You are on page 1of 5

TARIQ BIN ZIYAD

Ketika Tariq telah diberitahu mengenai kemaraan musuh, ia naik di tengah-tengah teman-temannya dan,
selepas berdoa kepada Allah, dia berkata kepada tentera-Nya demikian:

"Oh tentera ku, ke mana akan kamu lari? Di belakang kamu adalah laut, di depan, musuh kamu, yang ada
hanya harapan keberanian dan keteguhan kamu .. Ingat bahawa di negeri ini kamu lebih malang daripada
anak-anak yatim duduk di depan tuan yang tamak. musuh kamu di depan sana , dilindungi oleh tentera tak
terhingga ramainya, tentera mereka dalam serba kelengkapan, sebagai bantuan kita hanya mempunyai
pedang sendiri, dan, sebagai satu-satunya kesempatan untuk hidup, kesempatan seperti kamu boleh
merebut dari tangan musuh anda. Jika anda menunda untuk merebut langsung kejayaan, kelebihan dan
nasib baik kita akan lenyap, dan musuh kamu dimana akan mengambil kelebihan sekiranya kamu gentar.
Inilah peluang dan masanya kamu menentang dan mengalahkan raja, kota mereka dan kerajaan mereka.
Jangan menyangka aku akan mendorong kamu ke depan tetapi aku sendiri akan berada di depan, dimana
peluang untuk hidup paling nipis.
"Ingat bahawa jika kamu menderita untuk beberapa ketika dengan sabar, kamu kemudian akan menikmati
kenikmatan tertinggi Jangan membayangkan bahawa nasib kamu dapat dipisahkan dari nasibku. Dan
yakinlah bahawa jika kamu jatuh, aku akan bersama dengan kalian , atau aku membalas dendam.
"Ingat bahawa saya menempatkan diri di bahagian depan yang mulia ini yang saya menasihati anda untuk
berbuat. Pada masa ini ketika dua pasukan bertemu tangan ke tangan, kamu akan melihat aku, tak pernah
ragu, jika Tuhan mengizinkan mencari Roderick ini, tirani kepada rakyatnya. Jika saya mati selepas ini, saya
akan memiliki sekurang-kurangnya memberikan kepuasan kepada kamu, dan kamu dapat dengan mudah
akan menemukan di antara kamu seorang pahlawan yang berpengalaman, yang kamu yakin dapat
memberikan tugas memimpin kamu. Tapi harus saya tewas sebelum berjumpa Roderick, melipatgandakan
semangat kamu, memaksa diri untuk menyerang dan mencapai pembukaan negeri ini, dalam menjatuhkan
kehidupan. Dengan kematian Roderick, prajuritnya akan menyerah kalah".

(DIPETIK DARIPADA HTTP://NEWSZUNE.BLOGSPOT.COM )

Dr Abdul Aziz Rantisi
Pada 17 April 2004, pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-
Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam
perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari
segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang
pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2011 ini genaplah tujuh
tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru
berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari
lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya, beliau
dengan hati penuh harap berkata, Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Allah. Inilah
puncak harapanku..
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache
telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. Ia adalah kematian
samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit
jantung. Dan aku memilih Apache.
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari
bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum
kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-Syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya
janji Allah dan rasulNya. Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup
dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.

(DIPETIK DARIPADA SATU TRIBUTE UNTUK AS-SYAHID DR ABDUL AZIZ RANTISI OLEH DR HAFIDZI MOHD NOOR, 2011)

Syed Qutb
(atau disebut juga Sayyid Qutb), salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil.
Beliau bersama sahabat-sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh
Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu.
Tulisannya yang mencakup memahami Islam secara lebih menyeluruh dalam pemikiran, amalan, aqidah,
perilaku, wawasan, jihad dan sikap menyebabkan beliau telah dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun,
sehingga akhirnya di kenakan hukuman mati. Apabila hukuman itu disampaikan kepadanya, beliau berkata,
Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid.
(Wright, p. 8)
Sebelum di jatuhkan hukuman gantung, seorang petugas agama seperti biasa mengajarkan beliau supaya
boleh menyebutkan kalimah La ilaha illallah (bermaksud Tiada tuhan melainkan Allah). Syed Qutb hanya
berkata bahawa kerana kalimah La ilaha illallah itulah dia dikenakan hukuman mati. Beliau di hukum
gantung sampai mati menjelang waktu fajar hari Isnin, 29 Ogos 1966. Beliau tersenyum apabila digantung.
Diselitkan adalah antara sajak yang beliau tulis ketika dipenjarakan:
Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

(DIPETIK DARIPADA HTTP://JIWAKITAMERDEKA.BLOGSPOT.COM & SAYYID QUTUB,1966)

Nurdin Zangi
Nurdin Zangi pada ketika itu telah menjadi pemerintah Aleppo. Kedudukan yang berhadapan dengan tentera
Kristian menyebabkan ia diberi tanggungjawab menerajui kerja-kerja menyelamatkan dunia Islam. Ia telah
menumpukan usahanya untuk mengusir keluar penguasa Kristian yang kini memerintah Syria dan Palestin.
Boleh dikatakan seluruh hayatnya ditumpukan kepada usaha ini. Baginya jihad menentang tentara Salibi
adalah amal ibadah yang paling besar dikurniakan Allah. Dengan usaha jihadnya, ia dapat menguasai Harim
pada tahun 559 H. Harim adalah kubu kuat Kristian di sebelah Utara Palestin dan Nurdin Zangi terpaksa
berhadapan dengan tentera bersekutu Franks dan Greeks.

Nurdin telah bertekad untuk mengahalau puak Salib keluar dari tanah suci. Semangatnya tidak pernah luntur
dan keazamannya tidak pernah susut untuk mencapat tekadnya itu. Ia pernah kalah dalam peperangan, iaitu
di Hisn al-Akrad pada tahun 558 H. Tanpa disedari ia telah diserang secara tiba-tiba oleh tentera Kristian.
Apabila peperangan itu reda ia telah berkhemah di Hams, hanya beberapa batu dari khemah musuh.
Beberap orang telah menasihatkannya supaya tidak berada terlalu dekat dengan musuh selepas kalah dalam
peperangan. Tetapi Nurdin meminta mereka diam seraya berkata, Aku tak peduli dengan musuh walaupun
aku hanya ada seribu ekor kuda. Demi Allah aku tidak akan masuk ke rumah selagi aku tidak memberikan
balasan kepada musuh. Dalam keadaan demikianpun ia masih lagi memberikan peruntukan kepada ulama,
orang miskin dan orang-orang yang memberikan seluruh masanya di jalan Allah. Apa bila dicadangkan
kepada beliau wang peruntukan itu boleh dialihkan untuk memperkukuhkan tenteranya dalam keadaan yang
sangat bahaya ini, ia menjawab dengan marah, Aku mengharapkan pertolongan Allah melalui restu dan doa
mereka.

(DIPETIK DARIPADA DAKWAH.INFO)

Umar Mukhtar
Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di
sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada
usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara
syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula
mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi
beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.

`Umar Al-Mukhtr bersedia untuk syahid
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah
pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, Aku tidak
akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati.
Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan
kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun
dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini. Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil
mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan olok-olok yang direka
untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali
gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh
ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk
menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah
menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya
di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah
mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang
tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari
mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi
idaman setiap orang Islam sejati.

(DIPETIK DARIPADA DAKWAH.INFO)

You might also like