan
melalui ujian pra dan ujian pos yang akan dijalankan pada minggu pertama dan pada minggu
keenam. Soalan-soalan ujian pra dan pos adalah sama dan hanya nombor soalan pada ujian
pos ditukar ganti. Untuk memastikan soalan-soalan ujian pra / pos ini adalah selaras dengan
objektif pengajaran maka ia disemak terlebih dahulu oleh guru pembimbing sebelum
14
ditadbirkan kepada responden. Data-data dianalisa secara deskriptif berdasarkan
pemeringkatan Likert bagi soal selidik dan min peratusan bagi ujian pra dan ujian pos.

3.3 Prosedur Kajian

Sebelum melaksanakan kajian, pengkaji membuat perancangan yang rapi untuk memastikan
kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Langkah-langkah yang sistematik telah
dirancang sebagai panduan disepanjang pelaksanaan kajian.

Langkah yang pertama ialah pengkaji mengenal pasti populasi kajian yang sesuai
berdasarkan tajuk kajian dan pihak universiti. Pihak universiti meminta para pengkaji
menjalankan kajian ke atas responden yang tidak terlibat dalam peperiksaan umum dalam
tahun kajian dijalankan. Iaitu hanya pelajar daripada tingkatan satu, dua dan empat. Oleh
kerana pengkaji memilih tajuk pembundaran dalam kajian ini maka populasi yang dipilih
adalah daripada kalangan pelajar tingkatan satu. Bilangan minimum bagi sampel kajian
adalah berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang disediakan oleh Krejcie dan Morgan
(1970).

Setelah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian untuk menjalankan kajian di sekolah
menengah, maka pengkaji memohon kebenaran daripada pihak jabatan pelajaran negeri iaitu
daripada Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Sabah. Surat kebenaran daripada pihak OUM , pihak kementerian (EPRD)
dan pihak Jabatan Pelajaran Sabah akan dibawa ke sekolah menengah yang dipilih oleh
pengkaji untuk tindakan pengetua sekolah tersebut. Perjumpaan dan perbincangan bersama
pihak sekolah dan guru pembimbing amat diperlukan untuk memastikan kejayaan dan
kelancaran pelaksanaan kajian ini.

Sebelum melaksanakan ujian pra , soalan-soalan yang terkandung dalam ujian tersebut telah
diubahsuai berdasarkan cadangan perbincangan bersama penyelia dan guru pembimbing
pengkaji. Ujian pra dilaksanakan selama 40 minit pada minggu pertama kepada 30 orang
sampel selepas pengkaji menjalankan proses pengajaran secara tradisional. Manakala soalan
pada ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra dan hanya nombor soalan yang ditukar
ganti. Ujian pos dijalankan selama 40 minit diakhir minggu keenam.

15
Soalan yang terkandung dalam borang soal selidik adalah hasil daripada perbincangan antara
pengakaji dengan penyelia. Selepas diubah suai mengikut hasil perbincangan maka borang
soal selidik tersebut ditadbirkan kepada responden diakhir sesi pengajaran menggunakan
koswer diakhir minggu keenam. Sebelum borang soal selidik ditadbirkan kepada responden,
pengakaji memberi penerangan yang ringkas kepada responden agar mereka mendapat
gambaran yang lebih jelas sebelum menjawab soalan dalam borang soal selidik ini. Masa
tidak dihadkan untuk menjawab soal selidik ini namum purata masa yang digunakan oleh
sampel adalah kira-kira 5 minit hingga 10 minit. Soal selidik yang telah dijawab dengan
lengkap oleh reponden akan diproses dan dianalisa dari segi kekerapan berdasarkan skala
Likert. Akhir sekali pengkaji membuat kesimpulan dan cadangan berdasarkan analisa data
yang diperoleh.

3.4 Lokasi Kajian

Pengkaji telah mengenal pasti tempat kajian. Kajian dijalankan di salah sebuah sekolah
menengah di daerah Penampang. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMK BAHANG II,
PENAMPANG. Pengkaji memilih sekolah ini adalah kerana :
a) Sekolah ini mempunyai kemudahan bilik matematik yang dilengkapi dengan
peralatan yang diperlukan semasa kajian dijalankan seperti LCD , pembesar suara
dan eletrik .
b) Pengetua dan guru-gurunya juga adalah sangat mesra dan memberikan kerjasama
yang sepenuhnya kepada pengkaji.
c) Sekolah ini merupakan sekolah yang baru iaitu baru beroperasi selama tiga tahun dan
dilengkapi dengan infraskurtur yang memuaskan.

3.5 Populasi

Menurut Mohamad Najib (1999), populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri yang sama . Seseorang pengkaji itu tidak mungkin dapat menggunakan semua
anggota populasi dalam kajiannya. Oleh itu, wakil atau contohan am populasi yang dikenali
sebagai sampel sahaja yang akan diambil sebagai kajian. Populasi yang diambil dalam kajian
ini ialah para pelajar tingkatan satu daripada salah sebuah sekolah menengah di daerah
Penampang. Terdapat sepuluh kelas tingkatan satu di sekolah ini.

16
3.6 Sampel

Pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili
setiap ahli populasi atau mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan populasi yang lain
( Mohamad Najib, 1999 ) .Pengkaji memilih sebuah kelas tingkatan satu yang terdiri
daripada 30 orang pelajar lelaki dan perempuan . Pengkaji memilih pelajar kelas Tingkatan
Satu Inovatif yang terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan.
Pemilihan pelajar tingkatan satu kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum pada
tahun ini dan kebanyakan topik tingkatan satu juga memerlukan pengetahuan asas matematik.
Kelas tingkatan satu Inovatif dipilih kerana kelas ini merupakan kelas yang lemah dan
pengkaji ingin memastikan bahawa kelas yang lemah mempunyai pontensi untuk
ditingkatkan prestasinya dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan koswer . Kelas ini juga adalah difikirkan sesuai sebagai sampel oleh pihak
sekolah sebagai sampel kajian pengkaji.

3.7 Kaedah Pengumpulan Data

Data dikumpulkan dan dianalisis secara prosedur deskriptif. Skor-skor mentah akan dikumpul
melalui borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data dianalisa menggunakan kekerapan
min dan peratusan. Program Excel digunakan untuk menganalisa data.

3.8 Instrumen Kajian

Instrumen merupakan alat yang digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia dan
bukannya fizikal manusia ( Mohamad Najib, 1999 ). Komponen utama dalam instrumen ialah
item-item atau soalan yang boleh merangsang atau mendapat maklum balas. Menurut
Mohamad Najib (1999) instrumen yang baik haruslah berciri-ciri objektif, kesahan,
kebolehcayaan dan kepenggunaan.

Oleh kerana kaedah kajian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif maka
penggunaan borang soal selidik adalah lebih mudah dan efektif. Khalid Johari (2003) pula
berpendapat bahawa penggunaan borang soal selidik merupakan antara alat-alat
pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Kerana soal selidik dapat
mengumpul data secara terperinci , tersusun dan piawai. Di samping itu juga instrumen ini
17
mudah ditadbir , menjimatkan masa, tenaga, mindah dan wang pengkaji semasa pengumpulan
data.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, ujian pra dan ujian pos
yang bertujuan untuk melihat pencapaian prestasi pelajar, minat dan meninjau pandangan
pelajar terhadap penggunaan koswer sebagai bahan pengajaran dan pembalajaran.


3.8.1 Borang soal selidik.

Borang selidik yang digunakan dalam instrumen ini ( rujuk lampiran 1 ) mengandungi
tiga bahagian dalam bahasa Melayu. Taburan item dan sumber rujukan binaan
konstruk item-item mengikut bahagian ditunjukkan dalam Jadual 3.1 seperti yang
berikut :

Jadual 3.1 : Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik
Bahagian Item Sumber Rujukan
A. Maklumat Peribadi Pelajar 1 4 Binaan pengkaji sendiri
B. Isi kandungan Koswer. 5 10 Binaan pengkaji sendiri
C. Sikap Penggunaan Koswer 11 15 Binaan pengkaji sendiri .

Item-item dalam Bahagian A , Bahgian B dan Bahagian C adalah dibangunkan oleh
pengkaji sendiri.

Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan data peribadi responden.
Ia digunakan untuk mengumpul data peribadi sampel seperti jantina, umur, tingkatan
dan bangsa.

Bahagian B pula merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan isi kandungan
koswer. Bahagian B dibina bertujuan untuk meminta maklumbalas atau pandangan
responden tentang isi kandungan koswer yang digunakan. Samaada ia sesuai dengan
tahap pelajar, objektif pengajaran dan penilaian tentang latihan dalam koswer tersebut.
Bahagian C merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap pelajar tentang
18
penggunaan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran. Samaada proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan koswer dapat menarik minat para pelajar dalam mata
pelajaran matematik topik pembundaran.

Menurut Sakaran (2003) , jenis dan bentuk soalan-soalan dalam satu soal selidik akan
menentukan kualiti soal selidik itu. Oleh kerana pengkaji ingin melihat sejauh mana
kekutan koswer yang digunakan dapat membantu pelajar dalam peningkatan minat dan
prestasi mereka dalam matematik topik pembundaran . Maka maklum balas daripada
sampel melalui persetujuan mereka terhadap koswer yang digunakan dan kaedah yang
digunakan dapat dinilai menggunakan skala Likert. Skala Likert adalah terbaik
digunakan dalam jenis kajian ini kerana ia berupaya mengeluarkan tindak balas yang
berkaitan dengan objek, peritiwa atau orang yang dikaji ( Sakaran, 2003). Oleh itu,
pengkaji menggunakan skala Likert untuk melihat sejauh mana responden bersetuju
dengan pernyataan-pernyataan yang tertentu.

Jadual 3.2 : Skor dan Pemeringkatan Skala Likert
Skor Pemeringkatan Simbol
1 Sangat tidak setuju STS
2 Tidak setuju TS
3 Setuju S
4 Sangat Setuju SS


Pengkaji mengikut cadangan-cadangan Sakaran (2003) dengan menggunakan skala
Likert empat mata untuk soalan-soalan dalam Bahagian B dan bahagian C seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.






19
3.8.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra yang mengandungi 25 soalan subjektif diberikan kepada para pelajar pada
minggu pertama selepas proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Pengkaji menyemak dan merekodkan keputusan ujian pra tersebut. Ujian pos
dijalankan diakhir minggu keenam dan pengakji juga menyemak dan merekodkan
keputusan ujian pos tersebut. ( soalan ujian pra dan pos adalah sama hanya nombor
soalan sahaja yang ditukar ganti ). Ini adalah bertujuan untuk menentukan
keberkesanan koswer pembundaran terhadap prestasi pelajar. Ujian pra dan ujian pos
akan dianalisa dengan membuat perbandingan purata peratusan yang diperoleh dan
dinyatakan melalui carta palang. Pengkaji juga membuat perbandingan purata markah
yang diperoleh oleh responden lelaki dan responden perempuan iaitu dengan melihat
perbezaan purata markah ujian pra dan pos mengikut jantina. Ini adalah melihat
samaada faktor jantina mempengaruhi keputusan kajian dari segi prestasi yang dicapai
oleh para responden.



















20
3.9 Tatacara Kajian




Rajah 3.1 : Carta aliran bagi proses menjalankan kajian untuk mendapatkan data.




Borang soal selidik

Ujian Pra dan Ujian Pos


Minat Pelajar

Prestasi Pelajar

Pengajaran dan Pembelajaran
Sub Topik Pembundaran

Pengajaran dan Pembelajaran
menggunakan Koswer
Pembundaran
21
3.10 Ringkasan.

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dijalankan dalam tempoh masa enam minggu
sahaja. Pengkaji malaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan koswer
bagi sub topik Pembundaran . Dalam tempoh ini, instrumen yang pertama digunakan ialah
ujian pra . Pengkaji melaksanakan ujian pra setelah proses pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional dijalankan. Markah ujian pra akan direkodkan. Seterusnya di akhir minggu
yang keenam, para pelajar diberikan ujian pos, dimana soalan-soalan ujian pos adalah sama
dengan soalan ujian pos hanya nombor soalan sahaja ditukar ganti.Markah ujian pos juga
direkodkan dan dibuat perbandingan dengan markah ujian pra dengan menggunakan Program
Excel . Pengkaji juga membuat analisa purata markah ujian pra dan ujian pos mengikut
jantina untuk melihat samaada perbezaan jantina memberi sebarang kesan terhadap kajian ini.
Responden juga diberikan borang soal selidik diakhir minggu keenam iaitu mengenai
pembelajaran menggunakan koswer. Soal selidik ini dianalisa dengan menggunakan
pemeringkatan skala Likert berdasarkan kerapan peratusan.






















22
BAB 4

DAPATAN KAJIAN


4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa ujian pra dan
ujian pos dengan melihat perbezaan purata peratusan pelajar . Pengkaji akan menyatakan
hasil yang diperoleh daripada Lampiran A iaitu soal selidik pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer pembundaran . Tujuan soal selidik tersebut untuk mengetahui sejauh
mana pengajaran dan pembelajaran berasaskan koswer pembundaran dapat memberikan
kesan terhadap minat belajar dan prestasi pelajar. Borang soal selidik meliputi 3 bahagian
iaitu bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C . Bahagian A meliputi maklumat latar
belakang respondan, Bahagian B meliputi maklumat isi kandungan koswer pembundaran
dalam pengajaran dan pembelajaran dan Bahagian C pula meliputi maklumat mengenai sikap
dan minat pelajar terhadap penggunaan koswer pembundaran dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ujian Pra dijalankan pada minggu pertama sebelum pengajaran koswer
pembundaran digunakan manakala Ujian Pos dijalankan di akhir minggu keenam selepas
pengajaran menggunakan koswer pembundaran dilaksanakan. Kajian dijalankan terhadap
pelajar tingkatan satu yang berumur 13 tahun yang terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan
14 orang pelajar perempuan. Analisa Ujian Pra dan Pos serta soal selidik akan menunjukkan
sama ada terdapat peningkatan minat, dan prestasi responden terhadap matematik untuk
tajuk pembundaran. Carta Palang akan digunakan untuk menjelaskan dapatan pada borang
senarai semak. Carta palang berganda pula digunakan untuk menunjukkan perbandingan
keputusan ujian pra dan ujian pos berdasarkan purata peratus yang diperolehi. Pengkaji akan
menjelaskan dan membuat ulasan tentang keputusan soal selidik yang diperoleh bagi setiap
Bahagian dengan menggunakan carta palang mengikut peringkat skala Likert dalam bentuk
peratus.




23
4.2 Profil Sampel

4.2.1 Latar belakang responden berdasarkan jantina.

Jadual 4.1 : Jadual taburan responen berdasarkan jantina.
_____________________________________________________________
Jantina Kekerapan
Lelaki 16
Perempuan 14
Jumlah 30
______________________________________________________________



Pelajar Tingkatan 1 Inovatif
53.3
46.7
42
44
46
48
50
52
54
Lelaki Perempuan
Jantina
P
e
r
a
t
u
s
a
n

Rajah 4.1 : Carta Palang taburan pelajar Tingkatan 1 inovatif.

Berdasarkan Rajah 4.1, kelas tingkatan 1 Inovatif atau responden adalah terdiri daripada 16
orang pelajar lelaki atau 53.3% responden lelaki dan 14 orang pelajar perempuan atau 46.7%
responden perempuan.






24
4.2.2 Latar belakang responden berdasarkan etnik.

Jadual 4.2 : Jadual taburan responden mengikut etnik.

Etnik Kekerapan
Melayu 4
Cina 9
Kadazan / Dusun 15
Bajau 2
Jumlah 30



Peratusan Pelajar Mengikut Etnik
13.3
30
50
6.7
0
10
20
30
40
50
60
Melayu Cina Kadazan Bajau
Etnik
P
e
r
a
t
u
s
a
n

Rajah 4.2 : Carta Palang kekerapan pelajar mengikut etnik.

Berdasarkan Rajah 4.2 , Responden yang dipilih terdiri daripada 4 orang atau 13.3% pelajar
berbangsa Melayu, 9 orang atau 30% pelajar berbangsa Cina, 15 orang atau 50% pelajar
berbangsa Kadazan/Dusun dan 2 orang atau 6.7% pelajar yang berbangsa Bajau.






25
4.3 Hasil Dapatan Kajian

4.3.1 Purata Peratusan Ujian Pra Dan Ujian Pos.

Jadual 4.3 : Jadual purata markah responden bagi ujian pra dan pos.


Purata Markah Ujian Pra (%)

Purata Markah Ujian Pos (%)

47.47

52.93




Purata Peratusan Ujian Pra Dan Ujian Pos
47.47
52.93
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
Pra Pos
Ujian
P
e
r
a
t
u
s
a
n

Rajah 4.3 : Carta palang purata peratus ujian pra dan ujian pos.

Rajah 4.3 menunjukkan purata peratus ujian pra dan pos, diawal minggu pertama pengkaji
menjalankan ujian pra sebelum melaksanakan pengajaran menggunakan koswer
pembundaran. Purata peratus ujian pra bagi pelajar tingkatan 1 Inovatif yang terdiri daripada
30 orang pelajar ialah 47.47 %. Pada minggu yang keenam, selepas beberapa kali
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan koswer pembundaran,
ujian pos telah dilaksanakan dan purata peratus para pelajar yang sama adalah 52.93 %.


26
4.3.2 Purata peratusan ujian pra dan ujian pos mengikut jantina.

Jadual 4.4 : Analisa purata markah ujian pra dan pos mengikut jantina.

Jantina /
Jenis Ujian
Lelaki
Purata %
Perempuan
Purata %
Ujian Pra 41.25 % 54.57%
Ujian Pos 46.5 % 60.29%



Purata Peratusan Ujian Pra Dan Pos Mengikut
Jantina
41.25
46.5
54.57
60.29
0
10
20
30
40
50
60
70
Pra Pos
Ujian
P
e
r
a
t
u
s
a
n
Lelaki
Perempuan

Rajah 4.4 : Carta palang berganda Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut jantina.


Berdasarkan Rajah 4.4, didapati purata peratusan untuk ujian pra bagi responen lelaki ialah
41.25% dan responden perempuan pula ialah 54.57%. Keputusan ujian pos bagi responden
lelaki ialah 46.5% dan responden perempuan pula ialah 60.29%.










27
4.3.3 Analisa Soal Selidik


Jadual 4.5 : Penilaian Isi Kandungan Koswer.

Frekuensi No. Item

4
SS

3
S

2
TS

1
STS
5 Sesuai dengan objektif 13 15 2
6 Boleh menjelaskan konsep dengan baik. 10 17 3
7 Maklumat yang disediakan tepat dan releven . 12 15 3
8 Mempunyai latihan yang mencukupi untuk
mengetahui tahap kefahaman pelajar.
10 16 3 1
9 Latihan yang diberi dapat dijadikan sebagai
pengukuhan kepada pelajar
10 14 4 2
10 Aktiviti sesuai dengan tahap pelajar. 15 13 2


Jumlah :
Jumlah (%) :
70
38.9
90
50
17
9.4
3
1.7

Jadual 4.5 menunjukkan penilaian pelajar terhadap isi kandungan koswer dengan melihat
kesesuaiannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisa menunjukkan bahawa
38.9% responden sangat setuju, 50% setuju , 9.4 tidak setuju dan 1.7% sangat tidak setuju
dengan penyataan-penyataan yang berkaitan dengan kesesuaian isi kandungan koswer yang
digunakan.

Analisa Isi Kandungan Koswer
1.7
9.4
50
38.9
0
10
20
30
40
50
60
STS TS S SS
Skor
P
e
r
a
t
u
s
a
n



Rajah 4.5 : Carta Palang analisa isi kandungan koswer mengikut skala Likert
28

Jadua 4.6: Analisa Penilaian Minat Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer.

Frekuensi

No. Item
4
SS
3
S
2
TS
1
STS
11 Dapat menarik minat saya belajar
matematik.
18 12
12 Saya dapat menumpukan sepenuh
perhatian semasa pembelajaran
menggunakan koswer.

11

18

1

13 Penggunaan koswer dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu saya
meningkatkan kefahaman tentang topik
pembundaran.

13

16

1

14 Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer / komputer dapat
menggalakkan interaksi antara guru dan
pelajar.

16

12

2

15 Saya seronok belajar menggunakan
koswer.
20 10
Jumlah :
Jumlah (%) :
78
52
68
45.3
4
2.7
0


Merujuk kepada Jadual 4.6, didapati sebanyak 52% daripada responden sangat setuju ,
45.3% setuju dan 2.7 tidak setuju dengan penyataan-penyataan yang berkaitan dengan minat
dan tarikan penggunaan koswer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisa Minat Terhadap Penggunaan Koswer
0
2.7
45.3
52
0
10
20
30
40
50
60
STS TS S SS
Skor
P
e
r
a
t
u
s
a
n


Rajah 4.6 : Carta Palang analisa minat pelajar terhadap penggunaan koswer.

29
BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI


5.1 Pendahuluan.

Bab ini membincangkan dapatan daripada analisa kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan
memberikan ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrumen kajian yang digunakan.
Segala dapatan hasil daripada kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang telah
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Cadangan-cadangan untuk kajian masa depan dan
kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukakan dengan jelas. Implikasi daripada
hasil kajian juga akan dibincangkan. Ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapatnya
peningkatan dalam keputusan responden apabila responden diajar dengan menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan koswer pembundaran. Disamping itu
peningkatan minat dan perubahan sikap juga akan dinyatakan dalam dalam bab ini.Kajian
dijalankan di Sekolah Menegah Kebangsaan Bahang II, Penampang, Sabah. Selama enam
minggu yang mana ianya melibatkan pengajaran dan pembelajaran selama 10 jam.
Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan satu Inovatif yang terdiri daripada 16
orang pelajar lelaki dan 14 orang perempuan. Pada minggu pertama selepas proses
pengajaran secara tradisional responden dikehendaki menjawab satu set soalan ujian pra yang
mengandungi 25 soalan tentang sub topik pembundaran. Ujian pos dijalankan pada minggu
terakhir sesi kajian. Pada minggu terakhir kajian, responden juga akan di berikan satu set soal
selidik yang mengandungai 15 soalan yang meliputi profil pelajar, isi kandungan koswer dan
sikap pelajar terhadap penggunaan koswer pembundaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Analisa data yang dikumpulkan akan dirumuskan menggunakan jadual dan
carta palang berdasarkan peratusan yang diperoleh daripada hasil instrumen yang dijalankan







30
5.2 Ringkasan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa persoalan kajian
tentang adakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan koswer dapat menarik minat
pelajar dalam mata pelajaran matematik telah pun terjawab. Ya, sememangnya pelajar
tertarik dengan kaedah dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan koswer Ini dapat
dilihat melalui analisa soal selidik di mana pada keseluruhannya responden amat bersetuju
dengan kaedah ini. Manakala untuk persoalan kedua pula, adakah penggunaan koswer
memberi kesan terhadap prestasi pelajar. Ini dapat dilihat melalui analisa ujian pra dan ujian
pos yang menunjukkan ada peningkatan peratusan dalam purata markah pelajar.

Menurut kajian Apple Report Of Education ( 1989 dalam Yusup Hashim, 1997, m.s 241 )
yang menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan
teknologi multimedia adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Selain itu, sikap
pelajar terhadap pembelajaran dan penggunaan teknologi meningkat. Penyataan ini dapat
disokong melalui hasil analisa soal selidik di mana para pelajar lebih cenderung atau lebih
seronok belajar menggunakan koswer atau komputer.

Kajian Smith ( 1993 dalam Yusup Hashim, 1997, m.s.242) menunjukkan bahawa pelajar
menjadi lebih mahir dalam pelajaran serta boleh berkongsi kemahiran yang dipelajari, pelajar
bebas memilih isi pelajaran, berpeluang menjadi lebih kreatif dan boleh meningkatkan
motivasi pelajar. Kenyataan ini dapat disokong apabila kita melihat isi kandungan koswer
yang mempunyai beberapa tajuk dan kemahiran matematik . Pelajar boleh belajar mengikut
minat mereka.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa :
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.
- Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
- Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
31
Kenyataan di atas dapat dibuktikan atau disokong dengan melihat hasil yang diperoleh
daripada soal selidik dan pemerhatian guru dalam bilik darjah.

Berdasakan data yang diperoleh daripada borang soal selidik Bahagian B iaitu penilaian
pelajar terhadap isi kandungan koswer yang digunakan. Didapati 38.9% responden sangat
bersetuju, 50% responden setuju, 9.4% tidak setuju dan 1.7% sangat tidak setuju dengan
penyataan dalam borang soal selidik yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa isi kandungan
koswer yang digunakan dapat membantu para pelajar memahami konsep pembundaran dan
latihan yang terkandung didalamnya juga berupaya membantu pelajar mengukuhkan
kefahman mereka. Hanya sedikit sahaja peratusan pada keseluruhannya tidak bersetuju
bahawa koswer yang digunakan dapat membantu para pelajar dalam memahami konsep
pembundaran dan mereka mendapati bahawa latihan yang terkandung didalamnya tidak dapat
dijadikan sebagai latihan pengukuhan.

Berdasarkan data yang diperolah daripada borang soal selidik Bahagian C iaitu tentang
penilaian para pelajar terhadap penggunaan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik dapat menarik minat pelajar belajar. Didapati 52% sangat setuju, 45.3% setuju
dan hanya 2.7% responden sahaja yang tidak setuju. Ini bermakna 97.3% daripada responden
bersetuju bahawa penggunaan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik
minat pelajar untuk belajar. Teknik pengajaran atau corak pengajaran yang pelbagai
sememangnya dapat menarik minat pelajar dan menarik perhatian pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Apabila pelajar minat dan dapat
menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran yang dijalankan maka mudahlah guru untuk
melaksanakan aktiviti yang dirancang. Minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran dapat
dihubungkaitkan dengan prestasi yang bakal dicapai. Jika minat telah ditanam maka
mudahlah para pelajar untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru dan ini dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu topik itu.

Penilaian adalah satu komponen yang penting dalam pendidikan. Berdasarkan penilaian guru
mentafsirkan pencapaian prestasi pelajar. Kajian kes yang telah dijalankan oleh Resnick dan
Ford (1981) serta Clement dan Marina (1990) menunjukkan ramai murid-murid yang
dianggap berjaya dalam pelajaran berdasarkan pencapaian dalan ujian bertulis sebenarnya
tidak memahami apa-apa. Oleh itu, pemahaman pelajar dalam sesuatu kemahiran atau tajuk
matematik amatlah penting. Jika para pelajar dapat menguasai konsep matematik yang diajar
32
dengan baik maka mudahlah bagi mereka untuk menghadapi peperiksaan yang dijalankan
bagi topik tersebut dan secara langsung dapat menarik minat para pelajar dalam matematik.
Para pelajar juga tidak akan berasa bosan dan sememangnya mereka seronok belajar
matematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pengkaji, didapati responden lebih
mudah memahami konsep pembundaran dengan menggunakan koswer. Ini dapat disokong
melalui ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Keputusan ujian pra iaitu purata
markah responden ialah 47.47% manakala purata bagi markah ujian pos pula ialah 52.93%.
ini menunjukkan ada peningkatan purata peratusan jika dibandingkan bagi kedua-dua ujian
tersebut. Perbezaan purata peratusan ujian pra dan ujian pos para responden ialah 5.46%.
33
5.3 Perbincangan Keatas Dapatan Kajian

Berdasarkan analisa soal selidik yang telah diperoleh , ia menunjukkan bahawa timbulnya
minat untuk belajar matematik menggunakan koswer pembundaran. Ini dapat dilihat dari
carta palang yang ditunjukkankan di bab 4 dalam dapatan kajian yang dihuraikan.Pada
keseluruhannya, responden menunjukkan sikap dan reaksi yang positif dan menyokong
kehendak pengkaji. Hasil yang diperoleh memperlihatkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran menggunakan koswer pembundaran dapat membantu para pelajar menguasai
konsep matematik yang diajar. Cara atau kaedah yang pelbagai dapat menarik minat dan
perhatian para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada ujian pra
dan ujian pos juga menunjukkan ada peningkatan dari purata peratusan responden. Apabila
dilihat dengan teliti lagi , walaupun ada responden yang menunjukkan tiada peningkatan
markah tetapi ia adalah sedikit sahaja.

Apa yang dapat disimpulkan ialah daripada hasil dapatan kajian, penggunaan koswer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu
pelajar memahami konsep pembundaran. Daripada dapatan ini juga menunjukkan bahawa
hampir semua soalan berkaitan minat dan sikap responden terhadap pengajaran dan
pembelajaran menggunakan koswer pembundaran dan mengenai isi kandungan koswer
tersebut, jawapan lebih menjurus kepada menyokong penggunaan koswer dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik.

5.3.1 Perbincangan tentang analisa purata markah ujian pra dan ujian pos.
Puarata peratusan ujian pra ialah 47.47% , manakala ujian pos pula ialah 52.93%. Ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam purata peratusan yang diperoleh
iaitu 5.46%. Ini secara langsung membuktikan bahawa penggunaan koswer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan prestasi responden .

5.3.2 Perbincangan perbandingan analisa ujian pra dan ujian pos mengikut jantina.
Kelas tingkatan 1 Inovatif mempunyai 16 orang pelajar lelaki atau pun 53.3%
daripada pelajar tersebut dan hanya 14 orang pelajar perempuan atau 46.7% daripada
pelajar kelas tersebut.

34
Merujuk kepada analisa purata markah ujian pra dan ujian pos mengikut jantina
mendapati bahawa purata markah ujian pra responden lelaki ialah 41.25% dan markah
ujian pos pula ialah 46.5%. Didapati ada peningkatan prestasi responden lelaki setelah
mengikuti proses pengajaran dan pemelajaran dengan menggunakan koswer ialah
peningkatan sebanyak 5.25%. Manakala bagi responden perempuan purata markah
ujian pra ialah 54.57% dan purata markah ujian pos ialah 60.29%. Terdapat
peningkatan purata markah responden perempuan sebanyak 5.72%. Jika
dibandingkan perbezaan peningkatan responden lelaki dan perempuan dalam ujian
yang dijalankan iaitu 5.25% bagi pelajar lelaki dan 5.72% bagi pelajar perempuan.
Perbezaan peningkatan purata markah mengikut jantina hanyalah 0.47%. Maka ini
menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi atau memberi apa-apa kesan
terhadap kajian ini.


5.3.4 Perbincangan tentang analisa soal selidik.
Soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada tiga bahagian. Berdasarkan analisa
soal selidik Bahagian B, 38.8% sangat bersetuju dan 50% responden setuju terhadap
kenyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik yang diberikan kepada
responden. Pada keseluruhannya 9.4% responden tidak setuju dan 1.7% responden
sangat tidak setuju dengan kenyataan yang dinyatakan dalan borang soal selidik. Iini
bermakna ada responden yang tidak setuju dengan kenyataan yang menyatakan
bahawa koswer yang digunakan mempunyai maklumat yang tepat dengan objektif
pengajaran, boleh difahami oleh semua pelajar, aktivitinya sesuai dengan tahap
pelajar dan mempunyai latihan yang mencukupi untuk mengukur tahap kefahamam
pelajar serta latihannya dapat dijadikan pengukuhan. Di sini boleh dirumuskan
bahawa ada responden yang belum dapat menguasai kemahiran pembundaran melalui
penggunaan koswer pembundaran dan penggunaan bahasa inggeris juga merupakan
masalah bagi pelajar . Memandangkan kelas yang dipilih oleh pengkaji merupakan
kelas yang lemah dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar berada ditahap
yang rendah maka tidak hairanlah ada responden yang beranggapan sedemikian.
Tetapi pada keseluruhannya responden berpuas hati dengan kaedah berasaskan
koswer atau komputer ini. Kaedah ini juga mampu menarik minat para responden
dalam mata pelajaran matematik. Maka ia bolehlah dikatakan berjaya menambat hati
para responden.
35

Analisa soal selidik Bahagian C iaitu tentang penilaian para pelajar terhadap
penggunaan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik
minat pelajar belajar. Pengkaji mendapati bahawa 52% sangat setuju dan 45.3%
setuju bahawa penggunaan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik
minat pelajar belajar serta pelajar merasa seronok belajar dengan menggunakan
koswer. Walau bagaimanapu terdapat 2.7% responden tidak bersetuju. Ini bermakna
97.3% daripada responden bersetuju bahawa penggunaan koswer dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Minat sesorang pelajar
terhadap sesuatu sesi pelajaran berhubungkait dengan sikap atau pandangan pelajar
tersebut terhadap bahan pengajaran yang digunakan. Namum demikian , pengkaji
berpendapat bahawa penggunaan koswer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat para pelajar terhadap sesuatu pelajaran itu. Aktiviti yang
dirancang semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan koswer amatlah penting agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan
bermakna. Interaksi dua hala diantara guru dan pelajar haruslah wujud untuk
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan koswer adalah
menyeronokkan dan bukannya membosankan.


5.3 Kesimpulan Keatas Dapatan Kajian

Hasil dari soalan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian
keputusan responden terhadap tajuk Pembundaran Nombor. Ini bermakna kaedah
penggunaan koswer ini berkesan dalam mempegaruhi responden untuk belajar matematik.
Jadi ini menunjukkan hasilan yang diperolehi adalah bersesuaian dengan kajian yang dikaji
oleh pengkaji terdahulu.


5.4 Implikasi Keatas Dapatan Kajian

Dapatan dari kajian ini sesungguhnya memberikan satu keputusan yang memberangsangkan.
Meskipun keputusan tidak mencapai 100%, namun ia telah membuktikan bahawa pengajaran
36
dan pembelajaran dengan menggunakan koswer ini amat sesuai untuk dilaksanakan bagi
meningkatkan pencapaian keputusan responden.

Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya menitik beratkan untuk membina
lebih banyak koswer yang sesuai bagi mata pelajaran matematik . Di harap pada masa
hadapan lebih banyak koswer akan dibina untuk pelajar belajar di rumah. Bagi menghasilkan
koswer yang sesuai ini, perbincangan seharusnya melibatkan guru-guru yang pakar dalam
bidang matematik dan juga melibatkan guru-guru yang mengajar matematik sekolah
menengah. Perbincangan ini seharusnya mengambil kira faktor pelajar di bandar dan di luar
bandar , tahap pelajar serta faktor celik IT bagi setiap pelajar. Latihan yang lebih banyak
diperlukan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar dan latihan berdasarkan laman web juga
boleh dimasukkan agar pelajar juga boleh berinteraksi melalui internet. Tajuk-tajuk yang
dimuatkan ke dalam sesuatu koswer mestilah menepati sukatan pelajaran matematik dan
selaras dengan objektif pengajaran.

Bagi pihak guru, mereka perlu peka kepada perubahan era maklumat. Para guru perlu melihat
perubahan minat pelajar kepada komputer dan internet. Guru perlu bersedia untuk
menggunakan koswer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai seorang guru
yang inovatif , maka adalah perlu sentiasa menggunakan kaedah yang pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan peka serta prihatin terhadap keperluan
para pelajarnya. Agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana
yang menyeronokan dan bukannya membosankan.

Bagi pihak ibu bapa, mereka perlulah mengikut perubahan dimana dunia sekarang ini perlu
kepada komputer dan internet. Walau bagaimana pun ibu bapa juga perlu mempunyai
kemahiran dalam mengendalikan komputer dan internet. Oleh itu pihak ibu bapa perlu
menyahut seruan kerajaan supaya masyarakat Malaysia celik IT. Para ibubapa juga ditegar
agar dapat sentiasa menyelia kerja harian anak-anak mereka . Sokongan daripada ibubapa
untuk menggalakkan para pelajar belajar menggunakan koswer atau komputer amatlah
diperlukan.

Bagi pihak pelajar pula mereka perlu mendisipilinkan diri mereka dalam pembelajaran
menggunakan komputer dan berani untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran
mereka. Dengan ini pelajar akan lebih berpengetahuan untuk meneroka ilmu yang ada dalam
37
dunia teknologi ini. Sikap yang positif terhadap pengguaan koswer dan komputer perlulah
dipupuk agar ia seiring dengan keperluan masa kini. Para pelajar juga diminta agar tidak
menyalahguna komputer dalam kehidupan harian mereka serta tidak menghampakan harapan
ibubapa, masyarakat dan bangsa.


5.6 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan

Banyak kajian telah dijalankan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer atau komputer . Bagi mendapatkan keputusan kajian yang lebih tepat,
kajian ini perlu dilakukan terhadap sekurang-kurang lima buah sekolah bagi satu kawasan
dan kajian juga perlu meliputi seluruh Negara. Dengan itu kajian ini akan mendapat
keputusan yang 100% tepat.

Kajian masa hadapan juga boleh dijalankan untuk melihat peningkatan dalam keputusan
matematik bagi tajuk-tajuk lain seperti tajuk punca kuasa dua, ungkapan aljebra, persamaan
linear dan sebagainya. Kajian juga boleh dijalankan untuk mata pelajaran lain. Kaedah
penggunaan koswer dapat menarik minat pelajar dan secara langsung dapat meningkatkan
prestasi pelajar dalam matematik. Kajian masa hadapan juga boleh dijalankan untuk melihat
perbandingan antara kaedah pengajaran dengan menggunakan koswer dimana koswer
tersebut adalah dicipta sendiri oleh guru yang mengajar bagi tajuk-tajuk tertentu yang
difikirkan dapat dijadikan sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan
pemebelajaran dalam bilik darjah.

Sebelum guru membina sendiri koswer tersebut ia perlulah melihat tahap dan keperluan
pelajarnya. Pengkaji mencadangkan agar isi kandungan koswer mestilah selaras dengan
objektif pengajaran , mengikut tahap kebolehan pelajar , mempunyai aktiviti pengukuhan
dan pemulihan serta permainan matematik yang selaras dengan dengan tajuk.






38

Ringkasan

Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan koswer yang dijalankan berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan
prestasi matematik di kalangan pelajar. Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah
yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat yang tinggi
dikalangan pelajar. Apa yang paling penting adalah para guru, ibubapa dan pelajar haruslah
bekerjasama dalam menjayakan misi kerajaan yang meminta rakyatnya celik IT . Koswer
yang sedia ada sekarang ini mampu menarik minat pelajar dan jika ia ditambahbaikkan lagi
sememangnya lebih memberikan kesan yang memuaskan.

































39
RUJUKAN



Al Ghamdi, Y. A. S. (1987). The effectiveness of using microcomputers in learning
algebraic precedence conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.

Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Pendidikan Matematik Abad Ke 21. Diperoleh
20hb Jun 2006 daripada
http://www.geocities.com/mercury_stewart02/ilmiahtan.html

Azhar Haji Ahmad (1998). Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah di Bandaraya Kuching Utara. Universiti Malaysia Sarawak : Tesis
Sarjana.

Boaler, J. (1998). Open and Close Mathematics: Student experiences and understanding.
Journal of Research on Mathematics Education. 29(1): 41-62.

Chau, Patrick Y.K. (2001). Inffluence of computer, attitude and self-efficacy on IT
usage behavior. Journal of End User Computing. 13(1):26-33.

Clement, M. A. & Marina, B. (1990). Understanding the problem: A prerequisite
to problem solving in Mathematics. Journal of Science and Mathematics
Education in S.E Asia:
SEAMO RESCAM Vol. XIII, No. 1: 19-38.

Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

Colley, Ann dan Comder, Chris (2003). Age and gender differences in computer use and
attitudes among seconday school students : what has changed ? Educational Research.
45(2): 155-165.


40
Dr. Wan Azlina Binti Wan Mahamad, persepsi pelajar luar bandar terhadap penggunaan
komputer dalam proses, pengajaran dan pembelajaran . Dipetik dari Portal Utusan.
www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp diperoleh 24.02.2007

E-pembelajaran Interaktif. Diperoleh 20hb Jun 2006 daripada
http://www.geocities.com/ebelajar2002/bahan.html

Erickson, D. K. (1999). A problem-based approach to mathematics instruction.
Mathematics Teacher. 92(6): 516-512.

Funkhouser, C. (1993). The influence of problem solving software in students attitudes
about mathematics. Journal of Research on Computing I Education,
25(3): 339-346.

Harkin, J. B. & rising, G. R. (1994). Some psychological and pedagogical aspects of
mathematics symbolism. Educational Studies in Mathematics, Vol. 5: 255-260.

Henderson, R. W. & Landesman, E. M. (1992). The integrative videodisk system
in the zone of proximal development: Academic motivation and learning out
comes in pre-calculus. Journal of Educational Computing Research, 21(3): 33-34.

Howard F. Fehr & Jo McKeeby Phillips (1977). Teaching Modern Mathematics in the
Elementary School. Admission Wesley Publishing Co.

Inoue, Yukiko. (1999-2000). The University students preference for learning by
Computer Assisted Instruction. Journal of Educational Computing Reaserch,
Vol.28 (3). Pg. 277-285.

Ismail Zain ( 2002 ). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication. Pengajaran Berbantukan Komputer. Diperoleh 21hb Jun 2006 daripada
www.geocities.com/fmurni/ithila.html

Khalid Johari (2003). Penyelidikan dan Pendidikan : Konsep dan Prosedur . Selangor:
Prentice Hall.
41

Krejcie , R.V. dan Morgan , D.W. (1970). Determining sample Size for Reseach
Activities. Educational and Psychological Measurement . 30:607-610.

Liew, Kim Fook (1995). Persepsi dan sikap pelajar terhadap penggunaan computer.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Sains ( Teknologi Pendidikan ).

Livingood, J. (1995). Revenge of the introverts. Computer-Mediated Communication
Magazine, April.


Mak Soon Sang (1993). Pengajian Matematik untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

Marinah Awang dan Ramlee Ismail (2003). WebCT Sebagai Media Pembelajaran :
Kajian Kes Pelajar. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16: ICT
dalam Pendidikan dan Latihan: trend dan Isu. 13-16 Julai 2003. Melaka. 395-402.
Pengajaran Berbantukan Komputer. Diperoleh 21hb Jun 2006 daripada
www.geocities.com/fmurni/ithila.html

Miller, H.W. (1991). Information Technology: Creation or Evolution ? Journal of
Systems Management. 42(4) : 23-27

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan , Skundai : Penerbit
UTM.

Resnick, L. B. & Ford, W. W. (1981). The Psychology of Athematics of Instruction.
New Jersay: Lawrence Erlbaum Ass. Inc. Publisher.

Rio Sumarni Sharifuddin (1997). Pengajaran dan Pembelajaran sains berbantukan
komputer. Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil 1. April 1995: hal 1-5.

Robert Heinich (1988). The use of Computers in Education: A Response to Streibel.
ECTJ, Vol. 36.
42
Sakaran, U. (2003). Reseach Methods for Business : A Skill Building Approach. Edisi
ke-4. US : John Wiley & Sons.

Schoenfeld, A. H. (1995). Mathematical Problem Solving. New York: Academic Press

Smith, S.B. ,Smith, S.J. dan Boone, R.(2000). Increasing access to teacher preparation :
The effectiveness of tradisional instructional methods in an online learning
Environment. Journal of Special Education Technology. 15(2): 37-46.

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, komputer dalam pendidikan , dipetik daripada Portal
Utusan semasa. josie653.tripod.com/kdp.htm - 23k diperoleh 24.02.2007

Ting, Kai Chu (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in
Education in Miri. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana Sains.

Toh Seong Chong (1994). Jaringan Pendidikan. Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing. USM: MCCE

Usip, E.E. & Bee, R.H. (1998). A Discriminant Analysis of Students Perceptions of
Web-Based Learning. Social Science Computer Review 16 (A1): 16-29.
Abstract Eric: EJ559768

Yoong Kai Seng (2004). Kamus Komputer : Kamus Untuk Zaman Maklumat. Selangor:
Minerva Publications Sdn. Bhd.

Yusup Hashim ( 1997 ). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Yusup Hashim ( 1998 ). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan. Diperoleh pada 19hb Jun 2006 daripada
http://www.geocities.com/kump_dimensi/ilmiah.htm#aplikasi_multimedia



43
LAMPIRAN 1.

Borang soal selidik ini dibuat untuk mengumpul data mengenai pandangan dan
pendapat anda terhadap penggunaan koswer sebagai bahan bantu mengajar dalam
pembelajaran Matematik bagi Topik Nombor- Pembundaran.
Segala maklumat yang anda berikan akan dirahsiahkan dan hanya untuk
penyelidikan sahaja.

Bahagian A.

Tandakan ( ) pada petak yang berkenaan.

1. Tingkatan :

2. Jantina :
Lelaki

Perempuan

3 Umur :
13 14 15 16 17



4. Bangsa :
Melayu Cina India Kadazan Bajau





1

2 3 4 5
44
Bahagian B

Arahan :
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di bawah mengenai isi kandungan
koswer yang digunakan dalam topik ini. Sila bulatkan skor yang disediakan pada setiap
soalan yang diberi.

Sangat
Setuju
Setuju Tidak
Setuju
Sangat Tidak
Setuju
Bil

Pernyataan
4 3 2 1
5 Sesuai dengan objektif
6 Boleh menjelaskan konsep
dengan baik.

7 Maklumat yang disediakan
tepat dan releven .

8 Mempunyai latihan yang
mencukupi untuk mengetahui
tahap kefahaman pelajar

9 Latihan yang diberi dapat
dijadikan sebagai
pengukuhan kepada pelajar

10 Aktiviti sesuai dengan tahap
pelajar.



Jumlah :













45
Bahagian C.

Arahan :

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di bawah mengenai perasaan anda selepas
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan koswer . Sila bulatkan skor yang
disediakan pada setiap soalan yang diberi.


Sangat
Setuju
Setuju Tidak
Setuju
Sangat
Tidak
Setuju

Bil

Pernyataan
4 3 2 1
11 Dapat menarik minat saya
belajar matematik.

12 Saya dapat menumpukan
sepenuh perhatian semasa
pembelajaran menggunakan
koswer.

13 Penggunaan koswer dalam
pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu saya
meningkatkan kefahaman
tentang topik pembundaran.

14 Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan koswer /
komputer dapat
menggalakkan interaksi
antara guru dan pelajar.

15 Saya seronok belajar
menggunakan koswer.

Jumlah :










46
LAMPIRAN 2.


Pre / Pos Test

Name : ______________________________ Class : 1 ___________

a) Round off the following numbers to the nearest value in the bracket :

1) 38 002 ( ten ) = __________________
2) 38 002 ( hundred ) = __________________
3) 38 002 ( thousand ) = __________________
4) 65 147 ( hundred ) = __________________
5) 65 147 ( thousand ) = __________________
6) 145 468 ( ten ) = __________________
7) 145 468 ( hundred ) = __________________
8) 145 468 ( thousand ) = __________________
9) 145 468 ( ten thousand ) = __________________
10) 8 602 ( ten ) = __________________
11) 8 602 ( hundred ) = __________________
12) 17 560 ( ten ) = __________________
13) 17 560 ( hundred ) = __________________
14) 17 560 ( thousand ) = __________________
15) 23 642 ( ten ) = __________________
16) 23 642 ( hundred ) = __________________
17) 300 678 ( hundred ) = __________________
18) 300 678 ( thousand ) = ___________________
19) 406 812 ( ten ) = ___________________
20) 406 812 ( thousand ) = ___________________
21) 406 812 ( ten thousand ) = ___________________
22) 542 091 ( ten ) = ___________________
23) 542 091 ( ten thousand ) = ____________________
24) 680 151 ( ten ) = ____________________
25) 680 151 ( ten thousand ) = ____________________



47
LAMPIRAN 3.


48
LAMPIRAN 4.



49
LAMPIRAN 5.




50
LAMPIRAN 6




51
LAMPIRAN 7




52

LAMPIRAN 8

53

LAMPIRAN 9



54


LAMPIRAN 10


55
LAMPIRAN 11




56
LAMPIRAN 12




57
LAMPIRAN 13





58

You might also like