You are on page 1of 27

JBEA 3308: LARAS BAHASA MELAYU Tajuk: Laras Masakan Nama pensyarah: Prof.

Madya
Dr. Ab. Razak bin Ab Karim Nama Ahli Kumpulan: Anis bt Azmi ( JEA 090008) Norash
iekin bt Mohd (JEA 090086) Nor Hasila bt Che Hassan (JEA090079) Nor Wahida bt Mo
hamad (JEA090082) Nordiana bt Mat Yussof ( JEA 090088)
Pendahuluan
Bahasa merupakan wahana penting dalam komunikasi manusia. Setiap bahasa yang digun
akan memerlukan interaksi dua hala yang boleh memberikan kefahaman kepada penutu
r dan pendengar. Semakin kompleks sesuatu masyarakat semakin maju dan meningkat b
ahasa yang digunakan. Sehubungan dengan kepesatan teknologi dan peningkatan tahap
pemikiran manusia secara tidak langsung membawa kepada kemajuan berbahasa. Hasil
daripada kemajuan bahasa maka timbul pula bibit kecekapan berbahasa yang dapat
diterjemahkan sebagi laras berbahasa.
Kaedah Kajian
Pengkaji memilih beberapa resepi dalam kajian. Resepi yang
dipilih oleh pengkaji adalah dipetik daripada majalah Keluarga keluaran..
Pengkaji membuat analisis resepi masakan berdasarkan teori
yang telah dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977). Pendekatan yang disentuh oleh
kedua pengkaji ini ialah mereka melihat melalui satu situasi sosial ataupun peri
stiwa bahasa. Oleh yang demikian mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihal
an dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa itu.
Analisis resepi masakan berdasarkan panduan bahasa dalam
Tatabahasa Dewan.
Objektif Kajian
1.
Melihat struktur ayat dalam resepi masakan yang menepati ciri-ciri laras bahasa
Melayu.
2.
Mengkaji tahap penguasaan bahasa masyarakat Melayu lama sama ada berada di tahap
yang tinggi atau sebaliknya.
Menganalisis data yang diperoleh melalui kajian terhadap resepi masakan terhadap
dua pendekatan yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis.
3.
Konsep dan definisi
Laras Bahasa Kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-
harian mereka. Penutur akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun si
tuasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung.
Nik Safiah Karim (1982:1)
Laras atau register bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu l
aras bermaksud variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada
pada tiap-tiap penutur. Jumlah laras wujud dalam sesuatu masyarakat kerana kemunc
ulan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa. Pen
ggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan peringkat sosial.
Asmah Haji omar (1984:92)
Laras bahasa adalah kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang, seperti bidan
g ilmu dan bidang sosial.
Menurut beliau lagi, bahasa yang digunakan dalam bidang keilmuan tertentu memperl
ihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain.
Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran wujud dala
m pemahaman konsep-konsep yang didukung oleh istilah-istilah tertentu atau khusu
s yang digunakan dalam ilmu berkenaan. Beliau menekankan bahawa laras yang berlai
nan yang digunakan bukannya pada sistem bahasa tetapi hanya pada kata-kata terte
ntu yang digunakan dalam laras.
Taksonomi
Ure dan Ellis (1977)
Ciri-ciri laras
Ciri-ciri Keperihalan
Ciri-ciri linguistik
Situasi luaran
Situasi persekitaran Hubungan sosial & peribadi Fungsi sosial perlakuan bahasa
Aspek kosa kata
Aspek ayat
Cara penyampaian
Aspek ketenunan
Aspek keindahan
Bahan yang diperkatakan
Laras masakan
Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang terdapat kini tetapi
ramai tidak menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam masyarakat. laras masak
an telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak dikodifikasikan tetapi hanya disa
mpaikan daripada seorang tukang masak kepada orang lain.
Dalam sesebuah keluarga, ibu akan mewariskan cara-cara memasak sesuatu jenis masa
kan kepaada anak-anak dan anak-anak pula mewarisnya dan seterusnya mengajarnya p
ula kepada generasi yang lain.
Kelahiran laras masakan pada zaman moden ini bukan sekadar untuk keperluan keluar
ga seperti zaman tradisional tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruh
inya seperti masakan untuk tujuan perniagaan, seperti di hotel-hotel dan warung-
warung serta untuk tujuan-tujuan lain. Hal ini telah menyebabkan berlaku perubaha
n dari segi memasak, sukatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.
Analisis Data
A) Ciri-ciri keperihalan Bagi kesemua laras masakan yang dikaji ini mempunyai ci
ri-ciri keprihalan yang sama bagi ke sepuluh resepi yang diambil. Situasi luaran
Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam teks ini, dapat dilihat bahawa teks i
ni telah dihasilkan pada abad ke 20 atau dengan kata lain dihasilkan oleh masyar
akat Melayu pada zaman moden. Hal ini kerana dalam teks ini banyak menggunakan b
ahan-bahan yang moden dalam penyediaan masakan.
Situasi persekitaran a) Cara penyampaian Pada peringkat awal laras ini disampaik
an secara lisan, iaitu dari mulut ke mulut dan dari satu generasi ke satu genera
si.
Namun kini, laras ini telah dimodenkan dalam bentuk tulisan sejajar dengan perke
mbangan sistem tulisan. Kebanyakannya disebarkan dalam media massa sama ada medi
a cetak ataupun media elektronik.
Penyampaian ini adalah untuk memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang sesuatu ma
sakan kepada masyarakat, khasnya bagi golongan ibu-ibu b) Hubungan sosial periba
di Berdasarkan teks ini, tidak terdapat hubungan peribadi mahupun sosial kerana
laras ini lebih bersifat formal. Hal ini tergambar melalui hubungan penulis atau
pereka resipi dengan pembaca kerana dalam perhubungan ini tidak memperlihatkan
sifat-sifat kemesraan antara mereka.
c) Bahan yang Diperkatakan
Teks ini merupakan laras masakan kerana kandungan dalam teks ini memberi makluma
t tentang penyediaan sejenis kuih tradisional. Hal ini boleh dibuktikan lagi den
gan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan untuk proses memasak. d)Fungsi So
sial Perlakuan Bahasa Dalam teks laras masakan, tidak terdapat fungsi sosial per
lakuan bahasa.
B) Ciri-ciri Linguistik 1) Resepi Span Coklat Berstrawberi
Aspek Sintaksis Dalam aspek tatabahasa, banyak perkara yang boleh diketengahkan.
Pertama kebanyakan ayat yang digunakan dalam teks ini merupakan ayat perintah y
ang mengalami pelbagai proses.
Ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini adalah seperti berikut:
i) Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang ii) Sapukan krim putar ke a
tas sekeping swiss roll dan tambahkan sesudu kecil pes strawberi di atasnya.
Kedua-dua ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami peleburan subjek ayat.
Peleburan subjek ayat, iaitu diri orang kedua untuk membuat sesuatu. Perkara utam
a yang diberikan tumpuan ialah predikat-predikat ayat sahaja kerana mesej terlet
ak di bahagian predikat.
Dalam ayat (i), predikat-predikat yang membina ayat ini ialah: a) Pukul krim put
ar dan gula aising b) Putar adunan sehingga kembang.
Sambungan Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat tersebut, akan terhasil a
yat-ayat tunggal seperti yang berikut: a) [Anda] [pukul krim putar dan gula aisi
ng] FN FK
b) [Anda] [putar adunan sehingga kembang] FN FK Kedua-dua ayat tunggal ini berga
bung dan mengalami peleburan seperti yang berikut:
Sambungan Anda pukul krim putar dan gula aising + Anda putar adunan sehingga kemb
ang 0 pukul krim putar dan gula aising kembang + 0 sehingga
Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang.
Aspek Leksikal Dalam aspek leksikal, terdapat beberapa kata khusus yang digunakan
dalam laras ini sebagai penanda laras masakan. Antara kata yang terdapat dalam
teks ini ialah: buku cawan sudu makan pukul Sapukan Kata-kata ini digunakan khus
us dalam bidang masakan dan jarang ditemui penggunaannya dalam bidang lain. Jeni
s kata yang terdapat dalam teks ini ialah kata nama dan kata kerja.
Sambungan Selain kata-kata tersebut, kebanyakan daripada kata kerja yang digunaka
n dalam teks ini telah mengalami peleburan, contohnya: memukul disapu dihiaskan
pukul sapu hiaskan
Kata-kata ini kebanyakannya merupakan kata pasif yang digugurkan imbuhannya apab
ila menjadi ayat perintah. Dalam teks ini juga tidak terdapat kata-kata istilah
khusus kerana laras ini bukan merupakan laras ilmiah.
Aspek Ketenunan Dalam aspek ketenunan, laras ini memperlihatkan unsur ketenunan y
ang utuh. Laras ini dimulakan dengan bahanbahan yang diperlukan untuk memasak Spa
n coklat berstrawberi, bahan untuk hiasan, dan diikuti oleh cara-cara untuk menye
diakannya. Setiap bahan diberikan kuantiti yang dikehendaki serta berat timbangan
yang perlu. Dalam bahagian cara membuat masakan, ketenunan jelas tergambar keran
a setiap proses penyediaan makanan ditandai oleh bulatan kecil dimulakan dari at
as hingga ke bawah. Oleh yang demikian seseorang itu perlu mengikut setiap langka
h dari atas hingga ke bawah untuk menyiapkan masakan ini. Sekiranya langkah ini
tidak diikuti masakan yang
2) Resepi Butterscotch pudding Aspek sintaksis
Antara ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini ialah: i) oles beberapa bekas t
ahan panas dengan sedikit mentega. ii) Susun roti butterscoth ke dalam bekas tad
i hingga habis. iii) sementara itu campurkan susu cair, krim, gula dan esen vani
la dalam periuk. Panaskan hingga gula hnacur, tetapi jangan sampai mendidih. Ket
iga-tiga ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami proses peleburan.
Dalam ayat (i) predikat-predikat yang membina ayat ini ialah: a) Oles beberapa b
ekas tahan panas. b) Oles dengan sedikit mentega.
Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah seperti berikut: a) [And
a] [oles beberapa bekas tahan panas] FN FK
b) [Anda] [oles dengan sedikit mentega] FN FK Kedua-dua ayat tunggal ini bergabu
ng dan mengalami peleburan seperti yang berikut: Anda oles beberapa bekas tahan
lama + Anda oles dengan sedikit mentega 0 oles beberapa bekas tahan lama + sedik
it mentega 0 dengan
Dalam ayat (ii) predikat-predikat yang membentuk ayat ini ialah:
a) susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan lama. b) susun roti tadi sehingga
habis. Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah seperti berikut:
a) [Anda] [susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan lama]
FN
FK
Aspek Leksikal Antara kata yang terdapat dalam teks ini yang menjadi sebagai pen
anda laras masakan ialah: cawan sudu teh oles susun roti campurkan panaskan mend
idih adunan masukkan pukul tuangkan bakar
Jenis kata yang terdapat dalam teks ini terdiri daripada kata nama dan kata kerj
a. Kata-kata yang mengalami proses peleburan ialah:
mengoles susunkan memasukkan dihidangkan
oles susun masukkan hidangkan
Aspek ketenunan Laras ini dimulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk mema
sak dan bahan yang tersenarai akan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahan unt
uk butterscotch pudding, dan cara-cara penyediaan makanan. Dalam bahagian cara me
mbuat masakan, ketenunan jelas tergambar kerana setiap proses penyediaan masakan
ditandai dengan bulatan kecil-kecil yang bermula dari atas ke bawah.
3) Resepi Kastard Pic Aspek Sintaksis Antara ayat suruhan yang terdapat dalam te
ks ini ialah: i) Untuk membuat trifle, potong swiss roll kecil-kecilan dan susun
dalam bekas. ii) Tuangkan sirap buah-buahan ke atas swiss roll. Susunkan sediki
t hirisan buah pic. Tambahkan juga pes blueberi dan ratakan ke atas potongan swi
ss roll tadi. iii) Sementara itu, sediakan kastard dengan mencampurkan susu sega
r, gula kastor, tepung kastard dan kuning telur dalam kuali. Panaskan semua baha
n hingga sebati dan likat.
Kesimpulan Kesimpulannya laras masakan merupakan suatu laras yang tersendiri dan
berlainan laras-laras yang lain. Keunikan laras ini teretak pada jenis ayat yang
digunakan, iaitu ayat perintah, dan kata-kata istilah teknikal tidak digunakan k
erana laras ini ditujukan untuk semua orang . Sesiapa sahaja dapat memahami laras
ini kerana bentuknya bukan laras yang bersifat ilmiah.

You might also like